apakah reka bentuk resos
TRANSCRIPT
APAKAH REKA BENTUK RESOS?
Berdasarkan guru dan cabaran semasa tulisan Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskun rekabentuk resos merupakan suatu proses sistematik untuk merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran sains untuk mencipta spesifikasi resos pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan.
Seringkali kita mendengar perkataan resos dalam kalangan guru. Malahan kita juga akan terjumpa sebuah bilik khas yang diberi nama bilik resos di sekolah.
Tetapi apabila disemak-semak dalam EN Google, tiada istilah resos yang dijumpa. Malahan di dalam buku juga definisinya kurang jelas.
Namun begitu, setelah dikaji makna sebenar resos di dalam kepelbagaian sumber rujukan, baharulah kami sedar bahawa perkataan ‘RESOS’ itu diperoleh daripada perkataan ENGLISH iaitu resource.
Maka makna sebenar-benar resos adalah sumber dan definisi bagi bilik resos ADALAH bilik sumber. Justeru, dalam kalangan guru bilik sumber begitu dekat sekali dengan sumber P&P contohnya bahan bantu mengajar (BBM).
MODEL REKA BENTUK RESOS
1. Model Berorientasikan bilik darjah
Model berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan. Guru hanya memilih media yang sesuai dengan objektif pengajarannya bukan membina media
seperti dalam model yang berorientasikan sistem.
Model-model ini tidak berhajat menjadikan guru sebagai pembina bahan
kerana tugas guru lebih banyak ditumpukan kepada pengajaran. Guru hanya merancang
pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum
masuk ke bilik darjah. Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan
Ely (1980), model ASSURE (1996),model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989). Berikut adalah dua contoh model berkenaan:
Dalam model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell , 1993) terdapat enam
langkah: (a) A - Analyse learners (Analisis pelajar),
(b) S - State objectives (Nyatakan objektif), (c) S - Select media and materials (Pilih media dan bahan),
(d) U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan),
(e) R - Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran), (f) E - Evaluation/reviem (Penilaian/Semak semula bahan).
Dalam model Dick dan Reiser (1989 ) terdapat Lapan langkah:
(a) Tentukan matlamat, (b) Analisis ciri pelajar,
(c) Tulis objektif, (d) Pilih/semak buku teks,
(e) Bina ujian,
(f) Bina aktiviti pengajaran, (g) Pilih media pengajaran,
(h) Laksana pengajaran.
2. Model berorientasikan produk Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989), model
Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).
3. Model berorientasikan sistem
Contoh model yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan
Glasgow (1990). Berikut adalah contoh bagi produk dan satu contoh bagi sistem.
i) Dalam model jenis produk Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) terdapat tujuh
langkah: a. Analisis masalah,
b. Analisis domain, c. Analisis dan susun tugasan,
d. Analisis dan susun isi sokongan pelajaran, e. Tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran,
f. Lakukan reka bentuk mesej interaktif,
g. Nilai pengajaran.
ii) Dalam model jenis sistem Dick dan Carey (1979) terdapat sembilan langkah:
a. Kenal pasti matlamat pengajaran, b. Buat analisis pengajaran,
c. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar, d. Tulis objektif prestasi,
e. Bina item ujian rujukan kriteria, f. Bina strategi pengajaran,
g. Bina dan pilih bahan pengajaran,
h. Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif, i. Semak semula pengajaran.
PERINGKAT REKA BENTUK RESOS
dalam peringkat merekabentuk resos, guru perlu juga mengambilkira aspek
perancangan pengajaran yang akan dilaksanakan. Untuk memastikan pengajaran yang
baik dapat dilaksanakan, reka bentuk resos pengajaran yang sesuai haruslah dipertimbangkan. Peringkat reka bentuk resos ialah:
1.Analisis Murid
Merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompentensi khusus peringkat masuk dan
gaya pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap, tingkatan dan latar belakang sosioekonomi.
2.Nyatakan Objektif
Merupakan penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur
dan dilakukan murid setelah mengikuti sesuatu pengajaran. Menyatakan objektif dapat membantu guru dalam merancang resos pengajaran.
Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan tingkat kebolehan murid,
dan objektif pengajaran. Oleh kerana kebiasaanya setiap kelas terdiri daripada murid pelbagai kebolehan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas. Justeru
penggunaan media dan bahan perlulah pelbagai.
Pada peringkat ini terdapat beberapa langkah yang perlu dipertimbangkan antaranya adalah seperti berikut :
- beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan
- penyediaan bahan - sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan
yang dipilih
- sediakan murid menerusi set induksi atau pernyataan objektif
- sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan diingati oleh murid.
3.penglibatan murid la penting untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktiviti yang
boleh dijalankan untuk melibatkan murid ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan
sebagainya.
guru juga boleh melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.
4.penilaian
Nilai dan semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta
untuk menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya. Penilaian
meliputi pencapaian murid berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif.
LIHAT CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR DI
BAWAH.....
Comel kan resos pengajaran di atas? Inilah sumber pengajaran 2D. antara ciri-ciri
yang perlu ada di dalam rekabentuk resos adalah;
- Kos yang berpatutan (boleh juga guna bahan terbuang asalkan ia bermanfaat untuk
proses p&p - yang kedua mempunyai identiti kebangsaan
- yang ketiga menepati arahan dan kurikulum - Bersesuaian dengan pencapaian murid
- Hiasan berpada dan Ketepatan teknik
JENIS-JENIS RESOS PENGAJARAN
CONTOH video e-buku
klik di sini : http://www.youtube.com/watch?v=CIOVY_loRHU
Lagi DAN lagi tentang e-buku....
klik di sini : http://www.youtube.com/watch?v=qKodgD5RKGs
CONTOH e-majalah dalam bentuk VCD
klik di sini: http://www.youtube.com/watch?v=AfWEHyqaBWw&feature=relmfu
klik di sini http://www.youtube.com/watch?v=4SIkJnt_i20
contoh akhbar elektronik dalam cerita Harry potter
klik di sini http://www.youtube.com/watch?v=ptaFAQUxnxQ&feature=relmfu
CONTOH GRAFIK (RESOS 2D)
CONTOH DIORAMA ORIGAMI (RESOS 3D)
MARI KITA LIHAT PERBANDINGAN ANTARA RESOS 3D DAN 2D
KESAN KELEBIHAN REKA BENTUK RESOS
Reka bentuk resos mempunyai banyak memberikan manfaat dan kelebihan kepada guru dan murid khususnya jika digunakan dengan bijaksana. Antara kelebihan reka bentuk
resos ialah memberikan banyak sumber maklumat kepada guru untuk mengajar. Ini akan
menjadikan guru lebih kreatif dan cekap. Guru dan murid juga boleh mengakses maklumat daripada pelbagai sumber. Selain
itu, guru juga boleh mempelbagaikan PnP di dalam kelas. Kepelbagaian PnP di dalam kelas akan menarik minat murid untuk belajar.
Di samping dapat mengemaskini bahan-bahan pengajaran dengan lebih
bersistematik. Reka bentuk resos juga dapat menjimatkan masa guru untuk melaksanakan PnP.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
No comments:
Post a Comment
Home Subscribe to: Posts (Atom)
About Me
epal hijau View my complete profile
sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian kecuali
mereka yang beriman dan yang beramal soleh
Cuteki widgets
PAUTAN RASMI
(KLIK GAMBAR)
Blog Archive
► 2012 (1)
mojo~andaiku bercinta lagi