bab 1

Upload: kz-ynwa

Post on 09-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

PACE - UUM | MASYARAKAT PLURAL

BAB 1 : PENGENALAN1.1 Pendahaluan

Masyarakat plural terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Masyarakat plural telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat plural sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat plural dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat plural. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.1.2 Maksud Masyarakat Dalam istilah bahasa Inggeris society iaitu masyarakat bermaksud sekelompok manusia yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial di mana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir daripada individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Selain itu, masyarakat adalah sebuah komuniti yang saling memerlukan antara satu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersemadi di sesuatu tempat tertentu dalam sesebuah komuniti yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut. Manakala merujuk Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Anggota masyarakat terdiri daripada individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil. Hubungan bersemuka khususnya, merupakan jaringan erat yang wujud di kalangan anggota tersebut. Sebagai contoh kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, berkumpul menyambut pembesar yang datang mengunjungi, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau telah meninggal dunia adalah pola hubungan sosial yang berulang terbina daripada pergaulan. Satu unit sosial akan terbina daripada kekerapan pergaulan kerana kesepaduan dalam sesebuah masyarakat. Contoh yang terbaik ialah negara kita Malaysia yang mempunyai hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik kerana dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Di samping itu, definisi lain tentang masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu.

Rajah 1.1 Gambar Yang Menerangkan Masyarakat1.3 Maksud Masyarakat Plural

Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat plural terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Perkara ini diterangkan di dalam bukunya Colonial Policy and Practice menerangkan sifat-sifat utama masyarakat plural :Di Burma, seperti juga Jawa, perkara pertama yang mungkin menarik perhatian pelawat ialah campuran pelbagai jenis manusia-keturunan Eropah, Cina India dan orang pribumi. Dalam pengertian khusus mereka adalah campuran kerana mereka hanya bergaul bukannya bergabung secara padu. Setiap kelompok mempunyai agama yang tersendiri, budaya dan bahasa yang tersendiri, idea dan cara yang tersendiri. Mereka bertemu secara individu, tetapi hanya di pasar-pasar,iaitu untuk membeli atau menjual barang. Terwujudnya satu masyarakat majmuk, dengan bahagian-bahagian komuniti yang berlainan hidup secara berdampingan, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Malahan dalam bidang ekonomi pun terdapat pembahagian kerja mengikut ras. M.G. Smith juga menganggap masyarakat plural sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri.Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe jugamemberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik. Menurut Vander Zanden (2008), pluralisme ialah satu proses di mana orang berlatar belakangkan budaya yang berlainan hidup bersama secara harmonis, membenarkan ekspresi cara-cara hidup mereka yang distinkrif di dalam suatu keadaan yang selaras dengan kebajikan nasionalBAB 2 : MASYARAKAT PLURAL DI MALAYSIA Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain. Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain daripada tiga komuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau, Kadazan, Muru (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban(Sarawak), dengan pelbagai bahasa dan dialeknya. Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakati bersama adalah untuk menjaga hubungan etnik di Malaysia. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Masyarakat plural di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun Islam diberi status sebagai agamarasmi negara. Masyarakat Malaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois.2.1 Peribumi Orang Asli

Masyarakat Orang Asli merupakan antara penduduk peribumi yang terdapat di Malaysia, khususnya di Semenanjung atau Malaysia Barat. Berikut adalah yang dinyatakan oleh Iskandar Carey (1976: 5): ... are certainly the original inhabitants of Malaysia. (Iskandar Carey, 1976: 5). Pada dasarnya orang Asli adalah antara kelompok minoriti disebabkan jumlah mereka yang sedikit. Menurut Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, orang Asli adalah: any of whom their father is a member of the aboriginal ethnic group and commonly follows the aboriginals way.... Berdasarkan amalan hidup dan budaya, masyarakat orang Asli di Malaysia terbahagi kepada tiga (3) kelompok utama, iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2009). Setiap kelompok ini boleh dibahagikan lagi menurut subkelompok atau suku kaum. Dalam hal ini terdapat 18 suku kaum orang Asli seperti berikut:KELOMPOK UTAMASUKU KAUMJUMLAH

NegritoKensiu, Lanoh, Jahai, Bateq, Kintak, Mendriq3671

SenoiTemiar, Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri, Mah Beri79 156

Melayu-ProtoSemelai, Temuan, Seletar, Kanaq, Duona(Kuala), Jakun58 403

Jadual 2.1: Orang Asli Malaysia

(Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia, 2008) Pada dasarnya orang Asli berada di seluruh kawasan di Semenanjung Malaysia,kecuali di Perlis dan Pulau Pinang. Misalnya kelompokNegrito mendiami kawasan utara dan juga di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Begitu juga dengan kelompok Senoi pula berada di kawasan utara, pantai timur dan tengah Semenanjung Malaysia. Seterusnya kelompok Melayu-Proto pula didapati mendiami kawasan pantai barat dan selatan serta juga di bahagian tengah SemenanjungMalaysia. Ditinjau dari segi bilangan pula, secara amnya,kelompok Negrito merupakan kelompok orang Asli yang paling kecil jumlahnya. Manakala kelompok Senoi pula merupakan kelompok yang terbesar dan diikutoleh kelompok Melayu-Proto. Dari segi bahasa pula, kelompok Nerito dan Senoi termasudalam rumpun Austroasia, manakala kelompok Melayu-Proto pula sama seperti BahasaMelayu, tergolong dalam rumpun Austronesia. Walaupun pada awalnya orang Asli hidup secara berpindah-randah dari satu kawasan ke satu kawasan bergantung kepada bekalan makanan, namun kini kehidupan mereka telah diberi perhatian oleh kerajaan, khususnya oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Malah setelah 53 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan, banyak pembangunan yang dilakukan bagi memastikan negara terus maju. Sehubungan itu corak kehidupan masyarakat Malaysia turut berubah seiring denganpermodenan negara. Masyarakat orang Asli juga tidak ketinggalan dalam mengharungi arus pemodenan ini. Sungguhpun secara dasarnya, mereka dilihat seperti ketinggalan dalam pembangunan sosioekonomi, namun hal ini tidak bermakna corak kehidupan mereka masihberada di takuk yang lama. Dalam hal ini masyarakat orang Asli ini juga turut berubah sedikit demi sedikit dalam pelbagai hal termasuklah sosial, ekonomi, agama, politik dan bahasa. Sungguhpun orang Asli di Malaysia terbahagi kepada sejumlah suku kaum, namun kajian ini hanya memberi tumpuan kepada subkelompok orang Asli Duano (Orang Kuala) dari kelompok Melayu-Proto. Rata-rata orang Asli suku Duano berada di negeri Johor, khususnya di bahagian pantai sekitar Pontian, Batu Pahat dan Kota Tinggi (Jabatan Hal Ehwal OrangAsli Johor Bahru, 2008). Walau bagaimanapun kajian hanya dilakukan di sekitar daerah Batu Pahat, seperti di Kampung Bumiputera Dalam, Kampung Sri Pantai, Kampung SarangBuaya, Kampung Parit Sulong Kangkar dan Kampung Minyak Beku.

2.2 Etnik Melayu Melayu merujuk kepadakumpulan etnikdaribangsa Austronesiayang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayutermasuk bahagian-bahagian paling selatanThailand, pantai timurSumatra, pesisir pantaiBorneo, dan pulau-pulau yang lebih kecil yang terletak di antara lokasi-lokasi ini. Kumpulan etnik Melayu berlainan dari konsepRumpun Bangsa Melayu, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk kebanyakan etnik diIndonesiadanFilipina.Bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasaAustronesia.

2.2.1 Melayu Proto

Melayu Proto yang juga digelar Melayu asli atau Melayu purba adalah penutur Austronesia dari tanah besar Asia yang berpindah ke tanah Melayu dan kepulauan Melayu, dalam siri penghijrahan yang panjang di antara 2500 S.M dan 1500 S.M. The Encyclopedia of Malaysia: Early History, menunjukkan sejumlah tiga teori asal-usul Melayu:

Teori Yunnan, penghijrahan sungai Mekong (diterbitkan 1889)

Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Bukti lain yang menyokong teori ini termasuk:

I. Alatan batu yang ditemui di Kepulauan Melayu adalah sama dengan alatan dari Asia Tengah.

II. Kemiripan adat Melayu dan adat Assam.

III. Bahasa Melayu & bahasa Kemboja ialah bahasa serupa oleh kerana tanah nenek moyang orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

Teori New Guinea (diterbitkan 1965).

Teori Taiwan (diterbitkan 1997).

Kajian saintifik terbaru oleh HUGO (Human Genome Organization) mengenai genetik bangsa-bangsa Asia menyatakan hipotesis penghijrahan tunggal Asia dari Asia Tenggara mengembara ke arah utara dan secara perlahan-lahan menduduki Asia Timur. Hipotesis ini bagaimanapun hanya berdasarkan bukti variasi genetik yang lebih banyak di kalangan bangsa Asia tenggara berbanding bangsa Asia timur, tanpa mengambil kira sejarah sosio politik kedua-dua rantau tersebut. Kekurangan variasi genetik di kalangan bangsa Asia timur berkemungkinan besar adalah kerana rantau tersebut telah lama bersatu di bawah satu kuasa politik tunggal contohnya di China, Korea dan Jepun yang menyebabkan interaksi manusia yang lebih kerap berbanding di Asia tenggara.

Melayu Proto dipercayai bangsa pelaut yang mahir dalam oseanografi dan pertanian. Mereka berpindah dari pulau ke pulau dalam jarak besar di antara New Zealand dan Madagascar, dan mereka berkhidmat sebagai penunjuk arah, kakitangan dan pekerja buruh kepada pedagang India, Arab, Parsi dan China untuk hampir 2000 tahun. Bertahun-tahun kemudian mereka menetap di pelbagai tempat dan menyerap pelbagai budaya dan agama.2.2.2 Melayu Deutero

Orang Melayu terawal kemudiannya secara perlahan-lahan diganti oleh peneroka-peneroka Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 SM. Secara antropologi, etnik Melayu yang kini mendiami semenanjung tanah Melayu dan kawasan pantai kepulauan Melayu adalah dari golongan Melayu Deutero yang berkulit lebih cerah, berbadan lebih besar, dan berambut lebih lurus, berbeza dengan orang Melayu Proto. Masyarakat ini juga memiliki taraf budaya yang lebih tinggi, teknik pertanian dan pengetahuan tentang besi yang lebih maju. Mereka tidak hidup secara nomad tetapi dalam kampung-kampung yang merupakan unit utama masyarakat. Penempatan utama Melayu Deutero biasanya terletak di lembah-lembah subur, tebing sungai atau pesisir pantai, dan kegiatan utama adalah ekonomi sara hidup yang ringkas berasaskan penanaman padi dan perikanan. Menjelang kurun terakhir sebelum Masihi, penempatan-penempatan di kawasan pantai ini mula terlibat dalam perdagangan dengan dunia luar. Kemunculan kelompok Melayu Deutero ini secara tidak langsung menyebabkan kumpulan Melayu Proto dan penduduk asli berundur ke pedalaman dan hulu sungai. Kumpulan Melayu Proto yang terkenal hari ini adalah dari suku Moken, Jakun, Orang Kuala, Temuan dan Orang Kanaq.2.3 Etnik Cina Masyarakat Cina di Malaysia merujuk kepada sekelompok manusia iaitu orang Cina yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi di negara kita. Mereka biasanya berasal dari luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Pendatang Cina awal telah membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk adat Melayu, berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Pendatang-pendatang seterusnya (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina pula dikenali sebagai Sinkheh dan maksudnya ialah "tetamu baru . Kebanyakan imigran Cina yang tiba di Tanah Melayu berasal dari Selatan China iaitu dari wilayah Kwangtung, Kwangsi, Hainan dan Fukien. Mereka terdiri dari orang Hakka, Kantonis, Teochew, Hailam dan Hokkien.2.4 Etnik India

Orang-orang India telah datang berniaga ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi (2,500 tahun dahulu) menyebut mengenai cengkih (yang berasal dari kepulauan Indonesia). Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:

peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan

pertumbuhan ekonomi perladangan getah Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).BAB 3 : FAKTOR PEMBENTUKKAN MASYARAKAT PLURAL DI MALAYSIA Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud sejak abad ke 5M lagi bilamana alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan dan kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah. Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory). Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui aktiviti perdagangan.

3.1 Faktor Pembentukkan Masyarakat Plural Aktiviti migrasi, terutamanya migrasi luaran, merupakan aktiviti utama yang bertanggungjawab membentuk masyarakat plural dan mengubah keseluruhan keadaanmasyarakat Tanah Melayu hingga memberi kesan yang begitu besar terhadap pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Kedudukan Tanah Melayu yang berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara China, India dan Arab menyebabkan kawasan tepi pantai berkembangmenjadi pelabuhan-pelabuhan penting. Orang India dipercayai datang ke kawasan Kepulauan Melayu lebih kurang 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka khususnya untuk berdagangdi Melaka telah menyebabkan beberapa petempatan orang-orang India wujud, seperti di Kampung Kling. Kebanyakan mereka terdiri daripada orang Tamil dari India Selatan,Malayali (dikenali juga sebagai orang Malabari) dari pantai Malabar, dan orang Telegu dari Andra Pradesh.3.1.1 Kemunculan Kerajaan Awal Di Tanah Melayu

Hubungan perdagangan antara Tanah Melayu dengan India telah terjalin sejak kurun kedua Masihi lagi. Agama Buddha dipercayai telah sampai ke Tanah Melayu dan kemudian tersebar luas ke Nusantara semasa India diperintah oleh Maharaja Asoka dari Dinasti Maurya(330-180 S.M.). Agama Hindu pula telah dibawa oleh golongan pedagang India (vaisya).Agama Buddha Mahayana menjadi tumpuan imigran Cina dan orang Sinhalese dari Sri Lankayang datang ke Pulau Pinang. Mereka telah membina beberapa tokong yang terkenal di Pulau Pinang. Di negeri Kelantan pula, orang Siam yang ramai mendiami Kelantan telah membawa agama Buddha Teravada. Peringkat dan proses petempatan penduduk kemudiannya berkembang ketika wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu awal. Antara kerajaan Melayu awalyang wujud di Tanah Melayu ialah Kerajaan Tun-Sun, Ko-Lo, Pan-Pan di Segenting Kra,Kerajaan Langkasuka di Pattani, Kerajaan Chih-Tu di Kelantan, Kerajaan Tan-Tan di Terengganu, Kerajaan Gangga Nagara di Perak.3.1.2 Kemunculan Etnik Melayu Di Tanah Melayu

Pada abad-abad awal selepas masihi hingga abad ke-16, proses perpindahan orang Melayu dari Sumatera, terutama yang berketurunan Minangkabau ke negeri-negeri Melayu telah pun berlaku. Tumpuan utama mereka ialah Melaka. Ketika Melaka masyhur sebagai pusat perdagangan, ramai orang Melayu yang menceburkan diri di lapangan perdagangan dan perniagaan. Tome Pires dalam kurun ke-16 pernah menulis bahawa :Negeri Melaka tersangat masyhur dan berfaedah ... Ia adalah sebuah bandaraya tempat memasarkan barang-barang dagangan yang lebih sesuai daripada bandar raya lain di dunia dan [merupakan] pelabuhan yang terkaya sekali dengan ramainya pedagang yang berjual-beli secara borong dan banyaknya perkhidmatan perkapalan yang datang dari seluruh dunia (dalam Zainal Abidin, 1971:21) Hubungan diplomatik Melaka dengan kuasa-kuasa seperti China, India, Siam, dan Jawa menjadi salah satu faktor bagi membuktikan bahawa telah wujud suatu bentuk masyarakat yang berbilang bangsa di Melaka. Apatah lagi dengan bukti bahawa terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka (walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraandi kalangan banyak bangsa) memperlihatkan telah wujudnya masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum.3.1.3 Kemunculan Islam Di Tanah Melayu

Kedatangan Islam ke Melaka telah melonjakkan kedudukan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam yang penting. Dalam usaha mengislamisasi masyarakat Alam Melayu, para ulama telah melakukan beberapa cara dan kaedah untuk menarik lebih ramai orang Melayu menganuti agama Islam. Antara tugas awal yang dilaksanakan ialah mengajar ilmu agama di istana-istana, mempelajari bahasa dan budaya Melayu serta sesetengahnya pula mengahwini penduduk tempatan. Perkahwinan campur merupakan antara kaedah yang dirasakan sesuaikerana melalui perkahwinan campur akan terbentuk komuniti Muslim yang memainkan peranan penting dalam mendidik dan menyebarkan Islam. Melalui penampilan mereka yang berkarisma dan kekuatan akliyah telah menyebabkan para pemerintah serta rakyat setempat dapat menerima mereka dengan mudah dan yakin. Sesetengah daripada mereka pula telah berkahwin dengan keluarga diraja untuk memperolehi kedudukan yang istimewa dalam kerajaan seperti menjadi penasihat raja atau sultan dalam urusan keagamaan serta undang-undang. Keadaan ini lebih memudahkan lagi mereka menyebarkan Islam di samping mengajar agama kepada para penuntutnya. Secara tidak langsung penyebaran Islam dalamkalangan atasan iaitu golongan pemerintah telah akhirnya dituruti juga oleh rakyat bawahan.

3.1.4 Kemunculan Etnik Cina Di Tanah Melayu Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada Negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Pertambahan penduduk China yang mendadak menyebabkan kekurangan tanah pertanian untuk sekumpulan besar penduduk desa, dan mereka terpaksa berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan baru. Sejak abad pertama, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Empayar Johor menjalankan hubungan perdagangan dengan negara China dan pedagang Cina telah menetap di Johor. Tetapi kemasukan orang Cina ke Malaysia menjadi ketara selepas British menjajah Pulau Pinang dalam tahun 1786 dan Singapura dalam tahun 1824. Orang Cina berhijrah ketanah besar Johor dari Singapura pada zaman pemerintahan Sultan Ali Iskandar Shah dan Sultan Abu Bakar Shah (1835-1895) untuk membuka ladang gambir dan lada hitam. Orang Cina juga menjadi buruh lombong bijih timah di Perak dan Selangor. Bencana alam di China seperti kemarau dan banjir menyebabkan penduduknya menderita. Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Malaysia terutamanya di Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. Orang Cina juga telah menjayakan industri koko di Sabah, lada hitam di Johor dan Sarawak dan sayur-sayuran di Cameron Highlands, Ipoh, Johor Baru, George Town dan Kuala Lumpur. Mereka turut terlibat dalam penanaman padi di Sabak Bernam dan perikanan di Pulau Pangkor, GeorgeTown dan Klang. Buruh Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui beberapa cara. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang ddiusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu antaranya melalui sistem tiket yang sangat popular dan melalui agen yang merupakan pedagang Cina yang kaya. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja di Tanah Melayu sehingga hutang tambang perjalanan yang diberikan oleh agen berjaya dijelaskan. Terdapat beberapa suku Cina yang datang berhijrah ke Tanah Melayu iaitu Orang Hokkien iaitu golongan dialek Cina yang pertama dan teramai menetap di Malaysia. Mereka kebanyakannya menetap di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka dan menjadi pedagang, buruh dan pekebun kecil. Kumpulan kecil Teochew (Swatow) iaitu Hokkien dari bandar Swatow di Kwangtung (wilayah orang Kantonis) kebanyakannya menetap di Pulau Pinang,Singapura, Melaka, Johor, dan pesisir Selangor dan Perak. Kumpulan kecil Hainan iaitu Hokkien dari Pulau Hainan di Kwangtung membuka kedai kopi dan juga menjadi buruh ladang. Orang Kantonis dan Hakka bekerja di lombong bijih timah dan juga menjadi pedagang dan pekebun kecil. Mereka menetap di pedalaman Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Pada tahun 1921, orang Hokkien merangkumi 52% orang Cina di Malaysia (termasuk Teochew 11% dan Hainan 6%) diikuti orang Kantonis (29%) dan Hakka (19%). Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Semenanjung Malaysia, dan membentuk 43% penduduk Semenanjung berbanding orang Melayu yang membentuk 41% penduduk Semenanjung. Menjelang tahun 1921, 22% daripadaorang Cina di Semenanjung adalah anak kelahiran Semenanjung. Dalam tahun 1957, 75% daripada mereka adalah anak kelahiran Semenanjung.3.1.5 Kemunculan Etnik India Di Tanah Melayu Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Wujud pelbagai andaian mengenai bila tarikh terawal kedatangan kaum ini ke negara ini. Pada pandangan R.O.Winsted,orang India mula datang ke Tanah Melayu sejak kurun ke 14 lagi jauh mendahului daripada kaum Cina. Menurut Winsted lagi,oleh sebab kedatangan mereka dalam kelompok yang kecil,mereka tidak menggunakan bahasa Prakrit tetapi menggunakan bahasa penduduk tempatan. Mereka mula berhijrah secara beramai-ramai pada abad ke-19 akibat perkembangan yang mendadak dalam industri ladang ,kopi, tebu dan getah telah memaksa British untuk mengambil pekerja dari India untuk mengusahakannya. Pada 1900 hanya terdapat sekitar 50 000 ekar sahaja tanaman getah namun dalam masa 11 tahun sahaja iaitu pada 1911 ladang getah telah meningkat kepada 543 000 ekar iaitu peningkatan lebih 10% dan pada tahun 1938 terus meningkat kepada 3 272 000 ekar. Namun tidak semua orang India yang dibawa masuk bekerja di ladang getah namun ada juga antara mereka yang bekerjadi landasan keretapi. Pada 1921, dianggarkan seramai 8009 orang India telah bekerja dilandasan keretapi. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras.India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah keluar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya menguasai negeri-negeri Melayu.Kemasukan orang India berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-19 ketika berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Kemasukan masyarakat India ke negara ini melalui beberapa cara iaitu melalui sistem buruh bebas, sistem kangani dan juga sistem kontrak. Melalui sistem buruh bebas, mereka bebas untuk memilih pekerjaan di Tanah Melayu. Dalam sistem kontrak pula,mereka akan dibawa ke Tanah Melayu dengan pembiayaan tetapi mereka perlu bekerja antara 1- 3 tahundengan gaji antara 9 hingga 13 sen sehari sahaja. Sistem ini begitu menindas pekerja semata-mata untuk membayar balik hutang untuk datang ke sini. Disebabkan itu, sistem Kangani telah diperkenalkan. Sistem Kangani bermaksud ketua atau mandur. Mengikut system ini,mereka yang diberi lesen akan mencari buruh di India untuk bekerja di Tanah Melayu namun pelaksanaanya tidak lama apabila diharamkan oleh kerajaan kerana ada penyelewengan. Pada tahun 1931, orang Tamil membentuk 82% daripada penduduk India di Tanah Melayu dan mereka bekerja di estet getah dan kelapa sawit selain menjadi pegawai kerajaan dan golongan profesional seperti peguam dan doktor. Orang Malayali membentuk 6% daripada penduduk India di Tanah Melayu dan turut bekerja di bidang yang sama dengan orang Tamil. Orang Telugu membentuk 5% daripada penduduk India di dan kebanyakannya bekerja sebagai buruh estet. Orang Punjabi (termasuk Gujarati, Bengali,Marathi, Orissa, Kashmir, dan Sindhi) membentuk 7% daripada penduduk India diTanah Melayu dan kebanyakannya menjadi peniaga, polis dan askar. Pada tahun 1921, 12% penduduk India dilahirkan di Semenanjung. Pada tahun 1957, 62.1% penduduk India dilahirkan di Semenanjung3.2 Faktor Pembentukkan Masyarakat Plural Pada Zaman Penjajah Menurut J.S Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial. Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. British mula bertapak di Tanah Melayu sejak Perjanjian Pangkor 1874 sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi sumber ekonomi terutama sekali pada abad ke-19 apabila berlakunya revolusi perindustrian di Eropah. Ini menyebabkan kuasa-kuasa Barat berusaha untuk mencari tempat yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kekayaan hasil bumi antara faktor yang menyebabkan British menguasai Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bagi memenuhi keperluan industri mereka. Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) British telah melahirkan masyarakat plural yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah. Masyarakat Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani. Dasar-dasar Inggeris telah memberi memberi kesan terhadap pembentukan masyarakat pluraldi Tanah Melayu yang merangkumi pelbagai aspek seperti berikut:3.2.1 Politik

Dari aspek politik sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.

Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris. Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat plural di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi olehmasyarakat melayu ketika itu.3.2.2 Ekonomi Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing. Kemasukkan buruh-buruh Cinake Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat plural daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke TanahMelayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.3.2.3 Sosial

Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris amat memberi kesan kepasa pembentukan masyarakat plural di Tanah Melayu. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan Negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan iniwujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.3.3 Faktor Pembentukkan Masyarakat Plural Selepas Merdeka

Selepas merdeka, pembentukan masyarakat pluralistikbbertumpu kepada pembentukan masyarakat di Malaysia.Penumpuan yang jelas diberikan kepada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu,Cina dan India. Menurut pendapat oleh J.S. Furnival, konsep masyarakat majmuk atau pluralistik itu diertikan sebagai masyarakat di mana di dalamnya terdapat pelbagai etnik (kaum) yang hidup didalam satu negara iaitu Malaysia tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi,tempat tinggal, sosial dan budaya. Namun semua itu jelas dilihat ketika sebelum merdeka.Walaupun kini masih terdapat perbezaan kepada beberapa aspek seperti ekonomi,tempat tinggal,sosial mahupun budaya namun semua itu hanya pada peratus yang sedikit berbanding sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Kewujudan masyarakat pluralistik atau majmuk selepas merdeka dipengaruhi oleh tiga faktor utama menurut artikel keluaran Dunia Islam edisi Oktober 1992 yang ditulis oleh Idris Hj. Ahmad. Menurut penulis, antara faktornya ialah perbezaan pada anutan agama pada tiga kaum utama di Malaysia. Masyarakat majmuk atau pluralistik di Malaysia selepas kemerdekaan terbentuk disebabkan oleh faktor ini. Jika dulu sebelum merdeka kaum Cina hanya menganuti agama Buddha namun berlaku perubahan selepas merdeka apabila ada sebahagian kaum Cina sudah menganuti agama Kristian,konfusius dan ada juga yang menganuti ajaran agama Islam. Ini juga terjadi pada masyarakat kaum India. Dengan anutan agama asal ialah Hindu, kini terdapat juga kaum India yang sudah manganuti agama Buddha dan Islam.Di sinilah kewujudan masyarakat plural mula terjadi. Selain itu antara faktor lain ialah pemecahan setiap etnik kepada subetnik berdasarkan negeri melalui dialek bahasa dan unsur-unsur budaya. Jika dulu sebelum merdeka melayu dikenali dengan melayu sahaja tetapi apabila berlaku perkembangan dari perhubungan dan ilmu pengetahuan maka wujudlah Melayu Banjar, Melayu Jawa, Melayu Minangkabau,Melayu Johor-Riau dan subetnik yang lain lagi. Bagi Cina pula dapat dipecahkan kepada dua kumpulan subetnik utama iaitu Hokien dan Kwangtung. India terbahagi kepada subetnik seperti Punjabi, Selon,Tamil dan Telegu. Di Sabah dan Sarawak pemecahan setiap etnik kepada subetnik begitu jelas sekali. Sabah sahaja mempunyai lebih dari 9 subetnik utama manakala Sarawak dalam lingkungan 12 subetnik terdapat di negeri tersebut. Ini menunjukkan pembentukan masyarakat plurilistik selepas merdeka di Malaysia lebih ketara. Faktor ketiga adalah melibatkan dasar kerajaan, migrasi dan perbandaran. Dasar Kerajaan Malaysia antaranya Dasar Perindustrian Negara yang mana kerajaan menubuhkan kawasan Zon Perindustrian Bebas contohnya di Sungai Way,Teluk Penglima Garang, Bayan Lepas, Perai dan lain-lain tempat lagi mewujudkan menarik pelabur-pelabur untuk datang dan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak. Migrasi merujuk Kamus Dewan edisi Keempat, sebagai proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain bagi tujuan menetap secara tetap atau sementara. Faktor ekonomi merupakan faktor utama yang meyumbang kepada berlakunya proses migrasi ini. Kedudukan ekonomi Malaysia yang mantap dan kukuh menyebabkan wujudnya banyak sektor-sektor pertanian, pembinaan dan perkilangan, sekaligus membuka peluang kepada rakyat sesebuah negara termasuk juga golongan pendatang yang datang khususnya untuk mencari pendapatan yang lebih tinggi di Malaysia berbanding di negara pendatang. Perbandaraan pula proses berterusan yang melibatkan kawasan luar bandar menjadi bandar. Perkembangan ini selanjutnya melibatkan proses keruangan yang menunjukkan perubahan konsentrasi penduduk yang mendiami di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar yang membawa kepada tumpuan pelbagai aktiviti ekonomi. Ketiga-tiga perkara ini secara tidak langsung menjadi antara penyebab kepada pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia. Peluang pekerjaan yang ditawarkan, kemudahan asas yang lengkap, taraf pendidikan yang terbaik antara faktor mempengaruhi masyarakat untuk bergerak atau berpindah dari tempat asal mereka.3.4 Masyarakat Plural Sabah dan Sarawak3.4.1 Bumiputra Sabah

Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Diantara sebahagian penduduk asli di Sabah ialah Orang Brunei, Orang Bajau, Orang Suluk, Orang Kadazan, Orang Murut dan lain-lain lagi. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan yang terbesar selepas kaum Kadazandusun.

Manakala, terdapat juga suku kaum bukan-pribumi Sabah yang boleh menikmati faedah Bumiputera. Ini berdasarkan Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mendefinisikan Orang Melayu seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bertutur bahasa Melayu, menurut adat Melayu dalam kehidupan seharian. Oleh sebab yang demikian, penduduk dari Semenanjung Malaysia, Sarawak serta imigran dari Indonesia dan Filipina yang beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu seharian serta telah bermastautin di Malaysia adalah dalam lingkungan takrifan ini, lantas dapat menikmati faedah Bumiputera walaupun bukan berasal dari kalangan Pribumi Sabah. Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Mandarin, Bahasa Hakka), Tombonuo, Sungai dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).3.4.2 Masyarakat Bumiputra Sarawak

Sarawakmempunyai bilangan penduduk yang banyak sekali antara negeri-negeri diMalaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang. Sebagai ibu negeri,Kuchingmerupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.

Sarawak mempunyai 27 etnik besar, setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya. Diantara etnik-etnik yang terdapat di Sarawak ialah Orang Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Orang Kayan, Orang Penan dan pelbagai lagi etnik-etnik yang kecil.BAB 4 : USAHA-USAHA YANG DIAMBIL DAN KEUNIKAN MASYARAKAT PLURAL DI MALAYSIA Perpaduan sangat penting kerana perpaduan akan menjadikan negara kita kukuh dan utuh, Lantaran itu, sebagai negara yang berbilang kaum, kita perlu bersatu padu untuk mempertahankan negara. Pepatah bersatu teguh, bercerai roboh dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing hendaklah menjadi pegangan setiap generasi. Fenomena negara di dunia yang telah dijajah atau dikalahkan oleh negara-negara lain akibat daripada tidak bersatu padu hendaklah dijadikan iktibar. Pelbagai usaha yang drastik haruslah dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.4.1 Usaha-usaha Yang Diambil Untuk Menangani Perbezaan Pendapat Masyarakat Plural Di MalaysiaI. Penubuhan Hubungan Antara Kaum @Communities Liason Committee (CLC)

Memelihara persefahaman yang baik antara kaum dan mencadangkan cara bagi mengukuhkan dan meningkatkan hubungan dan Peranan CLCII. Isu Pendidikan

Terdapat 4 aliran pendidikan mgikut garis perkauman,iaitu Pendidikan Melayu, Pendidikan Cina, Pendidikan Tamil dan Pendidikan Inggeris.III. Hak Kerakyatan Kaum Bukan Melayu.

Idea pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan melayu (oleh Tan Cheng Lock) Hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli supaya kaum bukan Melayu akan memberi kesetiaan sepenuh kepada negara ini.

IV. Kedudukan Ekonomi Orang Melayu

CLC ini juga memberi tumpuan terhadap perbincangan ekonomi orang Melayu dan bantuan yang dapat diberi oleh orang Cina. untuk memberi ruang penglibatan orang Melayu dalam bidang perindustrian dan perniagaanV. Kontrak Sosial

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di negara ini .Kontrak social di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di negara ini.VI. Dasar Ekonomi Baru

Majlis Perundingan Negara yang diketuai oleh Tun Razak dibentuk pada tahun 1970, dengan ahli-ahlinya terdiri daripada tiga orang menteri, tujuh orang wakil kerajaan-kerajaan negeri, lima orang wakil UMNO, tiga orang wakil MCA, seorang wakil MIC, seorang wakil PPP, seorang wakil Parti Buruh, tiga orang wakil Sabah, lima orang wakil Sarawak, dua wakil agama Islam, dua wakil agama Kristian, dua wakil Kesetuan Sekerja, empat orang wakil wartawan, dua orang wakil Persatuan Guru dan dua orang wakil kumpulan minoriti.4.2 Keunikan Masyarakat Plural Di Malaysia Masyarakat plural di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Ciri-ciri masyarakat plural mengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri Malaysia adalah wadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan etnik, bahasa serta budayanya membentuk kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang lain dengan bahasa dan budaya masing-masing juga mendapat tempat. Dalam konteks masyarakat plural Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan,tetapi di bawah sistem politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan dibawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.

Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain daripada 3 komuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau, Kadazan, Muru (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak), dengan pelbagai bahasa dan dialeknya. Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakati bersama adalah untuk menjaga hubungan etnik di Malaysia. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Masyarakat majmuk di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Masyarakat Malaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois. Hari ini, di merata negara di dunia terdapat masyarakat majmuk yang menganuti agama-agama yang berlainan. tetapi kebanyakan puak minoriti yang terdapat di negara yang memerintah terdedah kepada kezaliman oleh kerajaan. Di Malaysia, kebebasan beragama yang dilaksanakan tidak menyebabkan masyarakat di dalamnya hidup di dalam keadaan berpecah-belah seperti negara-negara yang dilanda krisis sekarang. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Konsep akomodasi yang diamalkan di Malaysia menyebabkan hubungan antara etnik saling membuat penyesuaian dan bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan harmoni. Hal itu membuatkan Malaysia mempunyai masyarakat plural yang unik. Konsep penerimaan unsur kebudayaan ini melibatkan proses akulturasi yang mana tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Konsep ini turut menjadikan masyarakat plural di Malaysia adalah mayarakat yang unik.BAB 5 : RUMUSAN DAN KESIMPULAN

5.1 Rumusan Kegagalan menangani isu Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969 telah menyedarkan pelbagai pihak agar memastikan Negara bangsa ditunjangi perpaduan dan persefahaman semua anggota masyarakat. Kita juga harus mengakui masih ada masalah dalam kerangka hubungan kaum di Negara kita. Jadi, seharusnya kita bersedia untuk menangani masalah tersebut. Setiap cabaran yang berlaku haruslah diharungi jika rakyat terus bersatu dan berganding bahu, dengan azam serta tekad untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan daya saing ekonomi negara. Rakyat pelbagai kaum hendaklah menghayati dan menginsafi pentingnya perpaduan sebagai benteng pertahanan Negara bagi menghadapi sebarang ancaman dari dalam dan luar negara.rakyat perlulah menjaga maruah dan kemerdekaan negara. Percaturan politik yang melanda negara kita sekarang ini turut mengundang kepada polemik negara. Hal ini juga sedikit sebanyak boleh merencatkan pembangunan ekonomi yang sedang rancak berjalan. Dengan itu, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam bidang politik untuk memajukan negara berlandaskan peruntukan-peruntukan tertentu mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Langkah-langkah keselamatan dan mencegah daripada berlakunya kejadian yang tidak wajar juga dapat mengekalkan keharmonian antara kaum dan kestabilan negara. Bagi pembangunan ekonomi pula, untuk mencapai objektif negara ke arah mencapai perpaduan, banyak program yang telah dilancarkan bagi mengimbangkan kedudukan taraf sosioekonomi antara kaum dan antara wilayah serta mengurangkan pengenalan kaum antaranya program membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Justeru itu,rakyat perlulah berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara. Rakyat juga perlulah tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara dan mengambil iktibar kepada kegawatan ekonomi yang berlaku dalam tahun 1998. Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat Malaysia yang bermasyarakat majmuk. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikan semua. Soal perpaduan antara kaum jangan sesekali diperjudikan kerana faktor ini akan merencatkan kemajuan negara dan tanpa kemajuan dalam menghadapi masa depan, setiap perjuangan khususnya generasi lampau akan menjadi sia-sia belaka.5.2 Kesimpulan

Pembentukan masyarakat plural di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini bermula sejak kurun kedua Masihi lagi dan berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat plural yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 Mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Semasa zaman penjajahan British, pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik. Walaubagaimanapun kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah Negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan faktor masyarakat plural lebih bertumpu kepada pembentukan masyarakat di Malaysia, pemecahan etnik, melibatkan dasar kerajaan,migrasi dan perbandaran.BIBLIOGRAFI

BukuA. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azyumardi Azra (2002), Jaringan Global dan Lokal Islam Nusantara , Bandung:Penerbit MizanChin Yee Wah (2003). Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.Furnivall, John S (1939), Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India. Cambridge : Cambridge University Press.Johari Talib (2006). Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah. Dalam buku Hubungan Etnik. Disunting: Nazri Muslim dan Nasruddin Yunos. Pusat Pengajian Umum:UKM.Jurnal hubungan etnik dalam pembentukan jati diri kebangsaan: Perspektif Tamadun Melayu oleh Abdul Latif Samian.Mahayudin Haji Yahaya (2001). Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ruslan Zainuddin(2010). Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia Edisi Kedua Fajar BaktiS.Q. Fatimi (1963), Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysia Sociological Research Institute.Wan Halim Othman (1992). Asas Hubungan Etnik. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia.Yew Chee Wai (2009). Xpress Vista Sejarah SPM . Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.

Internet

Tarikh capaian 18/4/2014" http://kahbantan.blogspot.com/2010/07/pembentukan-masyarakat-pluralistik-di.html.

Tarikh capaian 18/4/2014..http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/. Tarikh capaian 21/4/2014.

http://adnanbaharom.blogspot.com/2011/07/pluraliti-dan-masyarakat-plural di.html.

Tarikh capaian 23/4/2014

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk-1314.html. Tarikh capaian 25/4/2014http://diniahfalahiah.blogspot.com/2011/04/kedatangan-imigran-india-ke-tanah.html.

Tarikh capaian 28/5/2014

http://malaysiana1.blogspot.com/2009/03/sejarah-kedatangan-imigran-ke-malaysia.html. Tarikh capaian 1/5/2012

SADN 1043 I HUBUNGAN ETNIK 29