assignment hubungan etnik (13 mei)
DESCRIPTION
Sesiapa yang kena buat assignment untuk subjek hubungan etnik dekat Universiti....ini salah satu assignmentTRANSCRIPT
PERISTIWA 13 MEI
SEBELUM DAN SELEPAS
MOHAMAD AZIM BIN MOHD ADAM
AHMAD SHAFIQ SHAMSUDDIN BIN JUMAAT
KEJURUTERAAN MEKANIKAL/SEKSYEN 17/1 DDJ
EN.RASHEED MOHAMMED KUTTY
PENGHARGAAN
Dalam usaha menyediakan projek penyelidikan ini, saya ingin berterima kasih kepada
En.Rasheed Mohammed Kutty sebagai penyelia yang telah banyak memberi bimbingan dan
idea kepada kami terutamanya dalam bidang sejarah serta perancangan. Saya juga ingin
berterima kasih kepada rakan seperjuangan yang sama-sama mengusahakan projek
penyelidikan khususnya kepada saudara Ahmad Syafiq Shamsudin bin Jumaat kerana telah
memberi beberapa maklumat mengenai rusuhan 13 Mei dan mencari sumber maklumat.Akhir
sekali, saya dan saudara Ahmad Syafiq ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua
ibu bapa kami yang dikasihi.
PENDAHULUAN
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan keunikannya
terserlah dengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman
sentosa. Di nagara kita, hubungan kaum dapat dilihat dari segi hubungan-hubungan yang
berbentuk konflik, persaingan dan kerjasama. Hubungan konflik antara kaum di Malaysia
banyak digambarkan melalui peristiwa 13 Mei 1969. Merujuk kepada hubungan persaingan
pula ia dapat digambarkan menerusi persaingan dari segi pendidikan, peluang pekerjaan dan
kebudayaan. Sementara itu, hubungan kerjasama biasanya melibatkan kerjasama atau pakatan
dalam bidang politik.
Sejarah hubungan kaum di Malaysia bermula di sekitar abad ke enam belas lagi,
semasa kerajaan Melayu Melaka. Ramai golongan pedagang Cina, India, Jawa mahupun
Arab yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hubungan kaum yang wujudnya
interaksi yang amat terhad atas dasar kepentingan ekonomi sahaja.Namun begitu, kehadiran
kuasa-kusa barat khususnya Inggeris telah membawa kepada lahirnya tahap baru yang
dikenali sebagai tahap kontak luaran yang didasari oleh adanya pergantungan untuk
kepentingan hidup terutamanya dari aspek pengkhususan dalam ekonomi. Manakala tahap
kompromi berkembang menjelang kemerdekaan negara apabila kaum yang berbeza
menyedari kepentingan bersama, lalu mewujudkan kompromi demi untuk menjaga
kepentingan bersama. Tahap ini biasanya melibatkan kompromi politik dan ekonomi.
Tahap perpaduan berlaku apabila kaum-kaum di Malaysia yang hidup
berkompromi mula hidup bersatu dan mempunyai kecenderungan yang sama mula
mempelbagaikan kerjasama dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Namun
2
begitu, di peringkat ini kerjasama yang wujud masih bersifat luaran sahaja. Kerjasama antara
kaum-kaum lama-kelamaan mewujudkan perasaan ‘kekitaan’ dan hubungan antara kaum
bukan hanya didasarkan kepentingan tetapi juga rasa tanggungjawab.
SITUASI SEBELUM PILIHAN RAYA 1969
Versi rasmi 13 Mei 1969 dimulakan dengan pertengkaran perkauman yang mencapai satu
kemuncak yang tidak pernah berlaku sebelum itu pada tahun 1960an.Perkembangan pasca-
Merdeka telah mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja dan petani begitu
juga dengan sesetengah golongan kelas menengah bukan melayu.Perangkaan tentang
pembahagian pendapatan menunjukkan keadaan pekerja dan petani semakin
merosot,antaranya termasuk kemerosotan mutlak pendapatan keluarga sebenar (sumber dari
Laporan Ekonomi Perbendaharaan 1974).Lebih-lebih lagi pekerja dan kelas menengah bukan
melayu bersungut kerana dasar bumiputra kerajaan yang bersifat diskriminasi, bukan sahaja
dalam bidang pekerjaan malah juga dalam pendidikan,biasiswa dan pemberian lesen.Oleh itu
sepanjang masa lima minggu kempen Pilihan Raya Negeri dan Persekutuan 1969 adalah jelas
menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Perikatan tidak menumpukan perhatian terhadap
perasaan kecewa dan prasangka yang telah sekian lama terpendam di kalangan orang-orang
bukan melayu sejak beberapa tahun lalu.Persoalan-persoalan yang terpendam itu adalah
tentang hak istimewa orang melayu, kedudukan istemewa orang melayu berhubung dengan
pekerjaan,kuota 4:1 yang dinikmati oleh orang melayu dalam jawatan-jawatan perkhidmatan
awam dan usaha-usaha yang dianggap dilakukan secara halus untuk memperseimbangkan
kedudukan orang-orang melayu dengan cina dalam lapangan perdagangan dan perusahaan.
“Telah diperkatakan bahawa penduduk-penduduk Kuala Lumpur yang terdiri daripada orang-
orang Cina dan Melayu telah diperintah selama 15 tahun oleh Perikatan berasa bahawa
mereka itu tertindas”(Goh Cheng Teik, The May 13th Incident and Democracy in Malaysia,
halaman 24). Pertikaian antara kaum seolah-olah hamper tidak dapat dielakkan disebabkan
oleh penghinaan kaum yang dilakukan secara sewenang-wenangnya dan tanpa perasaan
bertanggungjawab oleh parti pembangkang dan Perikatan.
Mengikut seorang pemerhati, “Undang-undang yang tidak bersurat tentang soal-soal
perkauman telah dilanggar oleh parti Perikatan dan pembangkang.Mereka telah melibatkan
diri dengan perkara-perkara itu” (Dipetik oleh N.J Funston, Malay Politics in Malaysia:A
Study of UMNO and PAS, 1980, halaman 208).Emosi orang-orang Cina dan Melayu telah
hamper meletus.Sungguhpun kempen itu berjalan tanpa sebarang kejadian buruk tetapi
perasaan tegang telah mulai ketara apabila hari mengundi (10 Mei) hampir.Pucuk pimpinan
3
Perikatan tidak mempunyai sebarang formula baru untuk berjuang dalam pilihan raya itu
menentang ancaman yang dibuat oleh Parti Pembangkang yang terdiri daripada Parti Islam
Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Gerakan Rakyat Malaysia
(GERAKAN) dan Parti Progresif Rakyat (PPP).Manifesto pilihan raya Perikatan lebih
merupakan penyatuan kerajaan.Sungguhpun manifesto itu tegas,berpatutan tetapi penyata itu
tidak banyak mengandungi pengertian yang besar.Manifesto itu member ringkasan tentang
kejayaan Perikatan dalam masa beberapa tahun ia berkuasa,dengan menumpukan perhatian
terhadap kemajuan ekonomi,pertahanan,keselamatan,hal ehwal luar dan perpaduan kaum.
Mengenai perhubungan Melayu-Cina pula, bahagian yang amat penting itu adalah
merupakan perkara yang akhir sekali dinyatakan.Manifesto itu menyatakan bahawa “suasana
keadaan sejarah telah merenggangkan hubungan antara kaum dan memisahkan mereka dari
segi ekonomi.Kebanyakan penduduk luar bandar adalah orang-orang Melayu dan mereka
menjalani hidup dengan cara ekonomi secukup hidup sahaja dan disebabkan oleh kita
memberi mereka itu keutamaan yang sepatutnya kita dituduh mengamalkan perbezaan
kaum”.Adalah disahkan bahawa kedudukan orang-orang yang tidak berada (orang-orang
Melayu) mestilah disamaratakan dengan taraf ekonomi orang Cina, sungguhpun dasar ini
tidak bertujuan untuk merampas hak sesiapa pun untuk maju ke depan.Manifesto itu telah
menuntut bahawa tiada sebuah parti pembangkang pun yang telah membuktikan
kebolehannya untuk memenuhi keperluan masyarakat majmuk Malaysia.Jika bukan Perikatan
yang memerintah,proses perpecahan kaum dan malapetaka yang tidak dapat dibayangkan
akan berlaku.(R.K Vasil, The Malaysian General Election of 1969, 1972, halaman 56-
59).Perikatan member tekanan yang berat dalam mengekalkan hak keistimewaan orang-orang
Melayu dalam kempen pilihan raya.Dalam siaran Radio Malaysia pada 9 Mei, Tunku sekali
lagi telah menegaskan tentang pembahagian kuasa antara orang-orang Melayu dan Cina.
“Orang-orang Melayu memperolehi kuasa politik dan orang-orang Cina dan India mendapat
kuasa ekonomi”. Dengan adanya baik sangka dan persefahaman antara kedua belah pihak itu
akan Berjaya mewujudkan keamanan dan keharmonian dan ini akan membawa kemakmuran
kepada negara.Segala yang berhubung dengan UMNO,musuh utamanya adalah PAS.PAS
merupakan parti pembangkang yang tertua sekali.Parti itu bukan sahaja Parti Islam tetapi
juga Parti Perkauman Melayu dan menentang hebat orang-orang Cina(Rahman,
op.cit.,halaman 28).
Parti itu berjanji bahawa jika ia berjaya ia akan mewujudkan sebuah negara islam di
Malaysia,serta meminda Perlembagaan agar lebih berbentuk Melayu daripada bercorak
Malaysia.Pendiriannya dibayangkan dengan nyata dalam cogan katanya: ‘bangsa,agama dan
4
Tanah Melayu’.Tumpuan kuasa utamanya adalah Kelantan tetapi parti itu turut mempunyai
pengikut di Terengganu,Perlis,Kedah termasuk juga utara Pulau Pinang.Kebanyakan
penduduk di negeri-negeri tersebut adalah orang Melayu.Parti ini juga telah menuduh UMNO
menyokong dan menjual negara ini daripada orang-orang Melayu kepada orang-orang
Cina.Namun pengaruh PAS tidak berapa kuat di negeri pantai barat semenanjung. Di negeri
ini lebih ramai penduduk bukan Melayu dan negeri itu lebih terdedah kepada gaya hidup
moden dan dipengaruhi dengan kemajuan ekonomi barat.UMNO telah mengatasi perkara ini
dengan mengatakan bahawa PAS mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Malaya di
selatan Negara Thai.Tuduhan ini merupakan satu perkara yang meresap ke dalam hati mereka
kerana ia sentiasa diingati bahawa MCP(Parti Komunis Malaya) mempunyai ahli yang
kebanyakannya adalah orang-orang Cina.UMNO juga telah mengatakan bahawa PAS tidak
berbuat apa-apajua untuk kemajuan ekonomi Kelantan,sungguhpun parti itu telah menguasai
Kerajaan Negeri semenjak tahun 1959.UMNO telah menawarkan bantuan kewangan yang
banyak untuk pembangunan Kelantan dimana ini dianggap sebagai menagguk di air keruh
oleh Yang DiPertua PAS),jika Parti itu mendapat undi yang banyak dalam pilihanraya
(Vasil,op.cit.,halaman 27-28).Dua lagi tuduhan telah dibuat terhadap PAS untuk
mencemarkan nama baiknya di mata orang-orang Melayu.Pertama parti itu telah dituduh
mempunyai persefahaman pilihanraya dengan DAP.Dari segi teorinya, DAP bukannya parti
perkauman, tetapi dari segi kaca mata orang-orang Melayu ia adalah parti orang-orang Cina
dengan mempunyai hubungan dengan PAP di Singapura.Kedua Tunku menuntut bahawa
PAS telah menerima bantuan kewangan daripada PAP di Singapura melalui DAP.
PAS dan DAP telah menuduh pula bahawa Perikatan telah menerima bantuan wang
daripada CIA.Tunku telah menafikan serta-merta dengan bersumpah dengan Al-Quran dalam
masjid.DAP pula dianggap sebagai ancaman terbesar kepada MCA.Sungguhpun DAP
menuntut bahawa ia bukannya sebuah parti perkauman,tetapi ia dikuasai oleh orang-orang
Cina.Parti itu telah menuduh bahawa MCA telah menyerahkan hak orang-orang Cina kepada
UMNO dalam Perikatan.Perjuangan DAP adalah berdasarkan ‘Prinsip Perisytiharaan
Setapak’ yang ini telah diisytiharkan oleh Jawatankuasa Umum bersama-sama dengan ahli-
ahli Jawatankuasa Cawangan di Setapak,Kuala Lumpur pada 19 Julai 1967.Secara Ringkas,
parti itu menentang perbezaan kaum serta menyokong konsep perjuangan PAP ‘Malaysia
untuk rakyat Malaysia’.Parti itu telah berpendapat bahawa Malaysia akan wujud sebagai
sbuah negara yang berbilang kaum,agama,masyarakat dan bahasa(sumber dari Who lives if
Malaysia dies? Democratic Action Party, Petaling Jaya 1969, halaman 20-21).Manifesto
pilihan raya DAP ialah ‘Menuju Arah Malaysia untuk Rakyat Malaysia’.Perikatan telah
5
menuduhnya sebagai sebuah parti perkauman yang menentang hak Melayu, hak istimewa
orang Melayu dan memperjuangkan PAP.Cawangan-cawangannya telah didaftar semula di
Semenanjung Malaysia setelah Singapura berpisah dari Malaysia.DAP telah mengadakan
pakatan pilihan raya dengan Gerakan dan PPP dengan tujuan untuk mengelakkan perpecahan
dalam undi pembangkang.Strategi ini memainkan peranan yang penting dalam member
pukulan hebat kepada Perikatan dalam pilihan raya itu.Gerakan telah ditubuhkan pada tahun
1968 sebagai sebuah parti bukan perkauman oleh beberapa orang cendiakawan termasuk juga
ahli-ahli politik lain yang turut serta daripada Parti Demokratik Bersatu (UDP).UDP telah
dimansuhkan pada tahun 1968 dan parti itu telah menyokong Parti Gerakan yang baru sahaja
ditubuhkan itu.Gerakan juga disertai oleh ahli-ahli yang keluar dari Parti Buruh
Malaya(LPM).UDP telah ditubuhkan pada tahun 1962 oleh Dr.Lim Chong Eu,seorang doktor
perubatan swasta dan bekas Yang Dipertua MCA.Beliau telah membantu menaja Gerakan
dan kemudiannya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.LPM pula mempunyai sejarah yang
tersendiri.Parti itu telah ditubuhkan pada awal tahun 1950-an dan pemimpinnya terdiri
daripada ahli-ahli professional yang menerima pendidikan Inggeris.Mereka terdiri daripada
golongan cendekiawan sosialis tetapi mereka telah meninggalkan parti itu,setelah parti
tersebut diresapi oleh sebilangan besar orang-orang Cina yang menerima pendidikan Cina
pada penghujung tahun 1950-an.Mereka merupakan pelampau-pelampau Cina dari
Johor,Melaka,Selangor dan Pulau Pinang.Negeri-negeri itu ramai didiami oleh orang-orang
Cina.Mereka menentang Melayu dan meyokong kuat pelajaran dan kebudayaan Cina.LPM
telah dituduh oleh kerajaan mempunyai hubungan dengan komunis dan merupakan barisan
depan MCP.
LPM telah tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya.Barangkali disebabkan oleh
keputusan dasar yang telah dibuat oleh MCP bahawa pilihan raya itu adalah untuk mengabui
mata semata-mata dan patut dipulaukan.(Rahman.,op.cit,halaman 45).Sementara itu LPM
telah terlibat dalam pembunuhan seorang ahli UMNO di Pulau Pinang pada bulan April,dua
minggu sebelum hari membuang PLM.Sepuluh hari kemudian salah seorang daripada ahli
parti itu ditembak mati oleh polis kerana melawan ketika cuba hendak ditangkap di Kuala
Lumpur.LPM kemudian telah mengadakan perarakan mayat secara besar-besaran di Kuala
Lumpur pada 9 Mei 1969, sehari sebelum pilihan raya.Rusuhan kaum yang serius hampir
berlaku jikalau tidak dengan kebijaksanaan dan kesabaran pihak polis.Berdasarkan laporan
rasmi, LPM telah ‘mengabaikan arahan polis’ lalu mengadakan perarakan besar-
besaran.Ditaksirkan kira-kira 10000 orang telah mengambil bahagian dan berjalan melalui
pusat bandar Kuala Lumpur dengan tidak mengendahkan sama sekali segala arahan
6
polis.Mereka meneriakkan cogan kata MaoTse-tung dan menyanyikan lagu komunis ‘Timur
itu Merah’.Mereka mempamerkan gambar Mao Tse-tung dan bendera merah.Perarakan itu
telah melalui pusat bandar Kuala Lumpur dan hal ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas
hampir di setiap jalan besar dalam bandar raya.Mereka telah membangkitkan kemarahan
orang-orang Melayu yang berdiri di tepi-tepi jalan dengan meneriakkan cogan kata ‘Malai
si’(Melayu Mati) dan ‘Hutang darah dibayar darah!’.Gerakan pula telah berkempen dengan
cogan kata, ‘Persamaan Hak,Keadilan dan Persamaan Peluang Untuk Semua:Tujuan
Kami’.Antara matlamat Gerakan ialah untuk mengurangkan dua pertiga suara terbanyak di
Parlimen supaya Perikatan ‘tidak akan dapat mengubah-ubah lagi hak-hak dan jaminan hidup
kita dalam Perlembagaan’.Gerakan juga telah menentang amalan rasuah.Pada masa itu rasuah
merupakan masalah yang besar di Malaysia.Professor Al-Atas sebenatnya telah menulis
sebuah buku tentang perkara itu (Lihat Syed Hussein Alatas, The Sociology of Corruption,
Singapore,1968).Sungguhpun parti itu menerima taraf dan dasar Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan sebagaimana tercatat dalam Perlembagaan,tetapi Gerakan lebih suka
dalam menggunakan semua bahasa serta menyokong kuat penubuhan Universiti Kebangsaan
dan Universiti Merdeka.Bahasa-bahasa Melayu,Cina dan Tamil boleh dipelajari sehingga ke
peringkat university.Parti ini juga mahukan sekolah menengah Cina dan Tamil
dikekalkan.Gerakan memperjuangkan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu
padu dengan mempunyai pandangan dan matlamat yang sama.Pengaruh Parti Progresif
Rakyat pula tertumpu di Perak.Parti itu telah ditubuhkan untuk memperjuangkan hak orang-
orang Cina di bawah pimpinan dua orang peguam adik-beradik daripada bangsa Ceylon-
Tamil.Salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia sebelum pilihan raya tahun
1969.Cogan kata pilihan raya PPP adalah ‘Malaysia untuk Rakyat Malaysia’.Semasa pilihan
raya yang pertama pada tahun 1955, parti itu telah menyokong hak istimewa orang-orang
Melayu dan pendirian Perikatan tentang bahasa dan soal-soal pelajaran.Bagaimanapun
selepas kemerdekaan,sikap PPP telah berubah sama sekali dengan menyusun semula
dasarnya, kepada menentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu.Parti itu secara terang-
terang memperjuangkan dasar berbagai-bagai bahasa dan untuk mendapatkan pengiktirafan
rasmi Bahasa Cina dan Tamil.Parti itu juga lebih menonjolkan sikapnya menyokong Cina
daripada DAP.Walaupun Yang Dipetuanya bukan Cina tetapi kebanyakan daripada
penyokongnya adalah orang-orang Cina.
PILIHAN RAYA 1969
Pembuangan undi telah diadakan pada 10 Mei 1969.Keputusan pilihan raya itu telah tidak
memuaskan hati pihak Perikatan.Di peringkat Parlimen,Perikatan telah memenangi 66 buah
7
kerusi dan sepuluh daripada calonnya telah Berjaya menang tanpa bertanding di
Sabah.Perikatan pasti memperolehi suara terbanyak dalam Dewan Rakyat yang mempunyai
144 ahli itu.Keputusan pilihan raya di Malaysia Timur telah dilewatkan dan tidak diadakan
pada masa yang sama sebagaimana Semenanjung Malaysia.Pilihan raya di Malaysia Timur
itu akan menentukan sama ada ia masih dapat mengekalkan dua pertiga suara tebanyak di
Parlimen.Tanpa kemenangan dua pertiga, Perikatan tidak mempunyai kuasa untuk meminda
Perlembagaan melainkan ia berjaya mendapatkan sokongan beberapa orang ahli
pembangkang.Keputusan itu bermakna bahawa Perikatan telah memenangi 23 buah kerusi
kurang daripada pilihan raya tahun 1964.Dengan kata lain, Perikatan telah kehilangan 25.84
peratus daripada kerusi yang dahulunya dipegang oleh parti tersebut.MCA telah kalah dengan
teruk sekali.Parti itu hanya memenangi 13 buah kerusi daripada 33 buah kerusi yang
dipertandingkan,iaitu 14 buah kerusi MCA berbanding pula dengan 13 buah kerusi yang
dimenangi oleh DAP.Tambahan pula, daripada 13 buah kerusi ini,tiga kerusi telah tidak
ditandingi.Tiga telah dimenangi di kawasan pilihan raya yang kebanyakan penduduknya
terdiri daripada orang-orang Melayu.MIC telah memenangi dua daripada tiga buah kerusi
yang telah ditandinginya itu.Pada tahun 1964,parti telah memenangi tiga buah kerusi.UMNO
yang merupakan parti utama daripada ketiga-tiga buah parti yang mewujudkan Perikatan itu
telah memenangi 51 buah kerusi daripada 67 buah kerusi yang ditandinginya.Dengan kata
lain,parti itu telah memenangi 8 buah kerusi kurang daripada pilihan raya tahun 1964 (The
Straits Time 11 Mei 1969).Perubahan yang ketara sekali telah berlaku kepada Perikatan
dalam pilihan raya di peringkat negeri.Di Malaysia, pilihan raya negeri telah diadakan pada
masa yang sama sebagaimana pilihan raya peringkat persekutuan.Pulau Pinang telah kalah
kepada Gerakan.Hanya empat orang calon daripada 24 orang calon UMNO sahaja yang telah
menang dalam pilihan raya itu.Gerakan telah memenangi 16 buah kerusi,DAP tiga dan
sebuah kerusi lagi dimenangi oleh parti pembangkang.Kelantan telah dimenangi oleh PAS
dan ini telah mengejutkan UMNO kerana parti itu telah merancang untuk mengalahkan parti
lawan dengan teruknya.Gerakan dan DAP telah berjaya dengan cemerlang di Selangor
dengan kekalahan di pihak Perikatan.Kejayaan mereka nyata sekali bukan sahaja di ibu kota
Kuala Lumpur,tetapi juga Selangor.Di Selangor pembangkang memenangi separuh daripada
28 buah kerusi (DAP Sembilan,Gerakan empat,Bebas satu), dan di Perak,Perikatan hanya
berjuang bermati-matian untuk mengekalkan kuasa.Perikatan telah memenangi hanya 19
buah kerusi daripada 40 buah kerusi.
Perikatan bernasib baik sekali kerana Gerakan enggan menyertai sebarang percampuran
dengan parti-parti pembangkang agar Perikatan masih dapat menguasai Majlis Mesyuarat
8
Undangan Negeri Selangor dan Perak.Keadaan ini telah dilihat oleh orang-orang Melayu
sebagai sangat serius.Orang-orang Melayu berkehendakkan kedudukan mereka dikaji
semula.Adalah jelas bahawa parti-parti pembangkang mempunyai benteng pertahanan yang
kuat,Perikatan terpaksa menghadapi puak pembangkang yang mempunyai ramai ahli
daripada kaum Cina di Parlimen buat pertama kali semenjak Perikatan berkuasa.Pengarah-
pengarah pilihan raya UMNO telah bermesyuarat secara tertutup sebaik sahaja keputusan
pilihan raya diketahui lalu menuntut agar Jemaah Menteri mempunyai bilangan orang-orang
Melayu yang lebih ramai.Desakan telah dibuat bahawa Menteri Melayu mestilah dilantik
untuk memegang Kementerian Perdagangan dan Perindustrian serta Kementerian
Kewangan.Pada masa-masa yang lalu kedua-dua Kementerian itu telah dipegang oleh
Menteri Cina yang dilantik daripada kalangan MCA(Goh,op,cit,halaman 16-17).Kedudukan
Tunku sendiri dalam UMNO telah merosot dengan dasyat sekali setelah Akta Bahasa
Kebangsaan diluluskan.Pejuang-pejuang Bahasa Kebangsaan telah mengkritik beliau kerana
tidak mahu bertegang dengan orang-orang Cina.Dari segi takrifnya,Perikatan telah menang
tetapi parti-parti pembangkang telah berjaya memperbaiki kedudukan mereka.Pada 11 da 12
Mei 1969,DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan-perarakan ‘kemenangan’ di Kuala
Lumpur.Beberapa perarakan itu tidak mendapat kebenaran polis,dan ini telah diikuti oleh
beberapa perarakan kecil yang lain. Beberapa orang penyokong DAP dan Gerakan telah pergi
ke rumah Dato’Harun Idris, menteri Besar Selangor dan Pengerusi UMNO cawangan
Selangor lalu menyatakan kepadanya supaya berhenti kerana beliau bukan lagi Menteri
Besar. “Perarakan kemenangan itu”,tulis Tunku Abdul Rahman, “telah diadakan secara tidak
teratur,dari segi politik,dan diikuti dengan tindakan kasar tanpa mengendahkan arahan polis
setelah perarakan raksaksa itu tamat.Perarakan itu telah melalui jalan-jalan yang tidak
dibenarkan polis dan perbuatan mereka itu telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu
lintas di merata-rata tempat dan akibatnya…”(Rahman,op,cit,halaman 76).Perarakan yang
tidak terkawal itu perlahan-perlahan telah memasuki bandaraya dan melalui Kampung
Baru,sebuah kampung Melayu yang terbesar di Kuala Lumpur.Di sini 30000 orang Melayu
tinggal dan perarakan itu telah mengumpat dan menghina dengan mengeluarkan kata-kata
seperti ‘Melayu sudah jatuh’, ‘Kuala Lumpur sekarang Cina punya’, ‘Ini negeri bukan
Melayu punya,kita mahu halau semua orang Melayu’ dan kata-kata seumpama itu.
RUSUHAN BERMULA (13 MEI 1969)
Pada hari Selasa, MCA yang ditewaskan dengan teruknya dalam pilihan raya,
mengumumkan bahawa ia menarik diri daripada cabinet,sementara kekal menjadi satu
komponen Perikatan.Sebelum pilihan raya, Tun Razak telah memberi amaran kepada
9
pengundi Cina bahawa jika mereka tidak mengundi MCA, mereka akan hilang segala
perwakilan Cina dalam kerajaan.Di ibu pejabat UMNO di Batu Road,perasaannya ialah
demokrasi sudah terlampau dengan kata lain hegemoni politik orang Melayu betul-betul
berbahaya sekarang.Nampaknya jawatan menteri besar di kedua-dua negeri Selangor dan
Perak sangat mungkin dipegang oleh orang bukan Melayu.
“Secara keseluruhan,rusuhan bermula lewat petang hari Selasa (13 Mei). Yeoh Tech Chye
selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan
kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Tapi permohonan maaf sudah terlambat dimana pemuda Melayu dari seluruh Selangor mula
berhimpun di depan kediaman Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris.Satu perarakan
membalas balik telah dirancang oleh Pemuda UMNO.Perarakan ini akan berakhir di satu
perhimpunan di Istana Suleiman berhampiran Batu Road,tetapi polis tidak
meluluskan.Sementara mereka masih berhimpun demi perarakan tersebut,kekacauan meletus
di bahagian Melayu Kampung Baru yang berhampiran, di mana dua buah lori dimiliki orang
Cina dibakar.Pada 6.30 petang,khalayak ramai yang marah meluap-luap berarak di Jalan Raja
Muda menuju ke Batu Road.Sekumpulan lain keluar dari Kampung Baru menuju ke Jalan
Hale, satu satu lagi keluar dari bahagian Melayu masuk ke kawasan Cina.Pada 7.15 petang, di
persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road telah penuh sesak dengan kumpulan
pengganas seramai lebah.Lebih banyak lagi kenderaan dipecahkan dan kedai-kedai orang
Cina dibakar.Pemilik kedai Cina dan India di Batu Road berkumpul dan membentuk satu
“pasukan keselamatan daerah” dan melengkapkan diri dengan apa saja yang dapat dicari
anbtaranya ialah parang,galah,batang besi dan botol.Saya Nampak seorang lelaki tua dengan
kasihannya memegang sebatang penyodok.Lelaki-lelakiyang berdiri di belakang sebuah lori
yang berulang-alik di atas jalan itu mendesak orang ramai supaya bersatu.Seorang budak
berusia 16 tahun mengoyak sehelai kain menjadi kepingan-kepingan agar digunakan untuk
pengenalpastian.Apabila penceroboh Melayu menarik diri sepantas mereka datang,penduduk-
penduduk pula membalas dendam.Kedai dan kereta disyaki milik orang Melayu dipecah atau
dibakar.Beberapa kali mereka cuba membakar ibu pejabat UMNO yang berhampiran dimana
tiga buah kereta jip propaganda telah pon dibakar.Sebuah bas yang pemandunya dituduh
melanggar dua orang penumpang basikal Cina, juga diserang.Polis dating pada kira-kira 9pm
tetapi tidak tinggal di kawasa tersebut.Kemudian lori yang dipenuhi anggota Pasukan
Simpanan Persekutuan ( FRU) dan Rejimen Melayu Diraja berjalan melalui kawasan
tersebut.Orang Cina diatas jalan masuk ke dalam kedai mereka sejurus mereka nampak
konvoi itu,tetapi mereka keluar semula dengan cepat apabila konvoi itu berlalu.Pada tengah
10
malam, tiada orang lagi di atas jalan tersebut.Namun bunyi letupan senapang dan nyalaan api
menunjukkan bahawa kekacauan telah meletus di tempat lain.Menurut pemerhatian saya,pada
malam Selasa, perintah berkurung tidak dikenakan dengan sama tegas di semua tempat.Di
jalan tepi hujung Jalan Hale terdapat kumpulan-kumpulan pemuda Melayu yang dilengkapi
parang dan lembing buluh yang tajam berhimpun di depan mata pasukan keselamatan yang
bertugas di persimpangan jalan.Sementara itu, di Batu Road, sebilangan wartawan asing
nampak anggota-anggota Rejimen Melayu Diraja menembak masuk kedai-kedai Cina tanpa
sebab yang jelas. Jalan itu sendiri sudah ditinggalkan sepenuhnya, para wartawan tidak
memerhatikan sebarang kejadian menembak hendap atau keganasan lain dilakukan oleh
penduduk di sana.” (petikan kata Tunku Abdul Rahman).
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung
Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam
bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung.
Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar
Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah
menembak orang cina dengan kereta perisai mereka kononnya melanggar perintah berkurung.
Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu
di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik
kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual
bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan
lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik
dari luar negeri kononnya melanggar perintah berkurung. Keganasan berterusan sepanjang
malam dan megikut saksi di Melaka, terdapat beberapa kekecohan berlaku.Kekecohan
bermula apabila pemuda-pemuda DAP membunuh seorang penarik beca Melayu yang baru
sahaja menunaikan solat Asar di sebuah surau di Bunga Raya dimana berhampiran dengan
Kg Morten yang majoriti penduduknya adalah 100 peratus Melayu.Akibat daripada itu,
orang-orang Melayu sekitar Kg. Morten dan Durian Daun bertindak merompak kedai- kedai
Cina sebelum membakar semua kedai-kedai yang di percayai dimiliki oleh orang-orang Cina
dan membunuh mereka.Kebanyakan orang-orang Cina ditangkap dan disusun di pesisir
sungai Melaka lalu dipancung ramai-ramai dan mayat mereka di baling ke dalam sungai
tersebut. Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak,
Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri
Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM
11
DARURAT DIISYTIHARKAN
Pada 15 Mei, hari Khamis, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat mengikut
Seksyen 150 Perlembagaan.Ini member kerajaan kuasa serupa dengan kuasa yang
dipunyainya pada 1964 semasa konfrontasi Indonesia.Warta Kerajaan 15 Mei 1969
memaparkan yang berikut:
A/ Pengisytiharaan Darurat di bawah Artikel 150 Perlembagaan.
B/ Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu). Semua pilihan raya yang belum selesai ditangguh.
C/ Arahan di bawah Artikel 150(4) Perlembagaan Persekutuan.Penggantungan… sebarang
badan perundangan negeri sehingga di beritahu kelak.
D/ Pengisytiharaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.Seluruh persekutuan
diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan demi tujuan bahagian 2 Akta tersebut.
Petang itu,akhbar tempatan digantung sehingga peraturan berkaitan penapisan digubal
tetapi tiada percubaan untuk mengawasi laporan yang dihantar keluar oleh wartawan
asing.Namun pada hari Sabtu, angkatan tentera membatalkan pas perintah berkurung
sesetengah wartawan asing.Ketua pengarang Straits Times, Tan Sri Hoffman membuat satu
rayuan membantah langkah-langkah kerajaan ini dalam satu siding akhbar.Ini amat penting
khususnya kerana pendirian akhbarnya dan juga reputasinya sendiri.Beliau membuat ulasan
terhadap Menteri Penerangan Hamzah bahawa hanya orang Malaysia sahaja dihalang
daripada mencari apa yang sedang berlaku.Sebagai jawapan, Hamzah menerangkan bahawa
perintah haram itu dikenakan disebabkan rencana-rencana yang bersifat haram itu boleh
menimbulkanperasaan meradang yang dipaparkan oleh akhbar tempatan sebelum dan semasa
pilihan raya.Secara keseluruhannya, angka rasmi berhubung dengan darurat yang berlaku dari
15 Mei hingga 31 Julai 1969 menunjukkan bahawa 196 orang telah kehilangan jiwa dan 180
orang telah tercedera oleh senjata dan 259 orang oleh senjata lain.Tetapi jumlah angka itu
telah dibantah oleh pemberita akhbar yang berada di tempat-tempat kejadian itu.Mereka
menyatakan bahawa bilangan itu adalah jauh lebih tinggi lagi. 9143 orang telah ditangkap
dan 5561 didakwa di mahkamah.( daripada buku The May 13th Tragedy,op,cit,halaman 87-
93).6000 orang telah kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211 buah kenderaan
telah termusnah atau rosak dan 753 buah bangunan telah rosak atau terbakar dan menurut
sumber,kebanyakan yang kehilangan jiwa adalah kaum Cina.
SURAT DARI DR.MAHATHIR KEPADA TUNKU
Pada 18 Jun 1969, Tunku Abdul Rahman telah menerima apa yang dikatakan ‘surat
kaleng’ daripada Dr.Mahathir Mohamed, seorang calon UMNO yang telah kalah dalam
12
pilihan raya Persekutuan.Beliau juga seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO dan beliau telah
menuduh Tunku terlalu menyokong Cina serta menuntut agar Tunku meletakkan jawatan
sebagai Pendana Menteri.Surat ini telah terlepas ke tangan akhbar dan tersebar luas kepada
pengetahuan umum.Penuntut-penuntut Universiti Malaya telah mengadakan tunjuk perasaan
di kampus university.Mereka menyeru Tunku meletakkan jawatan disebabkan oleh beliau
tidak begitu tegas dengan orang-orang Cina tentang perkara-perkara mengenai pelajaran dan
bahasa,dan beliau juga telah gagal memperbaiki kedudukan orang-orang Melayu dalam
bidang ekonomi.Terdapat beberapa pucuk surat layang lain yang menentang Tunku dan
orang-orang Cina.Sampel surat Dr Mahathir kepada Tunku adalah seperti berikut:
Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
18hb. Jun 1969
Y.T.M. Tunku,
Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah
faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku,
ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga
Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada
Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek
bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya
supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.
Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan
hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan
Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang
terjadi semenjak 13 Mei.
Tunku selalu “bertolak-ansor,” ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut.
Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan
13
kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.
Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah
dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak
Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan
India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah
di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.
Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok
sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana
Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir,
terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.
Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada
Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi
pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan
rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.
Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai “The Happy Prime Minister” walau-
pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek
bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku
mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.
Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata
Tunku “naïve” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-
kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.
Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis,
dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan
respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai
Melayu dari
Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang
sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini
oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.
14
Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam
negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula “lose control over the armed forces”. Sa-kali ini
terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada
tentera. Tunku biasa jadi “Happy Prime Minister” tetapi orang yang akan turut ganti tak akan
merasai “happiness” apa2.
Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan
bershukor dengan perbuatan saya”. Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak
selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa
telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.
Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi
patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang
patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-
kan.
Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang
kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu
mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak
memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh
ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.
Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah
kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan
menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh
besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang
China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?
Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan
bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah
subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini
walau-pun pahit dan pedas.
15
Patek Yang Ikhlas,
(Dr. Mahather bin Muhammad)
(Sumber surat daripada http://aura3usm.blogspot.com)
Akibat daripada surat tersebut, Dr Mahathir telah disingkirkan daripada UMNO kerana
melanggar disiplin parti.Musa Hitam pula telah disingkirkan daripada jawatannya sebagai
Menteri Muda.Beliau telah dihantar ‘cuti belajar’ ke Britain dan polis telah membendung
kegiatan penuntut-penuntut universiti.
KESAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI
Kesan daripada peristiwa tersebut, kita dapat lihat bahawa MAGERAN telah ditubuhkan
pada lewat hari 17 Mei.Ia termasuk Tun Razak,Tun Ismail,Tan Siew Sin,Tun
Sambanthan,Ketua Polis Negara,Tunku Osman(Ketua Kakitangan Angkatan Tentera),Abdul
Kadir Shamsuddin,Ghazali Shafie,Hamzah Abu Samah.Cabang eksekutif Mageran yang
diketuai oleh Jeneral Ibrahim bin Ismail memberitahu akhbar pada 16 Mei bahawa Kabinet
akan berperanan penasihat semata-mata kerana Mageran nyatanya badan pembentukan dasar
dan pentadbiran tertinggi.Mageran telah diberi kuasa penuh untuk mentadbir
negara.Kemasukan wakil polis dan tentera adalah mustahak sekali kerana Majlis itu bukan
sahaja terlibat dalam mengembalikan keamanan dan ketenteraman,tetapi juga dalam
mengekalkan kuasa kerja dan perundangan.Kedua-duanya adalah di luar bidang kuasa
tentera.Bagaimanapun hal ini telah mendorong tersebarnya khabar-khabar angin bahawa
tentera mengambil alih kuasa.Selain itu juga Jemaah Menteri Darurat baru yang telah
diwujudkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 20 Mei 1969, sebagaimana yang telah
dinyatakan dahulu adalah lebih berkuasa daripada MAGERAN.Tun Abdul Razak terpaksa
bertindak di atas nasihat Perdana Menteri.Dalam tempoh masa selepas rusuhan itu,pada
hakikatnya telah terputus hubungan dalam bidang social dan ekonomi antara orang-orang
Melayu dan Cina.Pada bulan Jun,bebrapa orang Cina dan India sahaja yang mahu berjual beli
di kedai-kedai dan gerai orang Melayu.Orang-orang bukan Melayu enggan menaiki teksi
orang-orang Melayu.Mereka juga tidak mahu membeli batik dan durian yang dianggap
sebagai ‘buah-buahan orang Melayu’.Bagaimanapun masih lagi terdapat golongan yang tidak
baik di kalangan kedua-dua kaum itu.Dengan cara yang tidak jelas kelihatan di kalangan
orang-orang Melayu sendiri memang ada perjuangan untuk menguasai UMNO, agar mereka
16
dapat menyekat UMNO daripada bertolak ansur.Mengikut ulasan Tunku sendiri, “Tidak
dapat dinafikan bahawa wujudnya perjuangan untuk merampas kuasa dalam UMNO
sendiri,di antara mereka yang telah membina parti dan membantu dalam mendapatkan
kemerdekaan,dengan mereka daripada golongan muda yang dianggap sebagai golongan
pelampau”.(Rahman , op,cit halaman 136).
Pada 12 Jun 1969 telah diumumkan secara rasmi bahawa semua bukan warganegara
dikehendaki memperoleh pas-pas kerja,walaupun mereka merupakan penduduk kekal negara
ini.Semua orang asing hanya akan di beri pas kerja sekiranya tidak terdapat bumiputera yang
cukup layak untuk mengisipekerjaan-pekerjaan itu.Pada bulan November 1969, semua
warganegara (iaitu bukan Melayu) telah dikeluarkan dengan sijil-sijil kerakyatan di bawah
seksyen 30 Perlembagaan,tegasnya, berdasarkan salah seorang daripada ibubapa mereka
adalah warganegara atau tealh bermastautin di negara ini sejak lahir.Mereka tu dikehendaki
menyerahkan balik sijil kerakyatan kepada pihak berkuasa untuk diperiksa dan menentukan
bahawa mereka tidak memperolehinya secara palsu.Cuma 95540 daripada sijil-sijil itu yang
telah dikeluarkan sehingga bulan Mac 1971 dan 181160 bukan Melayu telah dimansuhkan
kerakyatan mereka atau dibiarkan memegang sijil-sijil kerakyatan yang tidak sah.Pada 30
Julai 1969,Menteri Pelajaran telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Semenanjung Malaysia secara
berperingkat-peringkat bermula dengan Darjah Satu pada tahun 1970.Bahasa Inggeris hanya
diajar sebagai bahasa kedua sahaja.Mengikut jadual semua pelajaran menengah ,termasuk
Tingkatan Enam akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun
1982.Mulai tahun 1983,Bahasa Melayu akan digunakan sebagai bahasa pengantar dalam
tahun pertama di kuliah-kuliah universiti.Perubahan ini akan diperkenalkan secara beransur-
ansur tahun demi tahun.(sumber dari Milne dan Mauzy op,cit halaman 88;Rancangan
Malaysia Kedua 1971-1975,Government Press,Kuala Lumpur 1971,halaman 236).Perubahan
ini dilakukan kerana Bahasa Melayu dianggap sebagai alat untuk mewujudkan perpaduan
kebangsaan.Pada bulan Januari 1970 , Lembaga Perpaduan Negara dan Majlis Perunding
Negara telah diwujudkan.Kedua-dua badan ini adalah ‘rasmi serta mempunyai hubungan
dengan MAGERAN’.Majlis Perunding Negara telah dinyatakan dalam laporan MAGERAN
yang menegaskan bahawa “adalah menjaditujuan setelah laporan ini diterbitkan untuk
menjemput wakil-wakil daripada pelbagai kumpulan di negara ini untuk berkhidmat dalam
Majlis Perunding Negara.Segala soal yang melibatkan perpaduan negara kita akan
dibincangkan sepenuhnya secara berterus terang…”Tugas institusi ini adalah untuk
17
menentukan bahawa tragedy 13 Mei tidak akan berulang lagi.Majlis Perunding Negara telah
bersidang dari semasa ke semasa selama 18 bulan berikutnya.
Matlamat untuk menyediakan garis panduan dalam mewujudkan ideoloi negara telah
diumumkan oleh Tan Sri Ghazali pada pertengahan bulan Julai 1969.Rangkaannya telah
dibuat oleh Jabatan Perpaduan Negara yang diketuai oleh Tan Sri Ghazali sendiri.Rangka
akhir telah diserahkan kepada Majlis Perundingan Negara untuk diluluskan.Pada 31 Ogos
1970, ulang tahun yang ke-13 kemerdekaan, Yang di-Pertuan Agong secara rasmi telah
mengisytiharkan ideology kebangsaan yang dinamakan ‘Rukun Negara’. ‘Rukun’ sudah
semestinyalah mempunyai unsur-unsur keislaman dan ini dapat diterjemahkan sebagai
‘doktrin yang mustahak,hukum atau merupakan sebahagian daripada ajaran agama yang
penting’sebagaimana yang dinyatakan oleh Means dan Milne dan Mauzy. ‘Sesungguhnya ini
amatlah bersesuaian dalam konteks hubungan antara kaum kerana ini membawa juga maksud
‘aman dan tenteram’, ‘seperti perhubungan persahabatan yang ideal’, ‘tanpa perselisihan
faham atau pertikaian’, dan ‘mempunyai matlamat tujuan yang sama saling bantu-membantu
antara satu dengan yang lain.’.Kerajaan Malaysia bermatlamat hendak menggunakan Rukun
Negara sebagai model asas bagi strategi dalam mewujudkan perpaduan kebangsaan.Prinsip-
prinsip yang terkandung di dalamnya adalah bertujuan untuk menyatupadukan berbagai-bagai
kaum dan masyarakat,dan ada baiknya jikalau dinyatakan Prinsip-prinsip Rukun Negara itu:
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
Memelihara cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
secara adil dan saksama
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
18
Kesopanan dan Kesusilaan
Rukun Negara telah disokong oleh semua parti politik yang sah dan prinsip-prinsipnya telah
tersebar luas dan sentiasa disebut dan dirujuk.Semasa Rukun Negara sedang dilaksanakan
dengan giatnya,Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan hasrat beliau untuk bersara
daripada pucuk pimpinan dan Tun Abdul Razak telah menjadi Perdana Menteri.
DI BAWAH PEMERINTAHAN RAZAK
Di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak, beliau telah menegaskan bahawa cuma satu
cara sahaja untuk mengelakkan berlakunya peristiwa itu iaitu menyusun semula seluruh
ekonomi dengan menghapuskan kemiskinan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum,serta mengimbangkan ekonomi antara kaum dengan menambah penyertaan Bumiputera
dalam kehidupan ekonomi negara.Tun Razak telah menegaskan dengan jelasnya bahawa
pemulihan kerajaan berpalimen adalah mustahak bagi Parlimen meluluskan Rang Undang-
undang Perlembagaan (Pindaan).Hal ini adalah untuk mengesahkan perisytiharaan yang
dibuat oleh MAGERAN yang telah meminda Akta Hasutan.Akta itu menjadikan bersalah
membincangkan secara terbuka ‘persoalan-persoalan kaum yang mudah menyinggung
perasaan’.Bukan itu sahaja tetapi untuk memansuhkan juga hak istimewa Parlimen
berhubung dengan membincangkan perkara-perkara ini di peringkat Negeri dan
Persekutuan.Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) juga telah memberi kuasa yang
lebih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mengarahkan nisbah yang
tertentu bagi orang Melayu dipusat-pusat pengajian tinggi bagi beberapa kursus pengajian
tertentu,terutama yang didapati bilangan orang-orang Melayu tersangat kecil seperti
perubatan,kejuruteraan dan sains.Beliau juga telah mencadangkan Dasar Ekonomi Baru dan
matlamatnya adalah mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat
Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Dengan ini orang-
orang Melayu Bumiputera lain akan bersama-sama menikmati sepenuhnya semua aspek
kehidupan konomi negara.(sumber dari Rancangan Malaysia Kedua 1971-
1975,op,cit,halaman 1)
Serampang pertama untuk mencapai DEB adalah dengan mengadakan dasar-dasar
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang padat.Hal ini akan memperbaiki keadaan
19
hidup semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.Tetapi,dari segi praktikalnya,kebanyakan
langkah khusus yang diambil untuk menghapuskan kemiskinan melibatkan orang-orang
Melayu sama ada dalam bidang pertanian mahupun dalam membantu kegiatan mereka dari
peringkat tradisional hingga ke peringkat ekonomi moden.Perdana Menteri telah merayu
kepada orang-orang Melayu supaya menceburkan diri dalam perniagaan daripada memegang
jawatan yang selamat dan selesa dalam perkhidmatan kerajaan,serta menumpukan perhatian
terhadap sains dan teknologi, di samping tidak menyeleweng daripada hokum-hukum Islam.
( sumber dari The Straits Times, 11 Januari 1972).Kerajaan berharap dapat mewujudkan
masyarakat usahawan Melayu dalam lingkungan satu keturunan.Sebagai galakan kontraktor-
kontraktor Bumiputra telah diberi jaminan sekurang-kurangnya memperolehi kontrak dalam
peratus tertentu sama ada daripada institusi kerajaan atau separuh kerajaan.Tetapipada tahun
1970 bilangan Bumiputera dalam sector perdagangan masih lagi mengecewakan kerana
mereka terlalu kecil dan berjumlah kira-kira 24 peratus daripada jumlah orang yang diambil
bekerja.Sebuah Lembaga Penasihat Kerjasama Ekonomi Melayu dan Cina yang telah
ditubuhkan selepas 13 Mei untuk menggalakkan perkongsian bersama antara peniaga-peniaga
Melayu dengan Cina telah tidak mendatangkan apa-apa hasil.Dalam perkongsian perniagaan
bersama abtara Melayu dan Cina, pekongsi Melayu selalunya lebih suka memainkan peranan
sebagai teman tidur sahaja.Mereka hanya memainkan peranan terhad kepada mendapatkan
lesen,kuota atau tender-tender daripada kerajaan dengan membiarkan pekongsi Cinanya
menjalankan perniagaan itu.Situasi ini lebih dikenali sebagai perniagaan ‘Ai-Baba’.
Selain itu, dalam kajian semula Pertengahan Penggal Rancangan Malaysia
Kedua,beberapa buah badan seperti MARA (Majlis Amanah Rakyat),Pernas (Perbadanan
Nasional),UDA (Perbadanan Pembangunan Bandar) dan PEKN (Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri) telah diwujudkan.Semua badan ini diwujudkan oleh kerajaan untuk
membantu dan membimbing Bumiputera agar memainkan peranan yang lebih besar dalam
aktiviti ekonomi selepas Peristiwa 13 Mei.Hal ini merupakan sebahagian besar daripada
strategi ‘untuk menyusun semula masyarakat Malaysia’ dengan tujuan ‘untuk
mengimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum’ dalam konteks memperluaskan ekonomi
negara serta ‘mengurangkan dan dengan cara yang beransur-ansur menghapuskan identity
kaum dengan fungsi ekonomi mereka’.Selain itu juga berdasarkan Rang Undang-undang
Perlembagaan member kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengarahkan university-
universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain untuk memasukkan lebih ramai lagi
Bumiputera walaupun kelayakan pelajaran mereka mungkin lebih rendah daripada calon
20
bukan Melayu terutama dalam bidag perubatan,kejuruteraan dan sains dan Universiti
Kebangsaan Malaysia pula telah ditubuhkan pada bulan Mei 1970ndengan mengambil 191
orang pelajar.Inilah university yang pertama sekali di negara ini yang menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar serta meramaikan anak Melayu dan kemudian diikuti oleh
UiTM (Universiti Teknologi MARA) dengan bertujuan untuk meramaikan anak Melayu di
pusat pengajian tinggi.
PENUTUP
Secara kesimpulannya,tidak dinafikan bahawa yang nyata, rusuhan ini adalah berpunca
daripada polarisasi perkauman dan kemarahan orang Melayu serta rungutan yang berterusan
terhadap ketidakseimbangan sera pencapaian tahap ekonomi yang lemah. Keberkesanan
pihak tentera menjalankan tugas bagi mengawal keadaan kacau – bilau serta huru-hara
khususnya di kawasan ibu kota mendapat pujian. Sekiranya pihak tentera lambat bertindak,
berkemungkinan keadaan menjadi tidak terkawal mengakibatkan ramai menjadi mangsa
tercedera dan terbunuh akibat perasaan marah yang membara dan sukar dibendung lagi ketika
itu.Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai rakyat
yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya dari berlaku lagi pada masa akan datang.
Keamanan dan kestabilan negara bukan sahaja dipikul oleh pasukan keselamatan , khasnya
pihak tentera, tapi oleh semua. Masyarakat majmuk perlu faham budaya dan adat resam
lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya jangan sesekali mengambil
peluang atas kedudukannya dan melaga-lagakan rakyat demi kepentingan peribadi. Prinsip
Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati dan dijiwai oleh
rakyat demi sejahteraan kita semua.Rakyat jangan ambil mudah di atas keamanan yang
sedang dikecapi kerana di sebalik itu terdapat anasir-anasir yang sedang berusaha untuk
memporak-perandakan keadaan.
21
GAMBAR-GAMBAR
Mayat-mayat bergelimpangan selepas rusuhan
Rumah-rumah kedai milik Cina musnah terbakar
Panggung Odeon yang menjadi tumpuan rusuhan
22
Mayat seorang pekerja UMNO yang dibunuh oleh orang Cina dua minggu sebelum pilihan
raya. Mayat tersebut disimbah dengan cat merah dgn mengatakan “Jangan undi dalam pilihan
raya”
Perarakan Mao Tse-tung yang membangkitkan kemarahan orang Melayu
23
Perarakan kemenangan DAP dan GERAKAN di ibu negara di mana orang Cina mengutuk
orang Melayu seperti “Ini negeri kami punya” dan “Melayu balek kampung”
Ahli-ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Allahyarham Dato’ Hj.Harun Idris
24