artikel edu
DESCRIPTION
contoh artikelTRANSCRIPT
rencana
ARKIB : 14/05/2014
Guru dan cabaran semasaOleh DR. AMINUDIN MANSOR
DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.
Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.
Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.
Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.
Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.
Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.
Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.
Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).
Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.
Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.
Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.
Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.
Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.
* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;
* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara
* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;
* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;
* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;
* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;
* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan
* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.
Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang.
Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam kehidupan.
PENULIS ialah Pengamal media, ber
iga Cabaran Perpaduan dan Integrasi Nasional
at Tuesday, September 11, 2012
Dalam mengutarakan perpaduan dan interasi nasional terdapat tiga cabaran Perpaduan dan Integrasi Nasional yang
perlu kita ketahui, cabaran utama adalah menyatupadukan rakyat di Malaysia. Masalah-masalah ini wujud daripada
tiga sumber iaitu:
i. Masalah dari segi pembangunan dan pendapatan tidak seimbang yang dialami oleh rakyat daripada
sesuatu keturunan bangsa.
ii. Masalah yang timbul daripada penyatuan wilayah di dalam sesebuah negara apabila ada didapati
ada di antara wilayah di dalam negara itu berpecah dan mendirikan negara yang merdeka.
iii. Masalah yang timbul daripada rakyat yang berbilang bangsa. Masalah ini akan menjadi serius jika
terdapat perbezaan daripada segi keturunan, agama, bahasa dan adat resam. Malaysia merupakan
sebuah negara yang unik dalam perbezaan tersebut.
Sejarah, budaya, bahasa, agama dan adat resam yang berbeza, sejak dahulu membawa cabaran
peraduan dan integrasinasional kaum di Malaysia. Tiga cabaran utama kepada perpaduan dan
integrasi nasional dalam konteks Malaysia ialah:
Sistem pendidikan yang berbeza
Sistem pendidikan bermula sejak zaman pemerintahan British lagi pada abad ke 19. British telah
mengutamaakan pelajarn bagi Melayu dan Inggeris. Manakala bagi orang cina dan Tamil, pendidikan
berkembang tanpa disokong oleh pihak British. Pendidikan Cina menggunakan bahasa pengantara
cina, guru yang datang dan buku teks datang dari negara China. Bagi orang India pula bahasa
pengantar yang digunakan adalah bahasa Tamil. Pada zaman pemerintahan Inggeris sukatan yang
dianggap terbaik adalah sekolah Inggeris. Sekolah ini banyak memberi kesan kepada perpaduan
rakyat pada masa itu kerana tidak semua yang boleh mendapat pendidikan Inggeris. Dasar pendidikan
yang dibawa oleh British seperti Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris ini
memberi kesan kepada menghadkan pendidikan antara kaum, pendidkan berdasarkankan tempat
tinggal, pendidikan berdasarkan pekerjaan, dan menimbulkan masalah bahasa di kalangan rakyat.
Sebenarnya, tujuan Britihs adalah untuk mengekalkan “Pecah dan Perintah” yang diamalkan agar
setiap golongan memberi kepentingan pendidikan kepada mereka. Pemisahan golongan berpelajaran
Inggeris dan vernacular hanya untuk menjaga kepentingan ekonomi sahaja pada masa itu bukan
bertujuan menyatupadukan rakyat. Kesan daripada ini, ramai orang melayu bekerja untuk sara diri,
orang cina bekerja di lombong dan orang India bekerja di ladang estet.
Perubahan sistem pendidikan akan membawa perpaduan dan integrasi nasional kepada rakyat
walaupun memakan masa yang lama. Laporan Razak yang dibawa oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein
yang berusaha agar sukatan pelajar sekolah adalah sama. Ini bertujuan mengwujudkan nilai-nilai
intergrasi dikalangan kanak-kanak. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara disamping menjaga
kebudayaan kaum lain. Idea ini mendapat tentangan orang melayu dan orang bukan melayu. Laporan
Rahman Talib 1960 dibentuk bagi menyempurnakan lagi Laporan tersebut dan menghasilkan Akta
Pelajaran 1961.
Penumpuan terhadap sektor ekonomi yang berbeza
Masalah perpaduan yang dihadapi adalah berpunca daripada dasar-dasar Inggeris yang telah
menjajah negara ini. Ketiga-tiga golongan penduduk yang terbesar ini tinggal berasingan dan
menjalankan pekerjaan yang berlainan. Dasar ‘Pecah dan Perintah” ini dilakukan oleh Inggeris untuk
mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka.
Masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi
perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai
penoreh getah dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-
kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing.
Tidak terdapat satu dasar yang tegas ketika itu untuk menyatupadukan ketiga-tiga golongan rakyat
ini. Oleh kerana wujudnya perbezaan di antara ketiga-tiga golongan masyarakat ini dan tiada polisi
pihak penjajah untuk menyatupadukan mereka, maka wujudlah syak wasangka dan sikap curiga di
kalangan mereka. Selepas merdeka, didapati orang-orang Melayu berada di dalam kemiskinan
manakala masyarakat Cina pula terus menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi yang lain.
Golongan Bumiputera terus bimbang bahawa orang-orang asing akan menguasai semua bidang dan
mereka akan tenggelam di tanah air mereka sendiri disebabkan kemiskinan. Kaum Cina dan India pula
bimbang kerana syarat-syarat hak kerakyatan mereka akan tergugat walaupun mereka bersedia
menumpukan perhatian taat setia kepada negara ini. Mantan Perdana Menteri kita Tun Abdul Razak
Dato’ Hussein telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada 1971 bagi mencapai perpaduan dan
integrasi nasional. Beliau digelar Bapa Pembangunan.
Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza.
Fahaman politik setiap kaum berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di negara
asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Setiap kaum sentiasa berusaha
untuk memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing dengan
menggunakan media dan saluran seperti pendidikan , program keagamaan ,akhbar dan peraturan
social. Pada tahun 1930, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di negara China.
Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu
sanak-saudara mereka. Apabila fahaman komunis menular di negara mereka, fahaman tersebut juga
menular kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Orang India juga beranggapan India sebagai tanah air
mereka dan berharap untuk kembali. Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih penting daripada
apa yang terjadi di Tanah Melayu. Persatuan-persatuan India yang muncul lebih cepat seperti
Persatuan India pada tahun 1937 yang memperjuangkan pekerja-pekerja India. Bagi orang Melayu,
mereka sentiasa memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air terpelihara. Kurangnya
penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu pada kaum mereka sendiri.
Fenomena ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang melayu dalam majalah-majalah
seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Melaya, dan Majlis. Fahaman politik.
Kesan daripada polisi yang dibawa oleh Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum di Tanah Melayu
menyebabkan perselisihan faham antara rakyat. Kita lihat sejarah pada 13 Mei 1969, di mana kerajaan
terpaksa mengisytiharkan darurat akibat rusuhan kaum apabila kaum cina menentang soal bangsa
melayu dengan bahasa melayu, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan Melayu
selepas Pilihanraya 10 Mei 1969 dijalankan. Perbalahan ini semakin rumit apabila dikatakan melayu
memandang negatif terhadap orang cina kerana tidak mengenang budi terhadap kerakyatan yang
diberikan. Ini dikuatkan lagi dengan fahaman komunis yang menular dalam masyarakat Cina.
Dianggarkan pada peristiwa ini, seramai 196 mati, 449 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. Ini
membawa kepada cabaran kepada perpaduan dan integrasi pada masa itu.
Pada zaman Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Shah, masalah perkauman semakin parah apabila Singapura memasuki Malaysia
yang ingin membawa konsep “Malaysian Malaysia” yang mahukan tiada kaum yang boleh mengaku
asli daripada kaum lain. Ini menyebabkan orang Cina dan Melayu semakin renggang. Pada masa Tun
Dr Mahathir Mohammad pula sejarah perpaduan rakyat menyaksikan peristiwa di mana UMNO
dianggap sebagai pemerintah tidak sah disebabkan segelintir ahli UMNO yang tidak berpuas hati pada
tahun 1988. Pada masa itu, Tun Abdullah Badawi membentu Semangat 46 bagi kembalikan
kegelimangan UMNO. Peristiwa sebegini mengwujudkan jurang perpaduan dan integrasi nasional
rakyat Malaysia.
Maklumat diperoleh dari Malaysia Kita (Cetakan Kelima: 1999) m/s 260 Konsep Perpaduan
TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI
TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI
1. Berbeza Dalam Sistem Pendidikan
Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.
Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.
Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia
ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.
Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.
Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.
Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.
3.2 Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi
Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.
Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.
Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka”.
Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya.
3.3 Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh
Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya, seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), “setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.
Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.
Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah
ArticlesMencapai Perpaduan Melalui Sistem Pendidikan CemerlangSeptember 22nd, 2014
Pendahuluan
Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling hormat menghormati dan bekerjasama berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan, bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.
Konsep 1Malaysia
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dapat menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Perpaduan Melalui Pendidikan
Sistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah satu usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pendidikan adalah tunjang kepada perpaduan negara, maka tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan negara.
Satu cara pendekatan penting untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, pendidikan adalah tonggak utama dalam membina perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda. Berikut adalah cara bagaimana sistem pendidikan negara ini boleh membentuk perpaduan.
Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar Utama
Bahasa Malaysia adalah medium paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain telah dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.
Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara. Melalui penggunaan dan penghayatan Bahasa Malaysia yang bersepadu, semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan akan dapat dilaksanakan.
Bahasa Malaysia juga digunakan di semua sekolah kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib, manakala bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing wajib mengajar Bahasa Malaysia kepada pelajarnya.
Peperiksaan Yang Seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila
terpaksa berpindah ke sekolah yang lain. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
Kelulusan kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjadi satu keperluan bagi mendapat jawatan ataupun untuk diserap ke jawatan tetap. Kelulusan Bahasa Malaysia pada peringkat kemahiran bertutur juga menjadi syarat untuk lulus dalam peperiksaan ijazah di universiti.
Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah Wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain dan akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Dengan ini Sekolah Wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepatkan integrasi nasional.
Pada masa kini terdapat 6 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :
Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
Kurikulum Sekolah Yang Sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara, di samping menghasilkan modal insan yang terlatih untuk keperluan negara.
Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Ianya berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983.
Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati antara satu sama lain.
Setiap subjek yang diajar di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi serta moral para pelajar.
Kesimpulan
Perpaduan kaum adalah elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi kesejahteraan negara. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada keharmonian dan kestabilan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, negara memerlukan rakyat yang berpendidikan, berilmu dan semangat patriotisme yang tinggi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam memacu negara ke arah mencapai Wawasan 2020
k syurga.” Riwayat Tirmidz
i dan Ibn Majah
Ahad, 6 Mei 2012
Integrasi dan Perpaduan Kaum Melalui dasar Pendidikan
HNS2013
KENEGARAAN
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari segi
kepercayaan, budaya dan bahasa. Perbezaan ini menyukarkan para pemimpin untuk memacu
pembangunan negara. Oleh itu, perlu ada suatu formula yang jitu dan ampuh untuk mencapai
perpaduan dan integrasi semua etnik menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu.
Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan
untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia, menjadi
salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Oleh
yang demikian, perancangan yang rapi dan terperinci telah dibuat untuk mencapai hasrat dan
matlamat tersebut.
Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting
yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan
membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan
sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara,
penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak – kanak
dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi
juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada
masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai – nilai positif untuk
perpaduan kaum di kalangan para pelajar.
DEFINISI PERPADUAN DAN INTEGRASI
Perpaduan bermaksud penggabungan, manakala integrasi pula membawa maksud
penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau
penyatuan (Kamus Dewan, 2002).
Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi perpaduan ia membawa maksud
mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini
meliputi integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik (Mohd Ridhuan
Tee Abdullah, 2010: 62)
Manakala konsep integrasi nasional, merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang
mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai
serta kepentingan bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu anggota kelompok
masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar belakang, masing-masing berasa
dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama (a sense of belonging). Integrasi sebegini
merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia
sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual, hasil daripada satu penghayatan dalam
mana akhirnya berlaku perkongsisn pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan
kumpulan etnik. Integrasi nasional lebih merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses
penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180).
SEJARAH PENDIDIKAN
Negara Malaysia mempunyai sejarah pendidikan yang unik dan tersendiri. Rentetan
sejarah yang ada dan perubahan yang berlaku dalam arena politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan pada masa lampau, telah membawa kepada perubahan dalam perlaksanaan dasar
dan corak pendidikan negara Malaysia serta menjadi landasan untuk perubahan pada masa
akan datang. Berdasarkan kepada perkembangan sejarah yang berlaku, pendidikan di Malaysia
terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum kedatangan British, semasa kedatangan British
dan selepas kemerdekaan.
Sejarah Pendidikan Sebelum Kemerdekaan
Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan lebih bersifat keagamaan iaitu berasaskan sistem
pondok atau madrasah. Ianya berkembang pesat sekitar tahun 1920-an hingga 1940-an
(Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 65). Sekolah jenis ini bertujuan bagi melahirkan pelajar yang
bermoral tinggi, namun terdapat kelemahan pada perlaksanaannya iaitu tidak dapat melahirkan
masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada mata pelajaran sains,
matematik dan bahasa Inggeris.
Sekolah Vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar disetiap sekolah dan berasaskan kepada identiti kaum masing-masing.
Sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina atau
Mandrin (Kuo Yu) dan bahasa Tamil untuk Sekolah Tamil. Manakala Sekolah Inggeris hanya
ditubuhkan di kawasan bandar yang mana sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 65).
Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan
Pada zaman penjajahan, setiap sekolah ditubuhkan mengikut kaum dan mempunyai kurikulum
yang berbeza-beza serta lokasi sekolah juga terpisah mengikut kaum masing-masing. Sekolah-
sekolah berkembang selaras dengan perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu,
contohnya Sekolah Cina mendapat bantuan dari golongan peniaga Cina. Disamping itu juga
sekolah Cina ini diberi pilihan sama ada mendapat bantuan Negara Cina ataupun bantuan dari
kerjaaan tempatan.
Sistem pendidikan pada zaman ini meninggalkan kesan yang mendalam dari segi
meningkatkan persaingan dikalangan semua kaum. Walaubagaimana pun, kependudukan
Jepun telah banyak mengubah dan memberi kesan serta menjejaskan perkembangan
pendidikan di Tanah Melayu. Sekolah dan kolej terpaksa dibaiki dan diperkemaskan kerana
mengalami kerosakan dan siap selepas tahun 1946.
Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan
Selepas kemerdekaan, sistem pendidikan negara adalah berasaskan kepada laporan yang
dikeluarkan iaitu Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Yu (1951) dan diikuti oleh Ordinan
Pelajaran pada tahun 1952. Laporan Barnes disediakan bagi mengkaji dan menyiasat
kedudukan pendidikan orang-orang Melayu pada masa itu. Antara syor yang diutarakan adalah
penubuhan sekolah dwibahasan yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Selain itu juga Sekolah Vernakular akan digantikan dengan Sekolah
Kebangsaan. Laporan Fenn-Yu pula bertujuan mengkaji semula Laporan Barnes kerana
dikatakan Laporan Barnes ingin menghapuskan bahasa dan kebudayaan masyarakat Cina.
Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan kemelut tersebut, kerajaan British telah
menubuhkan satu jawatankuasa dan laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan
Pelajaran (1952). Hasrat Ordinan Pelajaran (1952) bagi membentuk satu corak sistem
persekolahan yang menghapuskan Sekolah Vernakular Cina dan Tamil tidak kesampaian
disebabkan masalah kewangan pada ketika itu. Apa yang jelas ialah sistem pendidikan pada
zaman tersebut lebih dipengaruhi oleh corak sosio-ekonomi yang dicetuskan oleh kaum
masing-masing. Aspirasi dan fikiran yang berlainan dikalangan masyarakat menyukarkan
pencapaian sesuatu matlamat (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 68).
DASAR PENDIDIKAN
Pada zaman penjajahan, sistem pendidikan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada
keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Ianya
berkembang mengikut identiti, taat setia dan keturunan mereka kepada negara asal. Ini
memberi satu tekanan kepada pembangunan rakyat tempatan pada ketika itu. Bagi
menggantikan sistem pendidikan penjajah, beberapa langkah telah diambil dan menggubal satu
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
Dasar Pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa tahap perkembangan. Pembentukan
Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama merupakan tahap awal kepada terbentuknya
Dasar Pendidikan di negara ini. Parti Perikatan yang mencapai kemenangan dalam pilihanraya
pada tahun 1995 di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato’ Tun Abdul Razak Hussien telah
menubuhkan satu Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam sistem
pendidikan. Laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan penyata
ini termaktub dalam Ordinan Pelajaran (1957). Penyata Razak ini mempunyai tujuan utama iaitu
untuk menyatupadukan kaum di Malaysia yang mana pada waktu itu terpisah oleh bahasa dan
budaya yang berbeza-beza. Antara matlamat utama Penyata Razak ini ialah :
Semua sekolah di Tanah Melayu mempunyai satu sukatan yang sama. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan
bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah rendah dan
menengah Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun
bangsa di Tanah Melayu Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan kaun dapat dikurangkan. Mewujudkan masyarakat yang toleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.
Terdapat pelbagai reaksi yang diperolehi dikalangan kaum termasuk parti politik kesan
daripada Penyata Razak. Orang Melayu tidak berpuas hati dan syahk wasangka terhadap
kedudukan Bahasa Inggeris di sekolah. Selain itu juga Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar
Cina menentang Perkara 12 iaitu objektif akhir adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Manakala Kesatuan Guru Sekolah Tamil
menentang kerana berpendapat bahawa kemajuan Sekolah Tamil akan terencat. Akibat terlalu
banyak penentangan terhadap Penyata Razak maka satu jawatankuasa pula ditubuhkan untuk
mengkaji semula Laporan Razak. Hasil semakan dan kajian semula yang dijalankan terhadap
Laporan Razak, maka terhasillah Laporan Rahman Talib pada tahun 1960.
Secara umumnya Laporan Rahman Talib bersetuju dan menyokong hampir kesemua dasar
yang dicadangkan oleh Laporan Razak, dan terhadap beberapa usul tambahan. Dalam
mencapai matlamat menyatupadukan kaum, Laporan Rahman Talib mengsyorkan supaya
pendidikan di peringkat sekolah rendah diberikan secara percuma, dan membolehkan kanak-
kanak menikmati alam persekolahan dalam sistem pendidikan. Semua sekolah yang menerima
bantuann kerajaan ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
Dengan ini perlbagai kaum dapat memelihara bahasa dan budaya masing-masing.
Manakala untuk mewujudkan dan mengeratkan perpaduan kaum, peperiksaan juga
telah diadakan dalam satu bahasa iaitu sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
Melalui laporan Razak dan Laporan Rahman Talib ini terbentuklah Akta Pelajaran 1961. Akta
Pelajaran ini dibentuk bertujuan untuk mencapai perpaduan kaum di Malaysia melalaui sistem
Pendidikan. Akta Pelajaran 1961 telah menggariskan tiga asas utama iaitu keseragaman sistem
persekolahan, penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, dan
kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungan dan bercorak
kebangsaan.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. Peristiwa
rusuhan kaum memberi pengajaran yang besar kepada kerajaan untuk mengatasi masalah
pertembungan antara etnik-etnik di Malaysia. Pada tahun 1970, kerajaan memperkuatkuasakan
dua perkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk mewujudkan
keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia.
Bidang pendidikan menjadi teras penting untuk menjayakan objektif Rukun Negara dan Dasar
Ekonomi Baru iaitu mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Pemurnian Dasar
Pendidikan untuk mencapai integrasi kaum berterusan apabila kerajaan menubuhkan
Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 yang bertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad yang pada
ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam laporan itu
menyatakan tujuan jawatankuasa ini :
“Mengkaji semula matlamat dan kesannya sisitem pendidikan termasuk kurikulumnya,
dalam rangka Dasar Pendidikan Kebangsaan yang wujud, dengan tujuan memastikan bahawa
keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun
jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat
memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu berdisiplin dan
terlatih” (Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 100).
Laporan jawatankuasa ini adalah sama seperti laporan-laporan yang terdahulu iaitu
untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pelajaran 1961. Menjadikan
pendidikan sebagai alat utama untuk mencapai perpaduan di negara ini. Oleh tiu aspek bahasa
telah menjadi penekanan utama untuk mencapai hasrat kerajaan. Dalam laporan ini, matlamat
pendidikan Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi
utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat (Mohd Yazid Yusoff et al.,2002: 4-5). Melalui
laporan Jawatankuasa Kabinet juga, Pusat Perkembangan Kurikulum telah memperkenalkan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pada tahun 1983. Kerajaan juga memperkenalkan Falsafah Pendidikan
Negara pada tahun 1988 untuk membentuk individu murid yang menyeluruh dan seimbang dari
segi jasmani, emosi, intelek dan rohani, emosi dan jasmani (Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009:
101).
Menjelang tahun 1995, kerajaan telah meluluskan Akta Pendidikan 1996. Akta ini
menggantikan Akta Pendiidkan 1961, tetapi masih menyokong matlamat menyatupadukan
kepelbagaian kaum di Malaysia menerusi pendidikan. Akta ini menampilkan beberapa
perubahan besar terhadap dasar pendidikan negara dan dianggap sebagai dasar yang sangat
liberal. Ia dianggap membayangkan perubahan sikap masyarakat Melayu dan memenuhi
beberapa impian masyarakat Cina(Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 101). Akta ini juga
memberi penekanan kepada peningkatan pendidikan prasekolah, pendidikan swasta,
pendidikan keguruan, pendidikan teknikal dan pendidikan khas. Dalam seksyen 17 Akta
Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaaan adalah abahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Gurnam Kaur Sidhu et al., 2005: 75).
Terdapat 3 fokus utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu yang pertama
ialah perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Kedua adalah
perpaduan rakyat dan yang ketiga pendidikan sepanjang hayat ke arah membina masyarakat
yang aman dan makmur. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerajaan mewajibkan murid
tahap 2 di sekolah-sekolah rendah terlibat dan menyertai aktiviti unit beruniform, persatuan dan
sukan. Penglibatan murid dalam aktiviti sebegini boleh memupuk semangat perpaduan
dikalangan murid yang terlibat jika dipupuk dari peringkat kecil lagi.
Perkembangan kurikulum pendidikan juga mengikut arus dan kesesuaian semasa.
Pada tahun 2010 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dilaksanakan di
prasekolah menggantikan kurikulum lama. Manakala di peringkat sekolah rendah pula,
diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) yang mana mula dilaksanakan pada tahun 2011 untuk Tahun 1.
Pada tahun 2011 juga, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin telah
melancarkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dari segi rasionalnya, dasar ini menyumbang kepada
pertandingan yang sihat, semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai-
nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai
kumulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan
negara (Buku Panduan Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, 2011: 2).
Kesimpulannya pelbagai Dasar Pendidikan telah dilaksanakan bermula daripada
saat negara bebas daripada penjajahan British sehinggalah ke hari ini. Antara fokus utama
dasar-dasar ini di samping untuk memberi pendidikan kepada rakyat ianya jelas menjadi alat
terpenting untuk menyatupadukan dan mengintegrasikan etnik yang pelbagai di negara ini.
Dasar-dasar ini berkembang dan berubah dari masa ke masa untuk memenuhi kehendak dan
keadaan semasa. Walaupun dasar ini seringkali berubah, namun ia tidak lari daripada misinya
yang asal iaitu membangunkan sesebuah negara di mana rakyatnya berbilang kaum, bersatu
padu untuk memacu negara ke arah kegemilangan dan mampu bersaing dalam arus golbalisasi
yang semakin mencabar.
CABARAN INTEGRASI DAN PERPADUAN MELALUI DASAR PENDIDIKAN
Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan
berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk
mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan,
kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini
menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin
dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia
melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan
mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada
pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal
dalam kaum masing-masing.
Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza juga menjadi salah
satu cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum. Pola kedudukan kaum adalah
berasaskan sumber ekonomi ini berpunca pada zaman penjajahan iaitu dasar British yang
mengamalkan sistem pecah dan perintah (divide and rule). Di mana kedudukan ini dapat dilihat
orang Melayu menjadi petani dan menetap di kampung-kampung. Orang Cina pula di
tempatkan di kawasan lombong biji timah yang mana akhirnya menjadi pekan-pekan baru dan
berkembang menjadi bandar. Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh ladang getah
dan menetap di estet-estet.
Untuk mencapai misi pendidikan iaitu perpaduan dan integriti kaum, jarak kedudukan
kaum ini menjadi satu cabaran yang sukar. Kerajaan perlu memikirkan satu cara untuk
meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum disatu sekolah yang sama supaya matlamat
dasar pendidikan iaitu untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Penempatan
murid daripada pelbagai kaum dalam satu sekolah atau kawasan mungkin dapat dilaksanakan
sekiranya selepas kemerdekaan, kerajaan dapat mengubah keadaan ekonomi iaitu
mewujudkan pelbagai pekerjaan yang menghapuskan pengenalan kerja mengikut kaum.
Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen kerajaan untuk
menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat. Oleh itu
aspek guru juga menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu
dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi pelbagai
situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya. Guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat
akhir sesuatu dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana.
Jika seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil tahu isu semasa, ia
akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya membawa
murid-murid ke arah matlamat yang salah menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai
perpaduan dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai. Oleh itu pihak kerajaan perlu
memberi latihan dan kefahaman kepada setiap guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang
baru supaya segala perancangan mengikut landasan yang betul dan generasi yang akan
datang lahir sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan membudayakan perpaduan dalam
kehidupan bermasyarakat.
Media massa juga menjadi agen penyampai matlamat tentang dasar-dasar kerajaan
termasuklah dasar pendidikan. Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data
tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu
peristiwa. Media massa ini pula perlu peka apabila menyampaikan sesuatu dasar itu, lebih-lebih
lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan
masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan
matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.
KEBERHASILAN INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM
Bidang Pendidikan
Keberhasilan integrasi dan perpaduan dalam bidang pendidikan di Malaysia boleh dinilai dalam
beberapa aspek utama iaitu :
1. Matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
2. Matlamat mewujudkan sekolah pelbagai kaum
3. Matlamat menyatukan pelbagai kaum melalui aktiviti ko-kurikulum
Dalam kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, ianya masih lagi belum
mencapai matlamat yang diinginkan. Kaum Cina merupakan kaum yang paling kuat menentang
matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ini kerana mereka bimbang
bahasa ibunda mereka akan hilang penggunaanya pada masa akan datang. Seksyen 17 Akta
Pendidikan 1996 memberi kelonggaran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai
bahasa pengantar dan menjadikan mengurangkan penggunaan Bahasa Melayu. Oleh itu,
sehingga sekarang kerajaan melalui perubahan-perubahan dasar pendidikan masih belum
mencapai matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disemua
sekolah di negara ini. Kegagalan kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah merumitkan lagi usaha untuk mencapai integrasi dan perpaduan
kaum di Malaysia. Ini adalah kerana, semua kaum berusaha mempertahankan bahasa ibunda
masing-masing dan sehingga wujudnya jurang integrasi antara etnik-etnik di negara ini. (Riduan
Tee, 2010: 69)
Manakala hasrat dan matlamat kerajaan untuk mewujudkan sekolah integrasi iaitu
pelbagai kaum di dalam sebuah sekolah atau beberapa buah sekolah pelbagai kaum dalam
satu kawasan juga masih lagi belum dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, kerajaan telah
mewujudkan Sekolah Wawasan namun mendapat tentangan hebat dari masyarakat Cina
kerana menganggap Sekolah Wawasan akan menghilangkan identiti dan bahasa ibunda
mereka (Modul Kenegaraan, 2010: 184). Pada masa ini bukan sahaja sekolah rendah dan
sekolah menengah berasaskan bangsa dan kaum, tetapi juga pusat-pusat pengajian tinggi
tempatan ditubuhkan berasaskan kepada kaum. Dalam konteks pengajian tinggi di Malaysia,
terdapat 20 buat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 32 buah Intitusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) telah disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Penubuhan IPTS ini ada
yang berasaskan kaum dan parti politik seperti penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman
(UNITAR). Universiti ini dimiliki oleh Malaysian Chinese Association (MCA) dan hampir seratus
peratus (100%) daripada pelajarnya adalah kaum Cina.
Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara
Malaysia terhadap pelajar-pelajar mereka yang berbangsa Melayu, Cina dan India mendapati
kebanyakkan pelajar-pelajar tersebut mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Para
pelajjar masih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam semua hal berbanding bergaul dengan
kaum-kaum lain. Semua ini berlaku disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum
memasuki alam kampus. Polarisasi ini amat membimbangkan dan menjadi penghalang kepada
integrasi dan perpaduan antara kaum di Malaysia (Riduan Tee, 2010: 74). Daripada hasil kajian
ini dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di sekolah yang
berasaskan kaum tertentu lebih suka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di
pusat-pusat pengajian yang mempunyai kaum yang sama dengan kaumnya. Hal ini boleh
membantutkan usaha kerajaan mencapai perpaduan di negara ini.
Walau bagaimanapun, usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui ko-kurikulum di
peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan hasil yang
positif. Melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan
menampakkan semangat perpaduan diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Aktiviti sebegini
boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat
setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang
terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang ko-kurikulum akan melahirkan individu
pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial.
Secara keseluruhannya hasrat dan matlamat kerajaan untuk mengintegrasi dan
menyatupadukan kaum melalui dasar pendidikan di sekolah dan pusat pengajian tinggi belum
lagi mencapai matlamat sepenuhnya walaupun terdapat hasil yang boleh dibanggakan. Ini
kerana setiap dasar yang dilaksanakan mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang tidak
melihat dasar pendidikan tersebut dari sudut politik. Mereka sering berprasangka buruk
sebelum menilai dan melihat dasar tersebut secara terperinci. Mereka juga sering
mendahulukan kepentingan kaum daripada kepentingan nasional. Namun demikian usaha
kerajaan untuk menyatupadukan pelbagai kaum melalui dasar pendidikan dapat dilihat hasil
positifnya dalam bidang ko-kurikulum. Pelajar pelbagai kaum yang terlibat secara aktif akan
menjadi lebih matang dan bertoleransi dengan kaum lain hasil daripada kerjasama yang
mereka lalui.
Bidang Politik
Dalam bidang politik pula, Dasar Pendidikan Kebangsaan berhasrat melahirkan
generasi yang akan memimpin negara menjadi sebuah negara maju dan mempunyai semangat
patriotik. Ianya adalah satu penubuhan parti politik yang tidak bersifat perkauman dan ahlinya
terdiri daripada pelbagai kaum. Sifat perjuangannya pula adalah meletakkan kepentingan umum
lebih daripada kepentingan kaumnya sendiri. Namun pada hari ini di Malaysia, kepelbagaian
kaum yang ada menyebabkan masyarakat masing-masing menubuhkan persatuan dan parti
politik yang berasaskan kepada kaum masing-masing. Contohnya kaum Melayu
memperjuangkan hak orang-orang Melayu melalui pasrti United Malaysian National
Organisation (UMNO), orang Cina melalui parti Malaysian Chinese Assosiation (MCA), dan
kaum India melalui parti Malaysian Indian Congress (MIC). Alasan parti-parti politik ini
ditubuhkan mengikut kaum adalah untuk mengelakkan kaum itu ditindas oleh kaum lain.
Keadaan ini sebenarnya akan lebih menimbulkan konflik dan pertikaian daripada penyelesaian
tentang sesuati isu yang dibangkitkan.
Keadaan politik di negara Malaysia hari ini adalah kerana kegagalan dasar
pendidikan yang dilaksanakan untuk melahirkan pelapis pemimpin negara untuk menghormati
dan memahami kaum lain. Hal ini bukan hanya berpunca daripada kelemahan yang terdapat
dalam dasar pendidikan tersebut tetapi ianya juga berpunca daripada sikap kaum itu sendiri
yang ego dan mementingkan kaum serta gagal untuk menerima perubahan yang terdapat
dalam dasar pendidikan. Sebagai contohnya, perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan dan
sekolah integrasi yang ditentang hebat oleh pelbagai kaum tanpa memikirkan kebaikan dan
tujuan murni kerajaan untuk melahirkan generasi yang memahami dan peka terhadap kaum
lain. Generasi yang ingin dihasilkan melalui dasar pendidikan yang dirancang akan mampu
memahami dan menghormati kaum lain dan seterusnya memerintah negara Malaysia dengan
adil tanpa menindas dan menafikan hak-hak kaum lain.
Dalam senario politik semasa juga dapat dilihat bahawa krisis nilai, akhlak atau etika
di kalangan pemimpin menyumbang ke arah perpecahan. Dasar pendidikan pada peringkat
awal gagal untuk memberikan penekanan kepada peri pentingnya penerapan nilai-nilai murni
dan akhlak mulia untuk membentuk generasi yang seimbang dari segi luaran dan dalaman.
Oleh itu lahirlah generasi pemimpin yang tidak mampu untuk menghadapi tekanan dengan
profesional. Maka terbentuklah aliran politik yang negatif iaitu saling mencari keburuk pihak
lawan dan bukannya menampilkan kewibawaan diri sendiri. Corak politik yang sebegini akan
menyumbang kepada perpecahan dan pertelingkahan dikalangan ahli-ahli politik dan para
penyokongnya, seterusnya akan menghalang berlakunya perpaduan kaum di Malaysia. Oleh
yang demikian langkah dan tindakan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan generasi yang seimbang amat tepat. Namun negara masih lagi belum dapat melihat
hasilnya pada hari ini.
Politik yang berasaskan kaum ini seringkali menimbulkan ancaman yang besar
terhadap kesejahteraan negara. Ianya berlaku apabila ahli politik yang cetek ilmu pengetahuan
tentang sejarah di Malaysia mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu dan status kedudukan
orang-orang Melayu. Isu-isu ini bagaikan mencurahkan minyak ke dalam bara api. Ia boleh
membangkitkan api kemarahan orang-orang Melayu dan boleh mencetuskan pertumpahan
darah di negara ini. Oleh itu, mata pelajaran sejarah perlu diajar diperingkat sekolah rendah lagi
dan perlu dijadikan mata pelajaran teras supaya isu-isu berkaitan Raja-raja Melayu dan hak-hak
keistimewaan orang-orang Melayu dapat difahami oleh semua kaum di negara ini.
Dalam bidang politik ini, kelemahan dasar pendidikan untuk melahirkan pelapis
pemimpin negara yang bersifat patriotik menyebabkan wujudnya parti-parti politik yang bersifat
perkauman. Perjuangan mereka lebih mementingkan pembelaan kaum masing-masing melebihi
kepentingan negara. Manakala krisis nilai dan akhlak yang membelenggu personaliti ahli-ahli
politik masa kini juga mengakibatkan berlakunya perselisihan kaum yang menyumbang kepada
perpecahan.
Bidang Ekonomi
Dasar Pendidikan Negara juga dirancang dan dilaksanakan dengan matlamat untuk melahirkan
individu yang berilmu dan berkemahiran yang akhirnya mampu untuk bersaing dalam pelbagai
bidang pada masa akan datang termasuklah bidang ekonomi. Dalam sudut ekonomi ini, jurang
ekonomi yang jauh berbeza antara kaum di negara ini menyulitkan kerajaan mencapai agenda
perpaduan. Di samping itu juga, melalui pendidikan pengenalan identiti kaum mengikut jenis
pekerjaan juga dapat dihilangkan. Untuk menilai sama ada berjaya atau tidak matlamat dan
hasrat kerajaan, ianya boleh dilihat dari sudut kejayaan mengurangkan jurang ekonomi di
antara kaum dan kejayaan menghapuskan pengenalan identiti kaum melalui bidang ekonomi.
Jurang ekonomi yang besar akan menyukarkan agenda perpaduan dan integrasi kaum.
Di negara ini, kaum Cina mendominasi bidang ekonomi. Keadaan ini menimbulkan rasa iri hati
kaum lain terhadap kaum Cina. Untuk mengatasi masalah ini kerajaan melalui dasar pendidikan
telah berjaya melahirkan ramai golongan terpelajar dalam bidang ekonomi. Justeru itu, pada
masa kini telah muncul individu-individu daripada pelbagai kaum yang berjaya menyaingi kaum
cina dalam bidang ekonomi khususnya bidang perniagaan. Persaingan yang sihat ini akan
mengurangkan rasa cemburu dan iri hati kaum lain terhadap kaum Cina.
Pada masa kini juga, jenis pekerjaan tidak lagi menggambarkan identiti sesuatu kaum di
Malaysia. Semua kaum bebas memilih pekerjaan yang mereka inginkan, sama ada dalam
sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. Keadaan ini adalah hasil daripada dasar kerajaan
yang telah berjaya memberi pendidikan kepada semua kaum. Dalam sektor awam, jawatan
guru contohnya, terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan dan
sebagainya. Melalui percampuran pelbagai kaum dalam bidang yang sama akan memudahkan
lagi matlamat kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum di negara ini. Golongan ini
lebih mudah memahami dan menghormati budaya dan adat resam kaum lain.
Oleh yang demikian dapatlah dikatakan bahawa, dasar pendidikan yang dilaksanakan
oleh pihak kerajaan telah berjaya melahirkan golongan yang terpelajar dan berilmu daripada
pelbagai kaum. Golongan terpelajar ini telah merubah corak kehidupan dan ekonomi di negara
ini. Tiada lagi monopoli ekonomi oleh suatu kaum sahaja, bahkan ekonomi Malaysia terbuka
luas untuk diterokai oleh semua kaum. Melalui corak ekonomi yang lebih terbuka ini, jurang
ekonomi di antara kaum dapat dikurangkan.
Bidang Sukan dan Kesenian
Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat membentuk individu murid yang menyeluruh dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian dasar pendidikan
juga menekankan aspek ko-kurikulum dalam menyatupadukan murid pelbagai kaum. Melalui
ko-kurikulum bakat murid dapat diasah dan diperkembangkan lagi ke peringkat yang lebih
tinggi. Melalui dasar pendidikan inilah, minat murid dalam bidang sukan dan kesenian ditanam
dan diperkembangkan.
Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Contohnya sukan
skuasy, badminton, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah
menunjukkan semangat patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan
negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama diraikan dan
kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan dasar pendidikan dalam
menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menanam minat terhadap
sukan. Namun begitu, masih ada kelemahan dalam bidang sukan ini. Iaitu masih ada sukan
yang dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja. Contoh yang jelas adalah sukan bola keranjang
dimonopoli oleh kaum berbangsa Cina. Perlawanan bola keranjang peringkat kebangsaan yang
disiarkan melalui Astro menunjukkan bahawa hanya kaum Cina yang terlibat, pemain, penonton
dan pengadil semuanya berbangsa Cina. Begitu juga dengan sukan sepak takraw, semua
pemain adalah berbangsa Melayu. Oleh itu kerajaan perlu berusaha supaya sukan-sukan
sebegini diminati oleh semua golongan dan kaum.
Manakala dalam bidang kesenian pula, murid-murid dididik supaya meminati seni dari
peringkat sekolah rendah lagi. Melaui kesenian, murid-murid diajar tentang kebudayaan dan
kesenian pelbagai bangsa di Malaysia. Pendidikan kesenian ini akan membuka dan
mematangkan minda murid-murid. Mereka boleh menerima dan akan menghormati budaya
orang lain. Minat yang disemai dari peringkat awal lagi akan melahirkan insan-insan seni dalam
pelbagai bidang seperti seni lakonan, seni tarian, nyanyian, seni lukis dan sebagainya. Insan-
insan seni yang memahami kebudayaan dan sensitiviti bangsa lain akan melahirkan karya-
karya yang bercorak perpaduan. Melalui karya-karya sebegini akan membantu membuka minda
individu lain ke arah kecemerlangan perpaduan. Sebagai contohnya seorang pengarah filem
menghasilkan filemyang bercorak patriotik akan member kesan yang positif dan prasangka baik
di kalangan penonton.
Hasrat kerajaan melalui dasar pendidikan untuk menyatupadukan kaum dalam bidang
sukan dan kesenian telah mencapai matlamatnya. Kejayaan ini menjadikan kerajaan lebih
ghairah memperkenalkan dasar baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti sebegini.
Penubuhan sekolah sukan dan sekolah seni merupakan antara titik tolak usaha kerajaan
memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah dilaksanakan
bermula tahun 2011 utnuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.
Bidang Sosial
Dalam bidang sosial, melalui dasar pendidikan kerajaan berhasrat untuk meningkatkan
keharmonian dan perpaduan antara kaum. Perpaduan dari sudut sosial ini ialah penyatuan
kelompok masyarakat yang berbilang bangsa dengan latar belakang kebudayaan dan
kepercayaan yang berbeza hidup bersama dan slain bertolak ansur utnuk kepentingan dan
faedah bersama. Melalui pendidikan, kerajaan menekankan peri pentingnya mempelajari
sejarah, kebudayaan dan kepercayaan kaum lain serta menghormatinya. Pengetahuan amat
bernilai supaya tidak berlaku kejutan budaya apabila berlakunya pertembungan di antara kaum
dan etnik yang berlainan.
Perpaduan dan integrasi sosial pada hari ini dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat
negara ini yang tinggal di kawasan bandar dan kawasan luar Bandar. Kawasan taman
perumahan contohnya, pelbagai kaum tinggal berjiran, mereka saling bekerjasama untuk
menjaga keharmonian kawasan mereka. Manakala pelbagai aktiviti-aktiviti dirancang dan
dilaksanakan bersama. Persatuan Rukun Tetangga yang ditubuhkan diharap oleh ahli-ahli
pelbagai kaum untuk menjaga keamanan dan keselamatan kawasan tempat tinggal mereka.
Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat dilihat melalui perkahwinan. Pada masa kini
perkahwinan berlainan bangsa bukan lagi menjadi perkara baru bahkan kebanyakkannya
direstui oelh keluarga kedua-dua pihak. Senario ini banyak berlaku di negeri Sabah yang mana
bilangan etniknya berjumlah 42 etnik. Jika pada suatu masa dahulu perkahwinan sebegini boleh
menimbulkan persengketaan antara kedua-dua etnik, tetapi pada masa kini ianya sudah
menjadi kebiasaan hasil daripada sifat tolak ansur dan menghormati antara satu sama lain.
Melalui pendidikan juga, pelbagai kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia mula
difahami dan diterima oleh kaum lain selagi ianya tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
kaum. Sebagai contoh, budaya bertukar-tukar makanan di kalangan jiran, sambutan perayaan
bersama-sama, pemberian duit raya dan sebagainya
Walaupun begitu dari bidang sosial ini, masih lagi berlaku pertelingkahan dan
pergaduhan yang menumpahkan darah akibat berlaku pertembungan antara dua atau lebih
kaum yang berbeza adat dan budaya. Namun seringkali berita-berita sebegini tidak disiarkan di
media massa untuk mengelakkan perbalahan antara kaum menjadi lebih buruk. Faktor utama
yang mencetuskan perkara ini ialah faktor sikap dan mendahulukan kepentingan kaum daripada
kepentingan bersama. Oleh itu dasar kerajaan melalui Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) amat tepat iaitu
menerap nilai-nilai murni seawal usia lagi.
Penutup
Untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah suatu tugas yang
mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta
memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Bidang pendidikan merupakan
bidang yang paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan menyatupadukan dan
mengintegrasikan pelbagai kaum. Oleh yang demikain, pelbagai dasar pendidikan telah
dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana dan
keadaan semasa untuk mencapai matlamat tersebut. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan telah menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di
negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum sendiri melebihi kepentingan negara
menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar. Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum
secara mutlak semua pihak perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan
kaumnya. Sekiranya sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk
mencapai perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak
mungkin dapat dicapai.
Sistem pendidikan perlu dirombak
2012/03/14
NAJIB diiringi Muhyiddin melawat pameran teknik program I-Think pada majlis pelancaran program berkenaan di dewan Bangkuasi Parlimen, semalam.
PM mahu perubahan aspek mengajar dan cara belajar sejajar tranformasi negara
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata sistem pendidikan negara perlu dirombak kerana sudah sampai ke satu tahap yang memerlukan perubahan terutama dalam aspek mengajar dan cara belajar.
Perdana Menteri berkata, langkah ini sejajar proses transformasi negara bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran masa akan datang.
“Transformasi ke arah negara bermaklumat, negara inovasi, berpendapatan tinggi dan berdaya saing memerlukan transformasi sistem pendidikan terutama mengenai cara kita belajar dan mengajar.
Beliau berkata, corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada ‘hafalan’ perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar supaya mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri sendiri.
“Oleh kerana dunia sudah berubah, keperluan kita adalah menyediakan generasi hari ini untuk dunia yang akan datang,” katanya berucap pada majlis pelancaran Program I-Think, di dewan Bangkuasi Parlimen, semalam.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili.
Perdana Menteri berkata, walaupun sistem pendidikan negara sudah banyak memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kejayaan negara, namun dunia akan datang berbeza dengan hari ini kerana banyak peluang pekerjaan pada masa depan masih belum wujud ketika ini.
"Saya difahamkan 70 hingga 80 peratus jenis pekerjaan pada hari muka belum wujud hari ini. Jadi bagaimana kita hendak menyediakan anak kita hari ini untuk masa depan kerana pekerjaan untuk mereka belum lagi wujud.
"Jadi kita memerlukan kaedah pembelajaran yang menekankan aspek bagaimana untuk menggunakan pengetahuan yang ada serta bagaimana untuk berfikir. Jika kita boleh fikir, maka ia memberi kelebihan untuk mengadaptasi sebarang situasi," katanya.
Najib turut memaklumkan bahawa Projek I-Think yang kini dilaksanakan di 10 sekolah akan diperluaskan ke kira-kira 1,000 lagi sekolah tahun depan dan kepada semua sekolah menjelang 2014.
Program I-Think adalah projek bersama Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran yang tinggi dan inovasi di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Pada awal tahun ini, sepuluh sekolah dipilih di seluruh negara untuk menjadi sebahagian daripada projek perintis yang bertujuan memperkenalkan proses berfikir di kalangan pelajar sekolah.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, kementerian dalam proses mentransformasi sistem pendidikan dengan meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran.
“Menerusi program I-Think ini, kementerian berusaha menerap proses berfikir bagi membantu murid memahami sesuatu konsep dan aplikasi konsep itu dalam menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan,” katanya.
Muhyiddin berkata, kemahiran itu juga akan menjadi sebahagian daripada modul di Institut Pendidikan Guru untuk memastikan bakal guru cukup terlatih dan bersedia menyampaikan teknik program I-Think selepas tamat pengajian mereka.
Katanya, langkah seumpama itu adalah satu permulaan penting dalam menaik taraf mutu sistem pendidikan negara agar aspirasi holistik Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai.