assignmebt hbhe 3203 final

19
1.0 Pengenalan Sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999). Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang 1

Upload: ikmal-hisham-bong-abdullah

Post on 10-Jun-2015

4.968 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignmebt hbhe 3203 final

1.0 Pengenalan

Sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan

persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi

terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-

pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari

persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat

menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah

yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang

sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang

bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).

Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah

yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku

pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar

mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar

di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna.

Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat

daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi. Keganasan yang

dimaksudkan ialah sebarang tingkah laku bermasalah yang serius serta emosi yang ditunjukkan

oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku agresif yang serius, serangan berbentuk fizikal,

membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain tingkah laku personal yang berbahaya. Jika kita

mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah merujuk kepada keselamatan dalam

masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar

berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa

ke sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri.

Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat

ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek

perundangan tidak harus diabaikan.

1

Page 2: Assignmebt hbhe 3203 final

Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan

warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi,

dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek

keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan,

disiplin, dan tingkah laku.

Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan

warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi,

dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek

keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan,

disiplin, dan tingkah laku.

2.0 Tatacara Penggunaan Stor Sukan

Stor sukan digunakan sebagai tempat menyimpan alat-alat sukan supaya ianya selamat

dan tidak mudah rosak. Ini disebabkan alat-alat tersebut boleh mencecah harga ribuan ringgit.

Antara pengurusan setor sukan yang baik ialah ia perlu ada rekod inventori, rekod keluar dan

masuk peralatan (bila dan siapa yang guna serta kelulusan oleh siapa). Peralatan sukan yang

merbahaya seperti lembing, cakera, tukul besi, tiang lompat tinggi, panah dan sebagainya tidak

boleh digunakan tanpa pengawasan atau penyeliaan daripada guru sukan yang terlatih. Ia

hendaklah disimpan dan dijaga dengan rapi di tempat yang selamat.

2.1     Tatacara Penggunaan Am.

Sentiasa menjaga kebersihan stor.

Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan.

Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan. Mematuhi peraturan

stor sukan yang telah ditetapkan.

Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.

Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.

2

Page 3: Assignmebt hbhe 3203 final

Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk-alat-alat sukan.

Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.

Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.

Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.

Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan

selamat.

2.2     Tatacara Penggunaan Murid.

Dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.

Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang

digunakan.

Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan.

Memakai pakaian sukan atau seragam yang lengkap.

Mendengar talklimat keselamatan daripada guru tentang pelan keselamatan, operaturan

dan tatacarta penggunaan peralatan yang betul.

2.3 Tatacara Pengurusan Guru.

Menjaga kebersihan stor sukan.

Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.

Memadamkan suis apabila keluar dari stor.

Mempunyai pelan keselamatan.

Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.

Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.

Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

3.0 Tatacara Penggunaan Kantin

Kantin dan dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelajar

semasa waktu rehat dan perhimpunan sekolah. Kesesakan boleh berlaku apabila sesuatu lokasi

menjadi tumpuan pelajar pada satu-satu masa, lebih-lebih lagi jika kawalan terhadap disiplin

3

Page 4: Assignmebt hbhe 3203 final

pelajar adalah longgar. Bayangkan jenis-jenis kemalangan yang boleh berlaku dalam keadaan

kesesakan. Antaranya ialah terjatuh dan bergaduh. Dalam keadaan kesesakan, pelajar yang saiz

badannya lebih kecil berkemungkinan ditolak oleh pelajar yang lebih besar saiz badannya.

Pengawasan daripada guru dan pengawas sekolah amatlah penting dalam memastikan pelajar

dapat begerak dan berbaris secara teratur semasa membeli makanan di kantin dan semasa

perhimpunan sekolah.

3.1 Tatacara Penggunaan Am.

Pengusaha berbincang dengan chef untuk memilih menu yang bersesuaian yang

diperlukan untuk pelajar dan guru dan jumlah masakan yang mencukupi untuk pada satu-

satu masa.

Menghitung keperluan bekalan masakan yang mencukupi untuk menu harian yang telah

di tetapkan .

 Memeriksa bekalan yang dihantar oleh pembekal untuk kuantiti,kesegaran dan kualiti

bahan bekalan.

 Mengaturkan jadual baik-pulih dan penyenggaraan peralatan kantin

Hubungi segera kontraktor untuk baik pulih peralatan yang rosak.

Menyelia selia dapur dan kawasan kaunter luar untuk mentukan penyediaan makanan

dilakukan secara bersih, betul dan cukup kuantitinya.

Menentukan semua peralatan hidangan makanan seperti talam (tray) ,cawan ,pinggan dan

sudu-garpu sentiasa mencukupi dan dalam keadaan bersih.

Menyelesaikan segala masalah dan rungutan pelanggan dengan cara

professional.tentukan prinsip dan polisi“Customers Always Right”.

 Mengawal selia semua pekerja bawahannya menjalankan tugas dengan sempurna.

3.2   Tatacara Penggunaan Murid.

Ikut arahan guru dan pengawas bertugas.

Gunakan sabun dan tuala yang disediakan.

Buang sisa makanan dalam plastik dan tong sampah yang disediakan.

Jangan guna sinki yang rosak dan tersumbat.

4

Page 5: Assignmebt hbhe 3203 final

Dibenarkan makan dan minum pada waktu rehat sahaja.

Murid-murid tidak boleh berada di kantin sekolah semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.

Murid-murid tidak boleh membawa makanan atau minuman keluar dari kawasan kantin.

Murid-murid hendaklah makan dan minum dalam keadaan tertib semasa berada di kantin

sekolah.

Murid-murid harus beratur semasa membeli makanan / minuman, tidak membuat bising

dan berebut-rebut.

Murid-murid dilarang meninggalkan sisa makanan dan pembalut makanan di atas meja

makan.

Murid-murid dikehendaki membuang sisa makanan dan pembalut makanan ke dalam

tong sampah yang disediakan.

Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur dan tempat menjual makanan di

kantin.

3.3 Tatacara Pengurusan Guru.

Berrtanggungjawab memastikan kebersihan kantin terjaga.

Memastikan suasana kantin dalam keadaan terkawal.

Memastikan kemudahan kantin terpelihara dan melaporkannya jika terdapat kerosakan.

Masukkan bekas makanan dan minuman dalam bekas yang disediakan.

Guru disiplin menyediakan pengawas bertugas semasa rehat.

Guru kantin menyediakan peraturan penggunaan kantin dan paparkan di kantin.

4.0 Tatacara Penggunaan Dewan/Foyer

Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang dapat menempatkan jumlah pelajar

yang ramai pada satu-satu masa. Oleh itu, aspek keselamatan dalam mencegah kebakaran

hendaklah sentiasa diutamakan. Kecederaan dan kehilangan nyawa boleh berlaku semasa

kebakaran akibat pintu kecemasan terkunci dan laluan kecemasan terhalang oleh barang-barang

5

Page 6: Assignmebt hbhe 3203 final

dan perabot. Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam tertakluk kepada peraturan

pembinaan yang memerlukan pintu dan laluan kecemasan dibina untuk kegunaan

menyelamatkan diri semasa kebakaran. Pihak sekolah mestilah memastikan pintu dan laluan

kecemasan tidak dikunci dan dihalang. Ia juga hendaklah ditanda dengan arahan yang jelas dan

mudah dilihat. Ruang yang selamat untuk berkumpul semasa kebakaran juga hendaklah dikenal

pasti oleh pihak sekolah. Penyediaan alat pemadam api yang sesuai dan loceng kecemasan

hendaklah sentiasa diselenggara. Warga sekolah juga hendaklah dilatih berkaitan fire drill

supaya mengetahui langkah-langkah dan tindakan yang perlu dilakukan semasa kebakaran.

4.1     Tatacara Penggunaan Am.

Sila jaga keselamatan harta benda di dalam dewan ini.

Sila kendalikan peralatan dengan cermat dan berhati-hati.

Sila laporkan sebarang kehilangan atau kerosakan bahan atau peralatan dewan kepada

guru yang bertanggungjawab secepat mungkin untuk tindakan sewajarnya.

Sila kembalikan bahan-bahan atau peralatan yang telah digunakan ke tempat asal selepas

menggunakannya.

Dilarang membawa keluar sebarang bahan atau peralatan milik dewan tanpa kebenaran.

Sila pastikan semua suis (lampu, kipas dll) ditutup sebelum meninggalkan dewan ini.

Sila pastikan semua tingkap, pintu dan grill ditutup dan dikunci selepas menggunakannya

untuk tujuan keselamatan.

Sila serahkan kunci dewan ke pejabat sekolah sebaik sahaja selepas menggunakannya.

Guru / pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa pulang kunci dewan atau pun

membuat kunci pendua (duplicate) dewan.

4.2     Tatacara Penggunaan Murid.

Murid-murid mesti diiringi dan diawasi oleh guru sepanjang masa ketika dewan itu

digunakan.

Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan dan memastikan dewan berada dalam

keadaan yang kemas selepas digunakan.

Semua peralatan dan kelengkapan dalam dewan hendaklah berada pada kedudukan yang

asal.

6

Page 7: Assignmebt hbhe 3203 final

Murid-murid dilarang makan atau minum di bilik khas dan dewan.

Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam dewan ini tanpa kebenaran dan

pengawasan oleh guru.

Dilarang membuat bising yang melampau di dalam dewan.

Sila jaga kebersihan di dalam dan di luar dewan

Dilarang menconteng meja, kerusi dan bahan-bahan lain di dalam dewan ini.

Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam dewan ini.

Tidak dibenarkan merosak sebarang harta benda di dalam dewan ini.

4.3 Tatacara Pengurusan Guru.

Guru yang berhasrat menggunakan dewan mestilah memaklumkan dan membuat

tempahan 2 (dua) hari lebih awal dengan penyelaras bilik tersebut.

Guru yang menggunakan dewan mestilah mengisi buku ‘Rekod Penggunaan Dewan’

setiap kali menggunakannya.

Setiap guru yang menggunakan dewan ini adalah bertanggungjawab mengawal pelajar.

5.0 Tatacara Penggunaan Bilik Komputer

Dalam pengurusan makmal komputer , beberapa aspek perlu di di ambil kira supaya

penubuhan makmal komputer dapat direalisasikan secara berkesan. Antara aspek yang paling

ialah mengenai kemudahan fizikal dan perkakasan. Bilik mestilah selesa dan keluasannya

mencukupi untuk menampung bilangan komputer, ini pula bergantung kepada peruntukan yang

diberi oleh Kementerian Pendidikan , Syarikat Swasta atau orang perseorangan. Bilik komputer

sesuai dan boleh dihubungkan secara "Local Area Networking" menggunakan Windos Nt untuk

program pembelajaran berbantukan komputer boleh dijalankan.Peralatan untuk pengajaran

komputer seperti perisian, panel LCD, OHP dan skrin tayangan perlu diadakan.

Kemudahan perabut yang mencukupi termasuk meja, kerusi, almari, rak, papan tulis

(white board) dan perkakasan lain seperti penyedut hampagas dan penyapu. Sistem pendawaian

elektrik pula mestilah selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian

7

Page 8: Assignmebt hbhe 3203 final

Pendawaian Jabatan Kerja Raya atau pengesahan dari pihak swasta yang bertauliah. Alat bantuan

kebakaran seharusnya disediakan sebagai langkah persediaan untuk kebakaran.

Lokasi makmal komputer sebaik-baiknya hendaklah berhampiran dengan bilik guru atau

pejabat sekolah. Ini kerana dari segi keselamatan ia mudah dikawal selia juga memudahkan guru

dan pelajar berulang-alik. Elakkan bilik komputer yang berjauhan dan terpencil, ini akan

memudahkan berlakunya pecah masuk terutamanya pada masa cuti sekolah.

5.1     Tatacara Penggunaan Am.

Semua peralatan rangkaian ( switch, modem, hub, router dll) hendaklah diletakkan

di tempat yang dikhaskan contohnya dalam rak atau di bilik server.

Setiap sekolah bertanggungjawab menjaga bilik server dalam keadaan baik.

Pastikan bilik server mempunyai penghawa dingin atau kipas di dalam suhu yang

bersesuaian.

Sila pastikan bahawa peralatan rangkaian tersebut bebas dari risiko atau gangguan

elektrik, habuk, kilat, banjir atau kecurian.

Pastikan bilik server atau komputer server hanya boleh dimasuki atau digunakan oleh

Guru Akses yang dipertanggungjawabkan sahaja.

Jika komputer server rosak, guru-guru dibenarkan masuk dan diawasi bersama Guru

Akses di sekolahtersebut.

Semua kabel rangkaian hendaklah dipasang dengan kemas seperti di bawah lantai

atau melalui conduit, yang mana bersesuaian.

Sebarang pemasangan point tambahan yang dibuat oleh sekolah dan hendak

disambungkan ke rangkaian yang disediakan oleh pihak Unit ICT hendaklah mendapat

kebenaran / dimakluman terlebih dahulu.

Rack, Switch, Router, Modem, Kabel rangkaian atau Komputer Server yang

diletakkan oleh Guru Akses tidak boleh dialihkan kedudukannya melainkan diberitahu

dahulu kepada pihak sekolah dan mestilah mendapatkan pengesahan untuk mengubah

kedudukan berhubung perkara tersebut.

Penggunaan aktiviti internet seperti melayar laman web (“surfing”) atau membuat kerja-

kerja pejabat di komputer Server adalah dilarang sama sekali ini.

8

Page 9: Assignmebt hbhe 3203 final

Aktiviti internet seperti melayari laman web lucah, perjudian, dan laman-laman web

yang negatif juga adalah dilarang sama sekali di setiap komputer jabatan.

Semua aktiviti penggunaan internet direkodkan dari masa ke semasa.

Aktiviti memuat turun (“download”) file Aplikasi (.EXE) juga adalah dilarang . Ini

adalah kerana majoriti Aplikasi berbahaya seperti virus, worms, spyware berada di

dalam setiap komputer yang memuat turun (“download”) free screen saver, wall

paper dan sebagainya.

5.2     Tatacara Penggunaan Murid.

Murid-murid tidak dibenarkan berebut-rebut masuk ke bilik komputer.

Murid-murid adalah dilarang sama sekali untuk membawa makanan dan minuman ke

dalam Makmal Komputer.

Tanggalkan kasut sebelum masuk ke bilik computer dan susun dengan teratur di bahagian

luar makmal komputer sekolah.

Murid-murid tidak dibenarkan memasuki makmal komputer  tanpa kehadiran guru

mereka.

Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik komputer dengan sesuka hati.

Murid-murid tidak dibenarkan membuka dan menutup komputer sendiri tanpa kebenaran

Guru Komputer.

Murid-murid dilarang mencalar komputer.

Murid-murid dilarang membuat bising dalam bilik komputer.

Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan bilik komputer sepanjang masa.

Sekiranya komputer anda berlaku gangguan, laporkan kepada Guru Komputer dengan

segera.

Tidak dibenar menggunakan kemudahan internet tanpa pengetahuan guru.

Kebenaran daripada guru mestilah diperolehi sebelum melaksanakan urusan cetakan.

Murid-murid dilarang sama sekali memasuki Bilik Pelayan (server).

Murid-murid adalah dilarang berada di dalam makmal tanpa kebenaran, pengetahuan dan

pengawasan daripada guru.

Murid-murid hendaklah mencatatkan nama di dalam Buku Kehadiran / Buku Log

Penggunaan Komputer.

9

Page 10: Assignmebt hbhe 3203 final

Murid-murid hendaklah berpakaian sesuai, kemas, sopan dan tidak mencolok mata ketika

berada di dalam makmal.

Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan terminal stesen kerja yang telah ditetapkan

oleh guru.

Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu ketenteraman pelajar

lain ketika berada di dalam makmal.

Murid-murid tidak digalakkan membawa disket atau ‘thumb drive’ yang tidak ada kena-

mengena dengan proses pembelajaran di dalam makmal untuk mengelakkan serangan

virus.

Murid-murid adalah dilarang sama sekali untuk ‘install’ perisian @ aplikasi lain ke dalam

komputer di dalam Makmal Komputer.

Murid-murid juga tidak dibenarkan membuat sambungan perkakasan tambahan kepada

komputer tanpa mendapat kebenaran / pengesahan guru.

Murid-murid hendaklah melaporkan kepada guru dengan segera sekiranya berlaku

sebarang masalah dengan sistem komputer.

5.3 Tatacara Pengurusan Guru.

Semua pengguna makmal mestilah menerima taklimat keselamatan makmal daripada

penyelaras makmal komputer sekolah sebelum menggunakan makmal.

Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan serta arahan

yang diberikan dari semasa ke semasa.

Mendapatkan kebenaran penyelaras makmal komputer sebelum menggunakan

kemudahan makmal.

Membuat tempahan awal/kebenaran bertulis/mengisi jadual  penggunaan kemudahan

makmal komputer.

Menggunakan kemudahan dalam makmal mengikut langkah-langkah yang ditetapkan.

Mematuhi panduan yang betul semasa menghidup dan mematikan semua peralatan

komputer.

Mencatatkan maklumat penggunaan makmal pada buku log penggunaan makmal (guru

bertugas) dan buku log penggunaan komputer (pelajar).

Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan

10

Page 11: Assignmebt hbhe 3203 final

dan perisian dalam makmal komputer kepada penyelaras makmal atau wakilnya dengan

SEGERA.

 Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam makmal

komputer tanpa kebenaran daripada guru penyelaras.

Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.

6.0 Rumusan

Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung

masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan

sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya. Setiap warga sekolah mestilah

mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku

sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat

berjalan dengan baik.

Pendedahan bagi menangani konflik secara berkesan dapat dilaksanakan melalui kursus

dan latihan. Ia boleh disampaikan kepada ibu bapa, pelajar dan warga sekolah. Antara

kandungannya meliputi kemahiran cara berkomunikasi, penyelesaian masalah, Kemahiran

membuat keputusan, empati, mengenalpasti kewujudan gangter, kemahiran perundangan dan

lain-lain. Aktiviti berbentuk arahan bermula daripada informal kepada formal dan dari

perancangan dan pelaksanaan.

Kawalan Keselamatan adalah bermaksud persekitaran yang menunjukkan wujudnya

kesedaran dan kawalan terhadap keselamatan serta mewujudkan rasa bebas dari ancaman

keselamatan. Iklim yang selamat dan selesa menggambarkan wujudnya perancangan

keselamatan sekolah melalui kawalan, sistem komunikasi, pengawasan, lencana pengenalan diri,

kad kebenaran, tanda nama pelawat dan kawalan dari pengawal keselamatan.

Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan

Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu

bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau

keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang

program/polisi sekolah selamat dan membantu dalam mengurusan sebelum dan selepas krisis

11

Page 12: Assignmebt hbhe 3203 final

berlaku. Jawatankuasa ini juga boleh bertindak sebagai jawatankuasa pemandu untuk penilaian

kendiri dan perancangan.

Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara

bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga

seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian

Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi

perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira

elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.

RUJUKAN

Akhbar Utusan (Edisi Online). 16 November 2004. Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan Di Sekolah. http://www.utusan online .com.my. Dicapai pada 28 Februari 2012

Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. Lebih 100 Pelajar disyaki Keracunan Makanan. ”http://www.utusan online .com.my

Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang. Dicapai pada 28 Februari

12

Page 13: Assignmebt hbhe 3203 final

Azrina Ahzan (1999). Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah. Berita Minggu 11 Jun 1999. Halaman 4.

Beyer, D. (1997). School Safety and The Legal Rights of Students.No.121.

Comer, J.P. (1998). Model of The School Development Program Success. New Haven, CT: Comer School Development Programme, Yale Child Study Center.

Hussein Mahmood (1993).Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Pendidikan di Malaysia. Memartabat Pendidikan

Negara. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999. Penubuhan KelabPencegahan Jenayah di Sekolah Menengah.

Mohd.Ismail Othman (2004).Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besa. Pahang: PTS Publications & Distributions Sdn.Bhd.

Mohd Noorazam Abdul Razak, Che Ishak Ismail, dan Albeny Joslyn Pantin (2011). HBHE 3203 Kebersihan dan Keselamatan persekitaran. Selangor. Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Salleh Buang (1996). Sejarah Undang-Undang Malaysia: Kes dan Material. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

13