assmnt umie!!
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 assmnt umie!!
1/27
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
1.0 PENDAHULUAN
Semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada
peringkat perkataan atau ayat dengan mempertimbangkan juga aspek-aspek
bukan linguistik seperti konteks apabila perkataan atau ayat itu digunakan,
kebudayaan sesuatu bangsa, unsur-unsur pilihan dan sebagainya. Elemen
semantik ini juga dapat dikaji berdasarkan bidang atropologi dan sosiologi,
psikologi, linguistik, sejarah, kebudayaan dan kesusateraan.
Dalam ilmu linguistik, tatabahasa merupakan kajian tentang
pembentukan kata dan penyusunannya dalam ayat. Manakala semantik pula
berhubung rapat dengan pengkajian tentang makna. Semantik menurut
istilahnya merujuk hal tentang makna, oleh kerana makna itu adalah
sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian
daripada ilmu linguistik.
Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani sema yang
menerbitkan kata semaineinyang bermaksud menunjukkan, bererti, atau
bermakna. Bidang semantik sudah lama menarik perhatian ahli bahasa.
Tokoh linguistik yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal
(1900) dalam bukunya Semantics : Studies in the Science of Meaning.
Sejarah semantik sudah bermula sebelum tahun Masehi. Ketika zaman
Yunani sudah terkenal dengan beberapa orang ahli falsafah antaranya
Socrates (469-399 S.M) dan salah seorang muridnya ialah Plato (425-348S.M). Plato telah menggunakan perkataan semainein dalam bukunya yang
bertajuk Cratytus. Kata dasarnya ialah sama yang bermaksud syarat atau
tanda dan semainein sebagai kata terbitanyang bermaksud
memperlihatkan atau menyatakan. Salah seorang anak murid Plato pula iaitu
Aristotle (384-322 S.M) menekankan terhadap bahasa terutamanya
perkataan, melahirkan takrifan bahawa ialah satuan bunyi atau huruf yang
terkecil yang mengandungi makna.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
2/27
Ferdinard de Saussure dalam bukunya Cours de Linguistique Generate
(1916) mengemukakan pendapat bahawa pada dasarnya bahasa memiliki
dua aspek iaitu langue dan parole. Langue ialah bahasa sebagai bentuk yang
berperaturan yang ada dalam otak manusia manakala parole ialah bahasa
yang diujarkanoleh seseorang pada masa tertentu. Beliau juga
mengemukakan istilah signe iaitu tanda bahasa merupakan perkataan . Signe
terbahagi kepada dua iaitu signitie (yang diertikan) dan signifiant (yang
mengertikan). Maksud yang diertikan ialah makna, manakala yang
mengertikan ialah bunyi bahasa.Beliau juga menegaskan bahawa semantik
merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna.
Noam Chomsky dalam bukunya Aspects of the Theory of Syntax
(1965), berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan
oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.
PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji
bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting
sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi
seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat
yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi
penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan
teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi
diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian
untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.
Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini,
pelajar akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang
ilmu linguistik. Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkankepentingannya dalam memberi gambaran kasar terhadap ilmu linguistik
sebelum kita mendalami bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang
seterusnya.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
3/27
1.1 DEFINISI DAN KONSEP SEMANTIK
1.1.1 DEFINISI SEMANTIK
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata
dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit unit ujaran
yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat
mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan
keperibadian manusia.
Definisi semantik dari segi istilah ialah Istilah semantik berasal daripada
bahasa Yunani sema yang menerbitkan kata semaineinyang bermaksud
menunjukkan, bererti, atau bermakna. Definisi semantik menurut tokoh
bahasa J.W.M Verhar (1996), semantik ialah cabang linguistik yang akan
membahas erti dan makna.
Definisi semantik menurut Abdullah Cheer (1994), semantik merupakan
bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa.
Manakala menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan
Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti
sesuatu perkataan. Secara khusus pula semantik ialah kajian tentang
lambang-lambang atau tanda-tanda yang menyatakan makna, hubungan
antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap
masyarakat.
1.1.2 KONSEP SEMANTIK
Bahasa pada lahirnya merupakan ucapan yang terdiri daripada
gelombang suara dan dari suara. Manakala dari segi tulisan merupakan
coretan dakwat, cat dan sebagainya, yang semuanya merujuk kepada suatu
makna tertentu yang bertindak untuk menyampaikan maklumat atau hasrat.
Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna
merupakan sejenis tanda atau sign. (Hashim Hj Musa, 1994: 44). Tanda atau
-
7/31/2019 assmnt umie!!
4/27
sign ialah sesuatu tanda yang mewakili atau melambangkan sesuatu yang
lain.
Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotik atau semiologi.
Kajian semiotik pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu semantik,
sintaktik dan pragmatik Kajian tentang semantik ialah kajian tentang
pemaknaan tanda. Kajian sintaktik merupakan kajian tentang kombinasi
tanda-tanda. Manakala kajian pragmatik merupakan kajian tentang asal-usul
penggunaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan
tanda itu. (Ullmaan, 1962: 15).
Semantik mempunyai dua pengertian iaitu semantik merupakan
bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna ungkapan
dan juga struktur makna sesuatu pertuturan. Pengertian kedua, semantik
merupakan satu sistem dan penyelidikan makna sesuatu bahasa.
Keterangan ini sesuai dengan kenyataan Pei dan Gaynor (1980 : 193)
yang menerangkan makna sesuatu bahasa.
Science dealing with the relations between referents and referents
linguistics symbols (words, expressions, phrase) and objects or concepts to
which they referand with the history and changes in the meaning or words
Sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji tentang makna, semantik
boleh dilihat dari sudut erti yang luas dan sempit. Pengkajian makna pada
peringkat semantik dalam erti kata yang sempit hanya meliputi maklumat
linguistik, cuma melibatkan teori referense dan teori makna sahaja.
Bagaimanapun, dalam erti yang luas semantik itu meliputi juga
sintaksis malah pragmatik. Keadaan ini demikian kerana menurut Nor
Hashimah Jalaludin (1992 :1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson
(1980), pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat
memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur.
Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu
penginterpretasi makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
5/27
Gabungan antara kedua-dua faktorlinguistik dan bukan linguistik ini benar-
benar dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan.
Dalam linguistik juga semantik dikaitkan dengan penyampaian makna
oleh saranan-saranan kemahuan dan leksikal sesuatu bahasa. Berdasarkan
pandangan teoritis, huraian dan sejarawi malah masalah-masalah semantik
yang harus diteliti ialah sifat-sifatnya, sama ada sikronik atau diakronik. Ini
berlaku kerana bahasa itu mempunyai dua aspek iaitu fisiologi atau mekanikal
dan psikologi atau tidak mekanikal. Fonologi dan morfologi merupakan aspek
mekanikal, maanakala sintaksis dan semantik sebagai aspek psikologi dan
ditambah dengan etimologi yang mempunyai unsur sejarah.
Kita telah mendapat penjelasan bahawa semantik merupakan kajian
tentang makna dalam bahasa. Makna-makna itu pula boleh ditinjau daripada
pelbagai peringkat bahasa, iaitu fonem, morfem, perkataan dan juga ayat.
Malah semantik juga mengkaji hal tentang hubungan antara unsur-unsur
tersebut antara satu sama lain. Walaupun semantik itu sebagai satu kajian
yang sukar dikaji secara formsl, tetapi ia merupakan bahagian yang penting
dalam tatabahasa. Malah ilmu semantik memberikan banyak kebaikan kepada
pengkajinya sebagaimana yang dikemukakan oleh Walpole (1941 :28-33) iaitu
pengkaji akan lebih memahami perkara yang didengar dan dibaca. Pengkaji
dapat bertutur dan menulis dengan lebih berkesan. Pengkaji juga dapat
berfikir dengan lebih berhati-hati.
DEFINISI LINGUISTIK
Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa maksud 'bahasa'. Dalam
bahasa-bahasa "Roman" (iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-
kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua
dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggers memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi
language. Istilah'linguistics' dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language tersebut,
seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam
bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah
linguistic atau "linguistik".
-
7/31/2019 assmnt umie!!
6/27
Ferdinand de Saussure (1916), yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa Swiss, dalam
bukunya Cours de Linguistique Generale telah membezakan kata Perancis langue dan langage. Selain
itu, beliau juga turut membezakan istilah parole (tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut.
Menurut beliau lagi, langue merupakan suatu "sistem".Manakala, istilah langage boleh diertikan
sebagai bahasa khas yang ada pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan "Di mana
manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa, tetapi tidak tuturan". Parole yang
merupakan 'tuturan' pula adalah bahasa, sebagaimana yang dipakai secara konkrit dan merujuk
kepada 'loghat', 'ucapan', dan 'perkataan'. Dalam bidang kajian ilmu linguistik, kebanyakan para
sarjana bahasa sering menggunakan istilah Perancis ini (langue, langage dan parole) sebagai suatu
istilah profesional.
Di dalam bahasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut "linguis" yang dipinjam daripada istilah bahasa
Inggeris linguist. Manakala dalam penggunaan bahasa Inggeris seharian, istilah linguist merujuk
kepada makna "seseorang yang fasih dalam berbagai bahasa". Sebagai contoh, ungkapan "He is
quite a linguist" yang bererti "Dia fasih dalam beberapa bahasa". Dalam istilah ilmiah pula, linguist
dapat diertikan sebagai ahli bahasa. Berdasarkan keterangan tersebut, kita dapat merumuskan
bahawa orang yang fasih dalam menguasai berbagai bahasa tidak sama dengan ahli linguistik.
Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kita perlu membuat perbezaan di antara kata bahasa Inggeris
linguist di dalam bahasa seharian dengan istilah linguist sebagai ahli linguistik.
Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum di sini bermaksud bahawa bidang kajian ilmu
linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa-bahasa tertentu sahaja.
Ilmu linguistik sebenarnya merujuk kepada bahasa secara umum. Ini bertepatan dengan pandangan
Ferdinand de Saussure (1857) yang merumuskan bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah
satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum. Selain itu, kajian ilmu
linguistik meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-
bahasa tersebut, maka bidang kajian linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini
merupakan bidang kajian ahli linguistik.
Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna bidang kajian
linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya
sebagai salah satu bidang ilmu yang dipelajari. Selain itu, ilmu linguistik dikaitkan juga dengan ilmu
yang bersifat empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan bidang ilmu yang lain dikaitkan dengan fakta
dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan semua ahli yang lain.
Di dalam kajian ilmu linguistik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek bagi kajian bidang ini.
Istilah-istilah bahasa di dalam kajian ilmu linguistik pula dikaitkan dengan pelbagai tafsiran.
Umpamanya, bahasa dikaitkan dengan erti kiasan yang membawa pelbagai tafsiran makna. Selain
daripada itu, bahasa juga dikaitkan dengan istilah harfiah, yakni dalam ungkapan 'ilmu bahasa '
seperti dalam contoh bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya. Dalam menjelaskan tafsiran
bahasa, istilah harfiah ini dianggap sebagai objek dalam bidang ilmu kajian linguistik. Terdapatbanyak definisi linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli linguistik sejak dahulu hingga kini. Banyak
-
7/31/2019 assmnt umie!!
7/27
definisi yang dikemukakan oleh mereka berfokus kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang
membawa pelbagai tafsiran yang berbeza di kalangan mereka. Menurut Verhaar (1985:1), kata
linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Pandangan tentang definisi
ilmu linguistik ini turut disentuh oleh Langacker (1987). Menurut beliau, linguistik adalah kajian
terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh
manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.
Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini
bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun
serta mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang
mempunyai ciri keesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan
yang sama berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan oleh John Lyons (1968:89).
Menurut beliau, linguistik adalah 'The scientific study of language '. Pandangan kedua-dua tokoh ini
memperlihatkan bahawa perlunya linguistik dikaji seperti juga disiplin ilmu lain yang juga
memperlihatkan ciri-ciri saintifik.
Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau, pengertian
kata linguistik merujuk kepada bagaimana suatu kajian bahasa itu dilaksanakan. Berdasarkan
pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi
bidang linguistik
secara khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik
preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu.
Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan
perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan
yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif
membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian
bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi
tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji
segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.
Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa linguistik merupakan
bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidangkajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.
Safir (1921) mendefinisikan bahasa sebagai suatu kaedah yang bukan naluri (noninstinct) manusia
untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui simbol - simbol yang lahir secara
sedar.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
8/27
Bloch dan Trager (1942) menyatakan bahasa ialah suatu sistem lambang - lambang
bunyi vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi.
Chomsky (1957) mendefinisikan bahasa ialah suatu set ayat yang
mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu
set unsur yang terhad.
Ferdinand de saussure (1974/1993) pula berpendapat bahasa ialah sistem isyarat
yang mempunyai bahagian terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan bayangan
bunyi dan kedua-duanya bersifat psikologi.
Asmah Haji Omar (1988) tokoh linguistik melayu menyatakan bahasa merupakan firasat atau
petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Lebih ringkas lagi bahasa mencerminkan kebudayaan
penuturnya.
Persoalan tentang bahasa telah mendapat perhatian ramai tokoh linguistik,
pelbagai definisi telah diberikan berdasar sudut pandangan yang berbeza-beza mengikut
perspektif masing- masing daripada hasil kajian mereka, jelaslah bahasa
digunakan untuk bergabung atau berhubung sesama manusia.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
9/27
CONTOH ANALISIS CERPEN DARI ASPEK SINTAKSIS1.0 Pengenalan
Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang
menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang
menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat
pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam
sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yang
bererti menempatkan bersama sama.Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis
dapatlah diertikan sebagai menempatkan kata kata secara bersama-sama untuk menjadi
kelompok kata atau ayat.
Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi
dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan
1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem
dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat
merupakan unit terbesar.
2.0 Struktur Binaan Ayat Bahasa Melayu
Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau
konstruksi.Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang
sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata
yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.Binaan ayat mengandungi subjek
dan predikat.
2.1. Subjek
Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan,yang
bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor Abdullah Hassan
dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk guru dan
pelajar,subjek ialah benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali sebagai perkara
yang diceritakan.
2.1.1.Binaan Subjek
Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur seperti
kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata adjektif yang
berfungsi sebagai kata nama.Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa unsur-unsur subjek
mestilah terdiri dariapda orang,benda atau perkara.Contoh dalam cerpen Mak Timah karya
Khatem Bin Ariffin,terdapat beberapa ayat yang subjeknya terdiri daripada orang, benda dan kata
kerja.Contohnya ayat pada muka surat 92 : Dia juga pandai memasak. Subjek dalam ayat ini
adalah kata ganti nama diri iaitu merujuk kepada manusia.
2.1.1.(i) Kata Nama
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am,kata nama
khas,atau kata nama terbitan. Dalam cerpen Mak Timah terdapat banyak ayat yang subjeknya
-
7/31/2019 assmnt umie!!
10/27
terdiri daripada kata nama. Contohnya ialah ayat pada perenggan 2 muka surat 92 : Mak Timah
hanya bekerja pada waktu siang. Subjek ayat ini adalah Mak Timah iaitu kata nama khas hidup
manusia.
Selain itu, penulis juga kerap menggunakan kata nama am sebagai subjek dalam ayat. Buktinyapada perenggan 3 muka surat 92 : Ayah yang selalu meminta aku untuk membantu dimana
perlu. Ayah mahu aku belajar memasak. Pada perenggan 3 : Ayah pun nampak berselera juga
waktu makan masakan Mak Timah.Nenek sudah tua.Subjek ayat tersebut adalah kata nama am
hidup manusia.
2.1.1 (ii) Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama
am.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil,iaitu kata ganti nama tunjuk
dan kata ganti nama diri.Sehubungan itu kata ganti nama diri terdiri daripada dua jenis iaitu kataganti nama diri tanya iaitu perkataan yang merujuk kepada orang atau benda dalam bentuk
tanya.Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu apa, siapa, dan, mana.
Penulis cerpen Mak Timah turut menggunakan kata ganti nama tanya sebagai subjek dalam
ayat. Namun hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu pada perenggan 1 muka surat 98 : Apakah
yang mahu ayah sampaikan padaku?. Sebaliknya, penulis lebih kerap menggunakan kata ganti
nama diri orang pertama dan orang ketiga dalam binaan subjek ayat.Contoh subjek ayat yang
terdiri daripada kata ganti nama diri pertama ialah pada perenggan 1 muka surat 100 : Aku
mengangguk. Aku tersenyum.
2.1.1(Iii) Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama
Kehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara baru. Terdapat sejenis
kata kerja yang mengambil tugas kata nama.Penulis cerpen Mak Timah lebih gemar
menggunakan kata nama sebagai subjek ayat. Jelas dan nyata hanya minoriti sahaja subjek ayat
yang bukan dari golongan kata nama. Buktinya hanya terdapat satu ayat sahaja yang subjeknya
kata kerja iaitu kata kerja terbitan apitan ke-..-an. Buktinya pada perenggan terakhir muka surat
94 : Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.
2.1.1(Iv) Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama
Sehubungan itu,dalam bahasa Melayu,kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang
dijadikan subjek dalam ayat.Terdapat sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu
ayat.Contohnya ialah dalam cerpen Mak Timah Karya Khatem Bin Ariffin,perenggan 4 muka
surat 92 : Seleraku sentiasa terbuka apabila menghadap hidangan Mak Timah. Kata adjektif
selera berada dalam struktur binaan ayat tersebut adalah sebagai subjek ayat.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
11/27
Selain itu penulis juga telah menggunakan kata adjektif yang telah menerima imbuhan apitan ke-
..-an sebagai subjek ayat> Buktinya pada muka surat 95 : Kelembutan ayah mencairkan
ketegangan dalam diriku. Kemesraan ayah mengelus-ngelus keserabutan dalam jiwaku.
2.2. PredikatPredikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, predikat ialah bahagian yang mengandungi ayat yang
mengandungi cerita. Cerita itu ialah berkenaan benda,orang ataupun perkara yang disebut dalam
subjek.Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu apa
yang dilakukan oleh benda,memberitahu sifat-sifat benda,dan memberitahu
dimana,.kemana,mengapa,bagaimana,dengan sifat dan bila.Oleh yang demikian,predikat bolehterdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama,frasa
kerja,frasa sifat dan frasa sendi.
2.2.1 Binaan Predikat
Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama seperti frasa nama,frasa
kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.
2.2.1.(i) Predikat Frasa Nama
Predikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsisebagai subjek dalam sesuatu ayat.Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama
khas,dan kata nama terbitan.
2.2.1.(ii) Predikat Frasa Kerja
Frasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk daripada beberapa unsur seperti unsur
kata kerja asal,kata kerja terbitan ,kata bantu dan unsur-unsur keterangan.Kata kerja asal terdiri
daripada dua jenis iaitu kata kerja asal tidak berimbuhan dan asal berimbuhan.Contohnya dalam
cerpen Mak Timah, penulis juga menggunakan frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Contoh
ayat yang terdapat dalam cerpen ini adalah Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.
2.2.1(ii)a.Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan
Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja,
dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif
ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata kerja transitif ialah
kata kerja yang memerlukan objek. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah
mandi,masuk,keluar,tidur,hilang,naik,dan sebagainya.Contoh kata kerja asal tidak berimbuhan
dalam cerpen Mak Timah ialah Pakaian idah juga aku tukar dengan baju kurung
2.2.1(ii)b. Kata Kerja Asal Berimbuhan
-
7/31/2019 assmnt umie!!
12/27
Kata kerja asal berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan
imbuhan. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Contoh
kata kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari,bernyanyi,berehat dan banyak
lagi.Contoh kata kerja asal berimbuhan sebagai predikat kata kerja dalam cerpen Mak Timah
ialah Aku berlari kebilikku....
2.2.1(ii)c.Kata Kerja Terbitan
Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi
daripada golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Proses pengimbuhan
akan berlaku bagi menerbitkan kata kerja terbitan. Proses ini berlaku apabila kata nama atau
kata adjektif tersebut memerlukan imbuhan me-..-kan,me-..-i atau memper-....Contoh perkataan
yang terbit daripada proses pengimbuhan ialah menyekolahkan,membuahkan,menghasilkan dan
memperluas. Kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing
dalam ayat memerlukan objek.Setelah meneliti ayat ayat yang digunakan oleh penulis, didapatiada penggunaan kata kerja terbitan sebagai predikat frasa kerja.
a) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat
94)
b) Lagunya yang sumbang dan tidak tentu irama itu dapat juga menidurkan Afiq.
c) .....tidak lagi dapat menakung kencingnya. .(Muka surat 91 )
d) ..... Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepadaku.(Muka surat 91 )
e) .....mendodoikannya sehingga tidur semula. .(Muka surat 91 )
f) Aku cuba menyembunyikan kemuraman wajahku ......(Muka surat 96)
2.2.1(ii)d.Kata Bantu
Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja.
Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu
ragam.Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu
perbuatan dari segi masa, sama ada belum,sedang,atau sudah dilakukan.Contoh kata bantu
aspek ialah akan,belum,pernah,sedang,masih dan banyak lagi.
Manakala kata bantu ragam ialah merupakan kata yang menyatakan atau menerangkan ragam
perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.Kata bantu jenis ini adalah seperti
hendak, mahu,harus,mesti,boleh,dan dapat. Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalahsebelum kata kerja. Sehubungan itu,kata bantu juga boleh hadir secara berderetan iaitu lebih
daripada satu dalam sesuatu ayat.Setelah meneliti setiap ayat dalam cerpen Mak Timah, didapati
sememangnya banyak penggunaan kata bantu ragam dan aspek dalam predikat frasa
kerja.Antara ayat yang mengandungi kata bantu adalah seperti yang berikut :
g) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. (Muka surat 92 )
h) Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab ( Muka Surat 94 )
i) Ingatlah ibu tiri boleh menggantikan emak, rupanya dia datang hendak menyiksa hidup kita
sahaja. ( Muka surat 94 ).j) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat 94)
-
7/31/2019 assmnt umie!!
13/27
k) Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu. ( Muka surat 96)
l) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.( Muka surat 99 )
2.2.1(ii)e. Unsur-Unsur Keterangan
Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh
menerima frasa keterangan. Dengan frasa keterangan dimaksudkan unsur-unsur yangmenerangkan kata kerja itu lebih lanjut lagi. Frasa keterangan terbentuk daripada frasa sendi
nama seperti dengan cepat,di kilang,pada pukul dan sebagainya.Penulis cerpen Mak Timah juga
banyak menggunakan unsur-unsur keterangan dalam ayat yang predikatnya adalah frasa
kerja.Antara ayat tersebut adalah seperti berikut ;
a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya ( Muka surat 91)
b) Lampinnya perlu segera ditukar jika basah ( Muka surat 91 )
c) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah ( Muka surat 96)
d) Mak Timah sudah pulang ke rumahnya setelah menyediakan makan malam untuk kami ( Muka
surat 96 )e) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung ( Muka surat 96 )
2.2.1(iii) Predikat Frasa Adjektif
Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif ,iaitu kata
adjektif selapis atau kata adjektif ganda.Bagi penggunaan kata adjektif selapis, boleh didahului
oleh kata penguat seperti amat,sangat,sungguh dan sebagainya. Ada juga kata penguat yang
boleh hadir sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan benar.Selain itu,kata adjektif
juga boleh hadir bersama-sama kata bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh disertai
imbuhan ter- yang membawa maksud paling. Berdasarkan analisis yang telah dibuat,terdapatbanyak penggunaan frasa adjektif sebagai predikat dalam ayat. Antaranya adalah seperti ayat
yang berikut :
a) Orangnya berwajah manis,lemah lembut dan berusia disekitar tiga puluh lima tahun. ( Muka
surat 92)
b) Mak Timah baik ( Muka surat 92 )
c) Dia juga pandai memasak ( Muka Surat 92)
d) Aku sudah pandai membuat susunya ( Muka surat 95)
2.2.1.(iv) Predikat Frasa Sendi NamaFrasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa
nama.Kata sendi nama adalah seperti di,ke,dari,daripada,kepada,untuk,pada,dengan,oleh,dan
sebagainya.Berikut adalah contoh ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama.
a) Afiq lain sedikit daripada Idah
b) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah
3.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur
intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yanghadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa nama.Ada
-
7/31/2019 assmnt umie!!
14/27
pendapat yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi
frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama.
3.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetanperkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara
perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang
menrupakan inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataan-perkataan
yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya.
Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur yang
diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara penerang
merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang.Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang boleh
terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan
nama.
Dalam cerpen Mak Timah,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa
binaan frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:
i) Inti + penerang nama jenis.
Frasa Nama
Inti Penerang Nama Jenisbaju kurung
ii) Inti + penerang milik
Frasa Nama
Inti Penerang Milik
Pakaian Idah
Susu Afiq
Bilik ku
Orang nya
3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama
Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis
kata nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh
perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata adjektif,frasa
sendi nama dan bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga binaan frasa nama inti
+ penerang bukan nama.
i)Penentu Hadapan
Frasa NamaPenentu Hadapan Inti
-
7/31/2019 assmnt umie!!
15/27
Bilangan Penjodoh Bilangan
Semua - barang kemas
ii) Penentu belakang
Frasa NamaInti Penentu belakang
petang itu
waktu itu
iii) Inti + penerang kata adjektif
Frasa Nama
Inti Penerang Kata Adjektif
suara garau
suara langsing
iii) Inti + penerang frasa sendi nama
Frasa Nama
Inti Penerang Frasa Sendi Nama
Sendi Nama Frasa Nama
Aku dari sekolah
Ayah di dapur
3.2 Susunan Konstituen Frasa NamaDalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan
konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian. Peraturan-
peraturan ini adalah seperti peraturan D-M,kecualian hukum D-M,bilangan dan panggilan, dan
penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati penulis sememangnya
mengambil kira susunan konstituen frasa nama.
Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Mak Timah
Frasa Nama
Diterangkan ( Inti ) Menerangkan(Penerang)
Pakaian IdahSusu Afiq
Baju kurung
4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja
yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama
sebagai objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak
transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus
disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.Frasa kerja yangdemikian mengandungi kata kerja transitif.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
16/27
4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis kata
kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata
kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.Binaan Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah sepertiberikut :
a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap
i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama
Ayah bangun dari tidurnya
Mak Timah datang bekerja di rumahAku berlari ke bilik
ii) Kata nama sebagai pelengkap
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama
Ayah cium pipi Idah
iii) kata Adjektif sebagai pelengkapAyat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Adjektif
Dadku menjadi sebak
b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang
Ayat
Subjek PredikatFrasa Nama Kata bantu Aspek Frasa Kerja
Kata Kerja Penerang
Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu
4.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja
transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau
penyambutnya.
a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objekAyat
-
7/31/2019 assmnt umie!!
17/27
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat
Afiq menggunakan pampers
Aku cuba mencari hujahAku menggelengkan kepala
b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi
Mak Timah memberitahu ku satu berita
Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku.
4.3.Frasa Kerja dengan Kata Bantu
Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu
menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh kedua-
dua jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kerja,
manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.
a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah.
Ayat
Subjek PredikatFrasa Nama Frasa Kerja
Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelangkap
Mak Timah akan menghidang makanan tengah hari kami
Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepada ku
Ayah telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenek
Aku pernah mencadangkan Afiq tidur denganku
Afiq sedang tidur di biliknya (penerang)
Ayah akan mendukung Afiq
b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah
i. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja
ii. Aku boleh menjaga mereka.
iii. Aku tak mahu katakata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi.
iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami.
v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku.
vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?
vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab
4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
18/27
Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen. Apabila
ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan
komplemen akan digunakan iaitu bahawa dan untuk yang berfungsi menggabungkan dua ayat
menjadi satu ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen.
a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq.b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah
c) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya.
d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah.
4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
ii) Keterangan waktu
a) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya.
b) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang
iii) Keterangan cara
a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya.iv) Keterangan tujuan
a) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.
v) Keterangan alat
a) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung.
vi) Keterangan bagai
a) Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.
b) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.
4.6. Kesimpulan binaan frasa kerja yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Secara ringkasnya, binaan frasa kerja yang terdapat didalam cerpen ini adalah binaan frasa kerja
dengan objek dan tanpa objek. Sehubungan itu juga penulis banyak mengaplikasikan kata bantu
iaiatu frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Selain itu, ayat yang dibina
juga telah diperluaskan dengan kata hubung pancangan komplemen dan menerbitkan ayat
majmuk yang mengandungi frasa kerja dengan ayat komplemen.Unsur-unsur keterangan juga
telah digunakan ialah meliputi keterangan waktu,tempat,alat dan bagai.
5.0 Binaan Frasa Adjektif dalam ayat bahasa Melayu.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang
mengandungi kata adjektif dengan kata abntu dan penguat, sama ada di hadapan atau di
belakang.
5.1 Binaan Satu Perkataan
Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif.Berikut adalah contoh daripada cerpen Mak Timah.
I. Terganggu oleh suara langsing Afiq
II. Suara garau ayah kadang-kadang membuat aku tersenyum.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
19/27
Kata adjektif langsing dan garau merupakan kata adjektif tanpa imbuhan iaitu kata adjektif yang
terdiri dariapda satu kata dasar.
5.2 Binaan Dua Perkataan
Binaan jensi ini terdiri daripada dua perkataan iaitu sama ada kata adjektif dengan kata adjektifatau kata adjektif dengan kata nama.
a) Binaan kata adjektif + kata adjektif
Binaan ini boleh terdiri daripada 3 jenis iaitu dua kata adjektif yang menekankan unsur
keserasian makna, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan dan deretan dua kata adjektif
dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contoh
daripada cerpen Mak Timah seperti berikut :
a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna
lemah lembut.b) Binaan kata adjektif + kata nama
Binaan ini merupakan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama terdiri daripada
kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerang.Binaan kata adjektif
jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan dan frasa
adjektif yang membawa maksud kiasan. Binaan jenis ini juga tidak terdapat di dalam cerpen Mak
Timah. Sebaliknya penulis banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja.
5.3 Frasa Adjektif dan Penguat.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga teridiri daripadakata adjektif yang disertai penguatnya.Berikut adalah hasil analisis daripada cerpen Mak Timah
a) Penguat hadapan
Kata penguat yang hadir sebelum kata adjektif dan berada selepas kata nama atau kata
bantu.Contoh ayat ialah Pampersnya sudah terlalu berat.
AYAT
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Adjektif
Kata Nama Kata Bantu Kata Penguat Kata Adjektif
Pampersnya sudah terlalu berat
5.4 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif
AYAT
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Adjektif
Kata Nama Kata Bantu Kata Adjektif Kata Kerja Kata Nama
Aku sudah pandai membuat susunya
5.5 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
-
7/31/2019 assmnt umie!!
20/27
Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif iaitu selepas subjek sebagai
predikat, selepas frasa kerja sebagai keterangan dan selepas frasa nama sebagai penerang.
Dalam jadual dibawah adalah hasil analisis susunan frasa adjektif dalam ayat bagi cerpen Mak
Timah.
a) Frasa Adjektif sebagai PredikatAyat
Subjek Predikat
1) Pampersnya sudah terlalu berat
2) Dia larat untuk menjaga Idah
3) Dia juga pandai memasak
4) Aku sudah pandai membuat susunya
b) Frasa Adjektif sebagai keterangan
AyatSubjek Predikat
Frasa Kerja Keterangan ( Kata Adjektif )
Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya
c) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama
Frasa Nama
Kata Nama Kata Adjektif
1) Mak Timah baik
2) Barang kemas
5.6 Kesimpulan Binaan Frasa Adjektif yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah
Secara ringkasnya, penulis lebih banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja. Manakala
jika dilihat hasil analisis dari aspek susunan frasa adjektif dalam ayat, ketiga-tiga susunan
tersebut terdapat dalam cerepn ini.Kesimpulannya frasa adjektif sebagai predikat ialah satu
binaan yang boleh diperluaskan dengan menambah beberapa unsur seperti dalam rajah yang
berikut:
Kata Bantu + Kata Penguat+Kata Adjektif+Kata Keterangan+ Ayat Komplemen.
6.0 Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan
satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Kata sendi nama ialah
bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.Berikut adalah contoh frasa sendi
nama yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Sendi Nama
Kata Nama Kata Sendi Nama Frasa NamaAku dari sekolah
-
7/31/2019 assmnt umie!!
21/27
6.1 Binaan Frasa Sendi Nama dalam ayat bahasa Melayu.
i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya dihadapan suatu frasa
nama.Binaan jenis ini terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Hasil analisis adalah seperti di dalamjadual dibawah:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
dari sekolah
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
di rumah
daripada Mak Timah
ke rumahnyadari mulutku
ke dapur
di bandar
di pusat rekreasi
ii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+ Frasa Nama
Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa
nama yang didahului satu unsur kata nama arah.Dalam masa yang sama,frasa sendi nama boleh
juga wujud tanpa nama arah.Frasa Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
Kata Nama Arah Frasa Nama
di - rumah
di - bilik
di atas tilam
Walau bagaimanapun,bilangan binaan jenis ini sedikit di dalam cerpen Mak Timah.
iii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+Frasa Nama + Keterangan.Binaan jenis ini terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama
itu diikuti keterangan.Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama Keterangan
Kata Nama Arah Frasa Nama
di - bilikku pada waktu malamnya.
ke - bilikku lalu menyembahkan mukakudi - rumah aku biasanya menggunakan pakaian yang simple sahaja.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
22/27
-
7/31/2019 assmnt umie!!
23/27
BIDANG KAJIAN LINGUISTIK
Kajian linguistik meliputi bidang yang luas. Antara kajian linguistik yang perlu diketahuioleh pelajar ialah fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik,pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik, linguistik teoritis danlinguistik terapan. Tiga bidang utama sahaja akan disentuh, iaitu:
i. bidang fonetik dan fonologi,ii. morfologiiii. sintaksis.
i. Fonetik dan FonologiPertuturan bahasa melibatkan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yangdihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu. Kesemua bunyiyang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan fonologi. Fonetik menelitibunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-sifat akuastiknya, manakala ilmufonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan danstrukturnya. Kita dapat melihat fungsi fonetik dan fonologi ini dengan menjelaskannya
bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan penelitian mengikut bidangkajian masing-masing. Sebagai contoh, bunyi "p" yang secara lazimnya menurut sifatfonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia disebut dengan menutup kedua-dua bibir danmelepaskannya sehingga udara keluar dengan "menghasilkan suatu bunyi letupan".Penghasilan bunyi "p" tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja.
Seterusnya, jika dua bunyi yang secara fonetik mempunyai perbezaan tertentu, iadikatakan berbeza fonologinya. Perbezaan tersebut memperlihatkan perbezaan makna.Ini bermakna dua bunyi tersebut dikatakan mempunyai perbezaan fonologi jika bunyi-bunyi tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Sebagai contoh, di dalam bahasaMelayu, bunyi "p" dan "t" berbeza dari segi fungsional atau secara fonologi. Ia disebutsebagai pasangan minimum kerana kata-kata yang dihasilkan oleh kedua-dua bunyitersebut berbeza dari segi kata-kata yang dihasilkan, seperti dalam contoh kata "padi"dan "tadi". "Padi" merujuk kepada sejenis tanaman, manakala "tadi" merujuk kepadakata keterangan masa. Jelas, perbezaan pasangan minimum tersebut memperlihatkanwujudnya tafsiran makna yang berlainan bagi kedua-dua kata tersebut. Perbezaanmakna yang dibawa oleh bunyi-bunyi tersebut merupakan bidang kajian ilmu fonologi.
ii. MorfologiNik Safiah Karim et al. (1993) mentakrifkan morfologi sebagai "bidang ilmu bahasa yangmengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata", manakala Arbak Othman (1968)menjelaskan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubunganantara morfem dan varian morfem. Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa
morfologi ialah bidang yang mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk kajian morfologi yangterkecil ialah morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata mempunyai bentuk yangbebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri manakala morfem terdiri daripada duabahagian, iaitu bentuk bebas dan bentuk terikat.
Kata-kata yang dibentuk lahir daripada kata yang terdapat di dalam sesuatu bahasa danjuga melalui proses-proses tertentu. Kata yang dilahirkan melalui kata tertentu; sebagaicontoh di dalam bahasa Melayu merupakan kata yang dihasilkan di dalam bahasaMelayu itu sendiri. Manakala, kata yang melalui proses tertentu pula ialah melalui prosespengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Melalui proses pengimbuhan kata dasar,kata yang dihasilkan ialah kata terbitan. Melalui proses penggandaan, kata yang
dihasilkan merupakan kata ganda dan melalui proses pemajmukan pula, kata yangdihasilkan merupakan kata majmuk.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
24/27
Di dalam bahasa Melayu, terdapat bentuk kata utama; yakni kata nama, kata kerja, dankata adjektif. Contoh kata nama ialah "sabun", "cangkul', dan "penyapu". Contoh katakerja pula ialah kata "gerak", "kumpul" dan "letup" manakala contoh kata adjektif ialahkata "baik", "gemuk" dan "panjang". Selain kata utama, terdapat juga kata tugas yang
mempunyai tugas tertentu, sama ada di dalam perkataan atau binaan ayat.
iii. SintaksisPerkataan "sintaksis" berasal daripada perkataan Yunani "suntutein" yang bermaksudmenyusun atau susunan. Di dalam bidang linguistik, "sintaksis" bermaksud "kajianpembentukan ayat". Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah cabang ilmulinguistik yang mengkaji proses pembentukan ayat, seperti penyusunan kata kepadaayat dan cara hubungan antara kata di dalam ayat. Nik Safiah Karim et al. (1986)mendefinisikan sintaksis sebagai "bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaanayat". Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis ialah "istilah untuk mengkajipembentukan ayat", iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksisyang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti terbesar. Asmah Hj.Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis sebagai "bahagian daripada linguistikdeskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata danayat".
Berdasarkan pandangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa sintaksis sebagaibidang ilmu bahasa yang mengkaji "bentuk, struktur dan binaan ayat". Ia sebenarnyamengkaji konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk bermula denganpenyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat. Bidangkajian sintaksis pula meliputi perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kajian sintaksismelibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumustatabahasa yang mendasari cara penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membina ayat.
-
7/31/2019 assmnt umie!!
25/27
-
7/31/2019 assmnt umie!!
26/27
-
7/31/2019 assmnt umie!!
27/27