apis kasm baruu

38
Isi Kandungan BAB 1................................................................ 2 PENGENALAN..........................................................2 1.1 Pendahuluan..................................................2 1.2 Latar Belakang Kajian........................................3 1.3 Penyataan Masalah............................................4 1.4 Objektif kajian..............................................5 1.5 Skop Kajian..................................................5 1.6 Limitasi Kajian..............................................5 1.7 Kepentingan kajian...........................................6 1.8 Kesimpulan..................................................7 BAB 2................................................................ 8 SOROTAN LITERATUR...................................................8 2.1 Pendahuluan..................................................8 2.2 Takrif Konseptual...........................................8 2.3 Kajian Terdahulu Berkaitan..................................12 2.4 Teori Yang Berkaitan........................................15 2.5 Kerangka Model..............................................17 2.6 Hipotesis Kajian............................................18 2.7 Kesimpulan..................................................18 BAB 3............................................................... 19 METODOLOGI KAJIAN..................................................19 3.1 Pendahuluan.................................................19 3.2 Reka Bentuk Kajian..........................................19 3.3 Pensampelan Kajian..........................................20 3.4 Instrumen Kajian............................................22 3.5 Kaedah Pengumpulan Data.....................................23 1

Upload: mohamad-hafiz-awang

Post on 15-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Isi KandunganBAB 12PENGENALAN21.1Pendahuluan21.2Latar Belakang Kajian31.3Penyataan Masalah41.4Objektif kajian51.5Skop Kajian51.6Limitasi Kajian51.7Kepentingan kajian61.8 Kesimpulan7BAB 28SOROTAN LITERATUR82.1Pendahuluan82.2Takrif Konseptual82.3Kajian Terdahulu Berkaitan122.4Teori Yang Berkaitan152.5Kerangka Model172.6Hipotesis Kajian182.7Kesimpulan18BAB 319METODOLOGI KAJIAN193.1Pendahuluan193.2Reka Bentuk Kajian193.3Pensampelan Kajian203.4Instrumen Kajian223.5Kaedah Pengumpulan Data233.6Kaedah Penganalisisan Data243.7Kesimpulan27

BAB 1

PENGENALAN

1.1Pendahuluan

Kepesatan pembangunan negara memberi kesan kepada rakyat terutamanya kepada pekerja. Hal ini kerana pekerja merupakan sumber utama dalam apa jua organisasi. Oleh itu, dalam usaha ke arah kecemerlangan perkhidmatan organisasi, pekerja akan mengalami pelbagai cabaran. Antaranya ialah faktor kemajuan teknologi maklumat, proses globalisasi, kerenah pelanggan dan sebagainya.Sedikit sebanyak faktor-faktor tersebut memberi kesan kepada prestasi perkhidmatan pekerja. Pekerja yang baik akan menghasilkan organisasi yang mantap.

Pada masa kini, pekerja memainkan peranan yang penting dalam mencapai kejayaan kepada sesebuah organisasi.Personaliti juga penting sebagai penentu prestasi pekerjanya.Kejayaan sesebuah organisasi dilihat melalui prestasi pekerjanya. Apabila organisasi mempunyai prestasi kerja yang baik pelanggan atau masyarakat juga dapat menerima dan mahu berurusan dengan organisasi terbabit. Negara juga akan mendapat faedahnya sendiri apabila organisasi dapat mengekalkan kedudukan yang terbaik seterusnya dapat menaikkan nama negara dan lebih dikenali oleh dunia.

1.2Latar Belakang Kajian

Tabung Haji ialah singkatan bagi Lembaga Tabung Haji atau LTH. Sebelum ini, LTH dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau (LUTH) di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia.Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah.Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang berunsur riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Makkah (Salleh, 2002).

Pada 6 Februari 2008, Tabung Haji hari ini mengumumkan pemberian dividen sebanyak tujuh peratus kepada kira-kira 4.2 juta pendeposit aktifnya bagi tahun 2007, iaitu dividen yang tertinggi sejak tujuh tahun lalu. Kadar dividen itu meliputi lima peratus dividen tahunan dan dua peratus lagi dividen khas yang pertama kali diberikan kepada pendeposit Tabung Haji. Pembayaran dividen itu akan dikreditkan ke dalam akaun pendeposit pada 10 Februari 2008. Pada tahun 2008 hanya dividen sahaja diberikan sebanyak 5% dan pada 30 September 2009 Lembaga Tabung Haji (TH) akan membayar bonus interim sebanyak 2.25 peratus bagi setengah tahun pertama 2009 kepada 4.7 juta pendepositnya. Pembayaran sebanyak RM465 juta itu akan dikreditkan ke dalam akaun pendeposit di seluruh negara pada 5 Oktober 2009.Tabung Haji dimulakan berasaskan dana RM152,000 sumbangan kerajaan di peringkat penubuhannya, hari ini jumlah deposit TH telah berkembang mencecah RM23 bilion(Syukri, 2008).

1.3Penyataan MasalahPada masa kini, banyak organisasi yang tidak mementingkan sikap kakitangan mereka semasa melaksanakan kerja.Para pekerja juga sepatutnya mempunyai personaliti yang baik semasa bekerja terutamanya ketika berurusan dengan pelanggan supaya input yang baik dapat di capai ketika berurusan. Kualiti pekerja di lihat sebagai kecerdasan yang diperlihatkan sebagai kelakuan atau kemahiran yang boleh mempengaruhi prestasi kerja (Catano et al. 2001). Oleh itu, personaliti pekerja itu penting untuk mendapatkan atau melahirkan pekerja yang mempunyai prestasi yang baik.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh organisasi terhadap pekerja ialah pekerja sering datang lewat, pekerja tidak fokus terhadap sesuatu pekerjaan yang dibuat dan pekerja sering tidak hadir ke tempat kerja.Oleh itu, organisasi tersebut perlulah mencari jalan untuk mendedahkan kepada kakitangannya supaya memiliki personaliti yang baik. Apabila organisasi meningkatkan tahap personalitipekerjanya kearah yang lebih baik, hal ini akan lebih meningkatkan lagi prestasi pekerja dan akan menghasilkan produktiviti yang lebih baik (Catano et al. 2001).1.4Objektif kajianObjektif kajian ini ialah:1) Mengkaji hubungan personaliti pekerja dengan prestasi kerja2) Mengenalpasti hubungan antara personaliti ekstroversi dengan prestasi kerja3) Mengenalpasti hubungan antara personaliti neurotism dengan prestasi kerja4) Mengenalpasti hubungan antara personaliti psikotisme dengan prestasi kerja

1.5Skop KajianKajian ini akan dijalankan di cawangan Tabung Haji yang terletak di daerah Pendang, Kedah Darul Aman. Kajian ini akan melibatkan kakitangan yang bekerja di cawangan Tabung Haji tersebut yang terdiri daripada pihak atasan, pertengahan dan bawahan.

1.6Limitasi KajianKajian ini akan dijalankan kepada kakitangan kakitangan di bahagian pejabat dan bukan pejabat yang melibatkan pihak atasan dan pihak atasan bawahan. Limitasi kajian ini mungkin dihadapi melibatkan masalah bilangan kakitangan yang terlibat dan kuantiti kakitangan di cawangan Tabung Haji Pendang, Kedah. Di samping itu, perwatakan kakitangan juga akan dikenal pasti. Tambahan pula, kakitangan ini juga akan mempunyai sedikit masa untuk memberi kerjasama terhadap kajian ini. Hal ini kerana kakitangan ini juga akan sibuk dengan pekerjaan mereka di syarikat tersebut.Kaedah yang di jalankan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif.Oleh itu, maklumat yang di perolehi berdasarkan borang soal selidik yang di edarkan kepada kakitangan itu sahaja dan bergantung sepenuhnya kepada kejujuran kakitangan tersebut.

1.7Kepentingan kajianKajian ini ialah untuk mengenalpasti samada personaliti kakitangan akan memberikan impak terhadap prestasi kerja kakitangan di Tabung Haji. Adakah perwatakan atau sikap kakitangan dapat menaikkan prestasi kerja terhadap syarikat tersebut. Syarikat perlu menganalisa bagaimana bentuk personalitiyang lebih efektif bagi memberi impak yang besar kepada prestasikerja.Hal ini kerana organisasi mempunyai tujuan khas iaitu untuk memberi kepuasan kepada semua pelanggan.Oleh itu, pekerja di dalam organisasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan produktiviti yang terbaik kepada pelanggan.Kajian ini penting sebagai bahan rujukan kepada organisasi untuk menambahbaik kekurangan yang di peroleh dari organisasi ini. Selain itu, kajian ini juga dapat di jadikan sebagai panduan organisasi untuk mengatasi masalah yang mungkin di hadapi pada masa yang akan datang.

1.8 KesimpulanSebagai kesimpulannya, bab ini telah menerangkan secara terperinci mengenai penyelidikan yang akan dijalankan. Bab ini telah membincangkan latar belakang penyelidikan, pernyataan masalah dan objektif kajian tentang hubungkait perwatakan pekerja terhadap kaualiti kerja kakitangan Lembaga Tabung Haji cawangan Pendang, Kedah Darul Aman.

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1Pendahuluan

Dalam bab ini beberapa aspek berkaitan dengan kajian akan di bincangkan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan takrif dan istilah-istilah yang terdapat dalam kajian serta kaitan dengan kajian yang terdahulu dan kerangka teori atau model yang di gunakan. Hipotesis juga di bincangkan dalam bab ini.

2.2Takrif Konseptual2.2.1Takrif Personaliti

Perkataan personaliti berasal dari perkataan Latin persona yang bermaksud "topeng".Personaliti adalah kombinasi unik corak yang mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, motivasi, dan emosi dalam manusia. Lama kelamaan, pola-pola ini kuat mempengaruhi jangkaan peribadi, persepsi diri, nilai-nilai, dan sikap. Tafsiran topeng muka ialah manusia yang cuba mengemuka dan menonjolkan perkara-perkara yang buruk mengenai dirinya. Bagaimanapun, maksud topeng yang difahami oleh ramai orang pada masa dahulu telah di ubahsuai kepada sifat-sifat yang ada pada diri seseorang seperti cara berfikir, perilaku dan juga mental-emosi yang di tunjukkan. Sifat-sifat tersebut biasanya bergantung kepada penilaian seseorang kepada orang yang tertentu.Di sebabkan oleh perubahan masa dan pemikiran manusia, maka definisi personaliti juga turut berubah dan mempunyai makna yang pelbagai mengikut situasi (Mishel, 1968).

Personaliti ialah satu konsep yang tidak asing bagi kebanyakkan manusia.Namun, tidak ada satu kesepakatan mengenai takrifan konsep personaliti.Pelbagai pihak menggunakan konsep personaliti untuk merujuk kepada pengertian yang berbeza.Implikasinya, terdapat berbagai-bagai definisi personaliti telah di berikan oleh pelbagai pihak (Mishel, 1968).Personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya (Hans Eyesenck,1981). Kagen.J dan Segal.J (1988) mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya, (Kangen. J and Segal. J, 1988).Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme(Watson, 1919).

2.2.2Takrif Ekstroversi

Ekstroversi merupakan seseorang yang selesa dengan perhubungan sosial.Menurut Costa dan McCrae (1992), sifat ekstroversi di lihat sebagai seseorang yang baik hati, suka berkawan, hidup berkelompok, tegas dan mempamerkan emosi yang positif.Di dapati bahawa individu yang berpesonaliti ekstroversi adalah mereka yang lebih fokus terhadap aksi dan interaksi berbanding individu yang berpesonaliti introversi (Myers, 1993).Menurut Johnson (2008), ekstroversi di definisikan sebagai seorang yang tegas, berorientasikan pada aksi dan seseorang yang menonjolkan sifat suka kepada keseronokan, suka menarik perhatian dan suka bercakap.

2.2.3Takrif Neurotisme

Borsade dan Gibson (2007) mengatakan bahawa neurotisme dapat di definisikan sebagai sejauh mana emosi negatif seseorang dapat di ransang.Mereka juga berpendapat individu yang mempunyai tahap neurotisme yang rendah cenderung untuk stabil dan tabah dalam menghadapi sebarang cabaran. Costa dan McCrae (1992) pula beranggapan bahawa individu yang mempunyai ciri ini yang tinggi kurang yakin pada diri sendiri dan lebih gemar untuk beremosi negatif apabila diransang.

Individu bercirikan neurotisme lebih cenderung untuk menahan kehendak mereka dan apabila mereka memerlukan sesuatu atau hendak melakukan sesuatu, mereka kurang yakin dan kurang selamat, (Colbert et al., 2004). Menurut Judge et al. (2002), mendapati bahawa neurotisme berkoleransi negatif secara konsisten terhadap keberkesanan memimpin. Neurotisme adalah kebimbangan yang melampau dan menyebabkan kemurungan, gangguan emosi dan kurang berupaya untuk melakukan aktiviti harian. (Johnson, 2008)

2.2.4Takrif Psikotisme

Individu yang bercirikan psikotisme adalah individu yang cenderung dalam bertindak secara melulu, mengabaikan cara pemikiran yang sihat dan suka bercakap perkara yang tidak sesuai (Boeree, 1998). Menurut Heath dan Martin (1990), individu yang psikopati akan cenderung untuk menjadi gila (psiko). Individu yang lebih kreatif mempunyai kadar skor yang tinggi terhadap ciri psikotisme berbanding individu yang kurang aktif (Eysenck, 1993).

2.2.5Takrif Prestasi Kerja

Prestasi kerjaya berjaya ditakrifkan sebagai sejumlah kerja-kerja positif dan hasil psikologi yang dihasilkan dari pengalaman kerja seseorang (Seibert & Kraimer, 2001).Para penyelidik sering menjalankan kajian tentang prestasi kerjaya dengan dua kaedah.Pertama dengan memasukkan variabel yang mengukur prestasi kerjaya objektif atau ekstrinsik (contohnya, Gutteridge, 1973). Ini bermaksud dengan memasukan penunjuk-penunjuk prestasi kerjaya yang boleh dilihat dan oleh kerana itu ia dinilai secara objektif oleh orang lain, seperti gaji dan pencapaian jumlah promosi dalam kerjaya seseorang (Hakim et al, 1995.). Cara kedua adalah dengan mengukur prestasi kerjaya subjektif atau prestasi intrinsik (contohnya, Hakim et al, 1995).Ia dijalankan dengan memasukkan penilaian subjektif individu tentang pencapaian kerjaya mereka, seperti pekerjaan dan kepuasan kerjaya (misalnya, Burke, 2001; Hakim et al, 1999).

2.3Kajian Terdahulu Berkaitan2.3.1Pengaruh Personaliti Terhadap Prestasi Kerja Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruhi ciri-ciri personaliti guru terhadap prestasi kerja guru.Kajian ini timbul ekoran wujudnya beberapa masalah yang berkaitan dengan profesyen perguruan yang sering diperkatakan.Antara masalah tersebut termasuklah wujudnya rasa tidak puas hati di kalangan guru terhadap profesyen perguruan, tiada komitmen di kalangan guru serta guru tidak inovatif dalam penyelesaian masalah.Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah soal selidik.Sampel terdiri daripada 150 orangguru dari beberapa buah sekolah di Ipoh. Data yang dipungut telah diuji dengan menggunakan analisa korelasi koeffisien Pearson serta regresi Bivariate bagi menentukan perhubungan antara ciri-ciri personaliti guru dengan prestasi kerja. Hasil kajian bagi ciri personaliti locus of control, Machiavellianism, se/f-esteem serta self-monitoring menunjukkan wujudnya perhubungan yang positif antara ciri-ciri personaliti tersebut dengan prestasi kerja.Keputusan ini bersesuaian dengan objektif dan selari dengan hipotesis yang dibentuk.Hasil kajian juga menunjukkan kerangka konseptual yang dibina berasaskan tinjauan Iiteratur dapat diguna dalam konteks di Malaysia.Keputusan ini mungkin berubah sekiranya melibatkan sampel yang lebih besar dan lokasi yang berbeza.Kajian ini dapat dijadikan landasan untuk mengkaji secara mendalam tentang ciri-ciri personaliti yang mempengaruhi prestasi kerja di kalangan guru (selvam, 2000).

2.3.2Hubungan Antara Konsep Kendiri, Dimensi Personaliti Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar SPA, SPE DAN SPJ

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara konsep kendiri, dimensi personaliti, dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar.Sebanyak 158 pelajar daripada Fakulti Pendidikan yang mengambil kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 pelajar untuk menguji kebolehpercayaan instrumenyang digunakan.Instrumen yang digunakan untuk menguji dimensi personaliti pelajar dalam kajian ini adalah Inventori Personaliti Junior Eysenck (JEPI) dalam versi Bahasa Melayu yang mempunyai kebolehpercayaan 0.532.Untuk mengukur konsep kendiri pelajar dalam kajian ini Skala Konsep Kendiri Tennessee yang mempunyai kebolehpercayaan 0.834 telah digunakan.Instrumen yang mengukur tahap persekitaran keluarga mempunyai tahap kebolehpercayaan 0.880.Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences).Statistik deskriptif dan korelasi Pearson digunakan dalam menganalisa hubungan di antara konsep kendiri, dimensi personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik. Analisis dijalankan pada arassignifikan 0.05. Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik, dimensi personaliti dengan pencapaian akademik dan persekitaran keluarga dengan pencapaian akademik (Yusof Bin Boon & Nurul Ezzati Binti Azizi, 2009).

2.3.3Hubungan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan personaliti introvert ekstrovert terhadap pencapaian akademik pelajar. Kajian ini telah dijalankan ke atas 124 orang responden menggunakan Junior Ensyenk Personality Inventory (JEPI).Data yang telah diperoleh telah dianalisis menggunakan kaedah statistik iaitu Korelasi Pearson dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti introvert ekstrovert pelajar dengan pencapaian akademik. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan terhadap perbezaan dalam dimensi personaliti berdasarkan jantina.Implikasi kajian ke atas kaunselor, guru-guru dan juga ibu bapa turut dibincangkan (Dundang, 2006).2.4Teori Yang Berkaitan2.41Teori Hans Eysenck

Eysenck dan Wilson telah menghuraikan konsep personaliti kepada dua, bergantung kepada tahap pembawakan biologi seseorang.Dua kategori tersebut adalah ekstroversi dan neurotisme kestabilan (Eyseck dan Wilson, 1975).Ekstroversi di kategorikan sebagai peramah, suka berkongsi, dan memerlukan ransangan luar.Neurotisme pula di kategorikan sebagai personaliti yang mudah dipengaruhi oleh pengaruh negatif seperti tekanan jiwa.

Eysenck(1975) juga berpendapat setiap individu mempunyai personaliti di dalam bulatan yang terbahagi kepada dua dimensi sehingga menghasilkan empat suku bulatan. Di dalam ciri-ciri tersebut, lima corak tingkahlaku yang bercirikan introversi, serta individu stabil dan tidak stabil (neurotik) telah di sediakan.

2.4.2Teori Personaliti Gordon Allport

Allport (1961), menekankan bahawa personaliti adalah dinamik, tersusun dan unik.Beliau juga menyatakan bahawa personaliti adalah tingkah laku yang terpandu.Menurut teori ini lagi, trait menyediakan struktur, keunikan dan motivasi yang menjadi ciri kepada personaliti seseorang.Trait yang wujud dalam urat saraf manusia adalah merupakan unsur yang diwarisi dan menyebabkan tingkah laku. Oleh itu, ia dilihat sebagai struktur dalam personaliti dan juga desakan yang menyebabkan tingkah laku. Menurut Allport (1961) lagi, beliau membezakan trait kepada tiga iaitu trait kardinal, trait pusat dan trait sekunder.Trait kardinal adalah satu disposisi yang mempengaruhi keseluruhan perilaku dan perbuatan seseorang.Trait pusat adalah sifat kejujuran, kebimbangan dan ketegasan.Trait sekunder pula adalah sifat yang mengawal perilaku seseorang secara spesifik.

Menurut Allport (1971, dalam Azlina, 2002), di dalam teorinya menyatakan ciriciriyang dominan dalam diri seseorang dinamakan sebagai trait kardinal.Ia dikatakan sebagai trait yang unggul contohnya seseorang yang terlalu ingin memiliki kuasa akan sedaya upaya melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya yang dengan cuba menguasai orang lain. Selain itu, trait pusat pula merujuk kepada ciri-ciri yang kurang mengawal tingkah laku manusia tetapi ianya adalah sangat penting.Ia adalah sesuatu pandangan oleh orang lain untuk menggambarkan seseorang. Trait sekunder pula ialah ciri-ciri yang agak terpinggir dan biasanya kurang penting seperti makanan kegemaran seseorang.Menurut Allport (1971, dalam Habibah dan Noran, 1997), menyatakankepentingan faktor situasi bagi menerangkan sesuatu tingkah laku.Contohnya, seseorang yang agresif boleh dijangka menukar tingkah lakunya sekiranya keadaan memerlukan tingkah laku yang bukan agresif dan orang yang introvert pula boleh menjadi ektrovert dalam keadaan tertentu.

2.5Kerangka Model

Daripada kajian lepas dan model yang telah di berikan, berikut adalah kerangka konseptual yang terdiri daripada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu tahap prestasi pekerja, ciri personaliti dan jenis perkaitan ciri personality dan pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi kerja.

PERSONALITI: 1)Tahap Ekstroversi2)Tahap Neurotism3)Tahap PsikotismePembolehubah tidak bersandarPembolehubah bersandar

Prestasi Kerja

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Hubungan antara Personaliti dan Prestasi Kerja

2.6Hipotesis Kajian

H1 : Terdapat hubungn yang signifikan antara personaliti ekstroversi terhadap prestasi kerjaH2 : Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti neurotism terhadap prestasi kerjaH3 :Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti psikotism terhadap prestasi kerja

2.7Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini merangkumi kajian-kajian lepas serta teori dan model yang telah diperkenalkan bagi membolehkan kajian tentang pengaruh personality terhadap prestasi kerja di Lembaga Tabung Haji Cawangan Pendang, Kedah dapat di lakukan. Bab ini juga terdapat kerangka konseptual dan hipotesis kajian.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1Pendahuluan

Dalam bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang di gunakan untuk menyempurnakan kajian ini. Antara aspek yang di bincangkan adalah seperti reka bentuk kajian, pensampelan kajian, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisaan data.

3.2Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merujuk kepada penggunaan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berguna untuk mencapai matlamat kajian (Mohd Majid Konting, 1993). Walaubagaimanapun menurut Sabith Marican (2005) menyatakan bahawa reka bentuk kajian memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian di jalankan dan ia merupakan suatu rangka rujuk (blueprint) mengenai perkara yang berkaitan dengan pensampelan, pengukuran dan analisis data.Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif.Rekabentuk kajian kes ini di pilih untuk membolehkan pengkaji memahami hubungan antara personaliti terhadap prestasi kerja di Lembaga Tabung Haji, cawangan Pendang, Kedah.Rekabentuk kajian kes melibatkan kaedah pengumpulan sampel secara teratur.

3.3Pensampelan Kajian

Sampel ialah subset kepada populasi yang terdiri daripada ahli-ahli dalam populasi yang di pilih (Sekaran, 2003).Populasi adalah sumber yang amat penting untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu kajian.Penyelidik telah memilih untuk membuat pemilihan sampel secara rawak (simple random sampling).Populasi saiz sampel seramai 200 orang melalui pengiraan Krejcie Morgan (1970). Penentuan saiz sampel di anggarkan 132 orang pekerja yang akan diambil sebagai sampel kajian ini mengikut pengiraan jadual Krejcie dan Morgan (1970).

Jadual 1 :Jadual Penentuan Saiz SampelPopulasi (N)Sampel (S)Populasi (N)Sampel (S)Populasi (N)Sampel (S)

10102201401200391

15142301441300297

20192401481400302

25242501521500306

30282601551600310

35322701591700313

40362801621800317

45402901651900320

50443001692000322

55483201752200327

60523401812400331

65593601862600335

70593801912800338

75634001963000341

80664202013500346

85704402054000351

90734602104500354

95764802145000357

100805002176000361

110865502267000364

120926002348000367

130976502429000368

14010370024810000370

15010875025415000375

16011380026020000377

17011885026530000379

18012390026940000380

19012795027450000381

200132100027875000382

21013611002851000000384

Sumber : Krejcie dan Morgan (1970)

3.4Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berbentuk soal sellidik. Soal selidik adalah merupakan satu kaedah yang selalu digunakan bagi tujuan pengumpulan data apabila melibatkan jumlah sampel yang ramai (Sekaran, 2000). Satu set borang soal selidik telah disediakan oleh pengkaji dan diberikan kepada responden kajian untuk maklumat yang diingini dengan menjawab persoalan-persoalan kajian. Soal selidik ini menggunakan kaedah penentuan tindak balas daripada responden iaitu dengan menggunakan pemarkahan peringkat mengikut Skala Likert. Jadual 1 menunjukkan skala likert yang digunakan dalam soal selidik kajian.

Jadual 2 : Pemarkahan Item-Item Skala LikertSkalaPenerangan Jawapan

1Sangat Tidak Setuju

2Tidak Setuju

3Kurang Setuju

4Setuju

5Sangat Setuju

Sumber : Ahmad Subki Bin Abdul Rahman (2009)

Soal selidikini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian I, Bahagian II dan Bahagian III. Bahagian I soal selidik ini adalah untuk mengetahui latar belakang reponden yang meliputi jantina, umur, status perkahwinan, bangsa, tempoh perkhidmatan dan sektor kerja. Bahagian II pula berperanan untuk mengukur pengaruh personaliti terhadap prestasi kerja kakitangan Lembaga Tabung Haji Cawangan, Pendang. Bahagian III pula, bahagian inimerujuk kepada pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi kerja.

3.5Kaedah Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data di buat dengan merujuk kepada sumber yang di perolehi daripada internet dan juga merujuk kepada sumber-sumber yang didapati di perpustakaan. Sumber yang di peroleh dari perpustakaan adalah berkaitan kajian-kajian ilmiahyang telah di lakukan oleh penuntut terdahulu. Melalui internet pula, terdapat jurnal-jurnal dan artikel yang telah di hasilkan oleh penulis yang berwibawa.

Kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik yang mengandungi item-item soal selidik hasil daripada tinjauan dan kajian lepas yang telah di reka dan di adaptasi untuk memperoleh maklumat daripada responden.Sumber data diperoleh melalui data perimer dan sekunder.Kaedah pengumpulan data perimer di tentukan oleh objektif kajian untuk membuktikan hipotesis kajian projek (Zainudin Awang, 2010).Secara umumnya, dalam kajian ini data diperoleh dari sumber perimer dan sekunder.Data perimer adalah data yang diperoleh daripada sumber utama iaitu responden melalui borang soal selidik yang di edarkan.Manakala data sekunder pula adalah maklumat terbitan yang di keluarkan oleh penulis yang berwibawa berkenaan kajian mereka yang mengupas isu yang berkaitan.

Pengkaji telah mengkaji kajian menggunakan borang soal selidik dengan kendalian responden sendiri.Kaedah ini selaras dengan saranan konsep Sekaran (2003).Pengkaji sendiri telah menghadirkan diri semasa mengendalikan borang soal selidik.Masa yang di ambil adalah selama dua minggu untuk menentukan soal selidik di laksanakan.

3.6Kaedah Penganalisisan Data

Kajian ini berbentuk deskriptif dan kaedah penganilisisan data akan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian daripada soal selidik akan di kira berdasarkan personaliti yang di tunjukkan oleh kakitangan. Setelah jawapan di terima dan diperolehi, pengkaji akan mencari jumlah kekerapan dan kepentingan jawapan yang di jawab oleh responden. Bagi memudahkan analisis, semua dapatan kajian yang diperolehi dimasukkan kedalam jadual-jadual. Berdasarkan data-data yang terdapat dalam jadual tersebut, barulah pengkaji akan membuat huraian deskriptif. Data-data yang diperoleh akan di proses dan di analisa dan seterusnya di tafsirkan bagi melihat gambaran yang sebenar tentang sejauh manakah personaliti mempengaruhi prestasi kerja kakitangan di Lembaga Tabung Haji di Cawangan Pendang, Kedah.

3.6.1Analisa Kesahan dan Kebolehpercayaan

Sebagai langkah pertama, analisa ini di laksanakan untuk memeriksa nilai psikometrik data borang soal selidik.Ujian ini memfokuskan kepada dua aspek, iaitu analisa faktor utama dengan pusingan oblik menggunakan oblimin langsung. Kaedah ini mampu menunjukkan korelasi antara setiap item dengan pembolehubah yang berkaitan (Peteson, 2000; Reagan, 2000)Abu Bakar (1985) dan Haslina (2005) pula menyatakan instrumen yang di bina oleh penyelidik bergantung kepada keupayaan memberikan nilai-nilai yang konsisten pada setiap kali dibuat pengukuran.Item soalan yang baik, apabila diukur dengan kaedah Cronbachs Alpha mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.Menurut Azizi et.al (2001) nilai indeks kebolehperayaan yang baik harus melebihi 0.60.

3.6.2Analisa Korelasi PearsonAnalisa Korelasi Pearson digunakan untuk menguji kesan langsung persoanaliti keatas prestasi kerja.Analisa korelasi ini menunjukkan kekuatan korelasi dan juga hubungan positif dan negatif. Korelasi boleh di lihat melaui pengedaran data, semakin dekat taburan data, semakin kuat hubungannya dan begitu juga sebaliknya, (Danan et. Al, 2007). Kekuatan perhubungan antara dua pembolehubah boleh di bahagikan kepada empat bahagian kualitatif iaitu: r =0.00-0.29: tiada atau hubungan lemah, r = 0.30-0.49: hubungan sederhana, r = 0.50-0.69: hubungan kuat, r = 0.70-1.00: hubungan kuat atau sempurna. Jadual 3 menunjukkan Tafsiran Pekali Korelasi Pearson.

Jadual 3 : Tafsiran Pekali Korelasi PearsonPekali Korelasi (r)Perhubungan interpestasi

+0.81 hingga +1.00+0.61 hingga +0.80+0.41 hingga +0.60+0.21 hingga +0.40+0.01 hingga +0.200-0.01 hingga -0.20-0.21 hingga -0.40-0.41 hingga -0.60-0.61 hingga -0.80-0.81 hingga -1.00Hubungan positif sangat kuatHubungan positif kuatHubungan positifHubungan positif lemahHubungan positif sangat lemahTiada hubunganHubungan negatif sangat lemahHubungan negatif lemah Hubungan negatifHubungan negatif kuatHubungan negatif sangat kuat

Sumber : Danan et al, 2007

3.6.3Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS)

Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 19.0 digunakan untuk menganalisa data yang diperolehi daripada soal selidik. SPSS juga digunakan untuk membantu dalam statistik deskritif di mana ia akan melibatkan analisis data dengan menggunakannilai min dan sisihan piawaian. Jadual matriks korelasi yang terdiri daripada min, sisihan piawaian dan kolerasi antara pembolehubah yang sama dan berbeza telah dibangunkan dengan menggunakan statistik deskriptif dan masa produk pearson. Korelasi menyediakan bukti yang lebih tepat pengesahannya dan kebolehpercayaan skala pengukurannya dalam penyelidikan.(Cooper dan Schindler, 2003).

3.7Kesimpulan

Bab ini telah menerangkan kaedah yang di gunakan untuk menjalankan kajian dan di beri penekanan terhadap reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, pensampelan kajian, instrumen kajian dan kaedah penganalisisan.16