(bab 1 hingga bab 7) - ebooktarbiyah.com | “tarbiyah...

102
Siri Rujukan Cepat Tarbiyah Diringkas & disaring daripada Kitab Himpunan Hadis Al-Adab Penyusun: EbookTarbiyah.Com HADIS Siri #1 (Bab 1 hingga Bab 7)

Upload: phungnhan

Post on 06-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Siri Rujukan Cepat Tarbiyah

Diringkas & disaring daripadaKitab Himpunan Hadis Al-Adab

Penyusun: EbookTarbiyah.Com

HADISSiri #1

(Bab 1 hingga Bab 7)

Page 2: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

AKAD PEMBELIAN

1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOKINI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHANISI KANDUNGAN EBOOK.

2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOKINI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:

RM4.50 SAHAJA KEPADAAKAUN MAYBANK 164799081505

(AZRAAI BIN AHMAD)[email protected]

Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com

3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOKINI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.

4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGISALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANGKEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZINBERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.

5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI,AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKADPEMBELIAN INI.

SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT.

2Tarbiyah Made Easy!!

Page 3: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

KATA PENGANTAR

بسم اهللا الرحمن الرحيم

Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam.Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulupara Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atasahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian.

Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya jua ebook “Kitab al-Adab: Bab 1 hingga Bab 7” iniberpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca.

Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Pertamadaripada beberapa lagi siri ringkasan dan saringanterhadap Kitab Al-Adab.

Kitab Al-Adab

Kitab Al-Adab ini merupakan himpunanhadis-hadis adab dalam Islam yangdipetik dan disusun daripada KitabMuntakhab Min as-Sunnah, Juzuk ke-11.

Kitab ini sangat sesuai untuk dijadikanrujukan dalam membentuk budi pekertidan adab mulia di peringkat awal prosesTarbiyah Islamiyah.

3Tarbiyah Made Easy!!

Page 4: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Kitab Al-Adab ini mempunyai 26 Bab. Dalam siri pertamaebook ini, kita akan membahaskan 7 bab daripadanya.

Menurut pengarang kitab ini, Adab didefinisikan sebagai:

1. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia, atau2. Menggunakan percakapan dan perbuatan yang

terpuji, atau3. Menurut perkara-perkara yang dikira baik dan elok.

Di antara contoh-contoh Adab termasuklah:

1. Memuliakan orang yang lebih tinggi daripada kita(usia, ilmu dsb.)

2. Berlemah lembut dengan orang yang lebih rendahdaripada kita (usia, ilmu dsb.)

4Tarbiyah Made Easy!!

Kenapa Ebook ini Ditulis?

Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Al-Adabyang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak samadengan membaca ringkasan.

Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti disekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukantambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagairujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.

Page 5: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Tarbiyah Made Easy!! 5

Konsep Istimewa Ebook Ini

Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini:

• Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada dikomputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Inimemudahkan proses ulangkaji dan penyampaian padabila-bila masa sahaja.

• Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkinagak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkankonsep ini agar pembaca berpuas hati dengankandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuashati, barulah anda membuat pembayaran.

• Meringkaskan Perbahasan. Dalam ebook ini, kamimembuang hadis-hadis yang digunakan secara berulangdi dalam pendahuluan bab dan huraian bab. Begitu jugadengan huraian tentang tanda-tanda bacaan kalimah,disebabkan semua kalimah arab telah diberikan baris.

• Objektif Bab dan Hadis. Di awal setiap tema, dijelaskanobjektif-objektif (biasanya aspek kognitif) bagi setiapbab dan hadis.

• Pengajaran dan Saranan Tarbawi. Di akhir setiap tajuk,diletakkan pengajaran hadis dan beberapa saranantarbawi. Ia sedikit sebanyak dirangka untuk mencapaiobjektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor.

Page 6: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

• Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warnauntuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil,soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dansebagainya.

Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkanebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauhdaripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukansebarang kritikan dan saranan yang membina daripadapembaca.

Semoga Allah redha. Wallahua’lam.

EbookTarbiyah.ComMac 2015

6Tarbiyah Made Easy!!

Page 7: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

ISI KANDUNGAN

Akad Pembelian (#2)Kata Pengantar (#3)

Isi Kandungan (#7)

1. Bab 1: Berbakti kepada Ibubapa (#8)2. Bab 2: Larangan Berjihad Tanpa Izin Ibubapa (#19)3. Bab 3: Larangan Melaknat Kedua Ibubapa (#25)4. Bab 4: Penerimaan Doa Orang Berbakti pada Ibubapa (#32)5. Bab 5: Derhaka Ibubapa antara Dosa-dosa Besar (#44)6. Bab 6: Silaturrahim (#63)7. Bab 7: Silaturrahim (II) (#76)

Sekian (#100)Akad Pembelian (#101)

p/s: # ialah mukasurat

7Tarbiyah Made Easy!!

Page 8: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

BAB 1: “BERBAKTI KEPADA IBUBAPA”

Objektif Hadis:

Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataandalam hadis yang mulia ini.

2. Menyatakan amalan-amalan mulia yangdisebutkan oleh hadis ini.

3. Menjawab persoalan tentang perbezaanriwayat berkenaan amalan terbaik.

4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawidaripada hadis ini.

Page 9: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Teks Hadis

:عن عبد اهللا بن مسعود رضي اهللا عنه قال Daripada Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu,

beliau berkata:

:صلى الله عليه وسلم سألت النبي

Aku telah bertanya kepada Nabi SAW:

.الصالة على وقتها: أي العمل أحب إلى الله؟ قال

“Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah?”Baginda menjawab, “Solat pada waktunya.”

.بر الوالدين : ثم أي؟ قال : قال

Beliau bertanya lagi, “Kemudian amalan apa pula?”Baginda menjawab, “Berbakti kepada ibubapa.”

.الجهاد في سبيل الله : ثم أي؟ قال : قال

Beliau bertanya lagi, “Kemudian apa?”Baginda bersabda, “Berjihad di jalan Allah.”

ثني بهن ولو استـزدته لزادني: قال .حدBeliau berkata lagi, “Baginda telah berbicara kepadaku

tentang semua itu. Jika aku meminta Baginda menambahlagi, pasti Baginda SAW menambah lagi untukku.”

رواه البخاري (Riwayat Bukhari).

Page 10: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Periwayat Hadis:

Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu merupakanseorang ulama Fiqh di kalangan para Sahabat.

Beliau menyertai Perang Badar dan semua perangbersama Rasulullah SAW.

Huraian Hadis:

1. Solat pada Waktunya

Maksudnya mengerjakan solat dalam waktunyasecara tunai, bukan secara qadha’ di luar waktu.

Namun begitu, solat pada awal waktunya lebih baikdan lebih mulia.

Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Farwahradhiallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أفضل األعمال الصال ة في أول وقتها“Amalan yang terbaik ialah solat pada awal

waktunya.”

(Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi & Al-Hakim)

Page 11: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

2. Berbakti kepada Ibubapa

Berbakti kepada ibubapa, iaitu dengan cara berbuatbaik, melakukan perkara yang elok sertamenggembirakan mereka.

Sebab turunnya ayat di atas ialah:

Ibu kepada Saad bin Abi Waqas RA (iaitu Hamnahbinti Sufyan bin Umayyah, sepupu Abu Sufyan) telahbersumpah tidak akan bercakap kepada Saadselama-lamanya, sehingga beliau kufur denganagama (Islam yang baru dianuti)nya.

Ibunya berkata; “Kamu pernah mendakwa bahawaAllah telah menyuruh kamu supaya berbuat baikkepada dua ibubapa kamu. Aku ini adalah ibumu!Aku menyuruh kamu dengan perkara ini (keluar dariIslam)!”

Seperti firman Allah SWT:

. / 0 21 3 4 5 6 7 8 9 : ; < >=

“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat)kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan jikakeduanya memaksamu untuk mempersekutukanAku dengan sesuatu yang tidak adapengetahuanmu tentang itu, maka janganlahkamu mengikuti keduanya…”

(Al-Ankabut 29: 8)

Page 12: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Lalu turunlah ayat, “Dan Kami wajibkan manusia(berbuat) kebaikan kepada dua ibubapanya. Danjika keduanya memaksamu untuk mempersekutukanAku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmutentang itu, maka janganlah kamu mengikutikeduanya…”

(Riwayat Ahmad, Muslim dan At-Tirmidzi)

Ayat ini berpesan tentang hak kedua ibubapa, danperintah agar kita mentaati keduanya walaupunmereka masih kafir.

Tetapi ketaatan tersebut bersyarat, iaitu bukandalam suruhan mensyirikkan Allah SWT sepertitindakan ibu Saad RA itu.

Ini selari dengan Sabda Rasulullah SAW:

.ال طاعة ألحد في معصية اهللا إنما الطاعة في المعروف

“Tiada ketaatan kepada sesiapa dalam menderhakaiAllah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam

melakukan perkara yang baik.”

(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & An-Nasa’i)

Page 13: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

ال طاعة لمخلوق في معصية الخالق “Tiada ketaatan kepada mana-mana makhluk dalam

menderhakai Tuhan yang Maha Pencipta.”

(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Berbuat baik kepada ibubapa juga merangkumiberbuat baik kepada rakan-rakan mereka, sepertiyang diriwayatkan dalam Sohih Bukhari dan SohihMuslim.

Seorang penyair Arab telah berkata;

“Muliakanlah kawan bapamu di mana jua kamumenemuinya. Demi Allah, sesungguhnya kamu telahmenderhakai bapamu jika kamu tidak berbuatdemikian.”

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:

Q SR T “… bahawa bersyukurlah kepada-Ku dan kepadakedua ibubapamu…”

(Luqman 31: 14)

Mengenai ayat ini, Sufyan bin ‘Uyainah telah berkata;

“Sesiapa yang menunaikan solat 5 waktu, maka dia…

Page 14: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

…telah bersyukur kepada Allah Taala. Sesiapa yangberdoa untuk kedua ibubapanya selepas solat, makadia telah berterima kasih kepada mereka.”

3. Berjihad di Jalan Allah

Antara bentuk-bentuk jihad di jalan Allah adalahberjihad bagi mempertahankan tanah air dantempat tinggal, sehingga kita dapat beribadahkepada Allah SWT dalam keadaan selamat (diri,keluarga, maruah dan harta kita).

Dalam hadis ini, berbuat baik kepada ibubapadisebut sebelum jihad, kerana jihad itu bergantungkepada berbuat baik kepada ibubapa.

Ini kerana di antara tuntutan berbuat baik kepadaibubapa adalah meminta keizinan mereka untukberjihad.

Biasanya orang berpandangan berbuat baik baikkepada ibubapa adalah lumrah, iaitu sebagaimembalas budi ibubapa yang membesarkan merekasejak kecil.

Namun, dengan mendahului berbuat baik kepadaibubapa berbanding jihad, Rasulullah SAW telahmemperingatkan kita tentang fadhilat yang besardalam perbuatan tersebut.

Page 15: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Kelebihan jihad di jalan Allah SWT sepertifirman-Nya dalam Al-Qur’an:

o p q r s t u v w x y zHai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku

tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkankamu dari azab yang pedih?

¤¥ £ ¢ ¡ ے ~ { | }¦ § ¨ © ª « ¬

(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya danberjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulahyang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,

® ¯ ° ± ² ³ ´ µ ¶ ¸ ¹ º » ½¼ ¾ ¿ À Á

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu danmemasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ketempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulahkeberuntungan yang besar.

 ÄÃ Å Æ Ç È ÊÉ Ë Ì ÍDan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu)pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat(waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepadaorang-orang yang beriman.”

(As-Saff 61: 10-13)

Page 16: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa memberimakan adalah sebaik-baik amalan, amalan yang palingdisukai Allah SWT ialah amalan yang berterusan dansebagainya.

Ini berlainan dengan apa yang disebut dalam hadis inibahawa amalan yang paling baik dan yang palingdisukai Allah SWT ialah menunaikan solat dalamwaktunya.

Jawapan Nabi SAW berbeza kerana:

Mengikut perbezaan keadaan orang yang bertanya.Maka, baginda menjawab berdasarkan keperluan,keinginan dan kesesuaian bagi mereka.

Atau disebabkan perbezaan waktu, di mana amalanberkenaan pada waktu itu adalah lebih baik daripadaamalan yang sama di masa yang lain.

Ketika awal Islam, jihad merupakan amalan terbaik,kerana ia adalah jalan kepada melaksanakanamalan-amalan lain. Ia juga membolehkanpelaksanaan amalan-amalan tersebut.

Kenapa terdapat perbezaan amalanyang disukai oleh Allah SWT dalambeberapa hadis Nabi SAW?

Page 17: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Banyak nas juga yang menunjukkan bahawa solatlebih baik daripada sedekah. Walaupun begitu, padaketika berkongsi kesusahan dengan orang yangterdesak, sedekah adalah lebih baik daripada solat.

Atau sebab lain adalah, kerana perkataan afdhalbukanlah dimaksudkan sebagai amalan yang terbaik,tetapi bermaksud kelebihan secara umum, iaitu antaraamalan-amalan terbaik.

Jenis amalan yang disebutkan dalam hadis ini ialahamalan-amalan badaniyyah (yang dilakukan olehanggota badan seperti solat, zakat, haji dansebagainya).

Oleh itu, tiada percanggahan dengan hadis yangdiriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:

Bahawa Rasulullah SAW telah ditanya, “Amalanmanakah yang paling baik?” Lalu Baginda SAWmenjawab: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Ada orang bertanya lagi, “Kemudian amalan apa?”Baginda menjawab, “Berjihad di jalan Allah.”

Ada orang bertanya lagi, “Kemudian amalanmanakah pula?” Baginda SAW menjawab, “Haji yangmabrur.”

(Riwayat Bukhari)

Page 18: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranantarbawi seperti berikut:

1. Menunaikan solat dalam waktunya, khususnya solatfardu Subuh.

2. Berbuat baik dan berbakti kepada kepada keduaibubapa.

3. Berniat untuk berjihad di jalan Allah Taala danmelakukan persediaan mental, pemikiran danfizikal untuk tujuan murni ini.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

Page 19: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

BAB 2: “LARANGAN BERJIHAD TANPA

IZIN IBUBAPA”

Objektif Hadis:

Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataandalam hadis yang mulia ini.

2. Menjelaskan sebab keperluan meminta izin duaibubapa terlebih dahulu sebelum berjihad.

3. Menjelaskan jenis jihad yang perlu mendapatkeizinan dua ibubapa sebelum menyertainya.

4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawidaripada hadis ini.

Page 20: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Teks Hadis

هما، قال :عن عبد اهللا بن عمرو بن العاص رضي اهللا عنـDaripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radiallahu

‘anhuma katanya:

أجاهد؟: قال رجل للنبى صلى الله عليه وسلم Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW, katanya,

“Bolehkah aku pergi berjihad?”

.نـعم : ألك أبـوان؟ قال : قال Baginda SAW bertanya kembali, “Adakah kamu masih

mempunyai kedua ibubapa?” Dia menjawab, “Ya.”

.ففيهما فجهد : قال Lalu Baginda SAW bersabda, “Oleh itu, berjihadlah pada

mereka berdua sahaja (dengan melawan nafsu kamudalam berkhidmat dan meredhakan mereka).”

رواه البخاري ومسلم

Riwayat Bukhari dan Muslim.

20Tarbiyah Made Easy!!

Page 21: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Periwayat Hadis:

Abdullah bin ‘Amru bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma,anak-beranak ini merupakan dua orang sahabatRasulullah SAW.

Huraian Hadis:

1. Bolehkah Aku Pergi Berjihad?

Dalam satu riwayat lain bahawa Abdullah bin ‘Amrubin al-‘Ash RA berkata, “Seorang lelaki telah datangkepada Nabi SAW bagi meminta izin Baginda SAWuntuk berjihad.”

Lelaki ini tidak dinyatakan namanya. Ada pendapatmengatakan beliau adalah Jahimah bin al-‘Abbas as-Salami radhiallahu ‘anhu.

2. Adakah Kamu Masih Mempunyai Dua Orang Tua?

Dalam satu riwayat, Baginda SAW bertanya kembalikepada lelaki itu, “Adakah kedua ibubapa kamumasih hidup?”

Lelaki itu menjawab bahawa kedua ibubapanyamasih hidup.

21Tarbiyah Made Easy!!

Page 22: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

3. Berjihadlah Pada Mereka Sahaja

Maksud Baginda SAW, jika kamu masih mempunyaikedua ibubapa, maka berusahalah denganbersungguh-sungguh untuk berbakti dan berbuatbaik kepada mereka berdua, kerana sesungguhnyaperbuatan itu menyamai kelebihan berperangmenentang musuh.

Hadis ini menunjukkan perkara yang sama sepertihadis daripada Abu Said radhiallahu ‘anhu katanya:

Seorang lelaki telah berhijrah (dari Yaman keMadinah, dan meminta izin untuk berjihad). LaluNabi SAW bertanya kepadanya, “Adakah ibubapakamu masih ada di Yaman?” Dia menjawab, “Ya.”

Baginda SAW bertanya lagi, “Adakah mereka telahmengizinkan kamu (untuk berjihad)?” Diamenjawab, “Belum.”

Baginda SAW bersabda, “Pulanglah, lalu minta izinkepada mereka. Jika mereka mengizinkan,berjihadlah. Jika tidak, berbuat baiklah kepadamereka (dan jangan keluar berjihad).”

(Riwayat Ahmad)

22Tarbiyah Made Easy!!

Page 23: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Kerana perasaan bimbangkan si anak yang mungkinterbunuh atau tercedera akan menyusahkan keduaibubapanya.

Oleh demikian, hadis ini adalah satu dalil bahawa:

Berbuat baik kepada ibubapa lebih diutamakanberbanding jihad.

Seseorang anak tidak boleh berjihad melainkandengan izin ibubapanya.

23Tarbiyah Made Easy!!

Mengapa Rasulullah SAW mensyaratkankeizinan kedua ibubapa lelaki itu untukberjihad?

Page 24: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawiseperti berikut:

1. Wajib meminta keizinan ibubapa untuk menyertai jihadyang hukumnya Fardu Kifayah.

2. Seseorang itu tidak wajib meminta keizinan untukmenyertai jihad yang hukumnya Fardu ‘Ain.

3. Berbakti kepada ibubapa dan melayan mereka dengancara yang baik, sekalipun mereka berada dalammaksiat atau kufur.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

24Tarbiyah Made Easy!!

Page 25: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

BAB 3: “LARANGAN MELAKNAT KEDUA

IBUBAPA”

Objektif Hadis:

Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataandalam hadis yang mulia ini.

2. Menjelaskan dosa besar yang terdapat di dalamhadis ini.

3. Menjelaskan kepentingan menutup segala jalanyang boleh membawa kepada dosa besar.

4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawidaripada hadis ini.

Page 26: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Teks Hadis

هما، قال :عن عبد اهللا بن عمرو بن العاص رضي اهللا عنـDaripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radiallahu

‘anhuma katanya:

:قال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم Rasulullah SAW bersabda:

إن من أكبر الكبائر أن يـلعن الرجل والديه “Sesungguhnya antara sebesar dosa-dosa besar adalah

seseorang itu melaknat ibubapanya sendiri.”

يا رسول الله وكيف يـلعن الرجل والديه؟ : قيل Lantas seseorang bertanya,

“Ya Rasulullah, bagaimanakah seseorang itu bolehmelaknat ibubapanya sendiri?”

.يسب الرجل أبا الرجل فـيسب أباه ويسب أمه : قال

Baginda SAW menjawab, “Seseorang itu memaki bapaorang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki

ibu seseorang, lalu orang itu pula memaki ibunya.”

رواه البخاري ومسلم وأبـو داود والتـرمذي Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Tirmidzi

26Tarbiyah Made Easy!!

Page 27: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Periwayat Hadis:

Abdullah bin ‘Amru bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma,anak-beranak ini merupakan dua orang sahabatRasulullah SAW.

Huraian Hadis:

1. Dosa Besar Melaknat Ibubapa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnyaantara sebesar dosa-dosa besar adalah seseorang itumelaknat ibubapanya sendiri.”

Lafaz ini menunjukkan bahawa dosa-dosa besar itumempunyai tahap-tahap yang berbeza dansabahagiannya lebih besar daripada yang lain. Inimerupakan pandangan majoriti para ulama.

Melaknat, memaki dan mencaci ibubapa merupakanantara dosa-dosa besar atau antara sebesar-besardosa besar, kerana perbuatan tersebut adalah satubentuk penderhakaan.

Ia juga merupakan perbuatan buruk dalammembalas jasa kedua ibubapa kita. Malah, satutindakan tidak berterima kasih dan mengingkari hakmereka berdua.

27Tarbiyah Made Easy!!

Page 28: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

2. Bagaimana Seorang Anak Melaknat Ibubapanya?

Lantas seseorang bertanya, “Ya Rasulullah,bagaimanakah seseorang itu boleh melaknatibubapanya sendiri?”

Orang yang bertanya tersebut berasa pelik dan tidakmunasabah bahawa seseorang anak akan melakukanperbuatan tersebut kepada ibubapanya sendiri. Inikerana sifat semulajadi manusia yang normalenggan melakukannya.

Lalu Nabi SAW menjawab sambil menerangkanbahawa biasanya si anak itulah yang menjadi puncakepada kedua ibubapanya dicaci, sekalipun diatidak mencacinya mereka dengan mulutnya sendiri.

3. Memaki Ibubapa Orang Lain

Baginda SAW menjawab, “Seseorang itu memakibapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya.Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu pulamemaki ibunya.”

Apabila telah dimaklumi bahawa menjadi puncakepada ibubapa dilaknat dan dimaki sahajamerupakan antara sebesar-besar dosa besar, makamelaknat dan memaki mereka sendiri secara jelasadalah lebih berat.

28Tarbiyah Made Easy!!

Page 29: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Dalam Fathu al-Bari, al-Hafiz Ibnu Hajr menyebutbahawa Ibnu Batthol berkata;

“Hadis ini merupakan dalil asas tentang kaedahSaddu az-Zara’I (iaitu menghalang jalan atau puncayang boleh membawa kepada perkara haram).”

Setiap perbuatan yang boleh membawa kepada sesuatuperkara yang haram, adalah haram dilakukan,sekalipun pembuatnya tidak berniat untuk melakukanperkara haram.

Dalil asal kepada hadis ini ialah firman Allah SWT:

¦ ¥ ¤ £ ¢ ¡ ے ~ { |§ ¨

“Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yangmereka sembah selain daripada Allah. (Jika kamumencercanya), mereka akan mencerca Allah secaramelampui batas tanpa sebarang pengetahuan…”

(Al-An’am 6: 108)

29Tarbiyah Made Easy!!

Bagaimanakah kita dapat mengaplikasikaedah hadis ini dalam hukum-hakamagama?

Page 30: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Al-Mawardi mengeluarkan hukum dilarang menjualpakaian sutera kepada lelaki yang diyakini akanmemakainya. Begitu juga haram menjual jus angguratau lainnya kepada orang yang diyakini akanmenggunakannya untuk membuat arak.

Berhubung pengajaran hadis ini, Syeikh Abu Muhammadbin Abi Hamzah berkata:

Dalam hadis ini terdapat dalil betapa besarnya hakkedua ibubapa.

Sesiapa yang memaki bapa orang lain, maka orangitu boleh memaki bapanya. Boleh juga dia tidakmembalas, tetapi biasanya dia akan membalasseumpama kata-kata yang dilemparkan kepadanya.

Pelajar boleh meminta penjelasan gurunyamengenai kata-kata yang tidak jelas baginya,seperti pertanyaan Sahabat RA tersebut.

Hadis ini mengesahkan kewujudan dosa-dosa besar.

Asal (ibubapa dan ke atas) mengatasi cabangnya(anak dan ke bawah) berdasarkan kedudukan asal,sekalipun cabang itu mengatasi asalnya denganbeberapa sifat.

Menderhakai ibubapa adalah salah satu daripadasebesar-besar dosa besar, sekalipun anak itu lebihhebat kerana memiliki sifat-sifat mulia yang tidakdimiliki oleh ibubapanya.

30Tarbiyah Made Easy!!

Page 31: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawiseperti berikut:

1. Hendaklah kita menutup segala punca yang bolehmembawa kepada perkara yang menyakiti ibubapa,sekalipun kita tidak berniat begitu.

2. Orang yang memiliki sifat semulajadi yang normal,fitrahnya pasti enggan memaki ibubapanya.Sememangnya, tiada sesiapapun yang sanggup memakiibubapanya sendiri.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

31Tarbiyah Made Easy!!

Page 32: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

BAB 4: “PENERIMAAN DOA ANAK YANG BERBAKTI KEPADA IBUBAPA”

Objektif Hadis:

Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataandalam hadis yang mulia ini.

2. Menjelaskan bahawa keikhlasan kepada AllahSWT dapat melepaskan seseorang daripadasegala kesusahan dunia.

3. Menjelaskan bahawa takut dan gerun kepadaAllah SWT dapat menghalang seseorangdaripada melakukan maksiat.

4. Menyebutkan tentang keberkatan berbuat baikkepada ibubapa yang diperoleh oleh seseorangdi dunia dan di akhirat.

5. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawidaripada hadis ini.

Page 33: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Teks Hadis

هما عن رسول اهللا صلى الله عليه عن ابن عمر رضي اهللا عنـ:وسلم قال

Daripada Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma, daripadaRasulullah SAW, sabdanya:

نما ثالثة نـفر يـتماشون، أخذهم المطر .بـيـKetika tiga orang orang lelaki sedang berjalan bersama-

sama, mereka telah ditimpa hujan.

فأووا إلى غار في الجبل، فانحطت على فم غارهم صخرة .من الجبل، فأطبـقت عليهم

Lalu mereka berlindung di dalam sebuah gua di sebuahbukit. Tiba-tiba sebiji batu besar daripada bukit itu jatuhmenghempap mulut gua tempat mereka berlindung, lalu

batu itu memerangkap mereka.

انظروا أعماال عملتموها لله صالحة، : فـقال بـعضهم لبـعض .فادعوا الله بها، لعله يـفرجها عنكم

Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain, “Renungkanlah tentang amalan-amalan soleh yang telah

kamu lakukan kerana Allah. Seterusnya berdoalahdengan menyebut amalan-amalan itu. Semoga Allah akan

mengalihkan batu ini daripada kamu.”

33Tarbiyah Made Easy!!

Page 34: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

. اللهم إنه كان لي والدان شيخان كبيران وامرأتي: فـقال أحدهم Salah seorang daripada mereka pun berkata: “Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai dua orang ibubapa yang

sangat tua dan isteriku.”

ية صغار، كنت أرعى عليهم .ولي صبـ“Aku juga mempunyai anak-anak yang masih kecil. Aku juga

membela haiwan ternakan untuk menyara mereka.”

.فإذا رحت عليهم فحلبت، بدأت بوالدي أسقيهما قـبل بني “Apabila aku pulang pada waktu petang membawa haiwan

ternakan kepada mereka lalu aku memerah susu, akumulakan dengan ibubapaku. Aku memberi mereka minum

dahulu sebelum anak-anakku.”

فما أتـيت حتى أمسيت، . بي ذات يـوم الشجر وإنه نأى .فـوجدتـهما قد ناما

“Pada suatu hari, aku pergi jauh kerana mencari pokok dantumbuhan (untuk ternakan). Aku tidak pulang, sehinggalah

waktu petang. Lalu aku dapati ibubapaku telah tidur.”

فجئت بالحالب، فـقمت عند . فحلبت كما كنت أحلب .رءوسهما، أكره أن أوقظهما من نـومهما

“Aku pun memerah susu seperti biasa. Aku membawa susuyang diperah itu, lalu aku berdiri di sisi mereka berdua, tetapi aku tidak suka mengejutkan mereka dari tidur.”

34Tarbiyah Made Easy!!

Page 35: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

ية يـتضاغون عند قدمي لهما، والصبـ ية قـبـ . وأكره أن أشقي الصبـ.فـلم يـزل ذلك دأبي ودأبـهم حتى طلع الفجر

“Aku juga tidak suka memberi minum anak-anakku sebelumibubapaku, sedangkan anak-anakku meraung-raung

kelaparan di sisi kedua belah kakiku. Itulah keadaanku dankeadaan mereka sehingga terbit fajar.”

فإن كنت تـعلم أني فـعلت ذلك ابتغاء وجهك، فافـرج لنا فـرجة ها السماء .نـرى منـ

“Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku melakukansemua itu kerana menuntut keredhaan-Mu, maka

bukakanlah untuk kami satu bukaan yang melaluinya kamiboleh melihat langit.”

ها السماء .فـفرج الله لهم فـرجة حتى يـرون منـLalu Allah membukan untuk mereka satu bukaan, sehingga

mereka boleh melihat langit melalui bukaan itu.

…………………………………………

نة عم، أحببتـها كأشد ما : وقال الثاني اللهم إنه كانت لي ابـيحب الرجال النساء،

Lelaki yang kedua pula berkata: “Ya Allah, sesungguhnyaaku ada seorang sepupu perempuan yang aku cintai, seperti

seperti sekuat-kuat cinta lelaki kepada perempuan.”

35Tarbiyah Made Easy!!

Page 36: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

ها نـفسها، فأبت حتى آتيـها بمائة دينار .فطلبت إليـ“Aku telah menggodanya supaya menyerahkan dirinya

kepadaku (untuk berzina), tetapi dia enggan kecuali akumembawa seratus dinar kepadanya.”

.فسعيت حتى جمعت مائة دينار، فجئتـها بها“Lalu aku berusaha, sehingga aku dapat mengumpul seratus

dinar, lalu aku datang kepadanya membawa duit itu.”

ها، قالت يا عبد الله، اتق الله، : فـلما وقـعت بـين رجليـTatkala aku berada di antara dua belah kakinya (bersediauntuk menjimaknya), dia berkata: “Wahai hamba Allah,

bertaqwalah kepada Allah!”

ها. وال تـفتح الخاتم إال بحقها .فـقمت عنـ“Janganlah kamu membuka cincin (memecahkan selaput

dara) melainkan dengan haknya (perkahwinan yang sah).”

فإن كنت تـعلم أني قد فـعلت ذلك ابتغاء وجهك، فافـرج لنا ها فـرجة . منـ

“Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku melakukanperbuatan itu kerana menuntut keredhaan-Mu, maka

bukalah satu bukaan untuk kami.”

.فـفرج لهم فـرجة Lalu Allah membuka satu bukaan untuk mereka.

36Tarbiyah Made Easy!!

Page 37: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

.اللهم إني كنت استأجرت أجيرا بفرق أرز : وقال اآلخر Lelaki terakhir pula berkata: “Ya Allah, sesungguhnya akupernah mengupah seorang pekerja dengan upah sebanyak

satu faraq (bersamaan tiga gantang) padi.”

فـعرضت عليه فـرقة، . أعطني حقي: فـلما قضى عمله، قال لي .ورغب عنه

“Tatkala dia selesai melakukan kerjanya, dia berkatakepadaku: “Berikanlah kepada aku akan hak aku.” Lalu aku

tawarkan kepadanya satu faraqnya itu. Tetapi dia tidakmenyukainya (dan terus pergi tanpa mengambil upahnya).”

.فـلم أزل أزرعه حتى جمعت منه بـقرا ورعائـها“Aku sentiasa menanam benih padi yang menjadi upahnyaitu sehingga aku telah menghimpunkan banyak lembu dan

pengembalanya hasil padi itu.”

.اتق الله، وال تظلمني حقي: فجاءني فـقال Tiba-tiba dia datang kepadaku, lalu berkata: “Bertaqwalahkepada Allah. Janganlah kamu menzalimi aku dan hak aku.”

.اذهب إلى تلك البـقر ورعائها فخذها: فـقلت Aku pun berkata: “Pergilah ambil lembu-lembu itu dan

pengembala-pengembalanya.”

37Tarbiyah Made Easy!!

Page 38: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

.اتق الله، وال تستـهزئ بي: فـقال Lalu dia berkata lagi: “Bertaqwalah kepada Allah.

Janganlah mempersendakan aku.”

.خذ ذلك البـقر ورعائـها. إني ال أستـهزئ بك : فـقلت .فأخذه فذهب به

Lalu aku berkata: “Sesungguhnya aku tidakmempersendakan kamu. Ambillah semua lembu dan

pengembalanya.” Dia pun mengambil semua harta itu, lalumembawanya pergi.

. فإن كنت تـعلم أني فـعلت ذلك ابتغاء وجهك فافـرج ما بقي Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku telah melakukan

semua itu kerana menuntut keredhaan-Mu, makabukakanlah apa yang masih berbaki.”

.فـفرج الله ما بقي Lalu Allah membuka apa yang masih berbaki.

رواه البخاري ومسلم Riwayat Bukhari dan Muslim

38Tarbiyah Made Easy!!

Page 39: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Huraian Hadis:

1. Tiga Lelaki yang Terperangkap di dalam Gua

Tiga orang lelaki tersebut adalah dari kalangan umatsebelum Nabi Muhammad SAW, iaitu daripada BaniIsrael. Nama mereka tidak pula diketahui.

Mereka berhenti dan singgah di sebuah gua akibatkehujanan. Tiba-tiba sebuah batu menghempapmulut gua dan memerangkap mereka di dalamnya.

2. Berdoa Menggunakan Amalan-amalan Soleh Mereka

Yakni mereka bertawassul dengan amalan-amalanyang ikhlas kerana Allah SWT, tanpa sebarangperasaan riya’ (menunjuk-nunjuk kepada manusia)atau sum’ah (untuk mendengar pujian orang).

3. Tawassul Lelaki Pertama

Lelaki pertama berdoa dengan budi baik kepadakedua ibubapanya, lalu doanya itu dimakbulkan olehAllah SWT.

39Tarbiyah Made Easy!!

Page 40: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Marilah sama-sama kita merenung penderitaan lelakiitu kerana melihat anak-anaknya meraung-raungmenangis di sisi dua belah kakinya lantarankelaparan.

Tatkala dia memandang kepada ibubapanya denganpandangan kebaikan, demi menuntut keredhaan-Nya, Allah SWT telah memandang kepadanya denganpandangan rahmat. Lantaran itu, dibukakan satubukaan untuk mereka.

4. Tawassul Lelaki Kedua

Lelaki kedua berdoa dengan keinsafannya di saatingin melakukan persetubuhan luar nikah, akibatterkesan dengan peringatan sepupu perempuannya.

Ini satu kelebihan daripada Allah SWT yangdikurniakan kepada perempuan itu, kerana dia tidakmahu melakukan perbuatan keji dan maksiat.

Sebenarnya, dia hanya bersetuju dengan lelaki itukerana lelaki itu enggan menolongnya, padahal diatelah merayu bantuan bersungguh-sungguh akibatkesusahan di musim kemarau. Sila rujuk hadis ke-12dalam Riadush Sholihin oleh Imam Nawawi.

Di samping itu, perempuan tersebut bimbang dirinyaakan mati kelaparan, dan sampai ke tahap terdesakyang mendorongnya terjebak dengan perkara yangtidak disukainya sendiri.

40Tarbiyah Made Easy!!

Page 41: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Lantaran Allah mengetahui kebenaran perempuanitu, Dia telah menjauhkannya daripada kejahatandan memeliharanya daripada melakukan maksiat.

Lelaki itu pula memang benar-benar bersifat taqwa,kerana dia bangun meninggalkan perempuan itu dantidak melakukan zina, sedangkan dia mampumelakukannya tanpa sebarang halangan.

Jalan untuk berzina juga telah terbentang luaskepadanya, namun dia bangun tanpa meneruskanniat jahatnya itu kerana takut kepada Allah SWT.

Sedangkan ketika itu, dia telahpun duduk di celahkedua belah kaki perempuan itu, dalam keadaansyahwatnya memuncak.

Tambahan pula, syahwat kemaluan merupakansyahwat yang paling banyak ada pada manusia danpaling degil terhadap akal fikiran ketika ia sedangbergelora.

Lantaran tindakan tersebut, lelaki itu layakdiperkenankan doanya oleh Allah SWT.

5. Tawassul Lelaki Ketiga

Lelaki ketiga berdoa pula dengan pelaksanaanamanah dengan cara yang baik terhadap bekaspekerjanya.

41Tarbiyah Made Easy!!

Page 42: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Dia telah memberikan kepada pekerja itu akanhaknya, bahkan dengan lebihan yang banyak.Sedangkan upah yang wajib diberikan sekadarkerjanya sahaja.

Tetapi dia telah menambah lebih daripada itusebagai satu sumbangan daripadanya, keranamenuntut keredhaan Allah SWT. Maka doanya pundimakbulkan.

Allah SWT memakbulkan doa:

Orang yang berbuat baik kepada ibubapanya Orang yang menjaga diri daripada perkara haram Orang yang memberikan kepada orang yang berhak

akan haknya.

Orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWTdan sentiasa mencari keredhaan-Nya akan diberikanjalan keluar dari segala kesusahan.

Firman Allah SWT:

j k l m n o p“… Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescayaAllah menjadikan untuknya jalan keluar (daripadakesusahan dunia dan akhirat)

42Tarbiyah Made Easy!!

Apakah pengajaran berguna untuk kitayang boleh didapati daripada hadis ini?

Page 43: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawiseperti berikut:

1. Hendaklah mengikhlaskan segala amal untuk Allah SWT.

2. Hendaklah berbuat baik dan berbakti kepada ibubapa.

3. Tidak mengambil peluang atas kesempitan & kesulitanorang lain bagi mendorongnya melakukan maksiat.

4. Memberikan kepada orang yang berhak akan haknya, disamping berbudi kepadanya.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

vu t s r qdan memberinya rezeki daripada sumber yang tidak diasangkakan…”

(Al-Thalaq 65: 2-3)

43Tarbiyah Made Easy!!

Page 44: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Objektif Bab:

Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataandalam hadis-hadis yang mulia ini.

2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawidaripada hadis-hadis ini.

Objektif Hadis 1 & 2:

1. Menerangkan sebab pengharaman perbuatanmenderhakai ibubapa.

2. Menjelaskan maksud menanam anakperempuan; siapa melakukannya & mengapa.

3. Menyatakan maksud “enggan memberikan hakyang wajib” & “menuntut sesuatu yang bukanhak kamu”.

4. Menjelaskan sebab Allah SWT tidak menyukaibanyak bercakap perkara sia-sia atau mungkar,banyak bertanya & membazirkan harta.

5. Menerangkan sebab Nabi SAW mengulangiperingatan tentang penyaksian palsu sebanyaktiga kali.

BAB 5: “DERHAKA IBUBAPA ANTARA

DOSA-DOSA BESAR”

Page 45: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Teks Hadis 1

رة بن شعبة رضي اهللا عنه :عن المغيـDaripada al-Mughirah bin Syu’bah radhiallahu ‘anhu:

:عن النبي صلى اهللا عليه وسلم قال Daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

إن اهللا حرم عليكم عقوق األمهات،

“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamumenderhakai ibu,”

عا، وهات، ووأد البـنات، ومنـ“menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan

memberikan hak yang wajib, dan menuntut sesuatu yang bukan hak kamu.”

Kalimah Maksud

العقوق-العق Memotong dan membelah. Maksudnyamemutuskan silaturrahim denganibubapa dan enggan taat kepadamereka.

األمهات -أمهة Ibu. Merujuk kepada yang berakal,iaitu ibu manusia.

أم Ibu. Merujuk kepada umum, samadamanusia atau bukan.

45Tarbiyah Made Easy!!

Page 46: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

وكثـرة السؤال، وإضاعة المال ،وكره لكم قيل وقال “Allah juga membenci bagi kamu perbuatan bercakap

(perkara sia-sia dan munkar), banyak bertanya danmembazirkan harta.”

رواه البخاري ومسلم Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kalimah Maksud

قيل وقال

Dikatakan dan si fulan berkata. Iaitukata-kata yang sia-sia yang dibualkan dipelbagai majlis dan tempat. Contohnya:“Ada orang berkata begitu begini…”

Sedangkan perkara itu tidak benar dantidak diketahui hakikatnya. Sehinggaboleh membawa kepada mengumpatdan mengadu domba. Allah SWTmembenci bagi kamu ungkapansedemikian.

46Tarbiyah Made Easy!!

Page 47: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Huraian Hadis 1:

1. Allah Mengharamkan ke atas Kamu Menderhakai Ibu

Nabi SAW hanya menyebut menderhakai ibu (tanpamenyebut bapa), sedangkan menderhakai bapaadalah sama dengan menderhakai ibu, di manakedua-duanya adalah antara dosa-dosa besar.

Namun, mungkin disebut ibu keranamenderhakainya adalah lebih keji, atau keranamereka lebih lemah dari bapa.

Menderhakai ibubapa, iaitu menyakiti merekadengan apa jua bentuk tindakan yang bolehmenyakiti mereka:

i. samada sikit atau banyak.

ii. samada mereka melarang atau tidak.

iii. sekalipun dengan melawan mereka dalam apayang mereka suruh atau larang, dengan syarattidak ada unsur maksiat dalam suruhan ataularangan itu.

47Tarbiyah Made Easy!!

Page 48: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

2. Menanam Anak Perempuan Hidup-hidup

Allah SWT juga telah mengharamkan perbuatanmenanam anak perempuan hidup-hidup.

Diceritakan bahawa orang yang pertama sekalimelakukannya adalah Qois bin ‘Ashim at-Tamimi.

Kejadian bermula apabila salah seorang musuhnyatelah menyerangnya lalu menawan seorang anakperempuannya. Kemudian, musuh tersebut telahmemperisterikan anak perempuan Qois.

Selepas itu, berlaku perdamaian antara Qois danmusuhnya, lalu Qois memberi pilihan kepadaanaknya samada kembali kepada bapanya atau kekalbersama suaminya. Anak perempuan Qois memilihuntuk terus bersama suaminya.

Lantaran itu, Qois telah bersumpah akan menanamhidup-hidup setiap anak perempuannya yang bakaldilahirkan. Kemudian, perbuatan ini telah diikutioleh orang Arab.

Di kalangan orang Arab, terdapat satu kelompok lainyang membunuh anak-anak mereka secara mutlak,iaitu samada:

i. kerana terlalu sayang dan kedekutkan harta yangakan berkurangan disebabkan anak-anak itu.

ii. atau kerana mereka tidak mempunyai hartauntuk menyara anak-anak mereka.

48Tarbiyah Made Easy!!

Page 49: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Tindakan mereka telah disebut dalam beberapafirman Allah SWT:

³ ´ µ ¶ ¹¸ º » ½¼

“… dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamukerana (bimbangkan) kefakiran. Kami-lah yangmemberi rezeki kepada kamu dan kepada merekasemua…”

(Al-An’am 6: 151)

ABCDEFGHIJ“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripadamereka tentang kelahiran anak perempuannya,mukanya berubah kehitaman (seperti muka orangyang berdukacita), dalam keadaan susah hatisepenuhnya.

KLMNOPQSRTUVWXY[Z\]^_`

Dia bersembunyi daripada kaumnya kerana (merasamalu disebabkan) berita buruk yang disampaikankepadanya itu (sambil berfikir) adakah dia akanmemelihara anak itu dalam keadaan menanggungkehinaan, atau dia akan menanamnya hidup-hidup didalam tanah? Ketahuilah, sungguh jahat apa yangmereka hukumkan itu.”

(An-Nahl 16: 58-59)

49Tarbiyah Made Easy!!

Page 50: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

= > ? @ A B C DDan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya: “Dengan dosa apakah dia telahdibunuh?”

(At-Takwir 81: 8-9)

Sho’sho’ah bin Najiah at-Tamimi (datuk kepada al-Faradzaq, Hamam bin Gholib bin Sho’sho’ah, seorangpenyair yang terkenal) merupakan orang pertamayang menebus anak perempuan yang hendak ditanamhidup-hidup.

Beliau pergi menemui orang yang hendak melakukanperbuatan itu, lalu menebus anak berkenaan denganharta yang dibelanjakan untuknya.

Al-Faradzaq merujuk kepada perkara ini dalam syairbeliau yang berbunyi:

Datukku yang telah menghalang perempuan-perempuan yang mahu menanam anak merekahidup-hidup.

Dia juga telah menyebabkan anak yang hendakditanam itu terus hidup, lalu tidak ditanam hidup-hidup.

Qois dan Sho’sho’ah terus hidup sehingga merekasempat memeluk Islam dan mendapat status sebagaisahabat Nabi SAW.

50Tarbiyah Made Easy!!

Page 51: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Dalam menanam anak hidup-hidup, terdapat duacara yang pernah dilakukan orang Arab Jahiliyah:

i. Apabila si isteri hampir melahirkan anak, diadisuruh oleh suaminya supaya melahirkan anakdan menanggung kesakitan proses itu, di tepisebuah lubang.

Apabila si isteri melahirkan anak lelaki, isteri ituakan membiarkannya hidup tanpa dibunuh. Tetapijika jika dia melahirkan anak perempuan, diaterus mencapakkan anak itu ke dalam lubang.

ii. Antara orang Arab, ada yang berkata kepadaisterinya apabila anak perempuannya sudahberusia enam tahun;

“Pakaikannya wangi-wangian dan hiaskanlah dia,kerana mahu membawanya pergi menziarahikaum kerabatnya.”

Kemudian si ayah membawa anak perempuannyapergi jauh ke padang pasir sehingga sampai kesebuah perigi. Lalu si ayah berkata kepada anakperempuannya; “Lihatlah ke dalam.”

Dia pun menolak anak itu dari belakangnya danmenimbus telaga tersebut.

51Tarbiyah Made Easy!!

Page 52: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

3. Enggan Memberikan Hak yang Wajib

Allah SWT juga mengharamkan ke atas kamuperbuatan menghalang atau enggan memberikan apayang wajib diberikan kepada orang yang berhak.

4. Menuntut Sesuatu yang Bukan Hak Kamu

Allah SWT juga mengharamkan ke atas kamuperbuatan menuntut sesuatu yang tidak harus kamumengambilnya.

5. Perbuatan Bercakap Perkara Sia-sia dan Mungkar

Adapun orang yang berkata benar, danmenyandarkannya daripada ungkapan seorang yangdipercayai dan bersifat benar, tanpa membawakepada seasuatu yang dilarang, maka tiada sebabuntuk melarang kata-katanya itu.

6. Banyak Bertanya

Allah SWT juga membenci perbutan:

i. Banyak bertanya tanpa sebarang keperluan.ii. Banyak bertanya mengenai persoalan-persoalan

yang tidak perlu ditanya.iii. Banyak bertanya tentang sesuatu ilmu; untuk

menguji, bertengkar dan berdebat.iv. Banyak bertanya tentang hal ehwal orang lain,

tanpa mempedulikan sensitiviti mereka.

52Tarbiyah Made Easy!!

Page 53: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

7. Membazirkan Harta

Allah SWT juga membenci perbuatan membazirkanharta, dengan membelanjakan pada perkara yangtidak diizinkan pada syarak.

Ini kerana Allah SWT menjadikan harta sebagai alatuntuk mencapai segala kebaikan hamba. Oleh itu,pembaziran harta boleh mensia-siakan matlamattersebut.

Ath-Thibi pernah berkata:

“Hadis ini merupakan satu dalil asas untukmengetahui akhlak yang baik. Iaitu dengan mengikutsemua akhlak yang dipuji dan sifat yang cantik.”

(Fathul Bari)

53Tarbiyah Made Easy!!

Page 54: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Teks Hadis 2

:عن أبي بكرة رضي اهللا عنه قال Daripada Abu Bakrah (Nufai’ bin ats-Tsaqafi) radhiallahu

‘anhu katanya:

:قال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم Rasulullah SAW bersabda:

أال أنـبئكم بأكبر الكبائر؟ ثالثا

“Tidakkah kamu mahu aku memberitahu kamu tentangdosa-dosa besar yang paling besar?” Baginda mengulangi

sebanyak tiga kali.

Kalimah Maksud

أال

Tidakkah – ingatlah - ketahuilah.Huruf yang disebut di awal ayat bagimenyerlahkan pendengar tentang apayang akan disebut selepasnya, supayapendengar berpegang dengannya.

رة الكبائر -كبيـ

Dosa besar. Iaitu setiap dosa yang adaamaran yang keras, daripada Al-Quran atau sunnah, sekalipun tidakdikenakan hukum hudud. Dosa dikirabesar berdasarkan kekuatan kesanburuknya & keberatan hukumannya.

54Tarbiyah Made Easy!!

Page 55: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

بأكبر الكبائر

Tentang dosa besar yang paling besar.Tidaklah dimaksudkan pengkhususanbahawa dosa-dosa yang disebutdalam hadis ini sahaja merupakandosa besar yang paling besar.

Sebaliknya, bermaksud: “tentangbeberapa perkara daripada dosabesar yang paling besar.”

بـلى، يا رسول اهللا : قـلناKami pun berkata: “Ya (beritahulah kami) wahai

Rasulullah.”

شراك باهللا، وعقوق الوالدين، : قال اإلBaginda bersabda: “Iaitu menyekutukan sesuatu dengan

Allah, dan menderhakai ibubapa.”

: وكان متكئا فجلس فـقال Asalnya baginda sedang bersandar, lalu baginda duduk

dan bersabda:

أال وقـول الزور، وشهادة الزور،“Ketahuilah, begitu juga bercakap dusta,

dan bersaksi dusta.”

55Tarbiyah Made Easy!!

Page 56: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Kalimah Maksud

الزور

Menyifatkan sesuatu bertentangan denganhakikat sebenarnya. Ini termasuklahpendustaan, kebatilan, penyaksian dustadan perbuatan dusta.

Contoh perbuatan dusta adalah sepertiperbuatan baik yang dilakukan oleh orangriya’ dan orang munafik.

شهادة الزور

Penyaksian secara dusta. Menurutpendapat Al-Qurthubi ialah penyaksiansecara dusta untuk mencapai tujuan yangsalah; seperti membunuh, mengambilharta, menghalalkan sesuatu yang haramdan mengharamkan sesuatu yang halal.

ال يسكت : فما زال يـقولها حتى قـلت Baginda terus menerus berkata demikian sehingga aku

berkata: “Baginda tidak akan diam.”

رواه البخاري ومسلم Riwayat Bukhari dan Muslim.

56Tarbiyah Made Easy!!

Page 57: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Huraian Hadis 2:

1. Dosa-dosa Besar yang Paling Besar

Telah sahih bahawa beberapa perkara lain yangtidak disebutkan dalam hadis ini, merupakan antaradosa-dosa besar yang paling besar, seperti:

i. Membunuh orang yang Allah SWT haramkanpembunuhannya melainkan dengan sebab yangdibenarkan.

ii. Berzina dengan isteri jiran.iii. Buruk sangka terhadap Allah SWT.

Seperti kebiasaannya, baginda SAW mengulangisesuatu sebanyak tiga kali untuk menguatkan apayang hendak disampaikan.

Ini bertujuan untuk menyedarkan pendengar agarmenghadirkan hati dan kefahamannya kepada halyang akan disebutkan.

57Tarbiyah Made Easy!!

Page 58: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

2. Menyekutukan Sesuatu dengan Allah SWT

Maksudnya:

i. Menyekutukan sesuatu dengan Allah Azza wajalladalam ketuhanan dan ibadah.

ii. Atau kekufuran secara mutlak, dalam apa juabentuk samada syirik, murtad atau lainnya. Inilahmaksud hadis ini.

Seandainya yang dimaksudkan ialah makna yangpertama, maka syirik dihukum sebagai jenis kufuryang paling besar.

Tidak diragui bahawa at-Ta’thil (menafikankewujudan Allah atau Tuhan secara keseluruhannyaseperti golongan Ateis) itu lebih buruk dan lebihteruk daripada syirik.

Ini kerana at-Ta’thil merupakan penafian secaramutlak, sedangkan syirik pula masih ada penyabitkandan pengakuan tentang kewujudan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

r s t u v w x y z { | } ¨ § ¦ ¥ ¤ £ ¢ ¡ ~ے

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkandosa menyekutukan sesuatu dengan-Nya. Diamengampunkan dosa-dosa yang lain daripada dosa…

58Tarbiyah Made Easy!!

Page 59: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

…syirik itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki.Sesiapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah,maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yangbesar.”

(An-Nisa’ 4: 48)

3. Menderhakai Ibubapa

Perbuatan ‘Uququl Waalidain (menderhakai ibubapa)adalah lawan kepada Birrul Waalidain (mentaati danberbuat baik kepada kedua ibubapa).

Tindakan menderhakai ibubapa (yang bukan dengansebab mentaati Allah SWT) begitu juga tindakanmenyakiti mereka, dikira satu penderhakaan kepadaibubapa.

4. Bercakap Dusta dan Bersaksi Dusta

Selain syirik kepada Allah SWT, tidak ada mana-manadosa besar lain yang lebih besar bahayanya dan lebihbanyak kerosakannya berbanding penyaksian dustatersebut.

Kerana inilah baginda SAW terus menerus menyebutkata-kata ini; “Ketahuilah begitu juga bercakapdusta dan bersaksi dusta.”

Sehingga para Sahabat RA yang sedang mendengarsabda baginda berkata, “Semoga baginda diam(berhenti daripada mengulanginya).”

59Tarbiyah Made Easy!!

Page 60: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Mereka berharap Rasulullah SAW diam, mungkinkerana kasihan kepada baginda disebabkanketidakselesaan yang mereka lihat pada bagindasemasa mengulangi kata-kata itu.

Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi SAWmemandang berat kepada tindakan bersaksi secaradusta. Baginda juga menampakkan keburukantindakan itu melalui tiga perkara:

i. Duduk. Sebelum itu, baginda SAW bersandar.

ii. Memulakan ayat dengan perkataan (أال ) yangmenyedarkan dan memberi peringatan kepadapendengar. Ia juga menunjukkan orang yangbercakap itu memberi tumpuan kepada parapendengarnya.

iii. Mengulangi ayat yang sama sebanyak dua kali,bahkan dalam riwayat lain sebanyak tiga kali.

Nabi SAW mengambil berat tentang penyaksiandusta, dan menimbulkan kebencian manusiakepadanya supaya manusia berusaha dengan penuhkesedaran untuk menjauhi dan mengelakkannya,agar mereka selamat.

Ini kerana ia lebih mudah dilakukan oleh manusiaberbanding dua dosa lain tersebut, iaitumensyirikkan Allah SWT dan menderhakai ibubapa.

60Tarbiyah Made Easy!!

Page 61: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Selain itu, manusia lebih banyak bersikap ambilmudah dengannya. Kesan buruk daripadanya jugalebih mudah berlaku.

Sementara bercakap dusta pula, terdapat banyakdorongan untuk melakukannya. Lantaran itu, eloksangatlah diambil berat tentang memberi amarankepada manusia mengenai perbuatan ini supayamereka menjauhinya.

Disunatkan mengulangi peringatan sebanyak tiga kaliagar ia dapat difahami, seperti yang diteladankan olehRasulullah SAW.

Pemberi peringatan digalakkan menunjukkan reaksisemasa menyampaikan peringatan supaya ia lebihberkesan untuk difahami dan lebih berkesan dalammelarang sesuatu perkara.

Betapa besarnya dosa penyaksian secara dusta, ekoranpelbagai keburukan yang timbul daripadanya.

Menyekutukan Allah SWT merupakan salah satudaripada dosa-dosa besar yang terbesar.

Menderhakai kedua ibubapa juga merupakan salah satudaripada dosa-dosa besar yang terbesar.

61Tarbiyah Made Easy!!

Apakah pengajaran berguna untuk kitayang boleh didapati daripada hadis ini?

Page 62: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawiseperti berikut:

1. Tidak menderhakai kedua ibubapa.2. Bertawakkal kepada Allah SWT dalam mencari rezeki,

khususnya bagi menyara kehidupan anak-anak.3. Tidak menuntut sesuatu yang bukan hak kita, dan tidak

menghalang orang lain daripada mendapatkan haknya.4. Tidak bertanya soalan-soalan yang tidak berfaedah.5. Tidak membelanjakan harta kepada perkara yang tidak

bermanfaat.6. Menjaga diri daripada menyekutukan Allah SWT.7. Tidak menceritakan tentang suatu perbuatan atau

kata-kata melainkan setelah ia boleh dipercayai.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

62Tarbiyah Made Easy!!

Page 63: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Objektif Bab:

Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataandalam hadis-hadis yang mulia ini.

2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawidaripada hadis-hadis ini.

Objektif Hadis 1 & 2:

1. Menerangkan sebab pengharaman perbuatanmenderhakai ibubapa.

2. Menjelaskan maksud menanam anakperempuan; siapa melakukannya & mengapa.

3. Menyatakan maksud “enggan memberikan hakyang wajib” & “menuntut sesuatu yang bukanhak kamu”.

4. Menjelaskan sebab Allah SWT tidak menyukaibanyak bercakap perkara sia-sia atau mungkar,banyak bertanya & membazirkan harta.

5. Menerangkan sebab Nabi SAW mengulangiperingatan tentang penyaksian palsu sebanyaktiga kali.

BAB 6: “SILATURRAHIM”

Page 64: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Teks Hadis 1: Amalan Membawa ke Syurga

.عن أبي أيوب األنصاري رضي اهللا عنه Daripada Abu Ayyub al-Ansori (nama sebenar beliau Khalid bin

Zaid) radhiallahu ‘anhu,

يا رسول اهللا، أخبرني بعمل يدخلني الجنة : أن رجال قال Bahawa seorang lelaki telah berkata, “Wahai Rasulullah,

beritahulah kepadaku tentang amalan yang akan memasukkanaku ke dalam syurga.”

ما له ؟ ما له ؟ : فـقال القوم

Lalu orang ramai pun berkata, “Apakah halnya? Apakahhalnya?”

.أرب ما له : فـقال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم

Rasulullah SAW pun bersabda, “Dia ada satu hajat yang besar.”

تـعبد اهللا ال تشرك به شيئا،: فـقال النبي صلى اهللا عليه وسلم Nabi SAW bersabda lagi, “Kamu menyembah Allah tanpa

menyekutukan sesuatu dengan-Nya,”

.وتقيم الصالة، وتـؤتي الزكاة، وتصل الرحم “Kamu mendirikan solat, menunaikan zakat dan menghubung

silaturrahim.”

رواه البخاري Riwayat Bukhari

64Tarbiyah Made Easy!!

Page 65: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Huraian Hadis 1:

1. Seorang Lelaki Bertanya

Dikatakan bahawa Abu Ayyub radhiallahu ‘anhu,iaitu periwayat hadis ini sendiri yang bertanya.Tindakan tidak menyatakan dirinya tidaklah salah,mungkin beliau ada tujuan tertentu.

Ada juga yang berkata lelaki tersebut ialah Ibnu al-Muntafiq , atau nama sebenarnya ialah Laqith binShobirah radhiallahu ‘anhu.

2. Apakah Halnya? Apakah Halnya?

Orang ramai mengulang pertanyaan tersebutsebanyak dua kali untuk menguatkan persoalantersebut.

Lalu Rasulullah SAW mengatakan bahawa lelakitersebut mempunyai suatu hajat.

Kemudian baginda SAW bersabda kepada lelakitersebut untuk memberitahu tentang amalan-amalanyang dipinta.

65Tarbiyah Made Easy!!

Page 66: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

3. Menyembah Allah SWT Tanpa Menyekutukan-Nya

4. Mendirikan Solat

‘Athof (penggandingan) solat dan amalan-amalanyang disebut selepasnya kepada perkara yangdisebutkan sebelumnya (iaitu ibadah kepada Allahtanpa syirik) adalah berbentuk ‘athof perkara khususke atas perkara umum.

Ini kerana ibadah mencakupi semua amalan yangdisebutkan seterusnya itu (solat, zakat danmenghubung silaturrahim).

5. Menunaikan Zakat

Iaitu zakat yang wajib. Buktinya, perintah inidigandingkan dengan solat.

6. Menghubung Silaturrahim

Al-Qurthubi berkata:

“Ar-Rahim” ialah satu kata nama bagi semua kaumkeluarga, tanpa dibezakan antara yang mahramdengan yang bukan mahram.

Maksudnya berbuat baik kepada kaum kerabatmumengikut kemampuan, berdasarkan keadaanmu dankeadaan mereka seperti:

66Tarbiyah Made Easy!!

Page 67: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

i. Memberi salamii. Ziarahiii. Memberi sumbanganiv. Kepatuhanv. Menolong untuk mencapai hajat yang halalvi. Menolak bahaya dan seumpamanya

Maksud yang mencakupi dalam pengertianSilaturrahim ialah menyampaikan apa sahajakebaikan yang termampu (kepada kaum kerabat) danmenolak apa sahaja keburukan mengikutkemampuan (daripada mereka).

67Tarbiyah Made Easy!!

Page 68: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Teks Hadis 2: Dosa Memutuskan Silaturrahim

عن جبـير بن مطعم رضي اهللا عنه،Daripada Jubair bin Muth’im radhiallahu ‘anhu

:عن رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم قال Daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:

.ال يدخل الجنة قاطع رحم “Tidak memasuki jannah orang yang memutuskan

silaturrahim.”

رواه البخاري ومسلم وأبـو داود والتـرمذي Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Tirmidzi

Tentang Periwayat

Jubair bin Muth’im bin ‘Adiy radhiallahu ‘anhumerupakan salah seorang daripada pakar nasabkaum Quraisy dan bangsa Arab seluruhnya.

Bapanya, Muth’im bin ‘Adiy sangat berjasa kepadaRasulullah SAW, kerana telah memberiperlindungan kepada baginda semasa pulangberdakwah dari Thoif.

68Tarbiyah Made Easy!!

Page 69: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Beliau memeluk Islam dalam tempoh di antaraPerjanjian Hudaibiyah dengan Fathu Makkah.

Beliau merupakan seorang yang lemah lembut,penyabar, sopan dan bersifat tenang. Beliaumeninggal dunia pada zaman pemerintahan KhalifahMu’awiyah radhiallahu ‘anhu.

Huraian Hadis 2:

1. Jannah Tidak akan Dimasuki

Iaitu syurga yang disediakan Allah SWT buat parahamba-Nya yang soleh di akhirat kelak.

2. Pemutus Silaturrahim

Iaitu pemutus hubungan kekerabatan dankekeluargaan.

Maksudnya, pemutus silaturrahim tidak akanmemasuki syurga awal-awal, bersama golongan yangdahulu memasukinya. Ini sekiranya dia tidakmenghalalkan perbuatan memutus silaturrahim itu.

69Tarbiyah Made Easy!!

Page 70: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Orang yang menganggap perbuatan itu halal, tanpasebarang sebab dan kekeliruan, padahal diamengetahui pengharaman perbuatan itu, maka diaberhak tidak memasuki syurga selama-lamanya.

Sebabnya mengikut syarak dia dihukum murtad(keluar dari Islam), kerana telah menghalalkansesuatu perkara agama yang diketahui tentangpengharamannya secara dhorurah (secara mudahtanpa perlu difikir dan dikaji dengan mendalam).

Antara perkara-perkara agama yang diketahuitentang pengharamannya secara dhorurah adalahperbuatan memutuskan silaturrahim.

70Tarbiyah Made Easy!!

Page 71: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Teks Hadis 3: Kemurahan Rezeki dengan Sebab Silaturrahim

،عن أنس بن مالك رضي اهللا عنه Daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu,

:أن رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم قال Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

،من أحب أن يـبسط له في رزقه ، ويـنسأ له في أثره “Sesiapa yang suka (dan ingin) dimurahkan rezeki

untuknya, serta dilewatkan ajal untuknya,”

.فـليصل رحمه “…maka hendaklah dia menghubung silaturrahimnya.”

رواه البخاري ومسلم Riwayat Bukhari dan Muslim

71Tarbiyah Made Easy!!

Page 72: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Huraian Hadis 3:

1. Sesiapa yang Suka Dimurahkan Rezekinya

Maksudnya sesiapa yang ingin supaya diperluaskan,dimewahkan dan dimurahkan rezekinya.

2. Dilewatkan Ajalnya

Maksudnya dilewatkan atau ditangguhkan padaajalnya.

Namun, sudah dimaklumi dengan jelas bahawa ajaltidak akan ditangguh.

Firman Allah SWT:

¹ º » ¼ ½ ¾ À¿ “Allah tidak akan menangguhkan kematian sesuatuyang bernyawa (samada manusia atau lainnya)apabila ajalnya telah sampai...”

(al-Munafiqun 63: 11)

72Tarbiyah Made Easy!!

Page 73: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Oleh itu, maksud ajal dilewatkan dalam hadis iniialah sebutan dan pujian yang baik kepada orangyang menghubungkan silaturrahim itu berkekalanselepas sampai ajal dan kematiannya. Seolah-olahdia belum mati.

Boleh jadi sebutan yang baik itu disebabkan oleh:

i. Ilmu yang boleh dimanfaatkan, atauii. Sedekah jariah (yang berkekalan manfaatnya,

seperti wakaf dsb.), atauiii. Anak soleh yang berdoa untuknya.

At-Thobrani meriwayatkan daripada Abu Darda’radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Disebut di sisi Rasulullah SAW bahawa sesiapa yangmenghubung silaturrahimnya, ajalnya akanditangguhkan untuknya.

Lalu Baginda SAW bersabda: “Ia bukanlah tambahanpada umurnya, kerana Allah Taala telah berfirman:

r s t u v xw y z {“…Maka apabila ajal telah datang, mereka tidakakan dapat menangguhnya (walaupun) satu detik,dan tidak dapat mendahulukannya.”

(al-A’raf 7: 34)

Tetapi seseorang lelaki itu mempunyai zuriat yangsoleh, yang berdoa untuknya selepas kematiannya.

73Tarbiyah Made Easy!!

Page 74: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

3. Hendaklah Menghubungkan Silaturrahim

Iaitu menjalin hubungan dengan kerabatnya melaluiberbuat baik kepada mereka dengan harta, khidmatatau seumpamanya.

Semoga dengan silaturrahim ini menjadi sebabkepada mereka mendapat taufiq untuk melakukanketaatan dan dipelihara daripada maksiat.

Ekoran daripada itu, akan lahir sebutan dan pujianyang kepadanya selepas kematiannya yangmerupakan umur kedua baginya.

Hadis pertama membuktikan kelebihan menghubungsilaturrahim atau hubungan kekeluargaan antara kaumkerabat.

Hadis kedua merupakan bukti jelas tentang dosa orangyang memutuskan silaturrahim atau hubungankekeluargaan.

Hadis ketiga menunjukkan bahawa menghubungsilaturrahim adalah satu sebab kepada rezekidimurahkan.

74Tarbiyah Made Easy!!

Apakah pengajaran berguna untuk kitayang boleh didapati daripada hadis-hadis dalam ini?

Page 75: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Juga pujian yang baik akan mendorong orang yangmasih hidup untuk memohon rahmat Allah dan doayang baik untuk si mati.

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawiseperti berikut:

1. Berusaha mengjaga dan mengeratkan hubungansilaturrahim.

2. Menghindar sebarang sikap atau perbuatan yang bolehmemutuskan silaturrahim.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

75Tarbiyah Made Easy!!

Page 76: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Objektif Bab:

Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataandalam hadis-hadis yang mulia ini.

2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawidaripada hadis-hadis ini.

Objektif Hadis-hadis di bahagian A, B & C:

1. Menerangkan tentang keperluan menghubungsilaturrahim.

2. Menjelaskan tentang balasan terhadap orangyang menghubung & memutuskan silaturrahim.

3. Menerangkan bahawa penghubung silaturrahimbukanlah orang yang membalas layanankerabatnya, tetapi menghubung silaturrahimdengan kerabat yang memutuskannya.

4. Menyatakan bahawa sesiapa yang menghubungsilaturrahim semasa Jahiliyah, kemudianmemeluk Islam, dia diberi pahala atasperbuatannya itu semasa Jahiliyah.

BAB 7: “SILATURRAHIM (II)”

Page 77: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Bahagian A: Pemutus dan Penghubung Silaturrahim

Teks Hadis A (1)

عن أبي هريـرة رضي اهللا عنه،Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,

عن النبي صلى اهللا عليه وسلم قال Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

هم ،إن اهللا خلق الخلق، حتى إذا فـرغ منـSesungguhnya Allah SWT telah mencipta makhluk

sehingga apabila Dia telah selesai mencipta mereka,

عة : فـقالت ،قامت الرحم هذا مقام العائذ بك من القطيـRahim pun bangkit, lalu berkata: “(Keadaan berdiriku) ini adalah keadaan berdirinya orang yang berlindungan

dengan-Mu daripada perbuatan memutuskansilaturrahim.”

،أما تـرضين أن أصل من وصلك . نـعم : قال Allah SWT pun menjawab, “Ya. Adakah kamu tidak redhaAku menyambung orang yang menghubungkan kamu…”

وأقطع من قطعك؟“… dan Aku memutuskan orang yang memutuskan kamu?”

77Tarbiyah Made Easy!!

Page 78: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

فـهو لك : قال . بـلى، يا رب : قالت Rahim pun menjawab, “Ya, (aku redha) wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Maka perkara itu adalah untuk kamu.”

اقـرؤا إن شئتم : قال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم : قال Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata lagi, seterusnyaRasulullah SAW bersabda, Jika kamu mahu, bacalah (ayat

Muhammad 47: 22-23 ini):

N O P Q R S T U V W X

Jika kamu memegang kuasa pemerintahan (atau kamuberpaling daripada perintah Allah), maka dibimbangikamu akan melakukan kerosakan di bumi (denganmelakukan maksiat) dan memutuskan silaturrahimantara kamu.

Y Z [ \ ] ^ _ `Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah, laluAllah menulikan telinga mereka (sehingga tidak dapatmendengar kebenaran) dan membutakan mata mereka(sehingga mereka tidak mendengar kebenaran).

رواه البخاري Riwayat Bukhari

78Tarbiyah Made Easy!!

Page 79: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Huraian Hadis A (1):

1. Allah Telah Menciptakan Makhluk

Allah SWT mengada dan mencipta mereka daripadatiada, dengan kebijaksanaan dan kuasa-Nya.

2. Sehingga Apabila Dia telah Selesai Mencipta Mereka

Ini bukan bermaksud Allah SWT sibuk denganpenciptaan makhluk, kemudian Dia selesai daripadakesibukan itu.

Maha tinggi Allah SWT daripada apa yang disangkaoleh golongan yang salah faham tentang sifat-Nya.Sebaliknya ini bermaksud; Allah SWT telahmenyempurnakan penciptaan-Nya.

Firman Allah SWT:

¼½¾¿ÀÁÂÃÄÅÆSesungguhnya urusan dan perintah-Nya – apabila Diamahukan sesuatu itu. “Jadilah,” lalu ia terjadi(mengikut kehendak dan kuasa-Nya).

(Yaasin 36 : 82)

79Tarbiyah Made Easy!!

Page 80: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

3. Rahim Pun Bangkit

Maksudnya, hubungan kekeluargaan pun bangun:

i. Samada secara hakiki ia menjelma sebagai suatulembaga, atau

ii. Satu malaikat bangun untuk bercakap bagi pihakRahim itu.

Keadaan berdirinya Rahim itu adalah seperti keadaanberdirinya orang yang berlindung dengan Allah SWTdaripada perbuatan memutuskan silaturrahim.

4. Soal Jawab Allah SWT dengan Rahim

Allah SWT bertanya kepada Rahim,

“Adakah kamu tidak redha Aku menyambung(maksudnya: berlemah lembut dan merahmati) orangyang menghubungkan kamu, dan Aku memutuskan(maksudnya: tidak merahmati) orang yangmemutuskan kamu?”

Rahim pun menjawab bahawa ia redha dengan haltersebut. Lalu Allah SWT berfiman, “Maka ia adalahuntuk kamu.”

Maksudnya: Akan Allah laksanakan dan tunaikan haltersebut untuk Rahim.

80Tarbiyah Made Easy!!

Page 81: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

5. Bukti daripada Al-Quran

Rasulullah SAW bersabda bahawa jika kamu mahubukti tentang perkara tersebut, bacalah ayat-ayatdaripada surah Muhammad 47, ayat 22 & 23.

Ayat 22:Jika kamu memegang kuasa pemerintahan (ataukamu berpaling daripada perintah Allah), makadibimbangi kamu akan melakukan kerosakan di bumi(dengan melakukan maksiat) dan memutuskansilaturrahim antara kamu.

Ayat 23:Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah,lalu Allah menulikan telinga mereka (sehingga tidakdapat mendengar kebenaran) dan membutakan matamereka (sehingga mereka tidak mendengarkebenaran).

81Tarbiyah Made Easy!!

Page 82: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Teks Hadis A (2)

رة رضي اهللا عنه، عن عن أبي هريـDaripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,

:عن النبي صلى اهللا عليه وسلم قال Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

،الرحم شجنة من الرحمن Rahim (hubungan kerabat) itu umpama akar pokok,

daripada nama ar-Rahmaan.

من وصلك وصلته، : فـقال اهللاLalu Allah berfirman, “Sesiapa yang menghubungkan

kamu, Aku akan menghubungnya…”

.ومن قطعك قطعته

“… dan sesiapa yang memutuskan kamu, aku akanmemutuskannya.”

رواه البخاري Riwayat Bukhari

82Tarbiyah Made Easy!!

Page 83: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Huraian Hadis A (2):

1. Rahim itu Umpama Akar Pokok

Dari segi bahasa Sijnatun bererti akar-akar pokokyang saling bertaut.

Maksud dalam hadis ini; Rahim adalah hubungankerabat yang saling bertaut ibarat akar-akar pokokyang saling bermasukan dan dahan-dahan yangsaling bertautan.

Rahim merupakan satu daripada kesan-kesan rahmatAllah SWT. Ia juga bertaut dengan rahmat-Nya.

2. Daripada Nama Ar-Rahmaan

Maksudnya; Rahim itu diambil bersempena salahsatu nama Allah SWT iaitu, Ar-Rahmaan.

Daripada Abdul Rahman bin ‘Auf RA, daripadaRasulullah SAW, dalam apa yang Baginda riwayatkandaripada Tuhannya; Allah ‘Azza wa Jalla berfirman(yang bermaksud):

“Aku adalah ar-Rahmaan (Yang Maha Pengasihani).Aku telah mencipta rahim, dan Aku ambil satunama untuknya daripada nama-Ku…”

83Tarbiyah Made Easy!!

Page 84: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

3. Lalu Allah Berfirman

Huruf fa’ (pada faqaalallah) adalah ‘athof kepadasatu ayat yang dibuang daripada percakapan, iaitu:

Lalu Rahim berkata: “Keadaan berdiriku ini adalahkeadaan berdirinya orang yang berlindung dengan-Mu daripada perbuatan memutuskan silaturrahim.”

4. Sesiapa yang Memutus & Menghubungkan Silaturrahim

Lalu Allah berfirman:

“Sesiapa yang menghubungkan kamu, Aku akanmenghubungnya (iaitu ihsan-Nya yang besar kepadahamba-Nya).”

“Sesiapa yang memutuskan kamu, Aku akanmemutusnya (iaitu menghalang hamba itu daripadamendapat ihsan-Nya).”

Menurut Imam al-Qurthubi:

Silaturrahim yang wajib dihubungkan ada (dua jenis,iaitu): Umum dan Khusus.

Umum; ialah silaturrahim seagama. Ia perludihubungi melalui saling:

i. berkasih sayang,ii. nasihat menasihati,

84Tarbiyah Made Easy!!

Page 85: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

iii. bersifat adil & saksamaiv. menunaikan hak-hak yang wajib & sunat

(seperti penuhi jemputan & sampaikan salam).

Khusus; ialah silaturrahim yang perlu dihubungkandengan semua perkara di atas, di samping:

i. memberi nafkah kepada saudara terdekat,ii. mengambil berat tentang mereka, daniii. memaafkan kesalahan mereka.

85Tarbiyah Made Easy!!

Page 86: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Teks Hadis A (3)

:عن عمرو بن العاص رضي اهللا عنه، قال Daripada ‘Amru bin al-‘Ash radhiallahu ‘anhu, beliau

berkata:

ر سر يـقول :سمعت النبي صلى اهللا عليه وسلم جهارا ، غيـAku telah mendengar Nabi SAW dengan jelas, bukan

secara rahsia, bersabda:

إن آل أبي فالن ليسوا بأوليائي، “Sesungguhnya keluarga Abu Fulan bukanlah penolong

dan kekasihku.”

،إنما وليي اهللا، وصالح المؤمنين “Sesungguhnya penolong dan kekasihku ialah Allah dan

orang beriman yang soleh.”

ولكن لهم رحم، أبـلها بباللها“Tetapi keluarga Abu Fulan itu mempunyai hubungan

rahim (denganku), yang aku hubungkandengan cara yang baik.”

رواه البخاري ومسلم Riwayat Bukhari dan Muslim

86Tarbiyah Made Easy!!

Page 87: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Periwayat Hadis:

‘Amru bin al-‘Ash radhiallahu ‘anhu merupakanpemimpin bala tentera Islam yang telah berjayamembuka Mesir.

Beliau dilantik sebagai gebenor Mesir pada zaman Umarradhiallahu ‘anhu.

Huraian Hadis A (3):

1. Dengan Jelas, Bukan Secara Rahsia

Beliau berkata, “Aku telah mendengar Nabi SAWdengan jelas, bukan secara rahsia.”

Ini adalah untuk menguatkan percakapan, bagimenghilangkan sangkaan bahawa sesekali Nabi SAWbersabda demikian dengan jelas, dan sesekalimenyembunyikannya.

Maksudnya: Baginda tidak langsung bersabdademikian secara rahsia, bahkan dengan jelas danmenghebahkannya.

87Tarbiyah Made Easy!!

Page 88: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

2. Sesungguhnya Keluarga Abu Fulan

Fulan adalah kiasan kepada sesuatu nama khas.

Yang dimaksudkan di sini ialah keluarga Abu Tholib,atau keluarga Abu al-‘Ash bin Umayyah, iaitusesiapa yang tidak memeluk Islam di kalanganmereka, bukan daripada orang beriman yang soleh.

Imam Nawawi berkata:

“Kiasan ini dilakukan oleh sesetengah perawi hadisini. Dia bimbang untuk menyebut nama sebenardengan jelas, lalu mengakibatkan kesan buruk,samada kepada dirinya sendiri, atau kepada oranglain, atau kepada kedua-duanya sekali.”

Sesungguhnya, keluarga mereka ini bukanlahpenolong dan kekasih Nabi SAW.

3. Wali (Penolong & Kekasih) ku

Nabi SAW menyatakan bahawa penolong dankekasihnya dalam semua urusan adalah Allah SWTdan orang beriman yang soleh (bersifat ihsan danberamal soleh).

4. Tetapi Mereka Punya Hubungan Rahim Denganku

Iaitu keluarga Abu Fulan itu mempunyai hubungankekerabatan dengan Baginda SAW.

88Tarbiyah Made Easy!!

Page 89: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

5. Aku Hubungkan dengan Cara yang Baik

Nabi SAW telah membandingkan hubungan rahimdengan tanah:

i. Apabila tanah dibasahkan dengan air sebaik-baiknya; ia akan berbunga dan berbuah, sertakesan kesuburan boleh dilihat pada buah-buahannya.

ii. Jika tanah itu dibiarkan tanpa disiram, ia akanmenjadi kering kontang.

Begitulah juga dengan silaturrahim:

i. Apabila dihubungkan, ia akan membuahkankasih-sayang dan keheningan.

ii. Jika tidak dihubungkan, ia hanya membuahkanpermusuhan, pemutusan silaturrahim dankebencian.

Kalimah Maksud

بـله Membasahkannya. Iaitu membasahkan(menghubung) rahimnya.

البالل -البل Sesuatu yang membasahkankerongkong seperti air & susu. Iaitumembasahkan hubungan kekerabatandengan cara menghubung silaturrahim.

أبـلها بباللهاMaksudnya; “Aku hubungkan pertaliankerabat itu dengan cara yang baik.”

89Tarbiyah Made Easy!!

Page 90: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Dalam sebuah hadis, daripada Anas radhiallahu‘anhu, disebutkan:

بـلوا أرحامكم، ولو بالسالم “Basahkan (jalinkan) hubungan rahim kamu,walaupun hanya dengan mengucap salam”.

(Riwayat al-Bazzar)

Pengarang kitab Syarhu al-Misykah berkata:

“Makna hadis ini ialah aku tidak menjadikanseseorang sebagai penolong dan kekasih berdasarkanhubungan kerabat.

Sesungguhnya aku mengasihi Allah SWT kerana Diamempunyai hak yang wajib ke atas para hamba-Nya.Aku mengasihi orang beriman yang soleh keranaAllah semata-mata.

Aku menjadikan seseorang sebagai penolong dankekasih, berdasarkan keimanan dan kesolehan,samada dia mempunyai hubungan kerabat dengankuatau tidak.

Walaupun begitu, aku tetap memelihara hak kaumkerabat, dengan cara menghubungkan silaturrahim.”

90Tarbiyah Made Easy!!

Page 91: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Hadis pertama menunjukkan betapa besarnya pahalamenghubung silaturrahim, dan betapa teruknya balasanjika memutuskannya.

Hadis kedua menunjukkan betapa tingginya kedudukansilaturrahim, besarnya pahala menghubungkannya danburuknya balasan memutuskannya.

Hadis ketiga menunjukkan bahawa wali (penolong &kekasih) bagi mukmin hanyalah Allah SWT dan orangberiman yang soleh. Namun, dia tidak memutuskansilaturrahim dengan kerabat yang bukan Islam.

91Tarbiyah Made Easy!!

Apakah pengajaran berguna untuk kitayang boleh didapati daripada hadis-hadis di dalam bahagian A ini?

Page 92: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Bahagian B: Penghubung Silaturrahim Bukanlah Orang yang

Membalas Layanan Saudaranya

هما، عن عبد اهللا بن عمرو بن العاص رضي اهللا عنـDaripada ‘Abdullah bin ‘Amru ni al-‘Ash

radhiallahu ‘anhuma

:عن النبي صلى اهللا عليه وسلم قال Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

ليس الواصل بالمكافئ،“Penyambung silaturrahim itu bukanlah orang yang

membalas layanan saudaranya.”

ولكن الواصل الذي إذا قطعت رحمه وصلها“Tetapi penyambung silaturrahim ialah orang yang

apabila hubungannya diputuskan, dia akanmenyambungnya.”

رواه أحمد والبخاري وأبـو داود والترمذي والنسائي Riwayat Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud,

at-Tirmidzi & an-Nasa’I

Teks Hadis B

92Tarbiyah Made Easy!!

Page 93: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Huraian Hadis B:

1. Penyambung Silaturrahim Bukanlah Orang yangMembalas Layanan Saudaranya

Iaitu orang yang membalas saudaranya seumpamatindakan saudaranya itu kepadanya. Ini dinamakanpertukaran.

Maksudnya; penghubung silaturrahim yangsempurna (bukanlah seperti itu), kerana perbuatanmembalas layanan yang diterima masih merupakansatu bentuk silaturrahim (tetapi ia tidaksempurna), sekalipun ia berbentuk pertukaran.

2. Orang yang Apabila Hubungan Diputuskan, Dia akanMenyambungnya

IniIah bentuk penghubung silaturrahim yangsempurna seperti yang di

93Tarbiyah Made Easy!!

Page 94: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Oleh demikian, manusia terbahagi kepada tigagolongan dalam bersilaturrahim:

Jenis-jenis Maksud

واصل Orang yang menghubungkansilaturrahim. Iaitu orang yangberbudi kepada kaum kerabat,tanpa mereka berbudi kepadanya.

مكافئ Orang yang membalas layanansaudaranya. Iaitu orang yang tidakmemberi lebih daripada apa yangdia perolehi.

قاطع

Orang yang memutuskansilaturrahim. Iaitu orang yangkaum kerabatnya berbudikepadanya, tetapi dia tidakberbudi kepada mereka.

94Tarbiyah Made Easy!!

Page 95: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Bahagian C: Orang yang Menghubung Silaturrahim Semasa Syirik,

Kemudian Dia Memeluk Islam

:عن حكيم بن حزام رضي اهللا عنه، قال Daripada Hakim bin Hizam radhiallahu ‘anhu, beliau

telah berkata:

،يا رسول اهللا، أرأيت أمورا كنت أتحنث بها في الجاهلية “Ya Rasulullah, beritahulah kepadaku tentang perkara-

perkara yang pernah aku beribadah denganmelakukannya semasa Jahiliyah (sebelum Islam)…”

ها من أجر؟ من صلة وعتاقة وصدقة، هل فيـ“…seperti menghubung silaturrahim, memerdekakanhamba dan bersedekah. Adakah aku masih mendapat

apa-apa pahala dalam semua amalan itu?”

:قال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم : قال حكيم Hakim berkata lagi; Rasulullah SAW pun bersabda:

.أسلمت على ما سلف من خير “Kamu telah memeluk Islam dalam keadaan (diterima)

segala kebaikan yang telah lalu.”

رواه البخاري Riwayat al-Bukhari

Teks Hadis C

95Tarbiyah Made Easy!!

Page 96: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Periwayat Hadis:

Hakim bin Hazim al-Asadi al-Makki radhiallahu ‘anhudilahirkan di dalam Kaabah, berdasarkan cerita olehaz-Zubair bin Bakkar.

Beliau adalah anak saudara kepada Ummu al-Mukminin,Khadijah radhiallahu ‘anha.

Beliau meninggal pada tahun 60H, setelah hidup selama120 tahun. Separuh usianya semasa Jahiliyah, danseparuh lagi sesudah memeluk Islam.

Setelah keislamannya, beliau mengerjakan haji denganmembawa seratus ekor unta untuk dikorbankan.

Beliau juga berwuquf di ‘Arafah bersama 100 oranghamba yang di leher mereka terdapat gelung perakyang terukir:

“Dimerdekakan kerana Allah oleh Hazim bin Hizam.”

Selain itu, beliau mengorbankan seribu ekor kambingpada musim haji tersebut.

96Tarbiyah Made Easy!!

Page 97: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Huraian Hadis C:

1. Perkara-perkara yang Aku Beribadah denganMelakukannya Semasa Jahiliyah

Hazim bin Hizam radhiallahu ‘anhu bertanyakepada Rasulullah SAW berkenaan perkara-perkarayang pernah dilakukannya sebagai ibadah sebelumkeislamannya.

Adakah beliau masih mendapat pahala daripadaperbuatannya yang suka:

i. menghubung silaturrahim,ii. memerdekakan hamba (semasa sebelum Islam,

beliau telah memerdekakann 100 hamba),iii. bersedekah

2. Kamu telah Memeluk Islam dalam Keadaan (Diterima)Segala Kebaikan yang Telah Lalu

Jawapan Rasulullah SAW ini bermaksud;

Pahala amalan-amalan yang telah lalu itu dituliskanuntuknya selepas memeluk Islam, iaitu sebagailimpah kurnia daripada Allah SWT.

97Tarbiyah Made Easy!!

Page 98: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Hal ini diperkuatkan oleh hadis yang diriwayatkanoleh al-Daraquthni, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda:

“Apabila seorang kafir memeluk Islam, lalukeislamannya cantik, Allah akan menuliskanuntuknya setiap kebajikan yang pernah dia lakukansebelum itu. Allah juga akan menghapuskandaripadanya setiap kejahatan yang pernah dialakukan sebelum itu.

Selepas (keislamannya) itu, amalannya ditulisberdasarkan:

i. Pahala satu kebajikan diganda sebanyak 10xganda hingga 700x ganda.

ii. Satu kejahatan pula dikira satu dosa (tanpadigandakan), melainkan Allah memaafkannya.”

Hadis bahagian B menunjukkan kelebihan orang yangmenghubung silaturrahim yang diputuskan.

Lantaran itu, orang yang bijak dan inginkan kebaikanpasti bersungguh-sungguh mencapai kelebihan ini.

98Tarbiyah Made Easy!!

Apakah pengajaran berguna untuk kitayang boleh didapati daripada hadis-hadis di dalam bahagian B & C ini?

Page 99: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Hadis bahagian C menunjukkan bahawa sesiapa yangpernah menghubungkan silaturrahim semasa masihsyirik, kemudian dia memeluk Islam, dia masih diberipahala daripada perbuatan itu selepas memeluk Islam.

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis-hadis di dalam bab ini, dapat dipetikbeberapa saranan tarbawi seperti berikut:

1. Kita hendaklah berusaha menghubung silaturrahim.

2. Kita hendaklah menghubung silaturrahim dengankerabat yang memutuskan hubungan dengan kita.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

99Tarbiyah Made Easy!!

Page 100: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Tarbiyah Made Easy!! 100

SEKIAN

Nantikan siri kedua ebook ini yang bakal membahaskanbab-bab seterusnya daripada Kitab al-Adab.

Terima kasih.

EbookTarbiyah.Com“Tarbiyah Made Easy!!”

Page 101: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

AKAD PEMBELIAN

1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOKINI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHANISI KANDUNGAN EBOOK.

2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOKINI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:

RM4.50 SAHAJA KEPADAAKAUN MAYBANK 164799081505

(AZRAAI BIN AHMAD)[email protected]

Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com

3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOKINI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.

4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGISALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANGKEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZINBERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.

5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI,AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKADPEMBELIAN INI.

SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT.

101Tarbiyah Made Easy!!

Page 102: (Bab 1 hingga Bab 7) - EbookTarbiyah.Com | “Tarbiyah ...ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/01_Kitab_al_Adab_Ba… · daripada kita (usia, ilmu dsb.) Tarbiyah Made Easy!!

Tarbiyah Made Easy!! 102