amu piano

9
MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I PENGHARGAAN Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin kurnianya, saya dapat menyempurnakan tugasan bagi subjek MUZK 3032P Alat Muzik Utama Piano I ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. terutamanya kepada tenaga pensyarah iaitu Puan Laura Annie Lalita Rajamoney dan Cik Lee Yoke Fun kerana mereka telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Tunjuk ajar mereka amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah

Upload: marylyn-anne-atot

Post on 13-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Untuk teknik legato, terdapat pelbaga cara untuk kita memperbaiki kemahiran teknik tersebut. Sebagai bakal guru muzik, kami sudah pasti akan mendidik pelajar-pelajar muda dan cabaran boleh dilihat dalam mengajar mereka dengan teknik-teknik permainan piano yang betul. Oleh itu, kemahiran mendengar amat penting pelajar piano mendengar cara permainan piano yang hebat agar mereka diberi motivasi dan menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri mereka. Untuk staccato pula, pelajar boleh berlatih apa-apa lagu kegemaran mereka, ataupun skel major dan minor, dan lain-lain lagi untuk meningkatkan lagi kemahiran teknik staccato. Dalam penjarian staccato, kita tidak perlu menaikkan tangan terlalu tinggi daripada papan piano, agar mudah untuk kita menggerakkan jari-jari kita ke not-not yang seterusnya.3.0 Keberkesanan Latih Tubi dalam Kemahiran Bermain Skel Major, Minor, Appregio, Contrary Motion, Skel Kromatik dan Broken ChordsTeknik latih tubi dalam muzik adalah aktiviti pengulangan atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin keberkesanannya. Kaedah ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran dalam bermain skel major dan minor, appregio, contrary motion, skel kromatik dan broken chords. Melalui kaedah ini, saya dapat mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan setiap not-not, skor lagu yang saya mainkan serta tahu cara untuk bermain karya-karya tersebut.Latih tubi yang pelbagai juga amat berkesan bagi saya, kerana dapat mengelakkan kebosanan dan kurangnya tumpuan saya terhadap permainan piano. Saya selalu mengaplikasikan kaedah latih tubi, dan berlatih bersama-sama rakan di kelas, sama ada bermain secara serentak, atau pun memberikan tutor sambil membantu rakan-rakan yang masih lemah dalam permainan piano.

TRANSCRIPT

Page 1: Amu Piano

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I

PENGHARGAAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin kurnianya, saya dapat

menyempurnakan tugasan bagi subjek MUZK 3032P Alat Muzik Utama Piano I ini.

Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai maklumat dan

pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. terutamanya kepada tenaga

pensyarah iaitu Puan Laura Annie Lalita Rajamoney dan Cik Lee Yoke Fun kerana mereka

telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang menjalankan

kerja kursus ini. Tunjuk ajar mereka amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan

tugasan yang telah diamanahkan ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang

telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan

ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah

banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan

tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan

tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah

anda hulurkan amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan

ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

Page 2: Amu Piano

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I

ULASAN KRITIS

1.0 Pendahuluan

Alat muzik piano atau juga dikenali sebagai pianoforte, ialah papan kekunci alat muzik

yang mempunyai tali yang diperbuat dari dawai-dawai khas yang berbunyi semasa dipukul

dengan tukul. Piano moden standard mengandungi 88 kunci dan mempunyai kompas tujuh

oktaf penuh ditambah beberapa kunci.

- 1 Alat muzik PIANO

Dalam kerja kursus ini, saya diberi arahan untuk memberikan pendapat tentang

permainan piano rakan saya secara kritis denan mengemukakan kelemahan, kekuatan dan

cadangan penambahbaikan dari segi teknik permainan piano seperti staccato, slur dan

legato. Permainan piano rakan saya telah pun saya rakam dalam bentuk CD.

Page 3: Amu Piano

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I

2.0 Kelemahan dan Kekuatan Permainan Piano

Saya telah memilih rakan saya, Shafini Adhira bt. Mohd. Zaini untuk diulas mengenai

permainan pianonya. Shafini telah memainkan lagu “Lullaby For Clio” yang bernada C

major, dan meternya adalah meter tak lazim, iaitu meter 5 / 8. Lagu ini kebanyakannya

dimainkan dalam teknik permainan legato, dinamik yang terkandung dalam skor lagu ini

ialah poco cresc, iaitu beransur-ansur kuat, poco rit., iaitu beransur-ansur perlahan, dan

sebagainya. Skor lagu ini telah saya lampirkan pada bahagian Lampiran.

Kelemahan

Saya telah mengenal pasti beberapa kesalahan dan kelemahan yang telah dilakukan

oleh Shafini dalam permainan pianonya. Yang pertama, Shafini membuat kesilapan dari segi

tempo, dan memainkan lagu ini secara perlahan dan tidak konsisten bermula dari bar ke-6,

bermula dari not F (kuaver) hingga frasa pada bar ke-8, pada not C (krocet) pada skel

tangan kanan. Dia tidak memainkan lagu ini secara a tempo, mengikut tempo asal yang dia

mainkan pada permulaan lagu.

Seterusnya, Shafini juga melakukan kesilapan dari segi dinamik. Pada bar ke-10,

lagu ini sepatutnya dimainkan dengan dinamik poco cresc, iaitu beransur-ansur kuat. Shafini

tidak memainkan lagu ini mengikut dinamik yang telah dinyatakan pada skor. Teknik

permainan Shafini juga dilihat masih tersekat-sekat khususnya pada bar-22, di mana dia

seolah-olah berhenti memainkan lagu tersebut.

Kekuatan

Dari segi kekuatannya pula, Shafini dapat memainkan lagu ini dengan teknik legato

yang betul. Legato dapat dilihat dalam skor lagu ini, dari awal lagu sehingga penghujungnya.

Legato ialah teknik permainan piano, di mana not-not yang dimainkan, bunyinya seakan-

akan terhubung, terikat, dan tidak terputus. Seorang pianist terkenal, iaitu Joseph Hoffman,

mengatakan bahawa hanya permainan legato dapat menghasilkan nada dan bunyi piano

yang indah, dan teknik lebato sangat penting dalam meningkatkan kemahiran penjarian

pianist.

Page 4: Amu Piano

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I

Seterusnya, tempo yang dimainkan oleh Shafini juga bersesuaian dengan lagu ini,

kerana moodnya lebih relax dan tenang, dan bersesuaian dengan lullaby, untuk

mendodoikan anak yang tidur.

Selain itu, Shafini juga dapat memainkan lagu ini dengan keyakinan diri serta

penampilan yang sesuai. Ini kerana dia tidak panik, atau menggelabah apabila membuat

kesilapan dalam permainan pianonya, dan teruskan permainan lagu tersebut dengan

keadaan yang tenang.

Cadangan Untuk Memperbaiki Permainan Piano

Untuk penambahbaikan permainan piano, Shafini boleh melakukan lebih banyak

latihan untuk meningkatkan lagi teknik legato (tied together) agar dia lebih mahir lagi. Selain

itu, dia juga boleh mengatur jadual, sekurang-kurangnya berlatih 1 jam sehari untuk

meningkatkan kemahiran permainan pianonya. Dia juga harus mendalami dan menghayati

setiap ekspresi dan dinamik yang ada pada lagu-lagu yang dimainkan, khususnya pada

bahgian teknik legato dan staccato (detached), agar dapat menghasilkan permainan karya

yang lebih indah.

Untuk teknik legato, terdapat pelbaga cara untuk kita memperbaiki kemahiran teknik

tersebut. Sebagai bakal guru muzik, kami sudah pasti akan mendidik pelajar-pelajar muda

dan cabaran boleh dilihat dalam mengajar mereka dengan teknik-teknik permainan piano

yang betul. Oleh itu, kemahiran mendengar amat penting pelajar piano mendengar cara

permainan piano yang hebat agar mereka diberi motivasi dan menimbulkan rasa ingin tahu

dalam diri mereka. Untuk staccato pula, pelajar boleh berlatih apa-apa lagu kegemaran

mereka, ataupun skel major dan minor, dan lain-lain lagi untuk meningkatkan lagi kemahiran

teknik staccato. Dalam penjarian staccato, kita tidak perlu menaikkan tangan terlalu tinggi

daripada papan piano, agar mudah untuk kita menggerakkan jari-jari kita ke not-not yang

seterusnya.

Page 5: Amu Piano

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I

3.0 Keberkesanan Latih Tubi dalam Kemahiran Bermain Skel Major, Minor, Appregio,

Contrary Motion, Skel Kromatik dan Broken Chords

Teknik latih tubi dalam muzik adalah aktiviti pengulangan atau kecekapan yang

dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin

keberkesanannya. Kaedah ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti

kemahiran dalam bermain skel major dan minor, appregio, contrary motion, skel kromatik

dan broken chords. Melalui kaedah ini, saya dapat mengalami proses mendengar, melihat,

memikirkan setiap not-not, skor lagu yang saya mainkan serta tahu cara untuk bermain

karya-karya tersebut.

Latih tubi yang pelbagai juga amat berkesan bagi saya, kerana dapat mengelakkan

kebosanan dan kurangnya tumpuan saya terhadap permainan piano. Saya selalu

mengaplikasikan kaedah latih tubi, dan berlatih bersama-sama rakan di kelas, sama ada

bermain secara serentak, atau pun memberikan tutor sambil membantu rakan-rakan yang

masih lemah dalam permainan piano.

Saya juga pasti bahawa pelajar yang kurang daya tumpuan dalam latihan permainan

piano, sekiranya menjalani kaedah latih tubi, dari segi skel, notasi, dari aspek nama not,

mereka boleh menyebut dahulu secara berulang-ulang dengan tujuan penghafalan. Apabila

semua notasi dalam melodi lagu yang ingin dimainkan telah diingat maka dengan mudah

pelajar akan memainkan melodi lagu tersebut dengan penghasilan ton yang tepat.

Selain itu, latih tubi bukan sahaja membantu saya meningkatkan kemahiran permainan

skel, bahkan ia juga membantu meningkatkan kemahiran “sight reading”. Ini amat penting

kerana jika seseorang itu mempunyai kemahiran “sight reading” yang cemerlang, mereka

akan dapat dapat mengiringi sesebuah kumpulan muzik sekiranya berlaku apa-apa

kecemasan. Ia juga membantu pelajar, khususnya dalam subjek teori muzik, untuk

menamakan not dengan cepat. Dengan kemahiran ini, seseorang itu boleh menjadi pemuzik

serba boleh.

Page 6: Amu Piano

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I

4.0 Rumusan

Sesungguhnya, bagi saya, bermain piano bukanlah sesuatu yang anda boleh kuasai

sepenuhnya dalam hanya satu atau dua sesi latihan sahaja. Malah jika latihan piano tidak

dilakukan jangka masa yang terlalu lama, bukan mudah untuk menguasai kemahiran

bermain piano tersebut dengan mudah. Kemahiran tersebut mungkin menjadi berkarat

sedikit, namun begitu “jika ada kemahuan, di situ ada jalan”. Jika kita rajin berusaha, sudah

pasti ilmu yang telah lama kita tinggalkan pasti akan menjadi bersinar kembali dan tidak

akan berkarat lagi. Selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan dan hasrat KSSR

Pendidikan Muzik, Kurikulum Pendidikan Muzik, kita sudah tentu mahu melahirkan pelajar

yang kreatif, berilmu berpengetahuan serta dapat menghayati dan menikmati muzik secara

intelektual menerusi aktiviti muzik.

Page 7: Amu Piano

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I

Bibliografi

Abdullah, J. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Andy, D. (2014, Mac 6). Teknik Dasar Bermain Piano. Retrieved Ogos 10, 2015, from

SandiSutra: http://blog.isi-dps.ac.id/sandhisutra/halo-dunia

Heru, J. M. (2014, Mac 5). Kesalahan Umum Belajar Piano Oleh Pemula. Retrieved Ogos

19, 2015, from Jelia's Music Playground:

http://jeliaedu.blogspot.my/2014/03/kesalahan-umum-belajar-piano-oleh.html

Joanne Erwin, K. E. (2003). Prelude to Music Education. New Jersey: Prentice Hall.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur:

Pusat Pengembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan.

Keow, C. L. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Unsil, S. (2013, Januari 2). Piano In Class. Retrieved Ogos 20, 2015, from Academia:

http://www.slideshare.net/missstepheltonz/fpk-15829193