antologi harga remaja puisi tradisional

Upload: intan-nur-dania

Post on 13-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 1

    MODUL KECEMERLANGAN

    BAHASA MELAYU

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

    ANTOLOGI HARGA REMAJA (PUISI TRADISIONAL)

    TINGKATAN 4

    CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu)

    PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,

    KELANTAN.

    ULI SAPA LET IT

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 2

    PUISI TRADISIONAL PANTUN EMPAT KERAT

    (Budi)) Maksud Terang bulan terang di paya,

    Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya,

    Nama yang bail tidak tersebut.

    Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut Anak merak mati tersangkut,

    Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut,

    Orang yang mati meninggalkan nama.

    Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia Anak itik terenang-renang,

    Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang,

    Itu menjadi kenang-kenangan.

    Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang. Anak ikan berlima-lima,

    Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima,

    Sebagai hutang seribu tahun.

    Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 3

    Tema

    Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik. Persoalan

    Budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia.

    Ketinggian nilai budi.

    Kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan. Nilai

    Nilai menghargai budi. Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada.

    Nilai keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain. Pengajaran

    Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat.

    Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sehajtera.

    Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 4

    PUISI TRADISIONAL PANTUN EMPAT KERAT

    (Jenaka dan Sindiran) Maksud Apa guna berkain batik,

    Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik,

    Kalau tak pandai menumbuk sambal.

    Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.

    Dari Kelang lalu ke Jawa,

    Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa,

    Mendengar tupai membaca kitab.

    Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan.

    Ambil segulung rotan saga,

    Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua,

    Melihat kambing mencabut janggut.

    Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya hilang. Kupu-kupu terbang melintang,

    Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang,

    Melihat ikan memanjat kayu.

    Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar kemampuannya.

    Lebat sungguh padi di paya,

    Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya,

    Burung terbang disambar ikan.

    Perasaan hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 5

    Tema

    Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa. Persoalan

    Tanggungjawab seseorang isteri terhadap urusan rumah tangga.

    Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.

    Pemimpin yang kehilangan kuasa.

    Kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa.

    Musibah yang berlaku akibat kelalaian. Nilai

    Nilai bertanggungjawab. Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tanggan dengan baik.

    Nilai kegigihan iaitu gigih berusaha bagi mencapai matlamat.

    Nilai rasional dalam melakukan sesuatu perkata. Pengajaran

    Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni.

    Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.

    Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 6

    PUISI TRADISIONAL SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

    TELAH KELUAR DALAM SPM JUN 2013 Maksud Orang berakal sangatlah mulia, Pakaian anbia dan aulia, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang bahagia.

    Manusia yang berakal dipandang mulia, malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagiaan.

    Kerana ia akalnya tajam, Menjadi kepala bela bermacam, Jikalau mata melihatkan kejam, Disebutlah jalannya ia tersunjam.

    Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan.

    Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat. (Nota: fazihat aib, cela, nista)

    Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengetepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka.

    Sebagai lagi tanda berakal, Perintah syarak tidak menyangkal, Menjauhkan tamak hendak tawakal, Ibanya tahu dunia tak kekal. (Nota: ibanya belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu)

    Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 7

    Jika ia dikasihi raja, Tiadalah ia melanja-lanja, (Nota: melanja-lanja berjalan-jalan sesuka hati) Tiadalah menyombong pada bekerja, Dengan taulannya bersamaan sahaja.

    Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan.

    Apabila raja kasih sangat, Makin itu makin ia ingat, Segala taulannya hatinya dihambat, Merendahkan diri serta berkhidmat.

    Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat.

    Demikian lagi dengar olehmu, Tanda berakal kasihkan ilmu, Suka mentelaah tiadalah jemu, Mencari kupasan jangan bersemu.

    Orang yang berakal tidak bosan dalam mengajar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 8

    Tema

    Ciri-ciri orang yang berakal. Persoalan

    Ketinggian status orang yang berilmu.

    Kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah.

    Keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan.

    Kepatuhan kepada hukum syarak.

    Keikhlasan dalam persahabatan. Nilai

    Nilai kebijaksanaan. Contoh: Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia.

    Nilai kasih sayang. Contoh: Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya.

    Nilai ketaatan. Contoh: Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak.

    Nilai kerajianan. Contoh: Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu.

    Pengajaran

    Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia.

    Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak terpengaruh.

    Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar daripada sifat riak dan takbur.

    Kita hendaklah patuh kepada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 9

    PUISI TRADISIONAL SYAIR SITI SIANAH

    Maksud Setengahnya perempuan terlalu janggalnya, Roma di muka pula dicukurnya, Seperti taji berandam di keningnya, Kemudian memakai dengan selengkapnya.

    Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.

    Mengagak mengilai terlalu suka, Melihat laki-laki ditampakkan muka, Supaya laki-laki boleh menyangka, Ianya elok tiada terhingga.

    Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.

    Setengah perempuan sangat pesolek, Berhias berdandan berpakai molek, Di dalam cermin muka ditelek, Kanan dan kiri dibelek-belek.

    Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.

    Meskipun tiada berapa eloknya, Ada yang setengah kembang hidungnya, Serta pula kepik batangnya, Seperti buaya besar mulutnya.

    Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun mereka tetap berhias.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 10

    Setengah perempuan perangainya cela, Habis dipenuhi rambut kepala, Rambut yang sikit disiputnya pula, Memakai cemara berjela-jela. (Nota: cemara rambut palsu)

    Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.

    Terkadang muka dibubuh pupuri, (Nota: pupuri bedak) Kaki dan tangan, lengan dan jari, Jadilah rupanya putih berseri, Pekerjaan tipu sangat digemari.

    Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehingga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.

    Setengah perempuan yang makan angkat, Memakai gelang bertingkat-tingkat, Memandang laki-laki matanya lekat, Dengan jantan suka berdekat.

    Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga berpeleseran dengan lelaki.

    Kaki dan tangan dinaikkan pula, Pura-pura dikatakan ubat segala, Hakikatnya diketahui Allah Taala, Supaya laki-laki berhati gila.

    Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah.

    Berlindunglah kita kepada Allah, Daripada perbuatan yang amat salah, Mudah-mudahan dilepaskanlah, Jangan menjadi betina sempolah. (Nota: sempolah tidak berguna, sampah masyarakat)

    Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 11

    Setengahnya suka bermain judi, Inilah perangai banyak terjadi, Habislah tergadai intan serudi, (Nota: serudi batu permata) Kerana perangai sudah membadi. (Nota: membadi berkelakuan luar biasa menyerupai binatang)

    Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.

    Lelaki perempuan bertindih lutut, Banyaklah kelakuan yang tidak patut, Sembahyang ibadat sudahlah bantut, Kerana syaitan duduk di buntut.

    Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 12

    Tema

    Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri. Persoalan

    Sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.

    Ketaatan kepada Allah.

    Kesan buruk perjudian.

    Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Nilai

    Nilai kesopanan. Contoh: Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai.

    Nilai kesederhanaan. Contoh: Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.

    Nilai ketaatan kepada agama. Contoh: Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.

    Nilai kesyukuran. Contoh: Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.

    Pengajaran

    Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain.

    Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.

    Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran.

    Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 13

    PUISI TRADISIONAL GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

    Maksud Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat.

    Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang. Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan tiap seteru.

    Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan.

    Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri.

    Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami. Cahari olehmu akan kawan, Pilih segala orang setiawan.

    Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 14

    Tema

    Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi. Persoalan

    Kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.

    Kebijaksanaan dalam memilih guru.

    Kepentingan mempunyai isteri yang setia. Nilai

    Nilai kebijaksanaan. Contoh: Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya.

    Nilai ketaatan. Contoh: Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami.

    Nilai keikhlasan. Contoh: Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.

    Pengajaran

    Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang.

    Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita.

    Seseorang suami haruslah bijak memilih steri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 15

    PUISI TRADISIONAL SELOKA EMAK SI RANDANG

    Maksud Budi baik Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan,

    Mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu.

    Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak berhutang, Beras habis padi tak jadi.

    Namun demikian, emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 16

    Tema

    Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.

    Persoalan

    Rasional ketika melakukan sesuatu tindakan.

    Pembaziran yang perlu dielakkan.

    Tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga. Nilai

    Nilai kebijaksanaan Contoh: Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan.

    Nilai bertanggungjawab. Contoh: Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.

    Nilai berbudi. Contoh: Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.

    Pengajaran

    Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni.

    Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk.

    Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.

  • CSL2014 Antologi Harga Remaja

    Puisi Tradisional 17