askant s)a« hijbukfawa df.bgaji pencapaian akademik
TRANSCRIPT
3 V I •:« , tin PENEMPATAN DI ASKANT S)A« HIJBUKFAWA DF.BGAJI PENCAPAIAN AKADEMIK
: M V M KE ATAS SEKOLAH MEMENOAH TEKNIK
S A L M A B Siiffi HySAIN
i! i; i: i >!'• 1 "i" i-' !-'iJ [•/ «': i \V • 1 "!' J i v'VLiu:-! i. ! 1 ?l.lv\ ! • 'iV' i.
PERPUSTAKAAN KUITTHO
l l l l l l l l l l l l l l l 3 OOOO 00123761 1
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISL
JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK-ASPEK PENEMPATAN DI ASRAMA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR : SATU TINJAUAN KE ATAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PASIR MAS. KELANTAN
SESI PENGAJIAN: 2002/2003
Saya SALMIAH BINTI HUSAIN (750610-03-5482) (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis I syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
ini disimpan di Perpustakaan dengan
1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakan dibenarkan membuat salina tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi 4. **Sila tandakan (V)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap:
LOT 3297 KG HUTAN CHENGAL
Tarikh: 11 MAC 2003
(TAND A^AN^Xfj] PENYELIA)
EN. ATAN BIN HJ. HUSSIEN
17030 PASIR MAS KELANTAN. Tarikh:
Nama Penyelia
• • JLV
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Saijana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara keija kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Saijana Muda (PSM)
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK-ASPEK PENEMPATAN DI
ASRAMA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR : SATU TINJAUAN KE ATAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
PASIR MAS
SALMIAH BINTI HUSAIN
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya kandungan
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional"
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK-ASPEK PENEMPATAN DI ASRAMA
DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR : SATU
TINJAUAN KE ATAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PASIR MAS
SALMIAH BINTI HUSAIN
Laporan Projek Saijana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn
MAC 2003
ii
"Saya akui karya ini adalah hasil ketja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
SALMIAH BINTI HUSAIN 13 lot I 7O03>
iii
DEDIKASI
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,
Projek Sarjana ini dapat dilaksanakan dan disiapkan dengan jayanya.
Untuk ayahanda dan bonda yangdikasihi
Segala doa, dorongan dan nasihat kalian tetap anakanda hargai
Khas untuk suami tercinta Noriman
Segala kesabaran, kesetiaan, sokongan dan pengorbananmu menjadi inspirasi
perjuanganku
Tidak lupa buat anakku tersayang Day ana
anakanda pembakar semangat bonda
Untuk keluarga dan rakan-rakan
Segala bantuan dan sokongan akan dikenang selama-lamanya
Sehingga Allah memberi rahmatNya dari dunia hingga akhirat
Wassalam
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyempurnakan projek sarjana ini dengan jayanya. Saya ucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia projek, En Atan Haji Hussien di
atas segala bimbingan, perbincangan, tunjuk ajar, nasihat serta dorongan yang diberikan
sehingga saya dapat menyiapkan Projek Sarjana ini.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Dr. Noraini binti Kaprawi dan Encik
Mohd Najib bin Mohd Salleh selaku ahli panel VIVA yang telah memberikan cadangan-
cadangan yang bernas dalam memantapkan lagi Projek Saijana ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada Pengetua, Penolong Kanan, guru-guru dan
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas kerana telah memberikan
keijasama dalam menjayakan Projek Sarjana ini.
Juga tidak dilupakan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung khususnya kepada rakan-rakan sepeijuangan di atas segala bentuk bantuan
yang diberikan. Semoga Projek Sarjana ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Insya Allah....
V
ABSTRAK
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap
aspek-aspek penempatan di asrama dan hubungannya dengan pencapaian akademik
pelajar, bagi pelajar-pelajar Ting. 5 Sek. Men. Teknik Pasir Mas, Kelantan. Seramai 82
orang responden terlibat di dalam kajian ini di mana ia mewakili 30% daripada jumlah
keseluruhan pelajar Ting. 5 tahun 2002 yang tinggal di asrama sekolah terbabit. Di
antara tumpuan kajian ini adalah untuk meninjau pendapat dan persepsi pelajar terhadap
beberapa aspek utama penempatan asrama terutamanya dari segi kemudahan-
kemudahan fizikal, peraturan dan disiplin, pengalaman sosial serta psikologi pelajar,
serta juga keadaan persekitaran pembelajaran asrama dan sejauhmanakah hubungkait di
antara aspek-aspek tersebut dengan pencapaian akademik pelajar.
Data-data yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan
kaedah peratusan, skor min, sisihan piawai dan juga korelasi dengan menggunakan
perisian SPSS (Statistical Packege For The Social Science). Kajian mendapati
kebanyakan pelajar bersetuju dan berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan dan
peraturan sedia ada di asrama mereka. Kebanyakan daripada mereka juga tidak
menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di asrama dan
mengambil sikap positif terhadap jadual belajar yang ditetapkan.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, aspek psikologi dan sosial pelajar mempunyai
hubungan yang kuat dengan pencapaian akademik pelajar manakala aspek kemudahan
fizikal dan persekitaran pembelajaran pula mempunyai hubungan yang sederhana kuat
sementara aspek peraturan dan disiplin pula menunjukkan hubungan yang lemah dengan
pencapaian akademik pelajar.
Walaubagaimanapun, dengan nilai pekali yang positif bagi keempat-empat aspek ini,
menunjukkan bahawa memang terdapat hubungan di antara aspek-aspek penempatan di
asrama dengan pencapaian akademik pelajar
vi
ABSTRACT
This study aims to investigate student's perception towards a few aspects
concerning the hostel accormodation, and their relationship to the academic performance
of the Form 5 students of Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan. 82 students
were involved in this study which represent about 30% of the school's Form 5
population during the year 2002 who live in the hostel. Among the focus of the study is
to identify students opinions and perceptions on a few aspects of the hostel system
including the facilities provided, the rules and regulations, students psycology and social
experiences, and also the environment within the school compound. This study also
examine the academic performance of the student and how that performance can be
related to the aspects studied.
Data collected was analyzed using the percentage, mean, standard deviation, and
correlation test through 'SPSS' (Statistical Packege For The Social Science) software.
The study reveals that most of the students generally satisfy with the existing hostel's
facilities provided. Most of them also did not face any major problems regarding the
rules and regulations implemented upon them. They seem to be independent, able to
adapt to the environment, and have a positive atitude toward study. The study also show
that most studenst who live in school hostel gain a relatively notable improvement in
their academic achivement.
Based on the results of the study that has been conducted, it shows that there is strong
relationship between the aspect of students psychology and social experiences with their
academic performance. While, physical facilities and learning environment aspects
show average relationship. In the aspects of the rules and regulations, study shows that
there is a weak relationship with the academic performance of the students.
Nevertheless, based on the positive coeficient value for all these four aspects, it shows
that relationship do exist between the aspects of hostel accomodation and the students'
academic performance.
v i i
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PERAKUAN PELAJAR HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL xiii SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKAT AN xvi SENARAI LAMPIRAN xvii
v i i i
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 9
1.5.1 Objektif Umum 9
1.5.2 Obj ektif Khusus 9
1.6 Kerangka Teori 10
1.7 Rasional Kajian 12
1.7.1 Responden/Pelaj ar 12
1.7.2 Pihak Pengurusan Sekolah 12
1.7.3 Pengkaji 13
1.7.4 Ibu Bapa 13
1.8 Skop Kajian 13
1.9 Definasi Istilah 14
1.9.1 Persepsi 14
1.9.2 Pelajar 14
1.9.3 Penempatan Pelajar Di asrama 15
1.9.4 Prestasi akademik 15
i x
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Pencapaian Akademik 17
2.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian 19
Akademik
2.3.1 Persekitaran 19
2.3.2 Minat Dan Sikap 19
2.3.3 Teknik Belajar 20
2.3.4 Pengaruh Rakan Sebaya 21
2.3.5 Latar Belakang Keluarga Dan Baka 21
2.3.6 Penglibatan Dalam Ko-kurikulum 23
2.3.7 Pemakanan 23
2.4 Suasana dan Kemudahan-kemudahan Di Sekolah 24
2.5 Tempat Tinggal Pelajar (Asrama) 25
2.5.1 Kemudahan-kemudahan Di Asrama 26
2.5.2 Peraturan dan jadual Kehidupan Di 27
Asrama
2.5.3 Disiplin Pelajar Asrama 28
2.5.4 Psikologi Dan Pengalaman Sosial Pelajar 28
Asrama
2.5.5 Penyesuaian Pelajar Tinggal Di Asrama 29
2.7 Hubungan Di Antara Tempat Tinggal Pelajar 31
Dengan Pencapaian Akademik
2.8 Rumusan 32
4.5 Nilai Korelasi Bagi Setiap Aspek Penempatan Di
Asrama
4.5.1 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap
kemudahan-kemudahan yang disediakan di
asrama dengan keputusan pep. akhir ting. 4
4.5.2 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap
peraturan-peraturan yang di tetapkan di
asrama dengan keputusan pep. akhir ting. 4
4.5.3 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap
psikologi dan pengalaman sosial pelajar
asrama dengan keputusan pep. akhir ting. 4
4.5.4 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap
persekitaran pembelajaran asrama dengan
keputusan pep. akhir ting. 4
4.6 Rumusan
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan Dan Rumusan
5.2.1 Persepsi Pelajar terhadap Kemudahan
Asrama
5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Peraturan Dan
Disiplin Asrama
5.2.3 Psikologi Dan Pengalaman Sosial Palajar
5.2. Persepsi Pelajar Terhadap Persekitaran
Pembelajaran
5.3 Pengaruh Apek-aspek Penempatan Pelajar Di
Asrama Terhadap pencapaian Akademik Mereka
5.4 Rumusan
x i i i
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Keupayaan Seseorang Individu Untuk Beijaya 2
Dalam pelajaran
3.1 Pemberatan Skala Likert 35
3.2 Rumusan Mengikut Skor Julat Bagi Tahap 41
Kecenderungan Pelajar
3.3 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 42
4.1 Skala Likert 45
4.2 Rumusan Mengikut Skor Julat bagi Tahap 46
Kecenderungan Pelajar
4.3 Klasifikasi kekuatan Korelasi 46
4.4 Keputusan Kajian Rintis Bagi Setiap Aspek 48
4.5 Latar Belakang Responden 49
4.6 Peratusan Persepsi Pelajar Terhadap Kemudahan 51
Asas Yang Disediakan
4.7 Skor Min Dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi 51
Pelajar Terhadap Kemudahan Asas Yang
Disediakan
4.8 Peratusan Persepsi Pelajar Terhadap Peraturan 53
Dan Disiplin Asrama
4.9 Skor Min Dan Sisihan Piawai Peraturan Dan 54
Disiplin Asrama
4.10 Peratusan Psikologi Dan Pengalaman Sosial 55
Pelajar
4.11 Skor Min Dan Sisihan Piawai Bagi Psikologi Dan 56
Pengalaman Sosial Pelajar
XIV
4.12 Paratusan Persepsi Pelajar Terhadap Persekitaran 58
Asrama
4.13 Skor Min Dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi 58
Pelajar Terhadap Persekitaran Asrama
4.14 Skor Min Dan Sisihan Piawai Bagi Keputusan 59
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
4.15 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap 60
kemudahan-kemudahan yang disediakan di
asrama dengan keputusan pep. akhir ting. 4
4.16 Nilai korelasi bagi persepsi pelaj ar terhadap 61
peraturan-peraturan yang di tetapkan di asrama
dengan keputusan pep. akhir ting. 4
4.17 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap 62
psikologi dan pengalaman sosial pelajar asrama
dengan keputusan pep. akhir ting. 4
4.18 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap 63
persekitaran pembelajaran asrama dengan
keputusan pep. akhir ting. 4
SENARAI SINGKATAN
PMR : Penilaian Menengah Rendah
SMTPM : Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS : Statistical Package For Social Science
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A BORANG SOAL SELIDIK
B NILAI ALPHA (KAJIAN RINTIS)
C ANALISIS UJIAN KORELASI
PEARSON
D NILAI SKOR MIN DAN SISIHAN
PIAWAI
E GARIS PANDUAN PERATURAN
ASRAMA
MUKA SURAT
93
99
107
111
113
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kecemerlangan akedemik seseorang pelajar pada asasnya tidak boleh
ditentukan oleh satu atau dua sebab semata-mata. Mencari formula untuk
meningkatkan prestasi akademik pelajar akan mengheret penganalisis ke dalam
pelbagai punca dan faktor-faktor yang berangkai dan saling berkait di antara satu
sama lain.
Secara umumnya, tahap kecemerlangan seseorang pelajar selalunya diukur
melalui tahap pencapaian mereka dalam peperiksaan. Namun hakikatnya, tahap
kebolehan dan kepandaian seseorang individu pelajar itu sebenarnya sangat abstrak
dan subjektif untuk ditentukan secara nyata. Penentu kecemerlangan pelajar boleh
disebabkan oleh pelbagai faktor; daripada kebolehan semulajadi seseorang individu
itu sendiri, sehinggalah kepada faktor apakah diet pemakanan mereka. Lebih
daripada itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan faktor nasib juga kadang-kadang
mengiringi kecemerlangan akademik seseorang pelajar.
2
Maddox (1990), secara ringkasnya menyatakan keupayaan seseorang
individu itu untuk beijaya dalam pelajarannya biasanya boleh dipecahkan kepada 3
sebab utama iaitu seperti dalam jadual 1.1 dibawah:
Jadual 1.1 : keupayaan seseorang individu itu untuk berjaya dalam pelajarannya
i. Kebijaksanaan dan kepandaian
semulajadi
50% - 60%
ii. Daya usaha dan teknik belajar
yang berkesan
30% - 40%
iii. Faktor nasib dan keadaan
sekeliling
10%- 15%
Persoalannya, apakah setiap faktor yang telah disebutkan di atas boleh
dipakai (applicable) dan sesuai untuk setiap individu pelajar?. Jika ianya sesuai,
seterusnya, apakah mesti strategi yang berkesan pada satu kelompok pelajar akan
turut berkesan kepada kelompok pelajar yang lain?
Jika dalam usaha untuk meningkatkan prestasi akademik seseorang pelajar,
satu atau dua faktor tertentu berpotensi untuk membantu secara berkesan, maka
faktor itulah yang harus dituju dan dieksploitasikan semaksimanya. Secara
praktikalnya, tidak semua peluang untuk cemerlang mampu disediakan sepenuhnya
oleh sesebuah institusi pengajian, terutamanya diperingkat persekolahan menengah.
Namun apa saja kemudahan yang tersedia harus dimanfaatkan sepenuhnya.
Mengimbas secara sepintas lalu tentang subjek utama dalam penulisan tesis
ini, iaitu penempatan asrama bagi sebuah sekolah menengah beraliran teknik, banyak
perkara harus disoroti dan difahami terlebih dulu, ia terutamanya berkenaan dengan
sejarah perkembangan dan hala tuju sekolah menengah Teknik dan Vokasional itu
sendiri. Menurut Yahya Emat (1993), Secara ringkasnya, susur galur perkembangan
3
sekolah Teknik dan Vokasional sebenarnya bermula sejak era sebelum merdeka lagi.
Pada waktu itu, tujuan utama penjajah menubuhkan sekolah beraliran ini hanyalah
demi kepentingan ekonomi mereka semata-mata dalam mencari guna tenaga mahir
dan separa mahir, serta juga untuk penyediaan pegawai-pegawai peringkat rendah
dan pembantu teknik di jabatan-jabatan kerajaan.
Namun, selepas mengalami perubahan demi perubahan, samaada daripada
segi pentadbiran mahupun dari segi modul pelajaran yang ditawarkan, sekolah aliran
Teknik dan Vokasional kini sudah berkembang pesat serta mampu bersaing dengan
sebarang bentuk aliran persekolahan yang terdapat di Malaysia kini. Sesuai dengan
hasrat kerajaan dengan wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
perindustrian, sekolah beraliran Teknik dan Vokasional ini begitu penting dalam
menyumbang dan melahirkan pasaran sumber manusia aliran teknikal yang
mencukupi, berkualiti, dan cekap dalam usaha untuk mencapai tujuan tersebut.
Perkembangan yang pesat, biasanya dengan sendiri membawa bersama -
samanya cabaran-cabaran dan tuntutan-tuntutan yang turut bertambah. Ini tidak
terkecuali bagi sekolah beraliran Teknik dan Vokasional ini. Sebagai contoh, kos
untuk menyediakan sebuah sekolah beraliran Teknik dan Vokasional adalah jauh
lebih tinggi daripada sekolah beraliran biasa (Yahya Emat, 1993). Ini antara lain
disebabkan sekolah teknik perlu menyediakan kelengkapan makmal dan pertukangan
yang lengkap untuk pelaj ar-pelajarnya. Manakala status persekolahan teknik yang
sentiasa dinaiktaraf, menjadikannya lebih terhad dan kompetetif dalam aspek
pengambilan pelajar. Ditambah lagi dengan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi kini terbuka luas bagi pelajar aliran ini, permintaan untuk
memasuki sekolah aliran ini kini semakin bertambah dan seterusnya memaksa
pengambilan dibuat berdasarkan merit keputusan peperiksaan pelajar-pelajar itu.
Jadi, pelajar-pelajar yang beijaya memasuki sekolah menengah beraliran
Teknik dan Vokasional ini, secara keseluruhannya adalah terdiri daripada kalangan
yang berpotensi untuk cemerlang dalam akademiknya. Mereka adalah pelajar yang
4
sedia berkebolehan dan hanya perlu didedahkan dengan teknik pembelajaran yang
betul, dan juga disediakan kemudahan-kemudahan yang boleh mewujudkan suasana
yang kondusif untuk mereka belajar. Salah satu bentuk kemudahan yang sangat
penting dalam budaya persekolahan zaman kini dan menjadi subjek tesis ini adalah
kemudahan asrama pelajar.
Penyediaan asrama untuk pelajar tidak harus dilihat hanya sekadar untuk
'menyediakan' tempat tinggal sementara bagi pelajar-pelajar semata-mata, tetapi ia
berperanan lebih jauh daripada itu. Ia memberi peluang terbaik untuk pentadbir dan
guru-guru dalam membentuk disiplin pelajar dan mewujudkan budaya belajar yang
tersusun, komprehensif dan berkesan.
1.2 Latarbelakang Masalah
Tujuan asrama dibina di dalam sesebuah sekolah adalah untuk memberi
kemudahan dan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dengan lebih baik lagi bagi
mencapai kejayaan di dalam pelajaran. Jika suatu masa dahulu, hanya di sekolah
'berasrama penuh' seseorang pelajar itu dapat merasai 'kehidupan' di asrama, kini
senario itu sudah tidak lagi begitu. Hampir keseluruhan sekolah menengah tanpa
mengira aliran, sama ada aliran biasa mahupun aliran teknik dan vokasional kini
sudah menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajarnya.
Walaupun pada hakikatnya bagi sekolah-sekolah ini, ia hanyalah dengan
tujuan utama untuk menyediakan tempat tinggal kepada pelajar-pelajar yang tinggal
jauh daripada sekolah, namun ia tetap penting sebagai pemankin kepada
pembentukan pelajar yang lebih berdisiplin dan seterusnya mampu meningkatkan
prestasi akademik mereka.
5
Namun, penyediaan asrama semata-mata tanpa program pengisian (seperti
peraturan, aktiviti, progaram seharian) dan pengurusan yang baik tidak akan
membantu dalam melahirkan pelajar yang lebih cemerlang dalam akademik mereka.
Untuk memperolehi hasil pencapaian yang baik daripada pelajar-pelajar yang tinggal
di asrama, banyak aspek-aspek yang harus diselidiki dan diambilkira bermula dari
keselesaan penginapan, hinggalah kepada pelajar itu sendiri untuk tinggal di asrama.
Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang tinggal di asrama ketika memasuki
Tingkatan 5, akan berhadapan dengan 2 situasi yang mendesak (demanding) pada
satu masa yang sama iaitu bertungkus lumus untuk menghadapi peperiksaan
SPM/SPMV, serta perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di asrama yang
mungkin begitu asing bagi sesetengah daripada mereka.
Aspek ini adalah penting untuk diselidiki memandangkan pada peringkat usia
remaja (17-18 tahun) ini, sesuatu pengalaman baru akan cepat merombak perspektif
pemikiran dan psikologi mereka terhadap suasana persekitaran disekeliling mereka,
ini seterusnya akan turut mempengaruhi tingkahlaku dan gaya hidup mereka. Bagi
kebanyakan pelajar, persekitaran yang baru akan sedikit sebanyak memberi kesan
kepada budaya pembelajaran yang sudah biasa mereka amalkan sebelumnya.
Persoalannya, apakah kesan itu ke arah yang lebih baik, atau adakah ia sebaliknya?
Di sinilah penempatan di asrama itu ingin dikupas peranan serta kesannya terhadap
pelajar.
Dalam konteks asrama Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas khususnya,
persoalan-persoalan sebegini tidak terkecuali daripada timbul di minda banyak pihak
termasuklah para ibubapa yang meletakkan harapan yang tinggi bagi anak-anak
mereka yang tinggal di asrama. Menurut Bilangan Murid Mengikut Jenis Dan
Jajahan Bagi Negeri Kelantan (Sumber internet) Dengan pertambahan bilangan
pelajar yang mendadak daripada setahun ke setahun, iaitu daripada 392 orang pelajar
pada tahun 1998, kepada 696 (2000), dan kini seramai 1073 orang (2002), jelas