assalamualaikum wbt wrt

3
Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis. Yang diraikan__________________________________________________, Pengetua SMK Tambun, Yang berusaha PK Pentadbiran, __________________________________, PK HEM, _________________________________, PK Kokurikulum, _____________________________________, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, , guru- guru,serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah / setinggi-tinggi kesyukuran / dirafakkan kepada Allah SWT / kerana dengan limpah kurniaNya / dapat kita bersama-sama / meraikan majlis perpisahan / yang sangat bermakna /dan penuh erti pada hari ini. Hadirin yang Dihormati, Tiap pertemuan / pasti ada perpisahan Itu adat,/ itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Hidup adalah perubahan Tidak tahu bagaimana lajunya putaran Hari ini/ kami berasa terharu dan sedih / kerana bakal kehilangan seorang Pengetua / yang amat kami sayangi dan kasihi. Beliau telah ditukarkan / ke SMK Tjg Rambutan. Pada kami, / Tuan Pengetua / bukan sahaja sebagai seorang Pengetua tetapi / ibarat seorang bapa / dalam sebuah keluarga besar di SMK Tambun. Beliau seorang yang lembut / serta penyayang, tenang namun tetap tegas / dalam melaksanakan tanggungjawabnya. / Beliau menjalankan tugas / dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan pelajar. Beliau juga seorang yang berhati mulia / dan sentiasa memberikan yang terbaik / buat para pelajar. Itulah bait-bait kata / yang dapat digambarkan mengenai Tuan Pengetua kita. BANYAK DURI / PERKARA DURI TIDAK SAMA / DURI ROTAN

Upload: muhammad-hariz-ii

Post on 07-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

Page 1: Assalamualaikum Wbt Wrt

Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis. Yang

diraikan__________________________________________________, Pengetua SMK Tambun,

Yang berusaha PK Pentadbiran, __________________________________, PK HEM,

_________________________________, PK Kokurikulum,

_____________________________________, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, , guru-guru,serta

rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

 Alhamdulillah / setinggi-tinggi kesyukuran / dirafakkan kepada Allah SWT / kerana dengan limpah

kurniaNya / dapat kita bersama-sama / meraikan majlis perpisahan / yang sangat bermakna /dan

penuh erti pada hari ini.

Hadirin yang Dihormati,

Tiap pertemuan / pasti ada perpisahan

Itu adat,/ itu lumrah kehidupan

Begitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan

Tapi kaki tetap mengorak jalan

Selagi hayat dikandung badan

Hidup adalah perubahan

Tidak tahu bagaimana lajunya putaran

Hari ini/ kami berasa terharu dan sedih / kerana bakal kehilangan seorang Pengetua / yang amat

kami sayangi dan kasihi. Beliau telah ditukarkan / ke SMK Tjg Rambutan. Pada kami, / Tuan

Pengetua / bukan sahaja sebagai seorang Pengetua tetapi / ibarat seorang bapa / dalam sebuah

keluarga besar di SMK Tambun. Beliau seorang yang lembut / serta penyayang, tenang namun tetap

tegas / dalam melaksanakan tanggungjawabnya. / Beliau menjalankan tugas / dengan hati yang

tulus, malah mementingkan kebajikan pelajar. Beliau juga seorang yang berhati mulia / dan sentiasa

memberikan yang terbaik / buat para pelajar. Itulah bait-bait kata / yang dapat digambarkan mengenai

Tuan Pengetua kita.

Page 2: Assalamualaikum Wbt Wrt

BANYAK DURI / PERKARA DURI

TIDAK SAMA / DURI ROTAN

BANYAK BUDI / PERKARA BUDI

TIDAK SAMA / BUDIMU TUAN

MALAM HARI / BERLAGU UNGGAS

MEMECAH KESUNYIAN / DI DALAM HUTAN

WALAUPUN TERPISAH / TEMPAT DAN TUGAS

BUDIMU TUAN DALAM INGATAN

Para hadirin yang Dikasihi,

 Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Tambun / merakamkan setinggi-tinggi ucapan

penghargaan / dan terima kasih kepada Tuan Pengetua / yang tidak pernah / mengenal erti jemu

mentadbir sekolah ini / dan mengorbankan waktu / demi kami para pelajar . Kami berdoa / semoga

Allah SWT / akan melimpahkan rahmat-Nya / kepada Tuan Pengetua. Semoga Tuan Pengetua / akan

terus mengekalkan usaha-usaha murni / dalam membentuk / sahsiah diri yang mulia / kepada para

pelajar di sekolah baharu nanti.

Benar kata pepatah Melayu,/  yang patah akan tumbuh,/ yang hilang akan berganti,/ namun/ yang

hilang/ tidak akan sama dengan yang berganti. Walau bagaimanapun,  yang hilang /akan tetap

diingati,/ kekal abadi tersemat di hati.

     Saya juga berharap / agar hubungan silaturrahim / antara Ayahanda Tuan Pengetua / dengan

anak-anak didik dan warga SMK Tambun/   akan terus terjalin erat.  Sesungguhnya/ jasa dan budi

yang ditabur / tidak dapat dibalas / dan pastinya akan dikenang / selagi hayat.

          Tuai padi / antara masak,

          Esok jangan layu-layuan;

          Intai kami / antara nampak,

          Esok jangan rindu-rinduan.

          Buah pauh / delima batu,

          Anak sembilang / di tapak tangan;

Page 3: Assalamualaikum Wbt Wrt

          Walau jauh / beribu batu,

          Hilang di mata, di hati jangan.

          Salam kemaafan / kami hulurkan, 

          Semoga kemesraan / terus berpanjangan;

          Ilmu diberi/ harap dihalalkan,

          Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt wbt.