artikel pt

Upload: amirul-shamsuddin

Post on 10-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh artikel penyelidikan tindakan

TRANSCRIPT

APLIKASI KAMERA WEB UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MEKANISAlif Amirul Azrin Bin Ahmad Shamsuddin

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini membincangkan satu dapatan eksperimen menggunakan Kamera Web untuk mengajar Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Selangor. Ken Allen (2008) menyatakan dalam kajiannya, walaupun populariti dan pembangunan kamera web semakin pantas, ramai pendidik masih lagi menganggap ia sebagai satu perkara yang menghairankan jika digunakan sebagai alat pedagogi. Kajian mendapati bahawa kamera web adalah alat yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran membaca mekanis semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Seramai 40 orang pelajar telah dipilih untuk menguji keberkesanan penggunaan kamera web tersebut. Kajian ini dapat menunjukkan kamera web dapat membantu bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi atau berkomunikasi, menggalakkan pelajar-pelajar yang lemah dalam bahasa Melayu untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti komunikasi, dan mendorong mereka untuk terlibat dalam perbincangan kumpulan. Setelah melihat kembali video yang telah dirakam, sampel mampu untuk meningkatkan keupayaan mereka melalui penilaian kendiri. Segala maklumat yang diperlukan untuk dianalisis dalam kajian ini diperoleh dengan pemerhatian guru, ujian dan menemubual murid-murid serta meneliti hasil rakaman video yang telah dirakam.

ABSTRACT

This action research discusses about a result of experiment using Webcam as a tool to teach Malay language in school at Selangor. Ken Allen (2008) said in his research, although webcam become more advance, many teacher think that the usage of it as a teaching tool are weird. This research also got to know that webcam is a efficient tool to increase reading skills in Malay language. A sample of 40 students were choose to test the webcams efficiency. The study showed webcam helps them to improve their ability to make public presentations, encourage those who were weak in Malay language to participate in communication activities, and motivates them to be involved in group discussions. After receiving video feedback, the sample subjects were improving their ability in self-assessment. All of informatian that are need to be use for this research besides the recorded video are from teachers observation, test and interview the students.PENGENALANa. Penyataan Masalah

The most distinctive of these very good teachers is that their practise is the result of careful reflection. They themselves learn lessons each time they teach, evaluating what they do and using these self-critical evaluations to adjust what they do next time (Why colleges Succeed, Ofsted 2004, 19). Jadi berdasarkan penyataan tersebut, seorang guru yang baik perlu membuat penilaian ke atas diri sendiri. Tujuannya adalah untuk menilai keberkesanan pengajaran terhadap pembelajaran dalam diri murid-murid. Sehubungan itu juga, setelah melakukan penilaian terhadap pengajaran diri sendiri, seorang guru yang berkesan akan mencari alternatif bagi melakukan penambahbaikkan dalam pengajarannya.

Oleh itu, kerja kursus projek ini melibatkan proses mengemukakan atau menimbulkan masalah dan bukan hanya penyelesaian masalah. Tujuannya adalah keinginan untuk menambahbaik dan memahami amalan dengan membawa perubahan dan mempelajari cara menambahbaiknya daripada kesan-kesan akibat perubahan yang dilaksanakan. Selain itu, para guru perlu menyelidik amalan diri sendiri untuk membawa penambahbaikan kepada amalan. Kajian tindakan tidak melayan orang sebagai objek tetapi sebagai agen bertanggungjawab dan berautonomi yang melibatkan diri secara aktif untuk memahami amalan sendiri. Secara umum, kajian tindakan boleh dilihat untuk mengambil berat terhadap situasi yang berubah dan bukan hanya menginterpretasikannya. Dengan demikian, kajian tindakan tidak setakat mengaplikasikan kaedah saintifik kepada pengajaran atau menggunakan data untuk menyokong kesimpulan.

Dalam memupuk nilai jati diri murid, proses tersebut perlu seiring dengan perkembangan pendidikan di peringkat global. Trenda pendidikan kini berfokus kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar melalui penggunaan teknologi baru. Hal ini menyebabkan guru perlu lebih kreatif dalam proses PdP. Cuma cabarannya adalah penolakan terhadap perubahan oleh guru-guru (Horizon Report,2013 ).b. Refleksi pengajaran dan pembelajaran dan Amalan Nilai Pendidikan

Pada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pengkaji pada sesi praktikum Fasa 3 ini, pengkaji cuba untuk memperbaik amalan pengajaran agar berjaya untuk menjadi guru yang berkesan pada masa akan datang. Matlamat tersebut disusuli pula dengan kajian tindakan yang perlu pengkaji laksanakan pada semester kali ini. Oleh itu, pelbagai masalah yang cuba pengkaji atasi seperti tingkah laku murid-murid serta masalah kemahiran berbahasa mereka. Selepas beberapa kali proses PdP bersama murid-murid 3 Usaha, pengkaji dapati mereka mengalami masalah yang ketara dalam kemahiran membaca mekanis. Pengkaji memfokuskan masalah ini bagi aspek standard pembelajaran (2.3.2) kemahiran membaca iaitu Membaca kuat pelbagai bahan bacaan yang mengandungi ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

Masalah yang dihadapi oleh mereka ialah, mereka tidak mampu untuk membaca dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.. Kali pertama pengkaji mengajarkan aspek ini, murid-murid 3 Usaha telah diminta untuk membaca dialog yang diberi. Hasilnya, murid-murid hanya mendapat markah 1 hingga 2 markah sahaja bagi setiap aspek pada sesi penilaian. Markah penuh bagi sesuatu aspek yang dinilai adalah 5. Penilaian tersebut menekankan 3 ciri standard pembelajaran iaitu kelancaran bacaan, sebutan yang betul dan jelas serta intonasi yang betul dan jelas.

Pada awalnya, pengkaji menyangka mungkin mereka masih belum mengetahui cara untuk menguasai aspek kemahiran ini. Namun setelah diajar dengan menggabungjalin teknik lakonan beserta kemahiran membaca, perkara yang sama masih berulang. Mereka tidak mampu untuk menguasai aspek kemahiran membaca ini terutamanya bacaan yang memerlukan intonasi yang betul. Contohnya, ayat Adam, mari teman aku beli topeng muka, dibaca oleh murid-murid seperti membaca berita kerana suara mereka mendatar dan tanpa intonasi. Sedangkan intonasi yang perlu diluahkan adalah bernada permintaan. Oleh itu, pengkaji perlu mencari satu teknik atau bahan yang mampu untuk meningkatkan aspek penguasaan kemahiran membaca ini. Murid-murid zaman sekarang berada dalam satu stail pembelajaran yang memerlukan immediate feedback ataupun maklum balas segera daripada guru atau rakan. Contohnya, selepas membaca mekanis, murid-murid sudah pasti ingin mengetahui sama ada bacaan mereka betul ataupun tidak. Seorang guru yang bagus harus mengetahui kaedah bagaimana untuk membuat penilaian supaya murid itu sendiri tahu di mana kelemahan mereka semasa membaca. Jika tidak, pengkaji akan melahirkan generasi yang tidak mampu untuk berkomunikasi dan beramah mesra dengan baik dalam masyarakat sedangkan perkara tersebut amat perlu bagi meneruskan kehidupan dalam zaman yang semakin maju kini.Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2012) dalam buku mereka iaitu Kajian Tindakan : Konsep dan Amalan dalam Pengajaran, seorang guru yang professional tidak seharusnya menyalahkan murid semata-mata apabila timbul masalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran tetapi perlu menyiasat amalan sendiri melalui refleksi kendiri mengapakah murid bertingkah laku sedemikian. Seperti yang diketahui umum, guru adalah orang yang terlibat secara langsung bagi menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Pengkaji memegang kepada satu nilai pendidikan bagi sesorang guru iaitu guru sebagai penyelidik sebagai pegangan utama pada setiap masa. Selain itu, sebagai seorang guru dalam abad ke-21, pengkaji juga memegang satu matlamat sebagai analisa keperluan pembelajaran di mana keperluan pengajaran menggunakan bahan teknologi akan menjadikan pengkaji seorang guru yang berkesan dan efektif. Guru lebih memahami tentang persekitaran bilik darjah dan proses pengajaran pembelajaran yang dilaksanakannya. Ini termasuklah latar belakang muridnya dan keupayaan mereka serta kemudahan fizikal yang terdapat dalam kelas tersebut.

Ada kalanya guru berhadapan dengan pelbagai masalah semasa menyampaikan pengajaran seperti murid bising dan kurang memberi tumpuan, murid belum menguasai isi pelajaran serta mungkin timbul juga masalah kelas sukar dikawal. Kesemua masalah tersebut akan menyebabkan pengajaran guru terganggu dan menjadikan pembelajaran tidak berkesan. Atas dasar keprihatinan pengkaji, pengkaji melihat ramai di antara murid-murid kelas 3 Usaha ini yang datangnya daripada keluarga yang susah dan tidak berkemampuan. Kemudahan seperti komputer tidak pernah digunakan oleh mereka di rumah kerana tidak berkemampuan. Oleh itu, pengkaji mendapat satu idea untuk mengatasi masalah kemahiran membaca mereka dengan menggunakan kemudahan bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semasa proses PdP. Selain itu, kemudahan bahan TMK yang sedia ada di SK Seafield 3 ini harus digunakan seoptimum yang mungkin bagi meningkatkan aspek kemahiran membaca yang mereka lemah. Pengkaji yakin bahawa kemahiran membaca murid-murid mampu ditingkatkan dengan menggunakan kemudahan bahan TMK yang disediakan oleh pihak sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Zainudin Abu Bakar et al. (2010) daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor berkaitan kepentingan ICT menunjukkan bahawa perkembangan pendidikan semasa juga memerlukan guru bahasa Melayu mempunyai kemahiran menggunakan pedagogi bestari dalam pengajaran mereka. Pedagogi bestari memberi penekanan kepada pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar, kebolehan menyepadukan nilai, kemahiran belajar dan berfikir dalam pengajaran bahasa serta mengaplikasi dan menyepadukan teknologi maklumat dalam pengajaran. Dengan itu, sebagai seorang guru, pengkaji mampu untuk menyelidik keperluan murid-murid bagi meningkatkan kecekapan kemahiran membaca mereka. Penyelidik yang bagus bukan sahaja mampu menyelidik tetapi mampu untuk melaksanakannya.

c. Tinjauan Masalah dan Fokus Kajian

Merujuk kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran masa lalu, pengkaji mendapati bahawa seramai 40 orang daripada 49 orang murid tahun 3 Usaha mempunyai masalah yang sangat besar dalam kemahiran membaca yang difokus. Oleh itu satu tinjauan awal dijalankan untuk melihat tahap pencapaian sebenar murid dalam menguasai Standard Kandungan 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Kajian dijalankan bagi membantu murid menguasai kemahiran membaca disamping membantu murid meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan Bahasa Melayu.Sepanjang tinjauan yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa murid dari kelas 3 Usaha sudah mampu untuk membaca. Namun begitu, kebanyakan mereka masih lemah dalam aspek kelancaran bacaan, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Perkara ini dapat dilihat apabila pengkaji menggunakan teknik Teater Pembaca ketika proses PdP berlangsung. Walaupun sudah ditekankan oleh pengkaji mengenai aspek-aspek yang dititik beratkan ketika membaca, murid masih tidak dapat memahami apakah yang dimaksudkan dengan aspek kelancaran bacaan, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Mereka masih membaca dengan nada yang mendatar seolah-olah membaca berita.

Oleh itu, pengkaji telah mengambil inisiatif dengan pengaplikasian Kamera Web bagi membantu murid meningkatkan kemahiran membaca mengikut aspek yang diperkatakan. Mungkin bagi sesetengah pihak, aplikasi ini sudah biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Namun, bagi murid-murid dalam zaman teknologi yang serba canggih kini, teknik seperti ini memudahkan mereka untuk mengenal pasti kelemahan diri sendiri.

"I've been using the Iditarod as a teaching tool since 1984," Morgan explained. "Each year, technological improvements have made following the race easier and more exciting. The addition of Web cams made last year's race the most thrilling ever!. Cara Bafile :Education World2005. Berdasarkan penyataan tersebut, jelas menunjukkan penggunaan teknik ini telah lama digunakan di Eropah bagi menghasilkan pembelajaran yang interaktif, menarik dan berkesan. Bagi pengkaji pula, melalui teknik ini, murid dikehendaki untuk membaca sambil rakaman video dilakukan terhadap mereka. Selesai sahaja bacaan dan rakaman, rakaman bacaan ditayangkan semula di hadapan mereka. Mereka harus menilai sendiri cara bacaan mereka dengan bimbingan guru. Borang penilaian perlu memfokuskan kepada tiga aspek yang ingin ditekankan. Penilaian pula boleh dilaksanakan oleh individu yang membaca, rakan sebaya ataupun pengkaji sendiri.Oleh yang demikian, kajian pada kali ini akan memberi fokus kepada bagaimana untuk meningkatkan kemahiran membaca dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dalam kalangan murid. Bagi merealisasikan perkara ini, pengkaji telah memilih teknik rakaman menggunakan Kamera Web bagi membantu murid menilai cara bacaan mereka seterusnya meningkatkan amalan mereka sendiri.OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Membantu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dalam kalangan murid tahun 3 di sebuah sekolah di Subang Jaya. Standard kandungan yang pengkaji fokuskan ialah kemahiran membaca 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Objektif Khusus

Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca mekanis murid melalui aplikasi Kamera Web.

Mengubah gaya pembelajaran kemahiran membaca mekanis murid melalui aplikasi Kamera Web.

SOALAN KAJIANSepanjang kajian ini dilaksanakan, beberapa soalan telah dikemukakan. Antaranya ialah:

Dapatkah penggunaan teknik rakaman menggunakan Kamera Web dapat membantu murid menguasai kemahiran membaca mekanis?

Dapatkah penggunaan teknik rakaman menggunakan Kamera Web mengubah gaya pembelajaran murid terhadap kemahiran membaca mekanis?TINJAUAN LITERATURJika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta bertumpu kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan pada 2 Oktober 2009 agar guru mengaplikasikan Elemen Merentas Kurikulum seperti TMK serta Kreativiti dan Inovasi seperti bahan bantu mengajar menggunakan TMK dan menyediakan satu ruang di laman sesawang bagi murid melakukan sebarang inovasi. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas.

Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020, seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju.Kajian Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) dalam Bahasa Melayu (BM) bermula pada tahun 1997 apabila Abu Talib (1998) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalankan kajian awal tentang gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM). Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan SPB antara pelajar cemerlang bahasa Melayu dalam kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. Kajian kes berbentuk kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik berpandukan inventori strategi pembelajaran bahasa berdasarkan model SPB Ellis (1994) dan Zamri (2004) yang menerangkan bagaimana pelajar cemerlang belajar bahasa telah dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar cemerlang Bahasa Melayu banyak menggunakan strategi meminta pengulangan dan penjelasan terhadap perkara atau ungkapan yang tidak difahaminya. Oleh itu, berdasarkan kajian tersebut, pengkaji beranggapan bahawa sekiranya teknik rakaman menggunakan Aplikasi Kamera Video ini dilaksanakan dengan kerap, maka murid yang cemerlang mampu dijelmakan dalam kelas 3 Usaha tersebut.

Pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan teknik rakaman menggunakan Aplikasi Kamera Video untuk membantu murid mengatasi masalah ini. Ken Allen (2008) mengatakan dalam kajiannya, Walaupun populariti dan pembangunan kamera video semakin pantas, ramai pendidik masih lagi menganggap ia sebagai satu perkara yang menghairankan jika digunakan sebagai alat pedagogi. Beberapa institusi pengajian tinggi seperti Universiti Regent CTL di Sepanyol telah lama menggunakan kamera video dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kamera video sebagai alat pengajaran dan pembelajaran secara beransur-ansur menjadi lebih popular di semua peringkat pendidikan. Rakaman video atau juga dikenali sebagai maklumbalas video (video feedback), video analisis, videobersemuka-kendiri (self-confrontation video), atau video main peranan (role-play video) telah digunakan dengan meluas dalam bidang kaunseling dan rawatan terapi sejak beberapa dekad dahulu. Penggunaan alat kamera video ini juga amat popular di kalangan guru dan pelatih dalam latihan berbentuk kemahiran,terutama dalam latihan bagi meningkatkan prestasi dalam sukan dan rekreasi.

Banyak kajian lain yang telah membuktikan keberkesanan penggunaan alat perakam video dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan komunikasi. Ken Allan (2008) telah menulis satu artikel berkaitan dengan penggunaan TMK iaitu kamera video sebagai satu wadah yang amat berkesan dalam proses PdP. Beliau menambah, walaupun perkembangan TMK ini semakin pesat, ramai pendidik yang masih ragu-ragu serta tidak mahir untuk menggunakannya. Hougham (1992) telah melihat perkembangan dari segi kemahiran mengemukakan soalan yang pelbagai tahap kognitif di kalangan guru pelatih dengan menggunakan alat perakam video. Kajian Hougham bertujuan meningkatkan kemahiran teknik menyoal dan mendapatkan respons daripada pelajar terhadap pelbagai soalan yang dikemukakan. Sekumpulan guru pelatih senior yang dipilih secara rawak telah menyertai kajian tersebut. Rakaman dilakukan ketika peserta kajian mengemukakan pelbagai soalan dan menilai kembali soalan yang dikemukakan dari sudut respons pelajar terhadap soalan tersebut. Hasil pemerhatian semula peserta dapat menilai kekuatan dan kekurangan mereka bagi mendapatkan respons pelajar ketika menggunakan teknik menyoal. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan peserta dalam teknik menyoal dari tiga sudut, iaitu kamahiran menyoal pada tahap kognitif rendah dan tinggi, teknik menyoal bagi memperolehi respons yang jelas, dan kebolehan guru menyoal bagi meningkatkan kemahiran pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.

Broady dan Le Due (1995) pula melihat peranan yang lebih besar yang dapat dimainkan oleh gurudengan bantuan alat perakam video dalam pengajaran bahasa. Menurut Broady dan Le Due, sesi rakaman video sangat berfaedah bagi membantu pelajar menilai semula kemampuan mereka untuk menguasai kemahiran berbahasa. Mereka telah menggunakan dua kajian kes dalam melihat perubahan subjek kajian dalam penguasaan berkomunikasi berdasarkan rakaman video yang dijalankan. Kajian ini mendapati kamera video dapat membantu meningkatkan kemampuan pelajar berkomunikasi dan menghasilkan persembahan yang bermutu menerusi pertuturan.

Scott (1994) telah menjalankan kajian ke atas penggunaan integratif alat kamera video, komputer dan bimbingan rakan sebaya bagi meningkatkan kemahiran pertuturan di sebuah jabatan bahasa asing dan penterjemahan. Jabatan tersebut dilengkapi dengan 15 kemudahan berasaskan alat kamera video interaktif,sebuah studio rakaman berserta sebuah camcoder dan monitor. Pelbagai peralatan tersebut digunakan dalam siri latihan dalam jabatan seperti kemahiran bertutur di tempat awam, komunikasi interpersonal, dan bahasa isyarat di Johnson County Community College. Terrell, Jorgensen dan Wakelin (1992) pula me1ihat kemampuan menghasilkan analisis interaktif menggunakan alat kamera video dalam situasi tempat kerja. Dalam kajian mereka, alat tersebut digunakan dalam latihan di sebuah pusat latihan tentera laut bagi melihat keberkesanan sistem komunikasi menggunakan kamera video dalam situasi ketenteraan di lautan.

Beberapa kajian yang te1ah dija1ankan menunjukkan bahawa penggunaan kamera video te1ah memberikan sumbangan yang besar da1am menguasai kemahiran berkomunikasi, khususnya pertuturan,perbincangan, perdebatan, serta mengadakan persembahan oratori dan drama secara formal. Dapatan kajian-kajian tersebut jelas menunjukkan bahawa keberkesanan pertuturan dapat dipertingkatkan apabila kamera video dijadikan sebagai alat bantu pengajaran di bi1ik darjah. A1at kamera video telah digunakan sebagai alat yang penting dalam tugas-tugas diagnostik dan pemulihan dalam rawatan dan terapi pertuturan sejak beberapa dekad yang lalu (Pinnington, 1991). Kaedah begini sebenarnya dapat digunakan sebagai salah satu teknik yang amat berkesan dalam pengajaran bahasa di bilik darjah, terutamanya bagi tajuk yang berhubung dengan kemahiran membaca dan persembahan tugasan berkumpulan. Kajian ini mendapati rakaman terhadap bacaan dan pertuturan pelajar menggunakan alat perakam video boleh dijadikan panduan bagi murid tersebut menilai akan kemampuan dirinya untuk membaca dengan lancar,sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dengan situasi yang dihadapinya. Apabila rakaman tersebut dimainkan semula, seseorang sampel kajian itu akan dapat melihat kekuatan dan kekurangan diri sendiri.Menerusi pemerhatian semula rakaman tersebut murid akan mengekalkan atau memperbaiki gaya bacaannya. Murid yang lain dalam kajian ini juga dapat melihat unsur yang sama bagi dijadikan model untuk memperbaiki persembahan mereka apabila melaksanakan tugasan yang serupa.METODOLOGI KAJIANa. Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

Berdasarkan rajah di atas, pengkaji telah menggunakan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) bagi melaksanakan kajian tindakan ini. b. Kumpulan Sasaran

Pengkaji melaksanakan kajian terhadap murid-murid kelas 3 Usaha di sebuah sekolah di Subang Jaya yang terdiri daripada 37 orang lelaki dan 12 orang perempuan. Walaubagaimanapun, kajian ini hanya berfokus kepada 30 orang lelaki dan 10 orang perempuan sahaja. Mereka terdiri daripada bangsa yang berlainan. Kaum Melayu adalah seramai 32 orang, kaum Cina seorang dan yang selebihnya adalah bangsa-bangsa lain.

c. Instrumen Kajian

PemerhatianPengkaji membuat pemerhatian terhadap bacaan murid-murid 3 Usaha. Aspek ditekankan adalah membaca dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Pemerhatian dilaksanakan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan bagi melihat peningkatan kualiti bacaan murid.

Ujian

Pengkaji menyediakan 2 ujian iaitu ujian pra dan uijian pasca sebagai penilaian selepas intervensi dilaksanakan di dalam kelas. Borang penilaian telah diedarkan bertujuan proses penilaian berjalan dengan lancar. Sehubungan itu, borang ini akan diberi sebelum intervensi dilaksanakan. Hal ini bertujuan murid dapat melihat aspek yang akan diberi penekanan terlebih dahulu oleh pengkaji. Oleh itu, murid akan lebih bersedia sebelum intervensi dilaksanakan. Ujian tersebut memerlukan responden membaca dialog menggunakan teknik teater pembaca dan intervensi dilaksanakan. Dialog tersebut telah diambil oleh pengkaji di dalam buku Instrumen PBS Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR terbitan SASBADI.Temu Bual

Pengkaji telah mengadakan dua sesi temu bual bersama responden iaitu sebelum intervensi dan selepas intervensi. Temu bual tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang gaya bacaan mereka sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Responden telah dipilih secara rawak. Seramai 5 orang telah dipilh oleh pengkaji bagi sesi temu bual yang dijalankan.d. Pelaksanaan Tindakan

Pengkaji perlu merancang terlebih dahulu supaya masa yang diperlukan bagi menjalankan teknik rakaman video ini dapat digunakan sepenuhnya. Pengkaji perlu menggunakan masa dan kesempatan yang ada dengan sepenuhnya, terutama ketika berada di bilik rakaman. Persediaan di bilik rakaman dan peralatan yang sesuai bagi peringkat murid amat penting bagi menggunakan alat tersebut dengan berkesan. Pengkaji juga perlu memastikan supaya dapat memberikan peluang kepada setiap murid di bilik darjah untuk menjalani sesi penggambaran video ini supaya tiada murid yang terasa terpinggir pada setiap sesi penggambaran. Penyusunan masa yang sesuai perlu dibuat terlebih dahulu bagi memastikan bahawa murid mempunyai masa yang mencukupi bukan sahaja bagi menjalani sesi penggambaran tetapi juga sesi debriefing atau maklum balas terhadap rakaman yang telah dilakukan. Malah, sesi maklum balas ini adalah amat penting dalam teknik rakaman video kerana jika sesi tersebut tidak dapat dijalankan, maka teknik rakaman video ini tidak akan membawa kesan kepada murid. Sesi ini juga penting bagi pengkaji menilai pencapaian objektif dalam pengajaran mereka dan memastikan bahawa kemahiran yang ingin ditekankan dalam pengajaran diperolehi oleh murid pada akhir pengajaran.

Biasanya pengkaji akan memilih bilik darjah yang sesuai bagi melakukan rakaman video. Dalam kajian ini rakaman dijalankan di makmal komputer. Dalam situasi kelas yang biasa mungkin rakaman video tidak akan dapat dijalankan dengan sempuma kerana kebisingan persekitaran akan mengganggu sesi penggambaran tersebut. Pertama, pengkaji perlu memikirkan satu sudut yang sesuai di sekolah supaya sesi penggambaran hanya menghadapi gangguan yang minima agar kualiti rakaman pasti terkawal. Keduanya pengkaji perlu juga memastikan bilik rakaman tersebut mempunyai cahaya yang mencukupi agar mutu rakaman terjamin dan kelihatan dengan jelas apabila dimainkan semula. Sekiranya pengkaji menggunakan bilik yang terbuka dan tidak memerlukan bantuan cahaya lampu, maka kamera perlu terletak pada sudut yang tidak berhadapan dengan pintu atau tingkap yang dimasuki cahaya secara terus. Ini perlu bagi mengelakkan sinaran cahaya yang memasuki melalui pintu atau tingkap tersebut membayangi imej yang dirakamkan. Pengkaji perlu juga memastikan bahawa bilik atau kawasan penggambaran dalam keadaan yang teratur dan tidak terdapat sebarang senario yang boleh mengganggu persekitaran rakaman. Sebagai contoh, perabot yang berlebihan atau yang tidak digunakan perlu dijauhkan daripada sudut penggambaran kerana objek tersebut akan mengganggu latar penggambaran.

Langkah untuk menganalisis rakaman video yang telah dijalankan boleh dibuat sama ada sebaik sahaja rakaman dilakukan atau pada suatu masa yang lain selepas masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran tersebut. Cara yang pertama mempunyai kelebihan dari satu segi, iaitu murid dapat menganalisis bacaan mereka dalam persembahan atau aktiviti bacaan yang dijalankan secara spontan dan seberapa segera yang boleh. Mereka dapat melihat kekuatan dan kelemahan persembahan mereka dan memberikan respons yang serta merta bagi memperbaiki yang lemah atau menambah yang kurang. Cara kedua ialah menangguhkan sesi maklum balas ini pada suatu masa yang lain. lni bagi memberi peluang kepada pengkaji untuk melihat dahulu hasil rakaman dan menilai kekuatan dan kelemahan yang terkandung dalam rakaman. Pada masa ini pengkaji boleh memikirkan cara-cara yang sesuai untuk memperbaiki kekurangan yang terdapat dalam rakaman tersebut.

e. Analisis Data

Pemerhatian SebelumMARKAHBILANGAN RESPONDEN

0-3

(SANGAT LEMAH)5

4-6

(LEMAH)7

7-9

(SEDERHANA)20

10-12

(BAIK)6

13-15

(CEMERLANG)2

Pemerhatian Selepas

MARKAHBILANGAN RESPONDEN

0-3

(SANGAT LEMAH)0

4-6

(LEMAH)5

7-9

(SEDERHANA)10

10-12

(BAIK)15

13-15

(CEMERLANG)10

Ujian PraASPEK

BACAAN /

MARKAHKELANCARANSEBUTANINTONASI

CEMERLANG

(5 MARKAH)10 Orang10 Orang4 Orang

BAIK

(4 MARKAH)20 Orang15 Orang15 Orang

SEDERHANA

(3 MARKAH)5 Orang11 Orang11 Orang

LEMAH

(2 MARKAH)4 Orang3 Orang9 Orang

SANGAT LEMAH

(1 MARKAH)1 Orang1 Orang1 Orang

Ujian PascaASPEK

BACAAN /

MARKAHKELANCARANSEBUTANINTONASI

CEMERLANG

(5 MARKAH)15 Orang15 Orang20 Orang

BAIK

(4 MARKAH)20 Orang22 Orang10 Orang

SEDERHANA

(3 MARKAH)4 Orang2 Orang9 Orang

LEMAH

(2 MARKAH)1 Orang1 Orang1 Orang

SANGAT LEMAH

(1 MARKAH)---

Temu Bual Sebelum

ITEMRESPON MURIDKOD

SOALAN 3M1Malu la cikgu..2

Apakah perasaan M2Tak rasa apa-apa pun cikgu..1

kamu ketika M3Segan la cikgu..2

membaca di hadapan M4Saya tak suka la cikgu..kawan-kawan semua tengok saya..2

kelas?M5Tak best lah cikgu...kawan-kawan tengok..2

Temu Bual Selepas

ITEMRESPON MURIDKOD

Apakah perasaan

kamu apabila cikguM1Seronok la cikgu..rasa macam masuk tv..1

rakam bacaan

kamu menggunakan kamera web?M2Saya suka cikgu..boleh tengok muka sendiri..1

M3Saya rasa nak baca lagi..sebab cikgu kan tayang balik video (rakaman) tu..1

M4Seronok sangat..1

M5Saya dah biasa la cikgu guna webcam tu.. 2

DAPATAN KAJIAN

Pemerhatian

UjianGREDUJIAN

PRAUJIAN

PASCAPERATUS

PENINGKATAN

(%)

BIL%BIL%

CEMERLANG820174323

BAIK17431128-15

SEDERHANA923153815

LEMAH164013-37

SANGAT LEMAH1300-3

Temu Bual

MURIDSEBELUMSELEPAS

M1Tidak SukaSuka

M2SukaSuka

M3Tidak SukaSuka

M4Tidak SukaSuka

M5Tidak SukaTidak Suka

JUMLAHSuka = 1

Tidak Suka = 4Suka = 4

Tidak Suka = 1

PERBINCANGAN DAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYATeknik ini telah dicuba oleh pengkaji semasa menjalankan Praktikum Fasa 3 pada tarikh 27 Januari 2014 hingga 25 April 2014. Hasil percubaan tersebut mendapati, objektif yang pengkaji tumpukan iaitu membantu meningkatkan kemahiran membaca mekanis responden menggunakan Aplikasi Kamera Web telah tercapai.

Oleh itu, dalam teknik yang pengkaji laksanakan ini, pengkaji telah memilih satu lagi aplikasi sebagai penambahbaikkan. Aplikasi ini dapat memberi satu input yang baru kepada para pendidik untuk menjadikan proses PdP lebih menyeronokkan dan juga efektif. Aplikasi tersebut ialah Google Hangout.

Dengan menggunakan aplikasi tersebut, satu sidang video ataupun rakaman boleh dilaksanakan antara murid dengan murid, guru dengan murid, dan ibu bapa dengan guru atau murid. Melalui cara tersebut, ketiga-tiga pihak iaitu murid, guru dan ibu bapa dapat saling berkolaborasi mengenai pencapaian murid dalam kemahiran berbahasa khususnya subjek Bahasa Melayu. Namun, tidak menjadi masalah jika seseorang guru mata pelajaran yang lain untuk menggunakan aplikasi ini.

Selain itu, pengkaji bercadang juga untuk membina sebuah laman sesawang menggunakan Google Site. Tujuan pengkaji adalah supaya mudah untuk para pengkaji seluruh dunia untuk membuat rujukan berkenaan alat pengajaran yang boleh digunakan semasa proses PdP. Walaupun dalam cadangan nama laman sesawang menggunakan Bahasa Inggeris, isi kandungan yang terkandung dalam laman sesawang tersebut seratus-peratus menggunakan Bahasa Melayu. Oleh itu, sesiapa sahaja terutamanya rakyat negara luar perlu menterjemah perkataan dan ayat terlebih dahulu bagi memahami isi yang ingin pengkaji sampaikan. Oleh itu, kajian yang pengkaji laksanakan secara tidak langsung dapat memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa seiring dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu merintis dan menerajui perubahandemi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia padaTahun 2020.

Pengkaji juga bercadang untuk membina satu logo berdasarkan nama teknik yang dipilih. Tujuannya adalah untuk membina satu jenama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diperkembangkan ke seluruh dunia. Logo tersebut boleh diubah mengikut alat bantu yang digunakan untuk mengajar.

RUJUKAN

Albert. (5 November, 2009). Strategi pelaksanaan dasar pendidikan negara. Retrieved 18 Mac, 2014, from Falsafah Pendidikan Kebangsaan: http://albert-falsafahpendidikan.blogspot.com/

Arshad, M. (1999). Alternative approach to learning Bahasa Melayu. Laporan Projek IRPA No. 07-02-03-0325.

Bafile, C. (22 11, 2005). Webcams bring lessons to life. Retrieved 2 4, 2014, from EducationWorld: http://www.educationworld.com/a_tech/tech/tech100.shtml

Broady, E. &. (1995). Learner antonomy and video camera. A wider role for video recording activities.Language Learning Journal , 11 , 74-77.

Chow Fook Meng PhD, J. M. (2012). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan Dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Goodfellow, R. J. (1996). Face-to-face language learning at a distance? . A study of videoconference tryout. ReCALL , 5-16.

Hougham, P. (1992). Improving student teachers' strategies for asking a range of both high and low level questions through video evaluation , 1-14.

Ofsted. (2004). Why Colleges Succeed. 19.

Piaw, C. Y. (2011). Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua. Malaysia: Mcgraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Pinnington, A. (1991). Using video in training and education. London: McGraw-Hill.

Rancangan, P. B. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Percertakan Nasional Malaysia Berhad.

Richards, 1. c. (1994). Reflective teaching in second language classrooms. Cambridge: Cambridge University Press.

Terrell, W. R. (1992). Human interactive analysis using video. the dynamics of complex work environments Educational Technology , 32(10),35-41.

KOD

1- Suka

2- Tidak suka

KOD

1- Suka

2- Tidak suka

20

_1472761102.xlsChart1

50

75

2010

615

210

SEBELUM

SELEPAS

Sheet1

SANGAT LEMAHLEMAHSEDERHANABAIKCEMERLANG

SEBELUM572062

SELEPAS05101510