ass-5 tokoh
TRANSCRIPT
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
1/33
http://www.theartgallerypg.com/artist-biodata/mohd-hoessein-enas-dato
http://esenivisual.blogspot.com/http://cikguise08.blogspot.com/2011/09/yong-mun-seng.html
Syed Ahmad Jamal (1987). Seni Lukis Malaysia 57-87. Katelog Pameran Seni Lukis
Malaysia 57-87. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara
www.designernexus.com
http://www.theartgallerypg.com/artist-biodata/mohd-hoessein-enas-datohttp://www.theartgallerypg.com/artist-biodata/mohd-hoessein-enas-datohttp://esenivisual.blogspot.com/http://esenivisual.blogspot.com/http://esenivisual.blogspot.com/http://www.theartgallerypg.com/artist-biodata/mohd-hoessein-enas-dato -
7/22/2019 ass-5 tokoh
2/33
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
3/33
Architecture dari tahun 1950 hingga 1951 dan kemudiannya beliau melanjutkan
pelajarannya di Chelsea School of Art, London dari tahun 1951 hingga 1955.
Selepas itu, pada tahun 1955 hingga 1956 neliau meneruskan pengajian di Institut of
Education, Universuty of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni.
Beliau juga melanjutkan pelajaran ke School of Art Institute of Chicago Illinios,
Amerika Syarikat pada tahun 1963 hingga 1964 dan pada tahun 1973 hingga 1975
beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sarjana di University of Hawaii dalam
bidang seni.
Beliau memulakan kariernya sebagai seorang guru di Sekolah Tinggi Batu
Pahat, Johor pada tahun 1956 hingga 1957. Kemudian beliau pernah ditugaskan di
Institut Latihan Guru di Cheras, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas di
Kememtrian Pelajaran Melaysia di Jabatan Perancangan dan Penyelidikan
Pelajaran dan dilantik sebagai Pengarah Pusat Kebudayaaan, Universiti Malaya dari
tahun 1979 hingga 1982. Belaiu juga pernah bertugas sebagai pensyarah di
Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari tahun 1958 hingga 1959.
Datuk Syed Ahmad Jamal merupakan di antara tokoh yang memainkan
peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegagang
jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari tahun 1983 sehingga tahun1991.
Beliau merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan
kartya-karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni
sehinggalah ke hari ini. Beliau juga mengadakan pameran solo bagi mempamerkan
hasil-hasil karya beliau untuk tatapan umum. Di antara tema pameran belaiu ialah
Antara Langit dan Bumi , Ruang dan On & Off Kings Road.
Gaya
Dalam memperkatakan dan melihat hasil karya Syed Amad Jamal, kita
terpesona akan kehebatan belaiu dalam mengolah serta memainkan warna dan
bentuk-bentuk tiga segi yang berpaksikan semangat fiction kisah lagenda Puteri
Gunung Ledang, Gunung Fujiyama dan sebagainya. Disamping memaparkan unsur
jiwa keislaman dalam tapak wadah contemporary, sebagaimana kenyataan beliau
My waorks have an Islamic soul and contemporary form Syed Ahmad Jamal.
(Oooi Kok Chuen, 2009 Sunday Times ).
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
4/33
Antaranya juga, landskap Syed Ahmad dan (awal) lukisan potret telah dicap
dengan input peribadi dan gaya, dengan kesan Cubism analitikal dan
Ekspresionisme Abstrak, sebelum seni matang ke dalam sejenis Simbolisme
sublimal.
Berlandaskan akan latar belakang tersebut sudah pasti beliau mempunyai
pengalaman luas dalam selok belok senilukis sama ada peringkat negara dan
antarabangsa. Mengenang kembali peristiwa belaiu kali ini merupakan kemuncak
kerjaya senilukisnya sebagai seorang seniman yang begitu komited mengenai visi
seninya.
Aliran
Gunung Ledang
Ungkapan Ismail Abdulalh bahawa karya Syed Ahamd Jamal dapat kita menikmati
kepuasan daripada bentuk dan warnanya yang garang dan berseri sahaja.
Walaupun dalam bentuk abstrak namun memiliki symbol melalui warna dan bentuk
geometri yang cuba dikaitkan dengan legenda puteri Gunung Ledang di Melaka.
Lukisna abstrak ini mempunyai elemen visual yang menyatakan pandangan
pelukisnya melalui aspek tampakan yang diadun secara halus dan bijaksana.
Karya lukisan abstrak expressionisme ini berjaya membayangkan perasaan
seseorang yang hendak meminang puteri berkenaan dalam kisah lagenda sultan
Melaka. Lukisan ini memaparkan mesej yang berfokus kepada kisah berkenaan.Namun pembacaan terhadap mesej ini amat sukar difahami memandangkan karya
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
5/33
ini adalah sebuah karya abstrak yang rupa bentuk visualnya amat arbitrari dan
kabur, tidak jelas ikon dan simbolnya. Lukisan ini tidak memaparkan kod atau indeks
visual yang mempunyai rujukan yang jelas dalam sistem perlambangan budaya
Melayu.(Ismail Abdullah 2009Seni Budaya Media dan Konflik JatiDiri)
Kenyataan Ismail Abdullah (IA) membawa kepada persoalan yang jelas
mengenai penggunaan kodifikasi serta pemaparan representasi SA Jamal mengenai
seni yang ingin dibawanya. Mengikut SAJamal, As a painter, I want to capture the
essence and immortalize it in painting. Soalannya, bagaimana beliau membina
permasalahan the essence dalam suatu permukaan catan yang terhad, daripada
suatu lagenda melayu yang besar.
Tetapi apa yang dapat dilihat dari rencana visualnya, Syed Ahmad Jamal
begitu mahir dalam memercikan lapisan pelbagai warna-warni dalam dimensi
formasi visual yang boleh dianggap sebagai immortalize pada setiap karyanya.
Mungkin dalam kaedah ini beliau berjaya, terutama dalam karya beliau yang awal,
kerana pengaruh Rothko.M, Clyfford Still dan Hans Hoffmann begitu jelas
diadaptasinya sebagai suatu perencanaan visual seperti catan Jendela di Angkasa
(1969).
Warna sebagai subjek yang meliputi seluruh ruang kanvas berjaya
menangkap perspeksi dalam formasi kotak empat segi melintang, lantas membentuk
perimbangan visual serta dilorek dengan fragmen-fragmen yang terapong memberi
myth dan tanda tanya secara saikologikal, seperti Rothko dan kawan-kawanya
dalam aliran abstrak ekspressionisme.
Mungkin dalam konteks ini Syed Ahmad Jamal berupaya membawa alirantersebut kedalam jiwanya dan mampu diterjemahkan sebagai seorang melayu!
Tetapi dalam bahasa yang lebih universal. Sebagaimana kenyataan beliau, I found
American paintings bolder and of a larger scale, and they have no reference to any
discernible objects, like a tree. It was ground-breaking, not only in terms of size, but I
was able to handle the space. I managed to overcome the fear of (big) space, and
juggled to find a balance between forms and space, (Ooi Kok Chuen, 2009).
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
6/33
Karya Syed Ahamd Jamal
Lukisan Datuk Syed Ahmad Jamal berjudul Semangat Ledang yang dikatakan
bernilai lebih dari RM 150,000.
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
7/33
Langit dan Bumi
Nipah Palms 1957. Oil on canvas
89cm x 58cm
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
8/33
Mohd Hoessein Enas
Biodata
Nama sebenar Hoessein Enas ialah Mohd Hoessein Enas. Beliau dilahirkan di
Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun 1924. Beliau telah berhijrah ke Malaysia pada
1947. Di Indonesia mereka telah dibawa ke Akademik Seni Rupa Indonesia (ASRI)
di Jogjakarta. Semangat melukis semakin kuat apabila kumpulan guru ini diberi
pendedahan kehebatan karya-karya catan di Indonesia. Mereka juga diberi
dorongan kuat oleh pelukis dan pengajar seni lukis ASRI pada ketika itu bapak
Suptohodoyo. Menurut Cikgu Idris salam yang hadir bersama rombongan itu,
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
9/33
mereka didedahkan dengan pelbagai kegiatan seni lukis dan pelukis Suptohodoyo
memberi semangat dengan perangsang kepada mereka.
Semangat pelukis-pelukis Melayu masih tidak kesampaian, kerana tidak ada
pemimpin yang menonjol dikalangan mereka. sekitar tahun 1956 kumpulan penggiat
kebudayaan Melayu telah menubuhkan pesatuan kesenian dengan mengabungkan
semua jenis kesenian iaitu seni lukis, Drama (teater), tarian, muzik dan persuratan.
Persatuan tersebut dinamakan Majils Kesenian Melayu (MKM) ditubuhkan di dewan
UMNO Jalan Tungku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Keahlian kumpulan ini sekitar 30 orang. Cikgu Idris salam selaku ketua kumpulan
pelukis golongan guru telah memujuk Mohammad Hoessein Enas seorang pelukisyang datang dari Indonesia menjadi pengerusi MKM. Mohammad Hoessein Enas
merupakan seorang pelukis yang datang dari Indonesia sekitar tahun 1946 dan telah
diterima oleh golongan pelukis-pelukis Melayu sebagai mahaguru lukisan.
Gaya
Pengaruh kuat gaya catan Mohammad Hoessein Enas membawa era baru pelukis-
pelukis Melayu Malaya pada ketika itu. Mohammad Hoessein Enas telah membuang
tanggapan negatif dikalangan pelukis Melayu yang tidak membenarkan lukis potrat
dan fikuratif. Kelas-kelas seni lukis yang dibawah Mohammad Hoessein Enas
semakin diminati. Majlis Kesenian Melayu tidak lama bertahan kerana kegiatan
banyak tertumpu pada aktiviti seni lukis yang dibawa oleh pengerusi iaitu
Mohammad Hoessein Enas. Lantaran itu Mohammad Hoessein Enas dengan
beberapa Jawatan kuasa telah berbincang untuk keluar dari MKM dan menubuhkan
sebuah pertubuhan Seni Lukis. Pada tanggal 15 April 1958 tertubuhlah AngkatanPelukis Semenanjung (APS) dengan motto Seni dan Masyarakat. Dengan
tertubuhnya Angkatan Pelukis Semenanjung maka kegiatan melukis semakin rancak
dibawah kelolaan Mohammad Hoessein Enas.
Bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian
alam dan kehidupan manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
10/33
tempatan. Hasil karya beliau adalah menuju kepada aliran realistik dan naturalistik.
Hoessein Enas merupakan lagenda seni tampak Malaysia dan juga dikenali sebagai
Bapa Potret Malysia, dilahirkan pada tahun 1924 di Kepulauan Jawa, Indonesia.
Pada tahun 1947, beliau telah memasuki Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai
Tanah Melayu atau Malaya menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Ayer
Hitam, Pulau Pinang.
Sebelum memulakan perjalanan sebagai insan seni, beliau telah melakukan
pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan beliau salah satunya ialah penarik
beca. Beliau juga menjadi pelukis jalanan. Sewaktu itu, Malaya adalah di bawah
jajahan British (Inggeris). Ketika beliau sedang asyik melukis dijalanan, beliau telah
dikunjungi oleh Tun Sambathan dan Pengarah Bristish Council ketika itu, Frank
Sullivan yang kemudiannya menjemput beliau mengadakan pameran di Pusat British
Council, Kuala Lumpur. Sambutan untuk pameran pertama beliau pada ketika itu
amat memberangsangkan kerana semua hasil seni beliau telah terjual (ketika itu
beliau masih lagi seorang artis baru yang masih cuba menempa nama). Penilaian
pada zaman itu, untuk artis baru seperti beliau amatlah positif untuk beliau lebih
bersungguh mencipta nama sebagai seorang artis yang berjaya.
Selepas berjaya pada pameran pertama, atas pengaruh daripada Frank
Sullivan, beliau telah diserapkan untuk menjadi pegawai kerajaan dan ditempatkan
di Jabatan Orang Asli Malaya. Sumbangan beliau kepada seni kita antaranya, ukiran
orang Rejang di Pahang dengan beberapa buah buku dan tesis bahasa telah
dihasilkan. Tesis-tesis yang dihasilkan oleh beliau kini di bawah jagaan Dr. Zakaria
Ali. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan persatuan bagi pelukis-pelukis
Malaya ketika yang dinamakan sebagai Angkatan Pelukis Semenanjung (APS).
Persatuan tersebut masih wujud sehingga kini. Cogan kata persatuan itu ialah Seni
dan Masyarakat yang telah dipinjam dari cogan kata Angkatan Sasterawan
Singapura 50 (ASAS 50) iaitu Seni Untuk Masyarakat. Sumbangan yang paling
besar dariapada Hoessein Enas yang tidak dapat dinilai ialah gambar-gambar yang
diwariskan yang boleh dilihat, dikaji dan diulas kesahihannya.
Aliran
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
11/33
. Selain itu, bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak meneliti
kejadian alam dan kehidupan manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan
budaya tempatan. Hasil karya beliau adalah menuju kepada aliran realistik dan
naturalistik
Karya
TajukGadis Melayu
Size- 49 x 39cm
Media : Cat minyak
HalBenda
Seorang gadis, yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting,
memndang ke satu tempat, dan memakai baju kemejaMakna
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
12/33
Rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi makna seorang gadis melayu
yang asli. Baju kemeja pula membawa makna kemodenan. Karya potret ini secara
keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu yang menjaga
kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu
dizaman itu.
Cerita
Disini beliau cuba menimbulkan identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat
tempatan yang digambarkan secara natural.
Ekspresif
Di dalam potret ini, beliau telah melahirkan rasa bangga dan kagum beliau terhadap
identiti gadis-gadis melayu dengan feyennya dimasa itu dengan mengabadikannya
di dalam potret agar boleh dilihat dan terus kekal selagi hasil karyanya ini masih ada
Beach Beuty, 1961
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
13/33
Mohd Hoessein Enas ( 1924- 1995)
Oil on canvas: 63 cm x 84 cm
Abdul Latiff mohaidin
Abdul Latiff bin Haji Mohidin (A. Latiff Mohidin, Alma)dilahirkan pada 20 Ogos 1938
di Seremban, Negeri Sembilan. Anak kepada bekas syeikh haji ini awal-awal lagi
telah memperlihatkan bakat seninya. Sewaktu berumur Sembilan tahun, beliau
telah pun mencipta beberapa lukisan cat minyak. Pada awal tahun 1960-an, Latiff
telah menunjukkan pula kebolehan yang lain, iaitu menulis puisi.
Latiff menerima pendidikan awalnya dari Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus
darjah IV. Sesudah itu, Latiff menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota
Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian pada tahun 1954, beliau
kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah King George V dengan biasiswa
kerajaan negeri, hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959. Pertengahan
tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di Academy of Fine Arts,
Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan
Jerman.
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
14/33
Sehingga tahun 1971, Latiff cukup banyak mengembara sambil memperluas
pengalaman dan mencipta pelbagai bentuk seni terutamanya seni lukis. Sewaktu
berumur sembialn tahun, beliau telah pun mencipta beberapa lukisan cat minyak.
Sebagai pelukis,Latiff pernah dianggap pelukis abstrak Malaysia yang
mencerminkan pengertian terhadap alam setempat sepertimana yang terlihat dalam
siri Pago-Pagonya.
Pada awal tahun 1960-an, Latiff telah menunjukkan pula kebolehan yang lain, iaitu
menulis puisi. Hasil ciptaannya telah dipamerkan dari semasa ke semasa sama ada
pameran secara perseorangan ataupun bersama, baik di dalam mahupun di luar
negeri. Sewaktu belajar di Berlin, Latiff sempat melawat seluruh Eropah Barat dan
selepas itu ke beberapa buah negara Asia Tenggara. Dalam tahun 1969, Latiff
mendapat hadiah (grant) dari Kementerian Kebudayaan Perancis untuk mengikuti
kursus seni goresan di Atelier La Courrier, Paris dan kemudian ditawarkan pula
Biasiswa Rockefeller untuk meneruskan kursus yang sama di Pratt Graphic Centre,
New York, Amerika Syarikat yang diakhiri dengan lawatan seni sekeliling dunia.
Dalam perjalanan dalam tahun-tahun 1960-an inilah Latiff mulai menghasilkan
beberapa buah puisi, termasuk sebuah puisi yang terkenal iaitu Sungai Mekong
yang kemudian menjadi judul kumpulan puisinya yang pertama.
Latiff mencipta dalam satu era pembangunan dan modenisasi yang telah bebas
daripada tekanan pentadbiran kolonial dan justeru suasana yang begini
memberikannya lebih banyak perhatian terhadap masalah pertumbuhan peribadi
daripada masalah sosiopolitik. Latiff ialah penulis yang tumbuh dengan pendidikan
moden yang liberal dan oleh sebab beliau ialah pelukis-penyair yang paling banyak
mengembara di Eropah dan Asia, maka Latiff berkesempatan pula berkenalan
dengan tradisi dan sastera dunia yang beragam.
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
15/33
Beliau bertanggungjawab membawa aliran catan semi abstrak. Dari tahun 1963
hingga tahun 1969, Latiff amat giat mencipta, merangkumi tiga bidang seni yang
berlainan dalam pengucapannya. Dalam lukisan minyaknya, ukiran arcanya dan
goresan cetaknya terdapat keselarasan yang luar biasa terhadap saluran-saluran
yang berlainan alat atau bahan.
Puisi-puisi Latiff tidak bertujuan membicarakan sistem atau ideologi yang
besar kerana ia lahir terus daripada sumber batin dan pengalaman sehari-hari
peribadi penyair sendiri. Sia-sia sahaja jika kita mahu mencari masalah
pertentangan kelas, penindasan kebebasan atau pesanan pembangunan di dalam
puisinya. Yang mengalir dalam puisinya ialah kesan-kesan perasaan, kenangan
mimpi dan lapisan pengalaman melalui imaginasinya. Pembaca juga akan
menemui banyak sekali imejan benda-benda yang biasa dan unsur-unsur yang
lumrah seperti tiket, surat, sotong, burung gagak, cicak, dan sungai. Latiff tidak
menampilkan benda dan unsur tersebut dengan terperinci sebagai gambar yang
mati. Beliau berusaha melampaui garis kenyataan dengan tenaga imaginasinya
serta melihat pelbagai kemungkinan getar peristiwa yang wujud di sebalik benda-
benda dan unsur-unsur alam tersebut.
Latiff dapat dianggap sebagai penyair yang banyak mengelakkan diri daripada
memperkatakan masalah politik dan kemasyarakatan dalam puisinya. Latiff lebih
gemar mendekatkan dirinya kepada alam dan tata jalur kejadiannya. Dalam puisi-
puisinya boleh ditemui suara hatinya sebagai seorang pengembara yang mencari
erti kehidupan dan yang selalu ingin menyebatikan jiwanya dengan anasir-anasir
alam. Di samping membawa kelainan tema pengucapan Latiff yang segar, dapat
disamakan dengan kesegaran sebuah lukisan, penuh aneka palitan warna dan
tafsiran.
Sungguhpun demikian Latiff cukup mengerti dan toleran terhadap kesusasteraan
yang komited yang menjadi ciri penting dalam suasana kreatif di Malaysia. Diksi
puisinya daripada bahasa dan kata-kata biasa yang diolah sepenuh dan sedapat
mungkin bagi pengucapan isi jiwa dan fikirannya. Puisi Latiff padat, ekonomis kata-
kata, berbaris pendek dan pada beberapa karyanya terlihat bentuk-bebas yang
menekankan kesan visual. Penekanan kesan visual ini hasil kemungkinan bentuk
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
16/33
daripada `puisi konkrit Eropah, canggahan kata pepatah Minang dan seterusnya
daripada `sketsa budaya yang memang menjadi sebahagian daripada kehidupan
seni kreatif Latiff sendiri.
Walaupun Latiff berhasil menggunakan bentuk bebas secara matang, tetapi puisinya
tetap merupakan pengucapan jiwa manusia Timur yang masih erat dengan
kekayaan dan keindahan alam sekitar. Meskipun melalui kata-kata, Latiff tidak
menyatakan secara jelas pemberontakannya terhadap hal-hal yang lazim dan
mundur, tetapi daripada cara dan gaya berpuisi beliau sebenarnya telah pun
menyatakan sikap dan pendiriannya yang tersendiri itu.
Sehingga kini, puisi-puisi Latiff telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina,
Jerman, Itali, Danish, dan Tamil. Terjemahan Inggeris banyak dilakukan oleh
Adibah Amin dan Mansor Ahmad Saman.
Rasanya pembicaraan tentang Latiff ini tidak akan lengkap tanpa menyentuh secara
umum penglibatan Latiff dalam dunia seni lukis kerana bidang ini juga adalah
sebahagian daripada kehidupannya. Latiff pernah menyebut bahawa: Umumnya
seniman moden dari Asia memang mempunyai kebolehan untuk mempelajari
pengolahan teknik dari Barat, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana
memperlihatkan keaslian, kesungguhan, dan kesegaran berkarya.
Antara tahun 1962 dan 1983, Latiff telah beberapa kali mempamerkan hasil karya
seni lukisnya, antaranya termasuklah di Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok,
Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila,
Jakarta, Dublin dan London, selain Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.
Sebagai pelukis. Latiff pernah dianggap pelukis abstrak Malaysia yang
mencerminkan pengertian terhadap alam setempat seperti mana yang terlihat dalam
siri Pago-Pagonya.
Seperti juga dalam puisinya, pencarian Latiff terhadap `daerah tempatan
menariknya ke arah alam dan kita dapati baik sebagai pelukis ataupun penyair,
beliau adalah seniman yang cukup mesra dengan lingkungan semula jadinya.
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
17/33
Dari tahun 1963 hingga tahun 1969, Latiff amat giat dan tekun mencipta,
merangkumi tiga bidang seni yang berlainan dalam pengucapannya. Dalam lukisan
minyaknya, ukiran arcanya dan goresan cetaknya terdapat keselarasan yang luar
biasa terhadap saluran-saluran yang berlainan alat atau bahan. Melalui siri-siri
ciptaannya, Pago-Pago, Mindscape dan Langkawi, menjadikan Latiff seorang
tokoh pelukis penting di negara ini.
Selain kegiatan mencipta puisi dan lukisan, Latiff pernah menjadi pemimpin tidak
rasmi sekumpulan anak muda yang berbakat seni, yakni kumpulan Anak Alam di
tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Selepas berumah tangga, Latiff telah
diberikan penghargaan sebagai Fellow Kreatif dan Seniman Tamu, masing-masing
di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (19771979) dan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi (1980).
Latiff pernah memenangi berbagai-bagai hadiah utama sastera, terutama Hadiah
Karya Sastera/Hadiah Sastera Malaysia sejak tahun 1971. Beliau memenangi
Anugerah Puisi Putera 1 anjuran Bank Bumiputera dan GAPENA. Pada tahun 1984,
Latiff terpilih mewakili Malaysia menerima S.E.A. Write Awards di Bangkok. Mulai
tahun 1986, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberi penghormatan kepada
beliau menjadi penulis tamu dan untuk mengisi projek sebagai penulis tamu, Latiff
telah menumpukan tenaganya kepada penulisan kembali pengalaman dan proses
penciptaan seninya.
KARYA
-
Karya Lukisan
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
18/33
Twilight Imago 78.5cm x 99.5cm Woodcut print 1968
Pago-pago 1965. Cat minyak atas kanvas,
Abdul Latiff Mohidin (b. 1938) Lenggeng, Negeri Sembilan
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
19/33
Yong Mun Sen
Biodata Yong Mun Seng
Beliau dilahirkan pada 10 Januari tahun 1896 di ladang kelapa bapanya di Kuching,
Sarawak dengan nama asal Yen Lang. Dia pergi ke Tai-Pu di wilayah Kwangtung
China pada tahun 1901 untuk pendidikan formal dalam penggunaan berus dan
kaligrafi, Beliau kembali ke Kuching pada tahun 1910. Pengalaman menonton
lukisan artis Jepun dengan cat air meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan
kepadanya.
Pada tahun 1914, beliau melawat China di mana beliau dicat gambar muluk singa
dan harimau yang telah banyak digemari oleh tuan-tuan masa. Dua tahun kemudian,
beliau berkahwin dengan 16 tahun Lam Sek Foong yang menanggung lima orang
anak. Beliau kembali ke Sarawak pada tahun 1917.
Dia boleh diselesaikan untuk kehidupan yang mudah sebagai penanam yang kaya
tetapi dia memilih untuk menjawab panggilan seni. Mengetahui sepenuhnya bahawa
nasib seorang artis adalah satu pengalaman yang tidak berkesudahan,
persengketaan dan kekecewaan yang tidak pernah boleh menjadi pampasan
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
20/33
sebenar, beliau berani menerima nasibnya.
Pada tahun 1918, beliau telah bekerja dengan kedai buku di Singapura dan
berkhidmat di sebuah kaunter kedai buku sekolah. Beliau membangunkan satu cinta
untuk adegan bandar Singapura yang kemudian digambarkan di colours. Pada
tahun 1920, beliau telah ditukarkan ke cawangan Pulau Pinang kedai buku di
Carnarvon Street. Dia melihat pulau yang indah seterusnya telah terpikat oleh
kecantikan dan pesona.
Pada tahun 1922, beliau menukar namanya kepada Yong Mun Sen dan
menubuhkan Tai Koon seni studio di Leboh Chulia. Dia mengambil fotografi serius
dan melaksanakan beberapa arca plaster--paris. Pada tahun 1930, beliau berpindah
studio beliau ke Pulau Pinang Road dan dinamakan ia Mun Sen studio. Dia begitu
berjaya dalam kerjayanya bahawa dia telah membuka sebuah studio tambahan
tahun depan, di rumah agam lama di Northam Road. Sekitar masa ini, beliau
menjadi mengetahui dengan kerja pelukis Eropah melalui buku, terutamanya di Van
Gogh dan Gauguin. Terkemudian khususnya mempunyai pengaruh yang sangat
kuat kepada pembangunan gaya beliau, terutamanya dalam lukisan minyak.
Sekitar tahun 1936, beberapa artis Pulau Pinang menemui satu sama lain dan
mengambil keputusan untuk menubuhkan Kelab Cina Pulau Pinang Art, dengan
Mun Sen sebagai Naib Presiden. Beliau menjadi Presiden pada tahun berikutnya.
Dengan munculnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939, Kelab Seni Cina Pulau
Pinang telah dibubarkan tidak pernah diperbaharui semula. Tempoh pendudukan
Jepun Malaya dari 1941 hingga 1945 adalah tempoh yang paling tidak produktif
hidupnya. Beliau terpaksa beralih kepada pertanian untuk terus hidup.
Berikutan kematian isterinya pada tahun 1941, beliau berkahwin dengan Yao cantik
Chew Mooi, anak perempuan Yao Swee Lum dari Ipoh (keturunan Kapitan China
Yap Ah Loy,). Beliau akhirnya melahirkan empat anak lelaki dan dua orang anak
perempuan. Selepas perang di atas, beliau sangat produktif dan menjadi terkenal
melalui pameran di Malaya dan Singapura dan juga melalui kenalan asing di Britain,
Amerika Syarikat dan Australia.
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
21/33
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
22/33
Watercolour - Fishing boat, 10.5ins x 14.5ins, signed and dated 1953
http://2.bp.blogspot.com/-tUxoCNTVxCA/TmxTuViCV6I/AAAAAAAAAQw/cCBZhw8BlTY/s1600/313.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-Oh1r_2kgRzs/TmxUnxGkDWI/AAAAAAAAAQ4/yrEsT_5BNNo/s1600/314.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-tUxoCNTVxCA/TmxTuViCV6I/AAAAAAAAAQw/cCBZhw8BlTY/s1600/313.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-Oh1r_2kgRzs/TmxUnxGkDWI/AAAAAAAAAQ4/yrEsT_5BNNo/s1600/314.jpg -
7/22/2019 ass-5 tokoh
23/33
Watercolour - Beach hut, 10.5ins x 14.75ins, signed and dated 1953
Dawn37cm x 54.5cm Watercolour on parchment paper 1955
Title: Seaside Village Medium: Watercolor Year: 1950
http://2.bp.blogspot.com/-CPOUchyRHA8/TmxP3bSqzlI/AAAAAAAAAQo/q7ell2XtfOg/s1600/yong-mun-sen.jpg -
7/22/2019 ass-5 tokoh
24/33
Ibrahim Hussein
Biodata
Ibrahim Hussein lebih dikenali sebagai Ibrahim. Tarikh lahir beliau pada 13 Mac
1936. Beliau berasal dari Yan, Kedah Darul Aman. Beliau merupakan pelukis dan
menjadikan pelukis sebagai kerjaya utama beliau..Beliau telah banyak
mengharumkan nama negara menerusi hasil karyanya di samping banyak melakar
sejarah pencapaian peribadinya.
Beliau yang terdiri dari lima orang adik-beradik sejak kecil lagi sentiasa
berdikari dan tidak gemar menyusahkan sesiapa. Ibrahim yang berketurunan Aceh
dari sebelah bapanya, yang kemudian mengembara hinggalah ke Tanah Melayu dankemudian mendirikan rumahtangga dengan ibunya di tempat kelahiran beliau.
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
25/33
Ibrahim telah berkahwin dengan gadis pilihannya, Sim Hussien ketika
berkhidmat sebagai residen artis di Universiti Malaya (UM) sekitar 1976 dan
dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Alia.
Dua abangnya, Datuk Abdullah Hussein dan Profesor Emeritus Tan Sri Ismail
Hussein adalah sasterawan terulung di negara ini dan memberikan sumbangan
besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pendidikan beliau
Akademi Seni Nanyang Singapura (1956)
Byam Shaw School of Drawing and Printing, London (1959 1963)
Royal Academy Schools, London (1964 1966)
American Workshop, Venice (1970)
Anugerah
Byam Shaw Scholarship, London (1959 1963)
Byam Shaw Award of Merit (1961 1963)
Royal Academy Scholarship, London (1963 1966)
Griffin Prize, London (1964)
Fullbright Travelling Scholarship (1967)
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
26/33
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
27/33
Chinese Chamber of Commerce, Singapore (1966)
Newsweek Gallery 10, Newsweek Building, New York (1968)
Solidaridad Gallery, Manila (1969)
Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1969)
Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1975)
Dhait Abdullah Al Salam Gallery, Kuwait (1977)
IH Gallery, Kuala Lumpur (1982)
Daruma Art Centre, Copenhagen (1983)
Gallerie Bortier, Brussels (1983)
Gallerie Kaleidescoop, Ghent (1983)
National Art Gallery, Malaysia: Ibrahim Hussein-A Retrospective (1986)
Universiti Utara Malaysia (1986)
Singapore Arts Festival, National Art Gallery, Singapore (1986)
Takashimaya Art Gallery Tokyo (1989)
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
28/33
Takashimaya Art Gallery, Osaka (1989)
Museo Nacional de Bellas Artes, Santiago, Chile (1991)
World Economic Forum, Davos, Switzerland (1994)
Inaugural Exhibition- Ibrahim Hussein Foundation Museum, Langkawi, Malaysia
(1999)
Gaya
Gaya yang digunakan oleh beliau ialah beliau banyak menggunakan gaya realistic
dengan gabungan teknik catan dan cetakan.
Aliran
Jalinan garisan berwarna-warni yang cukup halus dan manis membelit di antara satu
sama lain dalam setiap catan 'painting' beliau adalah identiti kepada pelukis atau
seniman ini. Belaiu menggunakan aliran kubisme. Selain itu beliau juga
menggunakan aliran impressionisme.
Karya
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
29/33
My Father and astronaut
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
30/33
Cambodia 1998
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
31/33
Genting 1978
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
32/33
PenghargaanBersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah
pembimbing saya iaitu Madam Chin Soo Foong kerana telah ememberi tunjuk ajar
kepada kami serta memberikan panduan-panduan dan idea-idea yang bernas yang
telah diberikan oleh beliau.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan
saya yang telah menolong dan memberikan maklumat kepada saya dalam
menjayakan tugasan ini. Saya amat terharu dan berbesar hati kerana rakan-rakan
telah memberikan semangat kepada saya dalam menhasilkan karya catan.
Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
piahk perpustakaan IPG Kampus Sultan Abdul Halim kerana telah menyediakan
kemudah seperti buku ilmiah dan kemudahan internet.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribian terima kasih kepada semua
individu yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini dan akhir kata saya amatlah
berharap agar tugasan ini menepati syarat-syarat yang dikehendaki.
-
7/22/2019 ass-5 tokoh
33/33
Refleksi
Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi dapat juga saya menyiapkan tugasan
Pendidikan Seni Visual 1 dalam menyiapkan tugasan ini.
Saya dapat mempelajari tokoh-tokoh seni yang terdapat di Malaysia.
Antaranya ialah Dzulkifli Buyong, Syed Ahmad Jamal, Yong Mun Sen, Abdullah Arif,
Tay Hooi keat, Peter Harris dan Ali Mabuha.
Sewaktu mengkaji tokoh tanah air ini, saya dapat mempelajari tentang aliran,
gaya, asal usul serta pendidikan pelukis tersebut. Selain Itu, saya juga dapat
mempelajari dan mengenali karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau.
Kesimpulannya, saya tidak akan melupai jasa yang telah diberikan oleh
pelukis-pelukis ini dan sentiasa mengenanya.