asgnmt sahsiah nilai bitara
TRANSCRIPT
NO. SOALAN MARKAH
1. Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara.
20 Markah
TUGASAN 2
1.0 PENGENALAN
Kemajuan atau kecemerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada prestasi pekerja-
pekerja yang menganggotai organisasi tersebut. Kegemilangan sesebuah organisasi bukan
terletak pada satu kompleks bangunan tetapi amat bergantung kepada bakat, kebolehan dan
kemampuan manusia sebagai pekerja. Pekerja yang berprestasi cemerlang merupakan `modal
insan’ yang menjadi aset dan pemacu kepada organisasi yang cemerlang atau sebaliknya.
Modal insan ini boleh di kelasifikasikan dalam dua keadaan, pertama ianya wujud dalam
bentuk pemilikan oleh individu melalui kemahiran dan ilmu yang dikuasai. Ini bermakna
orang yang berpendidikan atau berkemahiran tinggi secara dasarnya memiliki modal insan
yang lebih besar atau lebih bernilai berbanding orang yang rendah tahap pendidikan atau
kemahirannya. Kedua, individu itu sendiri boleh dilihat sebagai modal insan yang berguna
untuk persekitarannya. Modal insan juga boleh dipertingkatkan potensinya. Penjanaan modal
insan perlu mengabungkan dimensi kerohanian, akhlak, nilai dan unsur jati diri yang sesuai
dengan keperluan organisasi. Faktor-faktor dalaman inilah yang menjadi asas kepada falsafah
modal insan yang disebut oleh YAB. Perdana Menteri. Insan akan memiliki modal atau
menjadi aset kepada organisasi adalah insan yang sedar akan amanah dan tanggungjawab,
yang bekerja bersungguh-sungguh dengan ikhlas, dan yang sentiasa menggunakan akal
fikiran dan kudrat yang ada padanya untuk memajukan dirinya, jabatannya dan juga
organisasinya
2.0 NILAI BITARA UPSI1
1 Muhammad Rais Abdul Karim. (2006). Melestari Pendidikan Gemilang ke Arah Penjanaan Modal Insan. Tanjung Malim: Pencetakan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Enam nilai dan 24 penunjang atau diskriptor BITARA UPSI sebagai nilai bersama (shared-
values) universiti diperkenalkan untuk menjadi amalan di kalangan staf akademik dan staf
bukan akademik iaitu;
i. Berintegriti:
Amanah, Telus, Akauntabiliti, dan Adil
ii. Profesional:
Beretika, Iltizam, Cinta Ilmu, dan Kompenten
iii. Semangat Berpasukan:
Muafakat, Fokus Matlamat, Hormat-Menghormati, danBangga UPSI
iv. Berorentasikan Pelanggan:
Responsif, Proaktif, Mesra, dan Berkualiti
v. Prihatin Kebajikan Anggota:
Empati, Penghargaan, Keselesaan Persekitaran, dan Peluang Untuk Maju
vi. Kreatif dan Inovatif
Penambahbaikan Berterusan, Nilai Tambah, Rebut Peluang, dan Berdaya Cipta
2.1 Berintegriti2
Apa itu integriti? Di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti di
kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam dan swasta, organisasi hatta mereka di
kampung juga tidak terkecuali. Masing-masing sibuk bercakap tentang integriti. Jadi apakah
maksud sebenar integriti ini?
Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit
dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya
integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan
kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral
tinggi.
Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral,
etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan
2 http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=818:integriti-perkhidmatan-awam&catid=42:rencana&Itemid=57
umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan
kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan
terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi
berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate
culture).
Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code
of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang
ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara
itu akan maju dan bertamadun. Soalnya, mengapa integriti ini sukar dicapai?
Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada
integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana
seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu
proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk
memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi.
Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-
akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat.
Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti.
Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan
itu atau si polan ini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di kalangan
orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. Dalam masa 24 jam, berapa kali kita mandi
sehari, berapa kali kita memberus gigi, membersihkan bilik tidur, melakukan ibadat,
membaca buku, menyiapkan tugasan, bertanya khabar ibu bapa, sahabat, rakan, dan macam-
macam perkara lain yang kita anggap remeh. Anda tahu jawapannya.
Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita
melakukan itu dan ini? Bagaimana dengan niatnya? dan lebih penting ialah cara atau kaedah
untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul. Maksud betul ialah
mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang.
2.2 Semangat Berpasukan3
3 http://www.sabah.gov.my/jkq/pkpa/PKPA1-92/Prinsip5.htm
Semangat berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan dalam
menjayakan peningkatan kualiti. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen
dan penyertaan kakitangan secara menyeluruh di dalam program-program peningkatan kualiti
yang diperkenalkan oleh jabatan.
Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada kakitangan secara
individu. Ini kerana masalah-masalah dalam proses kerja adalah bersifat komplek, melibatkan
berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di luar
kemampuan individu. Dalam keadaan yang demikian setiap pihak dalam jabatan perlu
bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang ada dalam jabatan
dapat digemblengkan sepenuhnya. Manfaat yang akan diperolehi oleh jabatan dengan
bertindak secara berpasukan ini ialah:
Berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan.
Bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan
bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti
jabatan.
Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh
diselesaikan dengan cepat dan berkesan.
Cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk
dilaksanakan berbanding dengan, cadangan-cadangan yang dibuat oleh individu.
Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan secara langsung boleh
mengukukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses peningkatan kualiti. Aspek-aspek
tersebut yang meliputi:
Pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas.
Semangat saling percaya-mempercayai di kalangan kakitangan.
Komunikasi yang lancar di dalam organisasi.
Melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti berpasukan, kakitangan-kakitangan akan
mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea
dengan rakan sekerja. Pekerja ini akan meningkatkan kebolehan seseorang kakitangan untuk
mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja
yang dijalankan.
Dalam suasana kerja berpasukan, kakitangan mudah menjalankan perasaaan percaya-
mempercayai sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih
yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu
mereka akan dapat membuat keputusan-keputusan dengan cepat, menggunakan budibicara
dengan sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-
masing bagi menggerakkan proses peningkatan kualiti.
Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan kakitangan itu seterusnya memudahkan
proses komunikasi di dalam jabatan. Dengan ini bahagian-bahagian dan unit-unit di dalam
jabatan bebas berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi data dan maklumat serta
sumber-sumber lain. Ini seterusnya memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di
kalangan bahagian-bahagian dan unit, yang mana akhirnya boleh membantu memantapkan
prestasi jabatan.
Semangat berpasukan di kalangan kakitangan boleh diperkukuhkan melalui usaha yang
bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan. Tindakan-tindakan yang sesuai diambil bagi
tujuan ini ialah:
Menjalankan kempen kesedaran.
Mengadakan latihan.
Mewujudkan struktur pasukan.
Memberi lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada pasukan kerja.
Memberi pengiktirafan.
Kempen Kesedaran
Kempen ini bertujuan menarik minat dan kesedaran kakitangan tentang perlunya semangat
berpasukan dalam organisasi. Kempen ini boleh dilaksanakan melalui sesi ceamah, taklimat,
tayanagan video dan risalah-risalah. Aspek-aspek yang sesuai ditekankan di dalam kempen
ini ialah:
Konsep semangat berpasukan.
Faedah kepada prestasi kerja individu.
Faedah kepada organisasi.
Peranan individu untuk menjayakan semangat berpasukan.
Bentuk-bentuk sokongan yang disediakan oleh organisasi.
Mengadakan latihan
Latihan ini diadakan untuk melengkapkan kakitangan dengan pengetahuan dan kemahiran
asas bagi menjalankan kerja secara berpasukan. Dengan yang demikian, mereka akan dapat
memberikan sumbangan dengan berkesan kepada Pasukan-pasukan kerja yang mereka
anggotai. Semasa latihan ini pihak pengurusan boleh memberi penekanan kepada kemahiran-
kemahiran yang berikut:
Kepimpinan bagi Pasukan Kerja.
Penetapan objektif dan aktiviti Pasukan
Kemahiran komunikasi
Teknik-teknik penyelesaian masalah.
Mewujudkan Struktur Pasukan
Semangat berpasukan di kalangan kakitangan akan daapt dimanfaatkan sepenuhnya apabila
jabatan mewujudkan struktur-struktur seperti Pasukan Kerja. Pasukan Petugas, Kumpulan
Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan sebagainya. Melalui struktur ini individu akan dapat
menyalurkan sumbangan mereka secara sistematik dan berkesan. Pihak pengurusan pula
boleh menggunakan pasukan-pasukan ini untuk menjelaskan dasar-dasar jabatan tentang
penningkatan kualiti.
Memberi Lebih Kuasa Bertindak (Empowerment) Kepada Pasukan Kerja
Prestasi Pasukan-pasukan Kerja di jabatn akan cemerlang apabila pihak pengurusan
memberikan lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada mereka. Melalui tindakan ini
Pasukan-pasukan Kerja mampu bertindak balas dengan cepat dan menggunakan daya
kreativiti masing-masing untuk menyelesaikan masalah-masalah kualiti kerja. Pihak
pengurusan boleh melaksanakan empowerment di dalam berbagai bentuk seperti:
Penurunan Kuasa
Menyediakan kemudahan dan sumber yang mencukupi untuk menjalankankerja.
Memberi kepercayaan untuk menjalankan kerja-kerjanya yang lebih besar dan penting.
Memberi peluang kepada Pasukan-pasukan Kerja untuk turut serta dalam penggubalan
matlamat kualiti jabatan.
Memberi Pengiktirafan
Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Pasukan-pasukan Kerja perlu diberi pengiktirafan yang
sewajarnya oleh jabatan. Pengiktirafan ini adalah bukti bahawa jabatan benar-benar
menghargai sumbangan mereka dan nilai bekerja secara berpasukan. Dengan ini kakitangan
akan lebih bermotivasi untuk mengamalkan semangat berpasukan dan komited terhadap nilai
berkenaan.
2.3 Profesional4
Sebenarnya bukan satu tugas mudah untuk memberikan definisi profesional yang benar-benar
tepat kerana profesional mempunyai definisi atau maknanya yang tersendiri serta berbeza
bagi setiap orang. Ada sesetengah ilmuan memberi perjelasan berdasarkan konteks,
sebahagian lagi melihatnya dari segi praktis. Sebagai contoh, ada yang mengatakan
profesional adalah berkaitan dengan sikap seseorang, jenis pekerjaan, kesukaran kerja,
kepakaran dan bayaran kepada jenis pekerjaan tersebut. Walau bagaimanapun, berikut
dijelaskan ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional. Mungkin daripada penjelasan ini
akan dapat memberikan kefahaman kita tentang makna profesional.
1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.
Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting,
sama ada kepada masyarakat atau negara.
2. Banyak menggunakan keupayaan intelek.
4 http://kulanzsalleh.com/pekerjaan-yang-dianggap-profesional/
Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya
merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat
menyampaikan ilmu dengan berkesan.
3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.
Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut
dan benar-benar mahir dalam bidangnya.
4. Mendapat latihan khusus.
Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul.
Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan
diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham
tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.
Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap
kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan
yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.
6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.
Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi
di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi
yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi.
Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.
7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.
Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang
lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu
mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.
8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.
Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap, malahan
juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas
yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah
dibuat. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka
jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan yang profesional.
2.4 Perkhidmatan Pelanggan
Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada perubahan
yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan
yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar dalam sesebuah sekolah….". Abd. Aziz
(2000) menyebut guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada
seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang
tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahan
perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau
kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah
berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan dalam
bilik darjah.
Kini kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan dan pelanggan pendidikan mendesak
peningkatan mutu perkhidmataan. Oleh itu, seseorang guru perlu memberi perkhidmatan
bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Warga guru
perlu peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia menerima
perubahan menggunakan peralatan canggih. Faktor-faktor di atas seakan mendesak guru agar
berubah. Mereka perlu peka dan bertindak kepada perubahan supaya perubahan tidak
membawa padah yang buruk (Zainal Abidin,1999).
Menurut Mok Soon Sang (1996), guru merupakan tenaga iktisas di dalam bidang perguruan
yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada
murid-murid di institusi pendidikan. Manakala Moore (1995), pula mendefinisikan guru
sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu orang yang merancang, memandu dan menilai
pembelajaran. Peranan ini memerlukan sokongan daripada orang lain. Oleh itu, dapatlah kita
simpulkan bahawa guru ialah pakar dalam pengajaran yang bertanggungjawab merancang,
memandu dan menilai pembelajaran.
Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang
dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan
pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti perubahan kakitangan, latihan dalam
perkhidmatan, dan perkembangan profesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan ke atas
guru menggambarkan satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran
pendidikan.
Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikan dengan
istematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek. Guru juga perlu
memiliki kemahiran bercorak fizikal untuk meningkatkan profesionalisme guru. Kemahiran
berkomunikasi semasa berhubung dengan pelajar, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah.
Mempunyai kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan atau mana-mana
unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang
penting untuk pembentukan jati diri pelajar dan berkualiti dari segi emosi. Aspek-aspek yang
perlu ada dalam diri seorang guru yang berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa menghayati
nilai-nilai murni, norma dan etika perkhidmatan. Terdapat 12 nilai murni teras etika kerja
perkhidmatan awam yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. Seseorang
juga memiliki pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi
ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadat tanpa
sebarang rungutan. Seorang guru juga harus mempunyai semangat patriotik dan cintakan
negara.
Profesionalisme guru dapat ditingkatkan dengan menanamkan sikap tanggungjawab
seseorang guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Seseorang guru perlu
mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama
baik seseorang guru yang lain di hadapan pelajar, ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan martabat seseorang guru. Seseorang guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam
kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai seorang guru, contohnya berniaga di waktu
persekolahan. Guru juga perlu berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh seiring dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seseorang guru juga perlu
sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi
seorang guru. Untuk meningkatkan profesionalisme guru seorang guru perlu agen khidmat
pelanggan yang beretika dalam berhubung dengan pelanggannya serta masyarakat
sekelilingnya.
2.5 Prihatin Kebajikan Anggota
KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan
kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion
guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul.
Selepas mengenal pasti calon yang layak untuk diberi latihan perguruan, faktor yang perlu
dipertimbangkan ialah kelulusan tenaga pengajar institusi yang ditugaskan untuk
menyediakan guru. Kelulusan pensyarah yang melatih bakal guru akan memberikan kesan
terhadap kualiti guru pelatih yang menamatkan pengajian daripada sesebuah institusi
pendidikan. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk menaik taraf kelayakan
pensyarah di maktab perguruan daripada ijazah pertama kepada ijazah lanjutan iaitu
kelulusan Masters atau Ph.D.. Ia seiring dengan penawaran kursus Diploma Perguruan
Malaysia (DPM) iaitu kursus perguruan asas sepenuh masa sekolah rendah selama 3 tahun (6
semester). Oleh itu, pensyarah dimaktab perguruan dan universiti perlu cekap dalam aspek
kandungan ilmu pengetahuan dan juga pedagogi.
Memantapkan latihan perguruan iaitu menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang
menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Mereka bentuk dan
menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum
Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum
pendidikan guru. Membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan
Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus
Management System. Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan
dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. Memastikan
setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa,
Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan
Vokasional, dan Pendidikan Khas. Memberi penekanan kepada Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru.
Mempereratkan kerjasama dengan KPTM dan semua IPT yang menawarkan program ijazah
pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati
kehendak dan keperluan sistem pendidikan negara. Memperkasakan peranan IAB untuk
kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan
pendidikan yang terbaik kearah meningkatkan profesionalisme guru. Meningkatkan
kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP
yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan
sepenuh masa. Meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. Meluaskan dan
meningkat R&D.
Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru iaitu dengan menyediakan
persekitaran kerja yang kondusif. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi
di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan
membaik pulih rumah guru sedia ada. Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk
meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru dengan
mensifarkan GSTT, memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan, mewujudkan tambahan
jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam
kerja-kerja pentadbiran, mengkaji keperluan kemudahan ansuran bagi guru-guru yang
berkhidmat di kawasan pedalaman, menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang
kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan
tambahan dan pembinaan baru. Penempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan dengan
menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen. Data
dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi disediakan
Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru, kerajaan telah memperkenalkan
falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses
pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti
matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah
pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk
mengajar dengan lebih berkesan dan secara tidak langsung dapat memartabatkan lagi
profesion perguruan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan
sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan
sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi
panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem
dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak
mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsung dengan lancar, teutamanya
apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan, kewangan, pengaruh politik, dunia
tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi
pelaksanaan sistem pendidikan
Kerajaan juga telah memperkenalkan kod etika perguruan untuk mempertingkatkan lagi
profesion perguruan. Kod etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau
tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa
pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya yang tersendiri demi memartabatkan profesion
perguruan. Kod etika dianggap penting kerana ia memberikan garis panduan bagaimana
tingkah laku dalam profesionalisme guru. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod
Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang
amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab
mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika
yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika adalah dalam
bentuk dokumen, maka usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej
profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Secara tidak langsung dapat membuka
mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong
guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai
yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama
dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Melalui kod
etika ini, ia diharap dapat meningkatkan lagi profesion perguruan.
Untuk meningkatkan profesionalisme guru, aspek latihan juga merupakan satu perkara yang
perlu dititiberatkan. Latihan kini menjadi semakin penting kerana perubahan yang berlaku
dengan begitu pantas. Para calon yang ingin menjadi guru bukan sahaja perlu diberi latihan
praperkhidmatan yang relevan dan mencukupi untuk menghadapi gelombang perubahan yang
berlaku di sekolah, malah mereka juga perlu mengemaskinikan ilmu teras dan ilmu pedagogi
menerusi sistem pemajuan profesional yang meluas dan mantap. Maka usaha yang lebih
serius perlu dilakukan untuk memastikan kritikan terhadap profesion perguruan tidak lagi
berlanjutan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru.
Peningkatan profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui sistem ganjaran dan
kenaikan pangkat. Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang
ilmu, para pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi
mereka yang benar-benar layak. Jawatan Pengetua Cemerlang telah diwujudkan oleh
Kementerian Pendidikan dengan tujuan untuk melantik pengetua-pengetua cemerlang yang
akan membawa kecemerlangan kepada sekolah tempat mereka ditugaskan. Program ini
adalah merupakan program pemilihan Pengetua DG2(DG48) ke DG1(DG5. Pengiktirafan
diberikan untuk menhargai pengorbanan guru-guru yang benar-benar komited terhadap tugas
yang diberikan, ganjaran diberikan kepada mereka dengan mengiktiraf mereka sebagai guru
cemerlang. Konsep guru cemerlang yang diperkenalkan oleh KPM ialah sebagai guru yang
istimewa, dedikasi dan bermotivasi tinggi serta mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam
bidang tugas mereka. Tanpa menunggu untuk kenaikan pangkat secara “Time-Based”,
mereka boleh dinaikkan ke red yang lebih tinggi iaitu dari DGA6 (DGA29) kepada
DGA5(DGA3). Guru-guru yang tidak berpeluang menjawat jawatan yang lebih kanan dalam
bidang pentadbiran, guru-guru ini berpeluang menikmati kenaikan pangkat secara “Time-
Based”. Antara kelayakannya ialah dengan berkhidmat sekurang-kurangnya 12 tahun di gred
DG3(DG41) atau DGA5(DGA32) dan berada di mata tangga maksimum.
Untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru, kerajaan telah menubuhkan Sultan Idris
Training College for Malay Teachers (SITC) yang kemudiannya ditukarkan nama kepada
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1959 untuk memartabkan bidang keguruan
sehingga dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada tahun 1987. Pada 1 Mei
1997, sekali lagi premis ini diberikan pengiktirafan dengan menjadikan ianya sebuah
universiti dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kementerian Pendidikan
telah menetapkan bahawa pemilihan semua pengetua dan guru besar sekolah pada masa akan
datang adalah berdasarkan pemilihan ke atas calon-calon yang didapati berpotensi dan benar-
benar layak sahaja untuk meningkatkan lagi profesion perguruan. Bagi memenuhi keperluan
ini, mulai tahun 1999, KPM telah mengadakan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah
Berkesan yang dihadiri oleh bakal pengetua dan guru besar sebelum mereka dilantik ke
jawatan berkenaan. Semua kursus-kursus ini dijalankan dengan usaha sama KPM dan IAB.
Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah akta Syarikat 1965, pada
Mac 1994 sebagai sebuah syarikat Berhad untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru..
Tujuan utama penubuhan YGMB adalah untuk menyatukan dan mengembelang seluruh
warga pendidik dan anggota perkhidmatan pendidikan Malaysia ke dalam satu organisasi
yang berasaskan ekonomi dan kebajian. Objektif utama penubuhan YGMB ialah untuk
memajukan kebajikan pendidik khasnya ahli-ahli Yayasan melalui bencana dan sebagainya di
samping memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti perniagaan terutama dalam
bidang kewangan, pengurusan dana, pembinaan pembangunan hartanah, pelancongan dan
perhotelan, pembekalan dan sebagainya.
Kebajikan guru dapat ditingkatkan lagi melalui sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun
dan ia diiktiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk menghargai sumbangan dan
jasa para guru. Pada hari tersebut, tokoh-tokoh guru diisytiharkan sebagai memberi
pengiktirafan penuh kepada sumbangan dan jasa mereka. Walaupun yang diberikan gelaran
tersebut tidaklah ramai tetapi ingatan kerajaan dan masyarakat negara ini di atas pengorbanan
para pendidik dapat memberikan penjelasan yang besar dalam dunia pendidikan.
2.6 Kreatif dan Inovatif
Peribadi dan sahsiah seorang guru akan menentukan kedudukannya dimata masyarakat. Abu
Bakar Nordin (2003). Oleh itu seorang guru harus ada sifat profesionalisme yang tinggi.
Sebagai seorang pendidik, guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada para pelajar dalam
pelakuan sehariannya supaya pendidik menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani.
Seorang guru harus mengamalkan disiplin cemerlang contohnya bekerja keras, menepati
waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Etika
dan tatasusila profesion perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati
dan diamalkan. Pelajar akan lebih memberi tumpuan dan perhatian semasa proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas jika mereka menyukai cikgu itu dan sebaliknya. Sikap dan
penampilan seorang guru banyak membawa kesan positif kearah meminati sesuatu subjek.
Contohnya, kebanyakan pelajar tidak meminati subjek sejarah, tetapi ada juga pelajar yang
meminati subjek sejarah kerana faktor guru yang mengajar adalah seorang yang kelakar yang
dapat menceriakan kelas dan dapat menhilangkan perasaan mengantuk pelajar. Keadaan
sebaliknya jika mereka tidak menyukai guru tersebut, maka mereka tidak akan memberikan
kerjasama yang sebaiknya kepada guru sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.
Dalam meningkatkan profesionalisme guru, tugas guru bukan semata-mata mengajar sesuatu
subjek tertentu tetapi seorang guru juga berperanan mendidik para pelajarnya. Oleh itu
seorang guru harus sentiasa menyiapkan pelajar supaya sesuai dengan kehendak masyarakat
dari segenap aspek temasuk keperibadian dan akhlak. Jika hal ini diterima oleh guru maka
mereka mempunyai wawasan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
akademik tetapi juga manusia yang akan mempunyai penghidupan yang sempurna. Seorang
guru bertanggungjawab membentuk sahsiah serta akhlak mulia dalam kalangan pelajar
mereka. Seorang guru perlu membentuk jiwa dan menerap nilai murni. Penerapan nilai murni
dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan dan bermakna apabila ia dihayati dan diamalkan
oleh semua warga sekolah. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang mulia kerana
seseorang guru mampu membawa perubahan secara menyeluruh, termasuk dari segi emosi
dan tingkah laku dengan harapan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai
untuk keperluan dunia dan akhirat dan kemudiannya menjadi warganegara yang lengkap
dengan ilmu pengetahuan.
Seorang guru perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk meningkatkan
profesion perguruan. Ilmu menimbulkan semangat ingin tahu dan mengkaji ilmu-ilmu baru
yang lain (Mohd Taib Hj. Dora, 2005). Guru yang berkualiti merupakan guru yang
profesional, mahir dalam semua hal perguruan, tentang teori dan amalannya, pengajaran dan
pembelajaran, peka terhadap perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan
patuh kepada tatasusila profesion perguruan. Guru perlu membaca sebanyak mungkin buku-
buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya isi dan
ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan
prestasi kerja dengan menyertai seminar pendidikan, dan menghadiri kursus dalam
perkhidmatan, merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya
mencapai objektif pelajaran yang maksimum. Guru perlu berilmu pengetahuan. Cabaran hari
ini guru perlu memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran IT perlu
dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.
Guru itu juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi iaitu kebolehan untuk
mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubah suai sesuatu idea
menjadi lebih menarik.
Umumnya, guru yang berkualiti ialah guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan sanggup
berkorban. Proses pendidikan yang berkualiti pula merujuk kepada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Ini bermaksud, apa yang diajar oleh guru dapat diterima dan
dihayati oleh para pelajar. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
kecenderungan dan minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Guru perlu mempunyai
kemahiran, kebolehan, beriltizam dan berketrampilan serta mempunyai pengetahuan yang
luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan
berkesan. Seorang guru juga perlu melibatkan diri dalam pembacaan dan penulisan akademik
seperti jurnal. Seseorang guru perlu bersifat kehadapan dari segi ilmu tentang dan kaedah
mengajar yang juga dikenali sebagai ilmu berasaskan pengalaman berdasarkan Pratte et al
(1993). Menurut Andrews (1961), “ia adalah satu proses yang dilalui oleh seseorang dalam
pengalaman-pengalamannya yang membawa kepada perbaikan dan pertumbuhan dirinya
Guru itu perlu melibatkan diri dalam program pemajuan professional secara berterusan. Pada
era globalisasi, ilmu yang diperolehi oleh seseorang ketinggalan dengan pantas. Oleh itu ahli
dalam profesion perguruan iaitu guru itu sendiri perlu menghayati himpunan ilmu mengenai
profesion itu sendiri. Guru-guru yang baru tamat latihan dan yang baru mula berkecimpung
dalam bidang perguruan di sesetengah negeri di Amerika Syarikat telah didedahkan dengan
program BTAP (Beginning Teacher Assistant Program). Program ini menetapkan satu
himpunan ilmu yang perlu dikuasai oleh pendidik yang bertaraf permulaan ini. Antara
kemahiran atau konsep yang perlu diketahui adalah seperti memanfaatkan masa pembelajaran
akademik, memelihara akauntabiliti, prihatin terhadap perbezaan individu, mengamalkan
prinsip-prinsip penilaian, pelaksanaan peraturan yang tekal, menerapkan budaya yang bersifat
efektif, menhargai harga diri (self-concept) pelajar, mewujudkan pembelajaran yang
bermakna, melakukan perancangan dan menguasai teknik menyoal.
Guru perlu menanamkan sifat positif untuk meningkatkan profesionalisme guru itu sendiri.
Guru perlu menanamkan sifat ingin tahu, dengan demikian sifat ingin tahu akan mendorong
kita mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah,
baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar. Sifat ingin tahu dan kualiti
tersebut meningkatkan martabat profesion perguruan, dipandang tinggi dan sentiasa
dihormati oleh masyarakat” ( Nazirmuddin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang,
Azita Yonus @ Ahmad, 2005). Seorang guru juga harus minat kepada buku atau dengan erti
kata lain suka membaca buku, bukan hanya bahan bacaan picisan tetapi juga yang bersifat
ilmiah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Pembacaan yang luas dalam dalam
pelbagai bidang memberi keyakinan kepada seseorang guru untuk menyampaikan pengajaran
dengan berkesan. Di samping itu, sikap membaca dapat membezakan antara orang yang
berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca dalam diri seorang guru amat
penting untuk meningkatkan profesion perguruan.
Guru perlu mempertingkatkan lagi kebolehan mereka dalam menggunakan ICT untuk
menaikkan lagi profesion perguruan. Hal ini penting kerana dunia kini merupakan dunia
tanpa sempadan. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat
mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk mengekalkan ciri seorang guru yang
berkualiti, seseorang guru itu perlu berusaha denagn sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam
pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan guru terbabit sentiasa mengemaskini
kemahiran menggunakan komputer. Guru yang kurang mahir menggunakan bantuan
Microsoft Powerpoint untuk membuat persembahan, dalam lima tahun yang lepas tidak
pernah dipersoalkan profesionalismenya oleh kebanyakan orang. Namun kini, guru yang
tidak berupaya menggunakan komputer untuk menyediakan soalan ujian dan peperiksaan
sudah dianggap tidak atau kurang profesional dalm menjalankan tugas. Senario ini
menggambarkan bahawa amalan sesuatu pekerjaan yang dianggap profesional pada suatu
ketika jika tidak dinaik tarafkan dari semasa ke semasa dan akan dipersoalkan tahap
keprofesionalismenya. Hal ini dapat diatasi dengan menghadiri kursus-kursus IT dan juga
dengan sentiasa bertanya kepada rakan sejawat yang lebih mahir dalam bidang ini.
Kebolehan ini membolehkan seseorang guru mengajar menggunakan teknologi terkini dan
akan mencapai mutu yang tertinggi.
Seseorang guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi untuk meningkatkan lagi
profesion perguruan. Kualiti pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap
profesionalisme guru kerana mengajar merupakan ‘core business’ guru terhadap pelajar. Oleh
itu seorang guru perlu menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang
muktahir. Antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pengajaran Behavioral, Teori
Pengajaran Kognitif, Teori Pengajaran Humanis, Teori Pengajaran Sosial Kognitif, dan Teori
Pengajaran Konstruktivis. Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang
untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar. Antara model-model pengajaran yang
patut diamalkan oleh seorang guru yang berkualiti ialah Model Pengajaran Expositority,
Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat, Model Pengajaran Inkuiri, Model Pengajaran
Projek, Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang memuaskan iaitu pelajar
dengan senang hati akan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Bibliografi
Ab. Aziz Yusof. 2000. Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Penerbitan Universiti Utara
Malaysia.
Ayers,W. 1990. Pethinking the professional of teaching: A progressive option. Action in
Teacher Education Journal.Vol.,XII,No.,1
Harrison, R.H.& Gowin, L.E. 1966. The elementary teacher in action. San Francisco:
Wadsworth Publishing Company,Inc.
Ishak Haron & Koh Boh Boon. 1985 . Asas-asas dalam amalan pedagogi.Kuala
Lumpur: Utusan Publication &Distributor Sdn. Bhd.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kementerian
Pelajaran Malaysia. 1979. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammad Sani Ibrahim. 2000. Sustaining Effecttive Change In Teaching And
Learning Practices Through Attitude Reengineering. Kertas kerja yang telah dibentangkan
dalam The Seventh International :iteracy & Education research Network Conference On
Learning di RMIT University, Melbourne, Australia pada 5-9 Julai 2000.
Mohd Salleh Lebar . 2000. Pentadbiran pendidikan dan pendidikan di Malaysia.
Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang . 1996 . Pendidikan di Malaysia . Subang jaya: Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.
Mok Soon Sang, & Lee Sok Mee. 1988. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Moore, K..D. 1995. Classroom teaching skills. New York: McGraw-Hill, Inc.
Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. 1993. Guru dan perguruan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Noor Azmi Ibrahim. 1994 .Profesionalisme dan pengupayaan dalam
pengurusan.Jurnal Guru. Keluaran 6.
Rahimah Ahmad. 1992. Peningkatan produktiviti guru saranan dan tindakan.
Jurnal Masalah Pendidikan. Jilid 16: 33-43. 60
Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som .1999. Isu pendidikan di Malaysia, sorotan dan
cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1993 . Pengisian Wawasan Pendidikan. Kertas Kerja
Dalam Persidangan Pendidikan Nasional. Institut Aminudin Baki,Genting. 8-11 April.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie . 1990. Pentadbiran pendidikan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Mohamed .1999. Pengurusan strategik di sektor pendidikan. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
TUGASAN 2
NO. SOALAN MARKAH
1(a) Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan 10 Markah
1(b) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru. 10 Markah
1(c) Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah. 10 Markah
1.0 Pengenalan
Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut
acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik sosial,
keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting kerajaan adalah
untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaran
mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan warganegara yang
bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan warganegara yang
berpengetahuan dan berkemahiran.
Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan
bertaraf dunia pelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dan diwartakan
bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi, pengantarabangsaan dan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagi membolehkan bidang
pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalan disiplin, peraturan, dan
perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagi memudahkan pencapaian matlamat
pendidikan negara. Tujuan utama sistem perundangan pendidikan adalah untuk menentukan
tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan
cabaran pendidikan pada alaf baru. Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif
membuat beberapa perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakan
perundangan pendidikan yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.
Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru pula adalah antara beberapa jenis
pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.
Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru
menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat
perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan
dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B.
Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Kementerian Pendidikan
Malaysia juga telah melihat profesion perguruan sebagai ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah’ dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati
ruang tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000). Bidang pendidikan pada masa
kini telahpun berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi,
sistematik dan holistik. Maka, kalangan warga pendidik, perundangan pendidikan negara
serta semua pihak yang berkepentingan perlu berganding bahu untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru demi memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Sistem dan
perundangan pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas
pertama walaupun ia mengambil masa yang panjang. Peningkatan profesionalisme guru dapat
membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Melalui peningkatan
profesionalisme guru ia dapat melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan
dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang
rungutan di belakang. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion
keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber
utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam
pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru
harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan
pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Kerajaan dan guru itu sendiri
memainkan peranan penting dalam meningkatkan profesion perguruan.
Oleh itu, perundangan pendidikan yang mantap dan berkesan dapat member impak
yang sangat besar dalam profesion perguruan yang menjurus kepada kecemerlangan dan
keseimbangan taraf pendidikan di Malaysia. Dalam memartabatkan profesion peguruan juga,
perundangan pendidikan seharusnya digubal dengan penuh teliti dan mengambil kira
peredaran zaman dan masa supaya perundangan tersebut tidak terus ketinggalan dengan arus
permodenan yang kian pesat. Pada zaman sebar canggih masa kini, peranan guru amatlah
penting untuk membentuk sahsiah dan keperibadian yang sempurna kepada anak bangsa yang
bakal meneraju masa depan negara, dan perundangan pendidikan yang berkesan dalam
memartabatkan profesion perguruan amatlah perlu bagi menjamin kelancaran untuk masa
depan negara.
2.0 Konsep & pengertian
Menurut Kamus Dewan (2005) perundangan merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan
undang- undang iaitu sesuatu undang-undang itu ditadbir yang lazimnya mengikut adat
sendiri sebuah negara. Perundangan lebih besar ruang lingkupnya dan menjadi undang-
undang yang perlu dipatuhi dalam sesebuah negara. Manakala ‘profesion’ ialah pekerjaan
terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam
bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Cemerlang’ pula ialah
bersinar (bercahaya) dengan terang, gilang-gemilang. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia
memberi makna bahawa imej profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau
gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepada
generasi pelajar. Dalam usaha meningkatkan martabat profesion perguruan yang cemerlang,
maka pakatan bijak semua pihak hendaklah digerakkan sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia
serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat , pertubuhan-
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.
Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem
pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman , boleh
dianggap bangsa dan negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
memartabatkan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab
tersebut negara Malaysia tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara
dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.
Dalam bidang perundangan pula ia telah dirangka bagi menentukan tahap pendidikan
berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan
pada alaf baru. Sama seperti pengurusan disiplin dan peraturan yang dilaksanakan pihak
kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk membuat beberapa perubahan berterusan
dalam pendidikan termasuk mewartakan perundangan pendidikan yang telah dikeluarkan
pada tahun 1996 dan 1997. Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pelbagai cabaran
dan rintangan perlu diharungi terutamanya bagi golongan pendidik. Cabaran utama adalah
tanggungjawab mereka sendiri sebagai pendidik di samping dengan cabaran dari ibubapa
yang kebelakangan ini begitu mudah memgambil tindakan mahkamah terhadap pendidik
apabila berlaku sesuatu kes. Warga pendidik sekarang merasakan profesion yang diceburi
terdedah kepada pelbagai risiko dan liabiliti.
Antara akta yang telah diwartakan oleh pihak kementerian termasuklah Akta
Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 merupakan suatu akta
untuk mengadakan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Akta ini merangkumi skop pendidikan yang lebih luas berbanding peraturan dan disiplin
pendidikan. Ianya meliputi semua kategori sekolah, yang mengamalkan sistem pendidikan
kebangsaan.
Tujuan akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem pendidikan. Akta ini
mengawal selia usaha ke arah mempertingkatkan dan meninggikan kualiti pendidikan di
peringkat pra sekolah, pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta dan pendidikan
teknikal. Di samping itu melalui Akta Pendidikan 1996 ini penekanan dibuat bagi
membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni selaras
dengan perkembangan dunia yang berdaya saing tinggi bersifat global dan memfokuskan
teknologi maklumat.
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan daripada Akta Pelajaran
1961. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru ia menampilkan
kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada
perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan
kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukkan yang masih
relevan daripada Akta Pelajaran 1961.
Falsafah Pendidikan Negara telah dijadikan landasan Akta Pendidikan yang digubal
setelah mengambilkira aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan konsep sistem
pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari
peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori
sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
3.1 Isu 1: Etika profesion keguruan
Dalam kamus dewan etika membawa maksud Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan. Menurut kamus oxford pula, etika ialah prinsip moral atau set prinsip
moral. Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang
tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan,
perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab
( kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat
penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri
seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi
yang baik dan Berjaya.
Seorang guru yang kompeten seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang
cemerlang dan terkini terhadap mata pelajaran yang diajar. Mereka juga perlu mempunyai
kemahiran menggunakan kaedah pengajaran yang mudah difahami dan dikuasai murid.
Penyampaian yang sistematik dan melibatkan pelajar secara aktif akan menjadikan corak
pengajaran guru menjadi lebih berkesan. Setiap murid diberi perhatian dan dibantu bagi
mengatasi kelemahan masing-masing dan meningkatkan prestasi mereka dari sudut
peningkatan kemajuan akademik, tingkah laku para murid yang cuba dibentuk ataupun
tingkah laku mereka sendiri.
Guru perlu dedikasi terhadap profesionnya memandangkan sebahagian besar masa
guru itu dihabiskan dengan berfikir, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan pengajaran dan murid-muridnya. Masyarakat umumnya mengharapkan
guru-guru yang bertanggungjawab, mempunyai tingkah laku yang baik, rajin, bermoral tinggi
dan tidak melanggar norma-norma masyarakat.
Menurut Abd Rahim (2000), guru yang professional memerlukan mutu personal yang
sesuai dengan tugas dan status guru. Mutu personal guru antaranya meliputi sahsiah dan
sikap, minat, kretiviti dan motivasi, kemahiran berkomunikasi, sifat-sifat kepimpinan,
pengetahuan am yang luas, dan mempunyai pencapaian yang istimewa yang boleh
meningkatkan profesionalisme perguruan. Kelemahan mutu personal guru memberikan kesan
buruk dan menjejaskan mutu dan keberkesanan pendidikan serta imej perguruan. Guru yang
kurang komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab penyebabkan imej guru dipandang
rendah oleh masyarakat.
Guru merupakan agen penyebaran ilmu pengetahuan, yang membentuk generasi masa
akan datang, memainkan peranan bagi memastikan generasi muda yang terhasil daripada
sistem pendidikan hari ini mampu meneruskan kesinambungannya pada masa akan datng.
Walaupun dilanda pelbagai perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan, para guru
seharusnya mampu untuk menjadi individu yang boleh bersaing di pesada dunia dan
menjadikan perguruan ini sebagai profesion yang sama dengan bidang kerjaya yang lain.
Memandangkan guru merupakan aset terpenting dalam organisasi pendidikan, maka
adalah penting sekali setiap individu dalam perguruan sentiasa ditambah nilai dan diasah
sesuai dengan perkembangan semasa. Menyatakan bagi menggunakan sumber manusia yang
ada secara berkesan, sesebuah organisasi mesti memastikan bahawa semua individu bersedia
untuk belajar pada setiap kesempatan yang ada dan organisasi yang berjaya adalah yang
mengetahui bagaimana mendapatkan komitmen dan keupayaan untuk belajar di setiap
peringkat dalam organisasi tersebut (Senge, 1994). Oleh itu, para guru mestilah mengubah
persepsi bahawa pembelajaran adalah sebagai amalan sesekali atau bila perlu sebaliknya
menjadikan pembelajaran sebagai amalan berterusan atau sepanjang hayat (long life
learning).
3.2 Isu 2: Percanggahan tiga pihak (guru, ibubapa dan pelajar)
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam usaha memartabatkan profesion perguruan
terdapat isu atau masalah yang timbul iaitu isu percanggahan antara ibu bapa, guru dan
pelajar itu sendiri. Guru merupakan “orang kedua” bagi pelajar selepas ibu bapa. Tugas dan
peranan seorang guru bukan sahaja mendidik, membimbing, dan mengajar pelajar tentang
ilmu-ilmu pengetahuan malah berfungsi sebagai pembentuk sahsiah dan peribadi seseorang
sehingga menjadi seorang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara kelak. Namun
mampukah guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri merealisasikan impian murni untuk
memartabatkan profesion perguruan sedangkan ketiga-tiga pihak yang berkenaan saling
menuding jari dan menghadapi masalah percanggahan dalam menyelesaikan sesuatu isu?
Misalnya kita sering terbaca, terpandang dan terdengar isu-isu yang berkaitan dengan
masalah disiplin pelajar sama ada di media massa mahupun media elektronik yang menjadi
bahang bicara ke arah memartabatkan profesion perguruan. Buktinya, masalah seperti kes
pelajar yang menendang guru. Kejadian ini berlaku di Kangar, Perlis iaitu seorang guru yang
mengajar mata pelajaran fizik di salah sebuah sekolah menengah mendakwa diserang oleh
sekumpulan pelajar termasuk diterajang berkali-kali di perut oleh salah seorang pelajar di
dalam bilik darjah sekolah terbabit. Hal ini dikatakan berlaku kerana guru yang mengajar
subjek fizik tersebut (Cikgu Azahana Ibrahim yang berumur 27 tahun) menegur seorang
pelajar perempuan berhubung kelewatan menghantar tugasan yang diberikan.
Kejadian seperti ini akan menimbulkan konflik antara ibu bapa dengan guru kerana
sudah tentu ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka akan mempertahankan
anak-anak mereka walaupun mereka tahu kesalahan itu sebenarnya berpunca dari anak
mereka sendiri. Hal ini didorong oleh perasaan ibu bapa yang tidak mahu menerima kritikan
bahawa mereka gagal mendidik anak-anak mereka. Tambahan pula sikap anak-anak yang
memberikan keterangan palsu terhadap kes-kes seperti ini mendorong ibu bapa untuk lebih
mempercayai anak mereka berbanding guru yang mengajar. Oleh itu timbullah percanggahan
pendapat dan perbahasan antara guru dan ibu bapa terhadap sikap anak-anak yang tidak tahu
menghormati guru.
Tetapi kita tidak boleh pula menyalahkan pelajar semata-mata kerana terdapat juga
dalam kalangan guru yang bertindak sewenang-wenangnya seperti berkelakuan di luar etika
perlakuan seorang guru yang sebenar. Misalnya kes seperti yang berlaku di Kulim, Kedah
baru-baru ini. Kejadian berlaku pada 8 Februari 2010 di sebuah Sekolah Menengah (SM)
Lubuk Buntar iaitu seorang pelajar perempuan dipukul oleh seorang guru lelaki hanya
disebabkan oleh isu minyak wangi. Pelajar perempuan yang berusia 13 tahun itu mengalami
bengkak pada bahagian kepalanya akibat diketuk dengan tangan dan dihentak dengan
menggunakan buku teks hanya kerana perbuatannya menegur sama ada guru itu memakai
minyak wangi atau tidak. Pelajar perempuan itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar
kerana luka yang dialaminya agak parah.
Ibu bapa yang merupakan perantara di antara guru dan pelajar mempunyai alasan
yang tersendiri untuk mempertahankan anak mereka disebabkan isu yang berlaku dalam
profesion pendidikan. Percanggahan yang berlaku ini menjadi duri dalam daging ke arah
memartabatkan profesion perguruan. Masing-masing mempunyai hujah dan pendapat
tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga kadang-kadang ketiga-tiga pihak
sukar untuk mendapatkan kata putus dan keputusan yang memuaskan hati pihak yang terlibat.
3.3 Isu 3: Status guru dalam pandangan masyarakat
Perkataan keguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus Dewan,
guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan guru pula berkaitan
dengan guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan
yang universal selain daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara
yang mudah. Bila seseorang menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh
bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu individu tersebut.Pada awal tahun 60-an, guru
dianggap sebagai insan yang terpilih untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat
setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan
negara. Pada masa ini, kaum guru juga menjadi panduan dan rujukan selain memberikan ilmu
kepada masyarakat.
Apabila kita membincangkan mengenai kedudukan guru pada sudut pandangan
sesetengah orang, keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan yang terakhir.
Menurut Azhar (2007) Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat, Dr. Abdul Rahman
Daud menyatakan kemasukan yang tinggi di dalam profesion perguruan adalah disebabkan
pandangan sesetengah individu yang menganggap kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kepada
golongan siswazah terutama bagi mereka yang gagal memperoleh sebarang pekerjaan.
Apatah lagi dengan timbulnya pepatah Bahasa Inggeris yang menyatakan: “Those who can,
do: those who can’t teach”.(yang membawa maksud, mereka yang tahu akan melakukan:
mereka yang tidak dapat melakukan, akan mengajar adalah digolong dalam kategori orang-
orang yang tidak tahu melakukan atau mempraktikkan sesuatu kemahiran atau pengetahuan.
Walaupun begitu, kini profesion perguruan dianggap sebagai profesion peringkat
pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan
lain-lain. Ini adalah kerana ramai yang menganggap mereka boleh menjadi guru sandaran
atau guru sementara walaupun tanpa mempunyai latihan asas. Malah ada kalanya lebih baik
dari guru yang sedia ada. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku
masalah dalam masyarakat. Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat
dengan mata kasar. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh
para pendidik untuk melahirkan bangsa yang bermoral, eragama dan beretika tinggi serta
penduduk yang mempunyai psikologikal dan pemikiran yang tidak terkongkong, yakin,
bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan dan seterusnya
masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing.
Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu
untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang
tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik huruf, bijak
mengira dan menjadi manusia yang berjaya.(Shuib & Johari, 2001).
3.4 Isu 4: Beban tugas guru
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPK (1989) di Malaysia menekankan “pendidikan sebagai
usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu bagi mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan
untuk mencapai kesejahteraan diri serta negara.” FPK ini jika dihayati sepenuhnya
menunjukkan guru telah diamanahkan memikul tanggungjawab yang berat. Mereka perlu
berwibawa, peka kepada perubahan dan bijak menangani masalah terutama disiplin pelajar.
Secara amnya, guru dianggap sebagai ‘pakar’ dalam segala bidang (Shamsudin Haron et
al.2002)
Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan profesional yang
melaksanakan tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan
mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina Negara
yang bertamadun tinggi. Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan itu, beban
tugas dan tanggungjawab kerja dalam kalangan guru-guru perlu diambil kira. Begitu juga
setiap kali perubahan kurikulum berlaku maka setiap kali itulah juga kewibawaan guru
tercabar. Dengan keadaan ini akan menyebabkan ramai guru menghadapi tekanan emosi
akibat daripada perubahan tersebut. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa
kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru ( Abd. Rahim 1997).
Ramai guru berpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan. Beban tugas
yang banyak sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam kehidupan pendidik. Kenyataan
ini perlu dihadapi dan sedia diketahui sebelum guru tersebut memilih profesion perguruan.
Beban tugas yang tidak diuruskan dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan
dan seterusnya menghasilkan mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Guru
perlu pandai membuat perancangan dan strategi, membahagikan keutamaan urutan tugas dan
tanggungjawab yang perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya kepada
guru yang berpengalaman. Guru haruslah sedar atau beringat bahawa setiap langkah mereka
sebenarnya dalam pemerhatian dan sentiasa dinilai. Pelajar kini semakin bijak dan boleh
memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan guru.
Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada pengalaman yang
dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun beban tugas yang diamanahkan dapat
dilaksanakan atau tidak banyak bergantung kepada individu guru itu sendiri. Selaras dengan
perkembangan sistem pendidikan sekarang ini seperti persediaan pengajaran pembelajaran,
kegiatan ko-kurikulum dan juga tugas-tugas berkaitan dengan perkeranian. Guru juga perlu
memastikan kelicinan program sekolah yang telah dirancang sama ada pada peringkat
sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.
Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru
memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu
membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid,
menanda kertas peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri mesyuarat,
menghadiri kursu dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas
sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan seperti urusan buku teks murid, hal
ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelab murid, kegiatan sukan dan
ko-kurikulum murid dan berbagai lagi. Menurut Faridah & Zubaidah (1999), bebanan kerja
guru bukan sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja penkeranian dan pentadbiran,
menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja persatuan ibubapa dan guru (PIBG).
Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan. Oleh itu, guru
memerlukan kompetensi pengurusan masa sbagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Antara kriteria guru berkesan ialah guru yang dapat mempamerkan mutu pengajaran yang
baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan dengan perngurusan dengan cara yang
berturutan dan semula jadi dalam kedudukannya.
Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah
menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya
ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami “stress”.
Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang
keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang
guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul
Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu
mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan
emosi guru.
4.3 Cabaran 1
Guru memainkan peranan penting dalam memastikan pendidikan di sekolah berjalan dengan
lancar. Guru sepatutnya mempunyai potensi dalam mendidik pelajar relevan dengan zaman
dan keadaan sekarang. Robiah sidin(1994) ada mencadangkan beberapa kriteria yang
sepatutnya ada pada seorang guru agar bersedia dalam mengajar dan mampu mengajar seiring
dengan perubahan zaman. Kriteria yang disenaraikan ialah Berupaya memimpin perubahan di
sekolah di mana guru itu bertugas,mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang
kerjayanya, sentiasa mengikuti peredaran masa, memahami perkembangan teknologi dan
mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif.
Omar Hashim (1991) pula berkata bagi guru itu dapat melaksanakan kurikulum
dengan baik dan sesuai dengan perubahan zaman, guru perlu mempunyai ciri-ciri seperti
yang beliau nyatakan iaitu para guru harus mempunyai bekalan yang secukupnya dari segi
kemahiran dan pengetahuan. Guru kini mestilah boleh menjadi pendidik serba boleh serta
lincah dalam beberapa kemahiran termasuk keupayaan menggunakan media elektronik serta
komputer bagi meningkatkan kemahiran dalam pengajaran.
Guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehan dalam menggunakan ICT bagi
meningkatkan lagi profesionalisme guru tersebut. Penguasaan dalam bidang ICT sangat
penting kerana dunia kini merupakan dunia tanpa sempadan. Perkembangan sains dan
teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa.
Bagi mengekalkan kualiti guru, guru hendaklah sentisa berusaha untuk mengaplikasikan IT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan agar guru sentiasa mengemaskini
sistem maklumat dan mengemaskini sistem kemahiran computer. Orinstein dan Hunkins
(1998) berkata cabaran guru dalam meningkatkan profesionalisme guru itu sendiri
sebenarnya banyak berkaitan dengan tumpuan dan cara guru itu menyampaikan ilmu kepada
pelajar.
Selain itu, seorang pendidik itu seharusnya menguasai penggunaan Bahasa Inggeris.
Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas memerlukan guru untuk menguasainya
dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dari masa ke semasa. Penggubalan semula
KBSR dan KBSM untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris memerlukan guru agar lebih menguasai dan mempraktikkan dalam komunikasi
antara guru mahupun sesama pelajar itu sendiri.
Guru merupakan contoh kepada pelajar. Akhlak dan kualiti guru adalah sangat
penting dalam memperbaiki akhlak pelajar. Pelajar sangat menghormati guru yang berakhlak
mulia kerana guru adalah sumber ilmu dan semangat mereka. Guru juga akan dijadikan
contoh yang baik kepada mereka. Bagaimana pula jika guru menunjukkan sikap yang kurang
baik kepada pelajar? Sudah tentu generasi pelajar itu akan sama seperti guru tersebut. Ini
akan mencerminkan sikap guru yang tidak berakhlak dan mempunyai sahsiah atau moral
yang baik.
Guru bukanlah sebagai robot atau alat untuk menyampaikan ilmu tetapi ia berperanan
lebih luas dari itu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Antara peranan lain guru ialah
memberikan ilmu yang cukup dari segi jasmani mahupun rohani kepada pelajar bagi
mengembangkan potensi diri dan dapat ilmu yang disampaikan dapat berfungsi dengan baik.
Guru adalah pendidik dan mursyid disamping menyampaikan ilmu. Maka guru perlulah
memiliki kualiti peribadi yang tinggi serta mampu menyampaikan risalahnya sebagai
pendidik (Al Ghazali, t.t).
Guru mesti mempunyai kebersihan peribadi iaitu dari segi percakapan, perlakuan,
tindakan atau perasaan. Kebersihan meliputi jasmani dan rohani. Guru juga mestilah bebas
daripada perasaan hasad dengki,riak, tamak, pemarah dan sebagainya. Hati seorang guru
yang menyampaikan ilmu mestilah bersih dan ikhlas. Ini kerana keikhlasan seorang guru
dalam menyampaikan ilmu terpancar melalui tindakannya.
4.2 Cabaran 2
Perkembangan bidang sains dan teknologi pada masa kini menjadikan bidang pendidikan
semakin bertambah canggih dan mencabar. Keadaan ini seterusnya menjadikan pengurusan
di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula masalah sekolah turut bertambah
berikutan pertambahan pelajar di dalam bilik darjah. Situasi ini seterusnya memperlihatkan
persediaan seorang guru untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang
sering berubah. Salah satu cabaran dalam memartabatkan profesion perguruan adalah sekolah
yang berkualiti.
Sekolah berkualiti memerlukan satu usaha pembangunan sumber pendidikan seperti
guru dan prasarana untuk sekolah melalui beberapa pendekatan yang strategik. Antara
cabaran tersebut adalah penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini
untuk semua peringkat sekolah dan program pendidikan mengikut perancangan dengan
memastikan matlamat pendidikan dan Rancangan Malaysia tercapai. Selain itu, peningkatan
keberkesanan proses pengajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta
iklim persekolahan yang kondusif supaya bahan pelajaran bukan sahaja boleh diperolehi
daripada buku teks semata-mata malah boleh didapati melalui jaringan internet dan juga
kemudahan multimedia turut menjadi cabaran dalam menghasilkan sekolah berkualiti.
Bukan itu sahaja, dalam memartabatkan prosfesion perguruan, guru itu sendiri
berhadapan dengan cabaran untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam
bidang pendidikan khasnya dalam bidang kurikulum, pengajaran, pembelajaran dan
penguasaan supaya mencapai matlamat untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan.
Misalnya untuk meningkatkan kualiti sekolah, guru haruslah sentiasa berusaha untuk
meningkatakan taraf profesionalisme melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan
penyelidikan tindakan kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu,
menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan
kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih efesien.
4.3 Cabaran 3
Antara punca yang menyebabkan status guru masa sekarang dipandang rendah adalah kerana
pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasa berlaku sekarang
ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk
pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan
amat biasa murid memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik
menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah oleh
pelajar dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang
menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru.
Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan menjadi topik media
juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru-guru memukul peljar sering dipilih untuk
dijadikan tajuk utama bagi media massa. Pihak ibu bapa hari ini sering mencari jalan
penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka
lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera.
Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasionl dan tidak adil bagi para guru. Media massa pula
sering berpihk kepada murid yang terlibat tanpa pertimbangan yang wajar.
Pihak media massa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat
melariskan jualan mereka. Kerana ada sesetengah media massa Cuma mengutamakan
keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yan dipukul
hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan yang sering digunakan ialah ‘cedera’. Guru
digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid tetapi apabila diketahui bahawa sikap
murid terbabit sebagai punca dia dipukul, media tidak pernah memperbetulkan cerita apa lagi
meminta maaf. Keadaan ini jelas sekali, pasti kita tidak pernah mendengr berita dari media
massa yang melaporkan tentang murid yang melakukan kesalahan disiplin perlu dipukul.
Kenapakah keadaan ini mesti berlaku? Pasti kerana berita ini tidak menarik minat para media
massa begitu juga dengan masyarakat umumnya. Perkara ini secara tidak lansung
menjatuhkan status guru dalam pandangan masyarakat kini.
4.4 Cabaran 4
Jumlah pelajar yang semakin bertambah pada setiap tahun juga merupakan salah satu beban
yang harus ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Setiap tahun, jumlah pengambilan pelajar
baru semakin bertambah dan secara tidak lansung mewujudkan suasana bilik darjah yang
melebihi kapasiti yang telah ditetapkan. Dengan itu maka wujudlah rungutan daripada pelajar
berkenaan dengan situasi pembelajaran yang kurang selesa. Bilangan guru yang tidak
mencukupi dalam sesebuah sekolah juga menyumbang kepada peningkatan tahap beban
guru-guru yang sedia ada di sekolah tersebut. Guru terpaksa mengawal bilangan murid yang
terlalu ramai dan perkara ini bakal menjejaskan prestasi seseorang guru dan guru tidak dapat
memberikan tumpuan sepunuhnya ketika waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Akibat
terlalu penat dengan urusan dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup
untuk menyediakan ABM bagi sesi pengajaran dan pembelajaan (P&P) yang seterusnya.
Semenjak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan secara
rasmi di seluruh sekolah di negara ini mulai pada tahun 1989 maka sering kali kedengaran
suara rungutan daripada sebahagian besar para guru di sekolah menengah tentang beban tugas
mereka pada hari ini semakin hari semakin bertambah dan tercabar. Para guru juga
mendakwa bahawa KBSM yang dilaksanakan telah menyebabkan beban tugas mereka
bertambah, di mana jumlah waktu mengajar di dalam bilik darjah semakin bertambah dan
mereka terpaksa pulang lewat ke rumah. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat oleh
Shafie (1994), mengenai kesan KBSM ke atas beban tugas guru beliau mendapati bahawa
sejumlah 90% dalam kalangan responden mengatakan bahawa KBSM itu adalah
membebankan khususnya dari segi persediaan guru. Mereka berpendapat bahawa KBSM
terlalu memerlukan alat bantu mengajar sehinggakan ia sangat menyusahkan, menghabiskan
banyak masa dan membosankan. Mereka mendakwa bahawa KBSM menambahkan
tanggungjawab para guru serta berat dari segi kawalan kelas dan perlaksanaannya.
Cabaran lain adalah guru-guru terpaksa berkerja pada musim cuti persekolahan.
Situasi ini sangat berkait rapat di mana guru-guru dikehendaki mengawas peperiksaan awam,
memeriksa kertas jawapan calon, mengadakan kelas tambahan, kelas pemulihan, kelas
intensif dan sebagainya. Oleh yang demikian, pada dasarnya cuti persekolahan tidak dapat
digunakan oleh guru-guru untuk berehat bersama-sama keluarga akan tetapi mereka
dikehendaki bertugas lebih masa sepanjang cuti persekolahan pada setiap tahun. Menurut
Shahbudin (1986), cuti guru yang terdiri daripada 77 hari (11 minggu) hanya tinggal lebih
kurang 33 hari sahaja dalam setahun. Keadaan ini jelas menampakkan bahawa cuti sebenar
para guru semakin berkurang kerana kerja-kerja tambahan yang perlu dilakukan dilaksanakan
ketika waktu cuti persekolahan.
Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan
pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian
membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan
terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul
Shukur Abdullah, 1991). Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan
dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada
pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat
kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. “Bebanan ini
bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah
murid” (Harian Metro, 2005).
Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-
aktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru
dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa
tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-
guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di bilik darjah. Mengikut
kajian yang dilakukan pleh Shahbudin (1986), didapati masa sebenar guru bekerja adalah
44.28 jam seminggu manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja seminggu
(jumlah masa kerja rasmi bagi 1 hari adalah 5.67 jam.) Justeru itu, guru-guru masih
memerlukan sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti
mengajar dan menyemak latihan buku pelajar.
5.1 Pendekatan 1
Syarat pemilihan guru sepatutnya diperketatkan lagi. Selain itu, kriteria pengambilan guru
juga perlu diambil kira dengan lebih lagi. Calon boleh diuji melalui Ujian Pemilihan Calon
Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test-MTeST). Selain itu, temuduga individu
dan berkumpulan juga dilaksanakan dan menguji kebolehan calon menguasai bahasa inggeris
melalui ujian bertulis Bahasa Inggeris.
Selain itu juga, syarat tambahan bagi Kursus Lepasan Ijazah(KPLI) hendaklah yang
bersesuaian dengan keperluan opsyen. Calon juga hendaklah seorang yang aktif dalam
kokurikulum dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Bagi pemilihan calon lepasan Sijil Pelajran Malaysia SPM pula hendaklah sekurang-
kurangnya mendapat enam kepujian pada peringkat SPM untuk subjek bahasa melayu,
bahasa inggeris, matematik atau matematik tambahan, sains atau sain tambahan, sejarah, fizik
atau kimia atau biologi atau kejuruteraan awam atau elektronik dan eloktronik atau elektrik
atau kejuruteraan mekanikal atau lukisan kujuruteraan atau teknologi kejuruteraan dan satu
mata pelajaran lain. Calon juga hendaklah Berjaya melepasi ujian Inventori Sahsiah Guru dan
melepasi ujian-ujian lain yang diberikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia KPM menaik taraf maktab perguruan kepada Institut
Perguruan Guru IPG yang menawarkan program pada peringkat sarjana muda pendidikan.
Selain itu, KPM juga membentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan
mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Mereka member penekanan elemen
baru kepada guru dalam kurikulum pendidikan guru dan membangunkan infrastruktur yang
meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT dan
sebagainya. Latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care
juga diberikan. KPM juga memastikan setiap IPG mempunyai penkhususan dalam bidang
tertentu. Contohnya bidang Teknologi Maklumat, Bahasa, sains, Matematik dan banyak lagi.
Guru juga mesti diberikan penekanan dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi
menjadikan guru sebagai penyelidik dan menjadikan budaya menyelidik sebagai sifat
mereka. Kerjasama anatara KPM dan IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan
haruslah dieratkan agar dapat memastikan kurikulum pendidikan yang digubal menepati
kehendak dan keperluan sistem pendidikan Negara.
5.2 Pendekatan 2
Pelan Induk Pembanguan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007
adalah merupakan sebuah pelan perancangan pendidikan yang bersepadu, komprehensif, dan
menyeluruh serta memberi penekanan terhadap memartabatkan profesion keguruan.
Antara lain dasar dan matlamat memartabatkan profesion perguruan adalah dengan
meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Bagi mencapai dasar dan
matlamat tersebut, fokusnya adalah seperti menambah baik sistem pemilihan guru,
memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran
kerja dan kebajikan guru dan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.
Dasar dan matlamat yang telah digariskan adalah bersesuaian dengan perkembangan
dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan pada hari ini yang menuntut perubahan
perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Masyarakat hari ini menganggap guru
bukan satu kerjaya tetapi mereka melihat guru sebagai insan yang berkualiti, berketrampilan,
berkewibawaan, berkelayakan, berminat, beriltizam dan berjiwa pendidik.
Program latihan perguruan telah diberi penambahbaikan dalam pelbagai aspek seperti
mengetatkan syarat dan kriteria pengambilan guru. Calon-calon guru akan melalui proses
saringan seperti Malaysian Teachers Selection Test (M-Test), pencapaian Inventori Sahsiah,
Keguruan (INSAK), temuduga, ujian kesihatan, tapisan keselamatan dan mendapat
kecemerlangan pencapaian akademik. Selain usaha mengetatkan syarat kemasukan calon
guru, kementerian juga sedang dalam peringkat akhir menyediakan Standard Guru Malaysia
(SGM) sebagai rujukan piwaian kualiti guru di seluruh negara. SGM mengandungi dua
komponen standard ( nilai dan amalan profesional keguruan, pengetahuan dan kefahaman
berkaitan bidang keguruan serta kemahiran P&P dan komponen keperluan) latihan meliputi
kelayakan memasuki program dan latihan, penaksiran dan penilaian, kolaborasi, infrastruktur
dan infostruktur.
Bermula 6 Mei 2006, Maktab dinaikkan taraf menjadi IPG dan ini diharapkan dapat
melahirkan guru-guru yang berkualiti, mahir, bertanggungjawab dan bangga menjadi
pendidik. Antara usaha memantapkan profesion ini termasuklah menaik taraf maktab
perguruan kepada Institut perguruan Guru (IPG). Dalam usaha meningkatkan jumlah guru
siswazah dan menyediakan guru yang berkualiti, peranan IPG telah diperkembangkan untuk
melatih guru pada peringkat ijazah berbanding dengan hanya pada peringkat sijil dan
diploma. Penaiktarafan maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk
meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah mampu memartabatkan profesion
keguruan. Guru yang layak ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat
sarjana dan doktor falsafah.
Bersesuaian dengan agenda tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menambah jumlah biasiswa bagi para guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah
lanjutan merangkumi peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran di bawah Hadiah Latihan
Persekutuan ( HLP). IPG memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan pra dan
dalam perkhidmatan. Kini terdapat 27 buah IPG di seluruh negara dengan bilangan pensyarah
3,129 orang dan enrolmen 28,755. Hal ini sejajar dengan sasaran kerajaan untuk
menyediakan 100% guru berijazah bagi sekolah menengah dan 50% bagi sekolah rendah
menjelang 2010.
5.3 Pendekatan 3
Terdapat pelbagai pendekatan yang dapat diwujudkan misalnya strategi kerajaan
untuk memartabatkan profesion perguruan. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan
beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha
mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama
bagi bekas lulusan graduan. Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah untuk
meningkatkan tahap profesional profesion guru. Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa
untuk membentuk persekitaran kerja yang baik, guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan
memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru
akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan
persekitaran yang sesuai dan kondusif.
Terdapat enam pendekatan yang merangkumi dalam peningkatan tahap
profesionalisme. Salah satu daripadanya ialah memperkenalkan “Program Diploma
Perguruan Khas”. Program ini telah diperkenalkan tahun 1996. Tujuannya adalah untuk
menjamin kualiti di peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah di semua
sekolah menengah menjelang tahun 2005. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
membuat satu penukaran iaitu menggantikan Sijil Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma
Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras
dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari kini.
Seterusnya Kursus-kursus seperti Program Khas Pensisiwazahan Guru (PKPG) yang
dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah. Di samping itu juga
kursus-kursus ini diadakan secara usahasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (Open
University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk guru besar.
Perlu diingatkan bahawa bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran
zaman. Banyak dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini. Oleh yang
demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu
berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut,
Kementerian Pendiidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan
terus dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan beberapa
program khas untuk memastikan ianya terus berkembang.
Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin baki
dalam bidang pengurusan dan kempimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan
progam yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki
dengan universiti-universiti di Britian, Amerika Syarikat dan Australia. Skim latihan pegawai
juga penting kerana skim yang dikelolakan oleh Bahagian Biasiswa untuk membolehkan
pegawai-pegawai pendidikan mendapat kelayakan tambahan dengan mengikuti program
kedoktoran dan sarjana dengan menawarkan biasiswa penuh dan cuti belajar bergaji penuh.
Di samping meletakkan guru-guru di tahap yang tinggi dengan memberikan kursus dan
latihan yang sesuai, pensyarah-pensyarah maktab juga diberikan peluang memperbaiki diri
mereka sesuai dengan cabaran dalam dunia pendidikan masa kini.
Pendekatan yang dapat dilaksanakan seterusnya ialah dengan menubuhkan Universiti
Perguruan seperti Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) telah ditukarkan
namanya kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1959 untuk memartabkan
bidang keguruan sehingga dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada tahun
1987. Pada 1 Mei 1997, sekali lagi premis ini diberikan pengiktirafan dengan menjadikan
ianya sebuah universiti dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Selain daripada itu, penubuhan Yayasan Guru Malaysia Berhad juga memainkan
peranan yang penting. Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah
akta Syarikat 1965, pada Mac 1994 sebagai sebuah syarikat Berhad. Tujuan utama
penubuhan YGMB adalah untuk menyatukan dan mengembelang seluruh warga pendidik dan
anggota perkhidmatan pendidikan Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan
ekonomi dan kebajian yang akan menjadi wahana utama. Objektif utama penubuhan YGMB
ialah untuk memajukan kebajikan pendidik khasnya ahliu-ahli Yayasan melalui bencana dan
sebagainya di samping memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti perniagaan
terutama dalam bidang kewangan, pengusan dana, pembinaan dan pembangunan hartanah,
pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebagainya.
Penyertaan guru dalam kesatuan-kesatuan guru yang berdaftar diyakini dapat
menguatkan dan mengukuhkan penyatuan perjuangan guru secara permuafakatan selaras
dengan kehendak profesion keguruan. Inilah resolusi pertama Persidangan Permuafakatan
Pendidikan Kesatuan dan Persatuan Guru Malaysia (PPKPGM) yang meyeru agar setiap
warga pendidik menyertai salah satu kesatuan guru yang terdapat di Negara ini. (Yazid,
2001).
Yazid Abd Manap (2001) menyatakan lagi bahawa dalam kerta kerjanya, polisi
sisitem pendidikan yang ada tidak menggalakkan usaha guru memperkembangkan kerjaya
mereka. Guru-guru yang memiliki ijazah sarjana muda melalui cara “Pendidikan Jarak Jauh”
kurang mendapat pengiktirafan dari pihak kementerian. Ramai guru yang mengikuti program
jenis ini kecewa dengan kenyataan pihak kementerian yang tidak akan menjanjikan apa-apa
jawatan yang lebih tinggi walaupun guru menamatkan pengajiaannya dengan cemerlang. Ada
pula guru yang sanggup berhenti pekerjaannya di tengah jalan kerana tidak ada apa-apa
peluang yang dijanjikan sedangkan pihak kerajaan menggalakkan guru-guru melanjutkan
pelajaran untuk memperbaiki profesion keguruan ini.
Syarat-syarat dalam pemilihan guru juga perlu diperketatkan bagi memilih calon guru
yang benar-benar layak sahaja. Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran
kerja dalam bentuk kesesuaian jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu. Apabila
jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca
kepada sikap tidak betminat terhadap kerja mahupun perkembangannya. (Holland, 1973).
Sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru, minat utama terhadap
profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas dua atau tiga tahun
menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankan terhadap
beberapa orang guru mengenai kejadian “guru suka datang lewat ke kelas” jelas
menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang
kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi. (Wan Mohd Zahid
Nordin ).
Kekosongan jawatan guru samada di sekolah rendah mahu pun menengah biasanya
diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan secara formal samada di maktab
perguruan atau pun universiti. Kita tidak dapat nafikan mengenai keperluan mengisi
kekosongan tersebut atas dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat
terhadap profesion keguruan ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetangah pihak
yang menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka
masoh boleh menjadi seorang guru.
Sepatutnya, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan mengambil langkah yang
proaktif terhadap masalah yang dihadapi. Lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di
sekolah dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan tersebut.
Semestinya kekosongan jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan kehadiran guru-guru
yang telah menamatkan pengajian secara separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah
rendah, manakala di peringkat sekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan diploma
dari maktab perguruan.
Kesimpulannya, profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat
mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus
dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan profesion ini sebagai bidang terakhir untuk
diceburi juga adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar akan cabaran dan
bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan
memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan
profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru siapalah kita hari ini.
5.4 Pendekatan 4
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa
khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru
sekolah di seluruh negara. Keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas
bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga
menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar. Jawatankuasa tersebut ditugaskan
mengenalpasti bagaimana masalah bebanan tugas guru itu boleh berlaku dan mencari
penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh
piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari
negara kita untuk dicontohi.
Jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya
yang turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan diberi masa
selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan. NUTP turut
membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap hari Sabtu, sedangkan pekeliling
yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan
disebabkan guru terlibat dengan banyak aktiviti. Oleh itu, masalah ini akan diteliti bagi
memastikan tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap
kelas tidak terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul. Dasar baru
kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas
positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali
membebankan guru. Kementerian menubuhkan jawatankuasa ini tidak lain tidak bukan untuk
mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru.
Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara
guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi
mengurangkan beban kerja guru. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia
(GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian
dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan
selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah
bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0
(ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Awal tahun ini, Menteri Pelajaran Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan bahawa kementerian akan menyelesaikan kajian
terperinci dalam tempoh setahun untuk mencari formula bagi mengurangkan beban kerja
guru dan memperbaiki persekitaran kerja guru di negara ini. Langkah tersebut bertujuan
membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian
kepada tugas teras, iaitu mengajar. Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga
relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru pembantu bagi
mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu meringankan beban tugas yang
ditanggung guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan guru yang
bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.
Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad,
menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah
melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos tambahan
kepada kerajaan. Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu
bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta
dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta
mewujudkan persatuan pesara guru. Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan
Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata
sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap pelaksanaan
konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.
Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan
aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru
memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang
dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah
yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guru selama ini.
Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal
pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah
berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah
rendah dan menengah. Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus mempergiat
usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan di
sekolah sebagai tanggungjawab sosial.
Dalam konteks ini, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi
pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman. Matlamat ini boleh
dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu
pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad
kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni. Satu lagi langkah berkesan ialah
menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua atau bekas pelajar di sesebuah sekolah
untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah
menghadapi peperiksaan utama. Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru
diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan
idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk
dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.
6.0 Penutup
Untuk merealisasikan aspirasi Negara iaitu untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan. Guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah
Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran sepannjang hayat.
Kedua-dua Model Tyler dan Model Taba tergolong di bawah Model Objektif, di
mana kedua-dua model tersebut menekankan kepada tujuan pendidikan atau objektif
pengajaran (hasil pembelajaran). Model objektif adalah bersifat sistematik kerana mempunyai
komponen-komponen atau langkah-langkah pelaksaan tertentu ke arah pencapaian tujuan
pendidikan yang telah ditentukan. Kedua, objektif pengajaran yang ingin dicapai digariskan
dengan jelas. Dengan itu, maka kandungan dan kaedah mengajar lebih terurus dan
pencapaian murid lebih mudah dinilai.
Usaha bagi membentuk generasi masa depan dengan peribadi dan akhlak yang tinggi
merupakan salah satu matlamat dalam pencapaian matlamat pendidikan negara. Pembentukan
disiplin, peraturan dan perundangan dalam dalam bidang pendidikan ini telah banyak
membantu dalam pencapaian matlamat pendidikan negara. Generasi yang terdidik nanti
mestilah boleh bertoleransi antara kaum dan agama. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa
tertubuhnya pelbagai perundangan pendidikan di Malaysia yang mengikut peredaran zaman
dan dipinda dari semasa ke semasa.
Selain daripada itu pelajar yang dibentuk daripada pembentukan disiplin, peraturan
dan juga perundangan ini bolehlah menghormati kebudayaan kaum-kaum lain yang terdapat
di Malaysia dan menghargai kebudayaan kebangsaan. Akhlak dan peribadi murni yang
dibentuk dalam diri setiap individu terutamanya remaja atau generasi yang akan datang akan
menjadi perintis dalam membangunkan negara. Dalam usia yang muda, pelajar atau remaja
mudah terpengaruh dengan aktiviti sosial yang kurang berfaedah. Dengan adanya Falsafah
Pendidikan Negara yang menjadi pusat kepada matlamat pendidikan negara, pelaksanaan
disiplin, peraturan dan perundangan dalam pendidikan dapat dilaksanakan dengan lancar dan
mampu mencapai matlamat bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap
diri, keluarga, masyarakat, dan juga negara serta mampu menjadi insan yang sanggup
menghadapi cabaran dan dugaan dalam era teknologi yang semakin pesat selaras dengan
Wawasan 2020.
Peningkatan martabat profesion keguruan sebagaimana yang dihasratkan oleh
kerajaan juga dapat dilakukan dengan gandingan mantap berbagai pihak khususnya
Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi-institusi yang berkaitan serta individu terlibat
dalam proses pendidikan. Usaha-usaha yang berterusan dan kemaskini InsyaAllah akan dapat
menyempurnakan wawasan negara Malaysia bukan saja setakat 2020 bahkan melangkaui
masa-masa selepasnya. Para guru perlu bersedia dari sudut pelbagai aspek untuk menghadapi
cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi pada masa kini dan masa akan datang. Dengan tahap
persediaan yang tinggi, keberkesanan setiap guru tidak akan terjejas walaupun berhadapan
dengan pelbagai cabaran dan rintangan.
Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan profesionalisme
guru dan tidak mengharapkan sebelah pihak sahaja. Terdapat banyak cara yang boleh
dilakukan untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Profesion perguruan merupakan
satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik
untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik
tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan bidang ini sebagai pilihan terakhir
untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan
bebanan yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan
memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan
profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.
7.0 Bibliografi
1. Abdul Rahim M.Ali (2001) Ilmu pendidikan DPM: Pendidikan di Malaysia dan
psikologi Pendidikan (Edisi Pertama) Kuala Lumpur : Utusan publication &
distributors Sdn.Bhd.
2. Abdullah Sani Yahaya (2003) Mengurus sekolah Bentong Pahang Darul Makmur
: Publication & distributor Sdn.Bhd
3. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008) Falsafah pendidikan dan kurikulum
(Edisi Kedua) Tanjong Malim: Quantum books (1185725-V).
4. Amir Hasan Dawi, (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim:
Quantum Books.
5. Bakhtiar Mansor (1993) Satu Perspektif Perkembangan Kerjaya dalam Jurnal
Pengurusan Pendidikan, , Kuala Lumpur: Perguruan Institut Aminuddin Baki.
6. Ee Ah Meng, (1994). Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
7. Kamus Dewan Edisi Baru, (1989) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
8. Lembaga penyelidikan undang-undang (2008) Perlembangaan Persekutuan
Petaling Jaya Selangor : International law books services.
9. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
10. Omardin Ashaari (1996) Pengurusan sekolah, Kuala Lumpur: Utusan publication
distributors Sdn.Bhd.
11. Shafie Lugom (1994) Kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM). Harapan dan
Kesesuaiannya Dalam Melahirkan Generasi Yang Seimbang Dari Segi Rohani,
Jasmani, Emosi dan Intelek. Kuching: Sadong m.s.34
12. Shahbudin Ngah (1986) Satu kajian mengenai tugas guru di dua buah sekolah
menengah di daerah Muar Johor, Johor. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
13. Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (2005) Kamus dewan (edisi keempat) Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
14. Shuib Dirwan & Johari Seman (2001) Profesion keguruan di Malaysia, sejauh
manakah martabatnya kini dalam bestari guru Johor: JPN Johor, m.s. 40-48.
15. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem dan falsafah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
16. Wan Mohd Zahid Noordin, bekas KPM, Sedutan Ucapan Sempena Majlsi Perasmian
Seminar Pendidikan anjuran JPN JOhor di UTM pada 23 Mac 1998.
17. Yazid Abdul Manap (2001) Memartabatkan profesion keguruan tanggungjawab
bersama dalam bestari koleksi guru Johor : JPN Johor, m.s. 15 - 33.