aplikasi padlet dalam pengajaran dan pembelajaran komponen...
TRANSCRIPT
i
APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KOMPONEN SASTERA (KOMSAS)
SITI MASRAH BT SULAKAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana
Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2017
iii
Salam dedikasi
Untuk ayahanda dan bonda tercinta
Haji Sulakah Bin Paridan dan Hajah Siti Maryah Binti Meskon
Doa, nasihat, kebahagian, kasih sayang dan pengorbananmu yang mungkin tidak
terbalas..
juga
Untuk seluruh ahli keluarga yang dikasihi dan sentiasa memberi sokongan..
Untuk penyelia projek sarjana
Puan Anizam Bt Mohamed Yusof. Tiada yang lebih bermakna melainkan tunjuk ajar
dan bimbingan serta nasihat yang terkesan untuk diri ini..
Untuk rakan-rakan seperjuangan
Memori indah suka duka dalam menuju ke destinasi sarjana ini
Akan kukenang selama-lamanya..
Untuk anak-anak didikku
Semoga pencarian ilmu tidak akan berakhir selagi kita mampu meraih ilmu Allah yang
maha luas di dunia ini…
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya dapat menyiapka laporan
porjek sarjana ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia tesis yang disanjungi, iaitu
Puan Anizam Bt Mohamed Yusof yang sangat komitmen dan tidak jemu memberi
bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang dua semester tempoh penyelidikan ini. Segala ilmu
yang diberi cukup bermakna dan memberi inspirasi untuk diri ini.
Ucapan terima kasih juga kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, Pentadbir, guru-guru serta pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Agama Bugisiah yang memberikan kerjasama dan sokongan dalam
menjayakan kajian ini.
Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan
memberi tunjuk ajar dan semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam memberi kerjasama dan sokongan dalam menyiapkan tesis ini.
Semoga Allah membalas jasa kalian dan akan saya kenang sepanjang hayat.
v
ABSTRAK
Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Padlet terhadap pencapaian pelajar
dalam pembelajaran cerpen Komponen Sastera (KOMSAS). Kajian kuasi eksperimen
yang telah dijalankan ini melibatkan 58 orang responden daripada kalangan pelajar
tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di daerah Pontian, Johor. Responden
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen yang diajar menggunakan
aplikasi Padlet dan kumpulan kawalan yang diajar melalui kaedah tradisional. Kajian ini
menggunakan dua set ujian, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian-t telah digunakan
untuk menganalisis data perbezaan pencapaian antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan, manakala peratusan digunakan untuk menganalisis data soal selidik.
Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara skor pencapaian kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra dengan nilai signifikan p = 0.60.
Dalam ujian pasca pula, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara skor
pencapaian kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dengan nilai signifikan
p=0.00. Selain itu, kumpulan kawalan menunjukkan perbezaan antara skor pencapaian
ujian pra dengan ujian pasca dengan nilai signifikan p=0.00. Kumpulan eksperimen juga
menunjukkan perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dengan ujian pasca dengan
nilai signifikan p=0.00. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap minat murid terhadap
aplikasi Padlet dalam pengajaran dan pembelajaran cerpen KOMSAS adalah tinggi.
Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi Padlet dapat
meningkatkan pencapaian pelajar dan secara tidak langsung menarik minat pelajar
dalam pembelajaran cerpen KOMSAS. Implikasi kajian ini ialah guru dapat
menggunakan kaedah pengajaran kepada yang lebih menyeronokkan dan menghasilkan
pengajaran yang berkesan berbanding kaedah tradisional.
vi
ABSTRACT
Practicing Padlet application in teaching and learning processes, is an alternative to
improve students‟ achievement and performance. The aim of this study is to identify the
effect of the Padlet application on students‟ achievement in the short stories
LITERATURE learning. This quasi experimental study involved 58 respondents. They
were chosen among the form four students studying at one secondary school Pontian,
Johor. The respondents were divided into two groups, an experimental group which was
taught using the Padlet application, and a control group which was taught using the
traditional method. This study used two sets of test, which pre-test and post-test. T-test is
used to analyse the difference in performance data, between the experimental group and
the controlled group, while the mean score is used to analyze the questionnaire data.
Based on the result of the research, there is no difference between the achievement score
of the experimental group with the control group in the pre test with the significant value
of p=0.60. Meanwhile, in the post test, the research‟s result shows differences in
achievement score between the experimental group and the control group with the
significant value of p=0.00. Apart from that, the control group‟s score differs between
the pre and post test with the significant value of p=0.00. The experimental group as
well shows difference in their achievement between their pre and post test with
significant value of p=0.00. In addition, this study also shows the level of
students‟interest towards the usage of Padlet application, is high, in the teaching and
learning short stories LITERATURE. In general, the results of the study showed that the
Padlet application is able to improve students achievement and indirectly attract
students‟ interest in learning short stories LITERATURE. The implication of this study,
is that, the teachers are able to use teaching methods to produce a more enjoyable and
effective teaching, compared to the traditional methods.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN
xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Tujuan Kajian 10
1.5 Objektif Kajian 10
1.6 Persoalan Kajian 11
1.7 Hipotesis Kajian 12
1.8 Kepentingan Kajian 12
viii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 18
2.2 Teori Konstruktivisme 18
2.3
2.4
Model ASSURE dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Isu Pembelajaran KOMSAS
2.3.1 Minat Pelajar
2.3.2 Pencapaian
25
26
26
28
2.5 Kaedah Pengajaran KOMSAS
2.5.1. Pengajaran Bukan Berasaskan Web
2.5.2. Pengajaran Berasaskan Web
29
30
31
2.6
2.7
Implikasi Penggunaan Web dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Rumusan
36
40
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Reka Bentuk Kajian 41
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 42
3.4 Lokasi Kajian 43
3.5 Instrumen Kajian 43
3.5.1 Kertas Ujian
3.5.2 Soal Selidik
43
43
ix
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 44
3.7 Prosedur Kajian
3.7.1 Permohonan Kebenaran Menjalankan
Kajian
3.7.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran
Harian dan Bahan Pembelajaran
Padlet
3.7.3 Pelaksanaan Kajian Rintis
3.8.4 Pelaksanaan Kajian Sebenar
46
47
47
55
56
3.8 Analisis Data 58
3.9 Rumusan 60
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 62
4.2 Dapatan Kajian 62
4.2.1.Adakah Terdapat Perbezaan Antara
Skor Pencapaian Ujian Pra Bagi
Kumpulan Eksperimen dengan
Kumpulan Kawalan?
63
4.2.2. Adakah Terdapat Perbezaan Antara
Skor Pencapaian Ujian Pasca Bagi
Kumpulan Eksperimen dengan
Kumpulan Kawalan?
4.2.3. Adakah Terdapat Perbezaan Antara
Skor Pencapaian Ujian Pra dan
65
67
x
Ujian Pasca Bagi Kumpulan
Kawalan?
4.2.4. Adakah Terdapat Perbezaan Antara
Skor Pencapaian Ujian Pra dan
Ujian Pasca Bagi Kumpulan
Eksperimen?
4.2.5. Adakah Kumpulan Eksperimen
Menunjukkan Minat Terhadap
Penggunaan Padlet dalam
Pembelajaran KOMSAS?
4.2.5.1 Demografi Responden
4.2.5.1.1 Jantina
4.2.5.1.2 Bangsa
4.2.5.1.3 Pencapaian PT3
4.2.5.1.4 Kemudahan Internet di
Rumah
4.2.5.1.5 Kemahiran Menggunakan
Aplikasi Padlet
4.2.5.2 Minat Murid Terhadap
Penggunaan Padlet Dalam
Pembelajaran Cerpen
Komsas
69
72
72
72
72
73
73
74
74
4.4 Rumusan
80
xi
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 81
5.2
Perbincangan Dapatan Kajian
5.2.1 Perbezaan Antara Skor Pencapaian
Ujian Pra Bagi Kumpulan
Eksperimen dengan Kumpulan
Kawalan
81
82
5.2.2 Perbezaan Antara SkorPencapaian
Ujian Pasca Bagi Kumpulan
Eksperimen dengan Kumpulan
Kawalan
5.2.3 Perbezaan Antara Skor Pencapaian
UjianPra dan Ujian Pasca Bagi
Kumpulan Kawalan
5.2.4Perbezaan Antara Skor Pencapaian
Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi
Kumpulan Eksperimen
82
83
84
5.2.5 Minat Murid Terhadap
Penggunaan Aplikasi Padlet dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
KOMSAS
85
5.3
5.4
5.5
Kesimpulan Kajian
Cadangan Kajian Lanjutan
Penutup
87
87
89
xii
RUJUKAN
LAMPIRAN A-F
90
97
xiii
SENARAI JADUAL
3.1 Sampel Kajian
42
3.2 Skala Gaya Likert Lima Mata
44
3.3 Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach
Bagi Kajian Rintis Soal Selidik
56
3.4
3.5
Pelaksanaan Kajian Sebenar
Interpretasi Skor Peratus
57
59
3.6 Ringkasan Kaedah Analisis Data 59
4.1 Taburan Markah Keseluruhan Ujian Pra
Bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan
Kawalan
63
4.2 Statistik Sampel Bebas untuk Ujian Pra
Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan
Kawalan
64
4.3 Analisis Ujian-t (Independent Samples Test) 65
xiv
untuk Ujian Pra Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan
4.4 Taburan Markah Keseluruhan Ujian Pasca
Bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan
Kawalan
65
4.5 Statistik Sampel Bebas untuk Ujian Pasca
Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan
Kawalan
67
4.6 Analisis Ujian-t (Independent Samples Test)
untuk Ujian Pasca Kumpulan Eksperimen
dan Kumpulan Kawalan
67
4.7 Taburan Markah Keseluruhan Ujian Pra dan
Ujian Pasca bagi Kumpulan Kawalan
68
4.8
4.9
4.10
4.11
Statistik Sampel Berpasangan untuk Ujian
Pra dan Ujian Pasca bagi Kumpulan
Kawalan
Analisis Ujian-t (Paired SamplesTest) untuk
Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan
Kawalan
Taburan Markah Keseluruhan Ujian Pra dan
Ujian Pasca bagi Kumpulan Eksperimen
Statistik Sampel Berpasangan untuk Ujian
Pra dan Ujian Pasca bagi Kumpulan
69
69
70
71
xv
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
Eksperimen
Analisis Ujian-t (Paired Samples Test) untuk
Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan
Eksperimen
Taburan Responden Mengikut Jantina
Taburan Responden Berdasarkan Bangsa
Pencapaian Subjek Bahasa Melayu dalam
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Taburan Kemudahan Internet di Rumah
Taburan Kemahiran Menggunakan Aplikasi
Padlet
Analisis Peratusan Minat Murid Terhadap
Aplikasi Padlet dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran Cerpen Komponen
Sastera (KOMSAS) Tingkatan Empat
71
72
73
73
74
74
75
xvi
SENARAI RAJAH
1.1
3.1
Kerangka Konsep Kajian
Model ASSURE Dalam Rancangan
Pengajaran Harian
15
50
xvii
SENARAI SINGKATAN
SPM = Sijil Pelajaran Malaysia
PT3
TMK
KOMSAS
URL
PPD
JPN
SABK
JPU
SIC+
=
=
=
=
=
=
=
=
=
Pentaksiran Tingkatan TigaInstitusi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Komponen Sastera
Universal Resource Locators
Pejabat Pendidikan Daerah
Jabatan Pelajaran Negeri
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Jadual Penentu Ujian
School Improvement Specialist
Coaches
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A Jadual Penentu Ujian (JPU)
97
LAMPIRAN B Ujian Pra dan Ujian Pasca
98
LAMPIRAN C Soal Selidik
115
LAMPIRAN D Pengesahan Instrumen
120
LAMPIRAN E Pengesahan Menjalankan Kajian
132
LAMPIRAN F Pelaksanaan Intervensi Kajian
134
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kepesatan perkembangan teknologi telah menunjukkan bahawa perubahan teknologi
masa kini telah membawa satu anjakan baharu dalam dunia pendidikan. Sebelum ini,
teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan
teknologi kemudian diikuti dengan fasa kedua iaitu kemunculan teknologi Web 2.0 yang
lebih dikenali sebagai social web. Menurut Saidin (2011) perbezaan utama antara Web
1.0 dengan Web 2.0 adalah dari segi penglibatan pengguna yang lebih besar dalam
membina dan menguruskan isi kandungan yang mana Web 2.0 menukar sifat dan nilai
sesuatu maklumat.
Teknologi Web 2.0 telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia
komunikasi dan interaksi global. Penggunaan Web 2.0 dalam dunia pendidikan seantero
dunia semakin berkembang dengan kepelbagaian aplikasi Web 2.0 yang disediakan
sebagai medium penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh
aplikasi Web 2.0 adalah seperti Wiki, Blog. Facebook, Prezi, Powtoon, Padlet dan
sebagainya. Menurut Baharudin dan Badusah (2016) Web 2.0 yang digunakan dalam
pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran serta membolehkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan dengan baik dan lancar. Penggunaan secara meluas sistem pembelajaran
interaktif berasaskan web dapat dilihat dan digunakan di pelbagai institusi pendidikan
tidak kira sama ada di sekolah atau pusat pengajian tinggi awam dan swasta.
2
Fenomena ini telah menjadi trend masa kini kerana maklumat yang disampaikan
melalui web tersebut dapat diakses di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa. Hal
ini juga seiring dengan sifat murid-murid abad ke-21 itu sendiri yang suka akan
teknologi dan gemar mempelajari kemahiran baru berkaitan dengan teknologi. Menurut
Maswan (2011) kebanyakan remaja pada masa kini gemar menggunakan Internet untuk
bermain aplikasi komputer dan mencari maklumat.
Pembelajaran bahasa tidak terkecuali daripada menerima ledakan penggunaan
teknologi pendidikan seperti Web 2.0 ini. Proses pengajaran dan pembelajaran boleh
dilakukan dengan mengaplikasikan Web 2.0 ini. Menurut Ibrahim, Shing, Sharmeeze,
Alias dan Dewitt (2014) penggunaan Web 2.0 seperti Padlet boleh digunakan untuk
berinteraksi antara satu sama lain bagi tujuan pembelajaran. Keistimewaan pembelajaran
melalui Padlet ialah bahan pengajaran dan pembelajaran seperti teks, grafik, animasi,
video dan pautan URL boleh disampaikan dan digunakan. Elemen-elemen tersebut
sangat membantu murid dari segi pemahaman dan mengingat pelajaran dengan mudah.
Hal ini sejajar dengan pendapat Lope Pihie dan Elias (2000) bahawa keupayaan
mengingat melibatkan pendengaran hanya menyumbang 10 peratus dalam ingatan
seseorang, sedangkan 50 peratus lagi daripada penglihatan dan 40 peratus lagi daripada
pengalaman dan perbuatan.
Padlet dahulunya dikenali sebagai Wallwhiser merupakan salah satu jenis
aplikasi papan interaktif dalam Web 2.0. Papan interaktif ini yang juga dikenali sebagai
virtual wall (dinding maya) berfungsi sebagai ruang yang membolehkan murid dan guru
dapat berkongsi maklumat seperti teks, gambar, video dan audio dalam satu antara
muka. Semua ahli kumpulan akan dapat melihat semua maklumat yang ditulis pada wall
dan saling bertukar idea dalam kumpulan mereka.
Namun, penggunaan Web 2.0 harus diteliti penggunaannya. Puteh dan Abdul
Salam (2011) menyarankan agar penggunaan teknologi khususnya aplikasi Web 2.0
dalam pendidikan mestilah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan
menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai dengan pembelajaran dan
pengajaran. Perkara ini perlu diberi perhatian terutamanya para guru agar
3
penggunaannya benar-benar membawa manfaat kepada murid dan proses pembelajaran
berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam subjek Bahasa Melayu mempunyai
kewajaran dan rasionalnya. Kadir (2007) telah menyatakan banyak kepentingan
kesusasteraan diajarkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
(KOMSAS). Antara kepentingannya ialah murid berpeluang untuk membina nilai-nilai
murni dan pembinaan sahsiah yang mulia. Melalui pembacaan karya sastera murid dapat
menghayati dan menyelami perasaan insan lain secara kreatif dan kritis seperti yang
digambarkan dalam karya yang dibacanya, apatah lagi apabila bentuk, isi dan mesejnya
berkaitan dengan perihal masyarakat dan nilai-nilai kehidupan. Selain itu, KOMSAS
mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembentukan emosi seseorang. Hal ini
disebabkan kesusasteraan Melayu menjadi wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh
bahasa yang indah seterusnyamenjadikan murid sedar akan perasaan sendiri ketika
mereka memikirkan perasaan orang lain.
Kepentingan lain, KOMSAS dapat mewujudkan jati diri murid dan
diperkenalkan dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan dan kebudayaan kebangsaan.
KOMSAS juga dikenal pasti memberi peluang kepada murid untuk menguasai sistem
dan tatabahasa bahasa Melayu dengan baik. Jika diteliti bahan-bahan dalam KOMSAS
berkaitan dengan pelbagai bidang seperti psikologi, moral, falsafah, agama, sosiologi,
sejarah dan sebagainya yang diketengahkan oleh pengarang. Jelaslah di sini bahawa
bahan-bahan KOMSAS disifatkan sebagai bahan yang mempunyai hubungan dengan
pemikiran.
Menurut Razak (2013) sastera atau pengajaran kesusasteraan telah dikenal pasti
dapat memberikan sumbangan ke arah pemantapan rohani dan emosi. Hal ini bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Laungeng (2016) menyatakan
bahawa antara tujuan lain pengajaran KOMSAS adalah untuk membolehkan murid
memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam berbagai-bagai situasi
4
serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar terhadap pelbagai
bahan yang dibaca.
Mat (2006) menjelaskan bahawa KOMSAS dilaksanakan bertujuan untuk
menjadi pelengkap kepada pembelajaran tentang kemahiran bahasa yang difokuskan
kepada bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetika. Menurut Mat lagi,
KOMSAS juga dijadikan sebagai pelengkap kepada kemahiran lisan, bertutur, membaca
dan menulis. Kenyataan Mat jelas menunjukkan bahawa pengajaran KOMSAS dalam
Bahasa Melayu berbeza matlamatnya dengan pengajaran sastera tulen. Pengajaran bahan
sastera dalam kurikulum Bahasa Melayu berbeza dengan pengajaran kesusasteraan
Melayu tulen kerana kesusasteraan Melayu tulen diajar secara khusus, manakala
pengajaran bahan sastera hanya diajar sebagai suatu komponen tertentu untuk tujuan
pengukuhan Bahasa Melayu sahaja (Esa, 2006) dalam (Arshad, 2008).
Bahasa Melayu pada masa ini, sering dianggap sebagai mata pelajaran yang
mudah sehinggakan pencapaiannya dalam peperiksaan kurang memberangsangkan.
Masalah bertambah serius apabila pengajaran komponen sastera dimasukkan ke dalam
sukatan Bahasa Melayu sekolah menengah. Murid cukup berpuas hati dengan keputusan
lulus atau mendapat gred yang lebih baik. Menurut Zahary (2014), melihat kepada
penguasaan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu seolah-olah
matlamat pembelajaran Bahasa Melayu dari definisi pendidikan telah ditukar ganti
kepada belajar bahasa Melayu untuk lulus peperiksaan dan mendapat pekerjaan semata-
mata, tetapi bukan lagi pembentukan kemahiran berbahasa dan komunikasi seperti yang
tercatat sebagai definisi pendidikan. Setelah dimasukkan ke dalam subjek Bahasa
Melayu, murid terpaksa menerima hakikat bahawa mereka perlu mempelajarinya kerana
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran wajib dan perlu lulus dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
Kebanyakan murid mempelajari KOMSAS kerana telah menjadi sebahagian
daripada kandungan huraian sukatan Bahasa Melayu dan akan disoal dalam kertas
peperiksaan Bahasa Melayu. Mahamod dan Mohamad Noor (2011) menyatakan bahawa
murid mempelajari KOMSAS semata-mata untuk lulus peperiksaan. Situasi ini telah
mewujudkan senario mempelajari KOMSAS hanya berpandukan format peperiksaan
5
tanpa meneroka ilmu pembelajaran dengan lebih mendalam. Hal inilah antara faktor
yang membawa kepada penurunan minat KOMSAS dalam kalangan murid. Menurut
Othman, Baki dan Mat (2009), murid yang dihasilkan daripada sistem pendidikan yang
terlalu mengutamakan peperiksaan menyebabkan mereka tidak mampu untuk
melahirkan generasi yang sentiasa ghairah untuk belajar sepanjang hayat mereka. Hal
tersebut disokong oleh Amir (2007), murid yang dihasilkan melalui corak pembelajaran
berorientasikan peperiksaan tidak mampu menjadi generasi yang berfikir secara kreatif
dan tidak mampu melahirkan perasaan dan pemikiran melalui ciptaan karya-karya
sastera.
Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memupuk minat mempelajari sastera dalam
kalangan murid. Minat membaca karya sastera semakin menunjukkan penurunan. Minat
membaca dalam kalangan murid berkait rapat dengan faktor pencapaian. Laporan
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Lembaga Peperiksaan Malaysia 2001
dalam Nair dan Arumugam (2006) menyatakan calon tidak dapat menjawab soalan-
soalan yang berkaitan dengan KOMSAS dengan baik. Faktor minat dipercayai akan
mempengaruhi pencapaian murid dalam peperiksaan. Hal inilah antara yang menjadi
sebab mengapa calon tidak dapat menjawab soalan SPM dengan baik.
Menurut Khadir (2010) tiadanya nilai komersial mata pelajaran sastera
merupakan punca KOMSAS tidak diminati oleh murid. Selain itu, Ibrahim (2015)
menyatakan istilah yang sukar difahami dalam teks sastera menyebabkan murid tidak
berminat untuk membaca bahan KOMSAS. Berdasarkan punca-punca penurunan minat
terhadap KOMSAS yang ditemukan dalam kajian Khadir (2010) dan Ibrahim (2015),
guru perlu menukar kaedah pengajaran daripada berasaskan tradisional kepada
penggunaan teknologi seperti aplikasi web. Dapatan kajian oleh Saidin (2011), Othman
(2014) dan Razak (2013) yang mengkaji penggunaan aplikasi web dalam pengajaran dan
pembelajaran membantu meningkatkan pencapaian dan minat murid terhadap
pembelajaran.Kajian Laungeng (2016) dan Zamri (2012) telah membuktikan bahawa
pengajaran guru yang bersifat tradisional menyebabkan minat dan pencapaian murid
menurun. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha dan kajian dijalankan termasuklah
6
pembangunan bahan perisian pembelajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dan Internet.
Menurut Nair dan Arumugam (2006) strategi yang digunakan oleh guru dalam
pengajaran KOMSAS ialah menyuruh murid membaca teks di rumah atau di dalam
kelas kemudian murid membuat perbincangan di dalam kelas. Seterusnya guru akan
memberi nota tentang aspek yang dikaji. Masalah tersebut bertambah serius apabila
Khadir (2010) mendapati ramai guru yang masuk ke kelas hanya membawa buku teks
KOMSAS sahaja tanpa membawa alat-alat bantuan lain yang boleh menarik minat
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Yusoff (2012) juga menyedari
bahawa penggunaan buku teks sebagai medium penyampaian isi kandungan
pembelajaran dilihat kurang mencabar dan seterusnya menjadikan pembelajaran kurang
menarik. Pemilihan dan penggunaan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan aktiviti
pengajaran di dalam kelas amat penting bagi memastikan pengajaran guru di dalam
kelas dapat menarik minat murid. Menurut Mohamad (2009) murid pasti akan berasa
bosan untuk mengikuti pengajaran bahasa jika guru menggunakan buku teks semata-
mata. Jones (2011) turut menyokong bahawa penggunaan buku teks dalam kelas bahasa
tidak memberi keseronokkan kepada murid.
Selain itu, kebanyakan guru mengajar KOMSAS lebih mengutamakan
kandungan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dalam tempoh waktu yang
ditetapkan dan mengajar untuk tujuan peperiksaan sama ada peperiksaan untuk ujian
bulanan atau peperiksaan awam. Menurut Mohamad Noor, Mahamod, Hamat, dan Embi
(2012), sukatan pelajaran yang terlalu banyak menyebabkan guru terkejar-kejar untuk
menghabiskan silibus. Kebanyakan guru cenderung memberi aktiviti pengukuhan seperti
latihan kepada murid sebagai sebagai langkah menambahkan pemahaman pelajar selepas
proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa kini, KOMSAS kini merupakan subjek yang mampu dijadikan
sebagai landasan untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid (Ismail,
2016). Sejajar dengan pembelajaran abad ke-21 KOMSAS sebenarnya menyediakan
pelbagai ruang dan peluang kepada guru untuk mewujudkan wacana penyelesaian
masalah, membuat inferens, membuat keputusan, mencadangkan idea baru dan juga
7
menilai sesuatu tindakan. Semua aktiviti tersebut mempunyai ciri-ciri KBAT. Menurut
Ismail lagi, proses pengajaran dan pembelajaran masih berfokus kepada peperiksaan
menyebabkan usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak
dapat dilaksanakan sempurna. Oleh sebab terlalu memberi penekanan kepada
peperiksaan guru telah kurang memberi perhatian kepada kemahiran berfikir murid.
Sebaliknya menumpukan terhadap usaha menghabiskan sukatan pelajaran dan juga
penguasaan teknik menjawab soalan peperiksaan.
Guru-guru Bahasa Melayu yang mengajarkan KOMSAS kebanyakannya telah
diberi latihan tentang teknik pengajaran KOMSAS ketika mengikuti kursus perguruan di
maktab atau kursus-kursus pemantapan pedagogi anjuran Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Antara teknik pengajaran yang
diperkenalkan kepada guru-guru adalah seperti teknik kerusi panas, balang kaca, teater
pembaca dan sebagainya. Namun teknik-teknik tersebut jika diulang-ulang akan
menimbulkan rasa bosan kerana bersifat stereotaip. Murid selalunya suka akan teknik
pengajaran yang berbeza dengan teknik yang sering digunakan oleh guru di dalam kelas.
Masalah juga timbul apabila guru yang mengajar Bahasa Melayu ialah guru
bukan opsyen.. Menurut Ismail (2016) guru-guru telah dikenal pasti mempunyai
kekurangan dari segi pengetahuan dalam penyampaian proses pengajaran dan
pembelajaran ilmu sastera kerana mereka bukan pengkhususan dalam bidang tersebut.
Masalah ini berlaku disebabkan sebahagian besar guru menganggap adalah satu tugas
yang mudah dalam mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini diakui oleh
Salleh (2005) bahawa semua guru yang menjadi responden dalam kajiannya berminat
dan seronok mengajarkan Bahasa Melayu kerana mereka menganggap Bahasa Melayu
sebagai bahasa yang mudah untuk diajar. Situasi yang pernah berlaku di sekolah ialah
pentadbir sekolah iaitu guru besar atau pengetua menentukan guru Bahasa Melayu
daripada kalangan guru yang bukan opsyen Bahasa Melayu. Implikasi daripada situasi
ini menyebabkan wujudnya beberapa masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Masalah yang dihadapi oleh guru seperti yang telah dinyatakan di atas, akhirnya
akan membawa kesan kepada murid terutamanya dari aspek minat dan pencapaian.
8
Menurut Mohamed Noor, Mahamod, Hamat dan Embi (2012) minat murid merupakan
sebab utama subjek KOMSAS kurang diterima. Bahan KOMSAS sering disifatkan oleh
murid sebagai beban kerana teks dan konteksnya sukar difahami. Terdapat beberapa
istilah yang sukar difahami terutama bahagian prosa tradisional yang banyak
menggunakan perkataan klasik. Selain itu, ada sesetengah murid beranggapan bahawa
karya sastera tidak mempunyai nilai komersial dan hal ini menyumbang kepada
kemerosotan minat murid terhadap mata pelajaran tersebut (Khadir, 2010). Hasil kajian
Amir (2007) mendapati bahawa murid mempunyai tanggapan sambil lewa dan selalu
menganggap bahawa bahan-bahan sastera kurang relevan dengan perkembangan semasa.
Ramai guru tidak menyedari akan kelebihan dan kepentingan aplikasi web
dalam membantu meningkatkan prestasi pelajaran. Guru seharusnya perlu bijak dalam
menyampaikan pengajaran dan pendekatan yang sesuai supaya murid dapat mengikuti
dan memahami isi kandungan pelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar berasakan
web dikenal pasti dapat mengatasi masalah pencapaian dan minat murid dalam sesuatu
mata pelajaran. Kajian yang telah dilakukan oleh Atan dan Badusah (2013),
membuktikan web berjaya sebagai alat bantu mengajar yang efektif dan menjadikan
pengajaran bermakna. Selain itu, Jasmi, Tamuri dan Mohd Hamzah (2011) menyatakan
penggunaan bahan bantu mengajar menjadikan fungsi guru sebagai fasilitator dan
meningkatkan keberkesanan pembelajaran berpusatkan murid dengan hanya 25 peratus
penglibatan guru di dalam bilik darjah.
Guru Bahasa Melayu perlu mempunyai beberapa perspektif dalam pengajaran
sastera seperti guru perlu faham dan menilai kepentingan murid terhadap bentuk karya
sastera. Selain itu, guru perlu sentiasa meminta murid faham kriteria spesifik dan teknik-
teknik untuk menganalisis sastera. Guru juga mesti mengutamakan penghayatan estetika
karya sastera, penglibatan murid dalam aktiviti penulisan kreatif. Guru mestilah sentiasa
membantu murid membentuk kemahiran pembelajaran kolaboratif dan memilih bahan
bacaan sastera yang diminati oleh murid. Dalam hal ini, dari sudut pandangan guru,
murid perlu menguasai kemahiran menganalisis, kemahiran penghayatan, kemahiran
pembelajaran kolaboratif dan kemahiran membaca genre sastera. Menurut Aziz (2009),
seseorang guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran dengan menggunakan alat
9
bantu mengajar atau media pengajaran berbentuk seperti perisian multimedia secara
maksimum yang mungkin agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik dan lebih berkesan.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam pembelajaran komsas, aspek minat telah dikenalpasti menjadi punca pencapaian
murid dalam ujian atau peperiksaan awam Bahasa Melayu tidak mencapai tahap yang
cemerlang. Permasalahan yang timbul akibat persepsi yang menganggap KOMSAS
sebagai mata pelajaran yang tiada nilai komersial (Khadir, 2010) dan kurang faham
dengan maksud yang hendak disampaikan dalam karya sastera (Ibrahim, 2015). Masalah
lain pula dihadapi oleh murid apabila guru yang mengajarkan KOMSAS tidak
menggunakan pendekatan yang boleh menarik minat dan mewujudkan pembelajaran
berkesan sebaliknya menggunakan kaedah tradisional terutamanya kaedah “chalk and
talk‟ (Razak, 2013). Hal ini secara tidak langsung menimbulkan suasana yang
membosankan di dalam kelas dan murid tidak berminat untuk meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan web dalam bidang pendidikan semakin berkembang maju dan
mendapat tindak balas yang positif sama ada daripada pihak guru mahupun murid.
Kajian Othman (2014) tentang penggunaan Facebook dan Razak (2013) tentang aplikasi
Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran mendapati web sangat membantu
dalam meningkatkan pencapaian dan minat murid terhadap pembelajaran. Ciri-ciri
interaktif yang terdapat pada web menwujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan lebih berpusatkan kepada murid. Dapatan kajian membuktikan
kaedah pembelajaran berasaskan web adalah lebih baik berbanding kaedah pengajaran
secara tradisional.
Berdasarkan permasalahan yang telah dihuraikan, satu satu langkah penyelesaian
perlu dilakukan bagi mengatasi permasalahan tersebut dengan mencadangkan
pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dijalankan dengan menggunakan aplikasi web
iaitu Padlet.Penggunaan aplikasi Padlet dalam pengajaran dan pembelajaran cerpen
KOMSAS tingkatan empat dilihat mampu menjadi satu kaedah pengajaran yang lebih
10
baik dan menambah kaedah pengajaran yang sedia ada. Aplikasi Padlet yang digunakan
di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri
pembelajaran secara konstruktivisme yang lebih berpusatkan murid dan menerapkan
elemen TMK yang membolehkan murid dapat menguasai cerpen KOMSAS dengan
lebih baik berbanding kaedah pengajaran secara tradisional. Selain itu, kajian terhadap
aplikasi Padlet dalam pembelajaran KOMSAS juga belum pernah dilaksanakan. Oleh
yang demikian kajian terhadap keberkesanan aplikasi Padlet dalam mengatasi masalah
kefahaman, pencapaian dan minat murid terhadap KOMSAS adalah amat diperlukan.
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan aplikasi Padlet dalam meningkatkan
pencapaian dan minat murid dalam pembelajaran cerpen KOMSAS Bahasa Melayu
tingkatan empat.
1.5 Objektif Kajian
Berdasarkan permasalahan yang telah dibincangkan, lima objektif telah ditentukan untuk
dicapai dalam kajian ini. Objektif kajian adalah seperti berikut :
1. Mengenal pasti perbezaan antara skor pencapaian ujian pra bagi kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan.
2. Mengenal pasti perbezaan antara skor pencapaian ujian pasca bagi kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan.
3. Mengenal pasti perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dan pasca bagi
kumpulan kawalan.
4. Mengenal pasti perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dan pasca bagi
kumpulan eksperimen.
5. Mengenal pasti minat kumpulan eksperimen terhadap cerpen KOMSAS
selepas menggunakan Padlet.
11
1.6 Persoalan Kajian
Persoalan kajian telah dibina dan disusun bagi mendapatkan jawapan yang tepat
berkaitan objektif kajian. Lima persoalan kajian telah ditentukan berdasarkan lima
objektif yang telah dinyatakan. Berikut adalah lima persoalan kajian.
1. Adakah terdapat perbezaan antara skor pencapaian ujian pra bagi kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan?
2. Adakah terdapat perbezaan antara skor pencapaian ujian pasca bagi
kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan?
3. Adakah terdapat perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dan pasca bagi
kumpulan kawalan?
4. Adakah terdapat perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dan pasca bagi
kumpulan eksperimen?
5. Adakah kumpulan eksperimen menunjukkan minat terhadap penggunaan
Padlet dalam pembelajaran cerpen KOMSAS?
12
1.7 Hipotesis Kajian
Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, hipotesis Nul yang akan diuji adalah seperti
berikut :
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian ujian pra
antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian ujian
pasca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor pencapaian ujian
pra dan pasca bagi kumpulan kawalan.
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor pencapaian ujian
pra dan pasca bagi kumpulan eksperimen.
1.8 Kepentingan kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pihak yang terlibat adalah seperti murid,
guru, pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Kajian ini sangat penting kepada murid dalam meningkatkan pencapaian dan
minat terhadap pembelajaran KOMSAS. Penggunaan Padlet dalam pembelajaran
KOMSAS merupakan satu kaedah pembelajaran yang berbeza dengan kaedah
tradisional yang sering digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Oleh yang demikian
penggunaan Padlet diharapkan dapat mengubah kaedah pengajaran guru serta
meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang mana 17.1
peratus markah adalah diperuntukkan daripada bahagian KOMSAS. Walaupun
menyumbang peruntukan markah yang tidak sebanyak seperti markah penulisan
karangan namun penguasaan terhadap KOMSAS tidak perlu dipertikaikan lagi.
Penggunaan Padlet akan dapat mengubah stigma murid yang menganggap KOMSAS
sukar dikuasai dan membosankan.
13
Selain itu, pembelajaran melalui Padlet membolehkan murid mendapat
pengalaman baru dan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan. Secara tidak
langsung, apikasi Padlet dapat menarik minat dan tumpuan mereka untuk mempelajari
KOMSAS kerana terdapat ciri-ciri interaktif dan kolaboratif. Sebagai contoh, murid
boleh mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diberi oleh guru dalam Padlet.
Malah murid sendiri boleh memuat naik bahan video lakonan mereka ke dalam wall
Padlet untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain atau sebagai eviden tugasan kumpulan
mereka. Apa sahaja bahan pembelajaran lain seperti nota dan grafik boleh dikongsi oleh
guru atau murid dalam Padlet yang sama.
Padlet menyediakan kemudahan komunikasi secara maya atau atas talian yang
memudahkan murid untuk meneruskan pembelajaran tanpa terikat dengan waktu
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka boleh menggunakan Padlet untuk
berkomunikasi bersama-sama rakan atau guru semasa cuti sekolah, pada waktu dan
lokasi yang berbeza. Kandungan Padlet yang menarik dan interaktif membolehkan muid
meneroka pautan yang disediakan oleh guru. Oleh yang demikian, murid dapat
menambahkan lagi kefahaman terhadap sesuatu topik.
Murid yang memiliki telefon pintar juga dapat dididik untuk memanfaatkan gajet
mereka kerana aplikasi ini boleh dimuat turun secara mudah dan mereka menggunakan
gajet tersebut untuk tujuan pembelajaran seperti untuk mengulang kaji bahan
pembelajaran yang terkandung dalam Padlet. Pembelajaran melalui aplikasi Padlet boleh
menjadi salah satu kaedah yang boleh menarik minat seterusnya mempengaruhi
pencapaian murid dalam pembelajaran KOMSAS.
Kepentingan kajian kepada pihak guru pula adalah dapat memberi peluang
kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran berasaskan web dalam proses
penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh memuat naik seberapa banyak
maklumat dan bahan berkaitan tajuk pelajaran berbanding kaedah tradisional yang
terhad kepada penggunaan buku teks atau buku rujukan. Guru juga dapat menyediakan
bahan pengajaran sekiranya guru bercuti atau menghadiri kursus. Proses pengajaran
masih dapat dilakukan walaupun guru tiada di sekolah kerana murid-murid boleh
merujuk wall Padlet sambil dipantau oleh guru ganti mereka. Secara tidak langsung guru
14
dapat memahami dengan jelas tentang pembelajaran berasaskan Padlet yang lebih sesuai
dengan prestasi murid yang berbeza tahap kebolehan dan sekali gus dapat menarik minat
murid untuk mempelajari KOMSAS.
Kajian ini juga sebenarnya dijalankan sebagai menyahut seruan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menambahkan lagi koleksi teknik pembelajaran yang
menitikberatkan nilai interaktif dan kolaboratif berasaskan aplikasi web yang masih
berkurangan. Diharapkan juga, dapat memberi makluman kepada pihak pentadbir
khususnya unit kurikulum, Ketua Bidang Bahasa, Ketua Panitia Bahasa Melayu agar
dapat menganjurkan kursus yang berkaitan dengan penggunaan Padlet dalam pengajaran
dan pembelajaran KOMSAS. Selain itu, kajian ini dapat memberi maklumat kepada
Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri agar menyediakan kursus
profesionalisme keguruan guru-guru Bahasa Melayu dalam bidang Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) seperti kemahiran menggunakan aplikasi web dalam pengajaran
di dalam kelas.
1.9 Skop dan Batasan Kajian
Skop kajian ini berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran KOMSAS tingkatan
empat di sekolah menengah. Kajian ini akan melibatkan penggunaan Padlet dalam
pengajaran bagi tajuk Cerpen Munsyi, Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul dan
Cerpen Kaduk,Ayam dan Raja. Batasan kajian ini merujuk kepada reka bentuk kuasi
eksperimen. Kajian ini hanya mengenal pasti aspek perbezaan pencapaian dan minat
kumpulan eksperimen yang menggunakan aplikasi Padlet dalam pembelajaran cerpen.
1.10 Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konsep dibina adalah bertujuan untuk menjadi rujukan dan panduan semasa
menjalankan kajian. Menurut Wiersma (2000) kerangka konsep dibina adalah untuk
meramal dan menerangkan sesuatu fenomena secara sistematik. Ringkasan kerangka
konsep kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 1.1.
15
Rajah 1.1 menunjukkan pemboleh ubah yang terlibat dalam kajian ini. Pemboleh
ubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan oleh guru di dalam kelas iaitu pendekatan cara tradisional bagi
kumpulan kawalan dan pendekatan melalui aplikasi Padlet bagi kumpulan eksperimen.
Pemboleh ubah bersandar pula adalah pencapaian murid dalam cerpen KOMSAS setelah
ujian dijalankan dan minat murid terhadap aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan
pembelajaran cerpen KOMSAS .
Dalam kajian ini, ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme telah digunakan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran cerpen KOMSAS berasaskan Padlet.
Pembelajaran konstruktivisme sangat sesuai digunakan kerana pendekatan ini
berfokuskan murid, ditambah pula dengan penggunaan kepelbagaian teknik dan sumber
untuk menghasilkan keberkesanannya.
Selain itu, kajian ini menjadikan Model ASSURE sebagai panduan kerana
model ini mempunyai skala yang lebih kecil dan dan lebih sesuai digunakan untuk
merancang pengajaran di dalam bilik darjah. Padlet merupakan medium yang digunakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kerangka konseptual kajian ini, pengkaji dapat menjalankan kajian
dengan lebih sistematik dan memperoleh hasil kajian dan mencapai objektif kajian
seperti yang dinyatakan pada awal bab ini.
Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian
Pendekatan Pengajaran
dan Pembelajaran
Tradisional Pencapaian
Subjek KOMSAS Pendekatan Pengajaran
dan Pembelajaran
Padlet Minat terhadap
subjek KOMSAS
Teori Konstruktivisme ASSURE
16
1.11 Definisi Istilah
Kajian ini akan menggunakan beberapa istilah yang memerlukan penjelasan bagi
memudahkan pemahaman keseluruhan kajian. Berikut merupakan definisi istilah yang
dijelaskan dengan ringkas seperti yang terkandung dalam kajian supaya dapat memberi
maksud yang jelas dan sesuai dengan keperluan kajian.
1.11.1 KOMSAS
KOMSAS ialah akronim kepada Komponen Kesusteraan Melayu dan dimasukkan ke
dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Bermula pada tahun 2000 hinggalah pada masa
ini, murid tingkatan satu hingga lima telah mengikuti pembelajaran KOMSAS.
KOMSAS diajarkan dalam subjek Bahasa Melayu dengan peruntukan dua masa dalam
seminggu. Genre sastera yang diketengahkan dalam KOMSAS ialah cerpen, drama,
puisi, prosa tradisional dan novel. Dalam pembelajaran KOMSAS aspek-aspek sastera
yang dipelajari oleh murid ialah sinopsis, tema, persoalan, plot, teknik plot, watak dan
perwatakan, gaya bahasa, latar masa, latar tempat, latar masyarakat, nilai murni, dan
pengajaran.
1.11.2 Padlet
Padlet merupakan satu aplikasi web 2.0 yang boleh digunakan untuk menjalankan
pengajaran secara keseluruhan. Padlet wujud dalam bentuk dinding maya (virtual wall)
yang membolehkan sesiapa sahaja menyiarkan pendapat mereka dengan nota lekat
elektronik dan dikongsi bersama-sama dengan orang lain. Guru sebagai pentadbir akan
memuat naik bahan pelajaran seperti nota, video, grafik, soalan, pautan URL dan
sebagainya pada wall tersebut. Murid boleh memberi maklum balas dengan menaip
huruf bagi setiap nota lekat elektronik atau menambah bahan pembelajaran. Dalam
kajian ini aplikasi Padlet digunakan sebagai medium penyampaian pengajaran guru
kepada murid di dalam kelas.
17
1.11.3 Kaedah Tradisional
Pengajaran kaedah tradisional bermaksud cara pengajaran yang lama dan bersifat
konvensional. Dalam kajian ini, guru yang mengajarkan kaedah tradisional
menggunakan peralatan yang lazim seperti pen marker, papan putih, buku teks dan buku
rujukan. Selain itu, guru juga menggunakan teknik penerangan dan aktiviti seperti
menyalin nota dan pembentangan dalam kumpulan.
1.11.4 Minat
Dalam kajian ini, minat murid merujuk kepada penglibatan dan kesediaan mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran cerpen KOMSAS melalui aplikasi Padlet semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas dan juga pada masa luar
waktu pengajaran dan pembelajaran.
1.11.5 Pencapaian
Pencapaian adalah ukuran seseorang individu tentang apa yang diketahuinya setelah
mengikuti sesuatu kursus atau latihan. Dalam kajian ini, pencapaian merujuk kepada
skor ujian yang diperoleh oleh murid dalam pembelajaran KOMSAS selepas proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisonal atau aplikasi Padlet.
1.12 Rumusan
Bab ini menghuraikan dengan terperinci tentang pengenalan kajian yang mengandungi
latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis, kepentingan,
skop batasan kajian, kerangka teori dan kerangka konsep. Definisi istilah mengikut
konteks kajian juga diperincikan agar memberikan kefahaman kepada pihak pembaca.
18
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab kajian literatur ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang telah
dijalankan dan sangat signifikan dengan kajian yang dilaksanakan. Kajian literatur
dapatlah didefinisikan sebagai ulasan maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku,
jurnal, laporan seminar, dokumen ilmiah yang berbentuk penyelidikan dan
sebagainya.Kepentingan kajian literatur ialah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu
kajian yang dirancang telah dijalankan oleh penyelidik terdahulu atau belum pernah
dijalankan.
Tinjauan literatur adalah dokumentasi yang sangat diperlukan dan sangat
penting. Antara lain kepentingan kajian literatur ialah mendapatkan sumber penyelidikan
yang sesuai untuk diperbandingkan dengan kajian yang dilaksanakan. Selain itu,
kepentingannya juga adalah untuk mencari perbezaan dapatan pengkaji terdahulu
dengan dapatan kajian pengkaji. Malah kajian literatur membolehkan pengkaji
mengetahui perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan isu, tajuk dan
masalah-masalah penyelidikan yang dihadapi.
mengenal pasti perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan
dengan topik dan masalah penyelidikan yang akan dijalankan.
19
2.2 Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme memberi keutamaan terhadap murid dalam membina
pengetahuan berdasarkan proses psikologi yang aktif dengan membina ilmu
pengetahuan ke dalam struktur kognitif berasaskan pengalaman sedia ada yang murid
miliki. Menurut Mat Jasin dan Shaari (2012), pendekatan konstruktivisme sangat
penting dalam proses pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep sendiri
dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada
pada mereka. Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam kelas bagi kebanyakan mata
pelajaran. Menurut Yahaya dan Latif (2005) corak pembelajaran konstruktivisme
sepatutnya diaplikasikan oleh guru dalam membentuk identiti murid yang berdaya saing.
Ciri-ciri kebaikan pembelajaran konstruktivisme menurut Pusat Perkembangan
Kurikulum (2001) adalah seperti berikut:
1. Lebih berfikir.
Semasa proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menjana
idea,menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak dalam
menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
2. Lebih faham.
Jika murid terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru mereka
akan lebih faham dengan apa-apa yang telah dipelajari. Malah murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan baru mereka dalam situasi kehidupan sebenar.
3. Lebih ingat.
Murid akan mengingati lebih konsep dengan lebih lama setelah benar-benar
memahami sesuatu konsep. Hal ini disebabkan mereka secara aktif terlibat dalam
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang diterima untuk
membina pengetahuan baru.
20
4. Lebih yakin.
Murid diberi peluang untuk membina kefahaman sendiri tentang sesuatu apabila
belajar secara kontrukstivisme. Impaknya, diri mereka menjadi lebih yakin dan
berani dalam menghadapi masalah sekaligus dapat menyelesaikan masalah
dalam situasi baru.
5. Kemahiran sosial.
Konstruktivisme mewujudkan kemahiran sosial apabila murid berinteraksi
dengan rakan-rakan dan guru semasa mereka membina pengetahuan. Murid yang
mahir dalam bersosial mampu bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam
menghadapi sebarang bentuk cabaran.
6. Seronok.
Dalam pembelajaran konstruktivisme murid membina sendiri pengetahuan,
konsep dan idea secara aktif. Secara tidak langsung menjadikan mereka lebih
faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar walaupun menghadapi
pelbagai kemungkinan dan cabaran.
Menjelang abad ke-21 ini teori konstruktivisme semakin menjadi popular kerana
pembelajaran abad ke-21 menekankan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran melalui laman web menjadikan para
guru mengalihkan paradigma mereka daripada berkonsepkan behaviorisme dan kognitif
kepada konstruktivisme. Teori konstruktivisme merupakan teori yang paling sesuai
dijadikan panduan dan menjadi asas kepada kerangka teori kajian kerana konsepnya
dalam reka bentuk pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.
Zakaria (2015) telah membuat perbandingan berkaitan kesan pendekatan
konstruktivisme dan pendekatan tradisional terhadap pengajaran dan pembelajaran
KOMSAS. Menurut beliau, pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid, iaitu
pendekatan konstruktivisme dapat merangsang minda dan membantu murid memperoleh
serta menguasai pengetahuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya
21
KOMSAS. Dapatan kajian tersebut mendapati bahawa setelah didedahkan dengan
pendekatan konstruktivisme selama tiga minggu, murid kumpulan eksperimen
menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam ujian pasca berbanding kumpulan
kawalan yang diajar dengan menggunakan pendekatan tradisional. Kumpulan
eksperimen mencatatkan min 84.41 manakala kumpulan kawalan memperoleh min
68.44. Kumpulan kawalan menunjukkan peningkatan tetapi masih tidak dapat mengatasi
peningkatan yang dicapai oleh kumpulan eksperimen. Jelaslah, pendekatan
konstruktivisme telah meningkatkan prestasi murid dalam KOMSAS dan dapat
mengenal potensi murid secara keseluruhan melalui ujian pra dan pasca. Malah,
pendekatan ini juga dapat menggalakkan murid belajar secara kendiri dalam mencari
makumat berkenaan tajuk yang dipelajari.
Dollah (2004) dalam kajiannya telah mengaplikasikan teori konstruktivisme
dalam membangunkan perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) puisi dalam mata pelajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Hasil kajiannya
mendapati ciri-ciri interaktif yang terdapat dalam perisian membolehkan murid
memperolehi pengetahuan daripada perisian mengikut kehendak mereka tanpa sekatan.
Menurut Dollah, dalam membentuk kefahaman murid, pembelajaran berbantukan
komputer membantu murid untuk memahami sesuatu konsep dan idea dengan lebih jelas
apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan proses
mengingat akan lebih bermakna setelah memahami sesuatu konsep. Suasana ini
dikatakan sangat berbeza daripada cara belajar konvensional yang digunakan oleh guru
mereka sebelum ini. Hal ini menunjukkan bahawa, perisian yang dibangunkan dapat
memotivasikan dan menarik minat murid terhadap puisi yang merupakan salah satu
daripada genre sastera.
Menurut Abidin (2005) bahan pembelajaran berasaskan web perlu direka bentuk
mengikut strategi tertentu berasaskan kepada teori, pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran yang betul. Dalam kajian beliau yang bertajuk „Kesan Pendekatan
Pembelajaran Dalam Persekitaran Web Terhadap Prestasi dan Minat Pelajar Pelbagai
Tahap Kebolehan‟ telah berjaya membuktikan pendekatan pembelajaran berasaskan
teori konstrukstivisme dapat meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Bahasa
22
Melayu. Abidin telah membangunkan dua laman web yang menggunakan dua
pendekatan iaitu pendekatan berasaskan konstruktivisme dan satu lagi pendekatan
tutorial. Konstruktivisme mempunyai kelebihan kerana membina dan mengukuhkan
minat murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka untuk menerima
pelajaran melalui proses yang teratur. Menurut Abidin lagi, kaedah konstuktivisme
adalah kaedah yang dianggap dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran
murid dalam bidang bahasa. Oleh yang demikian, Abidin menyarankan agar
pembelajaran berasaskan web harus berpandukan teori konstruktivisme. Guru-guru dan
para pendidik seharusnya digalakkan mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme
dalam proses pengajaran mereka.
Kajian Siraj dan Salleh (2003) pula dijalankan untuk mengenal pasti jangkaan
aplikasi teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran peringkat sekolah
menengah pada masa akan datang. Kajian berfokus kepada pandangan pakar mengenai
jangkaan masa depan terhadap aplikasi teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran peringkat sekolah menengah. Dalam kajian mereka, teori konstruktivisme
diaplikasikan kerana teori ini memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah
pengajaran yang sesuai, manakala murid pula boleh menentukan masa yang diperlukan
untuk memperoleh sesuatu konsep. Menurutnya lagi, apabila berpusatkan murid, beban
guru sebagai pengajar akan berkurangan kerana guru hanya sebagai fasilitator. Dapatan
kajian mereka menunjukkan bentuk pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan
akan berpusatkan murid melalui penggunaan teknologi. Pembelajaran berasaskan
teknologi seperti web memudahkan murid mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bentuk. Selain itu, murid akan belajar dengan lebih mudah,
lebih seronok dan lebih berjaya dengan adanya aplikasi web.
Teori konstruktivisme juga diaplikasikan dalam pembelajaran kolaboratif
berasaskan portal yang merupakan jenis pembelajaran berasaskan web. Kajian
Yusoh(2010) melihat aspek keberkesanan portal pembelajaran dalam pembelajaran
kolaboratif yang menggunakan pendekatan konstruktivisme dan bagaimana prinsip
konstruktivisme dapat diaplikasikan dalam sesebuah portal pembelajaran berasaskan
web. Beliau membandingkan keberkesanan pembelajaran portal berasaskan teori
23
konstruktivisme dengan kaedah tradisional. Hasil kajian beliau telah membuktikan
bahawa portal yang dibangunkan itu memberi kesan positif kepada pembelajaran
pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Hasil
kajian tersebut menunjukkan keputusan ujian pasca bagi kumpulan eksperimen lebih
tinggi daripada kumpulan kawalan. Selain itu, portal tersebut telah mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan penggunaan yang fleksibel dari segi lokasi, masa dan
memberi kelebihan kepada pengguna.
Kajian Hussin, Rasul dan Abd Rauf (2013) berkenaan penggunaan laman web
sebagai transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam juga telah
menjadikan teori konstruktivisme sebagai asas dalam mengenal pasti model reka bentuk
dan teori pembelajaran yang berhubung kait dengan laman web. Dalam kajian tersebut
teori konstruktivisme diaplikasikan kerana teori tersebut memberi lebih penekanan
kepada murid berbanding daripada guru. Menurut mereka, murid yang akan berinteraksi
dengan web yang dibangunkan akan memperoleh kefahaman tentang bahan dan isi
kandungan pelajaran. Melalui pengalaman yang ada murid akan menyesuaikan
pengetahuan yang dibina dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
baru. Seterusnya murid akan membina sendiri konsep dengan membuat penyelesaian
kepada masalah. Berdasarkan kelebihan yang ada pada teori ini, mereka telah memilih
teori konstruktivisme untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam yang menggunakan laman web sebagai sumber utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian telah membuktikan bahawa murid dapat
mengawal pembelajaran mereka dengan baik secara kolaboratif, interaktif dan maya
kerana mampu menyediakan pembelajaran berdasarkan prinsip „just-in time‟ dengan
kompetensi „anywhere, anytime and anyone‟.
Kajian S Samsudin, Atan dan Guan (2009) dalam pembangunan laman web fizik
juga berdasarkan teori konstruktivisme. Tujuan kajian tersebut adalah untuk mengenal
pasti persepsi murid terhadap pembelajaran fizik yang berasaskan laman web yang
menggunakan pendekatan konstruktivisme. Fokus kajian adalah kepada empat aspek
iaitu hasil pembelajaran, kesesuaian, kelemahan dan kekuatan laman web tersebut.
Murid yang telah didedahkan dengan teknik pembelajaran melalui web berasaskan teori
24
konstruktivisme menyatakan bahawa web adalah satu teknik pembelajaran baru yang
menyeronokkan walaupun mereka terpaksa berusaha sendiri untuk memahami sesuatu
topik, sebenarnya mereka dapat mempelajari banyak perkara. Selain itu, perbincangan
sesama murid dan sokongan serta bimbingan dari fasilitator dapat membantu mereka
membina pengetahuan. Kajian ini juga telah membuktikan sejauhmana pendekatan
konstrukstivisme dapat diterima oleh murid.
Rahamat (2013) juga menggunakan teori konstruktivisme dalam kajiannya
bertajuk „Pembangunan dan Penilaian Pakej Pembelajaran Mudah Alih KOMSAS dalam
Bahasa Inggeris Tingkatan Empat‟. Pakej yang diberi nama Pakej e-Lit dibangunkan
berasaskan web yang yang menggabungkan penggunaan teknologi sebagai agen
penyampaian pengajaran dan pembelajaran KOMSAS Bahasa Inggeris tingkatan empat.
Kajian tersebut cuba menjelaskan kepentingan penggunaan teknologi berasaskan web
sebagai salah satu alat bantu belajar untuk dieksploitasi dalam pembelajaran KOMSAS
Bahasa Inggeris di sekolah dan sekaligus menarik minat murid ke arah pembelajaran.
Menurut Rahamat lagi, teori ini bersesuaian dengan ciri- ciri pakej pembelajaran yang
dibangunkan. Rahamat juga menyatakan kepelbagaian pendekatan dalam bilik darjah
tidak seharusnya hanya berpandukan kepada penggunaan bahan bercetak sahaja untuk
mencapai matlamat pencapaian yang baik tetapi pendekatan yang dapat menyentuh
emosi akan dapat memberi impak yang sangat hebat. Oleh itu, guru wajar
mempelbagaikan pendekatan yang bukan sahaja terlalu memberi fokus kepada kejayaan
dalam prestasi peperiksaan tetapi perlu memberi fokus kepada perkembangan afektif
dalaman murid. Hasil kajian menunjukkan murid memberi penilaian yang positif
terhadap sembilan aspek reka bentuk pakej e-Lit seperti yang jangkakan dalam objektif
kajian. Terdapat hubungan yang positif antara sikap pelajar, reka bentuk pakej e-Lit dan
kepuasan penggunaan pakej E-Lit.
Pengkaji lain yang menyokong penggunaan teori konstruktivisme dalam
pembelajaran berasaskan web ialah Gillani (1997) yang menyatakan bahawa
pembelajaran berasaskan web akan berfungsi baik sekali dalam suasana konstruktivisme
kerana murid dapat menghubungkan daripada satu maklumat kepada satu maklumat
yang lain mengikut minat dan tujuan individu. Menurut Othman (2010) pula,
90
RUJUKAN
Abdul Halim, N. (2015). Pola Penggunaan Internet dalam Pembelajaran Bahasa
Melayu Pelajar Menengah Luar Bandar di Daerah Pasir Mas. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Abd Samat, S., Darus, C. H., Wan Ali, W.A., & Abd Manaf, A. (2002). Penyelidikan
Tindakan ke Arah Meningkatkan Kemahiran Mengajar untuk Membolehkan
Pelajar Tingkatan Lima Memahami Novel Konserto Terakhir. Seminar
Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-IX (pp. 77-88). Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Abidin, M. (2005). Kesan Dua Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Web
Terhadap Prestasi dan Minat Pelajar Pelbagai Tahap Kebolehan. Universiti
Sains Malaysia.
Ajjan, H., & Hartshorne, R. (2018). Investigating Faculty Decisions to Adopt Web 2.0.
technology :Theory and Empirical Test. The Internet and Higher Education.
11(2), 71-80. Science Direct.
Alessi, S.M, &.Trollip, S.R. (2001). Multimedia for Learning:Methods and
Development. Boston,MA: Allyn & Bacon.
Ali, B., & Badioze Zaman, H. (2008). Kejuruteraan Perisian Kursus Multimedia
Matematik Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-Maths). Jurnal
Teknologi Maklumat dan Multimedia, 5:41-63.
Amir, J. (2007). Sastera dalam Pendidikan Perlu Pemikiran Semula. Dewan Sastera (pp.
40-42). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arshad, M. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu : Strategi Perancangan dan
Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Atan, S. S., & Badusah, J. (2013). Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(1):31-41.
Awang, M., & Ismail, R. (2003). Web sebagai Media Pembelajaran:Kajian Kes Pelajar
Program Pengurusan Perniagaan. Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-16.
Melaka.
91
Aziz, N. A. (2009). Pembangunan Modul Pengajaran Berbentuk Video Menggunakan
Mediasite dalam Subjek Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Baharudin, S. H., Badusah,J. (2015). Tahap Penggunaan Web 2.0 dalam Pengajaran
Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
ISSN:2180-4842, Vol.5,Bil.2:38-48.
Baharudin, S. H., & Badusah, J. (2016). Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru
Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Web 2.0 dalam Pengajaran Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Best, J., & Khan, J. (1998). Research in Education. Massachusetts: Allyn and Bacon.
Chuah, K. M. (2013). Aplikasi Media Sosial dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris:
Persepsi Pelajar Universiti.Issues in Language Studies, 2(1):56-53.
Creswell, J. W. (2012). Educational Research, Fourth Edition. Pearson Education.
Dollah, H. (2004). Pembangunan Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer Bertajuk Puisi dalam Komponen Sastera Bahasa Melayu Menengah
Rendah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Embi, M. A. (2013). Web 2.0 Interactive Tools: A Quick Guide. Pusat Perkembangan
Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fadila, N., Mahamod, Z., & Wan Mohamad, W. M. (2016). Kompetensi, Sikap dan
Penggunaan Aplikasi Web 2.0 sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan
Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
ISSN:2180-4842.Vol.6,Bil.2:52-58.
Galis, A. E. (2011). Minat Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS
dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di SMK DPHA Gapor, Kuching,
Sarawak. Universiti Terbuka Malaysia.
Ghafar, M. N. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Gillani, A. R. (1997). Web Based Instruction And The Traditional Classroom:
Similarities and Differences. new Jersey: Educational Technology Publications.
Hamdan, A., Din, R., Abdul Manaf, S. Z., Mat Salleh, N. S., Kamsin, F., Norman, H.,
Mohamad Zaid, A. S. (2015). Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam
Mencapai Pembelajaran Bermakna. Sains Humanika.
92
Hassan, M. W. (2006). Motivating Learners In A Online Collaborative Environment
Using A Blended Model For Enhance Learning. Nanyang Technological
University.
Heinich, R., Molenda,M., & Russell, J. (1982). Instructional Media And The New
Technologies of Instruction. New York, Macmillan.
Hussin, N., Rasul, M. S., & Abd Rauf, R. (2013). Penggunaan Laman Web sebagai
Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. The Online
Journal of Islamic Education, Vol.1 Issue 2.
Ibrahim, S. (2015). Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
Menggunakan Teknologi Multimedia Pada Abad ke-21. Universiti Malaysia
Sarawak.
Ibrahim, Z., Shing, N. K., Sharmeeze, Alias, N., & Dewitt, D. (2014). Pembangunan
Modul PedagogiPembelajaran Berasaskan Padlet untuk Pelajar Pekak di IPT.
Ismail, M. A. (2003). Web sebagai Media Pembelajaran: Kajian Kes Pelajar Program
Pengurusan Perniagaan. Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-16, Melaka.
Ismail, N. (2016). Hubungan Antara Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar
Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Komponen
Sastera (KOMSAS). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jaidi, N., Abdullah, Y., Tarasat, S., & Rahman, S. (2014). Kesan Penggunaan Perisian
iMindMap dalam Penulisan Karangan Jenis Rencana. Procedia-Social Sciences,
134(2014)389-398.
Jantan, R. A. (2007). Pembangunan dan Penilaian Perisian Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi Tajuk Cerpen Dugong dalam
Komponen Sastera Bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jasmi, K. A., Tamuri, A. H., & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Kajian Kes Penggunaan
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam
Sekolah Bandar dan Luar Bandar:Satu Kajian Perbandingan. Jurnal Teknologi
(Sains Sosial), 179-198.
Jones, T.& Brown, C.(2011). Reading Engagement:A Comparison between E-Book
& Tradisional Print Books in Elementary Classroom. International Journal
Instrument, 4(2):5-22.
Kadir, N. H. (2007). Kewajaran Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Jurnal
Peradaban Melayu, Jilid 5.
93
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kerlinger. (1986). Foundations of Behavioral Research: Educational,Psychological and
Sociological Enquiry. Wadsworth Publising Co Inc.
Khadir, R. (2010). Minat Pelajar Terhadap Penggunaan Bahan Komsas Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua. Open University,
Kuala Lumpur.
Khan, B. H. (2005). Designed and Developed E-Learning for Program
Evaluation.Department of Energy, Washington, D.C.
Konting, M. M. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Konting, M. M. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Laungeng, S. H. (2016). Strategi Peta Konsep dan Strategi Tradisional Terhadap
Pencapaian KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, ISSN:2180-4842,Vol. 6, Bil.1:30-37.
Li, L. T., & Mai, N. (2007). Students Perceptions on Using Web 2.0 Technologies In A
Multimedia Mediated Learning Environment. Universiti Multimedia, Melaka.
Lope Pihie, Z. A., & Elias, H. (2000). Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan,
Keusahawanan, Ekonomi Asas. Universiti Pertanian Serdang.
Mahamod, Z. (2012). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar
Melayu Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan UKM.
Mahamod, Z., & Mohamad Noor, N. A. (2011). Persepsi Guru tentang Penggunaan
Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu.
GEMA Online Journal of Language Studies, 11(3).
Maloney, E. (2007). What Web 2.0 Can Teach us About learning. Chronicle of Higher
Education, 25 (18).
Maswan, I. N. (2011). Aplikasi Pendekatan Inkuiri dalam Persekitaran Pembelajaran
Berasaskan Web . Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Mat, N. (2006). Teknik Mengajar KOMSAS (Komponen Sastera). Kuala Lumpur: PTS
(Profesional Publishing Sdn. Bhd.).
94
Mat Jasin, Z., & Shaari, A. S. (2012). Keberkesanan Model Lima Fasa Needham dalam
Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
ISSN:2180-4842.Vol.2,Bil.1:79-72.
Mohamad, A. (2009). Analisis Kesesuaian Pemilihan Teks Bagi Genre Cerpen dan
Novel Komponen Sastera Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Mohamad, N. (2013). Penggunaan Modul Pembelajaran Kemahiran Jawi. Universiti
Teknologi Mara.
Mohamad Noor, N. A., Mahamod, Z., Hamat, A., & Embi, M. A. (2012). Persepsi
Pelajar Terhadap Aplikasi Perisian Multimedia dalam Pembelajaran KOMSAS
Bahasa Melayu Tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, ISSN:2180-
4842,Vol.2,Bil.1:1-16.
Mohd Najib, A. G. (2003). Reka Bentuk Tinjauan, Soal Selidik Pendidikan. Universiti
Teknologi Mara.
Murphy, J., & Lebans, R. (2008). Unexpected Outcomes:Web 2.0 In The Secondary
School Classroom. International Journal of Technology in Teaching and
Learning, 4(2),134-147.
Mustafar, N. A. (2016). Perception of English Teachers and Students On Padlet and
Socrative as Collaborative Learning Tools. Universiti Teknologi Malaysia.
Nair, S., & Arumugam, R. (2006). Keberkesanan Kaedah Model Skema Bagi
Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar terhadap Cerpen Bahasa Melayu.
MJLI Vol.3, 65-89.
Ngasiman, N. (2014). Kesan kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian
Pelajar dalam Mata Pelajaran Matematik. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Dali, N. (2016). Rasional Rekabentuk Instruksional Model ASSURE
dalam Pembangunan Courseware Pengajaran dan Pembelajaran.
Othman, M. (2014). Kesan Pembelajaran Kolaboratif dalam Persekitaran Web 2.0
Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar dalam Pembelajaran Sains.
Universiti Teknologi Malaysia.
Othman, M. Z. (2010). Pembangunan Aplikasi Web dan Mulltimedia Berdasarkan Teori
Konstruktivisme dalam Mempelajari Konsep Lukisan Perspektif bagi Mata
Pelajaran Luksan Kejuruteraan Tingkatan Lima . Universiti Teknologi
Malaysia.
95
Othman, N. F. (2010). Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Kalangan Pelajar
Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.
Othman, Y., Baki, R., & Mat, N. (2009). Pemerkasaan Bahasa Melayu : Dari Teori
ke Praktik. Selangor: Utusan Pablications & Distributions Sdn. Bhd.
Piaw, C. Y. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill
(Malaysia).
Piaw, C. Y. (2012). Asas Statistik Penyelidikan. Edisi Kedua. McGraw-Hill (Malaysia)
Sdn.Bhd.
Puteh, S. N., & Abd Salam, K. A. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam
Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Pra
Sekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 36(1):25-34.
Rahamat, R. (2013). Pembangunan dan Penilaian Pakej Pembelajaran Mudah Alih
Komsas dalam Bahasa Inggeris Tingkatan Empat. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Razak, R. A. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam
Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik.
S Samsudin, D., Atan, H., & Guan, S. K. (2009). Kesan Pembelajaran Konstruktivisme
Berasaskan Laman Web dalam Kalangan Pelajar Fizik. Konvensyen Penyelidikan
ke-16 dalam Pendidikan dan Latihan:Trend dan Isu. Universiti Sains Malaysia.
Saidin, Z. (2011). Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Salleh, S. (2005). Interaksi Lisan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen
Ksusasteraan Melayu (KOMSAS) dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sathiaphati, M.K. (2004). Keberkesanan Pendekatan Skema Terancang Terhadap
Kefahaman Bacaan Sajak (KOMSAS) Bahasa Melayu di kalangan Murid-Murid
Tingkatan 4. Universiti Sains Malaysia.
Siraj, S., & Salleh, M. P. (2003). Aplikasi Teknologi dan Pengajaran dan Pembelajaran
Peringkat Sekolah Menengah : Jangkaan Masa Depan. Jurnal Pendidikan,
Universiti Malaya.
Smaldino, S. (2007). Instructional Technology and Media For Learning Ninth Edition.
New Jersey Columbos, Ohio: Pearson Merril Prentice Hall.
96
Sundee, S. R. (2005). Kesan Pendekatan Model Skema Terhadap Kefahaman Sajak
Bahasa Tamil di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Universiti Sains Malaysia.
Tuaran, J. (2013). Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek
Sejarah dan Geografi. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi, Universiti
Malaysia Sabah.
Wan Ismail, W. H. (2014). Aplikasi Google dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wettasinghe, M., & Hasan, M. (2006). Motivating Learners In An Online Collaborative
Enviroment Using A Blended Model For Enhanced Learning . Nanyang
Technological University, Nanyang Walk, Singapore.
Wiersma, W. (2000). Research Methods In Education: An Introduction.7th
Ed.
Boston: Allyn&Bacon
Yahaya, A., & Latif, J. S. (2005). Membentuk Identiti Remaja. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Yusoff, N. M. (2015). Keberkesanan Penggunaan Buku Elektronik dalam Pencapaian
Pemahaman Bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yusoff, W.N.(2012).Pembelajaran Bahasa Melayu Pra Sekolah Menerusi Web
Berdasarkan Teori Pembelajaran Visual Dinamik. Universiti Teknologi
Malaysia.
Yusoh, Z. (2010). Keberkesanan Pembelajaran Kolaboratif Berasaskan Portal
Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar PPISMP. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Zahary, R. A. (2014). Hubungan Motivasi dengan Pencapaian Pelajar dalam Mata
Pelajaran Bahasa Melayu. Universiti Teknologi Malaysia.
Zakaria, S. N. (2015). Kesan Pendekatan Kostruktivisme dan Pendekatan Tradisional
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, ISSN:2180-4842 Vol.5, Bil.2:12-21.