bab 1 pendahuluan 1.1 pengenalan projek... · lubang berbentuk bujur, sangkar, tetapi ada juga...
TRANSCRIPT
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Di dalam arus pembangunan yang pesat pada masa kini telah
meningkatkan tahap teknologi kepada tahap yang lebih tinggi.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis mesin dan alat yang telah dicipta
oleh manusia sendiri bagi memudahkan setiap pekerjaan dalam proses
pembinaan. Di dalam proses pembinaan terdapat pelbagai jenis mesin
yang digunakan bagi mempercepatkan proses tersebut. Antaranya
ialah penciptaan mesin bancuh simen.
Bagi sesebuah pembinaan bangunan atau rumah terdapat proses
ayakan pasir yang akan dijalankan. Selain itu, akan terdapat beberapa
masalah yang dihadapi oleh para pekerja pembinaan tersebut seperti
menggunakan tenaga kerja yang ramai dan akan menyebabkan proses
kerja menjadi lambat. Di samping itu juga, jika menggunakan tenaga
kerja yang ramai akan mengeluarkan kos yang banyak untuk
membayar gaji pekerja.
Walaupun pelbagai jenis mesin digunakan dalam pembinaan
namun masih lagi terdapat masalah yang dialami oleh pekerja
pembinaan. Masalah yang dihadapi adalah pengasingan pasir.
Pengasingan pasir ini masih menggunakan kaedah manual, dimana
masa yang diambil untuk proses pengasingan pasir sangat lama.
Justeru itu, dengan terciptanya sebuah mesin ayakan pasir ini
dapat memendekkan masa proses pengasingan pasir. Mesin ini dicipta
2
setelah melihat proses pengasingan pasir masih menggunakan kaedah
manual.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Pada masa sekarang, terdapat segelintir pekerja binaan yang
sukar untuk menapis pasir bagi tujuan tampalan dinding di sekitar
kawasan luar bandar.
Tujuan projek ini dihasilkan adalah bagi mengurangkan
tenaga pekerja untuk melakukan proses mengayak pasir. Selain
itu, mesin pengayak pasir juga dapat membantu pekerja
pembinaan itu untuk mengayak pasir dengan cepat dan pantas
dan boleh dilakukan dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan
daripada orang lain.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan didapati
projek ini mempunyai banyak kelebihannya contohnya masa yang
singkat di ambil untuk mengasingkan pasir kasar dengan halus
bagi tujuan penampalan dinding dan berbeza pula dengan cara
yang lama masa untuk mengasingkan pasir kasar dan halus
terlalu lama dan tenaga yang di keluarkan sangat banyak
berbanding dengan cara menggunakan mesin ayakan pasir ini.
Oleh itu, mesin ayakan pasir yang akan dihasilkan ini
mudah untuk di komersialkan kerana pembinaannya yang mudah
alih memudahkan dibawa ke tapak pembinaan dan mudah untuk
menyimpannya apabila tidak menggunakannya.
Mesin ayakan pasir ini menggunakan kaedah mekanikal
yang bagi memudahkan untuk membuat penapisan pasir. Kaedah
ini dipilih kerana tidak perlu menggunakan elektrik. Hal ini
3
kerana, kaedah mekanikal boleh digunakan walaupun di tempat
yang tiada elektrik.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1. Merekabentuk satu alat penapisan pasir.
2. Menghasilkan satu alat penapisan pasir yang mudah alih.
3. Menguji alat penapisan pasir yang di bina.
1.4 SKOP
Secara umumnya “Sand ZeefMachine” ini bertujuan untuk
memberi kemudahan kepada pengguna dan juga untuk mendapatkan
hasil kerja yang berkualiti. Skop kajian ini meliputi kaedah dan
teori, terutamanya pada aspek fungsi dan keselamatan. Dalam
menghasilkan produk ini proses penyelidikan harus dijalankan
sebelum kerja-kerja penghasilan produk dijalankan. Ini bertujuan
4
untuk mengenal pasti, menganalisa, membuat kajian dan seharusnya
membuat keputusan untuk mewujudkan satu kronologi yang
lengkap dalam menghasilkan sesuatu produk.
Bagi melaksanakan sesuatu projek supaya nampak
sempurna dan berjalan dengan lancar, skop projek atau had-had
pelaksanaan projek amat penting bagi menghasilkan projek yang
baik. Ini bertujuan untuk memestikan hasil projek tidak terkeluar
dari skop yang ditetapkan. Antaranya ialah:
i. Berat maksimum yang mampu ditampung 5 kg pasir sahaja.
ii. Jenis pasir yang boleh ditapis adalah jenis pasir sungai
sahaja.
iii. Saiz maksimum butiran pasir yang boleh melalui penapis
0.3 cm
BAB 2
5
2.0 KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Dalam bab kajian literatur ini akan menerangkan serba sedikit
berkenaan dengan maklumat-maklumat yang telah diperolehi dari
laman sesawang, jurnal, pemerhatian serta pengalaman.
Jika dilihat dari aspek pengeluaran, mesin ayakan pasir
mempunyai banyak jenis. Oleh itu, kebanyakkan mesin ayakan pasir
yang telah dibina menggunakan kaedah penggerak motor atau manual.
Mesin ayakan penggerak motor jarang digunakan dalam pembinaan
kecil kerana kosnya yang mahal. Manakala kaedah manual pula sering
digunakan tetapi mempunyai masalah yang berbeza iaitu kaedahnya
menggunakan masa yang lama bagi mengayak pasir kasar dan halus.
Hal ini demikian kerana, kaedah mekanikal yang dipilih sangat
sesuai kerana tidak menggunakan elektrik. Selain itu, kosnya yang
murah dan dapat menjimatkan tenaga kerja
2.2 KAJIAN YANG PERNAH DIJALANKAN
2.2.1 PASIR
Pasir adalah bahan yang berasaskan kuartza. Pasir yang dipraktikalnya
bersaiz antara 4.75mm dan 0.15mm adalah pasir yang lazimnya
6
digunakan untuk menghasilkan konkrit dan plaster. Menurut kajian pasir
boleh didapati daripada lombong atau sungai. Pasir lombong ialah pasir
yang digali daripada lombong. Pasir ini banyak digunakan dan biasanya
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pasir halus dan kasar. Pasir halus
yang mengandungi sedikit tanah, biasanya digunakan untuk bancuhan
bersama-sama pasir halus dari sungai dan simen. Bancuhan tersebut
menghasilkan campuran yang bersifat plastik dan mudah melekat
walaupun kekuatannya agak kurang. Pasir kasar pula sesuai digunakan
untuk membancuh konkrit dan membuat blok dan bata simen.
Menurut kajian pasir sungai mutunya baik dan tidak mengandungi
kekotoran yang berlebihan. Bancuhan konkrit yang menggunakan pasir
sungai sahaja lebih susah dikerjakan. Oleh itu bahan tambahan yang
dinamakan pemudah-adun kadangkala digunakan untuk meningkatkan
kebolehkerjaan. Jika pemudah-adun tidak digunakan, bancuhan tersebut
memerlukan lebih banyak simen untuk mendapat kesenangan kerja yang
sama.
Pasir yang didapati daripada pantai laut tidak sesuai digunakan kerana
pasir pantai mengandungi garam yang akan menyebabkan kejadian peroi
pada permukaan binaan.
RAJAH 2.2.1 PASIR
2.2.2 AYAKAN PASIR
7
Mesin pengayak atau ayakan pasir digunakan untuk menggayak pasir.
Dimana untuk hasil ayakan pasir biasa menjadi seragam apabila diayak.
Mesin ayakan ini digunakan dalam satu projek pembuatan rumah atau
bangunan. Mesin ini dapat menghasilkan banyak pasir sebagai bahan
utama dalam pembinaan. Mesin ini adalah satu alat moden yang
digunakan pada masa kini. Jika pada zaman dahulu kita mengunakan cara
tradisional untuk pengasingan pasir dimana terdapat dua atau tiga orang
pekerja saling berhadapan untuk mengasingkan pasir. Tujuan ayakan
dijalankan:
i. Untuk memisahkan butiran yang kasar dengan yang halus.
ii. Mencegah bendasing dari memasuki ayakan tersebut.
iii. Untuk mendapatkan butiran pasir yang sesuai untuk digunakan.
2.3 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN
2.3.1 Ayakan Anyaman Kawat
Ayakan dari anyaman kawat. Diperbuat dari logam yang dianyam
membentuk dan menghasilkan bentuk dan ukuran lubang tertentu. Umumnya
lubang berbentuk bujur, sangkar, tetapi ada juga bentuk yang lain seperti segi
enam atau bentuk yang lain.
8
Rajah 2.3.1 Ayakan Anyaman Kawat
2.3.2 Batang sejaja, Grizzy
Ayakan dari batang sejaja, atau biasanya disebut „grizzy’ atau „rod-dock
surface’. Permukaan ayakan tersebut dibuat dari batang-bantang atau rel atau
rod yang disusun sejajar dengan jarak atau ruang yang tentu. Ayakan ini dapat
bergerak, bergetar dalam kedudukan setempat.
9
Rajah 2.3.2 Batang Sejajar, Grizzy
Dalam operasi ayakan ini dapat bergerak dalam diam. Namun bergitu grizzly
merupakan satu contoh ayakan yang bergetar dalam diam.
2.3.3 Mesin Ayakan Pasir Bermotor
10
Rajah 2.3.3 Mesin Ayakan Pasir Bermotor
Spesifikasi dari mesin ayakan pasir ini menggunakan kedudukan saluran U-
50 dan siku 50, Rangka screens saluran kotak dengan ketebalan 1.6 mm,
Motor penggerak 1 PK Single Phase, Gear Box MSA 60 1 : 60. Mesin ini
memiliki kapasiti ayakan 30-40 m3 per hari.
2.3.4 Mesin Pengayak Pasir
11
Mesin pengayak pasir dibuat dengan menggunakan penggerak motor.
Mesin ini akan hidup dengan menghidupkan motor. Pasir yang
dimasukkan kedalam hopper akan ayak. Setelah pasir diayak, butiran
pasir akan keluar melalui lubang hopper. Kehalusan pasir yang
dihasilkan adalah tinggi.
Rajah 2.3.4 Mesin Pengayak Pasir
2.3.5 Ayakan Pasir Manual
12
Rajah 2.3.5 Ayakan Pasir Manual
Alat ini adalah satu alat yang digunakan oleh pekerja binaan sebelum
adanya mesin pengayak pasir. Alat ini juga merupakan permulaan bagi
pekerja binaan yang ingin mengasingkan pasir halus dengan kasar. Selain
itu, kos alat ini yang murah memudahkan pekerja ketika itu membinanya
dan menyiapkannya sebelum mereka memulakan kerja binaan. Alat ini
hanya menggunakan kayu yang kukuh dan dawai yang kuat sahaja.
2.4 KAJIAN KOMPONEN YANG AKAN DIGUNAKAN
KOMPONEN PENERANGAN GAMBAR
13
JARING
Untuk menapis pasir
yang halus. Ia juga
digunakan bagi
tujuan menapis
kompenan-
komponen yang
tidak digunakan yang
masuk ke dalam
pasir. Saiz yang akan
digunakan 0.3 cm
BESI
Untuk membuat
tapak penapisan,
selain itu ia juga
untuk menyabung
satu struktur kepada
satu struktur yang
lain.
BESI PLAT Untuk memegang
rim basikal dari
terbuka
RIM BASIKAL Dijadikan sebagai
pemegang jejaring
dari terbuka.
14
PAIP BESI Digunakan sebagai
alat untuk
memusingkan
penapis
Jadual 2.4 : Komponen yang akan digunakan
2.5 KESIMPULAN
Kajian literatur projek ini menunjukkan tentang sejarah mesin
ayakan pasir, fungsi komponan ayakan pasir, tahap peningkatan mesin
ayakan pasir dan inovasi untuk meningkatkan kemudahan mesin
ayakan pasir. Seterusnya kajian literatur projek ini juga menunjukkan
ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan suatu keadah
atau pendekatan tertentu.
15
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Kaedah merekabentuk atau metodologi merupakan satu kaedah
yang diguna pakai dalam membangunkan atau mereka bentuk sesuatu
projek. Metodologi yang digunakan adalah untuk membantu
menghasilkan satu projek yang kreatif dan inovatif untuk mencapai
objektif penghasilan dalam projek projek akhir. Rekaan bagi mesin ini
mengambil kira segala aspek dan juga mestilah mengikut kehendak
pengguna untuk membuat pengasingan pasir dalam sesebuah
pembinaan. Rekabentuk yang telah dihasilkan tidak begitu rumit.
Tambahan pula , rekabentuk alat projek “Sand Zeefmachine” ini
juga mudah untuk difahami kerana memiliki bahagian-bahagian asas
tersendiri. Saiz dan keseimbangan bagi projek ini juga telah diambil
kira untuk mempermudahkan sesi pembelajaran.
3.2 CARTA ALIR
Rajah 3.2 menunjukkan carta alir proses bagi menjayakan projek ini.
Selain itu,terdapat juga beberapa langkah perlu dilakukan dan juga
perlu dipatuhi dalam melaksanakan projek yang akan dijalankan ini.
16
Antara langkahnya adalah seperti pada rajah 3.2. Penggunaan carta
alir ini, catatan aktiviti bagi menjayakan projek ini dapat dilakukan
dengan lancar dan tersusun.
17
Rajah 3.2 : Carta Alir
Mula
Pernyataan
Masalah
Kajian
Literatur
Pemilihan
Bahan
Kesimpulan dan
Cadangan
Rekabentuk Akhir
Gagal
Tamat
Rekod Data
Rekabentuk
Menguji
Fabrikasi
18
3.3 Proses Merekacipta
Proses merekacipta merupakan sebahagian daripada kerja-kerja
yang perlu dilakukan bagi menghasilkan sesuatu projek baru atau
pengubahsuaian ke atas sesuatu projek atau lebih dikenali sebagai
proses penambahbaikan. Antara langkah-langkah yang perlu
dilakukan dalam proses merekacipta ialah:
i. Mengenalpasti Masalah.
ii. Pencetusan idea merekacipta
iii. Rekaan dan pemilihan projek.
iv. Perancangan projek
3.3.1 Pemilihan Projek
Di dalam proses pemilihan projek,kriteria dan faktor-faktor tertentu
perlu dititikberatkan diantaranya dari segi pemilihan bahan, kos, dan
keselamatan. Bahan yang digunakan mesti bersesuaian dengan produk yang
dihasilkan.
19
3.3.2 Perancangan Projek
Proses bagi membentuk rangka dan teknik pembuatan yang sesuai juga
memerlukan ketelitian dan perancangan yang rapi kerana struktur yang
hendak dibuat bersesuaian dengan produk antaranya mengkaji keperluan
peralatan dan bahan yang sesuai, pemilihan bahan yang ekonomi,dan
berkualiti serta mesra pengguna. Untuk merancang proses membuat projek
ini memerlukan perancangan yang rapi supaya dapat menepati apa yang
dikehendaki di samping dapat menjimatkan kos supaya tidak terdapat
sesuatu perlaksanaan yang salah atau membeli peralatan berlebih dalam
perlaksanaan projek ini.
3.3.3 Konsep Analisis
“Sand Zeefmachine” merupakan projek yang sudah ada di pasaran
tetapi ianya sudah ditambah baik dengan beberapa ciri yang baru.
Kelebihan “Sand Zeefmachine” yang utama ialah mesin ini mudah alih
dan tidak memerlukan penggunaan tenaga elektrik serta dapat
memendekkan masa pemprosesan. Perbezaan projek ini dengan produk
dipasaran penggunaan sistem kayuhan untuk menggerakkan projek tersebut
dan tidak memerlukan kerahan tenaga pekerja yang ramai untuk
mengendalikannya.
20
3.4 REKA BENTUK KAJIAN
3.4.1 Rekabentuk Pertama
Rajah 3.4.1 Rekabentuk Pertama
Konsep pertama seperti rajah 3.4.1
menggunakan kaedah getaran. Kaedah ini jarang
digunakan di dalam pembinaan kerana masa yang di
ambil terlalu lama untuk mengasingkan pasir.
Kelebihan Kekurangan
Saiz yang besar Berat
Mudah alih Menggunakan tenaga
tangan
Kos rendah Kuantiti yang sedikit
Ringan Tidak kukuh
21
3.4.2 Rekabentuk Kedua
Rajah 3.4.2: Rekabentuk Kedua
Rajah 3.4.2 adalah sebuah rekabentuk yang rumit tetapi mempunyai
beberapa kelebihannya. Rekabentuk ini menunjukkan pelbagai jenis
bahan digunakan bagi menghasilkannya. Rekabentuk ini tahan lasak dan
mudah alih kerana mempunyai roda .
Kelebihan Kekurangan
Tahan lasak Senang bergerak
Boleh mudah alih Kos tinggi
Tampungan yang banyak Penggunaan bahan yang
banyak
Boleh diselaras mengikut
keselesaan
Memerlukan ruang yang luas
untuk menyimpannya
22
3.4.3 Rekabentuk Ketiga
Rajah 3.4.3 : Rekabentuk Ketiga
Rajah 3.4.3 menerangkan dua komponen yang boleh disatukan
menjadi satu mesin . Rekabentuk ini dapat mengurangkan kos dan tidak
menggunakan tenaga elektrik. Selain daripada itu, rekabentuk ini
mudah alih dan mudah untuk proses pemasangan.
Kelebihan Kekurangan
Mudah alih/fleksibal Tidak stabil
Kos rendah Saiz besar
Boleh menampung pasir dalam kuantiti
ditetapkan
Mempunyai had pada
kuantiti yang ditetapkan
Tidak memerlukan tenaga elektrik Perlu ada basikal
23
3.4.4 Rekabentuk keempat
Rajah 3.4.4 : rekabentuk keempat
Rajah 3.4.4 menunjukkan tentang rekabentuk yang dipilih untuk
projek akhir. Rekabentuk ini dapat mengurangkan kos dan
menjimat tenaga elektrik.
Kelebihan kekurangan
Mudah alih Tidak stabil
Kos rendah Tidak dapat mengayak pasir
dengan kuantiti yang banyak
Tidak memerlukan tenaga
elektrik
Perlu proses pemasangang
24
3.4.5 Pemilihan Reka Bentuk
Jadual Penilaian Bermatrik
Penilaian dan pemilihan konsep ini dilakukan dengan membuat perbezaan
kosep dengan konsep rujukan (Datum). Penilaian dan pemilihan ini dilakukan
dengan menilai setiap konsep yang terdapat untuk menentukan kosep yang
terbaik. Langkah ini dinamakan Matrix Evaluation Method (Jalil,M.K.A,2000)
seperti yang ditunjukkan di jadual 3.4. Keputusan yang diperolehi ditentukan
berdasarkan kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, sebarang kelemahan yang
terdapat dalam rekabentuk yang dipilih boleh ditambah baik. Jadual 3.4
dibawah menunjukkan perbandingan di antara rekabentuk konsep 1,2, 3 dan 4
rujukan.
25
Jadual 3.4.5 Perbandingan di antara reka bentuk konsep 1,2,3 dan 4
Daripada jadual 3.4 di atas, (-) mewakili bagi kriteria kurang
memuaskan manakala (+) mewakili bagi kriteria yang memuaskan.
Konsep 4 mendapat pilihan memuaskan iaitu 6. Konsep 1 dan 2
mendapat keputusan yang sama iaitu -2. Konsep 3 mendapat jumlah
keseluruhan 4. Konsep 4 menjadi pilihan rekabentuk.
No. Kriteria Kriteria
minat
Konsep
1
Konsep
2
Konsep
3
Konsep
4
Konsep
Rujukan
1. Rekabentuk
Komersial
4 + + + +
D
2. Kos 5 + - + + A
3. Mudah alih 5 + - + + T
4. Saiz 4 - + - + U
5. Berat 4 - - + + M
6. Bahan 4 - - + +
7. Jumlah
positif
3 2 5 6 0
8. Jumlah
negative
3 4 1 0 0
9. Jumlah
keseluruhan
0 -2 4 6 0
27
3.5 PERALATAN, BAHAN DAN KOS
Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga semasa
proses untuk membina projek yang dilakukan. Tanpa peralatan kerja ini, projek
tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Antara alatan yang
digunakan untuk membina adalah seperti jadual 3.5 di bawah.
Peralatan Kegunaan
Mata gerudi
Digunakan untuk menebuk lubang
pada bahan kerja. Saiz mata gerudi
juga berbeza mengikut saiz lubang
yang hendak dibuat.
pita pengukur
Alat ini digunakan untuk
mengukur sesuatu yang panjang.
Spanar
Digunakan untuk mengetatkan bolt
dan nat yang terdapat pada projek.
28
Cermin mata keselamatan
Alat ini digunakan untuk
melindungi mata daripada terkena
serpihan yang terpercik semasa
melakukan kerja.
Mesin canai
Mesin ini digunakan untuk tujuan
permotongan dan juga digunakan
untuk meratakan permukaan yang
telah dikimpal. Mata mesin ini
Boleh ditukar untuk memotong atau
untuk meratakan permukaan.
Mesin kimpal mig
Mesin ini digunakan untuk
mencamtumkan sesustu bahan
dengan bahan yang lain dengan
menggunakanbahan khas seperti
logam.
Sesiku L
Alat ini digunakan untuk
mengukur sudut tepat 90
29
Topeng muka mengimpal
Alat ini digunakan untuk
melindungi muka daripada terkena
percikan api kimpalan serta
melindungi mata dari kesakitan
akibat api kimpalan yang kuat.
Mesin gerudi
Digunakan untuk menebuk lubang
pada bahan kerja.
Penyembur berwarna
Bagi proses menyembur penutup
projek untuk kerja kemasan.
Jadual 3.5 : Peralatan dan Kegunaan
30
3.5.1 Bahan Projek
i. Besi Hollow Dan Plat Bar
Rajah 3.5.1.i : Besi hollow
Rajah 3.5.1.i : Besi plat
Penggunaan besi hollow dalam projek ini adalah untuk membuat stand
kepada roller. Penghasilan stand sangat penting bagi memudahkan roller
untuk berpusing dengan lancar semasa proses menapis pasir. Oleh itu, besi
hollow digunakan kerana ia yang ringan dan mudah dibawa. Manakala
penggunaan plat bar adalah untuk menambahkan lagi ketahanan jaring
apabila pasir yang di tuangkan dalam kuantiti yang banyak. Plat bar
juga dapat menampung pasir supaya jaring tidak melendut.
31
ii. Jaring
Rajah 3.5.1.ii : Jaring
Penggunaan jaring adalah bagi tujuan untuk mengasingkan
pasir kasar dan halus. Jaring besi yang digunakan mestilah
mempunyai saiz yang betul untuk mengasingkan pasir dengan
betul. Selain itu juga penggunan saiz jaring betul adalah
penting bagi pengasingan pasir yang sempurna.
32
iii. Rim basikal
Rajah 4.5.1.iii : Rim basikal
Penggunaan rim basikal bertujuan untuk menbuat rangka pada
bahagian penapis. Rim basikal yang digunakan hendaklah
mempunyai saiz yang betul.
3.5.2 BAHAN DAN KOS
BIL BAHAN KUANTITI HARGA (RM)
1 BESI 1X2 1 RM 12.00
2 BESI 1X1 1 RM 16.00
3 BESI 1X1/
2 1 RM 12.00
33
4 PLATE BAR 6/
8 1 RM 12.00
5 SKRU 17 RM 0.40
6 PLATE BAR 1 inci 1 RM 15.00
7 BESI PAIP 6/
8 1 RM 2.00
8 PENYEMBUR BERWARNA 4 RM 8.00
JUMLAH RM 107.80
Jadual 3.6 Kos bahan
34
3.5.3 PROSES MEMBINA
3.5.3.1 Proses Permotongan Besi
Rajah 3.5.3.1 : proses permotongan besi
Proses pemotongan ialah proses untuk memotong besi hollow
mengikut ukuran yang telah ditetapkan dalam lakaran untuk dijadikan
sebagai rangka utama projek ini. Proses pemotongan ini menggunakan
mesin pemotong. Dalam melakukan projek ini beberapa prinsip
keselamatan perlu dipatuhi antaranya ialah memakai penghadang muka
atau goggle.
35
3.5.3.2 Proses Menebuk Lubang
Rajah 3.5.3.2 : Proses menebuk lubang
Proses menebuk lubang adalah proses membuat lubang untuk
dijadikan sebagai pengunci atau pengikat. Proses ini menggunakan mesin
gerudi. Saiz mata gerudi mestilah sesuai untuk dijadikan sebagai
pengikat. Skru dan nat digunakan untuk di jadikan sebagai pengikat.
Minyak pelincir mestilah digunakan untuk mengelakkan mata gerudi
daripada patah. Penggunaan “safety goggle” sangat penting untuk
mengelakkan serpihan besi terkena pada mata.
36
3.5.3.3 Proses Mengimpal
Rajah 3.5.3.3 : Proses mengimpal
Proses mengimpal dengan menggunakan mesin kimpal M.I.G
(Metal Inert Gas). Kimpalan adalah satu proses untuk mencantumkan
sesuatu bahan dengan bahan yang lain dan menggunakan suatu bahan
khas. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam
tersebut untuk dijadikan sebagai pengikat di antara sesuatu struktur
dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di
samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Proses kimpalan ini
digunakan lebih kemas dari jenis kimpalan yang lain dan jenis kimpalan
ini sesuai digunakan ke atas projek ini.
37
3.5.3.4 Proses Melicinkan Kesan Kimpalan
Rajah 3.5.3.4 : Proses melicinkan kesan kimpalan
Proses mencanai adalah proses yang dilakukan selepas proses
mengimpal atau menebuk lubang bertujuan untuk melicinkan permukaan
dari kesan tebukan dan kimpalan yang tidak kemas menggunakan
pencanai. Dalam proses melicinkan alat yang akan digunakan ialah mesin
canai dan prinsip keelamatan perlu dipatuhi seperti memakai “ safety
goggle”. Tujuan utama keselamatan ini adalah sebarang kecerderaan teruk
dapat dikurangkan atau dielakkan jika berlakunya kemalangan ketika
melakukan kerja mencanai.
38
3.5.3.5 Proses Kemasan
Rajah 3.5.3.5 : Proses kemasan
Proses mengecat dilakukan untuk menampakkan projek ini nampak
menarik dan kemas semasa pembentangan dilaksanakan. Selain itu juga,
proses mengecat dapat mengelakkan projek daripada karat . Sebelum proses
mengecat dilakukan faktor cuaca perlu dipastikan berada dalam keadaan
panas untuk pempercepatkan lagi proses pengeringan. Proses penyemburan
cat hendaklah dilakukan dengan teliti supaya tidak terkena pada bahagian
yang tidak diingini.
39
3.6 KESIMPULAN
Metodologi projek ini menunjukkan kaedah atau kerangka yang
digunakan di dalam penyelesaian projek ini. Kajian metodologi menunjukkan
kaedah dan pendekatan yang digunakan seperti kaedah pengumpulan data,
model, carta alir, membuat pemilihan idea, pemilihan kaedah, dan bahan
yang terbaik. Selain itu, membuat pengujian pada bahan projek.
Seterusnya, kajian metodologi projek ini juga menunjukkan faktor-faktor
yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan sesuatu kaedah atau pendekatan
tertentu.