analisis kompetensi keushawanan diri 2
DESCRIPTION
asas keusahawananTRANSCRIPT
2.1 Inisiatif
Sikap individu yang berinisiatif adalah: Melakukan usaha atau sesuatu sebelum
terpaksa melakukannya, dipaksa oleh keadaan atau diarah supaya melakukannya
Giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang, keluaran atau perkhidmatan yang baharu.
2.2 Melihat dan Merebut Peluang
Sikap individu usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang dapat dilihat melalui aspek-aspek berikut: Sentiasa mencari dan melihat
peluang yang wujud di persekitarannya dan kreatif serta mampu merebut peluang-peluang tersebut.
Merebut peluang peluang yang luar biasa dalam memperluas pasaran, menggunakan teknologi baharu, mendapatkan tempat perniagaan, mendapatkan bantuan kewangan, peralatan atau bantuan-bantuan yang boleh membantu meningkatan prestasi perniagaan.
2.3 Kecekalan Sikap seseorang yang cekal dapat
dilihat melalui ciri-ciri berikut: Berusaha dengan mencari jalan untuk
mengatasi rintangan yang menghalang pencapaian matlamat.
Beruasha melakukan sesuatu untuk mengatasi halangan apabila menghadapi masalah yang besar tanpa cepat menyerah kalah.
2.4 Mencari Maklumat Sikap individu usahawan yang
mampu mencari maklumat adalah seperti berikut: Melakukan penyelidikan atau tinjauan
untuk mendapatkan maklumat atau maklum balas dalam usaha memberikan perkhidmatan atau mengeluarkan barangan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk memajukan perniagaan.
Mencari maklumat dengan bertanya sendiri kepada pelanggan atau pembekal tentang kehendak-kehendak pengguna.
Melakukan siasatan sendiri melalui kajian pasaran dan menganalisisnya.
Mengunakan rangkaian maklumat atau rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat baharu dan berguna.
Melakukan penyelidikan sendiri dan analisis terhadap maklumat yang diperoleh sebelum membuat keputusan-keputusan perniagaan atau dalam menjalankan tugas harian.
2.5 Menitikberatkan Mutu Kerja yang Tinggi Sikap usahawan yang menitikberatkan
mutu kerja yang tinggi adalah: Menunjukan keinginan untuk
menghasilkan atau menjual barangan atau menyediakan perkidmatan yang bermutu tinggi.
Sentiasa membuat perbandingan akan mutu kerja sendiri atau syarikat dengan orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.
2.6 Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja
Sikap usahawan yang menepati perjanjian kerja adalah: Memberikan tumpuan kepada
perniagaan dan melakukan pengorbanan peribadi dalam mencapai atau menyelesaikan kerja
Menerima tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan kerja untuk pelanggan
Sanggup membantu pekerja atau mengambil alih tugas mereka untuk menyelesaikan kerja.
Melahirkan perasaan mengambil berat untuk memuaskan hati pelanggan.
2.7 Berorientasikan Kecekapan Individu usahawan yang
berorentasikan kecekapan adalah: Sentiasa mencari jalan untuk
melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah dan pantas.
Menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan perniagaan yang terkini untuk membaiki kecekapan syarikat dan diri sendiri.
2.8 Membuat Perancangan Yang Sistematik Seseorang usahawan perlu mapu
membuat perancangan sistematik dalam: Melakukan sesuatu tugas atau kerja
dengan merancang dan mengatur langkah yang sistematik dan mudah untuk dilaksanakan.
Menwujudkan rancangan yang dapat mengatasi masalah yang dijangkakan.
Menilai dan memilih beberapa alternatif sebagai keputusan
Mengambil satu pendekatan yang logik dan sistematik untuk mencapai matlamat.
2.9 Menyelesaikan Masalah
Sikap usahawan yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah berkebolehan dari segi: Mencari dan mengambil strategi untuk
mencapai matlamat Mencari dan melahirkan idea baharu
untuk menyelesaikan masalah secara berinovatif.
2.10 Keyakinan Diri
Usahawan yang berkeyakinan diri mampu: Melahirkan keyakinan melalui
kemampuan keberkesanan dan pendirian diri sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas.
Memperoleh dan mengumpulkan pengetahuan dan pengalaman luar daripada bidang pengkhususannya.
2.11 Ketegasan
Ushawan yang tegas manpu menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan mampu mengambil tindakan walaupun menghadapi tentangan daripada pihak lain.
2.12 Menyakinkan Orang Lain Individu usahawan mampu
menunjukkan dan menyakinkan orang lain melalui: Penonjolan diri dalam menyakinkan
pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.
Kemampuan menyakinkan orang lain untuk mendapatkan sumber modal atau pinjaman yang mendapatkan kontrak-kontrak perniagaaan.