aspirasi di sebalik karya claude monet "impression, sunrise", 1872
DESCRIPTION
Lukisan Impression's Monet, Sunrise menjadi terkenal yang telah banyak memberi aspirasi pada gerakan impresionis. Dari nama judul lukisan itu sudah melambangkan semangat impresionisme yang tinggi. Lukisan yang dihasilkan oleh Claude Monet ini merupakan suatu persepsi yang mahu dikongsi bersama dengan orang lain. Suatu persepsi dari lanskap laut yang dilukis pada tahun 1872 di Le Havre.TRANSCRIPT
ASPIRASI DI SEBALIK KARYA CLAUDE MONET “IMPRESSION, SUNRISE”, 1872
Pada 25 April 1874, jurnal seni Le Charivari telah diterbitkan oleh Louis Leroy. Di
bawah tajuk "Pameran daripada Impresionis ', beliau menulis sebuah dialog yang
dikatakan khayalan antara penulis dan pelukis akademik Joseph Vincent, sehingga
diberi nama baru untuk gaya baru. “Ini dia, dengan satu seru, di depan lukisan nombor
98. Apa yang dilakukan pada kanvas itulah gambarnya. Lihatlah dalam katalog,
"Impression, Sunrise. Aku tidak begitu yakin tentang hal ini,” katanya pada diri sendiri
bahawa inilah kesan yang mahu ditonjolkan. Apa maksud kebebasan dan apa yang
hendak digambarkan hanya menghampakan sahaja. Lebih cantik gambar pada
Wallpaper di negara asalnya yang nampak lebih sempurna daripada pemandangan laut
ini.”
Lukisan Impression's Monet, Sunrise menjadi terkenal yang telah banyak memberi
aspirasi pada gerakan impresionis. Dari nama judul lukisan itu sudah melambangkan
semangat impresionisme yang tinggi. Lukisan yang dihasilkan oleh Claude Monet ini
merupakan suatu persepsi yang mahu dikongsi bersama dengan orang lain. Suatu
persepsi dari lanskap laut yang dilukis pada tahun 1872 di Le Havre.
Wap, kabus dan asap dari cerobong sebagai kesan latar belakang yang diletakkan
menjadi aliran jalan antara satu sama lain. Mood yang separuh istirehat dalam
kelapangan diseimbangkan bersama kekuatan cahaya matahari. Cahaya itu segera
menyebar sinarnya untuk bertembung dengan kabut dan memberikan pandangan yang
agak-agak samar-samar dari dermaga yang agak romantis.
Ditonjolkan matahari dan pantulan cahaya dan bayang diterap tebal dan kukuh.
Segalanya menjadi suatu kesan tampak sebagai sekilas pandang dalam cuaca pagi.
Segalanya nampak tenang tetapi masih ada gangguan pada cahaya matahari yang
terasa mulai menghembuskan nafas panasnya. Ketenangan itu dimainkan peranannya
oleh pelaut sedang mendayung dan divisualisasikan secara tenang bersama bayangan
yang jatuh ke air. Hanya pemerhati yang mampu berimaginasi dikatakan boleh
membezakan antara kargo dan dermaga yang berada di belakang pelaut.
Monet menonjolkan dirinya dalam beberapa buah karya di London sekitar tahun 1870-
1871, Karya-karya beliau dalam gaya lukisan yang mempersonakan pemerhati. Namun
terdapat beberapa karyanya telah dikatakan sebagai “lukisan yang tidak jelas” sebagai
diri peribadinya yang tidak menentu. Dia telah melarikan diri untuk mengelak dari
diwajibkan menjadi tentera dalam peperangan Perancis-Prussia. Dia melakukan
lawatan biasa ke 46 muzium dengan rakan-rakan pelukis antaranya Camille Pissarro.
Mereka berkongsi satu semangat dalam menjelaskan prinsip berkarya yang turut
bersama ialah John Constable dan William Turner. Gandingan ini menaikkan lagi
semangat untuk melukis gambar yang menunjukkan imej tampak berinteraksi antara
atmosfera dan cahaya. Kesan air dan asap menjadi suatu imej pilihan mereka dalam
berkarya hingga terbawa ke dalam lukisan abstrak di sekitar tahun 1830-an hingga
1850-an.
Pengkritik seni secara adil cuba membuat penilaian berdasarkan suasana yang dialami
oleh Monet dalam pengalaman lampau yang beliau harungi ketika di Perancis.
Suasana tersebut mempengaruhi keseluruhan mood yang dipaksa dan terhasil dalam
lukisan beliau iaitu “ Impression, Sunrise”.
Dalam situasi yang paling sukar, Monet menunjukkan sifat yang luar biasa dan cuba
bertahan untuk dikritik demi kepentingan seni. Renoir salah seorang pelukis sezaman
cuba mengembalikan ingatan pada reaksinya terhadap penilaian negatif dari
Impression, Sunrise: Dikatakan dalam kritikan itu, "Monet mengangkat bahu seolah
membodohkan orang ramai, hanya orang-orang yang buta dan miskin saja yang ingin
melihat segalanya dalam kabut yang tidak jelas"
Seorang pengkritik lain, menjelaskan kepadanya, “bahawa kabut bukan motif untuk
lukisan. Monet agak lemah dan kurang pemahaman dan jika dibiarkan tanpa diberi
dorongan, orang ramai tidak lagi dapat bertahan dan menjadi bosan untuk melihat
Monet terus melukis sesuatu yang jauh lebih berkabut. "
Setengah pengkritik lain cuba menilai karya ini menarik perhatian dari segi
pencahayaan yang terang untuk menggambarkan keindahan lautan ketika sang suria
terbit. Namun yang lebih penting, pelukis bukannya bertujuan mahu melahirkan lukisan
yang indah dan cantik. Matlamatnya ialah mencipta suatu rakaman realiti yang
dilihatnya sendiri. Dari sudut pandangan pelukis sebagai suatu semangat
Impresionisme yang mahu menangkap kesan visual dari realiti. Ada pergerakan,
cahaya dan sesuatu yang amat dekat dengan mata kita yang boleh digambarkan
secara realiti.
Kepekaan pelukis pada kesan cahaya yang membawa perubahan atmosphera di langit
dan terjatuh pada permukaan air merupakan realiti, keajaiban yang mahu dijelmakan.
Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna merah jingga telah
digunakan oleh Monet untuk menyatakan aspirasi semangat impresionisme sebagai
pergerakan, perjuangan mengangkat gaya dalam seni lukis. Dari semangat gerakan
impresionisme ini suatu penemuan berasaskan saintifik telah melahirkan teori persepsi
dan teori warna yang membuktikan cahaya dan bayang adalah suatu fenomena alam.
Juga dalam teori yang diketengahkan itu membuktikan tiada warna hitam dalam alam
semulajadi. Dengan bukti ini pelukis boleh menolak warna hitam pada palet ketika
melukis.
Berasaskan kefahaman dan hubungkait mekanisme kamera dengan mata, suatu yang
dicipta dari sumber pencahayaan yang merentas kanta mencetuskan imej impresif.
Itulah visi sebenar pergerakan impresionisme ini yang mementingkan hasil cahaya dan
warna memainkan peranan pada setiap permukaan. Hal benda tidak begitu penting
yang lebih utama ialah penggembaraaan yang dekat dengan apa yang dapat dilihat
oleh mata seseorang. Karya Monet “Impression, Sunrise”, sebenarnya suatu aspirasi
perjuangan dalam sejarah seni lukis.
▲ Karya Claude Monet berjudul “Impression Sunrise”, tahun 1872, cat minyak di atas kanvas, berukuran 49.5 cm x 65 cm. Menjadi koleksi pameran di Musee Marmottan,
Paris.
Claude-Oscar Monet (1840-1926)►