assigment buku besar
TRANSCRIPT
Hai sahabat,
Jantung merupakan organ yang sangat
penting yang dimiliki oleh manusia.
Tahukah anda di mana letaknya jantung?
Berapa saiz jantung anda?
Apakah fungsi jantung?
Dan bagaimana untuk menjaga jantung?
Saiz jantung manusia lebih kurang sebesar genggaman tangan. Jantung adalah satu otot tunggal
yang terletak di dalam rongga torak, di balik tulang dada. Struktur jantung berbelok ke bawah dan
sedikit ke arah kiri.
Jantung hampir sepenuhnya diselubungi oleh paru-paru, namun tertutup oleh selaput ganda
yang bernama perikardium, yang melekat pada diafragma. Lapisan pertama melekat sangat
rapat kepada jantung, manakala lapisan luarnya lebih longgar dan berair, untuk mengelakkan
geseran antara organ dalam tubuh yang terjadi kerana kestabilan gerakan mengepam jantung.
Kedudukan jantung manusia
Jantung dijaga di tempatnya oleh pembuluh-
pembuluh darah yang meliputi kawasan
jantung yang mendatar, seperti di dasar dan di
samping. Dua garis pembelah (terbentuk
daripada otot)
pada lapisan luar jantung menunjukkan di
mana dinding pemisah di antara serambi dan
bilik jantung.
Jantung kita mula berdegup pada akhir
minggu ketiga kita masih dalam peringkat
fetus lagi. Ia terus menerus berdegup tanpa
henti sehinggalah kita mati.
Apakah jantung ini tidak penat bekerja ....? ?
Pernahkah jantung ini berehat ....? ?
Jika pernah, bila .....???
Jantung juga seperti anggota badan yang lain, perlu rehat. Ia berehat pada waktu di antara dua
denyutan. Ventrikel kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke badan.
Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupun
menurun bergantung pada aktiviti seseorang.
Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurun
sewaktu rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidak
aktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutan
jantung akan menurun.
Tahukah anda dari mana pula jantung mendapat tenaga untuk beroperasi?Jantung mendapat
bekalan makanannya dari darah, tetapi bukan darah yang melalui empat ruangannya;
sebaliknya, dari darah arteri koronari iaitu satu cabang salur darah (kanan dan kiri) aorta.
Pernahkah anda memeriksa tekanan darah anda?
Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/80 mmHg, sebenarnya tekanan ini
dihasilkan oleh jantung sewaktu ia berdenyut. Angka 120 menggambarkan tekanan (dalam
mmHg) semasa jantung mengepam (tekanan sistolik), manakala 80 mmHg menggambarkan
tekanan sewaktu jantung rehat (tekanan diastolik).
Angka bawah adalah lebih penting daripada angka atas. Ini disebabkan semakin tinggi angka ini
semakin sedikitlah waktu rehatnya. Juga semakin tinggi angka ini, semakin banyak kerja atau
beban yang harus dipikul oleh jantung kita bagi memastikan bekalan darah sampai ke seluruh
tubuh. Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya kerana salur-salur darahnya
menjadi semakin keras.
Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaan
luarnya dan endokardium di bahagian dalam.
Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang
beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya
dengan oksigen dari paru-paru.
Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium.
Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke
seluruh bahagian tubuh.
Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada
jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.
Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada
atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang
aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta.
Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada
jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar.
Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke
ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah
kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung.
Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonary dan aorta. Setiap injap
semilunar mempunyai tiga bucu
Fungsi utama jantung adalah menyediakan oksigen ke seluruh badan dan membersihkan badan
daripada hasil metabolisme (karbondioksida).
Jantung melaksanakan fungsi tersebut dengan mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen
dari seluruh tubuh dan mengepamnya ke dalam paru-paru, di mana darah akan mengambil
oksigen dan membuang karbon dioksida. Jantung kemudian mengumpulkan darah yang
beroksigen dari paru-paru dan mengepamnya kesaluran di seluruh badan.
Ketika berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan mengisi
darah ke dalam ventrikel kanan.
Darah dari ventrikel kanan akan dipam melalui hujung pulmoner ke dalam arteri pulmonari darah
(dipanggil diastol); selanjutnya jantung mengecut dan mengepam darah keluar dari ruang jantung
disebut sistol). Kedua-dua atrium mengendur dan mengecut bersama, dan kedua-dua ventrikel
juga mengendur dan mengecut sama.
Darah yang kehabisan oksigen dan mengumpul banyak karbondioksida dari seluruh tubuh
mengalir melalui 2 vena besar (vena kava) menuju ke dalam atrium kanan. Setelah atrium kanan
terisi darah, ia akan menghalakan, menuju ke paru-paru. Darah akan mengalir melalui saluran
yang sangat kecil (kapilari) yang mengelilingi ruang udara di paru-paru, menyerap oksigen dan
melepaskan karbon dioksida yang selanjutnya dihembuskan.
Darah yang banyak oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri. Peredaran
darah diantara bahagian kanan jantung, paru-paru dan atrium kiri disebut peredaran pulmoner.
Darah dalam atrium kiri akan dialir ke dalam ventrikel kiri, yang selanjutnya akan mengepam
darah yang beroksigen ini melalui hujung aorta masuk ke dalam aorta (arteri terbesar dalam
tubuh). Darah beroksigen ini disediakan untuk seluruh tubuh, kecuali paru-paru.
Jantung merupakan salah satu organ yang paling penting tubuh kita. Cuba anda bayangkan apa
yang akan terjadi kepada anda jika jantung anda mengalami kerosakan. Tentunya risiko yang
amat berat terpaksa ditanggung. Maut!!!. Itulah pengakhirannya. Masalah jantung terbahagi
kepada dua iaitu penyakit jantung dan serangan jantung.
Penyakit jantung adalah satu keadaan yang menyebabkan jantung tidak dapat melaksanakan
tugasnya dengan baik. Hal ini disebabkan otot jantung yang lemah. Ini adalah kelainan bawaan
sejak lahir. Otot jantung yang lemah membuat pesakit tidak dapat melakukan aktiviti yang
berlebihan dan jika ini berlaku ia akan menimbulkan rasa sakit di bahagian dada, dan kadangkala
boleh menyebabkan badan nampak kebiru-biruan. Pesakit lemah otot jantung ini mudah
pengsan.Pesakit jantung juga berisiko tinggi mendapat serangan jantung.
Serangan jantung adalah satu keadaan yang menyebabkan jantung tidak berfungsi. Situasi ini
biasanya berlaku mendadak, dan sering disebut kegagalan jantung untuk berfungsi.
Penyebabnya adalah pelbagai, namun punca utama biasanya adalah disebabkan aliran darah ke
otot-otot jantung tersumbat. Ini seringkali disebut penyakit kardiovaskular.
TEMPAT-TEMPAT NGERI PADA GANGGUAN JANTUNG
Apakah yang anda tahu tentang penyakit kardiovaskular?
Penyakit kardiovaskular merupakan suatu istilah untuk gangguan yang menyebabkan penyakit
jantung (kardio) dan pembuluh darah (vascular). Ada tiga jenis penyakit kardiovaskular. Yakni
penyakit jantung koroner, penyakit serebrovaskular, dan penyakit vascular periferi.
Penyakit jantung koroner adalah penyakit pembulur darah yang membekal jantung. Implikasinya
termasuk serangan jantung, sakit dada, dan degupan jantung tidak normal
Penyakit serebrovaskular juga merupakan penyakit pembuluh darah membekalkan darah ke
otak. Implikasinya meliputi stroke (kerosakan sel otak kerana kurangnya bekalan darah) dan
transient ischaemic attack (kerosakan sementara pada penglihatan, kemampuan berbicara, rasa
atau gerakan)
Penyakit vascular periferi
adalah penyakit pembuluh
darah yang membekalkan
darah ke tangan dan kaki yang
mengakibatkan rasa sakit
sekali sekala serta kebas otot
ketika melakukan senaman.
Potongan melintang arteri normal
Pengumpulan lemak pada dinding arteri
Koyakan pada dinding arteri
Pembuluh tersumbat oleh bekuan darah
Setelah mengetahui tentang bahaya penyakit ini, tentu anda akan berusaha untuk mengelakkan
daripadanya. Oleh itu, adalah perlu bagi kita untuk mengetahui apakah punca penyakit
kardiovaskular ini.
Serangan jantung dan stroke biasanya disebabkan oleh aterosklerosis (pengumpulan lemak)
pada dinding arteri pembuluh darah yang membekalkan jantung dan otak. Tompokan lemak ini
lama kelamaan akan membesar dan menebal sehingga mempersempitkan arteri dan
menghalang aliran darah. Akhirnya pembuluh darah akan mengeras dan bersifat kurang lentur.
Gangguan kardiovaskular yang disebabkan aterosklerosis dikaitkan dengan pengurangan aliran
darah kerana jantung dan otak tidak menerima bekalan darah yang cukup.
Penyembatan aliran darah ini boleh mengakibatkan siri kardiovaskular yang lebih serius
termasuk serangan jantung dan stroke.
Adanya sumbatan darah juga boleh
menyebabkan rangkaian di arteri terkoyak
yang kemudiannya membengkak dan boleh
menyebabkan seluruh darah sehingga
menyebabkan serangan jantung dan stroke.
Selain itu terdapat juga faktor lain yang
menyebabkan seseorang berisiko mendapat
penyakit kardiovaskular ini. Faktor risiko ini terbahagi kepada dua kumpulan, yang boleh kawal
dan tidak dapat dikawal.
80 peratus penyakit jantung koronari dan serebrokular disebabkan oleh faktor risiko yang boleh
dikawal. Faktor risiko jantung yang boleh dikawal termasuk kadar kolesterol darah yang tinggi,
hipertensi, diabetes mellitus, obesity dan gaya hidup kurang baik. Sementara faktor risiko yang
tidak boleh dikawal termasuk usia, jantina, dan sejarah penyakit kardiovaskular dalam keluarga.
Setelah mengetahui tentang risiko penyakit jantung, apakah anda masih merasa tidak ngeri
dengan penyakit ini? Jika jawapannya "ia" maka marilah kita bersama-sama mencari jalan untuk
mengelakkan penyakit ini.
Apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk mencegah penyakit ini??
Apakah makanan yang perlu saya hindar??
Kita semua sudah maklum
negara kita sering terdedah
dengan pelbagai masalah
kesihatan yang kronik dan
akhirnya mengundang kepada
kematian. Ia adalah kesan
daripada amalan gaya hidup
yang tidak sihat dan
ketidakseimbangan kesihatan
rohani dan jasmani dalam
kitaran hidup seharian.
Kementerian Kesihatan kerap
kali mengadakan kempen
kesihatan untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang penjagaan kesihatan yang
perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak
tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya
hidup sihat, "Tak Nak Merokok", makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu
mengubah pandangan masyarakat kita tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan sekaligus
mengamalkan gaya hidup yang sihat?
Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang
menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah
golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini,
apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil
lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat,
tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani
hidup yang bermakna pada masa hadapan.
"Kesihatan melambangkan kekayaan"
dan "Badan sihat, otak cerdas" sering
diungkapkan oleh orang ramai. Oleh
itu, kesihatan amat penting kepada kita
dan kita wajar menjaganya dengan
sempurna. Kita sanggup melakukan
pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap
kesihatan optimum seperti mengambil
pelbagai produk kesihatan dan ubat-
ubatan. Kesihatan diri sebagai
mahkota hidup kita.
Sekiranya kita sakit,semestinya kita tidak bermaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Oleh itu,
kita mestilah menajaga kesihatan diri kita supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang tidak
tanpa penyakit.
Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih
lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah
tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan
penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan
merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah
kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang
termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam
hidup.
Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan
timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, emosi, intelek dan
sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu,
penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat
meneruskan amanah dan tanggungjawab masing-masing secara harmoni. Kesihatan jasmani
boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan
aktiviti fizikal seperti senaman.
Kita juga perlu menjauhkan diri
daripada tabiat merokok yang boleh
merosakkan kesihatan. Kesihatan
jasmani yang baik juga akan memberi
kesan kepada kesihatan rohani yang
mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani
dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu
mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental
yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu
mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya
dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara
kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak
mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita.
Pelbagai penyakit timbul kerana
masyarakat kini kurang mengamalkan
gaya hidup sihat. Kesuntukan masa
untuk bersukan serta amalan
pemakanan yang tidak seimbang
mengundang pelbagai penyakit.
Menurut pakar kesihatan, aktiviti
riadah seperti berjogging
sebenarnya cara yang terbaik, mudah
dan murah untuk kita mengekalkan
berat badan yang sesuai dengan
umur kita, di samping mengelakkan
diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi, serangan sakit jantung
dan juga angin ahmar. Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan
masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada masa untuk
berehat demi menjaga kesihatan diri.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai tempat rekreasi yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di
tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti
berjogging, berkhemah, memancing, dan menunggang kuda.
Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kita
mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita melakukan aktiviti riadah
dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka akan memudahkan pembakaran lemak
berlebihan, melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam
darah dengan sempurna dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi.
Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat. Aktiviti ini lebih menyeronokan
sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan-kawan. Secara tidak langsung kita
boleh mengeratkan hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga
tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra
dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hubungan yang erat
sesama ahli keluarga seperti isi dengan kuku dapat melahirkan keluarga yang harmoni dan
mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja
Tindakan awal ialah seseorang
itu perlu mengamalkan satu
bentuk pemakanan yang
seimbang dalam
kehidupannya. Dalam keadaan
kehidupan sebenar, orang
ramai lebih suka mengambil
makanan yang bersifat mudah
seperti mengamalkan
pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari
ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai
kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai
penyakit kronik seperti sakit jantung, yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita.
Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana
kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua
mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh
menerusi pemakanan yang seimbang.
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.
Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan mengembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan
baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan kurang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur..