asemen gru 1

16
TAJUK : BINA SATU PANDUAN ETIKA KERJA BAGI MENYEMARAKKAN / MENINGKATKAN a) Penyelidikan b) Penerbitan c) Perundingan d) Pengkomersilan Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah Etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian. Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ". Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian- kajian mengenai isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesyen mereka. Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya. a) ASPEK PENYELIDIKAN

Upload: eda-muryanti

Post on 11-Jul-2016

215 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

asemen gru

TRANSCRIPT

Page 1: Asemen Gru 1

TAJUK : BINA SATU PANDUAN ETIKA KERJA BAGI MENYEMARAKKAN / MENINGKATKAN

a) Penyelidikanb) Penerbitanc) Perundingand) Pengkomersilan

Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah Etika berasal

dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan

dan keperibadian.

Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti".

Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang

mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ".

Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-

isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan

integriti profesyen mereka.

Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang

mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama

di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan

norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.

a) ASPEK PENYELIDIKAN

DEFINISI

Tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan

baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan

dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat

baru.

Page 2: Asemen Gru 1

(Ahmad Mahzan Ayob, 1983)

Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik mengenai sesuatu

fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang didapati itu merupakan kebenaran

yang muktamad mengenai fenomena itu. Fakta-fakta baru atau fakta-fakta yang tidak didapati

semasa penyelidikan dijalankan mungkin akan timbul dan ini akan mengubah keputusan

penyelidikan dan dengan itu pengetahuan akan sentiasa berubah.

(Mohd. Sheffie Abu Bakar, 1987)

…usaha mencari data yang akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk

memecahkan sesuatu persoalan tertentu, atau hanya sekadar ingin mengetahui samada

wujudnya ataupun tidak sesuatu persoalan itu.

(J. Supranto, 1986)

In carrying out research the purpose is to try to make some claim to knowledge; to try to show

something that was not known before. However small, however modest the hoped for claim to

knowledge is, provided it is carried out systematically, critically and self-critically, the search for

knowledge is research.

(Bassey, 1990)

Dari segi sejarah perkembangan penyelidikan, jelas membuktikan kajiselidik adalah

satu langkah sistematik yang mengkaji perhubungan di antara pembolehubah. Langkah sistematik ini merupakan elemen yang terpenting didalam konsep asas penyelidikan.

Seseorang mungkin melakukan sesuatu kajian ataupun pemerhatian, tetapi tindakan tersebut

tidak akan membawa sebarang makna yang berkesan sekiranya proses langkah sistematikdiabaikan.

(Dr. Asaruddin Hj Ashaari, 1989)

Penyelidikan ialah satu kaedah yang tersusun, sistematik atau teratur dan bersifat objektif,

bukan subjektif dan bebas dari pertimbangan nilai. Dengan lain perkataan, penyelidikan yang

bersandarkan kepada pertimbangan fakta dan logik pemikiran manusia. Logik pemikiran

manusia tentulah berdasarkan apa yang ditanggap oleh pancaindera manusia.

Page 3: Asemen Gru 1

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN

Untuk menambahkan ilmu pengetahuan melalui pemerhatian ,pengumpulan

data/maklumat tentang sesuatu fenomena dan mengeluarkan prinsip-prinsip yang teguh

untuk menerangkan fenomena tersebut dengan menyatakan sebab dan akibatnya.

Bergantung semata-mata kepada logik penakulan akal manusia dan mesti berdasarkan

kepada fakta semata-mata atau andaian-andaian yang dianggap munasabah menurut

proses pemikiran manusia.

Mesti boleh diulangi oleh penyelidik lain dengan menggunakan kaedah yang sama atau

boleh diulangi secara empirikal.

Laporan secara objektif (tanpa emosi) dengan bahasa yang tegas.

LANGKAH-LANGKAH UTAMA DALAM PENYELIDIKAN

1. Kenalpasti masalah dan nyatakan objektif

2. Cadangkan hipotesis atau penyelesaian

3. Kumpulkan keterangan/data

4. Analisis data

5. Melaporkan keputusan

TUJUAN PENYELIDIKAN

Membantu manusia memahami sesuatu masalah.

Menyampaikan idea dan maklumat kepada ahli masyarakat melalui laporan yang jelas.

Menilai laporan penyelidikan dan mengendalikan penyelidikan yang serupa (jika ada)

untuk mendapatkan bukti yang lanjut oleh penyelidik lain.

Data yang dikumpulkan melalui penyelidikan dipergunakan sebagai asas untuk

membuat keputusan oleh orang yang menjalankan penyelidikan atau pihak lain

(penaja)..

Page 4: Asemen Gru 1

KATEGORI PENYELIDIKAN

Penyelidikan dikategorikan kepada dua bahagian

1. Penyelidikan asas

2. Penyelidikan gunaan

Penyelidikan Asas

Semata-mata untuk menambahkan ilmu pengetahuan manusia.

Penyelidikan yang mempunyai tujuan intelek untuk memperkembangkan ilmu

pengetahuan.

Penyelidikan ini berdasarkan keinginan untuk mengetahui sesuatu.

Penyelidikan tentang alam sekelilingnya tanpa tujuan khusus untuk menyelesaikan

sesuatu masalah.

Meliputi penyelidikan tentang mukabumi, dasar lautan, angkasa lepas dan cakerawala.

Bersifat statik sekiranya teori yang ditemui tidak dapat diuji oleh ahli penyelidik

penyelidikan gunaan. Jika diuji dan tidak tepat/benar, para penyelidik penyelidikan asas

akan melakukan semula penyelidikan asas untuk memperbaiki model atau teori mereka.

 Penyelidikan Gunaan

Untuk mendapatkan pengetahuan baru untuk faedah dan manfaat manusia.

Bertujuan untuk mengumpul maklumat atau pengetahuan yang akan digunakan

seterusnya.

Sentiasa menggunakan teori sebagai titik tolak dan teori itu lahir dari penyelidikan asas.

 

Page 5: Asemen Gru 1

CARTA ALIRAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

Pensyarah menyediakan proposal penyelidikan dan mengisi borang

BPP01-PPPA.

2

5

6b

Semakan dan pengesahan

(T/jwb: Ketua Jabatan)

Semakan dan pengesahan untuk kelulusan

(T/jwb: PPPA)

Kelulusan oleh pihak pengurusan

(T/jwb: Rektor,Timbalan Rektor, Pendaftar & Bendahari)

Proposal penyelidikan yang tidak diluluskan akan diserahkan kembali kepada pihak fakulti.

(T/jwb: PPPA)

1

3 Pengesahan

(T/jwb: Dekan fakulti)

4

6a

Pengeluaran Peruntukan Kewangan oleh Pejabat Bendahari berlaku setelah diluluskan oleh pihak pengurusan.

(T/jwb: Bendahari)

Page 6: Asemen Gru 1

PROSES KERJA PROPOSAL PENYELIDIKAN

LANGKAH PROSES KERJA

1 Pensyarah menyediakan proposal penyelidikan menggunakan

Borang Kertas Cadangan Projek Penyelidikan (BPP01-PPPA).

2 Pensyarah mengemukakan proposal kepada jabatan masing-

masing untuk semakan dan pengesahan oleh Ketua jabatan dalam

tempoh tiga hari.

3 Ketua Jabatan mengemukakan proposal kepada Dekan Fakulti

untuk pengesahan dalam tempoh tiga hari.

4 Proposal yang telah disahkan oleh Dekan akan disemak oleh

Pusat Penyelidikan & Pembangunan Akademik untuk kelulusan

pihak pengurusan dalam tempoh lima hari bekerja.

5 Proposal perlu mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan.

6 a) Proposal penyelidikan yang telah mendapat kelulusan pihak

pengurusan akan diserahkan kepada Penyelidik/Ketua Jabatan

untuk pengeluaran peruntukan.

b) Proposal yang tidak mendapat kelulusan akan diserahkan

kembali kepada pihak Fakulti.

Page 7: Asemen Gru 1

b) ASPEK PENERBITAN

Dalam penerbitan, penulis hendaklah:

(a) berkata benar dari segi bahan yang ditulis, tidak direka-reka atau

dimanupulasi dari segi data dan dapatan

(b) menulis menurut etika penulisan akademik dengan menyatakan

metodologi penyelidikan, memaparkan teori dan kaedah menganalisis

data.

(c) membuat rujukan dan memberi penghargaan yang sewajarnya kepada

penerbitan dan hasil penyelidikan terdahulu, dan kepada mereka yang

telah memberi apa juga sumbangan ke arah menjayakan penyelidikan.

(d) menghindari penciplakan (plagiarism)

(e) menghindarkan sikap membesar-besarkan diri yang tidak pada

tempatnya.

(f) menghormati kerahsiaan orang yang memberi maklumat, seperti halnya

dalam penyelidikan, dengan tidak mendedahkan nama individu atau

institusi yang terlibat, jika diminta oleh mereka.

Page 9: Asemen Gru 1

LANGKAH TANGGUNGJAWAB

1 PENULIS

Menyediakan manuskrip yang selaras dengan kandungan

silabus yang telah ditetapkan.

Membuat penambahbaikan sekiranya terdapat sebarang

komen/cadangan dari JK Penerbitan Fakulti /  Panel Penilai /

CAD.

Mendapatkan semua kelulusan dan perakuan

2 JAWATANKUASA

memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan oleh pakar

penilai

a) Ketepatan fakta, istilah dan konsep.

  b) Susunan bahan dan bahasa adalah baik dan kesesuaian

gambarfoto, rajah, peta yang membantu kefahaman topik.

c) Ketepatan soalan-soalan dan latihan yang diberik

Mencadangkan agar manuskrip diluluskan untuk penerbitan

setelah perkara (a) dan (b) dipenuhi.

3 TIMBALAN DEKAN (ANTARABANGSA & AKADEMIK)

Mengesahkan manuskrip untuk tujuan penerbitan setelah

diluluskan

Memperakukan tuntutan bayaran Penilai Modul

4 CAD Memastikan manuskrip mengikut format yang telah

digariskan

Menyemak dan memperakukan manuskip yang akan

diterbitkan

5 PEJABAT PENERBIT Menerbitkan modul yang telah disemak dan diperakukan

oleh CAD dalam tempoh masa yang terdekat.

Mengedarkan modul yang siap dicetak bagi tujuan rekod

kepada pihak terlibat

Page 10: Asemen Gru 1

C) ASPEK PERUNDINGAN

o        Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:

  Mendapat kebenaran dari institusi

  Mendapat kebenaran untuk access data

  Penggunaan data

  Penulisan laporan

  Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

Page 11: Asemen Gru 1

Bag Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik?

  Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan kajian.

  Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya penyelidikan

dijalankan di sekolah.

  Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan diiukti untuk

‘clearing’ data ‘field’ berkait dengan peserta seperti transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen

dan memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks umum.

  Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.

  Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf laporan atau

transkrip temubual.

  Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.

  Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.

  Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.

  Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.

D) ASPEK PENGKOMERSILAN

1. “Pengkomersilan” ertinya penterjemahan idea menjadi sesuatu yang berupa produk,

perkhidmatan, proses atau sistem teratur yang boleh dipasarkan melalui kaedah

perlesenan, penjualan, spin-off, atau syarikat usahasama

Page 12: Asemen Gru 1