aplikasi jenayah khalwat dalam fiqh jnayat

25
APLIKASI JENAYAH KHALWAT DALAM FIQH JNAYAT PENGENALAN: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasalam telah diutuskan oleh Allah s.w.t ke muka bumi ini adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia dan menyebarkan Islam kepada keseluruhan umat manusia. Islam adalah agama yang syumul dan fleksibel. Ia amat mementingkan keharmonian dan keadilan kepada seluruh umatnya. Oleh yang demikian, Islam juga telah melarang kepada umatnya melakukan perkara yang membawa kepada kemungkaran, apatah lagi perbuatan yang membawa kepada kemaksiatan. Menurut statsitik di Malaysia juga, kesalahan yang paling mencatat kes terbanyak di dalam kesalahan jenayah syariah adalah jenayah khalwat. Yang mana terdapat banyak nas-nas secara qatie dan tida qatie melarang perbuatan khalwat kerana jenayah ini distilahkan sebagai muqaddimah zina iaitu perbuatan seks antara lelaki dan perempuanyang tidak melibatkan hubungan yang sah di sisi syarak. Kami akan menghuraikan berkenaan istilah-istilah khalwat dari sudut bahasa dan menurut syarak, juga dalil-dalil yang berkaitan dengan khalwat sama ada dari Al-Quran, hadis dan kaedah fiqh. Khalwat menurut peruntukan seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997

Upload: nourishams

Post on 22-Jan-2016

83 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

http://knoweledgeseeker2110.blogspot.com/2012/06/aplikasi-jenayah-khalwat-dalam-fiqh.html

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

APLIKASI JENAYAH KHALWAT DALAM FIQH JNAYAT

PENGENALAN:

            Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasalam telah diutuskan oleh

Allah s.w.t ke muka bumi ini adalah untuk menyempurnakan akhlak

umat manusia dan menyebarkan Islam kepada keseluruhan umat

manusia. Islam adalah agama yang syumul dan fleksibel. Ia amat

mementingkan keharmonian dan keadilan kepada seluruh umatnya.

Oleh yang demikian, Islam juga telah melarang kepada umatnya 

melakukan perkara yang membawa kepada kemungkaran, apatah

lagi perbuatan yang membawa kepada kemaksiatan.

            Menurut statsitik di Malaysia juga, kesalahan yang paling

mencatat kes terbanyak di dalam kesalahan jenayah syariah adalah

jenayah khalwat. Yang mana terdapat banyak nas-nas secara qatie

dan tida qatie melarang perbuatan khalwat kerana jenayah ini

distilahkan sebagai muqaddimah zina iaitu perbuatan seks antara

lelaki dan perempuanyang tidak melibatkan hubungan yang sah di

sisi syarak. Kami akan menghuraikan berkenaan istilah-istilah

khalwat dari sudut bahasa dan menurut syarak, juga dalil-dalil yang

berkaitan dengan khalwat sama ada dari Al-Quran, hadis dan

kaedah fiqh.

Khalwat menurut peruntukan seksyen 27 Akta Kesalahan

Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997

memperuntukkan bahawa mana-mana orang lelaki yang didapati

berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang

perempuan yang bukan isteri atau mahramnya atau orang

perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang lelaki

atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau

mahramnya di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam

rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak

Page 2: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

adalah melakukan kesalahan.

Di Malaysia, khalwat adalah salah satu kesalahan jenayah

yang diperuntukkan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah

di setiap negeri. Apabila seseorang itu disabitkan boleh didenda

tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

DEFINISI KHALWAT:

Dari segi bahasa:

Khalwat dari segi bahasa berasal daripada tiga pengertian yang

berbeza, iaitu bersama atau berkumpul, tenang dan terhindar.

Menurut kamus dewan, kahlwat didefinisikan sebagai :

“perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri

(menenangkan fikiran dengan bertafakkur dan lain-lain lagi) atau

sebagai pengasingan diri dengan berdua-duaan di tempat-tempat

terpencil atau tersembunyi oleh lelaki dan perempuan yang bukan

muhrim dan bukan pula suami isteri yang boleh dianggap sebagai

satu perbuatan sumbang.”[1]

Menurut kamus istilah Agama, khalwat ialah :

“ mengasingkan diri dari khalayak ramai dengan niat untuk

beribadah untuk menghubungkan diri kepada Allah dan

memutuskan hubungan dengan masalah dunyawiyah kerana

menghampirkan diri kepada Allah. Sebaik-baik khalwat adalah di

masjid di dalam bulan Ramadhan”[2]

Page 3: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

            Kesimpulannya , kahlwat adalah istilah yang digunakan

untuk keadaan tempat seseorang yang tersendiri dan jauh dari

pandangan orang lain. Walaupun terdapat banyak definisi  yang

diberikan, ia tetap mempunyai pengertian yang sama dan boleh

difahami masyarakat umum. Namun penulisan kami akan

memfokuskan kepada kesalahan jenayah syariah iaitu khalwat

ataupun dikenali sebagai muqaddimah zina.

APLIKASI JENAYAH KHALWAT DALAM UNDANG-UNDANG

JENAYAH ISLAM.

pada umunya, undang-undang jenayah islam membahagikan

sesuatu jenayah itu berlaku apabila mencangkupi 3 unsur penting

iaitu :

1.     Unsur hukuman dan undang-undang, iaitu adanya nas-nas yang

melarang dari melakukan jenayah berkenaan dan nas-nas yang

menentukan hukuman terhadapnya.

2.     Unsur-unsur fizikal (perbuatan jahat), iaitu adanya perlakuan

jenayah daripada penjenayah berkenaan sama ada secara

melakukan atau meninggalkan, sama ada secara perseorangan atau

pakatan, sama ada perlakuan itu sudah lengkap atau belum lengkap

(cuba melakukan).

3.     Unsur-unsur mental (niat jahat), iaitu adanya pada penjenayah

syarat-syaratnya yang membolehkan ia memikul tanggungjawab

jenayah, seperti kapasiti, melakukan jenayah secara pilihan sendiri,

sengaja atau tidak sengaja dan lain-lain.

Page 4: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

ketiga-tiga unsur ini perlu ada pada semua jenis kesalahan jenayah

yang tiga tadi di samping unsure-unsur khusus bagi setiap

kesalahan jenyah itu sendiri untuk membolehkan seseorang itu

dikenakan hukuman.

Jenayah Khalwat adalah termasuk dalam kategori kesalahan

berbentuk takzir. Pemakaian bagi kesalahan-kesalahan takzir

berbentuk takzir memakai nas-nas secara umum, di mana ia tidak

terikat dengan sempadan-sempadan yang sempit, tetapi secara

lebih luas, sesuai dengan tabiat takzir itu sendiri di mana ia tidak

tertentu kepada satu-satu bentuk perbuatan sebagaimana

kesalahan-kesalahan hudud dan qisas.

Abdul Qadir Audah mentakrifkan khalwat sebagai salah satu

perbuatan maksiat yang hukumnya haram dan bagi sesiapa yang

melakukan perbuatan tersebut maka dikenakan hukuman takzir.[3]

Dalam kesalahan takzir kepentingan umum perlu diambil kira, untuk

menentukan hukuman dan kesalahan.

Bagi kesalahan takzir, hukuman ditentukan oleh pemerintah (ulil

amri),  bagitu juga dengan bentuk-bentuk kesalahan jenyaha di

dalam sesebuah Negara. Hal ini kerana kesalahan-kesalahan

berbentuk takzir tidak ditentukan jenis-jenis kesalahan satu persatu

sebagaimana kesalahan hudud, qisas dan diat.

1.      Unsur-unsur syarie

Pengharaman khalwat di dalam al-Quran :

Ÿ

32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu

adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang

membawa kerosakan).[4]

Page 5: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

Dalil di atas adalah berbentuk larangan dan haram melakukannya,

juga menjelaskan tentang pengharaman mendekati zina. Manakala

salah satu wasilah kepada berlakunya zina ialah khalwat yang

berlaku diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Imam Fakhr al-Razi di dalam Tafsir al-Kabir menjelaskan berkaitan

ayat di atas bahawa Allah s.w.t melarang melakukan zina kerana ia

adalah perbuatan yang boleh mendatangkan kerosakan dan

keburukan pada manusia. Beliau juga menerangkan bahawa zina

tergolong di dalam perbuatan keji dan mendatangkan kemudaratan

kerana:[5]

i)  Bercampurnya nasab ; manusia tidak akan tahu anak yang lahir

itu adalah kerana zina olehnya atau oleh orang lain. Maka akan

berlaku pecah belah dan terputusnya nasab keturunan.

ii)   Jika tiada sebab syarie yang menunjukkan bahawa lelaki itu

berhak ke atas perempuan tersebu maka ia hanya membuka

pintu-pintu kerosakan dan kehancuran

Nas lain yang melarang melakukan khalwat :

151. dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - Yang

terang daripadanya dan Yang tersembunyi….[6]

Pengharaman khalwat di dalam hadis :

  الشيطان ثالثهما فإن له تحل ال بإمرأة رجل يخلون ال

‘ Janganlah kamu bersunyi-sunyian dengan perempuan yang tidak

halal bagi kamu kerana sesungguhnya orang yang ketiga adalah

syaitan’

Page 6: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

Hadith ini menjelaskan tentang larangan berdua-duaan antara lelaki

dan perempuan ajnabi kerana yang ketiga selepas mereka ialah

syaitan. Syaitan adalah makhluk Allah yang telah bersumpah

dengan menggoda keturunan Adam supaya mengikuti jalan yang

direntangnya iaitu ke Neraka.[7]

Di dalam Hadith lain [8]

الشيطان دخل اال بإمرأة رجل خال ما بيده بنفسى فوالدى النساء على والدخول اياكم

بينهما

‘ Janganlah kamu memasuski ruang perempuan, demi yang jiwaku

ada ditanganya, tidaklah terkumpul seorang lelaki dan perempuan

di suatu tempat (sendirian) kecuali syaitan mendampinginya

( menggodanya).’

2.      Unsur-unsur fizikal (perbuatan jahat)

Para ulama’ telah mengklasifikasikan kesalahan khalwat sebagai

salah satu bentuk kesalahan takzir berdasarkan kaedah :

حرام   فهو الحرام الى ادى ما

‘ Apa sahaja yang membawa kepada perbuatan haram, maka ia

adalah haram.

Mengikut prinsip ini, khalwat dihukumkan haram kerana ia boleh

membawa kepada berlakunya zina. Zina adalah perbuatan yang

diharamkan oleh syarak yang wajib dikenakan hukuman had dan

mengikut kaedah di atas apa sahaja yang membawa kepada haram,

maka ia adalah haram.[9]

Page 7: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

Di Malaysia, elemen-elemen khalwat telah diperuntukkan di dalam

enakmen perundangan negeri-negeri[10]. secara umumnya, Bagi

mensabitkan kesalahan-kesalahan khalwat yang dilakukan, pihak

penguatkuasaan atau pendakwaan perlu memenuhi criteria berikut

bagi mensabitkan kesalahan khalwat yang dilakukan oleh pelaku

seperti :

i.  Berdua-duaan atau bersekedudukan yang mendatangkan syak

ii.  Bersekedudukan dengan seorang atau lebih lelaki atau

perempuan, sama ada islam ataupun tidak.

iii. Bukan suami/ isteri atau mahramnya.

Berdasarkan peruntukan dalam seksyen 27 mengenai kesalahan

jenayah khalwat, ianya adalah kesalahan yang diletakkan di dalam

kategori yang ketiga iaitu kesalahan yang berhubung dengan

tatasusila (moral/seksual). Ia adalah menjadi suatu kesalahan

apabila:

Mana-mana –

(a)  Orang lelaki yang didapati berada bersama seorang perempuan

atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau

mahramnya; atau

(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan

seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami

atau mahramnya,

Di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau

bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka

sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakkan

suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak

Page 8: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak

melebihi dua tahun atau kedua-duanya.[11]

Secara umumnya, khalwat dalam peruntukan undang-undang

membawa maksud perbuatan lelaki dan perempuan yang bukan

isteri atau mahram yang berada dalam keadaan yang boleh

menimbulkan syak bahawa perbuatan maksiat akan berlaku jika

tidak ada pencegahan.

Mana-mana perbuatan tersebut hendaklah dalam bentuk atau sifat

yang boleh “mendatangkan syak bahawa mereka berdua-duaan

sedang atau akan melakukan maksiat.” Oleh yang demikian, apa-

apa sahaja keadaan berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan

itu mestilah dalam keadaan yang mencurigakan. Sebagai contohnya

seperti berpelukan, berciuman, bersentuhan atau berada dalam

keadaan berpakaian kurang lengkap. Dengan itu, sekiranya

pasangan tersebut berdua-duaan tetapi dalam keadaan yang tidak

mampu menimbulkan syak yang mereka akan melakukan

persetubuhan atau perbuatan maksiat, maka perbuatan berkenaan

tidak akan memenuhi syarat yang dikehendaki di dalam elemen

kesalahan jenayah syariah khalwat yang diperuntukkan. Hal ini

boleh dilihat di dalam kes Pendakwa Syarie lawan Mohamad Sabu

dan Seorang Lagi,[12] bila mana perbuatan kedua-dua tertuduh

“berkurung berdua-duaan” dalam tempoh yang sekejap (tidak

sampai lima minit) telah gagal menimbulkan syak bahawa mereka

melakukan atau akan melakukan perbuatan yang maksiat.

Selain daripada itu, faktor masa juga diperhatikan dan diambil kira

yang boleh menimbulkan syak, umpamanya pada awal pagi dan

tengah malam, apatah lagi apabila melibatkan tempat-tempat

tertentu seperti pusat peranginan, hotel, rumah tumpangan, taman

bunga, tepi pantai dan sebagainya. Keadaan tempat juga boleh

menimbulkan syak seperti di tempat gelap dan sunyi dalam

keadaan tiada mahram atau pihak ketiga. Ini dijelaskan di dalam

Page 9: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

kes Abdul Wahab lawan Timbalan Pendakwa Mahkamah Syariah

Selangor,[13] yang mana tertuduh di dapati bersabitan apabila

ditangkap berdua-duaan di dalam kereta yang diletakkan di tepi

jalan pada jam 3.45 pagi.

Kesalahan jenayah syariah khalwat yang diperuntukan di dalam

akta adalah berbeza mengikut enakmen negeri-negeri, namun ia

membawa penafsiran yang sama iaitu perbuatan berdua-duaan

yang menimbulkan syak. Adapun demikian, kesalahan khalwat ini

adalah terpakai hanya dan boleh dipertuduhkan kepada orang-

orang Islam sahaja. Jika salah seorang pasangan yang terbabit

adalah bukan Islam, maka Mahkamah Syariah tidak berbidang

kuasa untuk mendakwa dan membicarakannya.[14]

3.      Unsur mental (Niat jahat)

Istilah tanggungjawab jeenayah dalam syariat Islam mengertikan

bahawa seseorang itu mesti memikul segala natijah perbuatannya

yang berlaku dengan pilihannya sendiri serta menyedari maksud

natijah perbuatannya yang berlaku dengan pilihan sendiri serta

menyedari maksud serta natijah dari perbuatannya itu.[15]

Asas kepada tanggungjawab jenayah wujud sekiranya dipenuhi

elemen-elemen berikut :

a.      melakukan perbuatan yang diharamkan

b.      secara pilihan sendiri

c.       secara sedar mengenai natijah dan akibatnya

Page 10: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

Syariat Islam menjadikan perbuatan jahat sebagai asas kepada

wujudnya tanggungjawab jenayah namun kewujudan

tanggungjawab itu sendiri bergantung adanya dua syarat lain, iaitu

kesedaran (ادرك) dan pilihan sendiri (اختيار)  sewaktu melakukan

perbuatan-perbuatan tersebut. Tanpa kedua-dua syarat ini

tanggungjawab itu tidak akan nada.

Secara amalannya, kes-kes khalwat yang berlaku di Mahkamah

syariah, niat jahat digunapakai qarinah untuk membuktikan keada

kewujudan fakta persoalan.

Sebagai contoh, di dalam kes Pendakwa Syarie lawan Nordin Hashi

(Ahilemah Joned 1986, 101) YDT dituduh berkhalwat dengan

seorang yang bukan islam di dalam sebauh kereta. Pendakwa

menerangkan bahawa YDT adalah guru pengajar memandu kereta

dan wanita tersebut adalah bekas muridnya yang ingin belajar

memandu semula selepas membeli kereta baru.

Mahkamah memutuskan bahawa YDT memang tiada niat jahat

untuk melakukan jenayah tersebut kerana terbukti bahawa beliau

mengajar wanita tersebut. Lbih-lebih lagi suami wanita tersebut ada

berhampiran tempat itu juga. Juga terdapat guru lain mengajar

murid mereka memandu di tepi padang Bandar Hilir Melaka.

ulasan : Kes ini sepatutnya  dari awal lagi ditolak  kerana tiada

keterangan prima facie. Pihak pendakwa tidak dapat

mengemukakakn sebarang bukti yang menunjukkan bahawa fakta

isu dapat dibuktikan. Ini kerana hubungan qarinah dengan fakta

persoalan di dalam tuduhan jenayah khalwat tersebut adalah

longgar. Walaubagaimana pun jika dilihat dari sudut keputusan

hakim, qarinah telah digunakan untuk menolak wujudnya niat jahat

YDT untuk melakukan khalwat.[16]

Page 11: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

Kategori Tanggungjawab Jenayah

Dalam perbincangan di atas, ternyata wujudnya tanggungjawab

jenayah dalam penilaian syariat islam terhenti atas adanya

perbuatan salah dan niat jahat. Ini bererti bahawa tanggungajawab

jenayah itu mempunyai beberapa kategori tertentu, kerana

walaupun dalam perbuatan salah yang sama orang mempunyai

kesedaran dan niat yang mungkin berbeza-beza. Dalam hadith

Rasulullah s.a.w :

terjemahan : Segala perbuatan (perlu dinilai ) berasaskan niat dan

setiap orang akan memperoleh apa yang dia niat.[17]

(diriwayatkan oleh Muslim dan Umar Ibn al-Khattab)

Perbuatan Jenayah yang dilakukan oleh seseorang secara sedar dan

dengan pilihan sendiri tidak terkeluar dari dua bentuk iaitu ia

dilakukan dengan niat jahat dan ia dilakukan tanpa niat.

Oleh kerana itu, islam menilai sesuatu perbuatan itu berasaska niat,

maka tanggungjawab jenayah berbeza diantara perbuatan yang

disengajakan dan tidak disengajakan. Walaubagaimanapun, hal ini

berbeza dengan kes jenayah khalwat di mana tidak timbul

persoalan sama ada sengaja atau tidak sengaja, yang hanya adalah

perbuatan khalwat dengan niat sengaja untuk mendekati zina. Niat

sengaja inilah yang digunakan dalam menentukan hukuman takzir

ke atas pelaku jenayah khalwat tersebut sama ada wujud niat untuk

melakukan khalwat.

HUKUMAN BAGI KESALAHAN KHALWAT  

Berdasarkan unsur-unsur jenayah yang dijelaskan di atas, dapatlah

disimpulkan bahawa, khalwat adalah termasuk dalam kesalahan

takzir. Dari segi syaraknya, takzir diertikan sebagai pembalasan

Page 12: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

yang disyariatkan kerana sesuatu maksiat atau kesalahan jenayah

yang tidak ada peruntukan pembalasan had dan kaffarah sama ada

ia berkaitan dengan hak Allah atau hak manusia.[18] Fuqaha pula

mentakrijkan takzir sebagai satu pembalasan yang ditetapkan

kadarnya, diwajibkan sama ada sebagai hak Allah atau hak

manusia, di dalam setiap maksiat yang tiada pembalasan had dan

kaffarah, mempunyai tujuan yang sama seperti pembalasan had

(hudud), iaitu memberikan pengajaran (ta’dib), mengadakan

pemulihan (islah) dan mewujudkan ingatan yang menakutkan (zajr).

[19] Oleh itu, khalwat adalah dikategorikan sebagai satu kesalahan

takzir yang mana ia tidak dinyatakan hukumannya di dalam nas

tetapi ia di tetapkan hukumannya berdasarkan pemerintah.

Hukuman bagi kesalahan kahlwat di Malaysia boleh dirujuk di dalam

Akta dan Enakmen Jenayah syariah/ Kanun Jenayah Syariah yang

terpakai di setiap negeri.

Sebagai contoh, bagi Wilayah Persekutuan, hukuman bagi pelaku

jenayah khalwat boleh dilihat di dalam seksyen 27 Akta Jenayah

Syariah Wilayah Persekutuan 1997 yang memperuntukkan :

“… apabila disabitkan boleh di denda tidak melebihi tiga ribu ringgit

atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya. “

sekiranya di nilai melalui peruntukkan ini, badan perundangan

Malaysia telah mengadakan hukuman denda (pembayaran ganti

rugi) dan penjara bagi pelaku jenayah khalwat. Ulama’ bersepakat

dalam penentuan bagi kedua-dua hukuman tersebut dalam

kesalahan takzir.

Bagi hukuman berbentuk denda (pembayaran ganti rugi), Mazhab

Hanafi[20] berpendapat takzir membayar hukuman denda tidak

Page 13: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

harus. Imam Abu Hanifah dan Muhamad tidak mengharuskannya.

Walaubagaimanapun, Abu Yusuf berpendapat harus Takzir dengan

denda jika perlu. Dalam Mazhab Syafie, [21] pada dasarnya harus

diambil denda takzir, tetapi para ulama dalam mazhab terebut tidak

bersependapat dalam menentukan langkah terbaik. Begitu juga

pendapat termahsyur dalam mazhab Maliki[22]. Manakala dalam

mazhab Hanbali pula, harus dalam sesetengah keadaan dan tidak

harus dalam sesetengah keadaan yang lain. Alasan merek tidak

menerima hukuman denda ini adalah dapat membawa kepada

berlakunya kezaliman dari pihak pemerintah, dengan mengambil

harta orang ramai secara tidak hak.

Akan tetapi, Ibn Taymiyyah [23] dan Ibn Qayyim[24] telah menolak

dakwaan yang mengatakan hukuman denda ini telah dimansuhkan.

Mereka menafikan sama sekali pandangan tersebut dengan

berdalilkan beberapa kes yang menyokong adanya hukuman seperti

itu. Disamping itu, menurut mereka lagi, tidak ada satu nas pun dari

Rasulullah s.a.w yang menunjukkan berlakunya pengharaman

hukuman denda seperti itu.

Bagi penahanan pula, syariat islam membahagikannya keada 2

bahagian iaitu penahanan terhad dan penahanan tidak terhad.

Walaubagaimanapun, dalam konteks Malaysia, hanya

menggunapakai hukuman tahanan terhad iaitu penjara dalam

tempoh beberapa minggu, bulan atau tahun. Penahanan terhad ini

dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan takzir yang biasa dan

keatas penjenayah-penjenyah biasa. Tempoh masa yang paling

singkat bagi penahanan ini adalah satu hari, sementara bagi

tempoh paling lama menurut sesetengah pendapat adalah tidak

melebihi 6 bulan, atau menurut pendapat yang lain pula jangan

sampai satu tahun. Tetapi di samping itu ada ulama yang

berpendapat bahawa terserah kepada pihak pemerintah untuk

menentukan tempoh tahanan tersebut.[25]

Page 14: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

PENCEGAHAN AM DAN KHAS

pencegahan bermaksud mencegah pesalah sari mengulangi

kesalahannya, disamping mencegah orang lain dari melakukan

jenayah yang serupa. pencegahan adalah tujuan utama

pelaksanaan takzir dijalankan, oleh itu hukuman yang dilakukan

mestilah mencapai kepada objektif dan tujuan itu. Ini bererti

keseksaan diharapkan berperanan dalam mencegah perbuatan-

perbuatan jahat yang berlaku dalam masyarakat. Ia juga ditujukan

kepada masyarakat umum , mengiukut sifat ini ia disebut sebagai

pencegahan umum.

Di samping itu,  terdapat suatu sifat pencegahan yang lain iaitu

pencegahan khusus ke atas orang yang terlibat melakukan jenayah

berkenaan, supaya tidak kembali melakukan kesalahan jenayah itu

lagi. Berdasarkan dua sifat pencegahan ini, hukum keseksaan islam

pernah diertikan sebagai pencegahan sebelum berlaku dan selepas

berlaku; yang bererti bahawa pengetahuan mengenai hukum syarak

boleh mencegah seseorang dari melakukan kesalahan dan bahawa

pelaksanaan hukuman selepas berlaku kejahatan boleh mencegah

dari berulang kejahatan itu.

PENGAPLIKASIAN HUKUMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

KHALWAT DALAM UNDANG-UNDANG MASA KINI DI

MAHKAMAH SYARIAH

Kesalahan jenayah syariah khalwat yang diperuntukkan di dalam

akta dan enakmen negeri-negeri adalah merupakan suatu

kesalahan takzir. Di sini, satu kes kesalahan jenayah syariah

khalwat yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau

Pinang boleh dilihat pengaplikasiaanya dalam hukuman yang telah

dibuat oleh Yang Arif Hakim berkenaan dengan kesalahan takzir,

Page 15: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

yang mana kesalahan di bawah seksyen 27 ini adalah suatu

mukadimah zina. Kes pertama ialah Kes 1 : MOHD. IBRAHIM BIN

MOHD. SHARIF lwn PENDAKWA SYARIE PULAU PINANG.[26]

Tertuduh di dalam kes ini iaitu Mohd. Ibrahim bin Mohd. Sharif telah

ditangkap atas suatu kesalahan jenayah syariah iaitu kesalahan

berkhalwat. Tertutuduh telah ditangkap ketika mana duduk berdua-

duan bersama seorang perempuan yang merupakan seorang

pelacur, Rohani binti Che Puteh yang mana perempuan tersebut

bukan mahramnya di dalam sebuah bilik di sebuah hotel, Hotel Eng

Chuan di Jalan Pintal Tali. Kes ini telah dikesan sewaktu Operasi

Mencegah Maksiat dijalankan pada 17 Oktober 1997 lebih kurang

jam 5.45 petang.

Tertuduh merupakan seorang yang telah berumah tangga dan

berusia 47 tahun serta mempunyai enam orang anak. Kesalahan

yang telah dilakukan oleh tertuduh adalah kesalahan yang pertama.

Kesalahan tertuduh pada mulanya telah dibicarakan di Mahkamah

Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mana tertuduh ketika itu telah

mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya,

dan mahkamah mensabitkan tertuduh dihukum dengan hukuman 3

bulan penjara atau denda RM 2000.

Kesalahan yang telah dilakukan oleh tertuduh adalah merupakan

suatau perbuatan yang dilarang keras oleh agama Islam

sebagaimana firman Allah s.w.t:

“Dan janganlah kamu menghampiri perbuatan zina kerana ianya

adalah perbuatan yang keji lagi jalan yang sesat”.[27]

Sesungguhnya apabila agama Islam melarang sesuatu perbuatan

maka agama Islam juga turut melarang jalan-jalan yang boleh

membawa kepada sesuatu kesalahan tersebut. Oleh itu, perbuatan

tertuduh yang telah pergi ke sebuah tempat pelacuran dan berada

Page 16: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

bersama pelacur adalah jelas merupakan satu perbuatan yang

terlalu hampir kepada penzinaan.

Perbuatan tertuduh nyata boleh mendorong tertuduh melakukan

penzinaan dan perbuatan melanggani pelacur adalah perbuatan

yang sangat keji serta kotor kerana boleh menyebabkan penyakit-

penyakit yang berjangkit. Hukuman yang telah dijatuhkan oleh

pihak Mahkamah dapat memberi pengajaran kepada tertuduh serta

iktibar untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Hukuman yang

telah dijatuhkan oleh Yang Arif Hakim adalah bersesuaian dan

bertepatan dengan pendapat fuqaha mengenai kesalahan takzir

yang membawa maksud satu pembalasan yang tidak ditetapkan

kadarnya di dalam Hukum Syarak tetapi diberi kuasa kepada

pemerintah untuk menentukannya dengan tujuan memberi

pengajaran, pemulihan dan mewujudkan ingatan yang menakutkan

kepada pesalah.

 ANALISIS

Jenayah syariah khalwat adalah satu perbuatan yang diharamkan

dalam islam. Ini adalah kerana perbuatan ini mendekati kepada

zina. Jenayah khalwat tidak harus dipandang ringan kerana ia juga

merupakan salah satu masalah sosial yang kian melanda Negara

kita.

Islam menggalakkan manusia saling kenal mengenali di antara satu

sama lain, namun, tingkah laku dan tabiat manusia itu mestilah

dikawal agar tidak melampaui batas .Tanpa kawalan, kehidupan

manusia boleh menjadi huru-hara. Kisah Zulaikha dan Nabi Allah

Yusuf a.s sudah cukup menjadi contoh untuk menunjukkan bahawa

manusia yang berlainan jantina akan sentasa tertarik sesama

mereka kerana beberapa sebab yang tertentu.

Page 17: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

Formula untuk merawat jenayah khalwat ini perlu dicari segera.

Pemimpin masyarakat dan para ulama harus berganding bahu

untuk tampil memberi jalan penyelesaian. kesemua pihak mesti

memberikan kerjasama membanteras unsur-unsur negatif dari

mempengaruhi masayarakat. Antara cadangan pencegahan kepada

jenayah syariah khalwat antaranya :

1.   Sentiasa menanamkan semangat kefahaman dan kecintaan

kepada agama islam.

2.   Penerapan dan pelaksanaan undang-undang islam walaupun

secara berperingkat-peringkat dan membuat penyemakan semula

ketas undang-undang yang sedia ada.

3.   Mengemaskinikan undang-undang dengan memaksimumkan

hukuman yang dikenakan.

4.  Peranan ibu bapa dan masyarakat dalam mencegah amar akruf

dan nahi mungkar

5.  Peranan media massa yang sentiasa peka dengan isu moral dan

etika serta sentiasa meletakkan objek pembinaan bangsa yang

sihat.

6.  Peranan penguatkuasa dalam pelaksanaan tugas mencegah

jenayah khalwat.

7.  Peranan badan bukan kerajaan yang sentiasa menggalakkan

aktivti berorientasikan membina bangsa bermaruah sejajar

dengan tuntutan islam.

Tanggungjawab membasmi jenayah khalwat ini juga ditanggung

oleh pemerintah sesebuah Negara, disamping semua pihak haruslah

Page 18: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

terlibat dalam melaksanakan tuntutan islam sepenuhnya. Oleh yang

demikian, dengan diiringi keazaman yang tinggi dan didokong oleh

‘political will’, amatlah diperlukan dalam memastikan keberkesanan

membanteras dan membendung jenayah khalwat.

BIBLIOGRAFI

1.      Paizah Haji Ismail ( 2008), Undang-undang Jenayah Islam, Tradisi Ilmu Sdn. Bhd, Selangor

2.       http://www.sinarharian.com.my/semasa/janda-dicekup-khalwat-1.47489 diakses pada 13 mei 2012

3.      Jurnal Hukum 1999, Jilid 13, hal. 185.

4.      Ruzman Md.Noor, Pembuktian di Mahkamah Syariah dalam Ahmad Hidayat Buang  et. al (2007), Undang-undang Islam Di Malaysia : Prinsip Dan malan, Penerbit Unversiti Malaya, Kuala Lumpur

5.      Siti Zubaidah Ismail, Kesalahan Jenayah Syariah dalam Ahmad Hidayat Buang et al. (2007), Undang-undang Islam Di Malaysia Prinsip dan Amalan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

6.      Abdul Qadir Audah, At-Tasyri’ al-Jina’I, jil 1, hal. 380;

7.      Ahmad Fathi Bahnasi, al-masu’liyyah al-Jina’iyah

8.      Siti Nor Hj Jusoh (1998), Peruntukan Hukuman Bagi Kesalahan Khalwat Di Malaysia- Satu Analisis, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

9.       Noresah Baharom, kamus Dewan, Edisi Keempat,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10.  Shodiq,H.Shalahuddin Chaery B.A (1983),Kamus Istilah Agama:Jakarta dlm Latihan Ilmiah Kesalahan jenayah Khalwat Kajian Kes dalam Jurnal Hukum

Page 19: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

[1] Noresah Baharom, kamus Dewan, Edisi Keempat,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.[2] Shodiq,H.Shalahuddin Chaery B.A (1983),Kamus Istilah Agama:Jakarta dlm Latihan Ilmiah Kesalahan jenayah Khalwat Kajian Kes dalam Jurnal Hukum.[3] Abd al-Qadir ‘Awdah (t.t), Tasyri’ al-Jinai’. juz 4. hal 351[4] surah al-Isra’ 17:32[5] al-Imam Fakhr al-Razi . (1938). Tafsir al-Kabir. Juz 20. Mesir: Matba’ah al-Bahiyah al-Misriyyah. hal. 197[6] surah al-An’aam 6: 151[7] Masyitah Mokhtar (1984), Wanita, Masalah dan Penyelesaian. Karya Media Publisher, Edisi 1, m.s 126[8] Ahmad Ibn Shu’ayb al-Nasa’I (1994), Sunan al-Nasa’I bi Sharh al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti Wa-hashiyat al-Imam al-Sindi. Bayrut: Dar al-Busha’ir al-Islamiyah, hal. 117[9][9] Siti Nor Hj Jusoh (1998), Peruntukan Hukuman Bagi Kesalahan Khalwat Di Malaysia- Satu Analisis, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur hal 16[10] Enakmen Acara Jenayah Syariah Kedah, (Bil. 3/1988); Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, (No. 2/ 1985); Enakmen Kesalahan Syariah Melaka, (No. 6/1991); Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor, (Bil.14/ 1978), ………[11] Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559].[12] Jurnal Hukum Jilid 11, Bahagian 1, 1418H, hal. 61-109.[13] Jurnal Hukum, 1402H, hal. 281.[14] Siti Zubaidah Ismail, Kesalahan Jenayah Syariah dalam Ahmad Hidayat Buang et al. (2007), Undang-undang Islam Di Malaysia Prinsip dan Amalan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hal. 206-207.[15] Abdul Qadir Audah, At-Tasyri’ al-Jina’I, jil 1, hal. 380; Bahnasi, al-masu’liyyah al-Jina’iyah, hal 22 &36[16] Ruzman Md.Noor, Pembuktian di Mahkamah Syariah dalam Ahmad Hidayat Buang  et. al (2007), Undang-undang Islam Di Malaysia : Prinsip Dan malan, Penerbit Unversiti Malaya, Kuala Lumpur, hal. 193[17] Al-Munziri, Mukhtasar, hal. 287 dalam Paizah Ismail, Undang-undang Jenayah Islam, hal. 32[18] Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, juzuk 6, hal. 197.[19] Abdul Aziz Aamir (Dr.), at-Takzir al-Syariah al-Islamiah, hal. 52.[20] Ibn ‘Abidin, Hasyiah, jld 3, hal 184[21] Ar-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, jld 8, hal. 20; Al-Ansari, Asna al-Matalib, jld .4, hal 162. dalam Paizah Ismail, Undang-undang Jenayah Islam, hal. 266

Page 20: Aplikasi Jenayah Khalwat Dalam Fiqh Jnayat

[22] Az-Zarqani, Syarh, jld 8 hal 125[23] lihat al-Hisbah, hal .43[24] lihat al-Turuq al-Hukmiyyah, hal. 249[25] lihat al-Mawardi, Al-Ahkam as-Sultaniyyah, hal. 206[26] Jurnal Hukum 1999, Jilid 13, hal. 185.[27] Surah al-Israa: ayat 32.