assignment muzik sem 6
DESCRIPTION
teoriTRANSCRIPT
Pengenalan
Muzik menurut Wikipedia ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza
bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar
muzik juga berbeza. Ia boleh ditafsirkan sebagai bunyi yang dikira sedap oleh
pendengarnya atau apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang
atau kumpulan. Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta,
memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula
adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis
bidang atau disiplin. Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ia boleh
dibunyikan dengan beberapa gabungan .
Menurut Cambell 1995 pula, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu
pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh
diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen
muzik. Muzik begitu sinonim dengan kanak-kanak dan perkembangannya. Banyak
pendapat tokoh-tokoh ahli falsafah muzik dunia mengaitkan proses perkembangan
intelek dan kognitif yang bermula pada waktu kanak-kanak saling berhubung kait
dengan muzik yang didengari atau dipelajarinya. Lowel Manson, seorang tokoh
pendidikan muzik yang pernah digelar “Bapa Pendidikan Muzik” di Amerika
berpendapat bahawa semua pelajar boleh menyanyi dan berhak mempelajari muzik.
Beliau juga telah berhujah bahawa muzik boleh membawa banyak kebaikan kepada
individu.
Dalam dunia global muzik ini, telah lahir ramai ahli falsafah muzik yang telah
mencetuskan pelbagai pendekatan muzik. Antaranya ialah Zoltan Kodaly, Carl Off
Dalcroze dan ramai lagi. Pendekatan yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh ini ada
sedikit persamaan dan perbezaannya. Secara umumnya, pendidikan muzik di
sekolah-sekolah di Malaysia banyak merujuk dan mengaplikasikan pendekatan-
pendekatan yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh ini.
1 | P a g e
2 | P a g e
3 | P a g e
1. Sejarah hidup dan latar belakang Zoltan Kodaly.
Zoltan Kodaly dilahirkan pada 16 Disember 1882. Beliau merupakan tokoh
terkemuka pada abad ke 20 dalam kebudayaan muzik Eropah. Beliau juga
merupakan seorang komposer Hungary dan juga merupakan seorang pengkaji
muzik etnik. Kodaly juga merupakan seorang pengajar, ahli linguistik dan ahli
falsafah. Beliau dilahirkan di Kecskemet, tetapi tinggal di Trnava dan Slovakia.
Minatnya pada muzik tercetus dari ayahnya sendiri yang merupakan seorang
pemuzik amatur. Kodaly memulakan minatnya dengan mempelajari violin dan pernah
menyertai koir gereja.
Pada 1900, Zoltan Kodaly memasuki Universiti Budapest dan mula
mempelajari muzik di Akademi Frantz Lizts di Budapest dan guru yang mengajarnya
gubahan muzik adalah Hans Koessler. Beliau merupakan antara orang pertama
yang berminat mempelajari dan mengkaji kisah-kisah rakyat (folktales) dan ini
mendorong beliau menjadi seorang pengkaji muzik etnik atau ethnomusicology.
Sebagai ethnomuzikologis, beliau merupakan perintis dalam menyelidik dan
mengklafisikasikan lagu rakyat secara saintifik. Beliau telah mengembara ke
kampung-kampung pedalaman untuk mengumpul muzik-muzik daripada kawasan
tersebut sepanjang perang dunia pertama. Ini kerana beliau mempunyai semangat
patriotik yang tinggi dan mahu mengekalkan kebudayaan dan juga identiti negara
melalui lagu rakyat beliau. Akibat dari semangat dan kesungguhan, beliau telah
berjaya mengumpul dan mengkaji lagu-lagu rakyat seluruh Hungary. Kemudian lagu-
lagu tersebut dicipta semula menggunakan kaedah yang asal.
Beliau juga mempunyai seorang kawan yang sama-sama mengkaji hasil seni
lagu-lagu rakyat iaitu Bela Bartok. Pada tahun 1905, sebuah sekolah rendah muzik
ditubuhkan di Kesckemet bersama-sama dengan Bela Bartok. Murid-murid di
sekolah tersebut telah mendapat pendidikan muzik dan kejayaan sekolah tersebut
menggalakkan penubuhan pelbagai institusi pengajian yang berasaskan kaedah
Kodaly. Setelah menyelidik di Hungary, Bela Bartok telah meneruskan tugasnya
menyelidik lagu-lagu rakyat di Rusia pula.
4 | P a g e
Kodaly telah memperkenalkan teknik yang paling penting dalam muzik iaitu
vokal. Teknik ini juga terus digunakan oleh Bela Bartok di Rusia. Zoltan Kodaly telah
hidup selama 85 tahun dan meninggal dunia pada 16 Mac 1967.
2. FALSAFAH DAN KONSEP ZOLTAN KODALY
Zoltan Kodaly telah memulakan satu usaha dalam penyelidikan prinsip dan bentuk
muzik rakyat Hungary. Beliau takut warisan budaya muzik Hungary akan lupus
ditelan zaman suatu hari nanti. Oleh sebab mempunyai semangat cintakan negara
yang kuat dan mahu muzik menjadi kehidupan harian di kalangan rakyat Hungary,
beliau telah menghasilkan falsafahnya. Falsafah dan konsepnya mengandungi
prinsip-prinsip yang merupakan aspek perkaedahan yang lain digelar sebagai
Kaedah Kodaly. Antara falsafah dan prinsip-prinsip Kodaly ialah :-
Muzik Kepunyaan Manusia
Nyanyian adalah Asas Kemahiran Muzik
Muzik Rakyat sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Nyanyian Koir
Alat Muzik tidak digunakan
Pengajaran Muzik Perlu Berlaku diawal Pra Sekolah
Muzik Perlu menjadi Tunjang dan Nadi Kurikulum Pendidikan di Sekolah
Muzik Kepunyaan Manusia
Menurut Kodaly, muzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat
untuk menghasilkan rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Pendidikan muzik
membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak berkembang. Selain itu, aspek
pendengaran, intelek, emosi, fizikal dan kebudayaan turut berkembang.
Nyanyian Adalah Asas Kemahiran Muzik
Kodaly berpendapat, suara adalah alat semula jadi yang berkesan. Oleh itu, manusia
yang dikurniakan suara perlu mempunyai pengalaman muzik pertama bermula
dengan nyanyian. Antara ungkapan yang disebut-sebut beliau adalah “If I were to try
express the essence of this education in one word, that word would be singing”.
5 | P a g e
Muzik Rakyat sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Nyanyian merupakan asas kemahiran muzik. Bahan yang penting dan terbaik untuk
digunakan dalam PdP ialah muzik atau lagu rakyat. Setelah tumpuan diberi kepada
bahan sendiri, barulah bahan dari luar negara diperkenalkan. Kanak-kanak
digalakkan menyanyi lagu-lagu dari luar negara dalam bahasa asalnya supaya
mereka dapat mempelajari bahasa asing.
Alat Muzik Tidak Perlu Digunakan
Menurut Kodaly, sebarang alat muzik adalah tidak perlu digunakan. Sesebuah lagu
diperkenalkan dengan menyanyikan dahulu. Bagi kanak-kanak, mereka perlu belajar
secara peringkat demi peringkat. Mereka hanya perlu nyanyi dengan iringan muzik
sahaja.
Pengajaran Muzik Perlu Berlaku Awal Di Prasekolah
Kodaly berpendapat, kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh.
Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak terdedah
kepada muzik yang tidak bermutu. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat
memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak.
Muzik Perlu Menjadi Tunjang dan Nadi Kurikulum Pendidikan di sekolah
Muzik dapat memperkembangkan JERIS. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San
Unified School District Project di AS, tahap pencapaian murid yang mempunyai
muzik sebagai mata pelajaran utama adalah lebih baik daripada sekolah yang
meluangkan masa sedikit untuk mata pelajaran muzik
6 | P a g e
3. Pendekatan Muzik Zoltan Kodaly
Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.
Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung
kaki (step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk
menepuk irama daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa
menepuk irama.
Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:
a) Kaedah keseluruhan lagu
b) Kaedah baris demi baris
c) Kaedah solfege
Kaedah keseluruhan lagu Sesuai untuk mengajar lagu pendek. Langkah-langkah:
a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.
c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.
Kaedah baris demi baris Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti
7 | P a g e
dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu. Langkah-langkah:
a) Memperdengar keseluruhan lagu.
b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming.
c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris.
d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is.
e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.
Kaedah Solfege atau teknik solfa dengan isyarat tangan. Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak (movable ‘do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major-minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik. Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:
- so mi -
- la so mi -
- la so mi re -
- la so mi re do -
- la so mi re do la -
- la so mi re do la so -
- la so fa mi re do -
- ti la so fa mi re do -
- do` ti la so fa mi re do -
- do re mi fa so la ti do`
8 | P a g e
Isyarat tangan dalam pendekatan Muzik Kodaly
4. Aplikasi Pendekatan Kodaly Di dalam Bilik Darjah.
Seperti yang telah dinyatakan di dalam pendekatan Kodaly, kaedah ini meliputi lima
perkara iaitu:-
4.1Kaedah Kodaly secara berturutan
4.2Nyanyian
4.3Pendengaran dalaman
4.4Penghafazan
4.5Improvisasi
4.1 Kaedah Kodaly secara berturutan
Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi teknik Kodaly biasanya
disalurkan melalui kegiatan menyanyi secara berturutan daripada prinsip bunyi sebelum
simbol, mudah kepada kompleks dan konkrit kepada abstrak.
9 | P a g e
4.1.1 Konsep Irama
Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh disini ialah irama. Irama
yang asas di dalam kaedah ini ialah irama yang bersamaan dengan pergerakan harian
kanak-kanak seperti berjalan ( krocet=mempunyai nilai 1 kiraan ) dan berlari
( kuaver=mempunyai nilai1/2 kiraan ) serta lain-lain pergerakan yang sesuai. Kanak-kanak
tidak dapat memahami konsep semibreve dengan mudah memandangkan nilainya
mempunyai 4 kiraan di mana ia tidak terdapat dalam perlakuan mereka setiap hari.
Di dalam pemahaman konsep irama, meter atau tanda masa yang lazim duaan dan
empatan digunakan. Kebanyakan lagu kanak-kanak dan permainan mempunyai meter 2.
Jenis lagu ini sesuai di jadikan permulaan pemahaman konsep irama. Meter tigaan hanya
diperkenalkan setelah kanak-kanak dapat mengikuti dan merasai meter duaan dan empatan
dengan baik.
Unsur-unsur muzik yang lain seperti bentuk, harmoni, tempo, dinamik boleh diatur
dan disusun secara berturutan dalam kaedah ini.
4.1.2 Konsep Melodi
Di samping konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berturutan.
Mengikut perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6
ton dan tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh yang demikian konsep
melodi perlu diperkenalkan dengan 2 pic terlebih dulu, so dan mi yang mempunyai jeda
minor ke 3. Mengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian
mereka. Contohnya, panggilan nama mereka di rumah.
Corak perkembangan muzikal kanak-kanak didapati serupa di seluruh dunia. Di
dalam kajian konsep melodi, jeda minor ke 3 dan major ke 2 merupakan jeda-jeda yang
sama dan lazim digunakan dari negara Jepun, Amerika Syarikat hinggalah ke Hungary. Jeda
minor ke 3 (so – mi), jeda major ke 2 ( so – la ) dan perfek ke 4 ( mi – la ) selalunya terdapat
dalam nyanyian solfa “sing song chants”.
Terdapat beberapa ciri perkembangan muzikal (konsep melodi) kanak-kanak yang
perlu diambil kira sebelum kaedah berturutan ini dijalankan. Renj untuk kanak-kanak
menyanyi dengan selesa dalam pic yang tepat adalah terhad kepada 5 atau 6 ton dalam
10 | P a g e
“whole tone”. Kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menyanyi dalam pic yang tepat jika
terdapat semiton di dalam melodi yang dinyanyikan. Ton yang menurun lebih mudah untuk
kanak-kanak mempelajari dan meniru daripada ton menaik. Ini menunjukkan permulaan
pembelajaran dalam corak tonal lebih baik didahulukan melalui lagu-lagu yang mengandungi
rangkaian pic menurun.
Selain daripada itu, kanak-kanak juga didapati lebih mudah menyayi pic yang
melompat daripada pic yang bergerak rapat. Contohnya, not G ke E lebih mudah
dinyanyikan daripada G ke F#. Lompatan pic yang oktaf adalah paling sukar bagi kanak-
kanak untuk menyanyikannya. Mengikut kajian yang dijalankan Renj kanak-kanak di dalam
pengajaran dan pembelajaran kaedah Kodaly, biasanya kanak-kanak akan memulakan
dengan nada pic atas dalam jeda minor ke 3 – F#. Ini bermakna lagu-lagu yang di dalam
nada D, Eb dan E adalah yang paling sesuai.
4.1.2 Nyanyian
Suara merupakan satu alat muzik semula jadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang.
Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat melahirkan perasaan gembira, sayang,
sedih, mengharap, dan seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya
dengan berkesan.
4.1.3 Pendengaran Dalaman
Pendengaran dalaman atau inner hearing merupakan kemahiran yang agak kompleks dan
sukar dijelaskan. Ia melibatkan kemahiran mendengar atau selalu disebut sebagai
‘memikirkan’ sesuatu unsur muzik seperti melodi atau irama di dalam mental seseorang
tanpa membunyikannya. Walaupun ia bukan mudah untuk dicapai namun ia boleh di ajar
kepada kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudan dan menyeronokkan.
Pendengaran dalam memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik justeru ia boleh
diketepikan. Berikut adalah beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh
digunakan dalam pengajaran pembelajaran muzik:-
11 | P a g e
a) Permainan “Mesej Rahsia”
b) Meneka lagu
c) Memikir not ke 5
Tahap yang tertinggi bagi seseorang yang telah menguasai pendengaran dalaman ini ialah
apabila ia dapat menganalisis skor orkestra dan mendengar karya tersebut di dalam
kepalanya.
4.4 Penghafazan
Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara
menghafaz atau “learning by heart”. Namun ada cara yang lebih menarik dalam
memperkembangkan aspek ini. Ini boleh dilakukan melalui teknik permainan.
Contoh 1
Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafaznya sambil berfikir melodi tersebut.
Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa. Proses diulang
dengan motif-motif yang pendek. Murid akan diberi latihan dengan menggunakan motif yang
lebih panjang setelah latihan dengan motif yang pendek dijalankan berkali-kali.
Contoh 2
Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafazan. Murid diberi sehelai kertas
di mana di bahagian kiri telah diisi denga not-not pada baluk. Di bahagian kanan pula
dikosongkan. Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod berulang-ulang. Murid
digalakkan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk di sebelah kanan. Setelah
selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi. Aktiviti ini boleh
menggunakan simbol atau notasi lidi dengan nama solfa.
12 | P a g e
13 | P a g e
Sejarah hidup dan latar belakang Carl Off
Carl Orff adalah seorang komposer muzik dan juga seorang ahli pedagogi
yangberbangsa Jerman. Beliau dilahirkan pada tahun 10 Julai 1895 di Munich,
Jerman dan berasal dari keuarga Bavarian yang sangat aktif dalam bidang
ketenteraan. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Munich Academy of Music
sehingga tahun 1914. Beliau juga pernah bertugas dengan tentera pada perang
dunia pertama. Off sangat dikenali sebagai seorang komposer German yang
memperkenalkan satu pendekatan yang unik dalam pendidikan muzik.
Penglibatan Carl Off dalam pendidikan muzik hanya bermula pada tahun
1920an apabila berkawan dengan seorang penari iaitu Dorothee Gunther. Minat Orff
yang mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian
dan muzik untuk dijadikan sebagai asas kepada pendidikan muzik. Beliau kemudian
menjadi Penyelia Muzik di Gunther-Schule, sebuah sekolah untuk tarian dan muzik.
Pada asasnya, Orff terlibat secara langsung dengan pendidikan di
sekolah(Schulwerk) kerana beliau begitu meminati tarian. Dalam pendiriannya,
beliau sangat bertekad dan mempunyai visi terhadap muzik tari untuk persembahan
tarian muzikteater. Penglibatan beliau dalam pendidikan bermula apabila Mary
Wingman iaituseoran penari yang terkenal dan rakannya Dorothee Gunther yang
mulamenggunakan hasil karya beliau dalam melatih penari-penari dan ahli gimnastik
barudi sekolah mereka iaitu Guntherschule. Gabungan muzik dan pergerakan
seterusnyadiletakkan sebagai proses asas yang akan digunakan dalam kaedah Orff-
Schulwerk.
Sewaktu beliau masih hidup, beliau telah memperkenalkan kepada dunia
tentang imaginasi dan fantasi kanak-kanak terhadap dunia muzik. Carl Orff pada
asalnya tidak terfikir untuk mencipta sebuah program pendidikan muzik untuk kanak-
kanak. Namun pada zaman ini, pendekatan Orff sering digunakan dalam permainan
alat muzik di peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
14 | P a g e
Falsafah Dan Prinsip Carl Orff
Orff pernah berkata, “Experience first, then intellectualize” yang bermaksud
kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka di
ajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Beliau percaya bahawa
kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka
disuruh untuk memahaminya secara teori.
Falsafah asas Orff adlah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat
mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif di mana imitasi dan eksplorasi
membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya
mampu membaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik. Ini kerana
beliau sangat percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting.
Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain. Apabila Orff merujuk
kepada elemental music, beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-
kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus. Orff percaya bahawa transisi
daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian
adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak. Pendekatan
Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah
memperkemangkan kemahiran untuk bermain alat muzik.
Matlamat falsafah dan prinsip Carl Orff ini dapat dirumuskan antaranya adalah
untuk mengembangkan kemampuan anak dengan bakat muzik, kanak-kanak mampu
bermain instrumen, improvisasi dan mencipta muzik dengan menggunakan
instrumen yang sederhana. Salah satunya adalah menggunakan instrumen Gamelan
dari Indonesia. Orff sangat terkenal menggunakan instrumen perkusi dalam
pengajarannya seperti Xylophones, metallophones dan sebagainya.
15 | P a g e
Sesi Pembelajaran
MuzikPercakapan Pergerakan Bermain alat
Muzik
Pendekatan Muzik Carl Orff
Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu:-
i) Eksplorasi (mencari sendiri)
ii) Imitasi (mangajuk balik)
iii) Improvisasi
iv) Literasi
Setiap proses ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri.
i)Eksplorasi
Proses eksplorasi melibatkan pergerakan. Ia melibatkan tiga aspek iaitu eksplorasi
ruang, eksplorasi bunyi dan eksplorasi bentuk.
Ekplorasi Ruang
Dalam eksplorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti
pergerakan dan jenis-jenis pergerakan seperti pergerakan yang besar, kecil, ringan,
licin dan sebagainya. Dalam kelas eksplorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan
untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati.
16 | P a g e
EKSPLORASI
eksplorasi bunyi
eksplorasi bentuk
eksplorasi ruang
Eksplorasi Bunyi
Ekplorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi disekeliling kanak-kanak.
Contohnya seperti bunyi kenderaan. Kemudian eksplorasi bunyi berkembang kepada
bunyi teratur seperti corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi
ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya. Dalam eksplorasi bunyi pada tahap
ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan
kualiti setiap bunyi. Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras,bunyi
yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar. Alat-alat yang digunakan
tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh
menggunakasenduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya.
Eksplorasi Bentuk
Eksplorasi bentuk berlaku secara serentak dengan eksplorasi ruang dan bunyi.
Dalam eksplorasi bentuk, pergerakan diatur menjadi corak-corak pergerakan tertentu
dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian. Kanak-kanak diajar untuk menyusun
bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakan disatukan dalam
eksplorasi bentuk. Setiap bunyi mempunyai simbol yang direka oleh kanak-kanak
atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar
kanak-kanak notasi. Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk
melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk
melambangkan bunyi yang terang.
ii)IMITASI
Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang
didengar atau dilihat. Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar
sesuatu yang baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam
pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak. Guru dalam
kelas Orff memainkan peranan penting sebagai “Role model” kepada murid-
muridnya. Guru harus memastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dubuatnya
haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, guru
17 | P a g e
menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma
yang sama.
iii)LITERASI
Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik.
Menurur Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas
mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai
pengalaman bunyi-bunyi muzikal terlebih dahulu sebelum mereka diajar untuk
membaca skor dan not-not muzik. Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam
pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku
mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka. Menurut Orff,
pembelajaran notasi harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui
proses eksplorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar
tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik
tanpa mempelajarinya secara teori.
iv)IMPROVISASI
Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan
peranan yang amat penting ke arah mencipta pembangunan muzikal yang
menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, improvisasi adalah
kemahiran muzikal yang sangat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya
muzikal dan kraetiviti dalam seseorang murid.
Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-
kanak. Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringkat permulaan
seseorang kanak-kanak apabila ia diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi,
ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi
yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.
18 | P a g e
Aplikasi Pendekatan Orff dalam Bilik Darjah.
Terdapat beberapa cara yang boleh diaplikasikan oleh guru berdasarkan
Pendekatan Orff. Antaranya:
1) Sebutan Berirama
Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh
kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai
setiap detik. Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang
tidak bermakna (nonsense syllable) seperti ka, ta, ti, tri, chi dan sebagainya untuk
mewakili nilai not dalam irama. Sukukata-sukukata ini adalah sebutan natural
dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk
menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik.
2) Alat Perkusi Badan
Menurut Orff, alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara.
Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan
bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak
mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit,
menyanyi, menghentak kaki dan sebagainya. Menurur Orff juga, badan juga
harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-
kanak pada tahap awal pembelajaran mereka.
3) Alat Perkusi Orff
Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat
muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini,
irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakan atau tarian.
Antara alat muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan
Xylophone. Alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang
berbeza. Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan.
Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima. Maka
untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam
skel lagu tersebut. Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada
19 | P a g e
memainkan not yang salah. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan
motivasi kanak-kanak untuk bermain.
4) Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato Mengiringi Nyanyian
Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara
berterusan. Tujuan utama Ostinato adalah untuk dimainkan bersama dengan
melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak ostinato ini boleh digunakan
untuk mengiringi kebanyakan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4.
5) Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisaso
Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi
dengan menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, mereka harus
diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan.
Dalam kelas0kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau
menghalang kanak-kanak dari mencuba corak-corak improvisasi yang mereka
suka. Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk
mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-
cara yang betul untuk bermain improvisasi.
20 | P a g e
1865 - 1950
21 | P a g e
1. Sejarah Hidup dan Latar Belakang Hidup
Dilahirkan Julai 6, Vienna 1865, Emile-Henri Jaques (1865-1950) adalah satu-
satunyaanak lelaki bagi Jules-Louis dan Julie Jaques, satu pasangan French-Swiss
di Vienna, di manabapanya mewakili Switzerland clockmakers. Semasa kanak-kanak
Emile dan kakaknya telahdibawa dan diperkenalkan ke konsert-konsert, teater,
opera, dan kelas-kelas piano. Selepaskeluarga itu berpindah ke Geneva Switzerland
di mana Emilie belajar di belajar diConservatoire de Musique (1877-1883) dan
meneruskan latihan profesionalnya di Paris danVienna (1884-1891) dengan Talbot,
Fauré, Lavignac, Marmontel, Lussy, Graedener,Prosnitz, Fuchs, dan Bruckner
.Dalcroze memulakan karier pertamanya sebagai pengurus muzik di Algiers.
Diabekerja sebagai seorang konduktor pada Théatre Des Nouveautés dalam Algiers,
di manamuzik Afrika Utara terangsang kepentingannya dalam hubungan-hubungan
pergerakanmanusia dan ritma. Kemudian beliau dilantik sebagai profesor solfege
dan harmoni. Disinilah beliau mula membentuk sistem Gymnastique Rhythmique
(pergerakan ritma sebagai pengenalan pendidikan muzik).
Dari tahun 1909 hingga 1912, beliau menghabiskankebanyakan masanya
dalam membentuk kaedah “eurhythmic “. Bersama-sama dengan pakarjiwa Perancis
Edouard Claparide, beliau telah membentuk satu termologi khas iaituPengajaran
Muzik Kaedah Dalcroze (Dalcroze Method of Music Instruction).Emile Jaques mula
berkarya dengan serius semasa di awal 20an dan berubah namanyakepada Jaques-
Dalcroze lebih tersendiri, mungkin bagi mengelakkan kekeliruan denganseorang
komposer Perancis terkenal. Kerja-kerja luasnya muzik terlibat untuk
orkestra,orkestra kebuk, dan piano; muzik drama-drama; opera; kerja-kerja berkoir;
beberapa 1,700buah lagu; dan banyak buku berkaitan .Dalam tahun 1892 Jaques-
Dalcroze telah dinamakanseorang profesor pada Conservatoire de Musique de
Genève, di mana dia kekal sehingga1910.Dalam tahun 1910, dengan bantuan Wolf
dan Harod, Dalcroze menubuhkan sebuahinstitut di Hellarau. Beliau mengajar di
sana dari tahun 1911 - 1914. Dalam masa tiga tahunsahaja beliau mempunyai
cawangan-cawangan di Perancis, Rusia, German, England danAmerika Syarikat.
Perang Dunia Pertama meletus pada tahun 1914 dan Dalcroze terpaksa balik
ke Geneva kerana institut ini terpaksa ditutup akibat peperangan. Pada tahun
1915,beliau mengasaskan institut baru di Geneva. Dalam tahun 1925, Dalcroze
22 | P a g e
memindahkan ibupejabatnya ke Paris. Beberapa tahun kemudian beliau kembali
semula ke Geneva di InstitutJaques Dalcroze. Beliau bertugas di situ hingga ke akhir
hayatnya. Beliau meninggal padatahun 1950 pada usia 85 tahun.
2. Falsafah dan Konsep Pendidikan Muzik Dalcroze
Falsafah Pendidikan Muzik mengikut Dalcroze adalah mengutamakan
perasaandanpergerakan fizikal sewaktu menikmati muzik. Beliau berpendapat
insanharus bertindak balassecara fizikal melalui pergerakan badan
apabilamenghayati melodi muzik. Justeru ituDalcroze memberi penekanan
terhadapmemperkembangkan potensi individu untukmengekspresikan perasaan dan
dirimelalui muzik. Kebolehan mendengar, memahami dan menikmati muzikmelalui
pergerakan secara tidak langsung dapat memberi kebebasan kepada individu untuk
memperkembangkan daya imaginasi dan idea.Emilie Jaques Dalcrozeberpegang
kepada beberapa prinsip bagi menguatkan teori pembelajaran yang
diperkenalkan.Antaranya adalah seperti berikut:
(i) Secara semula jadi, setiap kanak-kanak mempunyai emosi dan perasaan.
Oleh yang demikian, pembelajaran muzik awal kanak-kanak haruslah
tertumpu tentang strategi bagaimana hendak menzahirkan emosi muzik
kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian
dengan muzik yang diperdengarkan.
(ii) Anggota badan adalah instrumen yang paling dekat bagi kanak-kanak
untukmenggambarkan atau meluahkan emosi mereka.
(iii) Kanak-kanak akan bergerak balas secara spontan dengan gaya
danpergerakantertentu bagi menyatakan perasaannya terhadap muzik
yang didengari.
(iv) Sebelum bermain alat muzik, kanak-kanak harus terlebih dahulu
berlatih.Apresiasimuzik di kalangan kanak-kanak tidak dapat diterapkan
denganhanya latihan-latihan aural atau penerangan lisan mengenai
tonaliti, picdan harmoni. Kefahaman tentang elemen-elemen utama dalam
muzikdapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang mengaitkan
pembelajaranmuzik dengan pergerakan manusia sepertiberlari, berjalan,
berdiri, duduk dan sebagainya. Sebagai contoh; konsep cepat(allegro)
23 | P a g e
atau sederhana(moderate) dapat dikaitkan dengan pergerakan berlari atau
berjalan yang berkait terus dengan pengalaman kehidupan seharian
mereka.
3. Ciri-ciri Pendekatan Dalcroze
a) Inner Hearing
Dalcroze berpendapat kebanyakan pelajar tidak berupaya untuk menyanyi
atau menuliskembalimelodi atau harmoni yang biasa didengari. Justeru itu
beliau berpendapat latihan khasperlu diberikan bagi membantu pelajar
membentuk inner hearing atau pendengaranmendalam. Kaedah yang
dicadangkan ialah melalui solfa. Notasi atau not muzik mestilahdiajar secara
sistematik melalui Pendekatan Solfa.
b) Perasaan Individu
Dalcroze telah mengenal pasti bahawa kebanyakan pelajarnya cuma
belajarcara memainkanalat muzik dan menyanyi dengan tepat, tetapi pada
masayang sama mengabaikan perasaanyang seharusnya dizahirkan
denganpergerakan fizikal sewaktu aktiviti permainan alat ataunyanyian
tersebut.
c) Muzik dan Gerakan
Dalcroze percaya bahawa pelajar dapat merasai dan menghayati pic, irama
dan melodi sesebuah lagu melalui pergerakan yang tertentu. Oleh yang
demikian, Dalcroze banyak menuliskan lagu-lagu gerakan (gesture song)yang
merupakan gabungan di antara muzik dan gerakan yang sesuai dijalankan di
peringkat kanak-kanak.
24 | P a g e
PENDEKATAN MUZIK DALCROZE
INNER HEARING PERASAAN INDIVIDU
MUZIK DAN GERAKAN
KAEDAH PENGAJARAN DALCROZE
Dalcroze memperkenalkan tiga aspek dalam proses pengajaran dan pembelajaran
muzik iaitu:
(a) Eurhythmic
(b) Improvisasi
(c) Solphege (solfa)
EURHYTHMIC
Dalcroze menyedari bahawa murid-murid peka kepada muzik melalui
pergerakan.Beliau menamakan kaedahnya sebagai eurhythmics iaitu dalam bahasa
Yunani bermaksudgood movement. Mengikut Dalcroze, konsep muzik dapat dibina
melalui pergerakan irama.Dalam pelajaran eurhythmics, murid-murid bergerak bebas
mengikut muzik yangdidengari.Dalcroze mengesan bahawa pelajarnya cuma belajar
cara-cara bermain alat muzikdan menyanyi secara tepat tetapi mengabaikan elemen
perasaan sewaktu melakukannya. Mereka berjalan, berlari, melompat dan membuat
pergerakan mengikut kreativiti diriyang menggambarkan perasaan kepada muzik
yang didengarinya.Tiap-tiap murid membuatpergerakan masing-masing mengikut
persepsi diri sendiri terhadap muzik, oleh itupergerakan yang terhasil adalah
tersendiri. Pembinaan pergerakan murid adalah bermulatindak balas fizikal yang
senang kepada kombinasi kompleks yang berpandukan kepada gerak tangan sambil
mengira rentak di mana dalam masa yang sama kaki bergerak mengikut tekanan
(syncopated patterns) dan kepala mengangguk pada rentak-rentak yang tertentu.
Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara menyeluruh dari aspek
minda,anggota badan serta emosi diri di mana perkara-perkara berikut dilakukan
secara aktif iaitumendengar, merasai (feel), berimaginasi kuat (strong imagination),
mengintepretasi bunyidan bertindak/respon/bergerak.Hasil dari penglibatan aktif dan
menyeluruh pelajar, Dalcroze mendapati bahawatahap pembelajaran berkaitan
dengan elemen atau unsur muzik, seperti irama, melodi,harmoni, bentuk dan lain-lain
di kalangan pelajar telah meningkat dan bertambah baikmelalui aktiviti pergerakan
dengan muzik. la secara tidak langsung telah menajamkan lagidaya pendengaran
25 | P a g e
(aural) individu terhadap muzik untuk menterjemahkannya kepada gerakanyang
sesuai dan kreatif, yang seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik
dikalangan pelajar.Di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti
eurhythmicsdapat dilaksanakan dalam aktiviti muzik dan gerakan, dimana pada
waktu muzik dimainkanmurid akan membuat gerakan bebas mengikut muzik sama
ada mengikut lirik lagu atau tidakcontohnya seperti lagu KBSR Tahun Tiga “Sang
Kancil dan Buaya “ .
Contohnya apabila ingin dilakukan aktiviti ini murid boleh di bahagikan kepada
tiga kumpulan. Kumpulan pertama akan menyanyikan lagu manakala kumpulan ke
dua akan membuat gerakan seperti buaya dan kumpulan ini bebas bergerak dan
melakukan perlbagai gerakan. Bagi kumpulan ketiga mereka akan beraksi seperti
kancil dan mereka akan melakukan aktiviti melompat berlari berjalan dan
sebagainya. Apabila muzik lagu ini dipasang murid akan bebasmelakukan aktiviti
gerakan dalam kumpulan masing-masing mengikut muzik yang dimainkan oleh guru
atau membuat sebarang pergerakan lain secara bebas. Dengan melakukan
pergerakan ini murid dapat menunjukkan kreativiti mereka melalui pergerakan yang
dilakukan seperti pergerakan melompat, berjalan, berlari dan lain-lain pergerakan
lagi.
IMPROVISASI
Dalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu aktiviti yang boleh
meningkatkan imaginasi dan kreativiti pelajar. Improvisasi merupakan gabungan atau
lanjutan kepada aktiviti eurhythmics (pergerakan berirama). Sebelum melakukan
aktiviti improvisasi,pengalaman dan pengetahuan asas tentang elemen irama dan pic
diperlukan. Berdasarkan elemen asas tersebutmaka pelajar melakukan
pengubahsuaian, penambahan atau lanjutan.Pelbagaiaktiviti improvisasi boleh
dilakukan dengan penggunaan suara, tubuh badan dan alat perkusi.Piano
merupakan instrumen utama yang digunakan untuk memainkan melodi atauirama
asas sebelum pelajar membuat improvisasi terhadap apa yang didengari.
Tumpuan aktiviti improvisasi adalah sesuatu yang dilakukan secara
spontan,bukannya ditulis atau dirancang terlebih awal. Dalcroze mengatakan
26 | P a g e
bahawa semua orang tanpa mengira bakat boleh dilatih memainkan menghasilkan
sesuatu karya muzik secara spontan. Setiap murid didalam kelas beliau diajar
mencipta muzik sendiri secara berpandu. Pelajar tersebut diberi kebebasan dan
peluang untuk mengekspresi ciptaannya. Penekanan dalam improvisasi adalah
berkenaan dengan latihan irama. Konsep masa dan tenaga yang diterokai dalam
sesuatu ruang dalam kelas pergerakan berirama eurhythmics dipraktikkan kepada
bermain piano. Piano menjadi alat utama improvisasi kerana penggunaan anggota
badan dan muzik seperti pergerakan jari dan tangan.
Dalcroze menggunakan improvisasi untuk mengukuhkan konsep teori dan
harmoni. Beliau meminta pelajar membuat improvisasi dari sesuatu melodi ke arah
pembinaan melodi baru dengan menggunakan kefahaman pelajar tentang jeda-jeda.
Secara tidak langsung, bermula daripada dua pic yang dicipta akan melatih pelajar
cekap dalam harmoni. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan guru
akan memainkan irama dengan menggunakan piano dan murid menjawab irama
tersebut dengan bertepuk tangan contohnya :
A)Irama yang dimainkan guru dengan menggunakan piano
B)murid membalas irama guru dengan bertepuk tangan dan membuat
improvisasi padairama.Irama yang ditepuk oleh murid
Solfege
Telinga dihubungkaitkan dengan bunyi, manakala keseluruhan saraf
dikaitkandengan irama. Solfege pula adalah pengetahuan tentang melodi dan
harmoni. Seperti tubuh badan digunakan sebagai alat berirama semula jadi, suara
pula adalah alat tonal yang natural. Justeru itu, suara bertindak sebagai
bahanekspresi dalam Latihan Solfege Dalcroze. Solfege bertindak sebagai ton,
hubungkait antara ton dan ton kualiti (timbre).
Tujuan solfege diperkenalkan adalah supaya pendidik muzik dapat merancang
latihan dan aktiviti bagi tujuan memperkembangkan pendengaran secara aktif dan
merangsang saraf pendengaran supaya peka terhadap ketepatan pic. Solfege dalam
pendekatan Dalcroze, adalah satu latihan pendengaran. Pendengaran boleh
27 | P a g e
mempertingkatkan kesedaran tentang pic, perbezaan ton dan perbezaan kualiti ton.
Pendengaran dalaman (inner hearing) juga dapat meningkatkan daya ingatan.
Pendengaran dalaman adalah sebutan atau sebahagian daripada lirik nyanyian yang
dinyanyikan dalam hati.Pendengaran dalaman dapat ditingkatkan melalui nyanyian,
melodi, harmoni, pic atau perbezaan kualiti ton atau timbre. la juga dapat
mempertingkatkan kemahiran membaca skor serta improvisasi secara vokal yang
boleh membawa kepada kemahiran muzik yang lebih tinggi seperti ciptaan dan
gubahan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran solfage murid dapat membezakan
kedudukan not melalui isyarat tangan Curwen contohnya bagi not C rendah tangan
di genggam di bahagian perut dan C tinggi tangan di genggam diaras kepala. Murid
hendaklah peka dengan kedudukan pic setiap not.
4. Aplikasi Pendekatan Dalcroze Dalam Bilik Darjah
Berdasarkan penelitian yang mndalam terhadap pendekatan yang diperkenalkan
oleh Emilie Jaques Dalcroze, didapati bahawa gabungan antara eurhythmics atau
pergerakan berirama dengan solfege menghasilkan improvisasi. Melalui improvisasi,
sentuhan dan citarasa individu dapat dihasilkan dalam ciptaan sendiri yang kreatif
berdasarkan kepada kegiatan–kegiatan eurhythmics dan solfege.
Secara amnya, aplikasi pendekatan Dalcroze di dalam bilik darjah memfokuskan
kepada aktiviti berikut:
Penumpuan (pay attention)
Konsentrasi dan mengingati
Menghasilkan semula (reproduce)
Menukar (change), dan
Automatis (involuntary action).
Kesemua aktiviti ini dilakukan melalui pergerakan fizikal yang melibatkan aural
(pendengaran), kinestatik (tangan/suara), visual (penglihatan) dan kreativiti.
Gabungan penekanan terhadap eurhythmics, solfege dan improvisasi seperti yang
diperkenalkan oleh Dalcroze telah memberi impak yang besar terhadap paradigma dan
28 | P a g e
persepsi pendidik muzik tentang pendidikan muzik kanak-kanak. Antara fokus dan unsur-
unsur yang diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran muzik ialah:
(i) Eurhythmies Dalcroze meningkatkan keupayaan memerhati,
memahami,memberitumpuan pendidik muzik terhadap kepaduan
penggunaan ruang,masa, tenaga dan keseimbangan bagi menghasilkan
pergerakan yang baik mengikut irama tertentu.
(ii) Kanak-kanak secara semula jadi memang suka bergerak dan mereka
seronok melakukan apa sahaja. Dengan demikian, pendekatan Dalcroze
menggalakkan mereka meneroka penggunaan ruang, masa, tenaga dan
tempo atau kelajuan yang pelbagai sewaktu melakukan
pergerakan.Contoh:
(a) Bergerak dengan cepat(berlari), lambat (berjalan) atau berjalan
secara berjingkit-jingkit sebagai aktiviti penerokaan dan penggunaan ruang
(b) Melompat, meniarap, berguling,mencangkung dan sebagainya
untuk meneroka dan mencari pengalaman baru menggunakan semua
anggota tubuh badan untuk bergerak.
iii) Anggota badan merupakan alat utama yang mampu mempamerkan
interpretasi murid atau individu yang melibatkan imaginasi, emosi, serta
pergerakan badan yang bertindak berpandukan bahan rangsangan atau
stimuli dalam bentuk bunyi,gerak isyarat (signal), lisan seperti
perkataan,ayat, puisi atau sajak, vokal sepertinyanyian dan juga muzik
bunyi bunyian.
(v) Pergerakan badan adalah pengalaman yang paling efektif dalam aspek
merasa dan menzahirkan emosi terhadap sesuatu yang
didengar.Mendengar pula adalah kunci kepada pengalaman ini. Dengan
mendengar,murid dapat memberi respon pergerakan yang tepat dengan
penggunaan masa, ruang dan tenaga. Sesuatu perasaan kanak-kanak
kadang kala tidak dapat diucapkan dengan kata-kata tapi dapat
diinterpretasikan dengan pergerakan badan. Antara perkara-perkara yang
boleh diinterpretasikan ialah lagu yang berasaskan lirik serta konsep muzik
29 | P a g e
sepertiirama, tekanan,detik, sinkopasi, perbezaan pic, kontur melodi,
dinamik, tempo,bentuk yang terkandung dalam muzik sedia ada.
(vi) Kreativiti diberi penekanan dalam program eurhythmics di mana
keupayaan dan kebolehan melakukan sesuatu yang berbeza di kalangan
murid-murid dipertingkatkan. Selain pelajar belajar untuk mengimprovisasi
dalam bentuk pergerakan, ekspresi kreatif juga boleh disalurkan melalui
media yang berbeza seperti penggunaan suara, alatperkusi, piano, alat
tiup kayu, brass dan alat bertali.
(vii) Murid-murid digalakkan untuk meneroka, menguji, mencuba dan mencari
jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar.
Penggunaan bahan bantu mengajar seperti bola, riben, keratan muzik
yang pelbagai bentuk, genre, rentak dan irama digalakkan jika ia menjadi
satu ransangan untuk melakukan pergerakan yang lebih dinamik.
(viii) Seorang pendidik muzik seharusnya berpengetahuan dan berkemahiran
tentang bidangya. Ia juga harus bijak merancang isi pelajaran yang telah
dirancang menggunakan pelbagai teknik dan pendekatan yang kreatif dan
segar bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
(ix) Sebelum memulakan suatu pengajaran dan pembelajaran, pendidik muzik
haruslah memikirkan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian
dengan peringkat kematangan murid, kesediaan murid dari segi fizikal dan
mental, bilangan semua murid dalam kelas, dan pengalaman sedia ada
murid. Pemilihan bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam
pergerakan haruslah berfungsi, menarik, mencukupi, berkesan dan boleh
juga menggunakan sesuatu yang telah diimprovisasikan.
(x) Pendidik muzik yang berkebolehan dalam melakukan pergerakan irama
sama ada dalam bentuk demonstrasi atau melakukan pergerakan
bersama-sama murid adalah satu kelebihan. Ia akan menjadi satu motivasi
dan ransangan kepada murid.
30 | P a g e
31 | P a g e
RUMUSAN
RUMUSAN KESELURUHAN
Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga
orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Zoltan Kodaly dari Hunggary, Carl Orff
dari Jerman dan Emili Dalcroze dari Switzealand. Secara umumnya ketiga-tiga tokoh
muzik ini mempunyai sedikit persamaan dan perbezaan dari segi pelaksanaannya
serta kaedah yang digunakan Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di negara
mereka masing-masing , ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia.
Disebabkan idea-idea yang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan
konteks negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi
kandungan teori-teori mereka berbeza.
Konsep Kodaly diperkenalkan sebagai kaedah dalam pendidikan muzik. Asas
dalam kaedah ini ialah nyanyian, pembelajaran bahan muzik instrinsik iaitu muzik yang
berkait rapat dengan budaya sesuatu masyarakat dan penggunaan solmization yang
relatif. Solmization ialah sistem kod nada yang menggunakan suku kata do-re-mi-fa-so-
la-ti-do untuk skala atau skor muzik. Perbezaan utama antara kaedah ini dengan
kaedah-kaedah pendidikan muzik yang lain ialah penekanan kepada pembelajaran dan
pembacaan skor muzik secara formal. Beliau juga menerapkan muzik rakyat dalam
pendidikan.
Manakala Orff pula memperkenalkan pendekatan pendidikan muzik yang
menggunakan pergerakan sebagai asas penguasaan perkembangan muzik kanak-
kanak. Pendekatan ini dikenali sebagai Orff Shulwerk. Pada mulanya, Orff Shulwerk
dicipta untuk mengajar orang dewasa tetapi lama kelamaan iubahsuai khusus untuk
mengajar kanak-kanak. Suara, pergerakan dan peralatan muzik adalah tiga elemen
perantara yang digunakan dalam Shulwerk. Lagu dan rima pentatonik digunakan untuk
mengajar kanak-kanak menyanyi. Pentatonik ialah skala lima nota. Pelbagai pergerakan
direka dan disesuaikan dengan rima. Meneroka dan mencuba pergerakan badan
menggunakan ruang yang sedia ada serta mengikut rentak muzik yang berlainan adalah
penting dalam kaedah ini.
Dalcroze telah memperkenalkan satu kaedah untuk mempelajari dan
mengekspresikan muzik melalui pergerakan yang dipanggil eurhythmics. Semasa
mengajar Dalcroze mendapati bahawa ramai daripada pelajar-pelajarnya cekap dari segi
teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman muzik. Kesedaran ini telah
mendorong Dalcroze mencipta satu kaedah yang menggabungkan pergerakan, rentak
32 | P a g e
dan improvisasi. Menurut Dalcroze, pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan
kreatif seharusnya menggabung ketiga-tiga aspek ini.
Dari segi pendekatan yang diterapkan oleh ketiga-tiga tokoh ini, Kodaly
menyatakan bahawa suara merupakan aspek utama dalam permulaan pembelajaran
muzik bagi kanak-kanak. Orff pula menggunakan kaedah pergerakan sebagai alat muzik
yang asas dan utama dalam pembelajaran muzik kanak-kanak. Seterusnya, Dalcroze
pula menyatakan bahawa sebelum memulakan pembelajaran muzik, kanak-kanak perlu
mempunyai pengetahuan dan pengalaman bagi menghasilkan hasil pembelajaran yang
berkesan.
33 | P a g e
34 | P a g e
Ranca
ngan
Pengaj
aran
Harian
Dunia
Muzik
KSSR
Tahun
Rancangan Pengajaran Harian Dunia Muzik KSSR Tahun 3
Mata pelajaran : Dunia Muzik Tahun 3
Tahun : 3 Melur
Hari : Selasa
Tarikh : 9 September 2014
Masa : 8.15 – 8.45 pagi
Fokus : Nyanyian solfa
Standard Kandungan : 1.1 Menyanyi pelbagai repertoire secara solo atau
Berkumpulan
Standard Pembelajaran : 1.1.3 Menyanyi solfa do re mi fa so la ti do
Menyanyikan nyanyian solfa dalam pelbagai corak
Irama
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menyanyikan nyanyian solfa do re mi fa so la ti
do dalam bentuk irama yang berbeza secara
solo dan berkumpulan
2. Membuat gerak isyarat tangan Curwen sambil
menyanyikan nyanyian solfa
Pengalaman Sedia Ada : Murid boleh menyanyikan irama yang berbeza-beza
BBM : Carta Isyarat Tangan Curwen
Audio nyanyian solfa
Lirik Irama Nyanyian solfa
Penyerapan Nilai : yakin dan mengikut arahan
Kemahiran Berfikir : Membezakan nyanyian solfa mengikut irama
35 | P a g e
Ranca
ngan
Pengaj
aran
Harian
Dunia
Muzik
KSSR
Tahun
EMK : Kreativiti
LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
STRATEGI
PDP/BBM/NILAI
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan Nyanyian Solfa
( do, re, mi, fa, so, la, ti, do)
1.Guru memperdengarkan
audio nyanyian Solfa.
2.Murid menyebut irama
solfa berulang kali.
3.
Membunyikan
nyanyian Solfa
do, re, mi, fa, so,
la, ti, do
Kemahiran
menyebut
nyanyian solfa
Video nyanyian
solfa
Langkah 1
(10 minit)
Nyanyian Solfa do, re, mi, fa,
so, la, ti, do
Gerakan isyarat Curwen do,
re, mi, fa, so, la, ti, do
1.Guru menunjukkkan
carta gerakan isyarat
tangan Curwen kepada
murid.
2.Murid diminta
menyebut nyanyian solfa
sambil membuat isyarat
tangan Curwen dengan
bimbingan guru.
Membunyikan
nyanyian solfa
sambil membuat
isyarat tangan
Curwen
Kemahiran
membeza
Carta Isyarat
Tangan Curwen
Langkah 2
(10 minit)
Nyanyian solfa mengikut irama
Twinkle Twinkle Little Star
sambil membuat isyarat
tangan Curwen
1.Guru
memperdengarkan video
irama nyanyian solfa.
Menyanyikan
Nyanyian Solfa
sambil membuat
isyarat tangan
36 | P a g e
2.Murid mengikut irama
nyanyian solfa sambil
membuat isyarat tangan
Curwen.
3.Guru membimbing
murid.
Curwen
Kemahiran
menyanyi
mengikut irama
Video irama
nyanyian solfa
Lirik irama
nyanyian solfa
Penutup
(5 minit)
Rumusan PdP
Pengukuhan
1.Guru merumuskan PdP
hari ini.
2.Murid diminta
mengingat kembali
perkara yang telah
dipelajari.
Imbas kembali
Kemahiran
Mengingat.
37 | P a g e
38 | P a g e
REFLEKSI
REFLEKSI TUGASAN
Alhamdullillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan limpah
kurniaNYa saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini walaupun dibatasi masa
yang terhad dan kekurangan ilmu lantaran kesibukan tugas seharian.
Tugasan kerja kursus ini adalah secara individu memandangkan hampir
kesemua kami tinggal agak berjauhan. Ia memberi kebebasan kepada saya untuk
melaksanakan tugasan ini dengan cara yang tersendiri namun masih lagi saling
hubung-menghubungi apabila berlaku kesulitan. Tugasan MZU3111 ini merangkumi
tiga aspek utama iaitu menyediakan folio berkaitan tokoh-tokoh pendidikan muzik,
menyediakan rancangan pengajaran harian muzik KSSR dan melaksanakan sesi
pengajaran di sekolah sendiri.
Secara jujurnya, tugasan pertama dan kedua tidak begitu membebankan. Ini
kerana banyak bahan dan tempat rujukan yang boleh digunakan untuk mencari
maklumat dan bahan. Namun begitu, tugasan amali amat berat untuk dilaksanakan
kerana saya tidak pernah mengajar Matapelajaran muzik di sekolah sebelum ini.
Saya Cuma bersandarkan kepada kemahiran asas yang sempat dipelajari semasa
tutorial dan rujukan guru muzik disekolah.
Dalam melaksanakan penyediaaan folio tentang tokoh-tokoh pendidikan
muzik, keseluruhannya saya banyak memperolehi bahan daripada internet dan
modul yang disediakan. Walaupun banyak bahan yang boleh dimuatturun, namun
untuk memahami konsep dan kaedah yang digunapakai oleh tokoh seperti Zoltan
Kodaly, Carl orff dan Dalcroze bukanlah suatu yang mudah. Saya terpaksa membuat
banding beza antara tokoh ini supaya ia lebih mudah difahami. Pada pendapat saya,
majoriti guru muzik di sekolah rendah banyak menggunakan kaedah Dalroze dalam
teknik pengajaran mereka. Ini mungkin disebabkan ianya lebih mudah untuk
dipalajari oleh kanak-kanak. Walaupun begitu, asas pendidikan muzik banyak
dipengaruhi oleh Kodaly. Sebagai seorang guru, kita perlu lebih kreatif untuk
mengintegrasikan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang telah diperkenalkan oleh
tokoh-tokoh ini.
39 | P a g e
Secara tidak langsung, dengan melaksanakan tugasan meyediakan folio ini
memberi saya peluang untuk megetahui tentang sejarah dan perkembangan muzik
secara umum. Walaupun tidak begitu mendalam namun ia sedikit sebanyak
membantu saya dalam menambah ilmu sebagai guru yang serba boleh pada masa
akan datang.
Dalam tugasan kedua iaitu menyediakan rancangan pengajaran harian muzik
KSSR, saya banyak dibantu oleh rakan guru di sekolah yang sangat berpengalaman
dalam bidang muzik. Beliau bayak membantu dalam memberi idea untuk aktiviti yang
akan dijalankan. Saya memilih untuk mengajar muzik bedasarkan teknik dan kaedah
Kodaly. Di samping tunjuk ajar dari rakan, saya juga menonton beberapa rakaman
pengajaran muzik melalui Youtube. Secara umumnya, saya mendapat gambaran
yang lagi jelas untuk mengajar muzik . Saya telah memilih kelas tahun 3 untuk
tugasan ini. Faktor kematangan dan pengalaman adalah di antara faktor mengapa
saya memilih kelas ini. Pada pandangan saya, murid tahun 3 ini mempunyai lebih
pengalaman dalam mempelajari muzik dan ini sudah pasti akan memberi kelancaran
kepada tugasan saya yang seterusnya.
Tugasan ketiga iaitu amali pengajaran muzik amat mencabar bagi saya. Ini
adalah pengalaman pertama saya mengajar muzik di sekolah rendah. Walaupun
saya pernah menyelitkan unsur-unsur muzik dalam pengajaran Bahasa Inggeris
saya sewaktu kelas biasa, namun kali ini ia amat berbeza. Saya perlu
mengaplikasikan kaedah Kodaly yang dipelajari dalam pengajaran saya. Saya
memilih untuk mengajar lagu Twinkle Twinkle Litle Star dengan menggunakan
kaedah Nyanyian Solfa dan isyarat tangan. Pada awal pengajaran, saya meminta
murid menyanyikan semula lagu ini dalam nyanyaian biasa. Kemudian saya
memperkenalkan Isyarat Tangan yang digunakan oleh Kodaly. Di waktu ini, saya
menggunakan gambar isyarat tangan dan sebutan supaya murid lebih memahami.
Ada di antara isyarat tersebut sudah dipelajari oleh mereka dalam sesi
pembelajaran yang lalu. Ini memberi bonus kepada saya kerana hampir kesemua
murid sudah mengenali Isyarat Tangan Curwen dan sebutannya. Oleh yang
demikian, untuk langkah pertama ini ia berjalan dengan lancar. Cuma kadang kala
ada juga yang tersalah isyarat dan saya sama-sama memperbaiki kelemahan dan
kesalahan tersebut dengan melakukan latihan ulangan.
40 | P a g e
Sewaktu melaksanakan langkah kedua iaitu memaparkan tayangan slaid lagu
Twinkle Twinkle Little Star secara Nyanyian solfa, murid-murid kelihatan begitu teruja
dan bersemangat. Ada juga yang merasakan ini adalah perkara yang baru bagi
mereka kerana menyanyikan lagu yang pernah didengari dengan menggunakn
Nyanyian Solfa. Dengan melakukan beberapa kali latihan, mereka berjaya
melakukan aktiviti tersebut. Namun begitu, ada segelintir dari murid-murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran ini dengan jayanya. Ia tidak mematahkan semangat
saya bahkan saya rasa sangat berpuas hati dengan sesi amali kali ini. Saya
sebenarnya memperolehi pengalaman berganda sewaktu melaksanakan tugasan ini
di mana dalam masa yang sama saya memberi ilmu dan menerima ilmu dengan
sama-sama belajar dari pengalaman.
Walau bagaimanapun, gambar rakaman tidaklah begitu berkualiti
memandangkan saya hanya menggunakan kamera digital dan khidmat mereka yang
kurang berpengalaman. Tetapi saya sangat bersyukur kerana semuanya telah
berjaya dilaksanakan dengan berkat kerjasama dari rakan guru dan pensyarah
sendiri.
41 | P a g e
42 | P a g e
BIBLIOGRAFI
1. http://www.wikipedia.org/
2. http://home.earthlink.net/-bluesman l/Kodaly.htm
3. http://www.britishkodalyac.demon.co.uk/
4. www.orff.de/en.html
5. http://mzu3111.blogspot.com/.../carl-orff-falsafah-dan-sejarah
6. http://ipgmalaysia.blogspot.com/2010/01/pendekatan-pembelajaran-muzik-
umum.html
7. http://atiqahaiza.blogspot.com/2014/02/l-proses-pengajaran-dan-pembelajaran
43 | P a g e
44 | P a g e
Lampiran
LIRIK IRAMA NYANYIAN SOLFA
do do so so la la so
fa fa mi mi re re do
so so fa fa mi mi re
so so fa fa mi mi re
do do so so la la so
fa fa mi mi re re do
45 | P a g e