assalamualaikum w

4
Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia ! Memetik kata-kata bapa kemerdekaan kita, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, “Merdeka itu adalah suatu perkara yang bukan mudah untuk diperoleh, ianya memerlukan pengorbanan bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga ! bahkan nyawa sendiri juga !” Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudari peneraju majlis, kombinasi panel kehakiman berintelektual dan berintegriti, guru-guru dan warga sekolah yang saya hormati sekalian. Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya. “Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku” apakah maksud sebenar yang perlu kita telusuri di sebalik maksud tema kemerdekaan ini? Pada dasarnya maksud daulat ialah maruah atau identiti sesebuah negara,manakala maksud tanah tumpahnya darahku dianalogikan kepada persoalan usaha masyarakat untuk mengekalkan kemerdekaan negara serta menjamin semangat patriotisme dalam jiwa setiap masyarakat.Oleh itu kita utamakan persoalan apakah usaha yang perlu dan akan kita usahakan demi menjaga kedaulatan negara untuk selama-lamanya. Menyingkap fokus perbicaraan saya, semangat nasionalisme membawa kepada kemerdekaan. Ya, melalui semangat NASIONALISME inilah yang telah menjadikan negara kita sebagai sebuah negara bangsa. Setelah dilabel sebagai bangsa yang lemah, malas dan tidak bertamadun, rakyat negara kita mula menunjukkan kesungguhan yang tidak berbelah-bagi apabila peluang untuk kemerdekaan mula terbuka selepas Perang Dunia Kedua tamat. Desakan yang berupa tunjuk perasaan, bantahan, berkabung, perhimpunan gerakan kemerdekaan dan rundingan akhirnya membuahkan hasil. Akhirnya pihak Inggeris terpaksa mengaku bahawa penjajahan mereka sudah sampai masanya untuk berakhir pada tanggal 31 Ogos 1957. Bagi saya nasionalisme Melayu harus

Upload: aishnadeem

Post on 06-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: Assalamualaikum w

Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia ! Memetik kata-kata bapa kemerdekaan kita, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, “Merdeka itu adalah suatu perkara yang bukan mudah untuk diperoleh, ianya memerlukan pengorbanan bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga ! bahkan nyawa sendiri juga !” Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudari peneraju majlis, kombinasi panel kehakiman berintelektual dan berintegriti, guru-guru dan warga sekolah yang saya hormati sekalian. Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya. “Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku” apakah maksud sebenar yang perlu kita telusuri di sebalik maksud tema kemerdekaan ini? Pada dasarnya maksud daulat ialah maruah atau identiti sesebuah negara,manakala maksud tanah tumpahnya darahku dianalogikan kepada persoalan usaha masyarakat untuk mengekalkan kemerdekaan negara serta menjamin semangat patriotisme dalam jiwa setiap masyarakat.Oleh itu kita utamakan persoalan apakah usaha yang perlu dan akan kita usahakan demi menjaga kedaulatan negara untuk selama-lamanya.

Menyingkap fokus perbicaraan saya, semangat nasionalisme membawa kepada kemerdekaan. Ya, melalui semangat NASIONALISME inilah yang telah menjadikan negara kita sebagai sebuah negara bangsa. Setelah dilabel sebagai bangsa yang lemah, malas dan tidak bertamadun, rakyat negara kita mula menunjukkan kesungguhan yang tidak berbelah-bagi apabila peluang untuk kemerdekaan mula terbuka selepas Perang Dunia Kedua tamat. Desakan yang berupa tunjuk perasaan, bantahan, berkabung, perhimpunan gerakan kemerdekaan dan rundingan akhirnya membuahkan hasil. Akhirnya pihak Inggeris terpaksa mengaku bahawa penjajahan mereka sudah sampai masanya untuk berakhir pada tanggal 31 Ogos 1957. Bagi saya nasionalisme Melayu harus dipandang sebagai teras nasionalisme Malaya dan perjuangan kemerdekaan. Mengapa? Pertama, secara akar umbinya warisan politik dan budaya Melayu adalah wajah keseluruhan Tanah Melayu berabad lamanya. Kedua, selama lebih 500 tahun orang Melayu dijajah dan akhirnya orang Melayu bangkit menentang penjajah dengan penuh tenaga dan upaya. Ingin saya menyokong hujah di atas dengan merujuk kepada penulisan James Ongkili yang bertajuk The British and Malayan Nationalism, yang menyifatkan nasionalisme Malaya adalah kesinambungan daripada semangat nasionalisme Melayu 1946. Namun hadirin sekalian,wujud segelintir masyarakat kita yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia tetapi pada masa yang sama menghina negara sendiri. Kita imbau kembali peristiwa pembalikan Jalur Gemilang di Taiwan yang telah berlaku beberapa tahun yang lalu.Hanya sekadar tidak mempersetujui dasar yang dibawakan oleh kerajaan terus Jalur Gemilang diterbalikkan.Adakah ini yang kita gelar sebagai warganegara Malaysia,yakni anak watan yang bakal memegang tampuk

Page 2: Assalamualaikum w

kepimpinan negara.Tambahan pula wujud juga sesetengah warganegara kita yang ingin merancang untuk mengubah Jalur Gemilang. Bendera yang selama ini elok sudut dan garisnya ingin dibengkok-bengkokkan. Selain itu ada juga sesetengah warganegara kita yang mengubah genre lagu negaraku.Lagu Negaraku yang selama ini indah dan dinyanyikan dengan genre patriotik kini dilagukan dengan genre dan nada rock.Jelas,bahawa warganegara seperti inilah yang akan menyebabkan kedaulatan negara dihina dan tidak dijaga dengan penuh semangat. Sidang saksi yang bervisi, Menyusuri aspirasi saya yang ketiga, iaitu sejarah memerdekakan kita, mengapa sejarah dikatakan memerdekakan kita? Mari kita merungkai persoalan ini. Sejarah menceritakan prihal pahlawan-pahlawan dahulu kala yang bertungkus-lumus untuk memerdekakan negeri masing-masing dari cengkaman penjajah. Mereka mempunyai semangat cinta akan negara yang membara, dan semangat kental itu tidak berakhir sehingga titisan darah terakhir mereka. Melalui sejarah yang telah dicipta oleh pejuang-pejuang terdahulu inilah yang menyebabkan Malaysia sehingga hari ini mampu mempertahankan kemerdekaannya. Mengapa pula? Kerana rakyat Malaysia mengambil secebis semangat kental pejuang terdahulu untuk dijadikan tangkal azimat demi memerdekakan negara dan mengekalkan kemerdekaan yang diperoleh. Semangat ini juga terus mengalir di dalam darah anak-anak merdeka dari generasi ke generasi. Pengetehuan mereka mengenai sejarah menjadikan mereka terus berusaha mengekalkan kemerdekaan kerana gusar sejarah akan berulang. Saya ingin memetik bait-bait kata mantan perdana menteri kita yang keempat Tun Dr. Mahathir Mohammad “Orang yang tidak tahu sejarah akan mengulangi sejarah”. Jelaslah sejarah merupakan kalam pedoman dan tauladan yang perlu menjadi penanda arah dalam titik kehidupan setiap individu. Konklusinya, menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden. Pengorbanan pejuang-pejuang kebebasan dan mempertahankan kedaulatan negara haruslah kita kenang dengan ucapan terima kasih dan doa. Sesungguhnya tiada kemerdekaan tanpa perjuangan ! Oleh itu,kita tanya kepada diri kita,apakah sumbangan dan usaha kita terhadap negara?Apakah rancangan kita untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan yang telah dicapai sebelum ini?Adakah kita sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kedaulatan negara.Tepuk dada tanya diamanakah tahap patriotisme kita jangan asyik bertanya selera makan,selera yang lain tidak diendahkan.Akhir kata daripada saya selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku Sekian. Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.b.t.