autisme

19
http://airielsjourney.blogspot.my/2012/01/masalah-pembelajaran- autisme-autism.html

Upload: mohammad-zhafri-zainal-abiddin

Post on 10-Jul-2016

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 2: autisme

Pengalaman dan perjuangan ini menjadikan hidup ini lebih bermakna dan berharga....Demi Cinta dan Pengorbanan Langkah ku Semakin YakinThursday, January 19, 2012

MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISORDER)ULANGKAJI: Autismeby KELAB ANAK AUTISME on Monday, 16 January 2012 at 14:58

Disediakan oleh Pn. Ainol Azmi bt. Lazim ( Penolong Kanan Pendidikan Khas ) dan Cik Siti Maisarah Bt. Zainal ( AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)

MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISORDER)

DEFINISI

Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:

“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.

FAKTOR-FAKTOR AUTISME

Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU).

Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme.

Page 3: autisme

Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003).

Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.

Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).

CIRI-CIRI AUTISME

Jamila K.A. Mohamed (2005), telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme dan dibahagikan kepada enam bidang iaitu:

i. Komunikasi

Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:

• Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.

• Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak

mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Page 4: autisme

• Jarang menggunakan bahasa.

• Sukar diajak bercakap.

• Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.

• Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.

• Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.

• Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.

• Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.

ii. Interaksi Sosial

Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem:

• Suka bersendirian.

• Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada

memandang orang lain.

• Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.

• Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.

iii. Gangguan Deria

Diantara ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:

• Sensitif pada sentuhan.

• Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.

• Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.

• Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.

iv. Pola Bermain

Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:

Page 5: autisme

• Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya.

• Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun

melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang

dipegangnya.

• Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.

• Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana

sahaja.

v. Tingkah Laku

Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:

• Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.

• Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang

seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-

nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.

• Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).

• Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang

reaksi.

vi. Emosi

Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. Diantaranya ialah:

• Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa

terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada

melakukan sesuatu yang diingininya.

• Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu.

Page 6: autisme

• Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.

• Adakalanya mencederakan dirinya sendiri.

• Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

PERKHIDMATAN INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME

Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik.

Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Diantara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah pendidikan terancang.

Kanak–kanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan ibubapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku. Dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa.

Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat

Page 7: autisme

awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga.

Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran.Posted by hunny ida at 4:57 PM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLabels: Autisme

1 comment:1.

Nora Osman February 8, 2013 at 8:49 PM

Salam admin, sememangnya banyak yang boleh dan perlu dilakukan oleh ibubapa yang mempunyai anak2 autisme. Cadangan perubahan dalam pemakanan mereka mungkin juga boleh membantu dan ia dinamakan rawatan biomedikal. Boleh search di Google "Summary of Biomedical Treatments for Autism" tulisan James B. Adam, ia adalah pdf file yang menerangkan pelbagai rawatan tanpa ubat yang sesuai dan terbukti berkesan untuk sesetengah pengidap.Reply

Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom)AUTISME

 Kenali Autisme

Page 8: autisme

Labels 2012  (6) 2013  (14) ADHD  (4) AT  (6) Autisme  (16) Autisme Malaysia  (5) BigDay  (1) CabaranAku  (3) Cuti-CutiKeluarga  (2) DietAtkins  (3) Dugaanku  (5) DuniaKami  (2) Futsal  (2) Hepi besday  (3) Info Mama  (6) Join Contest  (3) Menang  (4) My activity  (45) My anniversary  (3) My Bike  (4) my dishes  (8) My journey  (46) Obsesi Airiel  (1) Peraduan Dunia Susu Ibu 2011  (2) Peraduan Susu Ibu : Anugerah Terindah  (3) Perjuanganku  (11) Pic 2011  (1) Playgroup  (1) Ramadhan  (1) Raya 2011  (2)

Page 9: autisme

Secebis info  (52) Speech Delay  (2) Story About Hero Aiman  (28) Story About Lil Airiel  (59) Syawal 1432  (3) Syawal 1434  (1) Wean Off  (2)

FollowersAbout Me

hunny idaKuala Lumpur, Malaysialoving & romantic soulmate to my great boypren for ever,warm and caring mama to my intelligent and handsome heroes...

View my complete profile

Subhanallah....

Meruntun hati seorang mama sepertiku; kekuatanku dalam perjuangan ini...

Sematkan di kalbu...

"please handle human milk gently, respectfully and kindly. It’s far more than perfect food for babies – it’s a living tissue and protective shield too."- © 1998 Linda J. Smith, BSE, FACCE, IBCLC

Di sini Ku cari ilmu dan teman seperjuangan

Page 10: autisme

 

Something for mommies like me..

 

Blog Archive ►  2013 (14) ▼  2012 (28)o ►  October (2)o ►  September (1)o ►  August (2)o ►  July (8)o ►  June (4)o ►  May (2)o ►  March (2)o ►  February (3)o ▼  January (4) Akhirnya Ku Tahu.....Lil Airiel

MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISO... Himpunan aktiviti Hujung Tahun 2011 Lembaran 2012 ►  2011 (136) ►  2010 (17)

My Blog List

Page 11: autisme

::::::MY BF JOURNEY::::::Pasar Tamu Tuaran - Kali Kedua23 minutes ago

Dapur Tanpa Sempadan...ASAM PEDAS KESOM IKAN SEMBILANG2 days ago

diary of pija khairi aica manjaTafsir Surah Az Zalzalah1 week ago

Better You Better WorldTwin pack untuk yang tersayang.1 week ago

PAK BIDANKhasiat kulit mangga2 weeks ago

Kedai Baju Muslimah & Nursing T-ShirtSelamat Datang ke Zaifaa Collections2 weeks ago

SharMin ~ Inilah PermulaanyaHari ini dalam sejarah3 months ago

CDNZLace nursing abaya4 months ago

Farah Farhan @ SarakidsHarga Terbaru Produk Vken 20155 months ago

Page 12: autisme

My BreastFEEDING JouRneY...Gagal menyusu badan akhirnya terjun bangunan!5 months ago

I LOVE ME,MYSELF AND .......Hupdate!!6 months ago

Warkah Dari MamaJerebu??6 months ago

FuYohhh!!!Aku suka Cloth Pad!!1 year ago

HomeChocolate Cream Horn Buns1 year ago

pilihan terbaik untuk wanita & si comel :)Pertanyaan Pelanggan - MAB1 year ago

Baitulmusleem Az-zaideeSambal daging dendeng batang pinang1 year ago

Jahitan @ SaraTempahan Jahitan Idulfitri 2014 Di Tutup1 year ago

Heldamelissa's KitchenApril!!2 years ago

Page 13: autisme

Puteri Lindungan Bulanlove PANDORA2 years ago

~::Diskusi Hati ::~Database: Notes Topic 42 years ago

MumShoppePetua tambah susu ibu - Fenugreek2 years ago

ceritera ummi, ayah, anak-anak ummi.....Projek Ummi Untuk Tahun 20142 years ago

Diari Nick Hakimie 2Sambutan Penyusuan Susu Ibu 2013 (Gombak)2 years ago

Chic Muslimah AvenueKoleksi lebaran : Edisi 32 years ago

.aku::hanaz.Penjual Telekung Sulam3 years ago

Dunia Susu IbuPenyusuan Melalui Kaedah Alternatif3 years ago

::cupcake-caR::Pengumuman..3 years ago

Page 14: autisme

Naluri seorang WanitaUpdated - terbaru dari KAMI3 years ago

me, u & usTips Pikat Isteri :)3 years ago

My Princess SarahExclusive Handmade Brooch4 years ago

ALIMKids Playgroup Taman TunNEW YEAR & NEW PLACE5 years ago

MatahariFasting and pumping5 years ago

Koleksi Resipi Pilihan Diana7 years ago

It's Not Too Late...

Attitude Therapy, Yakin Sihat

www.blingboutique.biz/

Miemy Amin Online Shop

IK Blogs

Popular Posts

Page 15: autisme

TIPS MENGHASILKAN SUSU BADAN Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ...

MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISORDER)

ULANGKAJI: Autisme by KELAB ANAK AUTISME on Monday, 16 January 2012 at 14:58 Disediakan oleh Pn. Ainol Azmi bt. Lazim ( Penolong Kanan P...

Isu Penyusuan Susu Ibu Melebihi 2 tahun...Baru2 nie kecoh tentang isu penyusuan lebih dari 2 tahun. Hari tu timbul isu sbb dalam program Soal Wanita (tv Alhijrah) cakap tak boleh men...

Terapi pertuturan di Klinik Audiologi UKMLama juga x mencoret kat blog kesayangan nie....almaklum le x de cite nak share...Mama like usual sibuk ngan anak2, suami n 8tviti..beskal l...

PELBAGAI INFO MENGENAI SUSU IBU

sekadar renungan..... Susu ibu menyelamatkan nyawa ... Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hing...

Ciri-Ciri Anak Autisme...Antara Ciri-Ciri Anak Autisme (source from : http://anak-istimewa.blogspot.com/2009/12/antara-ciri-ciri-anak-autisme.html)...tq AM * Tid...

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011Kategori: Bersalin secara caesarean Tarikh Lahir Anak: 14 hb April 2009 Pabila tinta menulis perjalananku... Kelahiran orang baru m...

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

Credit 2...SuNaiza Husein@KIM's 1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala ...

Page 16: autisme

Autisme

Info ini dari http://mutiarakata-ikaa.blogspot.com..utk info bersama Autism Spektrum Disorder. Kenapa dipanggil spektrum? Ini kerana penya...

Akhirnya temujanji dengan Pakar Paed Hospital SelayangJika reader masih ingat, mama pernah post tentang kerisauan berkenaan perilaku lil Airiel..tentang tantrum dia yang bagi mama melampau..so t...

Mekacih Frenzz77447Follow by Email

Sekilas Pandang...Nukilan tinta dalam blog nie berkisar tentang perjalanan Mama mengharungi suka duka dalam menjayakan matlamat menyusukan Mohamad Airiel Hafiqie. Pelbagai episod yang menjengah diari Mama..Buat Mohd Aiman Haimal, walaupun Mama tak dapat menyusukan Aiman sepenuhnya namun Mama bangga dapat memberi susu Mama walaupun tidak lama..Blog ini juga berkisar tentang keluarga kami, kawan-kawan dan hal-hal semasa...

Terkini mama catatkan suka duka perjuangan kami utk si kecil kami Airiel Hafiqie ketika melalui proses terapi bila mana Dr menyatakan Airiel Expressive Speech Disorder with Mild Autisme...Segalanya untuk mu sayang....

Subscribe To Posts

 Comments

My Journey For Airiel Hafiqie

Watermark template. Powered by Blogger.

Submit