arahan latihan kebakaran kecemasan

2
 SMK PEREMPUAN PUDU 2012  ARA HAN L ATIHA N KEB AK ARA N/KECEMASA N 1. Sesiapa yang menyedari ada kebakaran di kawasan sekolah hendaklah menjerit “ Api, Api, Api “ dan terus memberitahu kakitangan pejabat sekolah untuk menelefon BOMBA NO : 999 dan membunyikan isyarat kebakaran. 2. Kerani yang bertanggung jawab pada hari itu ad alah bertanggungjawab membuat aduan segera kepada pihak bomba yang berdekatan. 3. Bunyi loceng kebakaran yang berpanjangan atau bunyi siren yang berterusan menandakan isyarat kebakaran atau latihan kecemasan kebakaran. 4. Berhenti serta me rta daripada kerja y ang dilak ukan, kelua r dari k elas dan bergerak dengan cepat ke Pusat Kawalan (padang sekolah). 5. Guru-guru hendak lah m emastikan semua sui s elektrik , paip gas dan pintu- pintu ditutup dengan segera sebaik sahaja mendengar isyarat kebakaran. 6. Semua guru dan pelajar hendaklah meninggalkan atau mengosongkan semua bangunan sekolah dengan teratur dan pantas mengikut arah anak panah yang ditunjukkan dalam pelan kebakaran sekolah. 7. Semua barang seperti beg sekolah hendaklah ditingg alkan dalam bilik darjah. 8. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku rekod k edatanga n ke tempat perhimpunan. Buku rekod kedatangan yang ada di dalam bilik darjah adalah menjadi tanggungjawab guru yang mengajar ketika itu. 9. Semua guru tingkatan hendaklah menyemak buku rekod kedatangan k elas masing-masing dan melaporkan jika ada muridnya yang hilang kepada penyelia tingkatan. Penyelia tingkatan hendaklah terus membuat laporan kepada pengetua/pentadbir. 10. Guru-guru yang m engajar di bilik darjah dan bilik-bilik k has yang ada alat pemadam api hendaklah memastikan bahawa alat itu dibawa ke tempat berkumpul iaitu di Pusat Kawalan (padang sekolah). 11. Guru-guru yang tidak m engajar, staf sokongan makmal dan pejabat adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan alat pemadam api dan berkumpul di pusat kawalan untuk menerima arahan. 12. Bunyi loceng tiga kali bererti kebakaran/latihan kebakaran telah berakhir dan semua murid boleh kembali ke kelas masing-masing.

Upload: john-logan

Post on 04-Oct-2015

102 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • SMK PEREMPUAN PUDU 2012

    ARAHAN LATIHAN KEBAKARAN/KECEMASAN

    1. Sesiapa yang menyedari ada kebakaran di kawasan sekolah hendaklah

    menjerit Api, Api, Api dan terus memberitahu kakitangan pejabat sekolah untuk menelefon BOMBA NO : 999 dan membunyikan isyarat kebakaran.

    2. Kerani yang bertanggungjawab pada hari itu adalah bertanggungjawab membuat aduan segera kepada pihak bomba yang berdekatan.

    3. Bunyi loceng kebakaran yang berpanjangan atau bunyi siren yang berterusan menandakan isyarat kebakaran atau latihan kecemasan kebakaran.

    4. Berhenti serta merta daripada kerja yang dilakukan, keluar dari kelas dan bergerak dengan cepat ke Pusat Kawalan (padang sekolah).

    5. Guru-guru hendaklah memastikan semua suis elektrik, paip gas dan pintu-pintu ditutup dengan segera sebaik sahaja mendengar isyarat kebakaran.

    6. Semua guru dan pelajar hendaklah meninggalkan atau mengosongkan semua bangunan sekolah dengan teratur dan pantas mengikut arah anak panah yang ditunjukkan dalam pelan kebakaran sekolah.

    7. Semua barang seperti beg sekolah hendaklah ditinggalkan dalam bilik darjah.

    8. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku rekod kedatangan ke tempat perhimpunan. Buku rekod kedatangan yang ada di dalam bilik darjah adalah menjadi tanggungjawab guru yang mengajar ketika itu.

    9. Semua guru tingkatan hendaklah menyemak buku rekod kedatangan kelas masing-masing dan melaporkan jika ada muridnya yang hilang kepada penyelia tingkatan. Penyelia tingkatan hendaklah terus membuat laporan kepada pengetua/pentadbir.

    10. Guru-guru yang mengajar di bilik darjah dan bilik-bilik khas yang ada alat pemadam api hendaklah memastikan bahawa alat itu dibawa ke tempat berkumpul iaitu di Pusat Kawalan (padang sekolah).

    11. Guru-guru yang tidak mengajar, staf sokongan makmal dan pejabat adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan alat pemadam api dan berkumpul di pusat kawalan untuk menerima arahan.

    12. Bunyi loceng tiga kali bererti kebakaran/latihan kebakaran telah berakhir dan semua murid boleh kembali ke kelas masing-masing.