apakah peranan bank negara malaysia
DESCRIPTION
PerdaganganTRANSCRIPT
Apakah peranan Bank Negara Malaysia?1. Mengawal dan mengeluarkan mata wang negara2. sebagai jurubank kerajaan3. sebagai jurubangk perdagangan4. melaksanakan dasar kewangan kerajaan5. mengawal pengiriman wang ke luar negara6. selaku peminjam terakhir bank perdagangan7. menyediakan tempat penjelasan cek
Apakah fungsi bank perdagangan ditubuhkan?1. Menerima simpanan dari orang ramai2. membuat pembayaran bagi pihak pelanggan / penggunaan cek3. khidmat-khidmat lain
Huraikan matlamat penubuhan Bank Koperasi?Tujuan penubuhan
1. meninggikan taraf ekonomi ahli2. mengumpul modal daripada ahli3. mencari keuntungan
Dapat sumber kewangan daripada1. simpanan orang ramai2. keuntungan daripada pelaburan3. faedah daripada pinjaman orang ramai4. penjualan syer bank koperasi
tidak dibenarkan menjalankan kegiatan1. akaun semasa2. kemudahan overdraf3. mendiskaunkan bil4. pertukaran wang asing
Terangkan perkhidmatan yang diberikan oleh Bank Simpanan Nasional?
1. Menerima simpanan orang ramai2. Menyediakan kad juruwang elektronik3. Kemudahan GIRO4. sijil simpanan premium5. skim potongan gaji6. baucer hadiah7. cek kembara8. pinjaman pelajaran / perumahan
Apakah tujuan penubuhan Bank Pembangunan Malaysia?
1. Meningkatkan pernyertaan bumiputera dalam perniagaan / industri
2. melahirkan ramai usahawan bumiputera melaluia. memberi latihan pengurusanb. memberi pinjamanc. menyediakan projek yang dibiayai oleh bank inid. memajukan industri desae. memberi galakan pelaburan/ penyelidikan
Apalah tujuan penubuhan Bank Pertanian?1. Membuat pembangunan pertanian yang mantap2. menggerakkan simpanan orang ramai ke sector pertanian3. memberi pinjaman di sector pertanian
Terangkan tujuan penubuhan Banak Saudagar?1. tidak memberi khidmat kepada orang ramai2. memberi khidmat kepada saudagar, syrikat Bhd3. khidmat yang laina. menerima simpanan b. memberi pinjaman
c. membantu syarikat Bhd menerbitkan syer di pasaran saham d. membantu syarikat bhd mengambil alih perniagaan lain e. penanggung jamin syer syarikat bhd
f. khidmat pengurusan pelaburang. membuatn penyelidikan projek
Apakah keistimewaan Bank Islam berbanding bank-bank lain?
1. Menjalankan urusniaga berdasarkan hukum syariah2. tiada unsur gharat – tiada penjelasan dalam sesuatu perjanjian3. tiada unsur maisir – perjudian4. urusniaganya berasaskan prinsip
Prinsip al-wadiah1. jika wang yang disimpan oleh orang ramai sebagai satu amanah – bank tidak bertanggung jawab nika hilang / dicuri bukan kerana kecuaian bank2. jika wang yang disimpan digunakan oleh bank dengan izin orang ramai – bank akan bertanggung jawab jika hilang/dicuriPrinsip al – mudharabah1. perjanjian antara pelanggan (pemilik modal) dengan pihak bank (pengusaha)2. isi perjanjian – pelanggan akan membiayai sepenuhnya projek perniagaan3. untung dibahagi mengikut nisbah 7:34. jika rugi akan ditanggung oleh pelanggan kecuali sebab kecuaian bankPrinsip al – musyarakah
1. perjanjian perkongsian antara dua pemilik modal untuk menjalankan perniagaan2. isi perjanjian – bersetuju bersama berkongsi modal dan berkongsi untung / rugiJenis akaun yang boleh dibuka1. akaun semasa – boleh guna cek2. akaun simpanan – dapat sebahagian untung bank3. akaun pelaburan – disimpan dalam tempoh tertentu – untung dibahagi mengikut nisbah 7 :3
2. PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGANNyatakan Dan Terangkan Perkhidmatan-Perkhidmatan
Yang Disediakan Oleh Bank Perdagangan?
Khidmat simpanan
1. akaun simpanana. menyimpan wang dalam jumlah yang kecilb. minima simpanan RM1.00 c. wang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa /cat juruwang elektronik2. akaun simpanan tetapa. menyimpan jumlah wang dalam tempoh tertentu conthnya 3,6 12 bulanb. minima simpanan RM 500.00c. kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanand. cara membuka akaun
- isi borang dan tandtangani borang kad tandatangan- nyatakan tempoh simpanan- serahkan borang dan dapatkan resit- wang boleh dikeluarkan bila tempoh matang bersama bunga.
3. akaun semasa
a. cara membuka akaun perlu diperkenalkan kepada oleh seseorang yang telah
membuka akaun semasa isi borang dan tandatangani borang kad tandatangan minima simpanan RM 500.00 anda akan diberi buku cek untuk kegunaan mengeluarkan
wang pelanggan boleh juga menggunakan kad juruwang elektronik
utnuk mengeluarkan wang.
Khidmat pembayaran
1. pindahan kredito memindahkan wang terus ke dalam akaun penerimao pemegang akaun semasa mengarahkan bank membayar
kepada penerima dengan cara memindahkan wang ke dalam akaun penerima
o cara isi borang nama penerima, no akaun dan nama bank dibit akaun pelanggan dan kredit akaun penerima contoh pembayaran gaji, sewa, ansuran sewa belio kebaikan tidak perlu mengirim cek jimat kos setem dan buku cek tidak perlu menukarkan cek kepada wang tunai selamat dari risiko kecurian dan cek tak layan
2. perintah sedia ada1. Arahan daripada pemegang akaun semasa kepada bank untuk membayar sejumlah wang yang tetap secara berulangan kepada pemiutang sehingga arahan dibatalkan2. cara
isi dokumen arahan
bank akan debitkan akaun pelanggan dan pindahkan ke akaun pemiutang
contoh bayar sewa, premium insurans, ansuran sewa beli3. kebaikan
pembayaran dapat dibuat dengan cepat dan tepat tidak perlu mengingat tarkh pembayaran hutang mengelakkan daripada mendapat surat peringatan membayar
hutang jimat masa
3. debit terus1. bank membayar bagi pihak pelanggan jumlah hutang yang berubah-ubah dan tidak tetap2. cara
arahan daripada pemiutang, bukan pelanggan semasa invois dihantar, pemiutang menyertakan bersama
borang debit terus kepada bank pembeli bank akan mendebitkan akaun pembeli dan memindahkan
wang ke akaun pemiutang3. kebaikan
bayaran cepat tidak perlu mengingat tarih mekbayar hutang tidak perlu mengeluarkan cek jimat masa
4. kad cek1. kad jaminan yang dikeluarkan oleh bank untuk menjamin pembayaran cek yang dikeluarkan oleh pemegangnya sehingga jumlah tertentu2. diberi kepada pelanggan yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik3. jika wang di dalam akaun tidak cukup, bank tetap akan membayar jumlah cek tersebut4. cek tersebut ada nombor kad cek di belakang
5. cek ini tidak boleh diragui oleh penerimanya.
Khidmat pengiriman1. bank draf
perintah bertulis dari pihak bank atas permintaan pelanggan kepada cawangan banknya di tempat lain
untuk mengirim wang ke dalam dan luar negeri carao isi borango bayar jumlah kiriman wang termasuk komiseno bank draf akan dikeluarkan dan dikirimkan kepada penerimao jika bank draf dipalangkan tidak boleh ditunaikan/ masuk
dalam akaun dahulu kebaikano cepato selamato kos murah
2. cek banka. nama lain – cek kasyier / cek juruwangb. dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan untuk membayar kepada penerima di Bandar yang samac. cek ini dijamin pembayarannya oleh bankd. sebab digunakan
penerima tidak mahu cek biasa sebab dibimbangi cek tak layan tidak mahu membawa tunai yang banyak / selamat
3. pindahan telegrafa. perintah yang dihantar menggunakan teleks oleh bank atas permintaan pelanggan kepada bank cawangannya untuk membayar sejumlah wang kepada penerima
- cara yang paling pantas menghantar wang ke dalam dan luar negeri
- cara
1. isi borang2. serahkan wang kiriman, komisen dan bayaran teleks- kebaikan1. sama seperti bank draf
Khidmat pembiayaan
PINJAMAN OVERDRAF1. Diberi kepada semua pelanggan
1. diberi kepada pemegang akaun semasa sahaja
2. perlu ada penjamin dan cagaran
2. tidak perlu penjamin dan cagaran
3. kadar bunga dikenakan ke atas seluruh pinjaman
3. kadar bunga dikenakan di atas jumloah sebenar yang dikeluarkan sahaja
4. kadar bunga lebih rendah 4. kadar bunga lebih tinggi5. tempoh pembayaran balik panjang
5. tempoh pembayaran lebih pendek
6. untuk membeli aset tetap cth rumah
6. untuk membeli aset semasa cth beli barang
Maklumat tambahan1. ada pinjaman bercagar cth pinjaman perumahan2. pinjaman tidak bercagar – cth pinjaman pelajaran
Mendiskaunkan bila perintah bayar
1. Peniaga yang menjalankan perniagaan luar negeri (ekspot) akan mendapat bayaran dalam bentuk bil perintah bayar
2. bil ini mempunyai tarikh matang – iaitu satu tarikh akan datang3. jika peniaga ingin wang dengan cepat – dia boleh mendiskaunkan bil ini kepada bank-bank akan membayar dengan memotong jumlah faedah daripada nilai bil4. peniaga juga dikehendaki membayar komisen
Khidmat-khidmat lain bank
1. pertukaran wang asing2. cek kembara3. peti simpanan malam4. peti simpanan selamat5. surat rujukan / referi6. pemegang amanah dan wasiat7. khidmat nasihat pelaburan
Aliran Baru Dalam Perkhidmatan Bank
kad juruwang automatik (ATM)1. Mesin diletak di luar bangunan bank2. wang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa3. cara
masukkan kad dan tekan nombor peribadi pilih jenis urusniaga – keluarkan, Tanya baki, masukkan wang dapatkan penyata urusan selepas mengeluarkan wang ambil kad semula
kad kredit1. diberi kepada mereka yang berpendapatan tinggi2. pendapatan minima RM 24000 setahun3. pemilik kad boleh membeli barang secara kredit di dalam dan luar negeri
4. peniaga akan membuat tuntutan kepada bank5. pemilik akan mendapat penyata bulanan dan membayar jumlah hutang kepada bank secara ansuran6. contoh American Express, VISA, MBF Mmastercard
GIRO
1. Memberikan perkhidmatan berkomputer untuk pembayaran bil, cth bil elektrik, insurans2. pelanggan membuat arahan tetap kepada bank untuk membayar sejumlah wang pada tarikh yang sama setiap bulan3. cara
- isi borang- bank debitkan dan penerima dikreditkan
4. kebaikan- mudah dan jimat masa- selamat- tidak perlu mengingat tarikh pembayaran- terelak daripada risiko perkhidmatan telefon, elektrik
dipotong.
Biro Maklumat Cek
1. Ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia2. tujuan penubuhan
- mengembalikan orang ramai terhadap penggunaan cek- mengelakkan perbuatan mengeluarkan cek tending
3. cara perkhidmatan ini dijalankana. bank perdagangan dan Bank Islam menyenaraikan nama pemegang akaun semasa yang telah mengeluarkan 3 cek tending dalam tempoh 12 bulanb. BNM akan mengeluarkan satu senarai hitam dan diedarkan kepada semua bank
c. Mereka tidak dibernarkan membuka akaun semasa di mana-mana bankd. Tempoh penggantungan ini selama 6 bulan dari tarikh disenaraikane. Selepas habis tempoh, nama akan dikeluarkan dari senarai hitam.Sumber kewangan lain selain daripadan bankPajakan1. perjanjian anatara syarikat pajak dan pemajak untuk menyewakan aset yang diperoleh daripada penjual2. contoha. peniaga ingin menggunakan lori tapi tidak mampu membelib. peniaga mencari syarikat penjual lori dan mendapatkan persetujuannya untuk membekalkan loric. peniaga akan menghubungi syarikat pajak untuk mendapat kemudahan pajakand. ditetapkan kadar sewa dan tempoh pajakane. semasa disewa, lori menjadi hakmilik pajakan kerana dia yang membelinya3. kebaikana. dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan modalb. dapat meramalkan aliran wang tunai kerana sewaan kadarnya tetapc. mengurangkan inflasid. mengurangkan cukaie. boleh mendapat aset walaupun tiada cagaranf. mendapat sumber pembiayaan tambahanpemfaktoran1. peniaga bolh memafaktorkan akaun belum terimanya (hutang orang lain kepadanya) kepada bank
2. caraa. peniaga menjual hakmilik ke atas akaunnya kepada bankb. peniaga akan terus mendapat tunaic. jumlah tunai ditolak kadar faedah sebanyak 1 atau 2 % dari nilai akaun3. kebaikana. peniaga boleh dapat tunai dengan segerab. mengelakkan hutang lapukc. tidak perlu lagi mengawasi akaun yang belum diterimasyarikat kewangan1. peniaga boleh meminjam daripada syarikat kewangan. Cth MBF Finance, Public Finance2. syarikat kewangan tidak menyediakan khidmat akaun semasa3. khidmat syarikat kewangan ialaha. menyediakan akaun simpanan dan akaun simpanan tetapb. memberi pinjaman bercagaranc. menjalankan aktiviti sewa beli dan menyewakan asetd. pelaburan dalam pasaran kewangane. pembiayaan perniagaan dan projek pembinaan.
3. CEK
Pihak yang terlibat dalam cek
Pesuruh bayar - bank yang megeluarkan cekPenyuruh bayar - orang yang mengeluarkan cek / menandatangani cekSi dibayar - orang yang menerima cek
Nyatakan dan terangkan jenis-jenis cek yang boleh dikeluarkan oleh seorang penyuruh bayar?
1. jenis cek ada 2- cek terbuka- cek tertutup
cek terbuka cek terbuka ialah cek yang boleh terus ditunaikan di kaunter
bank cek terbuka ada 2 jenis
a. cek pembawa- ada perkataan pembawa- boleh ditunaikan oleh sesiapa sahaja- tidak perlu diendoskan semasa ditunaikan- nama sidibayar boleh ditukar dengan perkataan tunai- cek ini tidak selamat
b. cek perintah- perkataan pembawa dipotong- boleh ditunaikan oleh orang yang namanya ditulis pada cek- mesti menunjukan kad pengenalan semasa menunaikan cek- boleh dipindahmilik kepada orang lain jika diendoskan- tidak selamat kerana pengendosan boleh ditiru.
cek tertutup- tidak boleh ditunaikan di kaunter bank- mesti dimasukkan ke dalam akaun bank- mesti dipalangkan
- lebih selamat- ada 3 jenis
cek palang am- 4 ciri di atas (cek tertutup)- di dalam palang boleh ditulis1. tidak ditulis apa-apa perkataan2. ditulis perkataan & co3. ditulis perkataan tidak boleh niaga- semua cek berpalang boleh dipindah milik dengan cara
pengendosancek palang terbatas
- 4 ciri di atas (cek tertutup)- ditulis perkataan akaun penerima sahaja- mesti dimasukkan ke dalam akaun penerima sahaja- tidak boleh dipindahmilik- cek yang sangat selamat sebab tidak boleh dipindah milik
cek palang khas- ditulis nama bank pada palang- penerima cek mesti memasukkan ke dalam akaun di bank
yang titulis pada cek- contoh1. jika ditulis bank Bumiputera – mesti dimasukkan ke dalam
akaun di mana-mana Bank Bumiputera.2. Jika di tulis Bank Bumiputera Batu Pahat – mesti
dimasukkan ke dalam akaun di Bank Bumiputera Batu Pahat sahaja
3. Perkataan-perkataan lain boleh ditambah utnuk lebih selamatBank Bumiputera dan Tidak boleh Niaga
Bank Bumiputera Batu Pahat dan Akaun Penerima sahaja
- cek palang khas boleh dipindahmilik jika penerima mempunyai akaun di bank yang ditulis pada cek.
Apakah keistimewaan cek ‘Tidak boleh Niaga’?
1. hanya penerima yang namanya ditulis pada cek mempunyai hak yang sah2. selamat walaupun cek hilang atau dicuri3. pihak bank hanya membayar kepada pemilik yang sah sahaja4. walau bagaimanapun, cek ini boleh dipindahmilik melalui pengendosan
latihan yang perlu anda buat sendiri1. lakarkan palang setiap cek berpalang yang telah diterangkan di atas2. lukis sekeping cek – sudah 2 kali keluar SPM
- Mesti ada butir-butir berikutpesuruh bayar, nombor cek (digalakkan 7 digit) penyuruh bayar, nombor akaun, jumlah dalam angka, tarikh, jumlah dalam perkataan, tandatangan penyuruhbayar, sidibayar
apakah bentuk-bentuk cek lain selain daripada cek terbuka dan tertutup?
Cek kosong
1. cek yang telah ditulis lengkap dan ditandatangani kecuali jumlahnya2. sidibayar akan menulis jumlah yang diinginkan dngan jujur3. penyuruh bayar akan menulis ‘tidak melebihi …….untuk keselamatan4. tujuan untuk membayar jumlah yang tidak pasti dengan tepatcek lewat tarikh1. cek yang ditulis dengan tarikh akan datang
2. cek dikeluarkan pada 4.4.2002 tetapi ditulis tarikh 5.5 20023. mesti menunggu tarikh matang untuk menunaikan cek4. cek ini tak layan seingga tarikh matangcek mati1. cek yang telah melebihi tempoh masa pembayaran2. tempoh laku cek bank perdagangan 6 bulan ? bank negara 3 bulan3. cek mati – cek tak layan4. boleh diperbaharui tarikh oleh penyuruh bayar.
Cek bertanda
1. cek yang ditandakan oleh bank penyuruh bayar sebagai jaminan bayaran2. bank akan menandakan cek dengan tulisan ‘baik untuk pembayaran sebelum ……..’ dan menandatanganinya3. cek ini tidak boleh diragui pembayarannyacek bank sendiri1. cek yang dikeluarkan kepada sidibayar yang juga mempunyai akaun di bank yang sama dengan penyuruh bayar2. cek boleh ditunaikan serta-merta dan tidak dikenakan komisencek tak layan1. tidak diterima oleh bank untuk pembayaran2. akan ditandakan oleh bank dengan perkataan ‘ditahan pembayaran’3. sebab tak layan
- tandatangan penyuruh bayar berbeza dengan kad tandatangan- wang penyuruh bayar tidak cukup- jumlah angka dan perkataan berbeza- cek lewat tarikh / cek mati
- penyuruh bayar menahan pembayaran- penyuruh bayar mati / gila- perubahan pada cek tanpa tandatangan penyuruh bayar- cek terkoyak / terconteng- akaun penyuruh bayar ditahan oleh mahkamah- cek tiada tandatangan penyuruh bayar
Kebaikan cek Keburukan cek1. selamat dari risiko dicuri / hilang2. tidak perlu membawa tunai yang banyak3. sebagai bukti pembayaran4. boleh menahan pembayaran5. boleh dikirim melalui pos6. kos murah dan mudah
1. bukan wang sah / boleh ditolak pembayaranya2. tandatangan boleh ditiru3. mungkin cek tak layan4. dikenakan komisen5. didenda jika mengeluarkan cek tak layan
Apakah yang dimaksudkan pengendosan?
Nyatakan dan terangkan jenis-jenis endosan?
1. pengendosan ialah menandatangani di belakang cek oleh sidibayar2. tujuan untuk memindah milik cek kepada orang lain / menunaikan cek perintah3. jenis endosan ada 3
a. endosan biasa- hanya ditandatangani di belakang cek / tanpa perkataan lain- penerima cek boleh memndahmilik kepada orang lainb. endosan khas
- ditulis nama orang yang akan menerima cek dan ditandatangani
- contoh1. Dina hendak memindah milik cek kepada Nadia2. Siti akan menulis ‘ bayar kepada Era’ dan ditandatangani
oleh SitiNadia boleh memindah milik kepada orang lain dengan membuat endosan baru
c. endosan terbatas- dipindah milik kepads seseorang tertentu sahaja- selepas itu cek tidak boleh dipindah milik kepada orang lain- ditulis “bayar kepada Nadia sahaja”
LATIHAN : Anda perlu melakarkan bentuk-bentuk endosan yang telah diterangkan diatas
Apakah pindaan-pindaan yang boleh dikeluarkan oleh penyuruh bayar dan sidibayar?
1. pindaan yang dibuat oleh penyuruh bayar perlu ditandatangani oleh penyuruh bayar
- meminda jumlah wang- menukar nama sidibayar- menukar tarikh- menukar cek perintah kepada cek pembawa- menukar cek tertutup kepada cek terbuka
2. pindaan yang dibuat oleh sidibayar tidak perlu ditandatangani kerana cek menjadi lebih selamat
- menukar cek pembawa kepada cek perintah- menukar cek terbuka kepada cek berpalang
- menjadikan cek palang biasa kepada cek palang khas / terbatas
- menambah perkataan ‘tidak boleh niaga’ kepada cek palang kahs
NASIHAT : kebanyakan pelajar beranggapan tajuk bank ialah tajuk yang paling sukar ubah strategi pemahaman. Saya telah pandu anda untuk dengan memecahkan tajuk bank kepada tiga bahagian
a. jenis-jenis bankb. perkhidmatan bankc. cek