assign hak asasi manusia
TRANSCRIPT
1
INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN
14000 SEBERANG PERAI
PULAU PINANG
- ISU-ISU DALAMTAMADUN KONTEMPORARI –
HAK ASASI MANUSIA DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA
WAJ 3101
NAMA :
FAZNI BINTI ZANI
NUM KAD PENGENALAN :
680507 – 08 – 5106
NAMA PENSYARAH :
USTAZ SUBKI B. HJ MOHAMAD
TARIKH HANTAR :
28 APRIL 2012
2
3
N0. KANDUNGAN M/S1. PENGENALAN 42. ISU-ISU KONTEMPORARI 63. HAK-HAK ASASI MANUSIA 94. TANGGUNGJAWAB MANUSIA 175. KESIMPULAN 256. RUJUKAN 277. PENGHARGAAN 298. KOLABORASI 31
4
5
Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini
adalah datangnya dari warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah.
Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan
masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja dan
gereja Khatolik Rom pada suatu masa dahulu.
Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat Amerika Syarikat
(yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak asasi
manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-
hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang
dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan.
Ketiga-tiga hak asasi yang dikatakan ini lebih menjurus kepada hak individu.
Ini berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu.
Kepentingan ini menjadi penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat
terhadap pemikiran kepentingan kumpulan lebih penting daripada kepentingan
individu yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman pertengahan Eropah.1
1 http://cikgu06.blogspot.com/2011/04/nota-titas-bab-7.html
6
Media
Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran
maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun
7
sesebuah bangsa. Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi
memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak
Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita
antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka.
Ekonomi
Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis dan sistem ekonomi
komunis semuanya hasil pemikiran bijak pandai Barat yang menolak sistem
ekonomi kapitalis ataupun pasaran bebas . Terdapat banyak sistem ekonomi
yang bukannya hasil ciptaan masyarakat Barat. Sungguhpun demikian ,
semua daripada sistem ekonomi yang lain ini telah pupus akibat penggunaan
sistem ekonomi pasaran bebas ciptaan Barat yang telah berjaya dilaksanakan
di seluruh dunia.
Politik
Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan
penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun. Ini memberi
impak secara langsung dalam politik, struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya
negara-negara terbabit. Pada akhir penjajahan mereka menggunakan
pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan
globalisasi.
Sosial
Apabila kita membincangkan sosial dalam konteks kursus ini , kita
lebih melihat kepada sosial sebagai satu konsep yang diketengahkan dalam
bidang pengajian sosiologi. Terdapat dua makna umum bagi penggunaan
biasa perkataan sosial dalam bahasa Inggeris ; social atau socialable. Dalam
kebudayaan dan masyarakat Inggeris, socialable membawa maksud
seseorang yang cuba membuat baik dan membuat kawan dengan sesiapa
sahaja, dan orang tersebut dianggap sebagai baik dalam masyarakat
Inggeris.
Hak Asasi Manusia
Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari
ini datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah.
Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat Amerika Syarikat
8
(yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak
asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar
kebahagiaan.
Krisis Alam sekitar
Krisis alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada waktu
kini ada kaitannya dengan dua pemikiran barat yang penting, penguasaan
manusia terhadap dunia dan alam sekitar ( human’s dominance over nature)
dan manusia yang terbaik akan terus kekal (survival of the fittest). Keadaan
yang kita hadapi pada hari ini adalah berpunca daripada keengganan
sebahagian daripada masyarakat Barat untuk mengurangkan kegiatan
ekonomi mereka ke atas bumi yang membinasakan alam sekitar atas dasar
mereka berhak melakukannya.
Persepsi Jihad
Jihad adalah satu konsep agama Islam yang murni. Ia merupakan
satu cara bagaimana agama Islam mampu dipertahankan daripada
kemusnahan akibat serangan daripada musuh. Malangnya , jihad kurang
difahami oleh masyarakat Barat. Mereka menganggap bahawa jihad sebagai
perbuatan pengganas yang cuba mendapatkan sesuatu yang bertentangan
dengan undang-undang.
Etika dalam sains
Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat dengan pemikiran
Barat terhadap sains dan peranannya untuk menolong manusia memahami
dunia di sekeliling mereka. Etika dalam sains berasaskan kepada satu
falsafah teras iaitu kaedah kajian sistematik yang menggunakan sukatan
mutlak.
9
Kamus Dewan menakrifkan hak asasi sebagai hak yang dasar atau pokok
seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan
lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi
10
hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi
tafsiran yang lebih luas.
Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan
yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)
pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada
empat kebebasan utama iaitu:
1. kebebasan daripada ketakutan2. kebebasan daripada kemahuan3. kebebasan bersuara4. kebebasan kepercayaan.
Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
Perkara 5 - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang
zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;
Perkara 9 - Kebebasan daripada
dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara
sewenang-wenangnya.
Perkara 13 - Kebebasan untuk bergerak;
Perkara 20 - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan
persatuan; dan
Perkara 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara
langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
Perkara 16 - Hak untuk kehidupan berkeluarga;
Perkara 23 - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah;
Perkara 25 - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan
kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian,
perumahan dan pengawasan perubatan;
Perkara 26 - Hak untuk pelajaran; dan
Perkara 27 - Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam
kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan
11
sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.2
Hak – hak seperti yang dipentingkan yang tercatat diatas adalah seperti :
o Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia
berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan
hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah
pada satu masa dahulu di mana pihak raja dan Gereja mempunyai hak untuk
membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang
pembicaraan
o Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk
melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana
orang lain
o Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan
untuk mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju
dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang
cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.3
Perbezaan Paradigma Dalam Konsep Hak Asasi Manusia
Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori
oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada
kebanyakan negara-negara merdeka di dunia. Kumpulan lain juga menerima pakai
piawaian hak asasi manusia.
Komuniti Europah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan
Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang
mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota
Komuniti Eropah. Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan
Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan
Sunnah.
Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa
konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu
membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang
tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral,
ketenteraman awam serta kebajikan ummah.
2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia3 http://notarujukanipgm.blogspot.com/2012_01_01_archive.html
12
Bagi tamadun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan
dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan
negara. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius
sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih
individualistik. Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan
perbezaan persepsi antara hak asasi manusia.
Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu
dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat
semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.
STRUKTUR HUBUNGAN DALAM KONSEP HAK ASASI MANUSIA
Sejak awal abad ke-20, gelombang aspirasi ke arah kebebasan dan
kemerdekaan manusia dari penindasan penjajahan meningkat dan terbuka dengan
menggunakan demokrasi dan hak asasi manusia sebagai alat perjuangan yang
efektif . Kemuncak perjuangan kemanusiaan itu telah menghasilkan perubahan yang
sangat luas dan menyeluruh pada pertengahan abad ke-20 dengan munculnya
gelombang ketuanan sendiri di seluruh dunia dan menyaksikan terbentuknya
negara-negara baru yang merdeka dan berdaulat di seluruh dunia.
Sekarang, perjalanan sejarah manusia telah memasuki abad baru,iaitu abad
ke-21. Menjelang berakhirnya abad ke-20, kita telah menyaksikan berbagai
pergolakan yang terjadi di mana-mana yang secara dasarnya boleh membawa
kepada ketidakadilan serta ketidakbebasan seperti yang pernah dialami oleh
manusia pada era kolonial.
Kini, hubungan kekuasaan antara negara dan aliran perjuangan di zaman
dulu dan sekarang mengalami perubahan dari segi struktur. Dulu, hubungan
antarabangsa dimainkan oleh kerajaan dan rakyat yang terbahagi kepada
hubungan Kerajaan dengan Kerajaan,dan Rakyat dengan Rakyat. Sekarang, pola
hubungan itu berubah menjadi bervariasi, seperti Kerajaan dengan Rakyat dan
sebagainya.
Ini adalah bergantung kepada samada kekuatan terletak pada institusi
kerajaan atau kekuatan perseorangan rakyat biasa. Bahkan suatu pemerintahan
13
negara lain dapat bertindak untuk melindungi warganegara dari negara lain atas
nama perlindungan hak asasi manusia (suaka politik).Masalah yang kita hadapi ini
adalah kerana pemahaman terhadap konsep hak asasi manusia itu haruslah dilihat
dalam konteks ‘relationalistic perspectives of power’ yang tepat.
Bahkan, konsep hubungan kekuasaan itu sendiripun juga mengalami
perubahan berkenaan dengan kenyataan bahawa elemen-elemen kekuasaan itu
dewasa ini tidak saja terikat dengan kedudukan politik malah juga berhubung rapat
dengan kekuasaan pada sumber ekonomi, dan teknologi industri yang memainkan
peranan yang makin penting dewasa ini.
Oleh kerana itu, konsep dan prosedur-prosedur hak asasi manusia dewasa ini
selain harus dilihat dalam konteks hubungan kekuasaan politik, juga harus dikaitkan
dengan konteks hubungan kekuasaan ekonomi dan industri.
Konsep dan prosedur hak asasi manusia boleh dikaitkan dengan persoalan-
persoalan:
Struktur kekuasaan dalam hubungan antara negara yang dewasa ini dapat
dikatakan sangat tidak adil, dan cenderung hanya menguntungkan negara-
negara maju ataupun negara-negara yang menguasai dan mendominasi
proses-proses pengambilan keputusan dalam berbagai forum dan badan-
badan internasional, baik yang menyangkut kepentingan-kepentingan politik
mahupun kepentingan-kepentingan ekonomi dan kebudayaan.
Struktur kekuasaan yang tidak demokratis di kalangan negara-negara yang
menerapkan sistem otoritarianisme yang hanya menguntungkan segelintir
kelas penduduk yang berkuasa ataupun kelas penduduk yang menguasai
sumber-sumber ekonomi.
Struktur hubungan kekuasaan yang tidak seimbang antara pemodal dengan
pekerja dan antara pemodal dengan pengguna dalam bidang perindustrian.
Beberapa faktor yang dapat menyebabkan terjadinya pola hubungan ‘atas-bawah’,
baik pada peringkat tempatan, nasional, maupun global antara lain adalah faktor
kekayaan dan sumber-sumber ekonomi, politik, tingkat pendidikan, penguasaan
ilmu pengetahuan dan teknologi, nama baik, dan kekuatan fizikal, termasuk
kekuatan ketenteraan.
14
Makin banyak faktor-faktor tersebut di atas dikuasai oleh seseorang, atau
sekelompok orang ataupun oleh suatu bangsa, makin tinggi pula kedudukannya
dalam stratifikasi atau peringkat pergaulan bersama. Di pihak lain, makin tinggi
peringkat seseorang, kelompok orang ataupun suatu bangsa di atas orang lain atau
kelompok lain atau bangsa lain, makin besar pula kekuasaan yang dimilikinya serta
makin besar pula potensinya untuk memperlakukan orang lain itu secara sewenang-
wenang demi keuntungannya sendiri.
Dalam hubungan-hubungan yang tidak seimbang antara negara maju dengan
negara membangun, antara suatu pemerintahan dengan rakyatnya, dapat dapat
mencetuskan ketidakadilan yang mendorong munculnya gerakan perjuangan hak
asasi manusia dimana-mana. Oleh sebab itu, salah satu aspek penting yang tak
dapat dibuang berkenaan dengan persoalan hak asasi manusia adalah bahwa
persoalan ini berkaitan erat dengan dinamika ‘perjuangan kelas’ (istilah Karl Marx)
yang menuntut keadilan.
Cabaran Semasa Hak Asasi Manusia .
Pengakhiran perang dingin telah melahirkan berbagai pendapat untuk
mendefinasikan “orde dunia baru”. Setakat ini, masyarakat dunia kelihatannya masih
tercari-cari apakah maksud sebenarnya dan hasilnya lebih banyak masalah yang
timbul daripada penyelesaian.Masih banyak krisis hak asasi manusia perlu
diselesaikan antaranya penganiyaan, kemiskinan, pengangguran, tiada tempat
perlindungan, pelarian, dan anvaman terhadap kestabilan alam sekitar.
Disinilah letaknya peranan PBB sebagai badan induk dunia menyelaraskan
perlaksanaan Hak Asasi Manusia sejagat.Sebenarnya tidak ada cacat celanya
tentang PBB dari segi perancangan PBB berkenaan perlindungan Hak Asasi
Manusia, kerana setelah lebih 50 tahun ditubuhkan begitu banyak badan-badan
yang dikhususkan untuk melaksanakan tugas masing-masing di bawah PBB.
Apa yang perlu sekarang ialah mencari fomula bagaimana ia boleh
menjadikan rancangan itu sesuatu yang boleh direalisasikan dan bukannya tampak
hebat dari segi dasarnya sahaja.
Hak Asasi Sejagat dan Perbezaan Budaya.
15
Situasi ini membawa kepada dilema yang panjang. Bagaimana Hak Asasi
Manusia sejagat boleh diaplikasikan dalam dunia yang dipisahkan dengan
kebudayaan yang berbeza? Ini kerana setiap negara mempunyai sekurang-
kurangnya beberapa perbezaan untuk mendefinasi hak asasi manusia. Contohnya
Negara Islam yang melaksanakan hukum rejam sampai mati dikahalayak ramai
bagi penzina yang telah berkahwin akan dilabel sebagai pancabul hak asasi
manusia oleh pihak lain sedangkan apa yang dilakasanakan mereka selaras dengan
tuntutan agama dan mempunyai hikmah yang tersendiri.
PBB yang berharapan besar supaya isu hak asasi manusia ini diseragamkan
mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh kerana itu walaupun
telah diwujudkan deklarasi khas berkenaan hak asasi manusia sejagat, tetapi
banyak daripadanya tidak terialisasi seperti yang diharapkan..
Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Antarabangsa.
Hak asasi manusia secara jelasnya diwartakan dalam undang-undang
antarabangsa. Ia diwujudkan untuk memenuhi piagam PBB itu sendiri iatu hak asasi
manusia adalah milik semua dan tiada pengecualian. Semua manusia secara
azalinya dilahirkan dengan hak asasi dan ia bukan keistimewaan untuk golongan
tertentu sahaja.
Malah banyak lagi yang diwartakan tetapi yang paling popular dan menjadi
garis panduan umum ialah Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi manusia.Pelanggaran
kepada mana-mana perkara ini sebenarnya boleh dirujuk kepada Mahkamah
Keadilan antarabangsa(ICJ). Tetapi secara teknikalnya banyak kes pelanggaran hak
asasi manusia tidak dapat diheret ke mahkamah ini atas banyak sebab.
Dominasi Kuasa besar
16
Walau PBB yang ditubuhkan pada asalnya adalah untuk semua. Tetapi
timbul masalah apabila wujudnya dominasi kuasa besar dalam badan dunia itu.
Semuanya bermula dengan kemenangan dalam peperangan dunia kedua dan
sumbangan besar dalam penubuhan PBB. Paling dasyat apabila negara-negara
kuasa bessar ini iaitu Amerika Syarikat, Britain, Peranchis, China, dan Rusia,
dikurniakan kuasa veto yang boleh membatalkan apa-apa resolusi PBB yang tidak
selaras dengan kehendak mereka.
Tambahan pula mereka adalah anggota tetap majlis keselamatan PBB yang
diberi kuasa untuk menjaga keselamatan dunia. Mereka diberi tanggungjawab besar
ini sedangkan ditangan merekalah adanya senjata yang berbahaya yang mampu
memusnahkan dunia. PBB diletakkan harapan yang tinggi untuk memberi
pelindungan yang sepatutnya disediakan oleh lima anggota tetap, runtuh di atas
kelemahannya, tidak berdaya untuk melindungi negara miskin dan lemah.
Isu Berpanjangan
Palestin menjadi bukti kegagalan PBB dalam menangani isu hak asasi
manusia yang berterusan dalam jangka masa yang lama. Pembunuhan rakyat
Palestin yang tidak berdosa, meroboh rumah kediaman, memenjarakan mereka
yang disyaki pengganas,dan pengambilan tanah secara haram adalah isu yang telah
berlangsung setelah sekian lama.
Semuanya jelas mencabul hak asasi penduduk Palestin seperti yang
termaktub dalam Hak Kebebasan konvensyen Geneva kali ke-4 yang menyebut
dalam syeksen 14.1 Pembinaan dinding dan regim yang terlibat adalah sama sekali
bertentangan dengan undang2 antarabangsa. Keputusan yang diputuskan oleh
"Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dinaungi PBB berkenaan
pembinaan tembok itu yang disifatkan sebagai haram hanya menyaksikan
keputusan itu hanya sekadar menyedapkan halwa telinga masyarakat antarabangsa
sedangkan perlaksanaannya tidaklah seperti yang diharapkan.4
4 http://azlanz.b.tripod.com/alone/oleh.htm
17
Manusia adalah makhluk yang bertanggungjawab, merupakan makhluk yang
diberi beban tugas (mukallaf). Yang membebani tugas manusia adalah Allah dan
juga dirinya sendiri.Tanggung jawab lahir kerana manusia diberi kebebasan untuk
18
memilih dan diberikan seperingkat kebolehan dan potensi untuk
mengembangkan tugasnya.
Kebolehan itu adalah berbentuk hidayah. Hidayah inderawi berupa mata
untuk melihat, telinga untuk mendengar, kulit untuk meraba, lidah untuk merasa.
Hidayah akal untuk memikirkan dan bertemukan rumusan dan fenomena-fenomea.
Hidayah agama berupa rumusan yang tidak dapat diindera oleh panca indera dan
terbayang dalam fikiran.
Semuanya diberikan oleh Allah kepada manusia agar dapat melaksanakan
tugasnya dengan baik. Jadi betapa bijaksananya Allah memberikan sejumlah
perangkat kepada manusia sebelum memberikan tugas kepada manusia.
Tanggungjawab kepada diri sendiri
Manusia juga menerima tanggungjawab kepada dirinya sendiri. Seperti
contoh, mahu menjadi suami atau isteri dengan sukarela, maka dia telah menerima
tanggungawab tersebut kepada dirinya sendiri. Seorang pekerja, majikan dan
sebagainya juga menerima tanggungjawab kepada dirinya ketika menerima jawatan
tersebut.
Tanggungjawab berlaku seperti yang telah disebutkan diatas bila kita mahu
menerima tanggungjawab tersebut. Jika kita punya potensi untuk itu namun tidak
mengambil tanggungjawab maka akan ditanya di akhirat nanti, mengapa dia tidak
mengambil tugas tersebut. Apabila kita tidak mampu tapi mahu menerima maka
tanggungjawab terus mengikutinya.
Ketidakmampuan manusia harus dapat diatasi oleh dirinya sendiri sehingga
menjadi mampu mengembangkan tugas kerana telah menerima tugas tersebut.
Dosa apabila kita menerima tanggung jawab tapi sebenarnya kita tidak mampu.
Seperti dosa kita apabila kita mahu menikah tapi ternyata kita tidak mampu untuk
memberikan nafkah kepada isteri dan keluarganya.5
Titik-Tolak dan Manhaj Hak (Tanggungjawab) Manusia: Perspektif Islam dan
Barat
5 http://zikrihusaini.com/tanggungjawab-manusia-di-muka-bumi-allah/
19
Konsep hak dan tanggungjawab manusia dari perspektif Islam bertolak daripada
pandangan positif dan luhur terhadap peranan manusia. Allah telah mencipta
manusia sebagai khalifah di dunia ini untuk tujuan memakmurkannya dan
menegakkan hukum-hakam syariah sebagai perundangan-Nya. Allah berfirman
dalam surah Al-Baqarah ayat 30:
�يَف�ًة� ِل َخ� ْرِض�� اَأل ِف�ي َج�اِع�ٌل� �ي �ِّن ِإ �ًة� �َك �ِئ َم�َال �ِل ِل �َك� ُّب ْر� َق�اَل� �ْذ َو�ِإ
“Ingatlah (peristiwa bersejarah) ketika Tuhanmu bertitah kepada para Malaikat:
bahawa Aku ingin menobatkan di dunia ini (para) khalifah (para pelaksana
amanah-Nya)…”
Hak asasi manusia dalam Islam bertitik-tolak daripada keyakinan ini. Ia
berbeza dengan konsep hak asasi manusia dari perspektif Barat. Islam
beranggapan bahawa manusia mendapat penghormatan daripada Allah kerana
tugas kekhalifahan. Manakala kekhalifahan ini berhubung erat dengan ketaatan
(’ubudiyyah) kepada Tuhan.
Perspektif Barat menganggap hak tersebut adalah hak tabii, terbit daripada
konsep kedaulatan mutlak manusia yang superior dan tidak ada kedaulatan lain
yang mengatasinya.Penghormatan Islam kepada manusia yang bertitik-tolak
daripada penghormatan kerana anugerah adalah berkaitan dengan’ubudiyyah atau
ketaatan.
Ini bermakna ada masa dan tempoh tertentu di mana manusia akan terjejas
daripada mendapat penghormatan itu; apabila manusia bertindak bodoh,
menderhakai, kufur dan menjauhi tuntutan ’ubudiyyah tersebut. Atau apabila ia
menjauhi kebenaran yang menjadi nilai tambah yang penting untuk pengisian
maksud kemanusiaannya.
Hal ini tidak diakui oleh pemikiran perspektif Barat yang beranggapan
bahawa manusia tetap memiliki hak tabii tersebut walaupun ia menyimpang jauh;
melakukan keganasan dan kejahatan.Sistem pemikiran Barat dalam hal ini begitu
menghubungkan hak manusia dengan kedaulatan dan kebebasan individu semata-
mata.
20
Dari sini lahirnya sistem liberal demokrasi yang berteraskan kepada kontrak
sosial. Sistem ini menekankan keutamaan kepentingan individu mengatasi
kepentingan politik. Bertolak daripada pengertian ini lahir pula apa yang disebut
sebagai kebebasan ekonomi yang menjadi teras kepada dasar atau sistem ekonomi
liberal tanpa mempedulikan aspek moral atau fizikal dan yang berkaitan dengannya.
Perbezaan konsep hak asasi manusia dari perspektif syariah dengan
konsep Barat bukan hanya dalam peringkat wacana dan teori sahaja, malah turut
berbeza dalam aspek pendekatan dan amalan. Ini dapat kita lihat dalam aspek
berikut:
Implikasi konsep hak asasi manusia dalam manhaj syar’i berbanding
pemikiran Barat
Hak manusia dalam Islam pada dasarnya lahir daripada akidah tauhid.
Akidah tauhid tegak daripada kesaksian bahawa tiada tuhan yang disembah kecuali
Allah. Inilah sumber dan punca segala hak dan kebebasan. Allah yang Maha Esa
telah mencipta manusia sebagai makhluk yang merdeka dan mahu menjadikan
manusia itu bebas (daripada penindasan).
Hak asasi manusia terbit daripada penghormatan dan penghargaan Ilahi
terhadap insan berdasarkan nas yang jelas. Ia adalah sebahagian daripada konsep
Islam dan ’ubudiyyah kepada Allah. Ia juga merupakan fitrah manusia di mana Allah
menjadikan manusia bersesuaian dengan fitrah.Hak asasi manusia adalah anugerah
Allah yang diberikan-Nya kepada manusia.
Ciri khas hak-hak dalam Islam ini ialah ia bersifat menyeluruh; merangkumi
segenap hak samada hak politik, hak ekonomi, hak sosial dan hak budaya. Ia juga
merupakan hak umum yang dinikmati oleh setiap orang yang tunduk kepada Islam;
tanpa mengira warna kulit, bangsa atau bahasa. Seterusnya hak tersebut
bersifat ‘Kamal’ atau sempurna dan tidak boleh dilupuskan sebab ia sebahagian
daripada syariat.
Konsep dan pendekatan hak asasi manusia dari perspektif Barat pada
umumnya telah menelurkan beberapa versi kefahaman yang sangat merbahaya
kepada peradaban manusia. Apabila hak manusia itu lahir daripada hak tabii, maka
rujukan dalam penyelesaian pertikaian adalah kepada hukum tabii iaitu siapa kuat
dia menang dan selamat.
21
Hak asasi manusia dari perspektif Islam merangkumi semua yang
berkaitan dengan Islam dan tidak bersifat chauvinistic
Implikasi penegasan Islam tentang hak asasi manusia berkait erat dengan
kewujudannya sebagai insan yang bergantung pula kepada perlaksanaan iltizam
terhadap tuntutannya. Maka, manusia boleh meningkat ke jinjang nilai yang lebih
tinggi dengan ketinggian komitmen akidah dan penghayatan nilainya. Penghijrahan
seseorang ke Dar al-Islam menyebabkan ia akan dapat menikmati segala hak
sebagai warganegara tanpa diskriminasi.
Penerimaan seorang bukan Islam menjadi Ahl al Zimmah berdasarkan kepada
kontrak sosial khusus memungkinkan dia menikmati segala perlindungan hak, skim
kebajikan, keamanan dan hak untuk dipertahankan keselamatannya serta hak-hak
lain yang tidak diperoleh melainkan dengan kerelaan menerima perundangan
setempat atau perundangan negara Dar al Islam.
Ini kerana hak manusia menurut persepsi Islam adalah
hak syumuliyyah; merangkumi semua manusia tanpa mengira bangsa. Apabila
manusia dengan sengaja memilih untuk berpegang kepada agama atau ideologi
tertentu dan rela melaksanakan tuntutannya, dengan itu ia telah menetapkan apakah
jenis hak dan kewajipan yang akan dilaksanakannya dalam masyarakat Islam
tersebut.
Berbanding dengan hak dalam pemikiran Barat, ia dihubungkaitkan dengan
kebebasan individu dan dengan keupayaan individu untuk meraihnya secara
realiti.Oleh sebab itu para penatar fahaman hak dalam sistem demokrasi liberal
Barat dalam rangka melindungi hak ini dalam masyarakat mereka terpaksa menyeru
agar dihalang dan disekat kuasa kerajaan sedapat mungkin supaya jentera dan
jabatannya tidak menjadi perkakas untuk menindas dan mengongkong.
Hak manusia menurut Islam adalah hak yang tetap dan sejajar dengan
fitrah manusia dan keperluan peribadinya
Perbezaan di antara hak dari perspektif Islam dengan perspektif Barat
terletak dalam penganalisaan teori, sumber dan motif memperakukannya. Dari sudut
sumber umpamanya, kita dapati bahawa sumber hak dalam Islam ialah perintah dan
larangan wahyu Allah yang thabit sebagai dalil syar’i di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Perlaksanaan hak itu bergantung kepada perlaksanaan atau iltizam individu Muslim
berkenaan secara rela dan ikhlas terhadap tuntutan Islam itu sendiri sebagai
22
menepati ketaatan kepada Allah dan Rasul, walaupun ia bercanggah dengan
kepentingan dan kehendak peribadi.
Hak-hak tersebut juga dilunaskan melalui pemerintah Islam yang sah dan
diberi sewenang oleh Islam untuk menegakkan keadilan di kalangan orang ramai,
mencegah kezaliman, menyampaikan hak kepada orang yang berhak di samping
melunaskan kepentingan orang ramai dan kebajikan masyarakat.
Hak asasi manusia dalam Islam terperinci dan dilindungi oleh instrumen
perundangan syarak
Perbezaan begitu terserlah di antara hak-hak syariah berbanding hak-hak
dalam pemikiran Barat. Hak-hak dalam Islam begitu dicerakinkan dengan jelas dan
tidak dibiarkan kabur dalam peristilahan yang longgar. Nas-nas Al-Quran dan hadis
datang menerangkan secara definitive hak tersebut dan mencegah berlakunya
pencabulan dan pengabaian terhadapnya; iaitu dengan pengharaman hukuman
bunuh ke atas jenayah bunuh kerana kononnya menjaga nyawa manusia.
Syariat dan perundangan Islam mewajibkan jihad untuk menghapuskan
pemerintahan tirani (tyrannic) yang membenarkan perhambaan manusia kepada
manusia. Ia mengharamkan zina dan qazaf demi melindungi nama baik dan
maruah. Ia mengharamkan riba dan monopoli bagi memastikan kesinambungan
peluang mencari sara hidup yang halal kepada orang ramai serta menghalang
pemerasan dan penindasan orang yang berkuasa, kaya dan berpengaruh terhadap
golongan rakyat yang lemah dan miskin.
Perundangan Islam juga mewajibkan negara Islam yang sah agar mengurus
dan menjamin kesejahteraan semua lapisan masyarakat, menghalang kezaliman
dilakukan kepada rakyat biar siapapun pelakunya. Ia memperakukan kepada umat
kaedah dan manhaj keadilan yang syar’i dan absah dalam masyarakat.Dalam
konteks tindakan salah laku dan penyelewengan yang boleh mensia-siakan hak
manusia, syariat menetapkan hukuman dan sanction tertentu bagi membendung
gejala seperti itu.
Keseimbangan Antara Hak dan Tanggungjawab
23
Syariat Islam telah menyusun atur masyarakat secara yang seimbang atau
berimbang. Hak yang dinikmati oleh seseorang adalah imbalan kepada
perlaksanaan tanggungjawab yang disempurnakannya. Seandainya ada segolongan
anggota masyarakat Islam yang mengadu kerana kezaliman yang telah menghakis
hak mereka, maka itu adalah kesan daripada pengabaian segolongan yang lain
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sepertimana yang telah
diwajibkan oleh Allah.
Kewajipan tersebut ialah untuk menegakkan keadilan Ilahi di maya pada ini.
Manakala matlamatnya telah diungkapkan sendiri oleh Allah melalui firmannya
dalam surah Ar-Rahman ayat 7 hingga 9):
اَن� َم�يَز� اِل َو�َو�َض�َع� ِف�َع�َه�ا ْر� َم�اء َو�اِلَّس+
اَن� َم�يَز� اِل ِف�ي �ْطَغ�ْوا َت اَّل+� َأ
اَن� َم�يَز� اِل َوا ُر3 3ْخَّس� َت َو�اَّل� ِق�َّسِط� �اِل ُّب َن� ْو�ْز اِل َق�يَم3ْوا� َو�َأ
“Dan langit dijadikannya (berbumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-
undang dan peraturan neraca keadilan.
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan.
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu
mengurangi barang yang ditimbang.”
Perlaksanaan amali terhadap tuntutan ayat ini dihuraikan oleh hadis Rasulullah, nabi
yang amanah dan maha guru agung manusia:
“Setiap orang daripada kamu adalah pengelola. Ia bertanggungjawab terhadap
orang di bawah kelolaannya. Pemimpin negara pengelola dan
bertanggungjawab terhadap (rakyat) di bawah kelolaannya. Suami pengelola
keluarga. Dia bertanggungjawab mengelola keluarganya. Isteri juga pengelola di
rumah suaminya. Ia bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah
kelolaannya. Pembantu rumah juga pengelola terhadap barangan rumah
majikannya. Ia bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya.
Setiap kamu (sebenarnya) adalah pengelola dan bertanggungjawab terhadap
apa yang di bawah kelolaannya.”
24
Hadis di atas mengungkapkan kebijaksanaan mengurus di mana setiap orang
dibekalkan dengan rasa tanggungjawab yang boleh melicinkan perlaksanaan tugas
masing-masing. Hadis ini mengutarakan konsep atau teori sektor berjinjang.
Ketetapan bermula daripada unit yang paling kecil dalam negara iaitu keluarga
sehinggalah kepada unit yang paling besar iaitu pemerintah negara.
Berdasarkan rentetan tanggungjawab seperti dalam penjelasan Ar-Rasul di
atas, maka setiap orang dalam negara Islam mempunyai dua peranan; sebagai
pengelola atau pelaksana dan dalam masa yang sama dia juga merupakan anak
buah, iaitu atas tanggungjawab orang lain pula.Demikianlah perbincangan mengenai
hak manusia yang merupakan suatu tema yang sulit dan sukar, justeru hak-hak itu
merupakan sendi keseluruhan binaan syariat. 6
6 http://madani.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=18:hak-asasi-manusia-dalam-islam-konsep-dan-falsafah&catid=6:artikel
25
SETIAP rakyat Malaysia mempunyai hak asasi sebagai manusia yang
dilindungi undang-undang. Hak asasi ialah asas kepada kebebasan, keadilan dan
keamanan dunia. Pengabaian hak asasi manusia akan mengakibatkan kemusnahan
26
kepada alam dan penghuninya.Contohnya,setiap manusia mempunyai kebebasan
beragama dan mengamalkan kepercayaan mengikut agama dianuti, tetapi
kebebasan beragama ini tidak terpakai kepada ‘manusia yang beragama Islam’
kerana kepada setiap Muslim, menukar agama bukan hak tetapi satu kesalahan.
Hakikat ini bukan menidakkan kesamarataan antara manusia tetapi kerana
sifat hak asasi itu sendiri yang tertakluk kepada kebebasan beragama.Sifat
terpenting hak asasi seperti termaktub dalam deklarasi antarabangsa hak asasi
manusia bersumberkan al-Quran dan Sunnah seperti ‘Universal Islamic Declaration
of Human Rights 1981’ dan ‘Cairo Declaration of Human Rights in Islam 1990’ dan
Barat seperti ‘Universal Declaration of Human Rights 1948’ adalah keterbatasan hak
itu.
Kebebasan tanpa batas seperti yang sering dilaungkan apabila manusia
menuntut hak individu sangat bercanggah dengan sifat hak asasi yang berasaskan
kebebasan individu dan keadilan masyarakat. Memang benar hak asasi
mempertahankan hak setiap individu, tetapi sekiranya hak individu menafikan hak
masyarakat, hak individu harus diketepikan untuk menjamin keadilan yang lebih
penting dan manfaat yang lebih besar.
Hari ini, ramai yang memahami hak asasi dalam konteks hak tanpa batasan.
Atas sebab itu sekatan ke atas hak asasi individu yang bertujuan menjaga gangguan
lebih besar dikatakan penafian hak asasi dan perlu ditentang.Oleh sebab itu hak
asasi dalam Deklarasi Antarabangsa bersifat umum, kerana ia bertujuan memberi
peluang kepada negara di dunia merangka hak asasi dalam konteks setempat
dengan syarat tidak bertentangan dengan objektif dan tujuan hak asasi manusia.
Sebagai masyarakat yang bertamadun tinggi, kita seharusnya sedar bahawa
kehidupan ini adalah berdasarkan keamanan seperti yang disaran oleh setiap
agama di dunia ini dan juga menghormati hak asasi manusia yang sedia ada.Kini,
sudah menjadi suatu kebiasaan bagi masyarakat dunia menyuarakan pendapat
mereka terhadap isu-isu hak asasi manusia melalui perhimpunan aman dengan
tujuan suatu resolusi dapat dikecapi. 7
7 http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-317072.html
27
28
http://cikgu06.blogspot.com/2011/04/nota-titas-bab-7.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia
http://notarujukanipgm.blogspot.com/2012_01_01_archive.html
http://azlanz.b.tripod.com/alone/oleh.htm
http://zikrihusaini.com/tanggungjawab-manusia-di-muka-bumi-allah/
http://madani.ikram.org.my/v1/index.php?
option=com_content&view=article&id=18:hak-asasi-manusia-dalam-islam-
konsep-dan-falsafah&catid=6:artikel
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-317072.html
29
30
ASSALAMUALAIKUM
USTAZ SUBKI B. HJ. MOHAMAD
( Pensyarah Jabatan Pengajian Tamadun Islam )
WAJ 3101
Saya, Fazni bt Zani , bersyukur ke hadrat Ilahi , dengan rahmatnya dapat saya
menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Saya telah mendapat
banyak manfaat dari tugasan ini memandangkan saya berpeluang mencari bahan
dengan kendiri menggunakan laman sesawang yang jarang saya gunakan suatu
ketika dahulu. Kini ia tidak lagi merupakan sesuatu yang pelik dan menyukarkan
bagi saya.
Selain itu , saya juga mendapat banyak maklumat tentang TAMADUN ISLAM
khasnya tentang hak-hak asasi dan tanggungjawab manusia.
Kerja kursus ini juga telah membantu dan mengajar saya untuk pandai
membahagi masa demi tugasan yang perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan
dan antara tanggungjawab kepada tugas saya sebagai seorang guru, juga kepada
keluarga dan seorang pelajar di IPG ini.
Saya juga telah menerima penjelasan tentang kerja kursus dengan lengkap ,
jelas dan senang difahami. Ia memudahkan saya untuk melengkapkan kerja kursus.
Di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Ustaz Subki b.
Hj Mohamad yang telah banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini tanpa
rasa ada bebanan. Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
suami dan keluarga saya yang sentiasa memberikan kerjasama dan pemahaman
yang tinggi agar saya dapat menyiapkan tugasan dengan baik. Tidak lupa juga
kepada semua kawan-kawan sekelas saya di IPG.
Akhirnya, saya bertekad akan terus berusaha dalam menghadapi pengajian
dalam Program PPG ini dengan tekun dan tabah sehingga berjaya. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih
31
.
32