assgment pendidikan islam pn sharifah
TRANSCRIPT
1 | P a g e
Falsafah Pendidikan Dalam Al-Quran dan As-Sunnah
Sejak Islam hadir pertama ditengah-tengah bangsa Arab disinilah awal proses pembinaan dan
pembentukan falsafah pendidikan islam itu sendiri . Sejak diutuskan nabi Muhammad itulah
fasa-fasa penting dimana peranan beliau begitu kompleks dalam melakukan pembinaan
terhadap masyarakat Arab. Tugas pertama sejak terutusnya beliau Sebagai nabi adalah
membentuk dan memperbaikan moral bangsa Arab. Sedangkan tugas selanjutnya yang
menjadi keutamaan kepada nabi adalah pendidikan, baik pendidikan yang berorientasi pada
dakwah mahupun pendidikan formal.
Di dalam Islam, falsafah pendidikan berteraskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kedua-duanya merupakan rujukan sumber utama kepada pembentukan falsafah pendidikan. Keseluruhan kehendak dan kandungan yang meliputi pada tersurat dan tersirat di dalam falsafah pendidikan diteliti dan diteraskan dengan method Al-Quran dan As-Sunnah.
Berikut antara perincian Al-Quran dan As-Sunnah berasaskan konsep wahyu yang pertama diturunkan kepada nabi muhammad melalui malaikat jibril a.s ayat 1-5 surah al-alaq. Dan wahyu yang pertama menfokuskan konsep membaca. Perkara ini membuktikan kepada kita bahawa risalah yang pertama menyentuh mengenai falsafah pendidikan dan Nabi muhammad itu adalah seorang pendidik .
Konsep falsafah pendidikan berdasarkan analisis falsafah pendidikan islam.
Tujuan pendidikan Institusi pendidikan Bidang Pendidikan Prinsip pendidikan metodologi
pendidikan
F.P.I
2 | P a g e
Falsafah Pendidikan Islam Disisi al- Imam al- Ghazali.
Imam al-Ghazali merupakan tokoh pemikir Islam yang terkenal di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. Kehebatan beliau telah memberi kesan yang mendalam di jiwa umat Islam dari segi pemikiran, budi pekerti dan pendidikan. Ilmunya sangat meluas dalam pelbagai bidang terutama bidang falsafah, akidah, fikah, ilmu kalam, tasawuf, pendidikan, politik dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga Imam al-Ghazali merupakan seorang penulis Islam terkemuka kerana beliau banyak menghasilkan pelbagai bidang penulisan ilmiah.
“Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperolehi kedudukan, bermegah-megah dan berlumba-lumba.”
Beliau menfokus matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk meninggalkan
segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenali Pencipta dan matlamat ilmu
yang sebenar membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah. Antara kaedah
pendidikan dan situasi pengajaran yang diolah oleh imam al-ghazali.
kaedah pengajaran
imam al-ghazali
halaqoh ilmu
perbandinganpetunjuk/bimbingan
dialoq dan perbincangan
jismiyah(badan)maslakiyah(skill)fikriyah(akal)akhlakiyah(akhlak)
tujuan pendidikanibnu qayyim
3 | P a g e
Analisis kritis falsafah pendidikan islam menurut Ibnu Qayyim Al-Jauzi
Selain daripada manhaj pemikiran Al-Ghazali tentang falsafah pendidikan islam sarjana islam
lain juga berjasa dalam mengasaskan asas pemikiran falsafah pendidikan islam seperti mana
sarjana pemikir islam seperti ibnu qayyim al-jauzi yang banyak memperkenalkan teori
pendidikan islam. Ibnu Qayyim dalam teori pendidikannya merumuskan empat tujuan
pendidikan. Empat tujuan penting ini yang harus dicapai oleh seorang pendidik maupun
lembaga pendidikan, karena empat tujuan ini sudah merangkumi beberapa tujuan yang lain
yang ingin dicapai dalam proses pembelajaran. Empat tujuan pendidikan yang digariskan oleh
ibnu qayyim :
4 | P a g e
Kita harus ingat bahawa Islam sebagai ad-din yang merangkumi segala aspek penghidupan,
kerana itu matlamat pendidikannya juga tentulah suatu yang ideal, iaitu untuk memperbaiki
hidup di dunia mengikut tujuan hukum syarak. Ini kerana Islam itu sendiri bertujuan untuk
meneraju kepada kesempurnaan hidup.
konsep falsafah pendidikan menurut ibnu taimiyah
Menurut ibn Taimiyah bahwa menuntut ilmu itu merupakan ibadah dan memahaminya secara
mendalam merupakan sikap ketakwaan kepada Allah dan mengkajinya merupakan
jihad,mengajarkan kepada orang yang belum tahu dan mendiskusikanya merupakan tasbih.
ibnu taimiyah juga merumuskan matlamat pendidikan Islam seperti berikut:
5 | P a g e
`
Sarjana pendidikan Islam Al-Butee menyenaraikan matlamat pendidikan Islam secara
umumnya kepada tujuh matlamat berikut;
i. Mendapat keredaan Allah dengan menjauhi kemurkaan dan siksaan Nya serta mengabdikan diri dengan keikhlasan keranaNya. Tujuan ini dianggap induk daripada semua tujuan pendidikan Islam. Seperti firman Allah s.w.t. pada ayat 104 surah Al- Imran:
. . المفلحون هم وأولئك المنكر عن وينهون بالمعروف ويأمرون الخير الى يدعون أمٌة منكم ولتكن
عمران : ال 104سورة
“dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, sesungguhnya merekalah orang-orang yang berjaya.”
ii. Meningkatkan taraf akhlak masyarakat berdasarkan agama yang diturunkan oleh Allah untuk membimbing manusia ke arah yang diredai olehNya.
i. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan agama Islam untuk membimbing masyarakat ke arah yang diredai olehNya.
tauhid
Menurut Ibn Taimiyah bahwa hal yang terpenting yang harus mendasarkan falsafah pendidikan adalah at-tauhid, yaitu menyatakan dua kelimah syahadah sebagai pangkal utama ajaran Islam. tauhid juga menjadi asas dalam pendidikan sepertimana asas pendidikan tauhid itu dirumuskan kepada tiga iaitu tauhid rububiyah,uluhiyah dan asma wa sifat.
tabiat insaniyah & sosial
Menurut ibn Taimiyah bahwa manusia dikaruniai tabi’at atau kecenderungan mengesakan tuhan sebagaimana terkandung dalam falsafah pendidikan pendidikan juga harus diarahkan kepada masyarakat yang baik dan sejajar dengan Al-quran dan sunnah.
tujuan pendidikan
tujuan individual : pendidikan kearah pembentukan peribadi muslim yang baik dan mental yang sihatkurikulum : kurikulum mengesakan tuhan, kurikulum dalam mengetahui keesaan Allah, kurikulum dalam upaya mendorong manusia mengetahui kekuasaan Allah , kurikulum yang menghubungkan manusia dalam mengetahui perbuatan Allah
6 | P a g e
ii. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan mengajar manusia akan nilai-nilai dan akhlak yang mulia, seperti firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21:
. كثيرا الله وذكر اآلخر واليوم يرجواالله كان لمن حسنة أسوة الله رسول فى لكم كان لقد
: األحزاب 21سورة
“ Demi sesungguhnya, adalah Rasulullah s.a.w. itu menjadi ikutan yang sebaik-baiknya, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di hari akhirat, serta mengingati Allah di masa senang dan susah."
iii. Mewujudkan ketenangan jiwa di samping memiliki aqidah yang teguh, penyerahan dan kepatuhan yang ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t.
iv. Memelihara bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan sebagai wadah kebudayaan dan unsur-unsur kebudayaan Islam yang paling menonjol. Menyebarkan kesedaran agama yang sebenar dan menunjukkan hakikat Islam sebagai agama yang suci dan agong.
v. Meneguhkan perpaduan rakyat untuk keamanan tanahair dengan menyatupadukan mereka dalam satu barisan melalui usaha-usaha menghapuskan perselisihan, bergabung dan bekerjasama dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan kepercayaan Islam yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Seperti firman Allah s.w.t. pada ayat 13 surah al-Hujarat:
وجع وأنثى ذكر من خلقنكم إنا الناس ,ليآيها لتعارفوا وقبائل شعوبا نكم
خبير . عليم الله إن أتقكم الله عند أكرمكم إن
: األحزاب 13سورة
“Wahai manusia sesungguhnya kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan antara satu dengan lain, sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuanNya”
7 | P a g e
Setelah anda meneliti matlamat pendidikan Islam seperti yang dibincangkan di atas, anda akan
dapati dalam konteks terkini; matlamat pendidikan Islam mempunyai empat halatuju iaitu:
i. Melahirkan insan kamil yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Orang yang beriman dan beramal soleh telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan kejayaan di dunia dan di akhirat. Sila rujuk ayat 97 surah al- Nahl.
ii. Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang sempurna, berakhlak mulia dan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama kerana Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang bermaksud:
“Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Tiap-tiap kamu bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Pemerintah adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab ke atas rakyat. Seorang lelaki adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Manakala seorang perempuan itu pula adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap ahli rumahnya, suaminya dan anaknya. Orang gaji adalah penjaga harta bendanya, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Tiap-tiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya."
iii. Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Gemar kepada amal ibadat khusus yang berpusat di masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. Menghormati ulamak, ibu bapa, orang yang lebih dewasa dan menjamin kebebasan beragama dikalangan orang yang bukan Islam.
iv. Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan demokrasi kepada kadar yang paling maksimum. Ini semua berdasarkan bimbingan wahyu untuk mencetuskan manusia dan menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran dan kesejahteraan manusia sejagat.
Inilah sebahagian daripada matlamat umum pendidikan Islam yang telah digariskan oleh ahli-
ahli pendidikan masa kini dalam pendidikan Islam. Manakala matlamat khas adalah merupakan
perubahan-perubahan yang diingini yang termasuk dalam matlamat umum pendidikan. Dengan
lain perkataan, gabungan pengetahuan, penampilan pola-pola tingkah laku, sikap, nilai dan
8 | P a g e
kebiasaan yang terkandung dalam matlamat akhir pendidikan yang mana tanpa terlaksananya
matlamat akhir dan umum tidak sempurna perlaksanaannya.
Kesimpulan
Dapat dirumuskan bahawa falsafah pendidikan menurut Al-Quran dan As-Sunnah memberi tiga dimensi penting untuk dilaksanakan, iaitu:
Memberi petunjuk dan motivasi yang mengarahkan kepada pemantapan akidah, membentuk akhlak mulia dan membersihkan rohani dan jasmani untuk mencapai martabat insan soleh dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Memberi penekanan tentang aspek-aspek pendidikan yang perlu dilaksanakan dalam proses membimbing dan membentuk nilai-nilai keperibadian yang luhur serta dapat mengangkat martabat dan peradaban ummah yang dirahmati Allah.
Memberi penekanan pendekatan yang efektif dan efisien untuk mendidik dan membimbing manusia ke arah mencapai kegemilangan dan kecemerlangan dalam merealisasikan fungsi manusia sebagai khalifah Allah dengan petunjuk dan hidayahnya.
9 | P a g e
Perkembangan Pendidikan Islam Pada Awal ZamanKedatangan Islam
Perkembangan pendidikan Islam di Malaysia tidak dapat dipastikan secara tepat
bila ianya bermula. Namun dilihat melalui latar belakang sejarah kedatangan
agama Islam ke negara ini yang dikenali dengan nama Tanah Melayu. Apabila
Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara (kemudian dikenali sebagai
Megat Iskandar Syah) telah memeluk Islam pada 1414M, maka bermulalah
perkembangan sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu pada waktu itu
Raja- raja Melaka yang lain turut memeluk Islam. Sebagai minat dan kecintaan
yang mendalam para pemerintah terhadap ilmu, istana dijadikan sebagai salah
satu tempat mempelajari ilmu. Mereka turut memberikan sanjungan yang tinggi
terhadap ilmu pengetahuan Islam, ulama-ulama, kitab-kitab agama dan hari-hari
kebesaran Islam.
Para pemerintah Melaka turut menggalakkan rakyat jelata supaya memberikan
perhatian yang berat terhadap amalan agama disamping penglibatan para
pemerintah sendiri dalam hal tersebut. Sebagai contoh perkara ini dapat dilihat
dalam tindakan Sultan Muhammad Syah apabila menyambut kedatangan bulan
Ramadhan, baginda memuliakan bulan tersebut terutama pada malam Dua
Puluh Tujuh disamping menunaikan sembahyang Tarawih di masjid bersama-
sama rakyat.
10 | P a g e
Terdapat berbagai-bagai institusi pengajian sama ada rumah, masjid, surau atau
istana sebagai pusat dakwah dan aktiviti keilmuan. Sistem pendidikan Islam
yang diwujudkan pada waktu tersebut ialah kelas mengaji al-Quran. Ia
merupakan pelajaran utama kepada semua lapisan masyarakat ketika itu
walaupun tidak dilakukan secara formal. Pada waktu itu juga diperkenalkan
huruf jawi bagi memudahkan penduduk tempatan mempelajari huruf-huruf Arab
yang menjadi tunjang kepada pembacaan al-Quran. Huruf jawi adalah
berindukkan huruf Arab campuran Parsi. Ia turut mengikat satu perpaduan
bahasa meliputi seluruh golongan bangsa Melayu. Jesteru pembacaan al-Quran
menjadi lebih mudah. Pada peringkat awal, kelas pengajian al-Quran dilakukan
di rumah guru yang mengajar al-Quran. Apabila bilangan pelajar-pelajar mulai
bertambah, kelas al-Quran kemudiannya berpindah ke surau dan masjid. Selain
al-Quran yang menjadi pengajian dasar, pendidikan Islam di Melaka terus
berkembang apabila ia turut menjadi pusat pengajian ilmu Fiqah, Tauhid, Tafsir,
Sejarah, Tasawuf dan Falsafah Islam sebagai kurikulumnya. Kegiatan yang
dilakukan ini tidaklah berbeza daripada pendidikan yang dilakukan di zaman
Rasulullah, para sahabat dan tabiin. Struktur pendidikan dan kurikulumnya
hampir sama iaitu penekanan dibuat kepada pembacaan, penulisan dan
pengajian al-Quran di samping ilmu-ilmu asas agama. Selain Melaka yang
terkenal sebagai pusat pengetahuan agama dan pendidikan Islam, negeri-
negeri lain seperti Johor, Pahang, Jambi, Kampar, Bangkalis, Bentan dan
Gugusan Pulau-Pulau Melayu yang lain turut mendapat tempat dikalangan
penduduk tempatan terutama pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah
(1459-1477)
Perkembangan Pendidikan Islam Pada Zaman Penjajahan Barat
Bermulanya kejatuhan Melaka pada 1511M44 ke tangan penjajah menjadikan
bangsa Melayu mulai memasuki zaman kegelapan sama ada dalam bidang
ekonomi, politik, kebudayaan, agama dan pendidikan. Kedatangan Barat ke
Alam Melayu khususnya ke Melaka bertujuan memusnahkan pusat penyebaran
11 | P a g e
Islam dan pendidikan Islam di rantau ini selain motif politik dan ekonomi.
Penaklukan mereka ke atas Tanah Melayu khususnya merupakan suatu jalan
dan cara untuk mereka menghalang perkembangan agama dan ilmu
pengetahuan Islam serta dapat menghidupkan fahaman Kristian terhadap para
penduduk.
Walaupun para penjajah tidak berjaya menukar akidah umat Islam yang sudah
dipengaruhi dan dibentuk dengan konsep Islam yang sebenar, kedatangan
mereka sedikit sebanyak mengganggu gugat perjalanan sistem pendidikan
Islam di Tanah Melayu. Sebagai contoh, ketika Portugis menjajah Melaka
mereka mengambil sikap berdiam diri tanpa melakukan apa-apa inisiatif dalam
membantu perkembangan agama dan pendidikan Islam pada waktu itu.
Kegiatan agama dan pendidikan Islam menjadi perlahan. Disamping itu,
kegiatan dakwah berjalan dalam situasi yang tidak menonjol. Ada yang
berpendapat kegiatan dakwah terpaksa dijalankan secara rahsia bagi
mengelakkan tentangan ganas daripada penjajah sewaktu penjajahan Belanda
di Tanah Melayu.
Sebelum penubuhan sekolah Melayu oleh pemerintahan Inggeris, sistem
pendidikan Islam dilaporkan masih berjalan seperti biasa. Menurut catatan
Abdullah Munshi semasa lawatan beliau ke Melaka, Singapura dan Pulau
Pinang, terdapat sekolah-sekolah al- Quran yang dilaksanakan di negeri-negeri
tersebut. Selepas tahun 1854, sekolah al-Quran mula berubah corak apabila ia
diambil alih oleh pemerintahan Inggeris melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Sekolah-sekolah agama ini diberi bantuan penuh dengan syarat ia mengadakan
matapelajaran membaca, menulis dan ilmu hisab disamping pelajaran agama
dan membaca al-Quran. Bangunannya digunakan sebagai sekolah Melayu pada
waktu pagi dengan mendapat bantuan penuh daripada pemerintahan Inggeris
manakala sekolah al-Quran pula dilaksanakan pada waktu petang di bangunan
yang sama. Perkara ini dinyatakan dalam Kod Pelajaran (Education Code)
bahagian 5 Undang-Undang Pelajaran Melayu di Negeri- Negeri Selat dan
Negeri-Negeri Bersekutu tahun 1936 dalam senarai tugas Penolong Nazir
Melayu Sekolah.
12 | P a g e
Walaupun penjajah dapat menubuhkan sekolah Melayu dan mengasingkan
sekolah al-Quran di sebelah petang, namun masyarakat Melayu tetap
mengekalkan asas pendidikan Islam yang menjadi warisan agama dan bangsa.
Mereka berjaya mempertahankan institusi tradisional Melayu yang menjadi
warisan sejak turuntemurun. Sistem pendidikan Islam masih menjadi tumpuan
para pelajar. Ada ibu bapa yang sanggup mempertingkatkan lagi tahap
pengajian anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi dengan menghantar ke
luar negeri seperti Pattani, Mekah, Mesir dan negara-negara yang lain. Apabila
mereka telah tamat pengajian dan kembali ke Tanah Melayu, golongan inilah
yang meneruskan sistem pendidikan Islam dengan meluaskan lagi sistem yang
sedia ada dengan membuka institusi-institusi pengajian yang lebih tinggi
tarafnya yang dikenali sebagai “Pondok”.
Pengajian pondok bermula dan berkembang daripada aktiviti pengajaran di
masjid yang menjadi rumah Allah dan tempat pertemuan masyarakat Islam.
Pelbagai aktiviti dan kegiatan keagamaan dilaksanakan di pondok bagi
mendedahkan masyarakat tentang segala permasalahan dalam Islam seperti
hukum hakam, akidah, dan masalah-masalah lain yang bersangkut paut dalam
soal agama Islam.
Bertitik tolak daripada sistem pondok, pendidikan Islam diperkemaskan lagi
melalui sistem madrasah atau sekolah agama yang dilengkapi dengan
infrastruktur dari segi bangunan sekolah, asrama, kemudahan rekreasi dan
pejabat pentadbiran. Institusi ini lahir semasa gerakan islah di Timur Tengah
sedang rancak berlaku. Kesan gerakan islah di sana turut membawa perubahan
di Tanah Melayu apabila pelajar-pelajar yang belajar di Universiti al-Azhar, Mesir
kembali ke Tanah Melayu membawa bersama perubahan ini. Mereka berusaha
untuk mengubah sikap orang Melayu supaya memahami Islam dalam bentuk
yang lebih lengkap. Salah seorang tokoh yang terlibat dalam usaha untuk
mengubah sistem pendidikan yang lebih sistematik ialah Syed Syeikh al-Hadi.
Beliau telah menubuhkan sebuah madrasah di Bukit Mertajam, Seberang Prai
pada tahun 1906. Madrasah tersebut dikenali dengan nama al-Madrasah al-
Misriyah. Seterusnya pada tahun 1907, ditubuhkan pula madrasah di Singapura
13 | P a g e
yang dikenali dengan nama Madrasah Iqbal dan Madrasah al-Hadi pada tahun
1917 di Banda Kaba, Melaka.
Pada tahun 1952, satu ordinan pelajaran telah digubal yang dinamakan
sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Dalam ordinan tersebut diadakan peruntukan
Seksyen 70 mengenai pelajaran agama Islam dan menjadikannya sebagai
sebahagian kursus-kursus pelajaran di sekolah bantuan kerajaan.54 Pelajaran
Agama Islam terus mendapat perhatian yang wajar daripada kerajaan apabila
Syor Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) mencadangkan
agar mana-mana sekolah yang jika murid-muridnya tidak kurang daripada 15
orang yang beragama Islam, maka pelajaran agama yang diberikan kepada
mereka hendaklah di bawah peruntukan oleh kerajaan. Cadangan tersebut
diterima oleh kerajaan dan dimasukkan dalam Seksyen 49, Ordinan Pelajaran
1957. Selain itu, turut ditetapkan bahawa sekolah yang mempunyai murid Islam
melebihi 15 orang diwajibkan mengadakan kelas agama Islam. Peruntukan
masa juga ditetapkan untuk kelas agama Islam isitu sekurang-kurangnya dua
jam seminggu.
Perkembangan Pendidikan Islam Selepas Merdeka
Perkembangan pendidikan Islam terus rancak apabila Tanah Melayu mencapai
kemerdekaannya pada tahun 1957. Perkara ini dapat dilihat kepada perubahan-
perubahan yang berlaku dalam perundangan dan syor kerajaan dalam perkara
berkaitan. Sebagai contoh, di dalam Ordinan Pelajaran 1957 tidak menetapkan
kuasa pihak yang menguruskan tentang perbelanjaan melaksanakan pelajaran
agama Islam menyebabkan perlaksanaan pelajaran agama Islam tidak berjalan
dengan sistematik. Jadi di dalam Syor Penyata Abdul Rahman Talib 1960,
perkara berkaitan perbelanjaan dinyatakan secara terperinci iaitu segala
perbelanjaan berkaitan pelajaran agama Islam ditanggung oleh Kementerian
Pelajaran.
14 | P a g e
Berdasarkan cadangan tersebut, Akta Pelajaran 1961 telah mengadakan
peruntukan berkaitan peruntukan kewangan selain mewajibkan sekolah-sekolah
bantuan kerajaan mengadakan pelajaran agama Islam kepada murid-murid
selama dua jam seminggu sekiranya di sekolah tersebut terdapat seramai 15
orang murid Islam atau lebih. Pada tahun 1962 iaitu tahun Akta Pelajaran 1961
mula dikuatkuasakan, pelajaran agama Islam telah diadakan dalam jadual waktu
pelajaran biasa kepada murid-murid yang beragama Islam58 dengan peruntukan
masa pengajaran dan pembelajaran sebanyak 120 minit seminggu.Guru-guru
agama juga dilantik untuk mengajar matapelajaran tersebut. Dengan
terlaksananya akta ini, murid-murid Islam terjamin mendapat pendidikan Islam
selama sebelas tahun iaitu enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di
sekolah menengah. Memandangkan hal ehwal agama Islam berada di bawah
kuasa Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, sukatan pelajaran
pendidikan Islam hendaklah terlebih dahulu dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja
sebelum dilaksanakan di sekolah-sekolah. Maka sukatan matapelajaran agama
Islam yang pertama untuk sekolah bantuan kerajaan telah disusun pada tahun
1959. Ia telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan dilaksanakan mulai dari
tahun 1962 hingga 1967.
Pada tahun 1967, sukatan pelajaran pendidikan Islam sekali lagi disusun oleh
sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil Kementerian Pelajaran, Kolej
Islam dan Sekolah -Sekolah Agama Kerajaan Negeri. Sukatan tersebut telah
disemak oleh jawatankuasa peringkat Kementerian Pelajaran sebelum
dikemukakan kepada Majlis Penasihat Raja-Raja Melayu yang mengandungi
wakil-wakil daripada pihak berkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan
Negeri. Sukatan tersebut kemudiannya dipersetujui oleh Majlis Raja- Raja pada
bulan April 1967 dan disiarkan dalam Warta Kerajaan. Sukatan tersebut mula
dilaksanakan di sekolah-sekolah bantuan kerajaan mulai awal sesi persekolahan
tahun 1968. Isi kandungan pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah
mengandungi beberapa perbezaan sesuai dengan tahap dan umur murid-murid.
Sukatan pelajaran agama Islam di sekolah rendah mengandungi perkara-perkara
yang mustahak dipelajari oleh murid-murid dan disusun sesuai mengikut umur
15 | P a g e
serta kebolehan mereka. Antaranya ialah akidah, ibadah, sejarah rasul-rasul,
budi pekerti dan bacaan al- Quran. Manakala sukatan pelajaran sekolah
menengah pula mengandungi perkara-perkara yang mustahak diketahui oleh
tiap-tiap orang Islam pada peringkat akil baligh. Sukatan tersebut juga
disesuaikan dengan keperluan masyarakat dan kepentingan negara. Antaranya
ialah fiqah, tauhid, sejarah Islam, ayat al-Quran dan hadis. Namun tidak semua
aspek dalam kehidupan dapat dimuatkan pada peringkat ini memandangkan
masa yang diperuntukkan kepada pelajaran ini adalah terhad dan bebanan
matapelajaran yang lain yang mesti dihadapi oleh murid-murid. Sebelum
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) diperkenalkan, matapelajaran pendidikan Islam tidak wajib
diambil dalam peperiksaan seperti peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun ianya wajib dipelajari. Pada tahun 1979,
Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran telah
mengeluarkan satu laporan menyeluruh berkaitan aspek pendidikan negara
termasuklah kurikulumnya. Hasil kajian tersebut, KBSR telah digubal dan
dilaksanakan secara keseluruhannya pada 1983. Ianya diteruskan diperingkat
sekolah menengah pada tahun 1988 iaitu setelah enam tahun KBSR
dilaksanakan di sekolah rendah dengan nama Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah(KBSM). Pada waktu itu juga matapelajaran pendidikan Islam
dijadikan matapelajaran teras di peringkat menengah rendah dan menengah
tinggi. Selaras dengan itu, ia diwajibkan di dalam peperiksaan. Manakala pada
peringkat menengah atas terdapat matapelajaran pendidikan Islam sebagai
matapelajaran elektif selain Pendidikan Islam iaitu Tasawur Islam, Pendidikan al-
Quran dan al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islam. Semasa Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan, matapelajaran pendidikan Islam
memberi penekanan kepada asuhan dan latihan membaca al-Quran dan asas
pelajaran agama Islam yang meliputi akidah, ibadah, sirah rasul dan budi pekerti
dimana aspek-aspek amali dititikberatkan. Matapelajaran pendidikan Islam terus
diperkemaskan setelah diperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) pada tahun 1993 bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
16 | P a g e
Matapelajaran pendidikan Islam ditambah satu lagi bidang iaitu bidang asas
akhlak Islam. Ini menjadikan matapelajaran pendidikan Islam mempunyai tiga
bidang iaitu asuhan al-Quran, asas syariah Islam dan asas akhlak Islam.
Penambahan ini bertujuan untuk membentuk perilaku murid Islam kearah
mengamalkan nilai-nilai yang terpuji.
Matapelajaran pendidikan Islam terus diperkasakan lagi dengan kewujudan
program j-QAF iaitu singkatan kepada jawi, al- Quran, bahasa Arab dan fardu
ain. Program yang telah diilham oleh bekas Perdana Menteri yang kelima iaitu
Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi bertujuan untuk memperkukuhkan penguasaan
jawi, memastikan murid-murid khatam al-Quran di sekolah rendah, mewajibkan
pelajaran bahasa Arab dan memantapkan amalan dan penghayatan fardu ain.
Program j-QAF adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan
pendidikan Islam dan sekaligus memantapkan sistem pendidikan kebangsaan.68
Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2005 untuk pelajar-pelajar sekolah
rendah. Ia dijangka akan mula dilaksanakan di sekolah menengah apabila
semua tahap di sekolah rendah telah dilaksanakan sepenuhnya.
Penambahbaikan Sistem sekolah-Sekolah Agama
Pada tahun 2005 Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemindahan sekolah SAR/SMAR/SAN ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pengambialihan SAR/SMAR/SAN dengan dibuat melalui perjanjian.Sekolah‐sekolah berkenaan akan mendapat pelbagai kelebihan termasuk diberikan perhatian khusus dalam aspek pengurusan, keselamatan, dan penyelenggaraan oleh Kementerian. Sekolah juga akan mendapat bantuan penuh bagi membolehkan urusan pentadbiran pejabat, asrama dan pengajaran, serta geran perkapita dilaksanakan juga mendapat bantuan modal bagi menampungkeperluan untuk menaik taraf dan membaiki kemudahan fizikal. Jawatan guru dan kakitangan diwujudkan secara hakiki. Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi AgamaMalaysia (STAM) dikekalkan. Perbelanjaan pengurusan sekolah dan gaji guru serta kakitangan sekolah dapat dikurangkan. Jawatan guru pula dimasukan dalam sistem gred guru kebangsaan. 2011‐ 169 buah sekolah telah menjadi SABK.
17 | P a g e
Rentetan daripada usaha tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mengambil langkah pemerhatian keatas Sekolah-Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan
Sekolah Agama Negeri (SAN) dengan menjadikan sebahagian daripada sekolah-
sekolah tersebut sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pada tahun 2005,
SABK berkembang keseluruh negara. Statistik telah merekodkan bahawa SABK yang
terbanyak di Malaysia ialah terletak di negeri Kedah kemudian di susuli negeri Kelantan
dan Johor.
Dalam sistem SABK, kerajaan memperuntukkan sistem kewangan, standard kurikulum
kepada setiap sekolah tersebut. Dari aspek pembangunan pula, kerajaan
memperuntukkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Dalam perancangan
tersebut, sistem pembangunan SABK diselitkan di dalam RMK9. Segala kebajikan dan
sistem pengurusan kebajikan guru dan murid-murid adalah di bawah tanggungan
kerajaan.
Dari segi kebajikan guru-guru SABK, mereka diiktiraf sepertimana guru-guru di sekolah
menengah yang lain. Segala keistimewaan yang terdapat dalam kakitangan kerajaan,
guru-guru SABK juga turut merasai keistimewaan tersebut dari segi imbuhan gaji, elaun
dan kos sara hidup. Langkah pengiktirafan tersebut termasuklah dengan menyediakan
kursus ikhtisas Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI SABK) kepada guru-guru
SABK seperti yang julung kalinya diadakan di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) ini
dalam bidang Pendidikan Islam ambilan November 2014.
Selain dari aspek kebajikan guru-guru, pelajar-pelajar SABK juga turut merasai
keistimewaan yang sama sepertimana pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan yang lain.
Antaranya keistimewaan yang dirasai oleh pelajar SABK ialah standard kurikulum yang
selaras dan diadun pula dengan silibus Azhari. Hal ini memantapkan lagi taraf intelek
pelajar dari segi rohani dan jasmani dalam menyokong Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani serta
taat pada Penciptanya. Ekoran daripada itu, pelajar-pelajar SABK tidak terlepas dari
mengikuti aktiviti-aktiviti koku-rikulum sepertimana yang terdapat di sekolah
kebangsaan yang lain. Mereka juga diberi peluang untuk bersaing dengan sekolah-
sekolah kebangsaan yang lain sehingga ke peringkat kebangsaan dalam aktiviti koku-
18 | P a g e
rikulum. Dari segi aspek kebajikan pelajar SABK pula, KPM telah memperuntukkan
perbelanjaan kewangan dari segi yuran,peruntukan setiap subjek (BCG) serta
peruntukan makan harian bagi setiap murid.
Oleh hal yang demikian, dapatlah kita sedar bahawa segala langkah-langkah yang
diambil oleh kerajaan ke atas SABK adalah untuk membantu sekolah-sekolah agama
serta menaik taraf sistem sekolah-sekolah agama. Namun begitu, banyak
penambahbaikan perlu direncana semula di peringkat KPM demi menjaga kualiti
pendidikan di negara ini. Sebagai contoh, kita melihat dewasa ini, bumi Malaysia selalu
dikejutkan dengan masalah-masalah yang berkaitan dengan tingkah laku manusia,
tidak kurang juga dari aspek pentadbiran negara yang penuh dengan sampah rasuah,
ketidaktelusan, “jenayah berkolar putih” juga wujud dalam sistem pentadbiran, masalah-
masalah yang timbul dalam bidang politik yang kian meruncing dang menggangu
sistem pendidkan negara.
Perubahan kurikulum pendidikan negara tidak sepatutnya berlaku disebabkan pengaruh
sesebuah politik. Ini kerana, dalam menjamin kecemerlangan pendidikan negara, kita
perlulah mempunyai dasar atau manhaj yang kukuh yang tidak sewenang-wenangnya
diubah oleh dasar politik tertentu. Seperti contoh yang dibincangkan dalam persidangan
yang terdahulu, silibus pelajaran tentang jihad dalam matapelajaran Pendidkan Islam
tingkatan dua telah dimansuhkan ekoran dari peristiwa letupan menara PWTC di
Washington DC. Ini bermakna kita dapat melihat bahawa manhaj dan dasar Pendidikan
Islam di ubah kesan dari pengaruh politik. Justeru itu, pihak KPM perlu
memperkukuhkan lagi dasar Pendidikan Islam di negara ini demi mencapai
kecemerlangan pendidikan seterusnya menjunjung falasafah pendidikan kebangsaan.
19 | P a g e
Kesimpulan
Daripada maklumat yang diperolehi, dalam merangka berpendidikan tinggi dalam ilmu
agama, kerajaan perlulah meletakkan satu dasar yang kuat agar pendidikan islam
setaraf dengan pencapaian mata pelajaran lain. Prasarana yang diberikan kepada
pihak sekolah dalam merialisasikan program transformasi pembelajaran mestilah
mencukupi. Kerajaan juga perlu menganalisis pencapaian dan keberkesanan yang
diperoleh dari setiap sekolah supaya dasar yang dilaksanakan berjaya.
Dalam kehendak untuk mencapai hasrat diatas para guru ama juga harus
dipersediakan dalam keadaan jentera yang bermutu tinggi dan berdaya saing bahkan
menpunyai sikap yang terpuji dalam ruangan akhlak dan sivik yang tinggi. Dalam
suasana ini barulah dapat membentuk suasana ikutan yang terbaik dan proses
pembelajaran yang berkesan.
Untuk murid-murid dan ibubapa pula, mereka hendaklah seiring dengan kehendak
kerajaan dan sekolah dalam menjayakan seluruh program yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan mahupun sekolah diperingkat pembinaan saksiah mutu peningkatan nilai
pendidikan yang berdaya saing.
20 | P a g e
PERSEDIAAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENGHADAPI PENDIDIKAN ABAD 21.
PENGENALAN
Syed Muhammad Naquib al-Attas, (1999) mendefinisikan pendidikan sebagai suatu
proses menanam sesuatu ke dalam diri manusia. Pendidikan Islam pula ditakrifkan oleh
Ahmad Mohd Salleh (2004) sebagai suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk
sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan
negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Manakala menurut Mohd Yusof Ahmad (2004) pula, Pendidikan Islam adalah satu
usaha atau proses mengajar, mengasuh, mendidik dan mengembangkan potensi
individu dari segi aqli, rohani, jasmani dan emosi supaya menjadi insan seimbang yang
mampu untuk membangun diri, keluarga dan masyarakat berdasarkan ajaran Islam, di
samping itu ia juga berusaha untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan
kesejahteraan hidup di akhirat. Pendidikan Islam ini bukan sahaja mata pelajaran di
sekolah, tetapi satu proses pembentukan manusia berdasarkan ajaran Islam. Ia juga
bermaksud sistem yang bersumberkan wahyu, iaitu satu sumber yang sempurna untuk
mendidik manusia bagi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Tujuannya ialah
melahirkan muslim yang soleh, yang dapat membangun diri, keluarga dan masyarakat
ke arah yang diredhai
21 | P a g e
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah tugas guru ini amatlah berat. Lebih-lebih lagi
sebagai guru Pendidikan Islam. Amanah Allah yang dipikul, hasrat negara yang
terbeban di bahu, harapan dari pihak sekolah, kepercayaan yang diberikan oleh ibu
bapa, masyarakat yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik di dalam pendidikan
dan sebagainya lagi menjadikan tugas ini semakin rumit. Seorang pendidik itu perlu
berperanan sebagai seorang orang tua yang baik, memiliki sifat kasih sayang, adil dan
memiliki ilmu yang mendalam. Guru juga perlu mempunyai hubungan yang harmoni
dengan ibu bapa dan pelajar serta bijak mengurus bilik darjah. Namun tugas pendidik
bukan hanya terhad di dalam kelas sahaja, tetapi berterusan memantau pelajar walau
di mana mereka. Gamal Abdul Nasir Zakaria (2003) Namun sebagai guru Pendidikan
Islam, kita harus berpegang kepada firman Allah mafhumnya, setiap kesulitan itu akan
ada kemudahan. Sifat ikhlas dan zuhud iaitu melakukan sesuatu demi mencari
keredhaan Allah perlu ada dalam diri setiap guru. Sepertimana yang disebut oleh Wan
Mohd Zahid Mohd Nordin, (1993) bahawa dari segi falsafah, pendidikan ialah satu
proses memanusiakan manusia. Dari situ, dapat kita rungkaikan bahawa bukan senang
untuk kita mendidik manusia supaya benar-benar dapat menjadi manusia yang berguna
kerana manusia ini terdiri dari pelbagai ragam dan karenah. Pelbagai cabaran yang
akan kita hadapi samada di bilik darjah ataupun suasana sekolah itu sendiri. Bilik darjah
yang kondusif dan selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam tidak akan dapat
diwujudkan apabila suasana sekolah tidak membantu ke arah itu. Malahan impian untuk
mewujudkan sekolah yang selari dengan prinsip-prinsip Islam juga tidak dapat dibentuk
sekiranya pembentukan nilai-nilai tersebut tidak diasuh di dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, keberkesanan bilik darjah saling berkait rapat dengan suasana sekolah
22 | P a g e
yang membantu di samping penglibatan pihak-pihak luar samada bahagian
Kementerian Pendidikan, pihak pengurusan sekolah, ibu bapa, masyarakat dan ramai
lagi demi mewujudkan bilik darjah dan sekolah selari dengan prinsip-prinsip Islam.
Begitu juga peranan sekolah yang akan membantu keberkesanan mewujudkan bilik
darjah yang selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
PROGRAM-PROGRAM UTAMA YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN BAGI MEMPERKUKUHKAN PENDIDIKAN ISLAM DIPERSADA PENDIDIKAN NEGARA
1. Mengadakan peruntukan berkaitan peruntukan kewangan selain
mewajibkan sekolah-sekolah bantuan kerajaan mengadakan pelajaran
agama Islam kepada murid-murid selama dua jam seminggu sekiranya di
sekolah tersebut terdapat seramai 15 orang murid Islam atau lebih.
2. Pada tahun 1967, sukatan pelajaran pendidikan Islam sekali lagi disusun
oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil Kementerian Pelajaran,
Kolej Islam dan Sekolah -Sekolah Agama Kerajaan Negeri
3. Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar
pelajaran telah mengeluarkan satu laporan menyeluruh berkaitan aspek
pendidikan negara termasuklah kurikulumnya. Hasil kajian tersebut, KBSR
telah digubal dan dilaksanakan secara keseluruhannya pada 1983
4. Matapelajaran pendidikan Islam terus diperkasakan lagi dengan kewujudan program j-QAF iaitu singkatan kepada jawi, al- Quran, bahasa Arab dan
fardu ain. Program yang telah diilham oleh bekas Perdana Menteri yang
kelima iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi bertujuan untuk
memperkukuhkan penguasaan jawi, memastikan murid-murid khatam al-
Quran di sekolah rendah, mewajibkan pelajaran bahasa Arab dan
memantapkan amalan dan penghayatan fardu ain.
23 | P a g e
5. Rentetan daripada usaha tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah mengambil langkah pemerhatian keatas Sekolah-Sekolah Agama
Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) dengan menjadikan
sebahagian daripada sekolah-sekolah tersebut sebagai Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK).
Rujukan
Robiah Sidin. 1992. Tujuan dan Haluan Pendidikan Dalam Abad ke 21, Dalam Juriah Long. Aliran dalam
Pendidikan Menjelang Abad Ke 21. Bangi: Penerbit UKM.
Wan Zahid Wan Nordin. 1993. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Zahara Aziz. 1992. Penerapan Pendidikan Kewarganegaraan dan Kesejahteraan Negara. Dalam Juriah
Long. Aliran Dalam Pendidikan Menjelang Aba Ke 21. Bangi: Penerbit UKM