asgment kuasa

6
Jenis – jenis kuasa dalam kepimpinan Dalam sesebuah pucuk kepimpinan amat berkait rapat dengan kuasa seorang pemimpin yang dianggap mempunyai kuasa selagi orang bawahan mahu. Menurut Mescon et al., kuasa adalah sesuatu yang ‘diberi’ oleh orang bawahan kepada seseorang pemimpin. Kuasa tersebut boleh dihapuskan, dikurangkan atau ditambah bergantung kepada kemajuan matlamat ahli kumpulan (78). Dari segi konsepnya juga, kuasa melibatkan bagaimana orang melihat perhubungan antara satu sama lain. Kuasa bukannya datang apabila seseorang berada di dalam hierarki tertentu di dalam organisasi. French dan Raven mengenalpasti lima jenis sumber atau asas kuasa iaitu: (1) kuasa ganjaran (rewarding power); (2) kuasa paksaan (coercive power); (3) kuasa sah (legitimate power); (4) kuasa pakar (expert power); dan (5) kuasa rujukan atau petunjuk (referent power) (qtd. dalam Hoe Chee Hee, et. al.151-174). Di samping itu, bagi sumber- sumber kuasa menurut French dan Raven iaitu pada tahun 1962, French dan Raven telah membahagikan sumber kuasa kepada lima bahagian di mana sumber-sumber ini mempunyai perbezaan yang ketara dan mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri dalam situasi-situasi tertentu. Sumber-sumber kuasa yang dikemukakan French dan Raven ialah kuasa ganjaran, kuasa paksaan, kuasa sah, kuasa rujukan, dan kuasa pakar (Campbell, 1988). kuasa yang pertama ialah kuasa Ganjaran bermaksud seorang individu atau pentadbir yang mempunyai kelebihan untuk memberi ganjaran atau hadiah kepada kakitangan yang menurut arahannya.

Upload: shima

Post on 11-Aug-2015

29 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: asgment kuasa

Jenis – jenis kuasa dalam kepimpinan

Dalam sesebuah pucuk kepimpinan amat berkait rapat dengan kuasa seorang

pemimpin yang dianggap mempunyai kuasa selagi orang bawahan mahu. Menurut

Mescon et al., kuasa adalah sesuatu yang ‘diberi’ oleh orang bawahan kepada

seseorang pemimpin. Kuasa tersebut boleh dihapuskan, dikurangkan atau ditambah

bergantung kepada kemajuan matlamat ahli kumpulan (78).

Dari segi konsepnya juga, kuasa melibatkan bagaimana orang melihat

perhubungan antara satu sama lain. Kuasa bukannya datang apabila seseorang berada

di dalam hierarki tertentu di dalam organisasi. French dan Raven mengenalpasti lima

jenis sumber atau asas kuasa iaitu: (1) kuasa ganjaran (rewarding power); (2) kuasa

paksaan (coercive power); (3) kuasa sah (legitimate power); (4) kuasa pakar (expert

power); dan (5) kuasa rujukan atau petunjuk (referent power) (qtd. dalam Hoe Chee

Hee, et. al.151-174).

Di samping itu, bagi sumber- sumber kuasa menurut French dan Raven iaitu

pada tahun 1962, French dan Raven telah membahagikan sumber kuasa kepada lima

bahagian di mana sumber-sumber ini mempunyai perbezaan yang ketara dan

mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri dalam situasi-situasi tertentu.

Sumber-sumber kuasa yang dikemukakan French dan Raven ialah kuasa ganjaran,

kuasa paksaan, kuasa sah, kuasa rujukan, dan kuasa pakar (Campbell, 1988).kuasa

yang pertama ialah kuasa Ganjaran bermaksud seorang individu atau pentadbir yang

mempunyai kelebihan untuk memberi ganjaran atau hadiah kepada kakitangan yang

menurut arahannya.

Kuasa ganjaran ini dianggap sebagai satu kuasa yang positif yang boleh

menyebabkan perubahan dalam tingkahlaku dan perlakuan seseorang. Dengan kata

lain ia merupakan pengukuhan positif. Namun kuasa ini ada had dan batasannya untuk

membolehkan seseorang itu bertindakbalas darinya.

Page 2: asgment kuasa

Ia juga kuasa yang dapat mengawal pekerja melalui hadiah ganjaran bonus atau

menjanjikan pelbagai bentuk insentif yang boleh membawa perubahan positif kepada

para pekerja atau ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Kadangkala berbentuk memberi

tugas dan cabaran baru kepada seseorang yang menunjukkan prestasi kerja yang

memuaskan dan baik di samping memberikan ganjaran atau hadiah sampingan.

Contohnya seorang pengetua boleh memberi kenaikan gaji kepada guru-guru

bawahannya sekiranya mereka berkhidmat dengan cemerlang. Selain itu, dia juga

dapat memberi beberapa keistimewaan tertentu kepada guru tersebut di sekolah.

Pemimpin seperti ini dapat memberikan pengukuhan yang positif kepada para

kakitangannya di mana mereka akan berusaha sebaik mungkin bukan sahaja

untuk memperoleh ganjaran atau habuan yang telah dijanjikan tetapi untuk mencapai

matlamat dan tanggungjawab seorang guru yang berdedikasi.

Sekiranya, ganjaran itu tidak diberi atau janji pemimpin itu tidak ditunaikan kuasa

pemimpin itu akan berkurang sedikit demi sedikit. Begitu juga rasa hormat pengikutnya

turut berkurang terhadap pemimpin yang tidak mengotakan janjinya itu.Kelemahan

kuasa ganjaran ialah ia tidak dapat meningkatkan prestasi kerja kakitangan dalam

situasi tertentu di mana mereka hanya bekerja dengan bersungguh-sungguh apabila

dijanjikan dengan ganjaran tambahan atau hadiah selain dari gajinya yang diterima

mereka pada setiap bulan.

Sistem pendidikan di Malaysia juga mengamalkan sistem dalam organisasi di

mana guru-guru yang cemerlang akan diberi anugerah dan diberi ganjaran sebanyak

RM1000. Hal ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat para guru untuk mendidik

dengan lebih cemerlang. Seterusnya, kuasa yang kedua ialah kuasa paksaan Juga

dikenali sebagai kuasa dendaan. Kuasa ini bersifat negatif kerana biasa perubahan

perlakuan seseorang itu bukan atas kehendaknya tetapi lebih kepada ancaman dan

dendaan yang akan diberikan oleh pihak atasan bila ianya tidak diikuti. Kuasa yang

wujud cara ini biasanya tidak akan kekal.

Page 3: asgment kuasa

Ia dikatakan sebagai kuasa kerana ia dapat mengawal pekerja melalui paksaan,

dendaan, ancaman dan mungkin juga berbentuk ugutan. Antara bentuk dendaan dan

hukuman yang dipraktikkan ialah seperti tidak memberi kenaikan pangkat, menahan

kenaikan gaji, menamatkan tugas atau pemberhentian dengan laporan yang negatif.

Pemimpin yang menggunakan kuasa paksaan selalunya bergantung kepada

kekuatan fizikal dan mental yang ada padanya, dan pemimpin yang mengamalkan

kuasa ini tidak menghargai keupayaan sebenar yang ada pada kakitangannya. Secara

amnya, subordinat akan mengikut arahan pemimpin semata-mata untuk

mengelak daripada didenda oleh ketuanya. Maka segala kemahuan ketua akan dituruti.

Walau bagaimanapun kuasa paksaan mendatangkan rasa tidak puas hati serta

menimbulkan kemarahan para pekerja jika didenda dengan sebab yang tidak sepadan

atau munasabah dan akhirnya akan menimbulkan konflik dalam organisasi. Seterusnya

ia mampu memecahbelahkan organisasi di mana para pekerja dan pemimpin tidak

sehaluan.

Motivasi dan komitmen subordinat juga menurun jika kuasa paksaan dipraktikkan

di dalam organisasi sebagai kuasa utama. Oleh kerana kuasa paksaan memberi

pengukuhan negatif kepada orang bawahan, maka kuasa paksaan merupakan kuasa

yang paling lemah untuk membuat kakitangan menurut perintah dan mempunyai

hubungan negatif dengan keberkesanan. Seterusnya ialah kuasa yang ketiga iaitu

kuasa yang sah timbul dari persepsi individu terhadap sesuatu arahan yang diberikan.

Adakah arahan itu boleh diberikan oleh seseorang itu kepada orang bawahannya? Jika

ianya dapat diterima maka kuasa ini menjadi satu kuasa yang sah dan tidak akan timbul

masalah untuk mereka yang menerimanya melakukan arahan dan tugas yang diberikan

itu. Ia terhasil akibat pelantikan seseorang dalam sesebuah organisasi.

Kuasa yang ada pada seorang itu pula bergantung kepada kedudukannya dalam

organisasi tersebut. Kuasa sah yang dimaksudkan di sini ialah kuasa rasmi yang

diperoleh seseorang daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan kuasa yang

memberikan ia sesuatu kedudukan dalam organisasi . Ia mendapat restu orang yang

Page 4: asgment kuasa

dipimpin bahawa ketua itu mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhi mereka.

Keadaan ini timbul dari nilai-nilai budaya, struktur sosial, ataupun kedudukan ketua

Misalnya seorang pengurus akan mempunyai kuasa yang lebih dari seorang

pegawai eksekutifnya yang juga mempunyai kuasa melebihi seorang penyelia syarikat.

Kuasa seperti ini membolehkan seorang pengurus itu menggunakannya untuk

merancang strategi, mereka bentuk dan mengawal sistem maklumat dan seterusnya

merangka polisi dan peraturan organisasi.. Contoh kedua ialah guru besar di mana

beliau dilantik oleh kementerian pelajaran maka beliau mempunyai kuasa sah untuk

mentadbir sekolah yang diberikan kepadanya dan para kakitangan di sekolah itu perlu

patuh kepadanya kerana kedudukannya ialah di atas mereka dan dia dilantik dengan

sah oleh pihak kementerian.

Kuasa sah dari segi budaya ialah pengiktirafan daripada pengikut disebabkan

oleh pemimpin itu lebih veteran dan berkedudukan daripada pengikut dan mempunyai

banyak pengalaman dalam aspek struktur sosial dari segi kesetiaannya terhadap

organisasi itu. Kuasa sah merupakan asas yang penting untuk mendapatkan kepatuhan

daripada kakitangan kerana pemimpin diiktiraf oleh kuasa yang lebih tinggi tetapi ini

tidak menjanjikan keberkesanan organisasi. Diikuti pula dengan kuasa yang seterusnya

iaitu kuasa pakar yang timbul apabila A mempunyai sumber dari segi kepakaran,

kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dari pandangan B.

Maka apa yang diberikan dan diharapkan oleh A ke atas B akan dituruti dengan

mudahnya. Kuasa pakar di peroleh oleh mereka yang mempunyai pengetahuan atau

kemahiran dalam bidang-bidang tertentu contohnya guru matematik mahir dalam

bidangnya dan kemungkinan besar tidak mahir dalam bidang lain seperti mata

pelajaran geografi. Seseorang mungkin dikatakan mempunyai kuasa pakar apabila dia

mengetahui secara mendalam tentang sesuatu perkara atau bidang yang diceburi dan

amat sukar ditandingi oleh orang lain. Kebiasaannya pendapat mereka ini didengar

dalam satu tindakan yang berkaitan dengan bidang yang memang merupakan

kepakarannya.

Page 5: asgment kuasa

Pentadbir mempunyai kuasa kepakaran apabila mereka faham bagaimana

hendak mengajar tau bagaimana untuk mengendalikan masalah-masalah yang

dihadapi oleh guru-guru. Seorang pentadbir atau pemimpin yang tidak memahami dan

menggunakan bentuk-bentuk kuasa ini dan juga kuasa pejabat sah akan hanya

menikmati kawasan pengaruh yang terhad.

Kuasa kepakaran ini wujud dalam dua keadaan mengikut tugas rasmi yang

dijalankan oleh seorang itu. Ia menjadi kuasa pakar seorang pengurus yang dapat

menggunakan minda, idea, pengetahuan dan kemahirannya dalam memastikan setiap

subordinatnya mengikuti dan melaksanakan tugas- tugas yang telah

dipertanggungjawabkan kepadanya. Kuasa yang sama juga boleh didapati pada

subordinat yang tanpanya boleh menjejaskan perjalanan dan operasi pengeluaran

organisasi secara umumnya. Seseorang pemimpin yang memiliki kuasa pakar yang

tinggi dalam sesuatu bidang dijangka akan memudahkan pekerjaan orang lain kerana

dia mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang itu. Oleh itu, para pengikut

mudah untuk memberikan kerjasama dengannya dan meminta pendapatnya dalam

pekerjaan mereka.

Selain itu, suasana kerja yang sihat dapat diwujudkan melalui kuasa ini kerana

pengikut mengiktiraf pemimpin kerana kelebihan yang ada padanya dan menjadikan

pemimpinnya sebagai rujukan utama. Kuasa yang terakhir ialah kuasa rujukan adalah

sama dengan karisma di mana ia merujuk kepada kebolehan seseorang ketua untuk

menggalakkan penggabungan atau penglibatan daripada pengikut-pengikutnya dan

lebih kepada kebolehan untuk mempengaruhi orang lain melalui ciri-ciri perlakuan yang

ada padanya. Sikap dan kebolehan ini boleh menghasilkan pelbagai tanggapan dan

juga dalam kebanyakan hal menyelesaikan masalah. Kuasa ini datang dari perasaan

dan keinginan pengikut mengenal pasti orang yang lebih berkuasa tanpa mengira

kesan positif atau negatif.

Page 6: asgment kuasa

Karisma pemimpin menjadi asas kepada kuasa sah dan kuasa rujukan. Namun

ia bergantung kepada ahli kumpulan yang sanggup menerima, mengenal pasti dan

setuju kepada ciri-ciri yang ditunjukkan.Pemimpin dijadikan sebagai rujukan atau contoh

kepada pengikut kerana mempunyai kualiti, karisma dan reputasi yang baik. Apabila

dikaitkan dengan karisma, Weber menyatakan ia bukannya bersifat ketuhanan tetapi

kualiti luar biasa pada sifatnya yang dipenuhi dengan tenaga, keyakinan, wawasan

masyarakat akan datang.

Justeru itu, ada lelaki yang seakan-akan memiliki kuasa tuhan berkata-kata

dengan kepetahan lidah, wawasan yang tinggi dan aura yang menebal dan lelaki itu

berdiri seperti seorang Tuhan. Apabila nabi-nabi diturunkan oleh Tuhan untuk kaum-

kaumnya, mereka dianggap sebagai orang yang berkarisma. Kuasa rujukan Jesus

Chris jelas lebih tersohor kerana beliau bukan sahaja menyeru kepada satu-satu

bangsa, tetapi seluruh himpunan manusia. Hal ini kerana beliau mempunyai karisma.

Oleh itu, karisma memang penuh dengan misteri atas dua sebab. Pertama, sifat misteri

itu dipanggil karisma dan kedua orang yang memiliki karisma sengaja menjadikannya

misteri.

Benarlah satu pepatah Arab, âApabila diketahui sebab-sebabnya, maka��

terbatallah keajaibanâ. Dalam konteks ini, pengikut sentiasa ingin mengaitkan dirinya��

kepada pemimpinnya kerana dia amat menghormati pemimpin itu. Oleh itu, kuasa

rujukan merupakan kuasa kedua terpenting bersama-sama kuasa ganjaran untuk

pengikut patuh pada arahan seseorang pemimpin.Kuasa rujukan wajar dipraktikkan di

sekolah-sekolah di Malaysia kerana suasana kerja yang sihat akan terhasil dengan

menggunakan kuasa ini. Parakakitangan akan mencontohi pemimpin mereka

contohnya seorang pengetua itu selalu datang awal ke sekolah maka guru-guru akan

mencontohinya untuk datang awal ke sekolah. Dalam kata lain ketua mereka

merupakan idola dan role model kepada mereka. Maka mereka akan menghormati

ketua mereka. Namun amat jarang kita menemui pemimpin yang mempunyai kuasa ini.