anak laut(cerpen)

20

Click here to load reader

Upload: lauchen32

Post on 19-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

CERPEN

PAGE 58

MENATAP WAJAHNYA

1.0SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan seorang remaja perempuan cacat yang bernama Muliati yang tinggal bersama neneknya semenjak peristiwa kemalangan jalan raya yang telah mengorbankan keluarga tersayangnya. Muliati menjadi cacat akibat kecelakaan sewaktu menyertai ekspedisi anjuran Kelab Kembara sekolah semasa di tingkatan 5. Sebelum kemalangan, Muliati digambarkan sebagai seorang gadis yang lincah dan ringan tulang, suka membantu gurunya. Tetapi selepas itu, perwatakannya telah berubah iaitu dia mula menyepi dan menyisihkan diri. Namun demikian, Cikgu Balkis telah hadir dalam hidupnya dan berjaya memujuk dan memberi semangat kepada Muliati agar terus memburu cita-citanya. Akhirnya, dia telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti. Sewaktu Muliati belajar di universiti dia begitu rindu akan gurunya. Dia sangat ingin berjumpa dengan gurunya tetapi Cikgu Balkis tidak dapat memenuhi permintaannya dengan alasan suaminya tidak mengizinkan. Suaminya mahu supaya dia memberi perhatian kepada anaknya sendiri. Atas ketabahan dirinya, Muliati telah berjaya mendapat ijazah kepujian. Pada hari konvokesyen Muliati telah menerima sekeping pos kad daripada Cikgu Balkis yang mengucapkan tahniah atas kejayaan. Muliati begitu sayu apabila mendapat tahu bahawa Cikgu Balkis kini berada di London untuk menjalani pembedahan kerana menghidap penyakit ganjil sejak beberapa tahun yang lalu. Cikgu Balkis juga meminta supaya Muliati mendoakannya supaya selamat menjalani pembedahan tersebut.

2.0 TEMA

Cerpen ini bertemakan KASIH SAYANG, iaitu kasih sayang Muliati terhadap gurunya dan kasih sayang Cikgu Balkis terhadap pelajarnya, Muliati dengan menganggap Muliati sebagai anak kandungnya sendiri.

3.0 PERSOALAN

Pengorbanan

Iaitu pengorbanan seorang guru terhadap pelajarnya dengan membiayai persekolahan pelajarnya sehingga berjaya ke universiti. Demikian juga dengan nenek Muliati sanggup berkorban bukan sahaja memelihara Muliati malah berusaha mencari rezeki bagi menampung kehidupan mereka berdua.

Kegigihan

Iaitu kegigihan seorang pelajar yang agak malang kerana bukan sahaja cacat malah telah kehilangan ahli keluarganya telah berusaha sehingga berjaya melaanjutkan pelajaran ke universiti.

4.0 WATAK & PERWATAKAN

MULIATI

Muliati ialah watak utama dalam cerpen ini.. Dia seorang anak yatim piatu apabila ibu bapa dan tiga orang adiknya telah terkorban dalam tragedi kemalangan jalan raya. Muliati kemudiannya tinggal bersama dengan neneknya. Muliati menjadi tempang kedua-dua belah kakinya manakala tangan kirinya kudung akibat terjatuh ke dalam gaung semasa mengikuti satu ekspedisi Kelab Kembara sekolahnya semasa di tingkatan 5. Sebelum kemalangan menimpa dirinya, Muliati iailah seorang gadis yang lincah dan rajin menolong gurunya. Dia juga merupakan olahragawati di sekolahnya. Tetapi kemalangan itu telah merubah perwatakannya kepada seorang yang pendiam dan suka menyendiri.

Muliati sangat disayangi gurunya Cikgu Balkis sehingga ada segelintir rakan-rakannya dengki dan cemburu dengan tanggapan bahawa dia ialah anak emas Cikgu Balkis. Muliati menganggap Cikgu Balkis sebagai ibu kandungnya sendiri.

Muliati digambarkan sebagai seorang gadis yang tabah dan cekal dalam mengharungi cabaran hidup. Muliati juga gigih berusaha sehingga dia berjaya melanjutkan pengajiannya ke universiti dan mendapat segulung ijazah kepujian.

CIKGU BALKIS

Cikgu Balkis ialah watak sampingan. Beliau ialah guru kepada Muliati. Cikgu Balkis adalah seorang yang baik hati dan penyayang. Cikgu Balkis juga digambarkan sebagai seorang yang pemurah kerana sangguh membiayai persekolahan Muliati. Beliau sangat mengambil berat terhadap Muliati dan menjalin hubungan yang akrab dengan Muliati hampir 7 tahun. Cikgu Balkis telah berumahtangga selama 5 tahun namun belum dikurniakan cahaya mata. Berkat beliau mengasihi anak yatim, iaitu Muliati akhirnya Cikgu Balkis telah memperoleh seorang anak. Walau bagaimanapun, hubungannya dengan Muliati semakin terbatas selepas itu dengan alasan suaminya mahu beliau memberi tumpuan kepada anaknya sendiri. Akhirnya, melalui poskad yang dikirim oleh Cikgu Balkis, menyatakan bahawa beliau kini sedang berada di London untuk menjalani pembedahan penyakit ganjil yang dihidapinya.

NENEK

Nenek digambarkan sebagai seorang yang sudah tua dan tinggal sebatang kara. Nenek juga ialah seorang yang miskin namun rajin berusaha untuk menyara cucunya, Muliati. Nenek sangat sayang dan sentiasa mengambil berat terhadap cucunya. Nenek juga sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada Muliati agar tabahkan hati dan jangan terlalu memikirkan Cikgu Balkis.

RIANI

Riani ialah kawan baik kepada Muliati yang bersama-sama menuntut di universiti. Dia seorang yang baik hati dan sentiasa memujuk Muliati supaya banyakan sabar dalam menghadapi dugaan.

5.0PLOT

Plot cerpen ini bersifat kronologi, iaitu peristiwa demi peristiwa disusun mengikut urutan waktu. Plot bermula dengan pengenalan watak Muliati yang sangat merindui Cikgu Balkis kerana sudah lama tidak berjumpa. Plot cerita berkembang dengan Muliati yang sangat ingin bertemu dengan gurunya tetapi dia tidak dibenarkan berbuat demikian kononnya suami Cikgu Balkis tidak membenarkan. Muliati amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa Cikgu Balkis telah merubah hati. Muliati mengalami konflik jiwa apabila mengenangkan kemalangan yang telah menyebabkan dia menjadi cacat akibat terjatuh ke dalam gaung semasa menyertai ekspedisi kelab kembara. Konflik jiwa Muliati menjadi lebih hebat apabila terkenang akan tragedi yang telah meragut jiwa kedua-dua ibu bapa dan tiga orang adiknya.

Plot menuju klimaks apabila Muliati menerima sepucuk poskad daripada Cikgu Balkis yang menyatakan bahawa beliau sekarang berada di London kerana sedang menjalani rawatan penyakit ganjil yang dihidapinya.

Peleraian cerpen adalah jelas apabila segala persoalan Muliati telah terjawab iaitu keengganan Cikgu Balkis berjumpa dengan Muliati adalah kerana ingin merahsiakan penyakit ganjil yang dihidapinya.

Secara keseluruhannya, pengarang telah berjaya menjalinkan plot cerpen ini dengan baik. Pengarang banyak menggunakan teknik imbas kembali. Di samping itu, pengarang juga bijak menggunakan teknik monolog dalaman untuk menggambarkan pergolakan jiwa yang dialami oleh Muliati.

6.0SUDUT PANDANGAN

Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama iaitu pengarang telah menggunakan kata ganti nama aku. Hal ini bermaksud pengarang berada di dalam cerita dan berperanan sebagai watak utama.

7.0 NILAI-NILAI MURNI

i. Nilai kasih sayang, contohnya Muliati yang dahagakan kasih sayang telah mendapat kasih sayang daripada neneknya dan Cikgu Balkis.

ii. Nilai gigih, contohnya Muliati, walaupun dia cacat tetapi berkat kegigihannya dia telah berjaya mendapat ijazah.

iii. Nilai simpati, contohnya Cikgu Balkis yang bersimpati terhadap Muliati yang bernasib malang telah menjadikan Muliati sebagai anak angkatnya.

iv. Nilai tolong-menolong, Cikgu Balkis banyak menolong Muliati setelah kedua-dua ibu bapa Muliati meninggal dunia.

v. Nilai murah hati, contohnya Cikgu Balkis yang murah hati sanggup menanggung perbelanjaan persekolahan Muliati.

vi. Nilai hormat-menghormati, contohnya Muliati sangat menghormati Cikgu Balkis.

vii. Nilai taat, contohnya Cikgu Balkis yang taat kepada kehendak suami yang melarang beliau daripada berjumpa dengan Muliati.

viii. Nilai tabah, contohnya Muliati tabah mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa dalam keadaan yang serba kekurangan.

8.0 AMANAT & PENGAJARAN

i. Kita hendaklah sayang menyayangi sesama insan. Contohnya, Cikgu menyayangi Muliati sama seperti menyayangi anaknya sendiri.

ii. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita kita. Contohnya, Muliati, walaupun dia cacat tetapi berkat kegigihannya, akhirnya dia berjaya mendapat ijazah.

iii. Kita hendaklah menaruh perasaan simpati terhadap seseorang yang ditimpa kesusahan. Contohnya, Cikgu Balkis yang berasa simpati terhadap Muliati telah menjadikan Muliati sebagai anak angkatnya.

iv. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Cikgu Balkis telah banyak menolong Muliati sejak kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia.

v. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Contohnya, Muliati sangat menghormati Cikgu Balkis.

vi. Sebagai seorang isteri, hendaklah taat kepada suami. Contohnya, Cikgu Balkis sangat taat kepada suaminya dengan mematuhi kehendak suaminya yang melarangnya berjumpa dengan Muliati.

vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup tanpa mudah putus asa. Contohnya, Muliati yang tabah mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa dalam keadaan serba kekurangan akhirnya telah berjaya mendapat ijazah.

viii. Kita jangan mengamalkan sikap dengki terhadap seseorang. Contohnya, pelajar-pelajar lain tidak sepatutnya berasa dengki terhadap Muliati yang telah cacat dengan menuduhnya sebagai anak emas Cikgu Balkis. 9.0 SUDUT PANDANGAN

Pengarang telah menggunakan sudut pandangan orang pertama dalam mengarang cerpen ini. Hal ini kerana pengarang menggunakan kata ganti nama aku. 10.0 TEKNIK PENCERITAAN

i. Dialog

ii. Pemerian

iii. Imbas kembali

iv. Monolog

11.0 GAYA BAHASA

i. Personifikasi

ii. Metafora

iii. Hiperbola

iv. Sinkof

v. simpulan bahasa

vi. penggunaan bahasa Arab

vii.Simile

ANNYSS SOPHILLEA0.0 SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan Annyss Sophillea yang berasal dari planet Alstonia telah mengembara hingga ke bumi dalam usahanya mencari saudara kembar yang bernama Eyrique Etiqaz. Semasa di bumi Annyss telah bersahabat dengan Akmal. Saudara kembarnya itu sepatutnya menaiki takhta di Alstonia menggantikan bapa saudaranya yang memangku sebagai pemerintah selepas kematian bapa mereka. Strenn, sepupu mereka telah menculik Eyrique dengan harapan dia dapat menjadi pemerintah Alstonia. Setelah gagal mencari saudaranya di bumi, Annyss Sophillea kembali semula ke Alstonia dengan menunggang eustary. Sebelum kembali ke Alstonia, Annyss Sophillea telah memberi kalung kepada Akmal sebagai kenangan. Kemudian, Annyss Sophillea telah pergi ke pinggir Rimba Besar Alstonia dengan menunggang burung Inderawasih. Di sana, Annyss Sophillea telah berjumpa dengan Akmal. Annyss dan Akmal telah berjaya menemukan Eyrique yang dikurung di dalam terowong. Dalam usaha menyelamatkan Eyrique, mereka terpaksa berhadapan dengan Strenn dan konco-konconya. Dalam pertarungan itu, Akmal berjaya membunuh Strenn. Walau bagaimanapun, mengikut tradisi di Alstonia seseorang yang membunuh turut akan menerima nasib yang sama. Annyss dan Eyrique berusaha untuk menyelamatkan Akmal.

1.0 PLOT

Plot cerpen ini disusun secara kronologi, iaitu peristiwa demi peristiwa disusun mengikut urutan waktu. Pada bahagian eksposisi, plotnya bermula dengan pengembaraan Annyss Sophillea ke bumi untuk mencari saudara kembarnya yang hilang. Di bumi Annyss telah berkenalan dengan Akmal. setelah usahanya gagal Annyss telah kembali semula ke planet Alstonia. Di Alstonia, Annyss telah menziarahi pusara ayah dan ibunya. Plot terus berkembang dengan kehadiran Strenn yang telah menimbulkan konflik iaitu tentang perebutan takhta di Alstonia. Strenn telah merampas kuasa dan telah menculik Eyrique. Strenn berusaha memujuk Annyss supaya menjadi isterinya, tetapi Annyss menolak. Sebaliknya, Annyss Sophilea mengatakan bahawa dia telah menemui Eyrique dan akan membawanya ke istana. Pada bahagian perkembangan plot ini, pengarang telah menggunakan teknik imbas kembali iaitu semasa Annyss terkenang akan waktu zaman kanak-kanaknya bersama dengan Eyrique. Plot menjadi semakin menarik apabila Annyss akhirnya telah berjumpa dengan Eyrique. Plot menuju ke arah klimaks apabila berlaku bertarungan yang hebat Annyss, Eyrique dan Akmal dengan Strenn iaitu akhirnya Strenn berjaya dibunuh oleh Akmal. Pada peleraian cerita ini, Annyss dan Eyrique berusaha untuk menyelamatkan Akmal.

3.0TEMA

Cerpen ini bertemakan PENGORBANAN, iaitu tentang pengorbanan Annyss Sophillea dalam usaha mencari saudara kembarnya sanggup menghadapi apa jua rintangan. Demikian juga dengan pengorbanan seorang sahabat iaitu Akmal yang sanggup mengorbankan nyawanya sendiri semata-mata untuk menyelamatkan sahabatnya iaitu Annyss Sophillea dan Eyrique daripada Strenn.

4.0PERSOALAN

i. Persoalan tentang persahabatan

ii. Persoalan tentang kasih sayang

iii. Persoalan tentang perjuangan menuntut hak

5.0 WATAK & PERWATAKAN

ANNYSS SOPHILLEA

Merupakan watak utama. Berasal dari planet Alstonia dan merupakan saudara kembar kepada Eyrique Etiqaz serta sepupu kepada Strenn. Ibu dan bapanya telah meninggal dunia. Annyss Sophillea digambarkan sebagai seorang gadis yang lemah lembut. Walau bagaimanapun dia seorang yang tegas, hal ini dapat dilihat melalui tindakannya yang menolak pujukan Strenn yang ingin memperisterikannya. Annyss Sophillea juga seorang yang berani dan tabah iaitu dia sanggup mengembara sehingga ke bumi dalam usahanya mencari saudara kembarnya. Annyss Sophillea juga digambarkan seorang yang tidak mudah putus asa, iaitu dia mencari saudara kembarnya sehingga berjumpa.

STRENN

Merupakan sepupu kepada Annyss Sophillea dan Eyrique Etiqaz. Strenn merupakan watak antagonis, dia kejam dan tamak kerana sanggup merampas kuasa dan menculik Eyrique Etiqaz. Akhirnya Strenn mati akibat ditembak oleh Akmal.

AKMAL

Seorang pemuda yang berasal dari bumi. Sabahat kepada Annyss Sophillea. Seorang yang jujur dan ikhlas dalam persahabatan. Akmal ialah seorang yang berani, iaitu dia berani ke planet Alstonia seorang diri. Akmal ialah seorang sahabat yang sanggup mengorbankan nyawa demi keselamatan sahabatnya.

EYRIQUE ETIQAZ

Merupakan saudara kembar kepada Annyss Sophillea dan pewaris takhta kerajaan Alstonia. Dia telah diculik oleh Strenn.

6.0 LATAR

LATAR TEMPAT

Latar tempat dalam cerpen ini adalah di bumi dan di Alstonia. Antara tempat yang terdapat di Alstonia adalah di pusara ayah dan ibu Annyss Sophillea, di pinggir Rimba Besar Alstonia, di dalam terowong rahsia dan di bilik kurungan.

LATAR MASA

Latar masa tidak dinyatakan dengan khusus. Semua peristiwa berlaku pada waktu siang dan malam.

LATAR MASYARAKAT

Latar masyarakat yang digambarkan dalam cerpen ini melibatkan masyarakat bumi dan masyarakat planet Alstonia. Masyarakat Alstonia digambarkan memiliki kesaktian iaitu Annyss Sophillea dapat memanggil eustary dan burung Inderawasih untuk membawanya ke sesuatu tempat. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang kejam dan tamak iaitu Strenn yang merampas kuasa dan menculik Eyrique Etiqaz. Di samping itu, di planet Alstonia, sesiapa yang membunuh akan mati bersama-sama dengan orang yang dibunuh.

7.0 SUDUT PANDANGAN

Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas, iaitu pengarang berada di luar lingkaran cerita. Pengarang hanya menggambarkan secara mendalam keadaan fizikal, perasaan dan fikiran Annyss Sophillea. Sementara watak-watak lain pengarang hanya menggambarkan secara sepintas lalu sahaja.8.0 NILAI

i. Nilai kasih sayangContohnya, Annyss Sophillea sangat sayang akan saudara kembar sanggup mengembara sehingga ke bumi semata-mata untuk mencarinya. ii. Nilai keberanianContohnya, Annyss Sophillea yang berani mengembara sehingga ke bumi seorang diri dalam usahanya mencari saudara kembarnya yang hilang.iii. Nilai kerjasamaContohnya, Akmal yang pergi ke Alstonia untuk menolong Annyss Sophillea mencari saudara kembarnya yang hilang.

iv. Nilai rasional

Contohnya, Strenn yang bertindak tidak rasional menculik dan mengurung Eyrique kerana ingin merampas takhta kepunyaan Eyrique.

v. Nilai gigih

Contohnya, Annyss Sophillea yang gigih berusaha mencari saudara kembarnya tanpa mengenal erti putus asa.

vi. Nilai amanah

Contohnya, Annyss Sophillea berusaha mencari saudara kembarnya bagi menunaikan wasiat bondanya supaya mencari Eyrique.

9.0 AMANAT & PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita

Contohnya, Annyss Sophillea sanggup mengembara sehingga ke bumi untuk mencari saudara kembarnya yang telah hilang.

2. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dan dugaan jika ingin berjaya

Contohnya, Annyss Sophillea yang berani menghadapi cabaran dan dugaan, akhirnya berjaya menemukan saudara kembarnya.

3. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain lebih-lebih lagi kepada yang memerlukan pertolongan

Contohnya, Akmal yang telah menolong Annyss Sophillea mencari saudara kembarnya.

4. Kita hendaklah bertindak secara rasional bukannya mengikut perasaan

Contohnya, Strenn yang bertindak secara tidak rasional akibat tamak telah menculik dan mengurung Eyrique akhirnya telah mati.

5. Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu jika ingin peroleh kejayaan

Contohnya, berkat kegigihan Annyss Sophillea telah berjaya menemukan saudara kembarnya yang hilang itu.

6. Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita

Contohnya, Annyss Sophillea menunaikan wasiat ibunya dengan mencari Eyrique yang hilang.KERANA MANISNYA EPAL1.0 SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan kecekalan Buchanan dalam mengusahakan kebun epal dan mempertahankan kebun itu daripada diambil oleh pihak berkuasa. Buchanan mengusahakan kebun epal di Tsolum River Fruit Trees. Kebun itu sangat bermakna bagi Buchanan dan sangat disayangi oleh mendiang isterinya. Di kebun epalnya itu terdapat hampir 200 jenis epal. Buchanan telah dibantu oleh dua orang anak angkatnya iaitu Mazlina, (pelajar Universiti Richmond dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris iaitu anak Tan Sri Mansur) dan Yvonne Zakharov Rosenblum (berasal dari Moscow yang mengambil fellow dalam bidang Ekologi) Buchanan mempunyai 5 orang anak, walau bagaimanapun tidak seorangpun daripada anaknya itu yang menghargainya apatah lagi menolongnya mengusahakan kebun epal itu. Pada suatu hari Buchanan menerima sepucuk surat daripada pihak Gabenor yang telah menolak rayuan. Pihak Gabenor mahu mengambil kebun epalnya untuk dijadikan lapangan terbang tentera. Buchanan berasa sangat kecewa lalu mengurung diri di dalam bilik serta tidak mahu makan. Keadaan ini meresahkan Mazlina dan Yvonne. Pada keesokan harinya, pihak Jabatan Tanah British Columbia dan pihak tentera telah datang untuk mengambil kebun epal tersebut. Yvonne dan Mazlina mencuba mempertahankannya walaupun telah diugut akan ditangkap malah Yvonne bertindak berani mengarahkan Mazlina mengambil senapang untuk menentang pihak kerajaan. Tetapi, akhirnya Buchanan telah pulang bersama dengan Gabenor dan menyatakan bahawa Gabenor telah menerima rayuan mereka kerana manisnya epal.

1.2 TEMA & PERSOALAN

Tema cerpen ini adalah tentang PERJUANGAN iaitu perjuangan mempertahankan hak dan maruah diri.

Manakala persoalannya pula adalah tentang integrasi sejagat tanpa mengira sempadan bangsa, agama dan budaya.

1.3 PLOT

Plot cerpen ini bersifat kronologi iaitu peristiwa-peristiwa yang berlaku disusun mengikut urutan waktu. Pada bahagian eksposisi pengarang memperkenalkan latar tempat iaitu di kebun epal. Pengarang juga memperkenalkan watak Buchanan dan Mazlina yang hendak ke kebun epal untuk memetik buah epal. Pengarang mengembangkan plotnya, dengan menceritakan Buchanan telah mengusahakan kebun epalnya tanpa bantuan daripada kelima-lima orang anaknya. Sebaliknya Buchanan dibantu oleh dua orang anak angkatnya iaitu Mazlina dan Yvonne. Plot terus berkembang dengan pelbagai konflik yang dihadapi Buchanan dalam mengusahakan kebun epalnya. Melalui teknik imbas kembali, pengarang memaparkan sikap anak-anak Buchanan yang memandang rendah dan tidak menghagai usaha Buchanan mempertahankan kebun epalnya. Bahkan anak-anaknya turut menyisihkannya. Konflik menjadi semakin genting apabila Buchanan menerima sepucuk surat daripada Gabenor yang menolak rayuannya dan tetap ingin mengambil kebun epalnya untuk dibina lapangan terbang tentera. Plot menuju puncak atau klimaks apabila Yvonne dan Mazlina yang berhadapan dengan orang-orang Jabatan Tanah British Columbia. Plot mencapai klimaks apabila Yvonne sanggup bergadai nyawa dan hendak menggunakan senjata dalam mempertahan kebun epal tersebut. Peleraian plotnya, apabila Buchanan pulang bersama dengan Gabenor British Columbia dengan menyatakan bahawa rayuannya telah diterima. Pengarang telah berjaya mengolah plot cerpen ini dengan baik dengan menggunakan teknik saspen iaitu pembaca tertanya-tanya; ke manakah Buchanan menghilangkan diri? Berjayakah Buchanan mempertahankan kebun epal itu ? cerpen ini menjadi lebih menarik apabila pengarang berjaya menimbulkan kejutan apabila Buchanan pulang bersama-sama dengan Gabenor.

1.4 WATAK & PERWATAKAN

BUCHANAN

Buchanan merupakan watak utama dalam cerpen ini. Buchanan berusia 81 tahun dan telah kematian isteri 20 tahun yang lalu. Buchanan mempunyai 5 orang anak tetapi kelima-lima anaknya itu tidak mempedulikannya. Buchanan tinggal bersama dua orang anak angkatnya iaitu Mazlina dan Yvonne. Ia seorang yang gigih dan cekal, iaitu mengusahakan kebun epalnya tanpa bantuan anak-anaknya. Buchanan juga seorang yang amanah, buktinya dia berusaha menunaikan wasiat arwah isterinya supaya kebun epal itu dijaga dengan baik. Buchanan juga digambarkan sebagai seorang yang bijak iaitu berjumpa dengan Gabenor dengan membawa buah epal yang manis dalam usaha menyelamatkan kebun epalnya. Buchanan digambarkan sebagai seorang yang keras kepala dan sukar dipujuk. Dengan kata lain dia seorang yang berpendirian teguh.

MAZLINAMazlina ialah anak gadis Tan Sri Mansur dan berusia 22 tahun. Mazlina merupakan gadis Melayu yang berasal dari Malaysia dan kini menuntut di Universiti Richmond dalam jurusan kesusasteraan Inggeris. Mazlina telah menjadi anak angkat kepada Buchanan. Mazlina digambarkan sebagai seorang yang rajin dan bertanggungjawab iaitu dia banyak membantu Buchanan memetik buah epal. Mazlina ialah seorang yang mudah bersimpati dan prihatin dengan masalah yang menimpa bapa angkat. Mazlina juga seorang yang berani iaitu semasa menghalang pihak Kerajaan British Columbia daripada mengambil kebun epal tersebut.

YVONNEYvonne merupakan seorang pelajar dari Moscow dan pelajar fellow dalam bidang ekologi. Yvonne ialah anak angkat kepada Buchanan. Dia juga seorang berani iaitu semasa menghalang pihak kerajaan British Columbia. Yvonne juga gemar bersolek.1.5 TEKNIK PENCERITAANPengarang telah menggunakan teknik pemerian, teknik dialog

1.6 GAYA BAHASA

I. Diksi

Dari segi pemilihan kata pengarang banyak menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini adalah sesuai dengan latar tempat yang berlaku di luar negara.

II. Simile

III. Personifikasi

IV. Hiperbola

V. Metafora

1.7 NILAI1) Nilai amanah

Contohnya, Buchanan ialah seorang yang amanah, iaitu dia berusaha menunaikan wasiat isterinya supaya menjaga kebun epal itu dengan baik.

2) Nilai berani

Contohnya, Yvonne dan Mazlina berani menghalang orang dari Jabatan Tanah British Columbia daripada merampas kebun epal tersebut.

3) Nilai simpati

Contohnya, Yvonne dan Mazlina berasa sangat simpati kepada Buchanan kerana tidak dipedulikan oleh anak-anaknya.

4) Nilai gigih

Contohnya, Buchanan walaupun telah berusia 81 tahun tetapi masih gigih mengusahakan kebunepal tersebut tanpa bantuan daripada anak-anaknya.5) Nilai hormat-menghormati

Contohnya, Buchanan, Mazlina dan Yvonne saling menghormati antara satu sama lain walaupun mereka berlainan agama, bangsa dan budaya.

6) Nilai kebijaksanaan

Contohnya, Buchanan menggunakan kebijaksanaannya dengan membawa buah epal yang manis kepada Gabenor, akhirnya Gabenor membatalkan arahan pengambilan kebun epal tersebut.

1.8 AMANAT & PENGAJARANI. Kita hendaklah bersikap amanah/menepati janji lebih-lebih lagi jika amanat itu berupa wasiat. Contohnya, Buchanan yang bersikap amanah menjaga kebu epal tersebut sebagaimana yang diwasiatkan oleh isterinya.

II. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dan dugaan jika ingin memperoleh kejayaan. Contohnya, Yvonne yang berani bergadai nyawanya semata-mata untuk mempertahankan kebun epal tersebut.III. Kita hendaklah bantu membantu antara satu sama lain.

Contohnya, Mazlina dan Yvonne membantu Buchanan memetik buah epal.

IV. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Contohnya, Buchanan menggunakan kebijaksanaannya untuk memujuk Gabenor dengan membawa epal yang manis telah berjaya mengubah pendirian Gabenor.

V. Kita hendaklah hendaklah menaruh perasaan simpati terhadap seseorang yang ditimpa kesusahan.

Contohnya, Mazlina berasa simpati terhadap nasib yang dialami oleh Buchanan yang tidak dipedulikan anak-anaknya.

VI. Kita hendaklah gigih berusaha jika ingin berjaya dalam sesuatu perkara yang diceburi.

Contohnya, Buchanan gigih mengusahakan kebun epalnya walaupun tidak dibantu oleh anak-anaknya.

VII. Kita hendaklah tabah dan sabar mengharungi cabaran dan dugaan hidup.

Contohnya, Buchanan yang tabah dan sabar menghadapi cabaran dan dugaan akhirnya berjaya dalam usaha mempertahankan kebun epalnya daripada diambil oleh pihak Gabenor.LAMBAIAN MALAR HIJAU1.0SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan Daneng, anak orang asli yang tinggal di perkampungan orang asli di Lembah Tualang. Daneng enggan meneruskan persekolahannya walaupun memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Sudah enam bulan Daneng tidak bersekolah selepas kembali ke perkampungannya. Cikgu seorang guru yang bertanggungjawab telah pergi ke perkampungan Daneng di Lembah Tualang untuk memujuk Daneng supaya kembali bersekolah. Daneng berkeras tidak mahu bersekolah kerana ingin mempertahankan warisan nenek moyangnya. Daneng enggan berpisah dengan hutan belantara yang kini diancam oleh aktiviti pembalakan yang telah banyak memusnahkan flora dan fauna di situ. Cikgu Jo tidak berputus asa dan terus memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya kerana hanya dengan ilmu pengetahuan barulah Daneng berupaya mempertahankan hutan dan nasib suku kaumnya. Akhirnya, Daneng mengubah fikirannya lalu mengikut Cikgu kembali ke sekolah. Setelah 25 tahun berlalu, banyak kejayaan telah dikecapi oleh Daneng. Daneng telah bergelar Datuk dan telah menerima Hadiah Nobel kerana usahanya memulihara dan menyelamatkan hutan belantara. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara yang memiliki hutan tropika yang terbesar di dunia. Malah, Daneng juga telah dijemput oleh kerajaan Brazil untuk membantu memulihara hutan di Lembangan Amazon.2.0 TEMA

Cinta akan alam sekitar3.0 PERSOALAN

Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan

Persoalan tentang kepupusan hutan belantara

Persoalan tentang kemunduran masyarakat orang asli Persoalan tentang kegigihan dan tanggungjawab seorang guru

Persoalan tentang kegiatan pembalakan haram

4.0 PLOT

Plot cerpen ini disusun tidak secara kronologi iaitu peristiwa demi peristiwa disusun tidak mengikut urutan waktu. Pada bahagian eksposisi, pengarang telah menggambarkan latar tempat dan memperkenalkan watak utama. Pada tahun 2020 Daneng telah membawa Cikgu Jo pulang ke Kampung Tualang. Daneng yang memerhatikan pohon tualang yang megah berdiri sebelum kelahirannya, telah membawa kenangan kepada zaman 25 tahun yang lalu.

Pada bahagian perkembangan plot, dimulakan dengan Cikgu Jo yang telah pergi ke perkampungan asli untuk berjumpa dengan Daneng. Sewaktu memancing di Danau Nyok Cikgu Jo telah mengambail kesempatan itu untuk memujuk Daneng supaya kembali bersekolah setelah ditinggalkannya selama 6 bulan. Daneng menegaskan bahawa dia tidak mahu bersekolah lagi kerana kehidupannya sudah sebati dengan hutan belantara dan dia ingin terus tinggal di hutan itu untuk mempertahankan warisan nenek moyangnya. Sebaliknya, Cikgu Jo menasihati Daneng supaya menggunakan ilmu pengetahuan untuk membantu keluarga dan suku kaumnya. Cikgu Jo menegaskan Daneng harus meneruskan persekolahannya jika ia benar-benar sayang akan hutan belantara yang kian diancam kepupusan akibat pembalakan. Hanya dengan ilmu pengetahuan yang membolehkan Daneng menjadi pegawai perhutanan negara untuk melaksanakan rancangan yang lebih agresif untuk membanteras kegiatan pembalakan.

Pada bahagian klimaksnya, Daneng telah mengubah fikirannya dan bersetuju untuk mengikut Cikgu Jo kembali ke sekolah.

Bahagian peleraiannya, pada tahun 2020 Daneng dan Cikgu Jo telah kembali semula ke Lembah Tualang setelah Daneng berjaya menerima Hadiah Nobel kerana usahanya memulihara, memelihara dan menambah kawasan hutan di negara ini. Daneng juga telah dianugerahi gelaran Datuk malah telah dijemput oleh kerajaan Brazil untuk membantu memulihara kawasan hutan Lembangan Amazon di Brazil.

5.0 WATAK & PERWATAKANDaneng

Watak utama

Anak orang asli yang tinggal di Lembah Tualang

Berambut kerinting, berotot kental dan berstamina tinggi. Bekas murid Cikgu Jo

Seorang pelajar yang bijak iaitu mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Sangat petah berhujah

Berpendirian tegas

Sangat menghormati Cikgu Jo

Bersikap merendah diri

Mengenang jasa

Sangat cinta akan alam sekitar

Menerima Hadiah Nobel atas usahanya memelihara, memulihara dan menambahkan kawasan hutan.

Mendapat gelaranDatuk.

Cikgu Jo

Watak sampingan

Bekas guru kepada Daneng

Bertubuh cengkung dan sudah tua.

Sorang guru yang dedikasi, bertanggungjawab, prihatin dan gigih

Seorang yang berpandangan jauh.

6.0 LATARLatar Tempat

Di perkampungan orang asli di Lembah Tualang. Di Danau Nyok

Di rumah Daneng

Latar Masa

Pada masa kini iaitu dalam jangka masa 25 tahun sehingga tahun 2020.

Pada waktu pagi dan malam

Latar Masyarakat

Masyarakat orang asli yang tinggal di Lembah Tualang.

Masyarakat yang miskin

Masyarakat yang hidup bergantung kepada pencarian hasil hutan

Masyarakat yang sangat mencintai alam sekitar

Masyarakat guru yang dedikasi, gigih dan bertanggungjawab.

Masyarakat yang mementingkan pelajaran.

7.0 NILAI-NILAI MURNI

Nilai gigih

Contohnya, Cikgu Jo seorang guru yang gigih kerana sanggup bersusah payah ke perkampungan orang asli semata-mata untuk memujuk Daneng supaya kembali bersekolah.

Nilai mengenang jasa

Contohnya, Daneng yang telah berjaya dalam hidup tetap mengenang jasa Cikgu Jo.

Nilai rendah diri

Contohnya, walaupun Daneng telah bergelar Datuk tetapi dia tetap bersikap rendah diri dengan gurunya. Daneng tidak mahu Cikgu Jo memanggilnya Datuk. Nilai cinta akan alam sekitar

Contohnya, Daneng yang sangat cinta akan alam sekitar telah berusaha memulihara, memelihara hutan sehingga mendapat anugerah Hadiah Nobel atas usahanya itu. Nilai murah hati

Contohnya, ibu Daneng walaupun hidup dalam kemiskinan tetapi masih murah hati untuk memberi petai kepada Cikgu jo sebagai buah tangan.

Nilai hormat-menghormati

Contohnya, Daneng sangat menghormati Cikgu Jo, tidak mahu Cikgu Jo memanggilnya Datuk.

8.0 AMANAT & PENGAJARAN

Kita hendaklah mengenang jasa guru yang telah banyak berbakti dan mencurahkan ilmu kepada kita.Contohnya, Daneng telah tidak lupa akan jasa Cikgu Jo walaupun dia telah berjaya memperoleh gelaran Datuk.

Kita hendaklah sayang akan alam sekitar

Contohnya, Daneng sangat sayang akan hutan belantara telah berusaha untuk menyelamatkan hutan belantara daripada kepupusan akibat pembalakan. Kita hendaklah gigih belajar jika ingin berjaya dalam hidup.

Contohnya, Daneng yang gigih belajar akhirnya telah berjaya dalam hidup.

Kita hendaklah berfikir masak-masak sebelum membuat sesuatu keputusan yang melibatkan masa depan kita.

Contohnya, Daneng yang telah mengubah fikirannya untuk kembali semula bersekolah. Kita hendaklah bersikap rendah diri supaya disenangi orang.

Contohnya, Daneng yang telah bergelar Datuk tetap merendah diri dengan bekas gurunya, Cikgu Jo.

Kita hendaklah menghormati guru.

Contohnya, Daneng sangat menghormati Cikgu Jo, tidak mahu Cikgu Jo memanggilnya Datuk.

Sebagai seorang guru haruslah dedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugas.

Contohnya, Cikgu Jo sanggup ke perkampungan orang asli di Lembah Tualang semata-mata untuk memujuk Daneng supaya kembali bersekolah.

9.0 GAYA BAHASA

i. Simile

ii. Personifikasi

iii. Metafora

iv. Retoris

v. Repitasi

PUSARAN1.0SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan keakraban hubungan Junid dengan Pusaran iaitu seekor anak lembu jantan. Hubungan Junid dengan Pusaran tidak dapat dipisahkan, boleh dikatakan sebahagian besar masa Junid dihabiskan bersama dengan Pusaran. Jika Pusaran sakit Junid ikut sakit. Perhubungan yang sangat unik antara Junid dan Pusaran telah menimbulkan pelbagai tanggapan masyarakat. Seorang bomoh yang bernama Pak Cik Kar mengatakan bahawa Pusaran ialah kembar Junid. Mohsin yang terpengaruh dengan kata-kata bomoh buta itu cuba untuk memisahkan Junid dengan Pusaran, iaitu menghantar Junid ke sekolah dengan harapan masa untuk Junid bersama Pusaran akan berkurangan. Namun harapan itu tidak menjadi kenyataan. Perhubungan Junid dengan Pusaran tetap akrab. Oleh hal yang demikian, Mohsin telah mengambil keputusan untuk menjual Pusaran kepada Tuan Haji Subki untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Korban. Sekembalinya, Junid dari sekolah dia mendapati Pusaran telah tiada lalu mencari Pusaran tanpa mengendahkan kata-kata emaknya. Akhirnya, Junid tiba di suatu kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Junid melihat Pusaran yang direbahkan untuk disembelih terus meluru memeluk Pusaran sambil meminta supaya dirinya turut disembelih. Tuan Haji Subki terpaksa membatalkan niat untuk menyembelih Pusaran. Malah, beliau turut menegur sikap Mohsin yang membuat keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Junid. Mohsin berjanji tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran lagi. 2.0 TEMA

Tema cerpen ini adalah tentang KASIH SAYANG iaitu kasih sayang antara manusia dengan binatang kesayangannya.3.0 PERSOALAN Kepercayaan karut di kalangan masyarakat

Kesedaran masyarakat terhadap pendidikan

Kasih sayang ibu bapa Amalan hidup bermasyarakat

4.0 PLOT

Plot cerpen ini disusun secara kronologi. Pada bahagian eksposisi pengarang memperkenalkan watak Junid dan Pusaran. Pusaran adalah seekor anak lembu yang kematian ibunya. Hubungan Junid dengan Pusaran sangat akrab. Junid banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan Pusaran.

Pada peringkat perkembangan plot, konflik mula timbul dalam diri Mohsin iaitu ayah Junid yang risau apabila mendengar kata-kata seorang bomoh buta yang bernama Pak Cik Kar yang berpendapat bahawa Junid dan Pusaran adalah kembar. Beberapa kejadian telah membuktikan bahawa terdapat pertalian emosi antara Junid dengan Pusaran. Misalnya, jika Pusaran sakit, kesihatan Junid juga terganggu. Mohsin pernah cuba memisahkan Junid dengan Pusaran dengan menghantar Junid ke rumah datuknya di Kampung Ulu. Walau bagaimanapun, Junid selalu merusuh, demam-demam dan tidak lalu makan. Perkara yang sama juga menimpa Pusaran. Mohsin berharap apabila Junid telah bersekolah, dia akan melupakan Pusaran. Pada suatu malam Junid terdengar perbualan antara ayahnya dengan beberapa orang tetamu tentang Pusaran yang amat membimbangkan Junid. Sekembalinya Junid dari sekolah, didapatinya Pusaran telah tiada kerana Mohsin telah menjual Pusaran kepada Tuan Haji Subki untuk dikorbankan. Junid keluar mencari Pusaran.

Pada bahagian klimaks, Junid mendapati Pusaran telah dibaringkan segera memeluk leher Pusaran dan meminta agar dia dibunuh sama.

Pada bahagian peleraian, Tuan Haji Subki telah membatalkan niat untuk mengorbankan Pusaran. Malah beliau turut menegur Mohsin yang membuat keputusan tanpa berbincang dengan Junid terlebih dahulu. Mohsin juga berjanji tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran lagi.

5.0 WATAK & PERWATAKAN

JUNID

Watak utama Berusia 7 tahun

Belajar dalam tahun satu

Anak bongsu kepada Mohsin dan Musalmah

Seorang yang penyayang, iaitu sangat sayang akan Pusaran.

PUSARAN

Seekor anak lembu yang berusia 2 tahun.

Diberi nama Pusaran kerana terdapat dua pusaran, iaitu di atas dahi kepalanya dan di bawah perutnya.

Seekor lembu yang jinak dan manja dengan Junid. Pusaran juga patuh kepada tuannya.

Pusaran hampir-hampir disembelih untuk Hari Raya Korban.

Mohsin

Ayah kepada Junid, Junaidi, Rashid dan Adi.

suami kepada Musalmah.

Seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyayang.

Memiliki 8 ekar tanah bendang, 6 ekar dusun kelapa, dan 20 ekor lembu.

Kurang kesedaran akan kepentingan pelajaran anak-anak.

Mudah percaya kepada perkara karut iaitu mempercayai kata-kata bomoh bahawa Junid dan Pusaran ialah kembar.

Membuat keputusan secara terburu-buru tanpa berbincang dengan Junid terlebih dahulu untuk menjual Pusaran.

6.0 LATAR

Latar Tempat Di sebuah kampung.

Di rumah Junid.

Di kandang lembu Pusaran.

Di padang Gung Nibung tempat lembu-lembu meragut rumput.

Di sekolah tempat Junid belajar.

Di tempat Pusaran hendak disembelih.Latar Masa

Pada masa sebelum dan semasa perayaan Hari Raya Korban.

Pada waktu pagi, petang dan malam.

Latar Masyarakat

Masyarakat Melayu di sebuah kampung. Masyarakat yang beragama Islam. Masyarakat yang bergantung kepada bertani dan menternak. Masyarakat yang kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran anak-anak. Masyarakat yang masih mempercayai akan bomoh.

7.0 NILAI

Nilai kasih sayang

Contohnya, Junid sangat sayang akan Pusaran sehingga rela dikorbankan bersama-sama dengan Pusaran.

Nilai bertanggungjawab

Contohnya, Mohsin dan Musalmah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap anak-anaknya.

Nilai belas kasihan

Contohnya, Tuan Haji Subki yang berasa kasihan melihat Junid segera membatalkan niatnya untuk menyembelih Pusaran.

Nilai keinsafan

Contohnya, Mohsin telah insaf dan berjanji tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran lagi.

Nilai kerajinan

Contohnya, anak-anak Mohsin dan Musalmah sangat rajin membantu menjaga binatang ternakan mereka.

8.0 AMANAT Kita hendaklah sayang-menyayangi antara satu sama lain baik manusia mahupun haiwan.Contohnya, Junid sangat menyayangi Pusaran sehingga dia tidak membenarkan ayahnya mencucuk hidung Pusaran seperti lembu-lembu yang lain.

Kita hendaklah insaf akan kesilapan yang kita lakukan.

Contohnya, Mohsin telah insaf akan kesilapannya dan berjanji tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran lagi.

Kita hendaklah menaruh belas kasihan terhadap seseorang.

Contohnya, Tuan Haji Subki berasa sangat kasihan melihat Junid yang sangat sayang akan Pusaran telah membatalkan niatnya menyembelih Pusaran.

Kita hendaklah tolong-menolong

Contohnya, masyarakat kampung yang menolong Tuan Haji Subki untuk menyembelih Pusaran sebagai korban.

Kita janganlah mempercayai perkara-perkara yang karut

Contohnya, Mohsin yang mempercayai kata-kata bomoh buta yang mengatakan bahawa Pusaran ialah kembar Junid.

9.0 GAYA BAHASA

i. Simile

ii. Repitasi ( pengulangan )

iii. Penggunaan dialek daerah ( Kelantan )

BUDI YANG TAK TERBELI

1. SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan Murni yang ingin membawa ibunya untuk tinggal bersamanya di kota. Walau bagaimanapun, ibunya sering menolak kerana risau akan binatang peliharaannya, risau akan tanaman-tanamannya dan tidak biasa dengan kehidupan di kota. Murni tetap tidak berputus asa. Murni telah meminta Mak Timah untuk menjaga rumah dan binatang peliharaan serta tanaman emaknya ketika ketiadaan emaknya di rumah. Akhirnya, Jemah terpaksa mengikut Murni ke kota.Namun, Murni sangat sibuk untuk meluangkan masa bersama dengan emaknya apatah lagi membawa emaknya bersiar-siar di sekitar kota. Jemah yang kebosanan tidak senang duduk tanpa melakukan sebarang kerja. Ketika berjalan di sekeliling rumah anaknya, dia telah menemukan sebatang tajak, lantas dia menajak rumput di halaman rumah. Sewaktu Murni dan Jamal pulang makan tengah hari, Jamal berasa sangat marah apabila melihat rumput yang ditanamnya telah tajak. Sebagai seorang anak Murni tetap mempertahankan ibunya. Selepas anak dan menantunya pergi bekerja, sekali lagi Jemah dihantui rasa bosan. Ketika dia merayau-rayau di celah pokok orkid, dia terpandang sepohon anak mempelam dan teringat anaknya sangat gemar makan mempelam jeruk. Tanpa berfikir panjang Jemah telah menebang pokok ketapang di depan rumah lalu diganti dengan pokok mempelam. Sekali lagi meletus kemarahan Jamal akibat tindakan Jemah itu. Jemah yang tidak selesa tinggal di kota miminta dihantar pulang.Pada suatu hari, Murni telah menerima sepucuk telegram daripada ibunya. Jamal terus berprasangka buruk terhadap mentuanya. Ketika di kampung barulah mereka tahu apakah tujuan mereka diminta pulang ke kampung. Rupa-rupanya ibu Murni telah membeli sebidang tanah tapak rumah daripada Long Kasah yang hendak berpindah ke Ulu Beting dan mahu menukar nama tanah tersebut kepada Murni. Murni berasa terharu dengan pengorbanan emaknya.2. TEMA

Tema cerpen ini adalah tentang KASIH SAYANG iaitu kasih sayang antara ibu dan anak. Murni sangat sayang akan emaknya telah mengajak Jemah tinggal bersama dengannya di kota. Demikian juga dengan Jemah yang telah membeli sebidang tanah untuk Murni.3. PERSOALAN

Pengorbanan seorang ibu terhadap anak

Perbezaan nilai hidup masyarakat kota dengan masyarakat desa

Kepentingan amalan berjimat cermat

4. PLOT

Plot cerpen ini adalah bersifat kronologi, peristiwa-peristiwanya disusun mengikut urutan waktu. Pada bahagian eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Murni dan Jemah. Murni berusaha memujuk Jemah supaya mengikutnya pergi ke kota untuk tinggal bersama dengannya.

Pada bahagian perkembangan plot, Jemah mengalami konflik jiwa kerana tidak betah dengan kehidupan di kota. Jemah berasa sangat bosan di rumah kerana anak dan menantu sibuk bekerja. Jadi untuk menghilangkan rasa bosannya Jemah telah menajak rumput di halaman rumah. Tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan Jamal. Konflik semakin memuncak apabila Jemah menebang pokok ketapang di luar rumah untuk digantikan dengan pokok mempelam. Sekali lagi meletus kemarahan menantunya akibat perbuatan Jemah itu. Jemah yang tidak betah tinggal di bandar, akhirnya pulang ke kampung.5. WATAK & PERWATAKAN

6. LATAR

7. NILAI

8. AMANAT

9. GAYA BAHASA

Hati yang rajuk kian dimamah kecewa

Hati ini selalu memberontak

Lurah ketewasan

Api kerinduan

Tinta-tinta harapan

Pulau perhentian

Semangat seakan-akan luruh ( m/s 61)

Kasihku tertumpah melebihi selautan buat cikgu (m/s 61)

Aku sudah hampir separuh mati (m/s 66)

tak, nak

Anak emas

Sebatang kara

Ringan tulang

Kamil, syukur, Alhamdulillah,

Firman, Ya Allah, bertawakal.

Rantai keresahan

Manik-manik peluh

Titisan kegelisahan

Bagai seorang kelasi yang diletihkan oleh ribuan pelayaran

Pandangan matanya menangkap kesederhanaan isi pondok

Bagaikan kaca terhempas ke batu lalu berderai kecil

Pandangan matanya menjilat kebun epal tersebut di kejauhan

Seribu tanda tanya menjajahi serebrumnya

Samudera hampa

Seperti air danau

Seperti seekor rerama

Patutkah aku mengganggu ketenteramannya? Merampas kebebasannya? Memaksanya melakukan apa yang aku fikirkan betul?

Tidak ada soal tidak cukup duit! Tidak cukup masa! Tidak puas dengan kejayaan dalam karier!

Patuh seperti anjing

halus seperti rambut jagung

mengecil seperti kucing

Karang bermaksud nanti

Cerat bermaksud pasti

Dan akan meminta ayahnya membeli baju raya baru. Meminta ayahnya

Membeli kasut baru. Meminta emaknya membuat kuih. Meminta

Segala-galanya.

1