ar tumbuhan

Download Ar Tumbuhan

If you can't read please download the document

Upload: muhd-ahia

Post on 01-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

TUMBUHAN

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKANKERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKANMuka Surat 12KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKANMENAMBAH BAIK KAEDAH PENGAJARAN GURU BAGI TAJUK CIRI-CIRI LUARAN TUMBUHAN MENGGUNAKAN TEKNIK PROJEK HERBARIUMOlehMUHAMMAD AHIA BIN MAGSAYSAYPPG SAINS 2IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKPENDAHULUAN Tajuk ciri-ciri luaran tumbuhan merupakan salah satu tajuk yang perlu dikuasai oleh murid menurut Standard Prestasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid Tahun 3. Dalam tajuk ini, saya perlu mengajar kemahiran untuk mengenalpasti ciri-ciri luaran tumbuhan seperti jenis daun, jenis batang, jenis akar, berbunga atau tidak berbunga dan berbuah atau tidak berbuah. Apabila dipecahkan kepada kepelbagaian tumbuhan yang terdapat dipersekitaran murid-murid, adalah didapati bahawa saya gagal untuk menerapkan kemahiran ini kepada murid-murid saya. Kebanyakan tumbuhan yang terdapat dipersekitaran sekolah ataupun disekeliling murid-murid adalah terdiri daripada kepelbagaian jenis tumbuhan dengan kepelbagaian ciri-ciri luaran bagi setiap tumbuhan tersebut. Bagi memberikan penguasaan yang lebih kepada kemahiran ini, saya perlu mengajar dengan lebih terperinci mengenai ciri-ciri luaran bagi setiap jenis tumbuhan yang terdapat disekeliling murid-murid saya ataupun yang terdapat di persekitaran sekolah. Kepelbagaian yang besar ini agak menyukarkan saya untuk memberikan penguasaan yang baik kepada murid-murid. Isu atau masalah yang dihadapi.Antara masalah yang dikenalpasti ialah kaedah pengajaran yang digunakan. Saya mendapati kaedah pengajaran mengggunakan teknik lukis dan label kurang memberikan pemahaman kepada murid-murid. Ini kerana saya gagal untuk menerangkan dengan terperinci mengenai ciri-ciri luaran tumbuhan yang pelbagai jenis disekeliling sekolah kerana hanya berdasarkan kepada lukisan sahaja. Saya hanya memfokuskan kepada lukisan ciri-ciri tumbuhan. Contohnya saya hanya melukis gambar jenis daun untuk membezakan antara daun urat selari dan daun urat jejala. Manakala murid pula perlu melukis semula gambar tersebut di dalam buku nota sains mereka dan melabelkannya. Penerangan saya mengenai ciri-ciri luaran tumbuhan ini juga hanya berfokus kepada lukisan daun yang saya buat. Ini menyebabkan murid hanya berimaginasi mengenai jenis-jenis ciri-ciri luaran tumbuhan tersebut.Selain itu, saya juga kurang menggunakan bahan bantu mengajar yang realistik berkaitan tajuk ini. Saya lebih suka menggunakan bahan bantu mengajar seperti lukisan bahagian-bahagian tumbuhan tersebut yang saya sediakan pada kad manila. Ini kerana saya beranggapan bahan bantu mengajar tersebut lebih mudah dan boleh dikitar semula untuk digunakan pada masa hadapan. Penggunaan bahan bantu mengajar ini jelas tidak banyak membantu dalam memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai tajuk ini. Saya juga tidak menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih realistik seperti membawa sendiri bahagian-bahagian tumbuhan tersebut ke dalam kelas untuk memberikan gambaran sebenar mengenai ciri-ciri luaran tumbuhan.Saya juga mendapati bahawa penggunaan gambar di dalam buku teks adalah kurang berkesan kepada murid pada usia 9 tahun. Ini kerana, murid pada usia ini lebih sesuai untuk mempelajari sesuatu melalui pengamatan kesemua deria mereka seperti menyentuh, merasa, menghidu, melihat dan mendengar. Apabila kaedah pengajaran menggunakan gambar digunakan, murid sukar untuk menggambarkan situasi atau keadaan sebenar tumbuhan tersebut. Imaginasi kanak-kanak pada usia ini juga agak terhad kepada tumbuhan yang biasa mereka perhatikan sahaja.Penggunaan bahan bantu mengajar berunsur gambar dan lukisan juga merupakan kaedah pengajaran yang membosankan murid. Penggunaan kaedah pengajaran berfokuskan gambar dan lukisan ini jelas tidak menarik minat murid kerana mereka hanya duduk dan memerhatikan gambar dan lukisan yang disediakan oleh guru mengenai ciri-ciri luaran tumbuhan. Murid-murid pada usia ini akan mudah hilang tumpuan dan tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran guru.Akhir sekali saya juga mendapati bahawa saya gagal untuk memenuhi keperluan struktur organisasi kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tingkah laku yang aktif. Kaedah pengajaran yang saya rancang adalah bersifat pasif. Ini menyebabkan murid-murid yang aktif ini tidak menumpukan perhatian kepada bahan bantu mengajar dan juga penerangan yang saya berikan. Perancangan yang saya jalankan hanyalah perancangan yang dinamakan syok sendiri. Ini kerana saya langsung tidak mengambil kira latar belakang dan tingkah laku murid-murid di dalam kelas.2.0 FOKUS KAJIAN Memandangkan terdapat beberapa kelemahan yang wujud didalam kaedah pengajaran yang saya jalankan sehingga menyebabkan kebanyakan murid gagal untuk menguasai kemahiran mengenalpasti ciri-ciri luaran tumbuhan. Saya bercadang untuk menjalankan satu penyelidikan tindakan mengenai penambahbaikan kaedah pengajaran yang sesuai untuk tajuk ini.Fokus kajian ini adalah untuk menambahbaik kaedah pengajaran bagi tajuk ciri-ciri luaran tumbuhan menggunakan kaedah projek herbarium. Ini kerana, penggunaan kaedah projek ini didapati mampu memberikan pengalaman belajar yang lebih realistik kepada murid-murid. Melalui pembelajaran yang lebih realistik ini, adalah diharapkan agar murid akan lebih berminat dan memahami ciri-ciri luaran tumbuhan. Melalui projek ini, murid akan dibimbing untuk menghasilkan herbarium menggunakan tumbuhan yang terdapat disekeliling sekolah. Ini bermakna murid akan terdedah secara langsung kepada tumbuhan yang sebenar. Mereka dapat berinteraksi dengan terus dengan bahan yang sebenar atau realistik tanpa perlu berimaginasi untuk memahaminya.Kaedah pengajaran berasaskan projek ini juga secara langsung akan menggabungkan kaedah pengajaran berasaskan kajian lapangan. Ini kerana, murid akan keluar daripada kelas dan membuat kajian lapangan untuk memilih tumbuhan yang akan dijadikan herbarium dalam projek tersebut. Ini bermakna kaedah pengajaran ini akan memberikan lebih pemahaman kepada murid kerana menggunakan dua kaedah pengajaran dalam satu masa.Kajian ini juga akan berfokuskan kepada penambahbaikan iklim pengajaran guru kepada yang lebih menyeronokkan dan bermakna. Penggunaan kaedah pengajaran berasaskan projek dapat memberikan keseronokan belajar kepada murid dan seterusnya dapat menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran yang hendak diterapkan. Ia juga seterusnya akan memberikan satu pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid dalam mempelajari tajuk ini. Murid akan sentiasa dapat mengingati sesi pembelajaran berasaskan projek ini dan seterusnya memberikan satu kemahiran yang konkrit kepada murid.Selain itu, kajian ini juga akan dapat meningkatkan keyakinan guru dan semangat guru untuk mengajar. Apabila kaedah penngajaran berasaskan projek digunakan, guru akan merasa lbih yakin untuk mengajar kerana murid akan sentiasa menunjukkan minat dan semangat untuk belajar yang lebih baik. Keadaan ini akan memberikan keyakinan dan semangat kepada guru untuk mengajar dengan lebih baik pada masa hadapan. OBJEKTIF KAJIANKajian dilakukan untuk memastikan kaedah pengajaran menggunakan projek herbarium dapat mengatasi kegagalan saya untuk mengajar tajuk ciri-ciri luaran tumbuhan kepada murid-murid saya.Soalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut. Adakah kaedah pengajaran berasaskan projek herbarium dapat menambahbaik pengajaran saya untuk menerangkan mengenai tajuk ciri-ciri tumbuhan kepada murid-murid saya di Tahun 3. KUMPULAN SASARAN Kajian ini adalah mensasarkan kepada murid-murid dari kelas 3 Ibnu Yunus. Terdapat 32 orang murid di dalam kelas ini yang terdiri daripada 12 orang murid perempuan dan 20 orang murid lelaki. Daripada 32 orang murid tersebut, 27 orang murid adalah berbangsa Melayu dan 5 orang lagi adalah berbangsa India. Tahap penguasaan pembelajaran murid-murid dari kelas ini adalah dalam peringkat pertengahan iaitu tidak cemerlang dan tidak mempunyai masalah pembelajaran. Latar belakang kebanyakan murid dalam kelas tersebut adalah terdiri daripada keluarga yang mempunyai pendapatan sederhana iaitu berdasarkan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2000 sebulan. Dari segi tingkah laku pula, kebanyakan murid dalam kelas ini adalah aktif. Ini kerana jumlah murid lelaki adalah lebih ramai daripada jumlah murid perempuan. PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN Bagi menambahbaik pengajaran saya mengenai tajuk ciri-ciri luaran tumbuhan dalam kelas 3 Ibnu Yunus, saya bercadang untuk mengubah kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran berasaskan projek. Dan projek yang saya pilih untuk tajuk ini ialah projek menghasilkan herbarium. Ini kerana saya dapati kaedah pengajaran saya sebelum ini gagal untuk memberikan pemahaman kepada murid-murid.5.1 PERANCANGAN LANGKAH PELAN TINDAKANKaedah pengajaran berasaskan projek ini boleh dijalankan di dalam kelas 3 Ibnu Yunus berdasarkan latar belakang murid yang aktif dan kesesuaian persekitaran sekolah untuk menjalanakan kaedah pengajaran berasaskan projek. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan sekolah yang sesuai untuk dijadikan projek herbarium. Langkah-langkah pelaksanaan pengajaran berasaskan projek adalah seperti berikut.Langkah 1: Saya akan mengajak murid untuk keluar daripada kelas dan mengadakan kajian lapangan untuk mengenalpasti tumbuhan yang terdapat di kawasan sekolah. Kawasan kajian lapangan yang akan dipilih ialah Taman Sains Sekolah. Ini kerana kawasan Taman Sains Sekolah mempunyai kepelbagai tumbuhan yang sesuai untuk tajuk ini.Langkah 2: Saya akan menerangkan kepada murid-murid mengenai ciri-ciri luaran tumbuhan seperti jenis urat daun, jenis batang, jenis akar, berbunga atau tidak dan berbuah atau tidak. Penerangan yang dibuat akan berdasarkan kepada contoh tumbuhan yang terdapat di kawasan kajian lapangan yang telah dipilih iaitu di kawasan Taman Sains Sekolah. Langkah 3. Saya akan mengarahkan murid untuk memerhatikan ciri-ciri luaran tumbuhan yang terdapat di kawasan Taman Sains Sekolah berdasarkan penerangan yang telah saya berikan.Langkah 4.Saya akan duduk dalam bulatan bersama-sama dengan murid untuk mengadakan sesi soal jawab dan perbincangan dengan murid mengenai ciri-ciri luaran tumbuhan yang kurang mereka fahami.Langkah 5.Saya akan menunjukkan satu contoh projek herbarium yang telah saya sediakan kepada murid-murid. Dan menerangkan kepada murid-murid mengenai cara menghasilkan projek tersebut. Ciri-ciri projek herbarium tersebut ialah:Gunakan kertas bersaiz kertas lukisan.Pilih tumbuhan yang lengkap yang mempunyai daun, batang, akar, bunga (jika berbunga) dan buah (jika berbuah).Pastikan tumbuhan yang dipilih boleh muat untuk dilekatkan pada kertas lukisan yang telah disediakan.Lekatkan tumbuhan yang telah dipilih menggunakan gam cecair pada kertas lukisan.Pastikan bahagian tumbuhan dapat dilihat dengan jelas seperti urat daun, batang dan juga akarnya.Labelkan setiap bahagian tumbuhan dengan betul seperti jenis urat daun, jenis batang dan jenis akar.Sila rujuk guru jika kurang pasti dengan ciri-ciri luaran tumbuhan tersebut.Tuliskan nama dan kelas serta nama tumbuhan yang dipilih dengan jelas pada bahagian hadapan kertas lukisanBalut keseluruhan projek tersebut menggunakan plastik pembalut yang lut sinar.Langkah 6.Saya akan mengarahkan murid-murid untuk menghasilkan satu projek herbarium bagi setiap orang. Projek herbarium yang dihasilkan mestilah mempunyai ciri-ciri yang betul seperti contoh yang telah ditunjukkanPERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA Terdapat tiga teknik pengumpulan data yang saya akan gunakan untuk menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian yang diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa akan saya gunakan dalam penyelidikan ini iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan bukti dokumen. Pemerhatian merupakan teknik yang berkesan dalam pengumpulan data untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah. Lazimnya, dalam pemerhatian, saya melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapat maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat merapatkan diri dengan murid-murid dan dapat mengenalpasti kelemahan pengajaran saya.Saya juga menggunakan teknik temubual untuk mengumpul data. Saya akan menemubual beberapa orang murid mengenai pandangan mereka mengenai pengajaran yang saya laksanakan di dalam kelas. Saya juga akan menemubual guru-guru sains yang lain mengenai kaedah pengajaran yang saya gunakan.Saya akan memerhatikan tingkah laku murid-murid saya ketika saya menyampaikan sesuatu penerangan. Antara tingkah laku yang saya kenalpasti adalah seperti menunjukkan tanda-tanda tidak berminat dengan penerangan saya dan mengantuk ketika saya megajar.Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga akan memperolehi data daripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen ini kemudiannya saya akan analisis untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini, dokumen yang saya kutip adalah hasil kerja murid. PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA Bagi kaedah temubual, saya akan menggunakan cara menganalisis data mengunakan transkripsi. Iaitu menaip semula soalan yang akan ditanyakan kepada murid-murid atau guru yang lain dan juga jawapan yang mereka berikan.Bagi kaedah pemerhatian, saya akan sediakan jadual catatan mengenai pemerhatian yang saya jalankan terhadap murid-murid.Bagi bukti dokumen pula, saya akan mengambil gambar beberapa dokumen dan hasil kerja murid. Gambar-gambar tersebut akan dicetak dan dilampirkan.PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKANPerancangan bagi pelaksanaan tindakan untuk kajian ini, saya telah menyediakan jadual pelaksanaan kajian serta kos kajian ini. Jadual pelaksanaan adalah dibina berdasarkan perancangan yang hendak dilaksanakan sepanjang menjalankan kajian ini. Kos kajian ini pula dirangka mengikut kos sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan. Ia juga turut merangkumi kos-kos lain yang tidak dijangka. Jadual pelaksanaan yang dibina adalah berdasarkan carta GANTT. Penggunaan carta ini dilihat lebih mudah untuk difahami dan jelas menerangkan perancangan yang akan dilaksanakan sepanjang kajian ini dijalankan.JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKANJadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian penyelidkan tindakan.BIL.AKTIVITITARIKH PELAKSANAAN1.Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal.1 Mac 2015Hingga15 Mac 20152.Menentukan objektif kajian16 Mac 20153.Merancang tindakan18 Mac 2015Hingga26 Mac 20154.Melaksanakan tindakan27 Mac 2015Hingga 11 April 20155.Menganalisis tindakan12 April 2015Hingga14 April 20156.Membuat refleksi15 April 20157.Menulis laporan kajian16 April 2015Hingga26 April 20158.Pembentangan penyelidikan tindakan27 April 20155.4.2 KOS KAJIANPenyata kewangan berikut menerangkan mengenai kos keseluruhan kajian ini daripada sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan.ANGGARAN PERBELANJAANPerbelanjaan RMKertas A4 (RM12.00 X 1 rim) 12.00Kertas lukisan (RM1.00 X 32 orang) 32.00Plastik pembalut(RM8.00 X 2 gulung) 16.00Gam cecair(RM0.50 X 32 orang) 16.00Ink printer(RM112.00 X 1 unit) 112.00 Jumlah 188.00RUJUKAN Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc. Levine, M. D. (1994). Educational care: A system for understanding and helping children with learning problems at home and in school. Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc. Noraini Binti Ombi (2009), Jurnal Kertas Kerja Kajian Kes ke atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Institut Pendidikan Guru Kampus Bukit Lintang. Norizan Binti Esa (2005), Jurnal Kemahiran Menulis Secara Kaedah Ansur Maju. Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosinah Edinin (PhD), (2011) Cetakan 2012. Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. Sasson, R (1983). The practical guide to childrens Handwriting. Great Britain: Thames and Hudson.Sasson, R (1983). Handwriting: The way to teach it. Cheltenham: Stanley Thomas.Mariayee A/P Suppiah (2011). Meningkatkan Kemahiran Menulis Bentuk Dalam Bahasa Malaysia Bagi Murid Tahun 1. Dimuat turun daripada http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakan- masalah.html pada 9 September 2012.LAMPIRANLampiran 1Transkripsi Protokol Temubual