aplikasi konsep “walaa tunaffiruu” dan impaknya kepada...
TRANSCRIPT
18
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Aplikasi Konsep “Walaa Tunaffiruu” Dan Impaknya Kepada Ummah
Ismail Hj. Maidin & Sarip Adul1
ABSTRAK
Walaa Tunaffiruu bermaksud jangan membuat orang lari adalah diambil daripada ungkapan
hadis di dalam Kitab Hadis Sahih Muslim (1732) yang bermaksud: “Berilah khabar
menggembirakan dan jangan membuat orang lari, Permudahkanlah dan jangan
mempersulit”. Kajian ini adalah tentang pemahaman maksud dan konteks kalimah Walaa
Tunaffiruu yang menjadi tajuk perbahasan yang berkitar tentang Hadis Nabi SAW yang
menjadi sumber ilmu dan panduan ummah. Dalam masa yang sama, melalui kajian ini dapat
difahami bahawa adanya hubung kait yang menghubungkan antara sains hadis dengan
sosiologi Method kajian ini adalah kajian kualitatif yang memfokuskan kepada kajian
perpustakaan sahaja. Kesimpulan dapatan kajian ini mendapati bahawa adanya hubungan
yang kuat dengan kalimah-kalimah yang lain di dalam matan hadis yang sama dan matan
hadis yang lain yang berkaitan. Oleh itu, kalimah Tabsyir (menggembirakan), Taysir
(memudahkan), Taskin (menenangkan), Tathoowu’ (saling taat-mentaati) dan Takhawwul
(memilih masa sesuai memberi nasihat) adalah mempunyai hubungan kuat dalam memahami
maksud dan konteks Walaa Tunaffiruu. . Oleh itu, mendalami maksud dan konteks Walaa
Tunaffiruu adalah usaha kita membudayakan nilai-nilai Wasatiyah, penyayang dan
berhikmah. Dalam masa yang sama juga, satu usaha untuk membawa impak positif kepada
ummah agar tidak dikaitkan dengan tohmahan buruk, radikal dan pengganas.
Kata kunci: Tabsyir, Taysir, Taskin, Tathoowu’ dan Takhawwul.
ABSTRACT
Walaa Tunaffiruu is a restraining sentence taken from the Hadith of the Prophet's in Sahih
Muslim (1732) which means: “Make them clam (with glad tiding) and do not make people
run away, and make thing easy and do not make it difficult." That Hadith substantially very
brief but it’s very big role and contribution in guiding of Muslims life as hadith is a pilar
reference and because of the relationship between cosmological/science of hadith and
sociological. The Methodology of this research is qualitative method by library analysis
source. The conclusion is, existence relationship between the words in same matan hadith
and with meaning of other word matan hadith. The word of Tabsyir (glad tiding), Taysir
(easy), Taskin (calm), Tathoowu’ (unity) and Takhawwul (choose the right time in
advisement) is that the relationship in understanding and practicing from the teaching of the
word Walaa Tunaffiruu to dismiss the relating Islam with bad accusations and radicalization.
Keyword: Tabsyir, Taysir, Taskin, Tathoowu’ dan Takhawwul.
Pengenalan
1 Universiti Malaysia Sabah.
19
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Mutakhir ini, umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai cabaran seperti isu
kemunduran, kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan sesama sendiri dan berbagai
lagi kemelut dan krisis yang menghimpit umat Islam kini. Keadaan ini, sangat jauh bezanya
dengan jaminan Allah kepada umat Islam sebagai umat contoh kepada ummah sejagat dalam
berbagai aspek kehidupan. (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2007). Ini ditambah lagi dengan
isu-isu “Islam fobia” yang menjadi fenomena (Zulkifli Hassan, 2013) dan beberapa isu-isu
yang lain.
Justeru itu, kajian ini berobjektifkan pencarian pendekatan dan anjakan pemikiran
yang berkesan kepada umat Islam khususnya dan pencerahan berkesan kepada
kesalahfahaman orang bukan Islam terhadap Islam seperti ajaran Islam adalah mengajarkan
keganasan dan umat Islam adalah mundur, memberi ruang poligami dan bercerai
menganiayai isteri dan wanita, dan sebagainya (Dato’ Dr. Ismail Ibrahim, n.d.) yang
memerlukan umat Islam memperbetulkan kesalahfahaman tersebut bahawa Islam adalah
bererti kesejahteraan, anti radikal dan anti keganasan. Dalam masa yang sama juga, kajian ini
berkepentingan untuk memantapkan pengetahuan kita berkaitan Sunnah Nabi SAW dan
mencintai Sunnah Nabi SAW. Di dalam masa yang sama, mengajak umat Islam mencintai
ulama-ulama selaku pewaris Para Nabi di dalam membimbing umat Islam menjadi insan
yang berjaya di dunia dan di akhirat. Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya ulama itu adalah
pewaris Para Nabi. Sungguh Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh
mereka hanya mewariskan ilmu, maka barang siapa mengambil warisan tersebut ia telah
mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Daud).
Selain itu, “Walaa Tunaffiruu” juga adalah bukti Nabi SAW sangat menitik beratkan
tentang akhlak mulia. Ini kerana,orang yang bersikap dan berakhlak dengan ajaran al-Quran
dan as-Sunnah maka akhlaknya dikira mulia (Haq, 2015). Manakala pemahaman akhlak
mulia mengikut Ahli Falsafah pula adalah tentang pemahaman istilah“benar الحق , baik الخيق
dan cantik الجمقل” (Dr. Mustapha Golush, n.d). Manakala pembahasan istilah-istilah lain
seperti “العدالة keadilan , الققة kekuatan ,dan beberapa istilah lainnya adalah cetusan proses bagi
membina keharmonian untuk semua. Mengikut Aristotle “ السققعل Bahagia” iaitu setiap
perbuatan yang membawa kebahagian bagi diri dan kebaikan kepada yang lain adalah istilah
yang digunakannya untuk mengukur sesuatu tindakan atau perbuatan itu akhlak yang baik
atau buruk. (Fathulllah, 1761). Tetapi pemahaman akhlak mengikut Islam lebih tinggi dari
Ilmu Falsafah kerana Falsafah hanya dipandu oleh Akal semata tetapi akhlak Islam dipandu
20
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
oleh Wahyu dan dikuatkan dengan Akal. Ini kerana, akal mempunyai batasan kemampuan
dalam memperkatakan sesuatu terutamanya tentang hakikat Zat Allah SWT dan perkara
hukum-hakam Islam. Oleh itu, Ahli Sunnah Wal Jemaah mempunyai metodologi tersendiri
dalam berinteraksi dengan akal bertepatan dengan al-Quran dan hadis yang turut memperakui
kelebihan akal kepada manusia sehingga ia dapat dijadikan panduan dalam kehidupan mereka
(Wahab & Azmi, 2013). Seterusnya, menurut Imam al-Ghazali di dalam Kitab Ihya’
Ulumuddin menyatakan bahawa akhlak mulia adalah boleh dilatih dan dipelajari. Kejadian
manusia yang Fitrah (suci), jika tercemar dengan akhlak buruk mestilah diubati dengan
mengamalkan akhlak mulia. Dengan bimbingan guru mursyid atau bertanya kepada orang
lain ataupun memerhatikan perangai buruk orang lain boleh membantu refleksi diri untuk
berubah. Beliau menyatakan nafsu syahwat manusiawi seperti nafsu makan, berkahwin,
berhias-hias dan sebagainya adalah fitrah kejadian dan perlu dilatih serta diletakkan di
landasan Akal dan hukum Syariat. Selain itu, beliau juga menitikberatkan الحق قرق اينقي
iaitu cinta dan penyejuk mata (penenang hati) dalam beribadat. Demikian juga, beliau sangat
menitikberatkan keupayaan membuat Fadilah فضقيةة (keutamaan) dalam berakhlak mulia.
Beliau menerangkan Ilmu dan nafsu adalah seringkali tidak seiring. Ilmu merujuk kepada
pengetahuan sesuatu itu baik atau buruk dari segi akal dan syariah, jiwa dan nafsu adalah
Fitrah Manusiawi, maka sifat Adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya) berperanan dalam
menghasilkan Hikmah (pelaksanaan baik, terpuji dan selamat). Sepertimana Firman Allah
SWT: “Barang siapa yang dianugerahi Hikmah, maka ia benar-benar telah dianugerahkan
kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah: 269)(Imam al-Ghazali, n.d).Oleh itu, Walaa
Tunaffiruu mestilah difahami maksudnya terlebih dahulu, kemudian mengamalkannya
mengikut situasi yang sesuai dengan penuh hikmah dan disokong dengan kekuatan jiwa yang
penuh minat dan cinta.
Metodologi Kajian
Kaedah Kualitatif adalah digunakan bagi metodologi kajian ini. Secara ringkasnya, rujukan
dan analisis perpustakaan dilakukan berkaitan bahan kajian ini iaitu kitab Sahih Muslim
(Hadis bernombor 1732): “ بشروا واتنفرروا ووواروروا واتنووروا” Yang bermaksud: “Berikanlah
khabar menggembirakan dan jangan membuatkan orang lari, Permudahkanlah dan
jangan mempersulit” di dalam “ كتلب جهل (Bahagian Jihad)” فق ايرق سيسقي قسق ت الت يق بلب (
Bab: Suruhan mengambil yang mudah dan mengelakkan orang lari) .Seterusnya, merujuk
21
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
kamus bahasa Arab bagi mendapatkan takrifan dari segi “Lughawi (bahasa) dan Istilahi
(istilah)”. Kemudian, memerhati dan merujuk kepada Kitab Hadis Sahih Muslim karangan
Imam Muslim r.a. dan Syarahnya iaitu Kitab Mukhtashor Sahih Muslim karangan Imam An-
Nawawi r.a. ,dan Kitab Hadis Sahih Bukhari karangan Imam Al-Bukhari r.a. dan Syarahnya
Kitab Fathul Bari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqolani, dan daripada sumber-sumber
yang lain yang berkaitan. Kemudian, mengambil beberapa contoh-contoh teladan atau situasi
daripada bahan pembacaan lain yang boleh dihubungkaitkandengan kalimah atau istilah yang
dikaji.Setelah itu, barulah penulis menyenaraikan hasil dapatan yang boleh menjadi impak
kepada Umat Islam. Sumber utama hadis yang menjadi batasan kajian ini adalah sebuah hadis
yang berstatus sahih dari Kitab Sahih Muslim(1732), kemudian merujuk kepada hadis-hadis
Nabi SAW yang lain yang mempunyai persamaan dan boleh dihubungkaitkan dari segi matan
dan makna{ Sahih Muslim (1733)& (1734) } dan {Sahih Bukhari (69 ) & ( 6120 )}.
Dapatan Kajian
Dapatan kajian menunjukkan beberapa dapatan seperti berikut:
Takrif: Dari Segi Bahasa (Lughawi)
Huruf “Wawا” di dalam hadis ini adalah bermaksud “Dan” adalah kata sendi kepada
perkataan selepasnya. Di dalam bahasa Arab di sebut Huruf A’ tap نطق. Bagi Huruf “Laa ت”
pula ialah kata yang membawa maksud “larangan نلهيققة ”bila disandarkan kepada kata
perbuatan Fa’el Mudhari’. Oleh itu, ianya diterjemahkan dengan kalimah “Jangan”.
Seterusnya “Tunaffiruu نفرروا” berasal dari (نّ ق ي ّ ق س يق ا )iaitu bermaksud menolak dan
menakutkan atau lari (Kamus Besar Arab Melayu DBP 2006:2401). Merujuk kepada
pengertian Kitab Lisanul Arab karangan Imam Ibnu Manzor beliau menyatakan bahawa
kalimah di dalam hadis tersebut ( اتنفرروا) adalah larangan meletakkan orang lain dalam
keadaan yang menjadikan mereka lari ن قة.(Ibnu Manzor, n.d.:644). Seterusnya, perkataan
berlawanan bagi kalimah س يققTanfir adalah سسققنيTaskin Sepertimana di dalam Hadis
(1734): س ققق قايسققق قا قسسعسققق قا قوقققن ةا قس yang bermaksud “Permudahkanlah dan jangan
mempersulit dan buatkanlah mereka berasa tenang dan jangan membuatkan mereka
lari”(Imam Nawawi, n.d,Jld, 6:35).
22
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Takrif: Dari Segi Istilah (Istilahi)
Istilah Walaa Tunaffiruu اتونفررروا ووو diertikan mengikut konteks terjemahan dan huraian
syarahnya. Oleh itu, Walaa Tunaffiruu اتونفررروا ووو yang diertikan sebagai “Dan jangan
membuat orang lari (menjauh)” adalah merujuk kepada pengertian terjemahan konteks
hadis dan dari syarah hadis tersebut (Imam Nawawi, n.d Jld 6). Manakala menurut
terjemahan jilid 3 Sahih Muslim oleh KH. Adib Bisri Musthofa, Walaa Tunaffiruu اتووو
,diertikan sebagai “Jangan menakut-nakutkan”. (KH. Adib Bisri Musthofa, 1194 نفرروا و
jld3: 353). Oleh itu, tafsiran istilah yang pertama “Dan jangan membuat orang lari
(menjauh) adalah bersifat umum aspiknya, manakala tafsiran yang kedua“Jangan menakut-
nakutkan” adalah khusus sifatnya.
Hubung Kaitnya Dengan 5 Kalimah: Tabsyir, Taysir, Taskin, Tathoowu’ Dan
Takhawwul.
Kalimah Tabsyir (تبشير)
Mengikut ulasan daripada Imam Nawawi berkaitan hadis tersebut beliau menyatakan سبشقي
tabsyir adalah bermaksud mendahulukan pengkhabaran yang menghiburkan atau
menggembirakan serta memotivasikan mereka akan besarnya pertolongan, kemaafan, pahala
dan luasnya Rahmat Allah SWT terutamanya bagi mereka yang ingin mendekati Islam atau
baru memeluk Islam atau mula untuk bertaubat atau kanak-kanak yang baru meningkat akil
baliq. Kita mesti berlemah-lembut dan berperingkat-peringkat semasa membimbing dan
membina hubungan komunikasi positif dengan mereka. Melalui pemahaman tersebut, umat
Islam mesti mendahulukan Tabsyir sebelum Tanzir atau mendahulukan targhib dan tarhib
kepada mereka. Tujuan menakut-nakutkan mereka dengan Azab Allah atau hukuman tersebut
pasti boleh menjadikan mereka menjauh atau lari. Kemahiran mendidik mereka dengan
berperingkat-peringkat adalah salah satu dari akhlak Islam. (Imam Nawawi,n.dJld6:35&Ibnu
Hajar al-Asqolani n.d jld1:199).
Mencontohi Ketokohan Imam al-Ghazali r. a.
“Antara contoh teladan yang boleh kita teladani adalah Imam al-Ghazali r.a. yang dikenali
sebagai Hujjatul Islam حجةاسوقم iaitu Pembela Islam. Beliau telah banyak mengarang kitab-
23
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
kitab yang dikarang mengikut tahap al-mukhathob المخلطقق (Golongan yang ditujukan).
Tulisan beliau yang penuh hikmah, kritis dan uslub yang lemah lembut telah menjadi tarikan
pembaca untuk membacanya. Melalui bentuk penulisan beliau itu, kita dapat menyimpulkan
akan bertapa beliau memahami akan pentingnya amalan tabsyir iaitu mengkhabarkan sesuatu
yang menggembirakan agar memotivasikan ummah dalam mendalami ilmu Islam dan
mengamalkannya dengan sempurna. Sebagai contoh dalam konteks awlawiyat iaitu
keutamaan beliau telah mengarang kitab yang melarang Golongan Awam dari belajar Ilmu
Kalam yang membahaskan dan mempersoalkan yang berkaitan Akidah. Situasi ini baginya
adalah tidak sesuai bagi mereka karena boleh mengundang mereka kepada kekeliruan. Ini
kerana, Golongan Awam pada pendapatnya memadailah dengan pengetahuan yang
mengambil dalil ringkas dari al-Quran tanpa sebarang perbahasan dan persoalan. (Dr. Jamal
Sa’ad Mahmud Jumaah, 2002:319). Beliau juga terkenal dengan menggunakan bahasa dan
isu yang sesuai dengan kadar akal golongan maduw (sasaran dakwah). Ini menunjukkan
beliau seorang pendakwah yang mahir berkomunikasi, berhujah, memotivasikan serta
mendidik ummah melalui penulisannya sesuai dengan kepakarannya (Dr. Jamal Sa’ad
Mahmud Jumaah, 2002:319-320). Namun demikian, beberapa kritikan dilontarkan terhadap
karangan Ihya Ulumuddin beliau. Antaranya Dr. Ahmad ash-Sharbashi yang menyatakan
beberapa perkara bahaya mengikut pandangannya berkaitan isi kandungan kitab tersebut. Ini
berikutan terdapat sandaran dalil dan hujah yang disandarkan pada hadis yang mauduk, daif
dan ada yang tidak dapat dikenal pasti sumbernya telah membuka ruang untuk orang lain
mengkritik karya agung tersebut. Antaranya berkaitan Hukum Fiqh (Solat Bulan Rejab, Solat
Malam Nisfu Syaaban) yang tidak disandarkan dengan hadis yang kuat hanya bersandarkan
kepada hadis mauduk dan batil. Demikian juga berkaitan dengan kisah-kisah dan riwayat-
riwayat yang juga dipertikaikan sumbernya diambil (Dr. Ahmad Sharbashi, 1995, Jld7:454-
468). Oleh itu, pertembungan antara golongan yang mengagungkan dan mengkritik tentang
karya tersebut bukanlah untuk kita menidakkan ketokohan Imam al-Ghazali sebagai Ilmuwan
Islam dan sebagai pendakwah serta pendidik umat Islam. Ini kerana, ulama berkhilaf
pendapat tentang hukum menggunakan Hadis Daif dan Israeliyat dalam fadhail a’mal.
(Izzatus Sholihah, 2016).
Mencontohi Cara Memotivasikan dan Melatih Anak Untuk Rajin Solat.
Buku tulisan Hana binti Abdul Aziz ash-Shani’ yang diterjemahkan oleh M. Khoiruddin
Rendusara, 2010:109-110& 250: “Menyatakan melalui tulisan pengalaman responden tentang
24
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
pengalaman mereka mendidik anak-anak mereka untuk rajin solat. Mereka
menggunakan“Galakkan Motivasi” dari segi (pujian dan hadiah) serta mengkhabarkan
pahala yang besar kepada orang yang bersolat terutama Solat Fardu, pahala-pahala Solat
Sunat yang lain. Selain itu, peringatan akan bahaya meninggalkan solat jika mereka mula
lalai bersolat juga sangat berkesan melahirkan rasa gerun dan takut kepada Allah. Selain itu,
hukuman berbentuk ijtihad peribadi atau pertimbangan sendiri yang dilakukan bila perlu
seperti pukulan mendidik yang lembut di bahagian kaki, denda mengurangkan wang saku,
tidak bercakap-cakap dan sebagainya sangat berkesan membentuk anak-anak untuk cintakan
ibadat solat. Sebagai contoh, Kesaksian 18 menyatakan:“Putera ku yang masih kecil setiap
kali bertanya kepada ku“Kenapa Emak Solat?” saya dirikan dia di samping ku. Ketika saya
solat, maka ia rukuk sebagaimana saya rukuk, dan ia sujud sebagaimana saya sujud.
Seringkali dia bertanyakan tentang solat, maka saya menjawabnya dengan jawapan nyata
disertai hujah dan fakta nyata dari kenyataan hidup kita.Saya jelaskan kepadanya bahawa
hanya Allah sahajalah yang memberi rezeki, yang menghidupkan dan mematikan kita, dan
hanya Dialah yang berhak disembah.Oleh itu, kita solat kepada-Nya, seluruh urusan hidup
kita ini berada di tangan-Nya.Dialah yang menjadikan hidup kita bahagia,
menganugerahkan rezeki dan yang membaikkan keadaan kita.Dari fakta-fakta yang saya
jelaskan kepadanya sehubungan dengan realiti kebesaran Allah, keperluan kita untuk
beribadat kepada-Nya, dan sesungguhnya Dia tidak memerlukan kita, jadilah putera ku
mengerjakan dan memelihara solatnya dengan baik. Setelah putera ku cukup rajin
mengerjakan solat, Nampak ia mula bermalas-malas. Maka, saya melakukan hukuman yang
sesuai. Iaitu, saya mensyaratkan bahawa saya mengurangi wang sakunya dalam jumlah
tertentu ketika ia meninggalkan solat Subuh dan Asar. Sebab, perhatian atas kelengahan
solat pada kedua waktu tersebut sangat ditekankan dan ada dasarnya.Seiring peredaran
waktu, akhirnya putera ku terbiasa mengerjakan solat, Alhamdulillah.Kelihatannya sukar
baginya untuk mengerjakan solat di rumah (kerana sudah terbiasa di masjid).”
Mencontohi Cara Menghibur Dan Menyenangkan Hati Orang Lain Bila Diperlukan.
Musthafa al-A’dawyc dalam kitabnya yang bertajuk Fiqh Akhlak yang diterjemahkan oleh
Salem Bazenmool dan Taufik Damas Lc mengatakan bahawa, “Menghibur dan
menggembirakan adalah akhlak Nabi SAW sama ada dalam ucapan mahupun perbuatan.
Antara contoh menghibur tersebut adalah sepertimana dirakamkan di dalam al-Quran ketika
25
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
kita menghadapi bencana dan dugaan. Allah SWTberfirman: “ Bersabarlah, sebagaimana
kesabaran Ulul Azmi dari Para Rasul”. (Surah Al-Ahqaf:35). (Musthafa al-A’dawy, 2006).
Dalam contoh lainnya ditulis juga tentang musibah perceraian jika terjadi. Oleh itu,
kewajipan menghibur kepada mereka yang bersedih akibat perceraian adalah perlu
terutamanya kepada wanita yang di cerai pasti hatinya sedih. Oleh kerana itu menurut
Musthafa al-A’dawy, Mutaah iaitu pemberian harta yang wajib ke atas lelaki untuk
membayar kepada isterinya yang diceraikan pada masa hidup, dengan talak, bergantung
kepada beberapa syarat. diertikan sebagai salah satu bentuk yang boleh menghiburkan hati
sang isteri yang diceraikan, Allah SWT berfirman: “Wanita-wanita yang diceraikan
(hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang Maa’rif sebagai satu kewajipan
orang-orang yang bertakwa” (Surah al-Baqarah: 241). Selain itu, kata-kata seperti “Semoga
perceraian ini menjadi baik bagi mu. Semoga engkau mendapatkan keturunan yang baik dari
laki-laki yang lain” dan sebagainya adalah bentuk dan cara menghiburkan yang beliau
simpulkan. (Musthafa al-A’dawy, 2006).
Di dalam dunia pendidikan contohnya juga, memberikan rangsangan dan pujian yang
menggembirakan dan memotivasikan murid mestilah didahulukan daripada hanya
memberikan kritikan dan peringatan.Oleh itu, kata-kata seperti: “Jawapan kamu semakin
bagus” , “ Walaupun kamu tidak menjawab dengan betul tapi tulisan kamu kemas dan
cantik” , “ Tahniah, kamu pandai menjadi ketua pasukan bola sepak hari ini!” dan
sebagainya yang bersesuaian boleh memotivasikan murid untuk berjaya dalam akademik
atau merubah kelakuan disiplinnya.Meskipun ada kajian mengatakan wanita kurang
bermotivasi bila dipuji berbanding kesannya kepada lelaki (Koestner, Zuckerman, &
Koestner, 1987). Namun Cara dan kesesuaian pujian adalah bergantung kepada guru dalam
proses memotivasikan tersebut. Selain itu, pujian tersebut tidak boleh selalu serta haruslah
mengikut tatacara memuji yang digariskan sebagai berkesan atau efektif. (Brophy, 1981).
Kalimah Taysir (تيسير )
Taysir maknanya mempermudahkan yakni menjadikan sesuatu perkara itu mudah dan ringan
untuk dilakukan. Namun memilih yang mudah tersebut hendaklah berlandaskan hukum
syarak agar tidak terjebak kepada mengambil mudah yang mengikut hawa nafsu yang dituruti
tanpa sandaran dan panduan syarak. Demikian juga berkaitan dengan mengamalkan urusan
26
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
talfiq iaitu mengambil pendapat lain dalam beribadat atau bermuamalat adalah dibolehkan
kerana bertujuan mengambil pendapat yang lagi ringan dan mudah. Namun pengamalan talfiq
tersebut hendaklah berpandukan garis panduan dan syarat-syarat yang dipersepekati ulama
agar tidak terjebak dengan talfiq yang haram. (Dr. Mazlee Malik, 2005). Bagi menambahkan
lagi kefahaman umat Islam berkaitan mengambil yang mudah tersebut, Imam Nawawi
menyatakan bahawa suruhan berbuat yang mudah atau ringan, meninggalkan sesuatu yang
susah dan mengelakkan orang lari adalah suruhan yang penting. Oleh yang demikian, umat
Islam hendaklah berlemah-lembut, berperingkat-peringkat dan bersedikit-sedikit di dalam
proses Taklif سنةيق. Ini kerana, selagi mana sesuatu itu mudah, maka akan bertambahlah minat
seseorang itu untuk mendalami atau beramal. Tetapi jika ianya susah, maka jiwa mereka akan
menjauh dan wujud rasa berputus asa” (Imam Nawawi, n.d Jld 6:34-35).
Mengadaptasikan Dan Membudayakan Cara Amalan Berperingkat.
Ibnu Hajar al-Asqolani, n.d Jld 1:199: “Menyatakan bahawa proses mengajar ilmu
pengetahuan mestilah secara berperingkat-peringkat atau Tadaruj سققد atau sedikit-sedikit
kerana berperingkat-peringkat dan sedikit-sedikit adalah menjurus kepada mudahnya faham.
Jika sesuatu ilmu yang diterima itu mudah, maka akan mudah bagi murid atau orang yang
belajar itu minat untuk mendalami serta menambahkan lagi pengetahuan sedia ada.”
Mengadaptasikan Dan Meraikan Bentuk Kepelbagaian Teknik Belajar Solat
“Solat adalah tiang Agama. Mempelajarinya adalah wajib iaitu mengikut Kaedah “Maa laa
yatimmul waajib illa bihi fa hua waajib” iaitu “Apa-apa yang tidak menyampaikan
sempurnanya sesuatu yang wajib melainkan dengannya maka hukumnya wajib (melakukan
dengan perkara itu)”. Oleh itu, beberapa kaedah dan pendekatan digunakan supaya seseorang
Muslim itu mudah dan boleh menunaikan solat dengan sempurna. Cara yang paling umum
adalah melalui buku kerana paling mudah berdasarkan persepsi bahawa buku mudah dimiliki
oleh semua peringkat masyarakat. Pada hari ini, bukan hanya melalui buku tetapi beberapa
kaedah diperkenalkan antaranya melalui CD tutorial serta internet, menggunakan perisian
telefon pintar versi Android, melayari YouTube, dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk
memudahkan“Belajar Solat”.Dengan hanya menggunakan telefon bimbit, pengguna dapat
melihat setiap gerakkan solat secara 3D dengan lebih dekat, real dan mudah difahami. Cara
ini dapat membantu mengukuhkan pembelajaran seseorang berkaitan solat.(Septri Elvrill ,
27
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
2012). Namun, pembelajaran asas dalam belajar adalah melalui guru yang boleh melihat dan
membimbing kerana Nabi SAW menyebut, “Solluu kama roaitumuuni usolli” Yang
bermaksud “ Bersolatlah kamu seperti mana Aku solat” adalah merujuk kepada konsep
tallqqi musyafahah iaitu bertemu berhadapan dengan guru seperti mana mempelajari al-
Quran yang memerlukan bertalaqqi musyafahah. Adapun bahan lain yang digunakan adalah
sebagai pemudah cara dan pengukuhan sahaja. Ini karena, hanya guru sahaja yang boleh
mengesahkan dan menilai Cara solat seseorang itu betul atau tidak melalui kaedah Talaqqi
musyafahah. (Arifin Sedek, n.d.)
Kalimah Taskin (تسكين)
Kalimah Taskiin سسققني bermaksud menenangkan (Kamus Besar Arab Melayu DBP
2006:1160). Oleh yang demikian, membuatkan orang merasa tenang dan tidak mahu lari
adalah lawan pada kalimah Tanfiir iaitu membuat orang lari atau takut atau gusar. Oleh itu,
pemahaman tentang Kalimah Taskiin adalah membantu kefahaman yang maksimum bagi
kalimah Tanfiir. Dengan mendatangkan kalimah berlawanan tersebut, maka ia akan
mengukuhkan kefahaman umat Islam berkaitan istilah “Walaa Tunaffiruu قس س ق قا”. lantaran
itu, Kalimah Taskiin tersebut sangat umum meliputi cara umat Islam melayani mereka yang
ingin mendekati Islam, golongan mualaf dan sebagainya sepertimana di dalam perbincangan
sebelum. (Imam Nawawi, n.dJld 6:35, Ibnu Hajar al-Asqolani Jld1:199 ).
Mencontohi Dan mengaplikasikan Cara Rawatan Adaptasi Motivasi Interview (AMI).
“Di dalam buku-buku kaunseling perkara membuatkan klien selesa, tenang dan rapat dengan
kaunselor adalah perkara yang dititik-beratkan.Ini bertujuan untuk mengubati klien
mereka.Berkata(Dr. Puteri Hayati Megat Ahmad,2017:6): “Jika menyerang klien dengan
pertanyaan sensitif, atau memberikan nasihat, maka klien akan menjauh atau lari dan tidak
berjayalah sesi kaunseling itu. Langkah yang perlu adalah:
Langkah 1 (Permulaan Sesi - 5minit);
• Kaunselor mengucapkan selamat datang kepada kliennya, kemudian
memanggilnya dengan panggilan nama yang sering digunakan oleh klien,
seterusnya menyediakan suasana kondusif dan kemahiran melayan SOLER, dan
boleh bersalaman jika sesuai, kemudian mempersilakan klien duduk, dan
memulakan sesi dengan bertanyakan keadaan klien hari tersebut.
28
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Langkah 2 (Pembinaan Kepercayaan - 20 minit);
• Memulakan sesi soalan terbuka mengenai diri klien (hobi, , keluarga, pendidikan,
pekerjaan atau lain-lain yang difikirkan sesuai). sesuai dengan matlamat sesi
pembinaan hubungan iaitu bagi membina rasa percaya klien terhadap kaunselor.
Kemudian, disarankan agar memulakan perbualan dengan memilih mana-mana
tajuk yang tidak ada kaitan dengan masalah tingkah laku/kesalahan jenayah yang
dilakukan klien (misalnya tentang minat, muzik, pandangan tentang isu-isu
remaja, keluarga dan sebagainya). Perbincangan berkaitan tajuk yang tiada
kaitan dengan masalah tingkah laku/jenayah bertujuan
mengelakkan/menghapuskan tanggapan bahawa kaunselor hanya berminat
dengan kes dadah/jenayah sahaja. Kemudian, kaunselor perlu membuat refleksi
dan membuat rumusan terhadap apa yang telah diperkatakan oleh klien dan
jalankan sesi pembinaan hubungan selama 20 minit.
Langkah 3 ( Penstrukturan -10 minit);
• Lakukan penstrukturan hubungan berkaitan masa, peranan klien, peranan
kaunseling, etika kerahsiaan dan bilangan sesi. Kemudian, bertanyakan sama ada
klien pernah mengikuti sesi kaunseling sebelum ini. Dengan maklumat mengenai
kefahaman klien mengenai kaunseling. Seterusnya, gunakan soalan terbuka untuk
menyemak pemahaman mengenai peranan beliau sebagai klien semasa berada di
dalam sesi (misalnya klien harus sedia bekerjasama, bercerita dengan jujur,
mengambil tanggungjawab untuk berubah).Kaunselor juga harus menerangkan
tentang peranan beliau sebagai kaunselor ( misalnya bersedia mendengar,
memahami, membantu klien mencari jalan penyelesaian). Kemudian, gunakan
soalan terbuka untuk menyemak berapa lama klien bersedia berada dalam sesi.
Kaunselor kemudiannya akan menyatakan tentang tempoh sesi kebiasaan selama
30-35 minit, dan gunakan soalan terbuka untuk menyemak mengenai
kebimbangan klien ketika bersama dalam sesi. Ini bertujuan membawa klien
kepada isu kerahsiaan.Akhir sekali, tanyakan klien sama ada klien mempunyai
ketidakfahaman berkaitan penstrukturan sesi yang telah dilakukan oleh
kaunselor, dan membuat rumusan terhadap apa yang telah diperkatakan oleh
klien.
29
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Langkah 4 (Penamatan -5minit);
• Buat rumusan tentang apa yang telah dibincangkan semasa sesi, tanyakan
pendapat klien mengenai perbincangan yang telah beliau jalani, terangkan
kepada klien bahawa sesi akan dijalankan sebanyak 10 sesi berdasarkan modul
yang telah disediakan, tetapkan masa perjumpaan untuk sesi kedua. Tempoh
masa untuk pertemuan kedua dicadangkan antara 7-10 hari sesi dari hari
pertama, ucapkan terima kasih atas kesudian klien menjalankan sesi bersama
kaunselor.”
Mengadaptasikan Suruhan “Jangan Berkata Dan Berbuat Kasar”.
“Berkata-kata kasar, marah-marah, bersikap panas baran dan terlalu sensitif, pastinya
melambangkan imej yang negatif. Pastinya mereka akan menjauh dan gusar jika mereka
merasa terkilan dan terasa dengan kata-kata kasar yang kita keluarkan. Oleh itu, perkataan
mengejek, menyindir, mempersendakan, menghiris hati dan sebagainya perlu dielakkan
dalam pergaulan sesama rakan, keluarga, masyarakat dan sebagainya Sama ada melalui
media percakapan mahupun penulisan.Demikian juga dengan pergaulan kita seharian.
Perbuatan yang kasar, panas baran dan mudah sensitif akan menjadikan orang kurang selesa,
boleh menghilangkan ketenangan, menjadikan orang tidak tinggal diam dan akhirnya mereka
menjauh. Terutama dalam proses kita mempromosikan Islam kepada orang bukan Islam,
mereka akan sangat tertarik mendekati Islam jika sekiranya kita berlemah-lembut dan
bersopan-santun serta penuh dengan adab dan akhlak mulia. Perbuatan kasar pada perkataan
dan perbuatan seolah-olah menampakkan kita insan yang radikal dan ganas.Ini adalah sangat
bertentangan dengan nilai-nilai Islam.Meskipun marah adalah fitrah manusia, tetapi
meletakkannya pada tempatnya dan mengawalnya dengan akal fikiran serta dilandasi dengan
tatacara Islam sahajalah barulah ianya bukan dikira kemarahan yang didorong hawa nafsu
dan dikecam.( Sofyan Chalid,2015). Oleh itu, kita mesti berhati-hati dalam berkata
sepertimana bak kata pepatah: “Terlajak Perahu Boleh Ditarik, Terlajak Kata Buruk
Padahnya” , “Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa” , “ Kerana
Nyamuk Seekor, Habis Kelambu Dibakar” dan sebagainya memberikan peringatan kepada
kita akan kesan kata-kata dan perbuatan kita terhadap diri dan orang lain.”
30
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Kalimah Tathoowu’ )تطاوع(
Kalimah Tathoowuk سطققلق adalah bermaksud saling mentaati, saling bersepakat, tolong-
menolong dan sokong-menyokong (kamus Besar Arab Melayu DBP 2006:1477). Mengikut
penjelasan di Imam Nawawi, lawan perkataan Kalimah Tathoowu’ سطقلق ini seperti dalam
Hadis tersebut iaitu “Walaa Takhtalifaa قس سختة قل”yang bermaksud “Janganlah kamu berdua
saling berbantah”. Maksudnya, amat penting bagi umat Islam itu satu kepala atau sebulat
suara dalam melaksanakan perkara kebaikan dan amal soleh. Jika para pemimpin dan
golongan bawahannya tidak sependapat dan menyokong ketuanya pasti perpecahan akan
berlaku dan tugas yang dirancang tidak menjadi serta perasaan menjauh akan muncul dari
kedua-dua belah pihak. (Imam Nawawi, n.d Jld 6:34-35). Oleh itu, berbeza pendapat atau
ikhtilaf hanya dibenarkan berlaku pada perkara furuk sahaja seperti mana berlakunya ikhtilaf
di kalangan Imam-Imam Mazhab dan sebagainya yang hanya berkait dengan perkara furuk
sahaja dan bukannya usul. Ini kerana, suruhan bersatu padu adalah wajib dan dilarang untuk
berpecah-belah sesama umat Islam (Dr. Mustapha al-Buga & Mahyuddin Mistu, 2007).
Membudayakan Amalan Bermesyuarat
“Ketua yang bijak adalah mengamalkan demokrasi dalam kepimpinannya dan rajin
bermesyuarat mencari persetujuan bersama pastinya akan membawa kepada sokongan kuat
dan padu dalammelaksanakan sesuatu perancangan.(Imam Nawawi, t.th, Jld6:34-35).Oleh
itu, benarlah kata pepatah kita ; “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat” dan “ Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” serta “ Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing”.Perbuatan yang berbantah-bantah yang tiada kesepakatan di dalam sesebuah
keluarga dan masyarakat dan negara akan membawa perkara perpecahan dan kehancuran.
Malah akan menyebabkan orang lain menjauh dan lari daripada bergaul mesra dan
bermuamalat dengan kita. Islam memerintahkan kepada kita supaya bersatu dan bermuafakat
serta melarang berpecah belah dan berselisih pendapat. Dalam Al-Quran Allah S.W.T telah
menyatakan:“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan
janganlah kamu bercerai-berai…” (Surah Ali ‘Imran: 103). Meskipun ikhtilaf dikatakan
sebagai“Rahmat”tetapi ikhtilaf tersebut mestilah mengikut tatacaranya dan mestilah saling
hormat-menghormati serta tidak boleh memaksa.(Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
2017)
31
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Menerokai hikmah Solat Istikharah.
“Selain itu, Solat Istikharah juga adalah Cara kita memahami diri sendiri ketika dalaman diri
berkonflik atau ragu-ragu dalam memilih. Fokus utama adalah memilih sesuatu yang senang,
tenang dan menggembirakan hati. Kekuatan kata hati yang mempertimbangkan suka, mudah
dan senang adalah tanda ilham dari Allah SWT terhadap pilihan tersebut. Dengan mengikut
kata hati tersebut, maka jiwa akan menjadi tenang dan gembira tetapi jika mengikut kata
fikiran sahaja maka tekanan dan stress akan melanda dalam kehidupan seharian. Oleh itu,
penyakit berhubung kait dengan mental seperti stress, kemurungan, tekanan jiwa dan
sebagainya dapat dielakkan.(Sr. Haikal, 2011).Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nas
ayat 1-6:“Katakanlah: Aku berlindung dengan Pemelihara manusia. (1) Pengusaha
manusia. (2) Tuhan bagi manusia. (3) dari kejahatan bisik-bisikan dari si pengintai peluang,
(4) yang membisik-bisikkan di dalam dada manusia. (5) DaripadaJin dan manusia. (6),
adalah satu doa yang diajarkan oleh Allah SWT yang mesti selalu kita mohon agar terselamat
dari bencana bisikan-bisikan dan was-was:
Kalimah Takhawwul ( لتخوّ )
Kalimah Takhawwul ّسخقة ini tidak terkandung dalam matan hadis yang dikaji sebelum ini
iaitu Sahih Muslim (1732) yang bermaksud: “Berilah khabar menggembirakan dan jangan
membuat orang lari, Permudahkanlah dan jangan mempersulit”. Tetapi Kalimah
Takhawwul سخقّة adalah bab khas yang dikarang oleh Imam Bukhari di dalam kitab sahih nya
yang mana hadis bernombor 69 terkandung di dalam bab tersebut. Hadis Nabi dalam Hadis
Bukhari (6048) إ وة هللا صةى هللا نةيه قوةم كقل يتخةل قل بللمةنظقة رخلفقة السقم نةي قل yang bermaksud:
Sesungguhnya Nabi SAW memilih masa sesuai dalam memberikan nasihat kerana takut kami
ditimpa bosan”. Oleh itu, perkataan Takhawwul سخقة adalah diambil dari kalimah يتخةل قل
seperti mana yang terdapat dalam matan hadis tersebut. Oleh itu, kalimah Takhawwul سخقةّ
merujuk Ibnu Hajar al-Asqolani di dalam kitabnya Fathul Bari syarah kepada kitab Sahih
Bukhari adalah diertikan dengan “Memilih masa sesuai memberikan nasihat”. Lantaran itu,
dapatlah kita fahami akan hubung kait kalimah dengan memahami konteks tafsiran walaa
tunaffiruu yang kelihatan secara langsung untuk difahami tentang hubung kaitnya. Oleh itu,
memilih masa sesuai dan pendekatan yang mudah mesti diambil kira untuk mengelakkan
mereka bosan dan menjauh. Dalam masa yang sama juga, seorang guru itu juga mesti mahir
melihat kesediaan dan murid untuk mendengar ilmu dan nasihat agar tidak bosan dan
32
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
menjauh dari ilmu atau nasihat yang diberikan. Oleh itu, penyusunan jadual waktu
pembelajaran yang sesuai dan disertakan dengan ruang rehat yang penting. (Ibnu Hajar al-
Asqolani, n.d).
Membudayakan Pembinaan Jadual Waktu Dalam Belajar Atau Beramal Yang Efektif.
Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas’ud telah beristinbad dari konteks hadis Nabi tersebut iaitu
hanya memberikan tazkirah nya pada setiap hari Khamis sahaja. Ini menunjukkan
kefahamannya yang mendalam dalam ilmu hadis dan mencontohi Nabi SAW. Hadis Bukhari
إ رسول هللا صلى هللا عليه وسلم كةا يتخولنةا بالموعظة مخافة (6048)
yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW memilih masa sesuai dalam السةم علينةا
memberikan nasihat kerana takut kami ditimpa bosan” sangat memberi kesan mendalam
kepada kita semua dalam menyusun jadual waktu yang sesuai dan berkesan. Malah bukan
sahaja beliau beristinbad begitu, ulama yang lain juga mengeluarkan istinbad akan perlunya
menyelang-selikan amalan-amalan Sunat dengan rehat dan amalan-amalan sunat yang lain
agar tidak menjadi bosan dalam beramal soleh seperti amalan solat diselangi dengan doa, atau
zikir atau rehat dan bukannya mengamalkan secara berterusan amalan sunat yang sama
sahaja. Tetapi rehat dan selang-seli tersebut adalah terpulang kepada keperluan dan
kemahuan individu itu sendiri kerana manusia itu pelbagai cita-rasanya dan kemampuannya.
Tabiat bekerja berpanjangan atau beramal berterusan boleh melahirkan bosan. (Ibnu Hajar al-
Asqolani jld1: 198).
Menyediakan Peruntukkan Masa Rehat Atau Cuti
Berehat atau bercuti adalah satu keperluan bagi setiap orang. Ibnu Hajar menyatakan bahawa
hadis berkaitan dengan kesah Ibnu Mas’ud yang hanya memilih hari Khamis sebagai sesi
tazkirah atau pengajaran dan memberikan rehat atau cuti pada hari Jumaat dan hari lainnya
adalah untuk menghindari bosan atau jemu. (Ibnu Hajar al-Asqolani jld1: 198). Malah,
perkataan bosan dan jemu sering digandingkan dengan perkataan “penyakit” dikawalnya agar
lebih memberikan kita unsur perhatian dan berhati-hati. Oleh itu, ungkapan kiasan “penyakit
bosan” atau “penyakit jemu” sering diungkapkan dalam ungkapan dan penulisan golongan
ilmuwan psikologi menunjukkan akan bahayanya perkara tersebut perlu dihindari atau
diubati. Satu kajian penemuan menunjukkan perbezaan yang ketara antara kumpulan
33
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
pengambil cuti dan kumpulan tidak bercuti.Orang yang bercuti lebih bahagia dengan
kehidupan mereka, berfikiran positif serta mempunyai perasaan yang tenang, malah mereka
lebih bahagia dengan keluarga mereka, keadaan ekonomi baik dan mempunyai kesihatan baik
berbanding kumpulan yang bukan bercuti.(Gilbert & Abdullah, 2002).
Kesimpulan
Pemahaman istilah “Walaa Tunaffiruu” yang bermaksud:“Jangan membuatkan orang lari
(menjauh)” adalah sangat besar impaknya kepada Ummah. Oleh itu, kita dapat melihat impak
tersebut pada individu Muslim itu sendiri, masyarakat dan Dunia Islam khususnya. Dari segi
individu muslim ia akan melahirkan individu yang lebih bermotivasi, Wasatiyah atau
seimbang pada perkataan dan perbuatan seharian. Masyarakat juga menjadi lebih prihatin,
berkasih sayang dan tidak membebankan antara satu sama lain. Selain itu, menjadikan
masyarakat yang berhikmah dan berperingkat-peringkat di dalam mengislah Ummah.
Manakala dunia Islam Akan kembali gemilang dalam semua aspek jika semua umat Islam
mahu bersatu padu berjihad membanteras kejahilan, kemiskinan dan perpecahan Ummah
yang melanda majoriti umat Islam di zaman sekarang. Budaya kekurangan ilmu, malas
berniaga, enggan berzakat dan tidak menghormati ikhtilaf serta kepelbagaian menjadi punca
Dunia Islam semakin malap sinar nya di mata Dunia.
Rujukan
Abdul Rahman Hasan Janbikah al-Maidani. 1992. Akhlak Islamiah WaAsasuha. Cetakan
ke3,Terbitan Darul Qalam Damsyik, Jilid 1.
Ahmad ash-Sharbashi.Profesor di Universiti al-Azhar.Yasalunaka Fi el-Din Wa el-
Hayah.Jilid ke-7.Terbitan Darul Jail Beirut. 1995.
Al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqolani.(N.d.).Fathuel-Bari Bisyarhiel-Sohihel
Bukhari.Terbitan Darul Taqwa, Syubra Khimah, Kaherah, Mesir.
Arifin Sedek. (n.d.). Talaqqi, Kepentingan Dalam, Dan Musyafahah Al-Quran, Pembacaan.
Retrieved from http://repository.um.edu.my/87964/1/Kepentingan Talaqqi Musyafahah
Untuk Jurnal DQ.pdf
Bahagian Dakwah, Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
http://www.jais.gov.my/article/adab-ikhtilaf-dalam-islam/ 2017.
34
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Brophy, J. Teacher Praise: A Functional Analysis. Review of Educational Research, 51(1), 5–
32. https://doi.org/10.3102/00346543051001005/ 1981.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2007. Cabaran-cabaran semasa umat Islam dan
penyelesaiannya menurut agama. Malaysian Journal of Social Administration, 4, 39–
57. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/10386/
Fathulllah Muhammad al-Musya’sya’, Tarjamah: Qisah el-Falsafah Min AplathonIla John
Dewey, Ta’lif Will Durant. 1761.Cetakan Keenam, Terbitan Maktabah al-Maa’rif
Beirut.
Gilbert, D.,& Abdullah, J..2002. A study of the impact of the expectation of a holiday on an
individual’s sense of well-being. Journal of Vacation Marketing, 8(4), 352–361.
https://doi.org/10.1177/135676670200800406
Hana binti Abdul Aziz ash-Shani.2010. ’Melahirkan Zuriat Yang Soleh. Penterjemah M.
Khoiruddin Rendusara.Terbitan Berian Publications Sdn Bhd.
Haq, Y. S. dan A. H..2015. Pendidikan Akhlak Menurut Imam Al-Ghazali,At-Ta’dib10 (2).
Imam an-Nawawi,(N.d.).Syarah Sohih Muslim.Terbitan al-Maktabah at-Taufiqiah Cairo.
Imam as-Sayuti, (n.d).el-Ashbah Wa el-Nazohir Fi Qawaed Wa Furu’ Fiqh el-Syafie’yah.
Terbitan Maktabah at-Taufiqiah Cairo.
Izzahtus Solihah. 2016. Kehujahan Hadis Ahad Dan Pengaruhnya Terhadap Hukum Islam.
Al-Hikmah Jurnal Kependidikan Dan Syariah, Vol 04 no.01 Febuari 2016.
Jamal Sa’ad Mahmud Jemaah.2002. Dirasat Falsafah Fi el-Masyrik: Syakhsoyat Wa
Mazahib.Terbitan Darul Kutub Misriah.
Kamus Besar Arab- Melayu Dewan Bahasa & Pustaka.2006. Kuala Lumpur, Malaysia.
Kamus Dewan Bahasa& Pustaka Edisi Keempat, Versi Online. http://ekamus.dbp.gov.my /
2017
KH. Adib Bisri Musthofa.1994.Terjemahan Sahih Muslim Jilid III, Terbitan Victory Agencie
Kuala Lumpur, Malaysia.
Koestner, R., Zuckerman, M., & Koestner, J. .1987. Praise, involvement, and intrinsic
motivation. Journal of Personality and Social Psychology, 53(2), 383–390.
https://doi.org/10.1037/0022-3514.53.2.383.
Mazlee Malik. 2005. Talfiq: Beramal Dengan Pelbagai Mazhab. Terbitan Karya Bestari Sdn.
Bhd. Shah Alam, Selangor.
Mustapha al-Buga dan Mahyuddin Mistu, الةاف ف ش ح اي بعي ال ةقية, cetakan Darul Ibnu
Kathir, Bairut, 2007
Musthafa al-A’dawy.2006.Fiqh Akhlak .Penterjemah Salem Bazenmool dan Taufik Damas
Lc. Cetakan kedua, Qisthi Press Jakarta.
35
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Puteri Hayati Megat Ahmad. 2017.Modul Rawatan Adaptasi Motivational Interviewing, AMI
Kaunseling Individu/Bimbingan berstruktur Sepuluh Sesi. Fakulti Psikologi dan
Pendidikan, UMS.
Salleh Bin Rosman, A. (2016). Pemahaman Terhadap Metodologi Ikhtilaf Fiqhi Ke Arah
Menyelesaikan Isu Fanatisme. Jurnal Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa, 7, 127–
8886. Retrieved from http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/14060/1/65-231-
2-PB.pdf
Septri Elvrilla.Augmented Reality Panduan Belajar Solat Berdasarkan Buku Teks Belajar
Solat Menggunakan Android, SKRIPSI.
http://library.gunadarma.ac.id/repository/view/24525/augmented-reality-panduan-
belajar-sholat-berdasarkan-buku-teks-belajarsholat-menggunakan-android.htm//2012.
Shawki Allam. Egypt’s Grand Mufti Calls for Global Unity to Face Radicalization. Darul
Ifta’ Misriah, http://dar-
alifta.org/AR/ViewMoftiArticle.aspx?sec=fatwa&ID=4691/2017
Shawki Allam.Darul Ifta’ Misriah. Tajribah Mesr Fi el-Taa’yish Wa el-Musyarakah.
http://dar-alifta.org/AR/ViewMoftiArticle.aspx?sec=fatwa&ID=4691/2017
Sofyan Chalid bin Idham Ruray. Jangan Kasar Saudara ku, Jangan Membuat Manusia Lari
dari Agama Allah Taala.http://sofyanruray.info/jangan-kasar-saudaraku-jangan-
membuat-manusia lari-dari-agama-allah-taala/2015.
Sr. Haikal.Memahami petunjuk solat
istikharah.http://haikalsr.blogspot.my/2011/08/memahami petunjuk-solat-
istikhorah.html/ 08 Ogos 2011. http://dar
alifta.org/Foreign/ViewArticle.aspx?ID=4847&CategoryID=1
Wahab, M. R., & Azmi, M. F..2013. Kedudukan akal dalam pendalilan akidah. Jurnal
Teknologi (Sciences and Engineering), 63(1), 31–39.
https://doi.org/10.11113/jt.v63.1563
Zulkifli Hassan.Memahami Isu Islam Fobia: Antara Persepsi dan Realiti.
https://zulkiflihasan.wordpress.com/2013/10/05/memahami-isu-islamofobia-antara-
persepsi dan-realiti/ Oktober 2013.