aniqah ogos 2009

24

Upload: aniqah-online

Post on 23-Mar-2016

273 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Majalah Aniqah Keluaran Ogos 2009

TRANSCRIPT

Page 1: Aniqah Ogos 2009
Page 2: Aniqah Ogos 2009
Page 3: Aniqah Ogos 2009

1Ogos 09 1Ogos 09

Page 4: Aniqah Ogos 2009

Ogos 092

Kirana10 Santun di Bulan Ramadhan16 Anggun dengan Busana Batik21 Serlah Gaya di Bulan Penuh Berkat

Diskusi26 Perkahwinan untuk Menutup Fitnah

29 Rahsia Membawa Padah...

31 alasan & Kerenah untuk Berpoligami

34 Keempat-empat isteri tidak ingin Berpisah

Nutrisi36 Manggis: Enaknya Ratu Buah38 Pemakanan Berkhasiat untuk Kekal Cergas

Muslimat42 Menjaga Alam Sekitar: Tanggungjawab Manusia Sebagai Khalifah di Bumi Allah45 Seni Sebagai Medium Dakwah

Global47 Empat Wanita Catat Sejarah ke Parlimen Kuwait

Wajah AniqahMaiza Redha Hadapi Dugaan

Mercu Dunia54 Berkat Mengetuk Pintu ke Pintu

Kandungan

Ogos 2009

50Undang-undang56 Talak Bid’ah: Cerai Isteri Selepas Bersama

Ogos 092

Page 5: Aniqah Ogos 2009

�Ogos 09

Ogos 2009

Wanita & Wang58 Bijak Berbelanja Sepanjang Bulan Puasa

Didik60 Susu Ibu Anugerah Allah s.w.t. untuk Ibu dan Anak

62 Homeschooling Bantu Anak-anak

Novel64 Makna-makna Merdeka

Sinar68 Nur Farhana: Tidak Pernah Kesal

Nurjannah72 Kafarah Puasa Ramadhan74 Pelbagai Fadilat dan Amalan di Bulan Penuh Keberkatan

Buntu?76 Surah Al-Waqi’ah Sebagai Penawar

Medik78 Gejala Bronkitis Kronik

Mobil Anda80 Ketahui Punca Enjin Panas

Lazeez82 Pembuka Selera di Bulan Ramadhan 86 Variasi Kek Lapis Sarawak 89 Ingin Kek yang Cantik & Enak?

Relaks 90 Restoran D’Santai: Enak Menjamu Selera, Tenang Gelora Jiwa92 Percutian Ringkas yang Mendamaikan

Dekor 94 Seni Bina Tradisional Islam Masjid Al-Mukarramah

Renungan 96 Nilai Murni Sosio-Budaya Cicir dalam Arus Pembangunan

86

10

94

4754

Page 6: Aniqah Ogos 2009

Ogos 09�

KETUA EDITOR KUMPULAN

PERUNDING EDITORIAL

EDITOR

EDITOR AGAMA

EDITOR BERSEKUTU

WARTAWAN

PENGARAH SENI

PEREKA GRAFIK

PEREKA GRAFIK KORPORAT

JURU FOTO KANAN

JURU FOTO

PENYELIDIK FOTO

WEB

PENGURUS KANAN PEMASARAN

PENOLONG PENGURUS PEMASARAN

EKSEKUTIF LANGGANAN

EKSEKUTIF PEMASARAN

PENYELARAS PENGIKLANAN

PEREKA GRAFIK

PENGURUS PRODUKSI & PENGEDARAN

EKSEKUTIF PENGEDARAN

EKSEKUTIF PRODUKSI

A Member of:

Magazine Publishers Association

Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi sidang pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Segala reproduksi dalam apa jua bentuk perlu mendapat keizinan terlebih dahulu. Semua karya yang diterbitkan

tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap ANIQAH.

DAtuk JAMAluDDin MAnsor [email protected]

sAriMAH otHMAn [email protected]

norkHAirAnA Pilus [email protected]

rAflis sAbirin [email protected]

WebAH sAlleH [email protected]

norzilAWAti siDek [email protected]

norlizA WAHiD [email protected]

roiHAn MAt zAib [email protected]

fArAH sHeiAkHA AbD WAHiD [email protected]

HAnnA kHAiruDDin [email protected]

AnitA isMAil [email protected]

sAiful HAnAfi [email protected]

AsrAf DAHAri [email protected]

MoHD Yusri MoHD sHAkJee [email protected]

JAsMAn MD noor [email protected]

WAn nAqiuDDin WAn YAAcob [email protected]

ArMAn bin Yusuf [email protected]

MoHD HAfizi MD tAHir [email protected]

oMAr AHAD [email protected]

sHAMsul bAHri AbD Aziz [email protected]

riDzuAn besiri [email protected]

AHMAD nAsAruDDin AbDul rAHMAn [email protected]

zAkHWAn MD. nAWi @ rizAk [email protected]

AzAM AkHbAr rAMAMAM [email protected]

MoHD firDAus AbD HAliM [email protected]

kHAiri ng AbDullAH [email protected]

rizAl AbDul rAHMAn [email protected]

MoHAMAD zAirull MoHD Yusof [email protected]

sHAHrul Azrin sHAHAruDDin [email protected]

zulkeflee AbDullAH [email protected]

WiDYA nAtAsYA MD sAlleH [email protected]

MMP coMMunicAtions sDn bHD (146937-W)68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur.

Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425

tiMes offset (M) sDn. bHD. Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: +603-5628 6888 Fax: +603-5628 6899

PP

1438

1/10

/200

6

PENERBIT

PENCETAK

www.aniqah.com.my

Page 7: Aniqah Ogos 2009

5Ogos 09

Sepatah Bicara

Muka Hadapan

Benarkah Bermadu Itu Manis?Assalamualaikum w.b.t.,Di kalangan masyarakat kita, poligami bukanlah suatu isu yang besar namun ia kerap diperbincang dan diperkatakan oleh media massa, wanita serta dalam cer-amah-ceramah agama.

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab seperti suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi ke-inginannya; keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit; membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah s.w.t. dan isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

Di negara kita setiap lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah sebelum dibenarkan berpoligami bagi kelayakan serta menjamin keadilan terhadap isteri-isterinya apabila berpoligami. Namun, tidak kurang juga kaum lelaki mengambil jalan mudah untuk berpoligami dengan bernikah di selatan � ailand kemudian merujuk ke Mahkamah Syariah untuk tujuan pendaftaran.

Ada juga yang tidak mendaftarkan perkahwinannya di Mahkamah Syariah selepas berpoligami. Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada isteri dan anak-anaknya jika berlaku kematian si suami, bukan itu sahaja. Anak yang dilahirkan itu tidak akan mempunyai nama ayah di dalam sijil kelahiran sudah pasti akan menyusahkan anak-anaknya untuk kehidupan seharian.

Perkahwinan adalah jambatan bagi pasangan suami dan isteri untuk meraih ket-enangan, cinta dan kasih sayang maka poligami juga bertujuan untuk itu. Namun, ramai yang gagal melihat daripada aspek ini kerana berasa ia hanya untuk perkah-winan pertama atau dengan isteri pertama sahaja.

Ramai suami yang berpoligami membezakan layanan terhadap para isteri dan sering mengharapkan pengertian serta pengorbanan isteri-isteri untuk memastikan kesejahteraan hidup berpoligami sedangkan sebagai ketua keluarga dan pemimpin, dialah yang seharusnya melakukan pengorbanan untuk orang-orang yang dipimpin. Maka tidak hairanlah banyak pandangan negatif berkenaan poligami yang ada didengari atau dilalui sendiri oleh wanita yang pernah menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat.

Justeru, masalah yang melanda datang bertimpa-timpa. Di sinilah letakkan kebi-jaksanaan dan kemampuan yang dimaksudkan oleh Islam apabila meletakkan syarat bersikap adil seorang suami kepada semua isteri dan anak-anaknya.

Paparan ANIQAH bukan bertujuan menolak poligami apatah lagi ia dibenar-kan oleh agama. Namun, setiap lelaki perlu berfi kir dengan lebih mendalam sebelum mengambil keputusan berpoligami kerana ia bukanlah semudah yang disangka kerana kegagalan mereka bertindak sebagai ketua keluarga kepada isteri-isteri bakal mengundang masalah lebih rumit terutama kepada anak-anak apatah lagi jika tiada ilmu di dada.

Wassalam.

Norkhairana Pilus

Penyelaras Norzilawati SidekKoordinasi & Penata Gaya Hanna KhairuddinFoto Jasman Md NoorMekap Hafi z, Comel Collection Pakaian Koleksi MyzaLokasi Hotel PeninsulaRseidence, Jalan Semantan Kuala Lumpur

Page 8: Aniqah Ogos 2009

Ogos 09�

ResponsPembaca

“Maka dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya”. Berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisa, ayat 103 di atas, jelas menunjukkan sembahyang fardu lima waktu sehari semalam adalah wajib ke atas orang Islam. Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. di atas muka bumi ini sebagai khalifah yang mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab serta peranan. Salah satunya mendirikan solat.

Bercucuranlah air mata kekesalan di akhirat nanti jika meninggalkan solat tanpa sebab kerana perkara pertama yang akan dihisab ialah solat. Walaupun ketika berada di dunia, terlalu banyak membuat kebaikan dan kebajikan, semua itu tidak akan dapat menolong manusia masuk syurga.

Ini dapat dibuktikan berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,

“Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyang, maka binasalah amal-amal yang lain”.

Pada saat ini, manusia sangat alpa tentang solat, malah solat amat dipandang suatu yang ringan dari segi penyempurnaan. Solat bagi golongan ini adalah suatu adat bukannya ibadah. Tidak ada perasaan bersalah dan takut kepada Allah s.w.t. jika meninggalkannya. Kesibukan dunia menghalang manusia daripada melaksanakan ibadah solat. Kemewahan dunia mengubah matlamat hidup manusia yang sebenar di dunia pinjaman ini.

Kesibukan waktu mencari harta kekayaan dan pangkat membuatkan manusia lupa akan pencipta yang Maha Esa lagi berkuasa. Manusia dicampakkan di dunia sementara ini semata-mata untuk mencari bekalan akhirat, bekalan untuk hidup kekal di satu dunia lain.

Dunia yang penuh nikmat dan kebahagiaan sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id dan Abi Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

“ Adapun orang-orang yang hidup di dalam syurga sebagai ahli syurga di alam akhirat kelak, maka keadaan mereka akan hidup terus dan tidak akan mati lagi, sihat

dan tidak pernah sakit, menjadi muda yang tidak akan tua selama-lamanya dan sentiasa mendapat nikmat, kesenangan dan bahagia tanpa menghadapi susah selamanya.”

Kenikmatan di akhirat tidak dapat dibandingkan lagi dengan kenikmatan yang diperoleh di dunia yang fana ini. Kekayaan dunia memejamkan mata hati manusia untuk menilai satu sudut akan suruhan Allah s.w.t. yang wajib ditunaikan.

Sampai bilakah manusia harus membiarkan hati dan jiwa sengsara di dunia dan membiarkan jasad dihukum di akhirat oleh Allah s.w.t. kerana meninggalkan suatu suruhannya.

Sembahyang adalah ibadat yang menunjukkan keimanan dan keislaman seseorang yang mana akan meninggalkan kesan ke dalam jiwa manusia. Menunaikan kewajipan ini juga boleh meninggikan darjat dan membesarkan martabat manusia di saat berdepan dengan Allah s.w.t. nanti.

Sembahyang adalah ibadat yang paling tinggi dan terbesar dalam mendekatkan diri kepadaNya. “Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah di kala hamba itu sedang sujud (di hadapan Allah s.w.t.). Oleh itu, perbanyakan doa dalam sujud”.

Pentingnya solat itu juga jelas melalui sabda Rasulullah s.a.w. tersebut. Solat adalah jalan perhubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. Ketika mendirikan solat, seseorang itu dapat menghampirkan diri dengan Allah s.w.t., bermesra dan bermunajat. Allah s.w.t. akan mengurniakan nur dan hidayah kepada umatnya yang ikhlas mengerjakan solat semata-mata keranaNya.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 45 “Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”.

Ini jelas menunjukkan solat boleh berfungsi sebagai perisai dan benteng dalam menghadapi fitnah, kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan dan godaan syaitan yang sentiasa mencari peluang menyesatkan manusia. Syaitan telah berjanji dengan Allah s.w.t. akan menyesatkan manusia sehinggalah hari kiamat.

Manusia yang nipis keimanannya kepada Allah s.w.t. akan mudah tersesat dengan tipu daya dan godaannya. Dalam al-Qur’an ditegaskan dengan jelas bahawa syaitan itu

Surat Pilihan

Sujudlah Wahai Khalifah

musuh yang jelas dan nyata bagi manusia. Hal ini dijelaskan dalam surah Al-Baqarah

dalam ayat 208. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.

Kelalaian hidup manusia di dunia mendatangkan suatu kerugian yang amat besar bukan sahaja di dunia, malah di akhirat nanti kerana keadaan manusia dibangkitkan pada hari kiamat adalah berdasarkan amalnya termasuklah solat.

Pada saat itu, apa lagi daya manusia untuk melaksanakan ibadah melainkan menanti saat perhitungan amalan di dunia. Kekesalan sudah tidak berguna lagi kerana Allah s.w.t. telah memberi masa ketika berada di dunia untuk menunaikan suruhanNya.

Ingatlah wahai Muslimin dan Muslimat, pintu taubat sentiasa terbuka bagi hambaNya yang ingin bertaubat. Allah s.w.t. Maha Pengampun lagi Mengasihani hambaNya yang mengakui kesalahan dirinya. Janganlah membiarkan hambatan dosa mengiringi perjalanan hidup di dunia sehinggalah saat

Pentingnya solat itu juga jelas melalui sabda Rasulullah s.a.w. tersebut. Solat adalah jalan perhubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. Ketika mendirikan solat, seseorang itu dapat menghampirkan diri dengan Allah s.w.t., bermesra dan bermunajat. Allah s.w.t. akan mengurniakan nur dan hidayah kepada umatnya yang ikhlas mengerjakan solat semata-mata keranaNya.

Page 9: Aniqah Ogos 2009

�Ogos 09

KaMi mengalu-alukan pandangan dan komen mengenai ANIQAH atau isu semasa untuk

dikongsi bersama. Hantarkan kepada [email protected] atau poskan ke

Aniqah (Ruangan Respons Pembaca), 68-B, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur. Surat pili-han akan menerima hadiah istimewa daripada

penaja iaitu Hilyah Gifts (www.hilyah.com).

Kasih sayang adalah anugerah yang istimewa. Islam amat menitikberatkan kasih sayang kerana tanpa kasih sayang hidup umpama tidak lengkap. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud:

“…Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah An-Nisaa’:96)Bukti kasih sayang Allah s.w.t. kepada kita

terlalu banyak. Melalui kejadian manusia, kita dikurniakan akal dan pancaindera. Allah s.w.t. juga memberikan kita petunjuk supaya tidak tersasar dari landasan yang betul. Selain itu, Allah s.w.t. menjadikan bumi sebagai tempat untuk mencari rezeki dan juga mengurniakan keamanan. Segala nikmat yang telah diberikan tidak mampu dihitung dan ditulis dengan tinta. Bayangkan jika semua nikmat ini tidak diberikan.

Sejauh manakah kita bersyukur dengan semua nikmat yang dikurniakan atau adakah kita semakin jauh dari mengingati Allah s.w.t.?

Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadat kepada-Nya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia yang patut disembah?”

(Surah Maryam:65)Kasih sayang adalah fitrah. Islam juga

menganjurkan supaya kita mengasihi insan yang lain. Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Hidup kita saling memerlukan antara

satu sama lain. Kita perlu saling membantu kerana kita hidup bermasyarakat. Daripada Nu’man bin Basyir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Kemesraan, kasih sayang dan saling berbelas kasihan antara orang mukmin diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Melihatkan senario yang terjadi kepada

segelintir umat Islam pada masa kini begitu membimbangkan. Masalah keruntuhan akhlak yang sering dipaparkan di media massa menggerunkan kita. Kes-kes seperti ragut, rogol, rompak, bunuh dan jenayah-jenayah lain menunjukkan hilangnya sifat kasih sayang dalam diri. Seandainya umat Islam menghayati konsep kasih sayang yang diajar dalam Islam sudah tentu mereka tidak akan menzalimi diri dan orang lain.

Justeru, sebagai manusia harus kembali ke pangkal jalan agar tidak terus hanyut dengan arus yang melalaikan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah An-Nisaa’:110)Semoga kita menghargai kasih sayang

yang diberikan dan marilah buktikan kasih sayang kita selagi peluang masih diberikan.

Safida MuhammadPulau Pinang.

Indahnya Kasih Sayang

Pertama kali mengenali ANIQAH, saya jatuh cinta pandang pertama.. Sebagai seorang Muslimah yang hidup dalam zaman serba mencabar ini, saya amat mendambakan bahan bacaan yang bersifat Islamik.

Saya tercari-cari majalah yang betul-betul memenuhi naluri saya yang dahagakan ilmu dunia dan akhirat.

Kini, pencarian saya menemui noktahnya. Dalam ANIQAH, saya terpaut pada susunan, informasi, warna dan segala-galanya.

Pengisiannya yang santai tetapi penuh dengan maklumat. ANIQAH menyusuri pemikiran Muslimah yang semakin intelek.

Terima kasih ANIQAH.

Haslina Masni Mohamad Khotib,Pulau Pinang.

AniqahMemenuhiNaluriku

ajal datang menjemput menemui Allah s.w.t. Disebutkan dalam hadith qudsi, Allah

s.w.t. mengatakan bahawasanya seseorang hamba yang telah melakukan dosa, lalu dia bertaubat dengan taubat yang sebenar, Allah s.w.t. mengatakan hambaKu mengetahui dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa lalu, maka Aku terima taubatnya, tiba-tiba dia melakukan dosa lagi lalu dia bertaubat lagi dan Allah s.w.t. mengatakan, hambaKu mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosanya, Aku mengampunkan lagi dosanya.

Begitulah gambaran luasnya pintu taubat yang dibuka oleh Allah s.w.t.

Jangan biarkan bisikan kalimat suci azan dan iqamat yang didengarkan saat menempuh alam dunia tidak memberi makna apa-apa kepada jiwa dan hati nurani kita. Biarlah kalimat suci itu hidup mekar dalam jiwa yang mendengarnya.

Nor Zuhairiah Binti YusofTaman Bukit AngkasaKuala Lumpur.

Page 10: Aniqah Ogos 2009

Ogos 098

KURSUS dua hari yang anjuran Institut Akhbar Malaysia dengan kerjasama Yayasan Taqwa bertujuan memberi ilmu dalam penulisan Islam kepada para wartawan dan editor. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Beliau berharap agar para wartawan menulis dengan

Kursus Kewartawanan islam MPi-Yayasan Taqwa Beri sumber inspirasi Penulisan

KiranaSekilas

130,000 orang pelajar dari 817 buah sekolah rendah di Perak telah menyertai pertandingan mengeja paling besar di Malaysia dan sekaligus memecahkan rekod Malaysia Book of Records.

Acara ‘Perak Spelling Day’ dianjurkan bersama oleh majalah Knowledge Discovery dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak bersama CHAMPS, jenama multivitamin kanak-kanak selaku penaja utama.

Pertandingan ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran mengeja serta memantapkan perbendaharaan kata para pelajar sekolah ren-dah di samping menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris yang betul di kalangan para pelajar.

Pengarah Urusan Kumpulan CCM Bhd, Datuk Dr Mohd Hashim Tajudin berkata, pertandingan mengeja itu memberi ruang dan pelu-ang kepada para pelajar untuk bersaing secara sihat dan positif.

“Para pelajar juga dapat memperoleh kelebihan menyertai pertand-ingan mengeja selain daripada menguasai Bahasa Inggeris. Berdiri di depan para penonton saja semasa bertanding sudah dapat mening-katkan keyakinan diri mereka,” katanya.

Adakah anda pernah mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan di dalam kelas atau di tempat kerja? Atau adakah anda mendapati keupayaan untuk mengingati apa yang anda pelajari semakin merosot? Semua ini boleh diatasi dengan Vavalert, bagi mempertingkatkan memori dan tumpuan.

Vavalert adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin sentiasa aktif dan cergas malah Vavalert adalah yang pertama di dunia dan suplemen semula jadi berpaten yang terbukti secara klinikal dapat meningkatkan kecergasan mental.

Suplemen yang diperbuat 100 peratus daripada koko Belgium tulen dan ekstrak teh hijau membantu meningkatkan prestasi pembelajaran dengan hanya satu tablet sehari.

Vavalert adalah alternatif yang selamat dan tidak menyebabkan ketagihan dalam kehidupan seharian.

Vavalert kini boleh didapati di semua farmasi utama pada harga RM29.90 untuk pek 10 tablet dan RM75 untuk pek 30 tablet. Untuk maklumat lanjut mengenai produk yang unik ini, sila ke laman web Vavalert di www.vavalert.com atau hubungi Total Health Concept di 03-7965 2700.

Minda Cergas Prestasi Hebat dengan Vavalert

Pelajar Perak Pecah Rekod Pertandingan Mengeja

fakta yang betul tanpa memburukkan pihak lain kerana mata pena lebih tajam daripada pedang. Sebagai umat Islam semua itu akan mendapat ganjaran ketika kita mengadap Allah s.w.t. nanti.

Objektif sebenar kursus dua hari ini memberi pendedahan kepada peserta kaedah menulis laporan berunsur Islam yang tepat dan jelas. Ini amat penting dalam penulisan Islam. Selain itu, ia juga meningkatkan lagi pemahaman peserta mengenai isu-isu terkini berkaitan Islam. Ia juga dapat memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dalam penulisan dan juga pemberitaan mengenai Islam.

Pada kursus tersebut lapan tajuk didedahkan kepada para peserta agar mendapat menfaat sewajarnya iaitu Penulisan Menurut Perspektif Islam, Asas & Prinsip Kewartawanan Islam, Laporan Berita Fitnah, Kod Etika Pelaporan Media Massa dalam Islam, Imej Islam dalam Media Perdana Antarabangsa, Kewartawanan Islam dan Konvensional: Suatu Perbandingan dan Forum; Memperbetulkan Persepsi Islam dalam Media. Kursus diakhir dengan penyampaian sijil kepada peserta.

Abdullah Mohd Yunus, Datuk Dr Mohd Hashim (tengah) dan Hj Mohd Idris Hj Ramli memperlihatkan sijil Malaysia Book of Records.

Page 11: Aniqah Ogos 2009

�Ogos 09

Sekilas

Anugerah Wartawan & Penulis Melayu Malaysia 2009

NiKMatilah kebaikan bijirin penuh dengan aLIVE Whole Grain Cereals, bijirin inovatif yang dihasilkan istimewa untuk para pengguna yang mementingkan kesihatan. aLIVE Whole Grain Cereals mengandungi kandungan bijian penuh tinggi sebanyak 97 peratus! Setiap pek bijirin aLIVE mengandungi lebih banyak bijian penuh berbanding jenama lain di pasaran. Dengan aLIVE Whole Grain Cereals, para pengguna dijamin 50 peratus lebih banyak bijian penuh dalam bijirin mereka dan kurang gula antara 20 hingga 50 peratus daripada jenama-jenama lain. Malah bijirin aLIVE sedap dan merupakan makanan yang sihat.

Sempena kedatangan Ramadhan, Melting Pot Cafe mengadakan bufet berbuka puasa yang disediakan khas oleh Chef Abbas. Antara hidangan yang disajikan ialah nasi briyani dengan kambing, rendang tulang rawan daun cekur, kamb ing asam

lemak, sotong berlado berserai, puyuh goreng halba, ayam panggang dan lain-lain lagi. Istimewanya ialah terdapat gerai-gerai yang menghidangkan hidangan panas antaranya cucur udang, popia otak-otak dan samosa. Terdapat juga gerai ikan bakar yang menyediakan pilihan ikan selar, ikan pari dan ikan terubuk untuk pelanggan. Hidangan berharga RM82 setiap seorang dengan air teh tarik secara percuma dan Melting Pot Cafe boleh dihubungi melalui 02-21442200.

Ogy Ceriakan Program Laman Santai

tiGa tokoh wartawan dan penulis veteran tanahair telah menerima Anugerah Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia, 2009 di Majlis Makan Malam sempena penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia yang diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya baru-baru ini.

Penerima-penerima anugerah itu terdiri Tan Sri Datuk Abdullah Ahmad, Tan Sri Datuk Mazlan Nordin dan Azah Aziz. Anugerah itu diberi atas perjuangan mereka dalam bidang penulisan berdekad lamanya tanpa mengenal erti penat dan jemu. Tan Sri Abdullah Ahmad memulakan karier sebagai wartawan dengan akhbar Strait Times dan kemudian New Straits Times pada awal 1960an seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarang merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan New Strait Times.

Tan Sri Datuk Mazlan Nordin pernah membuat liputan dan mewawancara Natrah yang dikatakan masuk Kristian atas usaha ibu bapanya. Datuk Mazlan menjadi Ketua Editor Kumpulan Utusan Melayu pada 1973-1982 kemudian sebagai Pengarah Urusan hingga 1987. Azah Aziz adalah seorang wartawan, penulis dan budayawan. Beliau adalah pelopor wartawan wanita Malaysia dan pengasas Persatuan Wartawan Wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 1971.

Azah Aziz menerima hadiah daripada Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Datuk Zainal Abidin Borhan sambil diperhatikan oleh Dr. Alias Mohamed.

FiNaS menerusi Bahagian Pemasaran & Promosinya telah mengadakan satu program Laman Santai bertempat di Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur Jun lalu. Program dilaksanakan sempena memperingati Hari Seniman serta meraikan Festival Filem Malaysia ke 22 yang bakal diadakan di negeri Sabah pada Ogos ini. Sesuai dengan acaranya yang santai,laman yang terbuka itu dipenuhi para seniman, karyawan filem, penggiat seni serta peminat-peminat yang datang dari seluruh Negara untuk beramah mesra dan mengenali lebih dekat artis-artis pujaan mereka baru dan lama.

Majlis turut dihiburkan oleh Rahim Maarof, Zamarul Hisham, Dafi, Latif Ibrahim, Sofia Ibrahim, Kaza, Rusdi Ramli, Daniel (MI), M.Subash serta sketsa jenaka dari A.R. Badol, Kencana Dewi dan Louisa Chong. Ogy selaku pengaraca majlis telah membuatkan Laman Santai sentiasa ceria dengan usikan dan gurauannya.

Berbuka Puasa di Melting Pot Café

Khasiat Bijian Penuh Daripada aLIVE

Page 12: Aniqah Ogos 2009

Ogos 0910

Kirana

di Bulan Ramadhan

PENYElaRaS: Norzilawati Sidek FOtO: Yusri Shakjee PaKaiaN: Busana An-Nur, Lot 2.07B Tingkat 2, Kompleks PKNS Bangi (Terima Kasih Puan Norlizawati Darus) MEKaP: Comel Fadilah, Artis Studio (016-3197500) MODEl: Nani Roc lOKaSi: Residence Inn, Cherating Pahang

Ramadhan menjelma menjanjikan seribu berkat apatah lagi jika menjaga tertib dan gaya di bulan yang mulia ini. Koleksi Iman dari Busana An-Nur memberi variasi penampilan Muslimah di bulan penuh berkat dengan rekaan jubah yang disuai padan dengan pelbagai paten tudung.

Ogos 0910

Page 13: Aniqah Ogos 2009

11Ogos 09 11Julai 09

Merah berani – jubah merah berhias keemasan lengkap dengan tudung manik sedondon amat sesuai untuk majlis rasmi.

11Ogos 09

Page 14: Aniqah Ogos 2009

1Julai 09

Miliki keanggunan dalam diri

setiap muslimah...

Langgan majalah Aniqah hanya

RM56.00 setahun

www.aniqah.com.my

Page 15: Aniqah Ogos 2009

21Ogos 09

Melaksanakan rukun Islam ketiga, ramai yang masih

tercari-cari pakaian yang sesuai terutamanya untuk ke majlis

berbuka puasa, ke masjid atau ke mana sahaja. Pastinya

bulan Ramadhan adalah bulan penuh keinsafan. Namun, bagi yang mementingkan

penampilan dalam berfesyen, pemilihan pakaian tidak harus

diketepikan. Dengan itu, penampilan sopan dengan

abaya sentiasa menjadi pilihan.

PENYElaRaS: Roihan Mat Zaib FOtO: Yusri Shakjee lOKaSi: Masjid Al-Mukarramah, Bandar Seri Damansara MODEl: Rini MEKaP: Comel Fadilah (Artis Studio) PaKaiaN: Beautiful Abaya

SerlahGayadi Bulan Penuh Berkat

21Ogos 09

Jubah hasil gabunganjingga dan hijau sememangnya ‘kena’. Apatah

lagi dengan pemilihan tudung dari warna senada. Didatangkan dari India, jubah potongan

pasti membuatkan anda selesa untuk ke majlis berbuka puasa atau ke mana sahaja.

Page 16: Aniqah Ogos 2009

Ogos 09��

DiskusiDiskusi

Wajahnya tenang ketika berbual dengan kami di sudut sebuah kafe di Rawang, Selangor di pagi yang cerah itu. Dengan ceria Ustaz Hashim bercerita secara jujur pengalaman bagaimana dia boleh mengah-wini seorang demi seorang isteri sehingga yang keempat dan boleh tinggal sebumbung serta hidup dalam kead-aan aman dan harmoni.

Yang lebih menarik, bukan sahaja para isterinya, malah kesemua anaknya seramai 22 orang hasil perkong-sian hidup bersama empat isteri itu (kini tinggal 21 kerana seorang daripadanya meninggal dunia sewaktu kecil), menerima dengan baik dan saling menyayangi antara satu sama lain tanpa membezakan siapa ibu mereka. Keakraban dan keharmonian mereka sehingga tiada seorang daripada mereka sanggup berpisah malah amat bimbang sekiranya berlaku perpisahan dan tidak dapat hidup bersama lagi.

“Tak seronoklah kalau terpaksa berpisah. Nanti kami akan kehilangan dan tidak dapat menikmati hidup har-moni seperti sekarang. Kami akan sentiasa merindukan

Tidak ingin Berpisah

Keempat-empat Isteri

Tidak sukar untuk menguruskan keluarga besar kerana setiap isteri dan anak-anak ditanamkan rasa kecintaan kepada Allah s.w.t. melebihi yang lain.

Page 17: Aniqah Ogos 2009

1Julai 09

Miliki keanggunan dalam diri

setiap muslimah...

Langgan majalah Aniqah hanya

RM56.00 setahun

www.aniqah.com.my

Page 18: Aniqah Ogos 2009

Ogos 09�0

SEPERti produk-produk keluaran Aura Seri lainnya, cara penggunaan produk terbaru Aura Seri Nur juga sama iaitu dengan tiga langkah mudah bermula den-gan titik, niat dan guna. Titikkan tiga hingga tujuh titis ke dalam kolah mandi atau timba, niatkan yang baik-baik dan rendam badan atau jadikan bilasan terakhir pada mandian. Atau titikkan di tapak tangan dan sapukan ke muka bermula dengan niat yang positif.

Aura Seri Nur direka khusus untuk me-menuhi keperluan wanita hari ini. Ia dilengkapi dengan pelan perlindungan insuran dengan menawarkan perlindungan 24 jam sehari di seluruh dunia yang pasti memberikan kete-nangan minda kepada para wanita, tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan. Ia juga menawarkan manfaat setinggi RM64,800.

“Dengan berbelanja hanya serendah RM78.00, setiap wanita berusia 18 hingga 65 tahun akan mendapat perlindungan insurans kemalangan diri sebanyak RM10,000 setahun.

Kemalangan diri ini termasuk kes ragut, rompakan bersenjata, keganasan rumah tangga, kes rogol, kematian akibat kemalangan, hilang upaya ke-kal, elaun pendidikan anak, perbelanjaan perubatan dan banyak lagi,” jelas Datin Ira, pengasas Aura Seri yang yakin dapat menyasarkan sejuta wanita akan menyertai program ini.

“Tidak mustahil sejuta wanita akan mer-ebut peluang keemasan ini memandangkan mereka tidak mengalami apa-apa kerugian. Dengan membelanjakan sedikit wang, mereka bukan sahaja mendapat produk yang baik un-tuk keterampilan mereka malah dijamin de-ngan perlindungan insurans pula,” katanya yang akan mengatur strategi untuk turun ke padang bagi mempromosikan produk Aura Seri Nur yang mula dipasarkan Julai lalu.

Aura Seri Nur dirumus khusus untuk wan-ita dari pati bunga-bungaan seperti kenanga, jasmin, kristal pink love, rose quartz dan se-bagainya yang baik untuk wanita sebagai perlindungan berganda. Sementara Nur yang bererti cahaya, akan menyinar dari dalam

di-ri seseorang wanita apabila meng-gunakan produk ini bagi memu-

dahkannya melakukan

rutin seharian dalam mengurus diri dan rumah tangga. Ia merangsang minda agar sentiasa cergas, bertenaga dan dinamik serta merangsang sistem imun wanita.

“Produk ini juga amat disyorkan bagi wa-nita yang menjalankan tugas seharian di pejabat atau di mana sahaja kerana ia mampu mencapai tahap kerohanian yang tinggi. Ia merangsang dan memulihkan aura tubuh serta memberikan ketenangan dan kestabilan emosi. Ia sangat sesuai dijadikan amalan di bulan Ramadhan bagi memper-tingkatkan tahap kesabaran dan kestabilan emosi dalam saat menghadapi dugaan ketika menahan lapar dan dahaga,” jelasnya lagi.

Aura Seri juga akan memperkenalkan beberapa produk lain dalam masa terdekat. Antaranya khusus untuk keintiman suami isteri iaitu Aura Seri Sensual; Aura Seri Sinus untuk penghidap resdung dan Aura Seri Menstrual bagi mengatasi masalah peredaran darah haid wanita. Terbaru, Aura Seri akan memperken-alkan pek percubaan yang dipanggil Aura Seri Nur Skin Care yang juga menawarkan insurans perlindungan wanita bernilai RM10,000 secara percuma.Q

Jamin Perlindungan Wanita 24 Jam

Ogos 09�0

A Sura eri urNADVERTORIAL

Page 19: Aniqah Ogos 2009

�1Ogos 09

Jamin Perlindungan Wanita 24 Jam

Page 20: Aniqah Ogos 2009

1Julai 09

Miliki keanggunan dalam diri

setiap muslimah...

Langgan majalah Aniqah hanya

RM56.00 setahun

www.aniqah.com.my

Page 21: Aniqah Ogos 2009

51Ogos 09 51Ogos 09

Page 22: Aniqah Ogos 2009

Ogos 0982

LazeezPENYELARAS: NORZILAWATI SIDEK

TERIMA KASIH: Chef Zulkarnain Che Amat, Residence Inn Cherating, Lot 826

Mukim Sungai Karang, Cherating 26080 Kuantan, Pembuka Selera

Di Bulan Ramadhan

Ogos 0982

Page 23: Aniqah Ogos 2009
Page 24: Aniqah Ogos 2009