asst bm.doc
TRANSCRIPT
Soalan 1 : Membincangkan perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan
matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) 2003 dan matlamat
Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2010.
Membanding beza matlamat, sukatan dan organisasi kandungan antara Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dalam bentuk peta minda, jadual atau pengurusan grafik. (40%)
PENDAHULUAN
Sejak berkurun lamanya, institusi pendidikan telah memainkan peranan penting dalam
mencorak pembangunan negara untuk kesejahteraan bersama. Sistem pendidikan diperlukan
untuk mendidik masyarakat dengan bekalan ilmu agar kejayaan negara dapat dilakar.
Walaubagaiananpun, pembangunan serta perubahan sosial dalam masyarakat memerlukan
perubahan dalam sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan negara sesuai dengan
perubahan dunia. Justeru, perubahan dibuat untuk melonjakkan dunia pendidikan kepada yang
lebih baik untuk merealisasikan misi dan visi pendidikan negara. Visi Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
Malah pancaran falsafah ini memberi kesan yang mendalam terhadap penggubalan
kurikulum, pembentukan pengetahuan dan disiplin keilmuan yang berguna kepada anggota
masyarakat. Memupuk nilai-nilai murni dalam pendidikan menjadikan pelajar insan yang
berguna, penting dan relevan dalam mencorakkan wawasan sesuatu masyarakat (Abdul Rahim
Abdul Rashid, 2001). Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan
pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga
kerja mahir. Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN (1988)
disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi nafas baru lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah
ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula
pada tahun 1993. Kini, kurikulum baru diperkenalkan yang dikenali sebagai Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2010.
1
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, Bahasa
Melayu menjadi mata pelajaran atau disiplin ilmu teras di semua sekolah rendah dan
menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bangsa
yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin
kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu
wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah juga bertujuan
mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.
PERKAITAN ANTARA KBSR DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya hanya dikenali sebagai
Falsafah Pendidikan, menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula keseluruhan
system dalam pendidikan kebangsaan. Kesinambungan daripada perubahan ini, maka
terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilancarkan sepenuhnya pada
tahun 1983. Kurikulum ini digubal bagi memastikan setiap murid diberi peluang untuk
mendapatkan kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan kehidupan yang diperlukan.
Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan
terhadap kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. KBSR turut memberi penekanan
terhadap perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek JERIS serta
pemupukan dan perkembangan bakat seseorang individu itu.
Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai pula ialah:
I. Murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.
II. Murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur, membaca dan
menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu.
III. Melalui KBSR, pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai – nilai
kemanusiaan dan kerohanian yang berlandaskan RUKUN NEGARA dapat dipupuk dalam 2
kalangan murid. Yang keempat, murid dapat bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain
serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. Dan yang kelima, murid dapat
menambahkan ilmu pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan
alam sekitar.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang
kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi
pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran
Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik. Bidang
Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai
dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang
ini ialah matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu
bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi yang
mengandungi matapelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat
pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara
menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai – nilai estetika dan
sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara
dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan
yang tersusun dan bersistematik. Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang
bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa
Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat
awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti
kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
I. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran
asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur),
membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa
Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).
3
II. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi
perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam
Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan
perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003).
III. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina
(C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan
murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan
(T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran
berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang
dicadangkan.
IV. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya
terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara
cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah
dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.
Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah
Pendidikan Negara, adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia.
Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini
mempunyai kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia
mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan
semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di
sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai
dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR),
matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri, saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan itu
suatu proses yang berterusan. Sebagai saluran Pendidikan pada peringkat awal, KBSR
sememangnya menggalas tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaanlah
segalanya bermula. KBSR akan memastikan Pendidikan yang diberikan kepada pelajar 4
memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia
membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu,
KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat, segala proses Pendidikan
yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hasan, 1996). KBSR
menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang
harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian
ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni
kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu,
dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para
pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain
tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan.
Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan
dengan itu, KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat
awal. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru.
Secara tidak langsung hasil kretiviti pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka
lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang.
LATAR BELAKANG : KBSR
KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang diperkenalkan
ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum Lama
Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada
tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun 1983, pelaksanaan penuh pun bermula
di semua sekolah rendah seluruh negara.
5
KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu memperolehi
ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui
pengalaman. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang
kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi
menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca,
menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 matapelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan
Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979.
“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah
bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira”
~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet.
Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai
kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui
mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang
perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat,
akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui pembelajaran
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.
Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan semula kurikulum dibuat dengan
alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas masa. Selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama
dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah melalui perlaksanaan KBSR.
Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya terdapat
kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep bersepadu tadi
diserapkan melalui :
1. Penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain daripada
penyerapan ilmu pengetahuan.
6
2. Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran.
3. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara
harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara
berasingan.
4. Kesepaduan antara teori dan praktik.
Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid
memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi
dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk
semangat kerja antara satu sama lain.
LATARBELAKANG : KSSR
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan
penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah
untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji
rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR
dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011.
KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara
menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan
seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR
adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.
“KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan”
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)
7
Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika,
Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen
merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR
Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara KBSR dengan KSSR secara ringkas.
sumber : laman sesawang KPM
1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR
Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah
I. Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di mana prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang
didukung oleh KBSR iaitu pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan,
8
kemahiran dan nilai dalam kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan
dan keharmonian antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses
pembelajaran murid. Prinsip lain yang sama-sama dipegang KBSR dan KSSR ialah
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan yang sama serta pendidikan
seumur hidup.
II. KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi
kurikulum.Kedua-dua kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap
2. Walaubagaimana pun, pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza(akan
dihuraikan di bawah tajuk perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut
memberikan penekanan dalam bidang kokurikulum dan pembangunan insaniah.
2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR
Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ; reka
bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, pembahagian
masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.
I. Reka bentuk kurikulum.
KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia
dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi
memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan
menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan
yang tersusun dan bersistematik. Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan
daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan;
Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi
bidang utama dalam KSSR.
Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop
pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka
untuk menjalani ‘independent learning’ .
Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang
disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil
9
pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di
mana dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang kandungannya
diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan
sebagai modul.
II. Bahan Kurikulum
Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa
perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh
guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan
standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen
Standard Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen
Standard Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk
membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah,
strategi serta teknik mengajar.
III. Organisasi Kurikulum
KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan
murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid
tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran. Murid
tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam
KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain
yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas.
Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul
Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam
matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah
menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif
dan hands-on.
10
IV. Fokus Kurikulum.
Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat
dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. KBSR memberi penegasan
kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud
kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu
lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas.
Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran
Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal
atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2,
fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.
V. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EMK
diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai
penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada
usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini
diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang
holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.
VI. Kaedah Penilaian.
Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah
penilaian Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan
sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif
iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding
pernilaian formatif.
11
Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan
penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian
dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru
menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan
proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif.
Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal,
tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan. Kesemua elemen merentas kurikulum perlu
diterapkan oleh guru secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat
memastikan melahirkan insan yang yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang lama dan baharu dalam pembangunan insan yang
seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.
12
PETA MINDA
13
KOMPONEN MERENTAS KURIKULUM
PENGETAHUAN KEMAHIRAN
SPESIFIK
FRASA NAMA DAN FRASA KERJA
MENDENGARDAN BERTUTUR
MEMBACA MENULIS
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIVITI DAN
INOVATIF PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL PEMBELAJARAN
KONSTRUKYIVISME
NILAI MURNI
BAIK HATI BERDIKARI BERHEMAH TINGGI KESEDERHANAAN KEJUJURAN KASIH SAYANG BERDIKARI DAN LAIN-LAIN
PENYERAPAN
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
PENDIDIKAN MORAL
Soalan 2 : Menghasilkan satu rancangan persediaan mengajar (RPH) yang lengkap untuk mata
pelajaran Bahasa Malayu Sekolah Rendah Tahun Satu. Memilih kemahiran bahasa, aspek seni
bahasa dan tatabahasa melayu. Rancang isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dengan
menunjukkan prosedur pelaksanaan aktivti dengan jelas.
Menghasilkan satu bahan bantu mengajar aspek seni bahasa dan aspek tatabaha untuk
matapelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun Satu dn melaksanakan sesi pengajaran.
(405)
Kelas : 1 Bestari
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Masa : 11.20-12.20
Tema : Bersih dan Sihat
Tajuk : Kebersihan Diri, Mari berpantun.
Standard Pembelajaran : 4.4.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang
betul serta memahami maksud pantun yang
dilafazkan secara didik hibur.
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang
mengandungi dua suku kata.
Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
01. Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang
betul dan memahami maksud pantun.
14
02. Membaca dan memahami perkataan yang
mengandungi dua suku kata yang terdapat dalam
pantun.
Aktiviti : 01. Murid melafazkan pantun yang telah dipelajari.
02. Murid dibimbing melafazkan pantun dan
menjelaskan maksudnya.
03. Murid melafazkan pantun secara individu.
04. Murid membaca perkataan yang mengandungi dua
suku kata dan melengkapkan peta buih yang
disediakan.
05. Murid melengkapkan peta buih secara individu dan
menulis pantun.
Nilai murni : Amalan Kebersihan
Nilai Ilmu : Pendidikan Kesihatan
KBT-KB : Menghubungkait, KP-Verbal linguistik
EMK : Kreatif dan Inovatif
BBB : Teks pantun dua kerat, gambar, peta buih
Penilaian P&P : Murid boleh melafazkan pantun dua kerat dan boleh
membaca dan memahami perkataan yang mengandungi
dua suku kata.
Refleksi : Semua murid boleh menguasai objektif pembelajaran yang
ditetapkan.
15
Bahan Bantu Belajar :
16
PETA BUIH
17
PANTUN
18
Soalan 3 : Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di
atas. (40%)
Secara keseluruhan, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada saya sebagai seorang guru.
Kehendak soalan satu yang meminta saya mengupas tentang KBSR dan KSSR serta membuat
perbandingan adalah sangat berkesan. Ini kerana, melalui pembacaan dan pengumpulan
maklumat sama ada dari bahan bercetak mahupun internet banyak memberikan saya
pendedahan tentang KBSR dan KSSR. Tugasan ini juga telah membuka mata saya terhadap
perkaitan antara sukatan pelajaran Bahasa Melayu dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Seperti mana yang telah dibincangkan di dalam tugasan 1, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
digubal oleh Kementerian Pelajaran bagi mencapai matlamat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, yang mana di dalam sukatan ini telah menekankan kemahiran lisan seperti
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan juga penekanan diberikan
kepada penguasaan asas dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam
menyelesaikan masalah harian. Pendedahan ini sebenarnya dapat memberikan saya lebih
banyak idea di dalam merangka aktiviti pengaran dan pembelajaran agar tidak mengetepikan
kemahiran-kemahiran tersebut. Malahan, dengan melihat kepada perkaitan ini membuatkan
saya lebih jelas terhadap hala tuju sukatan pelajaran yang telah digubal.
Tugasan kedua pula yang mengkehendaki saya untuk membuat satu rancangan
persediaan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu adalah sangat mencabar bagi
saya berikutan saya tidak mengajar di tahun satu malahan setakat ini saya tidak terlibat dalam
kelas yang melaksanakan KSSR. Namun, dengan pengupasan pada soalan satu sedikit
sebanyak dapat membantu saya memahami tentang KSSR dan tidak lupa bantuan daripada
rakan sekerja banyak membantu saya melengkapkan persediaan mengajar tersebut. Malahan,
rakan sekerja juga mencadangkan agar saya memasukkan unsur I-Think dalam pembinaan
Bahan Bantu Belajar kali ini.
19
Bibliografi
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu: Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran. Putrajaya: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia:
Soalan-soalan lazim. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru
Sharifah Maimunah Syed Zain (2007). KBSR dan KBSM dalam menghasilkan modal insan yang
gemilang: Satu refleksi. Kertas Kerja dibentang Persidangan Kurikulum Kebangsaan
2007. Putrajaya.
Umi Nadihah Mohd Nor, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah (2011). Penerapan kemahiran
generik dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu 1, (2): 71-84
20