ayam masak merah mamak penang

5
AYAM MASAK MERAH MAMAK PENANG Dicedok dari Dapur Mamak Haji Roslan Bahan-bahannya: 1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg). Bersihkan. Potong 12 bahagian. ½ tin (bersaiz 225gm) “Kimball Sup Tomato” ½ tin susu cair/sejat 100 gm santan pekat 2 sudu besar tomato puri 1 helai daun pandan dipotong 2″ panjang untuk tumis bersama 3 biji bawang besar - dihiris memanjang (cara nasi kandar). 2 batang kayu manis berukuran 2 inci panjang 3 kuntum bunga lawang 4 biji buah pelaga untuk menumis 5 kuntum bunga cengkih 1 batang serai - diketuk 1 senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam 1 kiub ayam - (menggantikan serbuk perasa) 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil jintan manis

Upload: skbotakiri

Post on 29-Sep-2015

57 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

AYAM MASAK MERAH MAMAK PENANGDicedok dari DapurMamak Haji RoslanBahan-bahannya:1 ekor ayam (1.6 1.8kg). Bersihkan. Potong 12 bahagian. tin (bersaiz 225gm) Kimball Sup Tomato tin susu cair/sejat100 gm santan pekat2 sudu besar tomato puri1 helai daun pandan dipotong 2 panjang untuk tumis bersama3 biji bawang besar - dihiris memanjang (cara nasi kandar).2 batang kayu manis berukuran 2 inci panjang3 kuntum bunga lawang4 biji buah pelaga untuk menumis5 kuntum bunga cengkih1 batang serai - diketuk1 senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam1 kiub ayam -(menggantikan serbuk perasa)1 sudu kecil jintan putih1 sudu kecil jintan manis1 sudu kecil kas-kas1 sudu kecil garam masala (siap beli di kedai)100 gm santan pekat2 sudu besar madu- (Kak Noor tambah)Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan A: Disatukan dan dikisar1 biji bawang labu besar1 inci halia5 ulas bawang putih

Bahan-bahan B: Disatukan dan dikisar15 tangkai cili kering - direbus, dibersihkan dan dikisar1 batang lobak merah sederhana besar.1 biji tomato

Bahan C: Dikisar100 gm biji badam direndam air panas dan dikisar halus

Cara-cara Menyediakannya:1. Bersihkan ketulan ayam. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang keras menjadi keras dan sukarkan rempah menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung adalah disyorkan tidak perlu digoreng.

2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan, masukkan hirisan bawang besar. Tumis sehingga keluar bau yang harum dan hirisan bawang akan bertukar warna keemasan (jangan hangus).

3. Masukan kisaran Bahan A, tumis seketika hingga naik baunya, masukkan kisaran Bahan B, dan juga Bahan C. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat. Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman dengan api yang perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbuih semasa dihidangkan).

4. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis, garam masala dan serbuk kas-kas. Anda perlu adunkan sedikit untuk jadikannya pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan terapung.

5. Bila kuah pecah minyak, masukkan 100 gm santan pekat.

6. Masukkan gula, kiub ayam, dan garam secukup rasa.

7. Biarkan sebatian mendidih. Masukkan ketulan ayam yang telah digoreng bersama madu. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. Kecilkan api apabila kuah mendidih (biasanya 15 minit 20 minit sudah memadai).

8. Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.