aspek

8
1.0 Penghasilan produk pelan lantai bilik darjah (30%). Kerja berkumpulan 3 – 4 orang (a) Pelan bilik darjah yang mempunyai stail penyusunan yang kondusif : (b) Justifikasi: Aspek Lokasi / Ciri-ciri Justifikasi Papan kenyataan Terletak pada dinding depan kelas Berhampiran dengan pintu. Mempaparkan jadual waktu kelas, jadual bertugas, peraturan bilik darjah, carta organisasi serta senarai nama murid. Penggunaan dinding belakang untuk tujuan meletakkan papan kenyataan kurang sesuai bagi kelas yang Sudut Rak buku Rak buku Ra k Fa Pa pa n hi Papa n Keny Meja guru Rak Buku Papa n Pame Al ma ri Pintu Pintu Depan

Upload: mei

Post on 04-Oct-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 Penghasilan produk pelan lantai bilik darjah (30%). Kerja berkumpulan 3 4 orang (a) Sudut ICTPelan bilik darjah yang mempunyai stail penyusunan yang kondusif :

Rak buku Rak BukuRak Fail

Meja guru

Papan Pameran

Papan hitam

Almari

Papan Kenyataan

Rak buku

Pintu DepanPintu belakang

(b) Justifikasi: Aspek Lokasi / Ciri-ciriJustifikasi

Papan kenyataan Terletak pada dinding depan kelas Berhampiran dengan pintu. Mempaparkan jadual waktu kelas, jadual bertugas, peraturan bilik darjah, carta organisasi serta senarai nama murid. Penggunaan dinding belakang untuk tujuan meletakkan papan kenyataan kurang sesuai bagi kelas yang mempunyai jumlah murid yang melebihi 35 orang kerana kerusi dan meja murid akan mengisi ruang sampai ke dinding tersebut. Maklumat yang ditampal mengikut kesesuaian ketinggian murid supaya maklumat tersebut lebih senang dibaca oleh murid-murid.

Papan pameran Diletak pada dinding belakang kelas Memaparkan hasilan kerja terbaik untuk menimbulkan perasaan kesepunyaan dan memberikan peneguhan positif kepada murid berkenaan agar mereka akan meneruskan komitmennya. Mewujudkan kesan peneguhan vikarious di dalam kelas di mana murid-murid lain akan meneladani murid berkenaan dan berusaha demi menikmati manfaat yang serupa.

Almari Diletak di belakang kelas Pandangan depan kelas kelihatan lebih luas dan kemas serta tidak menghalang penglihatan murid Menjadi stor bahan bantu mengajar tradisional seperti kapur, pemadam papan hitam, sempua, kad-kad imbahan dan lain-lain.

Rak fail Diletak di depan kelas Berhampiran dengan meja guru dan sudut ICT (computer workstation) Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang termaktub dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah memerlukan guru merekod dan mendokumentasikan maklumat peribadi, pencapaian akademik dan bukan akademik bagi setiap murid dalam bentuk fail. Rak fail diletak di tepi sudut ICT untuk memudahkan urusan typing, key-in, printing dan menyimpan maklumat murid.

Rak-rak buku Terletak di tepi kanan dan kiri kelas Ketinggian rak lebih rendah daripada tingkap. Mengelakkan halangan pengudaraan dan pencahayaan Menyimpan buku-buku teks dan buku-buku latihan untuk mengurangkan berat beg sekolah anak-anak murid.

Terletak di sudut bacaan Berwarna-warni Menyimpan pelbagai sumber bahan pembelajaran secara tersusun supaya murid-murid lebih mudah mengakses dan menggunakannya. Bahan-bahan bacaan disusun ke dalam rak yang berbeza warna mengikut kategori. Contohnya, buku ensiklopedia disimpan ke dalam rak yang berwarna merah muda manakala buku rujukan akademik disusun ke dalam rak yang berwarna kuning.

Kerusi-meja guru Terletak di hadapan kelas dan berada di tepi kiri meja murid Meja guru diletakkan di depan kelas dan berada di tepi kiri meja murid untuk memastikan tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Meja guru menghadap meja murid untuk memastikan konteks mata berlaku antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Meja guru yang diletakkan di depan kelas dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut.

Kerusi-meja Murid Susunan meja berkumpulan dalam bentuk U Berwarna-warni Sesuai dengan KSSR yang menegaskan kepentingan aktiviti koperatif Susunan mengikut kumpulan dapat menggalakkan interaksi di antara murid dengan murid dalam kumpulan mereka terutamanya apabila menjalankan aktiviti perbincangan, sumbangsaran, pemulihan dan pengayaan. Susunan ini juga dapat memudahkan dan mengalakkan interaksi antara murid dengan guru. Ruang tengah meja di setiap kumpulan memudahkan guru berinteraksi dengan setiap ahli kumpulan semasa aktiviti koperatif dan kolabolatif. Meja yang berwarna-warni dapat merangsang minat dan semangat pelajar untuk belajar.

Kerusi-meja Murid Pemulihan Terletak di hadapan meja guru Memudahkan guru memimpin murid yang memerlukan pemulihan.

Kerusi-meja Time Out Terletak di belakang kelas Tempat untuk meletakkan murid yang menimbulkan masalah disiplin di meja yang berasingan dengan murid yang lain.

Sudut Bacaan

Diletakkan di suatu sudut di belakang kelas Sudut dilengkapkan dengan rak-rak buku dan pelbagai jenis buku serta kamus disediakan. Di sudut ini dihampar permaidani Sudut ini diletakkan di tepi tingkap. Supaya tidak menghalang laluan atau menganggu ruang aktiviti pembelajaran. Murid dapat memilih jenis buku mengikut kesukaannya selain dapat mendedahkan diri mereka kepada pelbagai bidang lain seperti sains planet atau cerita dogeng. Supaya murid boleh duduk atas permaidani dan membaca buku dengan selesa. Murid juga akan berasa lebih mesra dan suka akan sudut bacaan kerana mereka seakan-akan berada di rumah sendiri. Di tepi tingkap bagi memastikan pencahayaan adalah mencukupi untuk memudahkan murid membaca. Pembentukan sudut bacaan amat penting dalam proses pemupukan minat untuk membaca dalam diri murid di samping meningkatkan kemahiran membaca mereka, murid juga akan menjadi lebih menghargai buku dan dapat meningkatkan pengetahuan diri.

Sudut ICT atau Komputer

Sudut ICT diletakkan di tepi meja guru dan rak fail murid. Ini bagi memudahkan kerja guru apabila guru ingin memasukkan maklumat perkembangan murid dalam komputer dari semasa ke semasa. Penyediaan sudut ICT diperlukan agar guru boleh memanfaatkan Bahan Bantu Mengajar ini semasa pelaksanaan sesi P&P, misalnya guru menayangkan video, simulasi atau persembahan Powerpoint semasa mengajar bagi memudahkan kefahaman murid. Ini meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Penyediaakan kemudahan ICT memudahkan kerja mencari maklumat. Guru boleh memperolehi informasi dengan lebih cepat dan banyak. Murid menggunakan kemudahan ini semasa aktiviti kelas, misalnya mencari info bagi tajuk tugasan yang berkaitan Kajian Masa Depan dan inkuiri penemuan atau menggunakannya untuk membuat latihan dan ujian.

Ruang Permainan Terletak di belakang kelas di mana ia merupakan ruang kosong yang dilapikkan dengan permaidani. Ruang permainan merupakan ruang kosong di mana murid boleh duduk di atas lantai. Di sini, mereka boleh mendengar cerita, membaca buku, berbincang dan bermain dengan rakan-rakan.

Ruang Pembelajaran Terletak di hadapan kelas. Ruang pembelajaran merupakan ruang khas untuk aktiviti kumpulan semasa proses P&P dan ruang guru untuk menunjukkan bahan bantu mengajar (BBM).

Ruang Pembersihan Terletak di belakang kelas iaitu berdekatan dengan pintu belakang. Merupakan tempat meletakkan peralatan pembersihan seperti penyapu, bekas pengumpul debu yang disapu dan bulu ayam. Peralatan pembersihan diletakkan di satu ruang bagi memudahkan murid-murid melakukan kerja pembersihan pada setiap hari.

Tong Sampah Diletakkan di hadapan kelas iaitu berdekatan dengan pintu utama. Ini adalah bagi memudahkan guru dan murid membuang sampah. Dalam hal ini, murid-murid yang dipertanggungjawabkan harus membuang sampah tersebut pada setiap hari.

Tempat Penajam Pensel Diletakkan di hadapan kelas iaitu berdekatan dengan pintu utama. Tempat penajam pensel disediakan bagi memudahkan murid-murid menajamkan pensel mereka dan membuang sisa-sisa pensel yang telah diasah.

Tingkap dan Langsir Tingkap dibina pada kanan dan kiri kelas. Tingkap-tingkap akan sentiasa dibuka untuk pengudaraan. Hal ini sangat kritikal terutama apabila sesebuah kelas mempunyai 40 orang murid. Keadaan panas akan menyebabkan murid berasa mengantuk, tidak selesa dan keletihan. Pada waktu tertentu, papan putih akan mengalami masalah silau. Untuk mengurangkan masalah silau ini, langsir digantungkan di tingkap.

Suis Diletakkan di hadapan iaitu berdekatan dengan pintu utama. Dibina mengikut kesesuaian ketinggian murid-murid. Ini adalah bagi memudahkan dan mengingatkan murid-murid untuk menutup lampu dan kipas sebelum keluar kelas. Kemudahan suis utama menunjukkan sekolah telah menyediakan kemudahan bekalan elektrik di kelas.