asgment learning skill

Upload: kimberly-thomas

Post on 12-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANSetiap manusia mengimpikan keputusan yang baik dan cemerlang dalam ujian, peperiksaan, tugasan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi di dalam satu peperiksaan yang besar dan tugasan yang penting. Oleh itu, sebagai pelajar samada di peringkat sekolah rendah dan menengah, peringkat IPTA dan IPTS perlu berlumba-lumba untuk mencari ilmu pengetahuan seberapa yang boleh dan perlu mempraktikkan ilmu tersebut supaya ilmu tersebut tidak akan dilupa dengan mudah. Para pelajar sekarang tidak sama seperti pelajar-pelajar dahulu yang sudah mempunyai banyak kemudahan untuk mendapatkan ilmu dan sumber yang diperlukan. Kini, terdapat banyak bahan dan sumber yang dapat digunakan tanpa mempunyai had penggunaan, tidak kiralah samada pada siang hari ataupun malam. Semuanya sudah mudah dan senang untuk diperolehi. Walau bagaimanapaun, dalam mencari ilmu pengetahuan dan sumber yang baik, para pelajar perlu mempunyai kemahiran tertentu untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi tugasan masing-masing. Kemahiran yang perlu dipelajari adalah kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat. Kemahiran ini perlu dikuasai dahulu sebelum para pelajar ingin mencapai visi dan misi mereka untuk belajar dengan cemerlang dan memperoleh keputusan yang cemerlang supaya pelajar tidak ketinggalan dalam era masa kini yang semakin canggih.Menurut Affan, O. (2007) menyatakan bahawa kemahiran belajar perlu diumpamakan sejenis kenderaan yang semakin cekap kita kuasai kemahiran belajar ini, semakin bertambah pantaslah kenderaan itu bagi menuju ke menara gading. Oleh yang demikian, belajar amat penting kepada semua pelajar untuk menghadapi cabaran semasa belajar dan kemahiran ini amat perlu dikuasai dengan betul. Terdapat pelbagai kajian dan pendekatan terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib (2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Oleh itu, kemahiran belajar cemerlang merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar. Kemahiran belajar cemerlang ini sangat penting dalam meningkatkan daya pembelajaran dan daya intelek serta dapat mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat.Kemahiran literasi maklumat pula adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif. Bahagian Teknologi Maklumat (2002), mendefinisikan literasi maklumat sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif. Manakala Doyle (1992), mendefinisikan literasi maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengakses, menilai dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber. Terdapat sumber mengatakan bahawa literasi bermaksud mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu manakala maklumat pula adalah data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua. Kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam literasi maklumat ialah kemahiran maklumat, kemahiran membaca, kemahiran belajar, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran ICT dan kemahiran komunikasi.

2.0 ISI DAN PERKEMBANGANDi dalam arus pemodenan dan era globalisasi kini, saya tahu saya tidak boleh ketinggalan dalam dunia yang serba canggih kini. Oleh itu, bagi memastikan saya mendapat atau memperolehi kemahiran belajar yang cemerlang dan literasi maklumat, saya menjadikan ICT sebagai salah satu daripada pencarian ilmu dan penambahan kepada ilmu yang sedia ada dalam diri saya. ICT adalah salah satu media dimana para pelajar dan masyarakat mencari maklumat kerana bak kata pepatah maklumat hanya dihujung jari anda. ICT atau teknologi maklumat ini dapat memberi sesuatu ilmu pengetahuan yang kita inginkan dengan hanya melayari internet sahaja kerana internet adalah media untuk perkongsian maklumat seluruh dunia. Tambahan lagi, kemudahan internet ini boleh didapati di mana-mana sahaja. Hassan (2006) menyatakan bahawa penggunaan internet ini semakin mudah, fleksibel dan cepat. Oleh itu, di dalam pembelajaran para pelajar perlu menguasai cara untuk menggunakan internet kerana untuk mendapatkan maklumat untuk sumber belajar adalah sangat penting. Kemahiran ini amat membantu saya sebagai pelajar dan bonus kepada sesiapa yang dapat menguasainya dengan baik. Program literasi maklumat ini membantu membina intelek pelajar dan mampu menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama (RMK9).ICT atau lebih dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya ssangat luas. Ia boleh berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Para pelajar seperti saya boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran yang cemerlang dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit serta perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pangkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, internet dan lainnya. Menurut Stair dan Reynolds (1999), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan cekap.Selain itu, perpustakaan juga merupakan tempat di mana para pelajar dan masyarakat mencari maklumat dan ilmu pengetahuan bagi menambahkan ilmu yang sedia ada. Di perpustakaan kini, selain daripada sumber yang bercetak seperti buku-buku, majalah dan risalah, sumber dalam bentuk elektronik juga disediakan di dalam perpustakaan. Hal ini kerana ketrampilan penggunaan sumber elektronik juga sangat memberi manfaat kepada para pelajar dalam pembelajaran dan penulisan projek atau tugasan mereka. Saya juga lebih cenderung ke arah penggunaan sumber elektronik ini kerana penggunaannya mesra pengguna dan mudah untuk mencari maklumat yang diinginkan. Tambahan pula, ia lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos dalam pencarian sesuatu maklumat. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengetepikan maklumat daripada bahan bercetak seperti buku, majalah dan sebagainya kerana bukti-bukti di dalam bahan bercetak lebih sahih dan benar. Selain itu, saya juga dapat membuat bandingan maklumat-maklumat yang diberikan di dalam setiap bahan bercetak yang saya baca. Ia juga dapat membantu mengukuhkan lagi penulisan dan projek yang saya jalankan. Hal ini terbukti benar dan terdapat perpustakaan yang menyediakan sumber elektronik dan mementingkan kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat iaitu di UNIMAS. Perpustakaan UNIMAS menyediakan kelas dalam mengajar kelas kemahiran pengguna untuk mendidik pelajar memahirkan penggunaan semua sumber perpustakaan samada dalam bentuk bercetak, elektronik atau sumber media serta pangkalan data dalam berbagai bidang perkara yang diajar di fakulti. Contoh buku elektronik adalah Books 24 by 7, Safari Tech Books Online, Encyclopedia Britannica dan sebagainya. Kemahiran literasi maklumat boleh dicapai oleh pelajar jika mereka sering menggunakan bahan rujukan dan sumber ilmu yang disediakan di perpustakaan. Di samping itu, selain daripada mengikuti kelas, pelajar juga boleh mengikuti bengkel pendidikan dan latihan daripada vendor yang telah disediakan oleh perpustakaan secara berjadual. Ini adalah supaya pelajar menjadi lebih mahir dan mengetahui maklumat serta perkembangan terkini mengenai pangkalan data atas talian atau sumber elektronik lain yang dilanggan di perpustakaan.Pada pendapat dan dari pandangan mata saya, kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat ini dapat dijalankan oleh para pelajar yang pandai mengambil peluang untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang tepat dan relevan. Di samping itu, pelajar yang mempunyai kemahiran literasi maklumat ini juga tahu mencari, mengolah dan menggunakan maklumat sebagai tambahan ilmu pengetahuan. Oleh itu, ternyata literasi maklumat dan kemahiran belajar cemerlang ini sangat penting dan perlu ada dalam diri setiap pelajar terutamanya para pelajar di peringkat pengajian tinggi selaras dengan dasar pembangunan negara iaitu berkehendakkan seluruh rakyat Malaysia mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan ICT, pembangunan ICT dalam pendidikan dan juga belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup.Seterusnya, panduan daripada para pendidik juga amat penting dalam mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan dan maklumat kerana panduan para pendidik juga merupakan salah satu daripada bahan dan peralatan yang digunakan untuk pelaksanaan literasi maklumat. Oleh itu, setiap para pendidik perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat tinggi dan tahu bagaimana menyampaikan sesuatu maklumat kepada para pelajar supaya maklumat tersebut dapat diserap oleh pelajar dengan baik. Sebagai pelajar, kita haruslah dapat mengenalpasti keperluan maklumat yang diperlukan oleh pelajar dan mencatat setiap maklumat yang penting semasa pendidik menyampaikan sesuatu ilmu serta perlu mahir mengesan maklumat yang penting dan menilai maklumat berdasarkan kualiti, ketepatan dan lain-lainnya. Hal ini sangat penting bagi mendapatkan sesuatu maklumat yang berkualiti dan berguna kepada pelajar dalam membuat sesuatu tugasan supaya tugasan yang dibuat dapat disiapkan dengan isi-isi yang berilmiah dan terbaik.Literasi digital yang juga dikenali sebagai literasi komputer merupakan salah satu daripada komponen dalam kemahiran literasi maklumat yang merangkumi kemahiran penggunaan perkasasan komputer, perisian, internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain. Literasi digital merujuk kepada keupayaan mengenal pasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui teknologi digital. Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur kerana ia dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Selain itu, ia dapat membantu para pendidik dalam menerangkan sesuatu topik atau konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu para pelajar termasuk saya dalam memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran untuk menguruskan pembelajaran secara proaktif dan bertanggungjawab. Justeru, sebagai seorang pendidik mereka perlulah mempunyai pengetahuan dan berkemahiran dalam teknologi pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selain daripada para pendidik, para pelajar juga perlu mempunyai kemahiran dalam teknologi pendidikan kerana perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan sumber pendidikan di internet memudahkan seseorang mendapatkan sesuatu maklumat dengan cepat dan pantas. Bagi memastikan pelajar mendapat kemahiran belajar cemerlang dan literasi maklumat dengan baik, pelajar perlulah menguasai beberapa teknik yang betul dalam pencarian maklumat. Antaranya ialah sebelum memulakan pencarian maklumat iaitu literasi maklumat, pelajar harus mempunyai objektif dan skop pencarian iaitu mengkhususkan tajuk atau topik yang ingin diperolehi maklumatnya supaya ia lebih tepat. Kemudian, pelajar perlu membuat strategi pencarian di mana pelajar mencari maklumat melalui laman sesawang, bersemuka dengan pendidik, bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan samada bercetak ataupun bukan bercetak, bahan digital iaitu sumber elektronik dan sebagainya. Ini bertujuan untuk pelajar meneruskan teknik yang seterusnya iaitu mengumpul dan menilai hasil pencarian tersebut supaya maklumat yang diperolehi sangat bagus dan baik. Seseorang pelajar yang baik dan sentiasa mengamalkan kemahiran belajar yang cemerlang perlu mengambil kira dan mengkaji tentang model-model dalam literasi maklumat supaya para pelajar dapat menangani cabaran serta berjaya dalam pelajaran. Model-model ini juga dapat dijadikan sebagai panduan kepada pelajar seperti saya dalam mencari sesuatu maklumat dan ilmu pengetahuan supaya maklumat yang diperolehi sangat bermakna. Antara model yang boleh dijadikan sebagai contoh adalah The Big 6 Skills oleh Eisenberg and Berkowitz di mana ia mempunyai enam langkah utama iaitu menentu maklumat, mencari maklumat, mengguna maklumat, mancatat maklumat, melapor maklumat dan menilai maklumat. Selain itu, University of Colombo Sri Lanka iaitu National Institute of Library and Information Sciences juga telah membuat satu teori literasi maklumat ini iaitu Empowering 8. Di dalam Empowering 8 ini terdapat lapan langkah dalam pencarian maklumat antaranya ialah mengenalpasti, mencari, memilih, mengurus, mencipta, melapor, menilai dan mengaplikasi. Di samping itu, terdapat banyak lagi teori-teori yang boleh diguna pakai dalam pencarian sesuatu maklumat antaranya ialah The British Model, 1981 oleh Irving dan Marland, Research Process, 1988 oleh Stripling dan Pitts, akhir sekali ialah Kuhlthau Information Seeking Process (ISP). Teori-teori ini sangat penting bagi pengetahuan pelajar dalam membantu kita sebagai pelajar mencari maklumat yang tepat dan terbaik. Seterusnya, ciri-ciri bagi seseorang yang mempunyai kemahiran literasi maklumat ini ialah dapat mengakses maklumat secara efisien dan berkesan. Selain itu, dapat menilai maklumat secara kritis dan cekap serta dapat menggunakan maklumat secara kreatif dan berkesan. Tambahan pula, seseorang yang mempunyai kemahiran dalam literasi maklumat ini akan berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan peribadi, akademik dan kerjaya masing-masing. Di samping itu, menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastra dan penulisan kreatif serta mengamalkan tingkah laku yang baik iaitu etika berhubung dengan maklumat dan IT.Sebagai seorang pelajar, saya perlu menitikberatkan kesemua kemahiran-kemahiran di dalam kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat supaya setiap tugasan yang dijalankan memberi kesan yang sangat bermakna dan ilmu pengetahuan yang sangat tinggi. Tambahan lagi, jika saya dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, saya pasti saya akan dapat menangani cabaran-cabaran yang akan datang dalam bidang ilmu pengetahuan dan akan terus berjaya dalam apa jua bidang pembelajaran yang dipelajari. Seperti yang kita tahu, maklumat dan ilmu pengetahuan sangat mudah untuk didapati di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa cuma kerajinan, tekun dan tekat itu sangat penting dan perlu ada dalam diri setiap pelajar untuk terus maju ke hadapan dan terus berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.Di samping itu, jika seseorang pelajar itu dapat menguasai kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat pembelajaran akan lebih aktif samada di dalam kelas dan juga di luar kelas. Pelajar akan dapat memberikan atau berhujah dengan fakta-fakta yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan ini akan memperkukuhkan lagi tugasan yang dilaksanakan. Selain itu, pembelajaran akan lebh bermotivasi kerana terdapatnya maklumat-maklumat yang tepat dan sahih semasa pelajar mengolah maklumat yang mereka perolehi. Di samping itu, pembelajaran akan lebih imaginatif kerana sumber yang diperolehi oleh pelajar akan dapat memberi idea yang lebih baik.

3.0 KESIMPULANKejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kerja keras daripada seorang pelajar. Kejayaan perlu dicipta dengan adanya kesungguhan dan iltizam yang tinggi dalam mencari ilmu pengetahuan dan sumber maklumat. Sebagai pelajar, kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat sangat penting dan kemahira-kemahiran tersebut perlu ada dalam diri setiap pelajar. Pelajar yang mahir dalam kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat pasti akan terus berjaya dan mungkin akan menempa nama di mata dunia.Kata kunci yang sangat bermakna kepada semua para pelajar adalah kerajinan kerana kerajinan itu sangat penting dan perlu ada dalam diri setiap pelajar. Kerajinan merupakan tonggak kepada kejayaan yang bakal dicapai oleh seseorang individu. Oleh itu, setiap pelajar harus menguasai kemahiran-kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat supaya pelajar dapat menghasilkan satu tugasan yang baik dan terbaik. Bagi mendapatkan sesuatu ilmu bukanlah sesusah dahulu tetapi mudah bagi sekarang sekiranya para pelajar berminat untuk mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan dan sumber maklumat kerana pada masa kini terdapat banyak media yang dapat membantu seseorang itu dalam pencarian maklumat.Kemahiran berlajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat ini perlu diambil berat oleh pelajar kerana ia amat membantu para pelajar dalam pencarian maklumat yang tepat, padat, sahih dan sebagainya. Hal ini supaya para pelajar tidak ketinggalan dan dapat menangani cabaran serta berjaya dalam pembelajaran. Tambahan lagi, pada zaman yang serba canggih dan moden kini, para pelajar perlu tahu tentang teknologi yang digunakan pada masa kini untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Selain itu, para pelajar juga perlu tahu tentang penggunaannya supaya negara kita dapat menghasilkan pelajar yang serba tahu dan pakar dalam bidang teknologi.Oleh itu, ternyatalah kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat sangat penting dalam mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Sama seperti matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirakn insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Konsep pengajaran dan pembelajaran bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT dan pembangunan ICT terus maju di dalam pendidikan negara. Tambahan pula, selain daripada inginkan keputusan yang cemerlang di dalam setiap tugasan yang diberikan dan juga dapat menangani cabaran dalam pendidikan, kemahiran literasi maklumat ini juga perlu untuk hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat. Selain itu, belajar untuk berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup dan juga penyumbang kepada pencapaian negara.