bab 1 pengenalan 1.1 pengenalan abdul raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh...

24
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Toffler (1980) dalam teorinya jelas membincangkan tentang peranan ilmu pengetahuan dan teknologi terhadap pembentukan masyarakat baru terhadap dasar kemajuan sesebuah negara menuju era globalisasi abad ke-21. Globalisasi pula dilihat sebagai proses multi dimensi bertujuan untuk menyeragamkan ekonomi, politik dan budaya sedunia. Menurut Mahathir (1991) cabaran dan persaingan dalam proses ke arah ekonomi baru dan persejagatan ilmu telah menuntut Malaysia untuk melaksanakan pembaharuan bagi mencapai wawasan negara maju menjelang abad 2020 sesuai seperti kata Pelling dalam Mohd Fadzil (2008) sendi utama kepada persaingan ekonomi baru ialah kecemerlangan dan kebijaksanaan intelek. Hasrat dan keinginan ini hanya akan dapat dicapai melalui pembangunan modal insan minda kelas pertama kerana kekayaan intelek pada sumber ini akan

Upload: vuonghanh

Post on 16-Sep-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Toffler (1980) dalam teorinya jelas membincangkan tentang peranan ilmu

pengetahuan dan teknologi terhadap pembentukan masyarakat baru terhadap dasar

kemajuan sesebuah negara menuju era globalisasi abad ke-21. Globalisasi pula

dilihat sebagai proses multi dimensi bertujuan untuk menyeragamkan ekonomi,

politik dan budaya sedunia.

Menurut Mahathir (1991) cabaran dan persaingan dalam proses ke arah

ekonomi baru dan persejagatan ilmu telah menuntut Malaysia untuk melaksanakan

pembaharuan bagi mencapai wawasan negara maju menjelang abad 2020 sesuai

seperti kata Pelling dalam Mohd Fadzil (2008) sendi utama kepada persaingan

ekonomi baru ialah kecemerlangan dan kebijaksanaan intelek.

Hasrat dan keinginan ini hanya akan dapat dicapai melalui pembangunan

modal insan minda kelas pertama kerana kekayaan intelek pada sumber ini akan

Page 2: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

2

menerajui perubahan dan berkebolehan mengurus harta intelek secara bijaksana

(Mahathir, 1991; Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).

Bersesuaian dengan ini bidang sains dan teknologi di sekolah adalah

merupakan kunci dan pemangkin kepada persaingan sejagat terhadap penguasaan

ilmu sains dan teknologi yang sejajar dengan matlamat negara bagi mencapai status

negara maju menjelang tahun 2020.

Sejarah telah membuktikan semua negara maju memiliki kepakaran yang

tinggi dalam bidang sains dan teknologi (Hassan, 2001). Seiring dengan matlamat

tersebut maka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat inkuiri telah

disyorkan agar pelajar-pelajar dapat memahami hubungkait antara konsep-konsep

sains dengan persekitaran untuk mencapai tahap penguasaan yang tinggi terhadap

bidang sains (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993). Selain dari aspek

pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni, sukatan pelajaran sekolah

menengah kini juga menekankan kebolehan berkomunikasi dan berbincang secara

jelas dan munasabah tentang perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan sains.

Namun begitu jika dilihat kepada pencapaian pelajar dalam jurusan sains bagi

subjek-subjek sains tulen masih rendah. Menurut satu kajian yang telah dijalankan,

purata peratusan pelajar yang mampu mencapai gred cemerlang (A1 dan A2) selama

empat tahun berturutan bagi subjek biologi hanya 21.4%, fizik 15.7% dan kimia

22.6% sahaja (Sumber; Unit Ujian MARA, 1996-1999) dan peratusan pencapaian ini

masih lagi berada pada tahap yang sederhana sehingga tahun 2011 di mana peratusan

pelajar yang mampu memperolehi gred A+, A dan A- bagi subjek biologi hanya

40.49%, fizik 34.05% dan kimia 34.20% sahaja (Sumber; Unit Ujian MARA, 2012).

Fenomena ini membayangkan bahawa pemahaman konsep sains pelajar di

negara ini masih lagi tidak kukuh dan tidak bersepadu sedangkan strategi pengajaran

dan pembelajaran bagi subjek sains termasuk sains tulen pada hari ini banyak

Page 3: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

3

menekankan penglibatan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan

pemikiran aras tinggi. Jika tahap peratusan penguasaan bagi subjek sains masih

berterusan pada tahap yang sederhana maka sesuatu tindakan untuk tujuan

penambahbaikkan perlu dilakukan terhadap sistem pendidikan yang ada di Malayisa.

Seiring dengan itu hasrat kerajaan untuk memansuhkan peperiksaan PMR

mulai tahun 2016 dijangka akan membawa perubahan besar terhadap sistem

pendidikan di Malaysia amnya memandangkan ia lebih berorientasikan peperiksaan.

Perubahan ini dilihat akan menjadi medium terbaik untuk melahirkan pelajar yang

cemerlang sesuai dengan falsafah pendidikan kebangsaan di mana salah satunya

ialah melahirkan insan yang berpotensi tinggi dan berketerampilan serta berupaya

mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.

Matlamat utama perubahan sistem pendidikan ini adalah untuk melahirkan

modal insan yang boleh berhadapan dan mampu menangani pelbagai cabaran dan

halangan serta kesukaran sepanjang hayat mereka. Selain itu mereka juga diharap

akan mudah menyesuaikan diri dan tidak bersikap individualistik malahan selesa

serta mudah bekerja dengan pelbagai pihak tanpa sebarang alasan dan sempadan

agama dan bangsa untuk merealisasikan aspirasi negara (Toffler, 1991).

Demi mencapai matlamat tersebut, penghayatan terhadap ilmu pengetahuan

dan kefahaman sains boleh dipertingkatkan dan peratusan pelajar yang mendapat

gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar

dan teknik serta kaedah pengajaran sesuai dengan cara pelajar belajar. Teori-teori

pembelajaran yang berkaitan perlu diambil kira dan sesuai dengan cara dan gaya

belajar yang pelbagai dalam kalangan pelajar yang berbeza kebolehan dan

kemahiran.

Menurut Felder (1996) terdapat pelajar yang cenderung kepada pembelajaran

melalui penglihatan dan pendengaran, ada juga pelajar yang lebih selesa dengan

Page 4: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

4

pembelajaran melalui bahan manipulatif atau reflektif, ada pula pelajar yang

cenderung belajar secara berkumpulan malah tak kurang juga pelajar yang suka

belajar secara berseorangan. Walau apa pun pilihan cara belajar seseorang pelajar,

guru seharusnya menjadi pembimbing dan pemudah cara melalui pelbagai strategi

pengajaran yang sesuai terhadap kelompok pelajar yang diajar samaada lebih sesuai

berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar.

Seiring dengan cabaran alaf baru, segala maklumat boleh diperolehi di hujung

jari dan tanpa sempadan. Arus kemodenan ini turut dirasakan dalam sistem

pendidikan malah ianya sangat praktikal jika proses pengajaran dan pembelajaran

adalah berpusatkan pelajar di mana salah satunya ialah pembelajaran yang

berasaskan web. Ia kini dianggap sebagai salah satu cara pembelajaran yang wajar

dipupuk dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme yang diaplikasikan pada

laman web merupakan satu alternatif kepada kaedah pembelajaran yang sedia ada di

mana proses pembelajaran yang berlaku tidak semestinya secara bersemuka dengan

guru. Kaedah alternatif menggunakan laman web ini berupaya mewujudkan peluang

interaksi secara sinkronous (contoh seperti chatting) dan asinkronous (contoh seperti

email) antara pelajar-pelajar dan pelajar-instruktor, proses pembelajaran berlaku

secara dua hala sehingga boleh menggalakkan pembelajaran secara kooperatif-

kolaboratif (Lau & Mohammad, 2002).

Salah padanan cara pelajar belajar dengan strategi pengajaran guru akan

menyebabkan pelajar bosan dan hilang tumpuan terhadap pembelajaran seterusnya

menyumbang kepada tahap pencapaian dan prestasi akademik yang rendah. Salah

satu objektif dalam kurikulum sains abad ke-21 untuk sekolah menengah adalah

untuk membolehkan pelajar memilih, menganalisis dan menilai maklumat berkenaan

dengan bijak dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1998).

Page 5: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

5

Adalah sangat penting bagi pelajar untuk menguasai kesemua pengetahuan

dan asas yang kukuh tentang ilmu sains bermula dari peringkat rendah sebagai

penentu kejayaan bagi sebarang dasar dan cabaran di peringkat pengajian tinggi

seterusnya ke dunia sebenar kehidupan mereka. Ini sesuai dengan pendapat Lawson

(1995) yang mengatakan pengetahuan lampau berperanan dalam membina

kematangan dan kedewasaan seseorang.

Kegagalan menguasai kemahiran dan pengetahuan asas dengan mantap

merupakan antara penyebab keciciran, pembentukan sikap negatif, kurang keyakinan

diri, kurang berdaya saing dan menyebabkan ciri-ciri kelemahan mempengaruhi

pencapaian peringkat tinggi (Ishak Haron & Koh Boh Boon, 1983). Pandangan yang

sama turut dirumuskan oleh Kilpatrick, Swafford dan Findell (2001) kerana menurut

mereka kefahaman peringkat rendah sebagai kaedah yang komprehensif dan menjadi

asas untuk memajukan kecekapan dan keberhasilan pada peringkat yang lebih tinggi.

1.2 Latar Belakang Kajian

Latar belakang kajian adalah berdasarkan pembelajaran berorientasikan

peperiksaan dan pembelajaran berasaskan laman web.

1.2.1 Pembelajaran Berorientasikan Peperiksaan.

Di Malaysia, kaedah pengajaran dan pembelajaran sains masih tetap

berorietasikan peperiksaan dan penekanan kepada keputusan peperiksaan semata-

mata sehingga mengabaikan proses pembelajaran yang sebenar walaupun telah

Page 6: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

6

hampir lebih 10 tahun KBSM (Kurikulum Baru Sekolah Menengah) menggantikan

KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah).

Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dihadapi

oleh pelajar-pelajar di Malaysia tetapi ia juga merupakan masalah sejagat. Menurut

Abdul Razak et al. (1996) amalan pendidikan masa kini pada keseluruhannya masih

berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah pembelajaran tradisional di

kelas. Pendekatan hafalan melibatkan petua dan cara ringkas yang menyebabkan

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak bermakna. Pelajar akan lebih

banyak menghafal rumus yang sedia ada atau petua yang dicipta guru tanpa

mengetahui konsep sebenar. Walaupun amalan pengajaran dan pembelajaran yang

menekankan hafalan dan ingatan kembali serta berpusatkan guru dipatuhi

sepenuhnya oleh para guru ketika mengajar sains namun peratusan pelajar yang

cemerlang dalam sains masih berkurangan malahan Kemahiran Proses Sains Asas

dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu tidak dapat dikuasai oleh ramai pelajar

menyebabkan bilangan pelajar gagal berterusan tinggi (Mohd. Fadzil, 2008).

Penggunaan kaedah pembelajaran secara tradisional seratus peratus secara

berterusan di dalam kelas akan membuatkan pelajar hilang tumpuan seterusnya

membuatkan mereka bosan. Manakala penggunaan buku teks sepenuhnya akan

membantutkan semangat inkuiri mereka. Tanpa disedari, situasi sebegini akan

membuatkan pelajar hanya menghafal isi kandungan pelajaran sebelum masuk ke

dewan peperiksaan.

Secara sedar ataupun tidak situasi yang berterusan sekian lama ini telah

menunjukkan kegagalan peranan guru sebagai penyalur ilmu untuk seumur hidup

kerana guru hanya berjaya menghasilkan pelajar yang exam-oriented tanpa

mencungkil semangat inkuiri yang ada di dalam diri pelajar dengan lebih mendalam.

Sikap pelajar seperti ini adalah tidak efektif dalam pembentukan bakat professional

yang sanggup dan mampu menghadapi cabaran globalisasi abad ke-21 seperti yang

tercatat dalam lembaran ahli Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur (2011).

Page 7: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

7

Cara pelajar diajar dan belajar pada masa kini, menyebabkan pengetahuan

yang dikuasai tidak kekal dan pelajar gagal menggunakan prinsip dan proses saintifik

untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian

mereka (Abu Bakar, 1995).

1.2.2 Pembelajaran Secara Laman Web WebQuest.

Adalah menjadi tanggungjawab golongan pendidik pada hari ini untuk

melakukan sedikit pembaharuan kepada teknik dan strategi serta kaedah pengajaran

dan pembelajaran supaya kesan daripada proses pembelajaran akan mampu

meningkatkan ketahanan pelajar dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi

cabaran alaf baru abad ke-21. Proses pembelajaran sains seharusnya memfokuskan

pelajar kepada aktiviti untuk menyelesaikan masalah sebenar dan meletakkan pelajar

sebagai penyelesai masalah.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran sains banyak melibatkan kemahiran

proses sains dan manipulatif yang memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang

tinggi. Proses pembelajaran sains memerlukan pemahaman konsep yang lebih tinggi

kerana apabila pelajar mempelajari sains secara terbuka maka mereka akan dapat

menyiasat alam sekitarnya dengan lebih bermakna kerana pelajar itu sendiri yang

akan mencari maklumat dan memberikan makna kepada maklumat tersebut secara

saintifik (Majalah Pendidik, 2007).

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa kaedah pengajaran guru

mempengaruhi pemahaman konsep dan keseronokan pelajar untuk belajar. Bruner

(1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses di mana

pelajar boleh membina idea baru berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka.

Pelajar juga berupaya membina makna tentang dunia dan mensintesiskan

Page 8: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

8

pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini (Brooks & Brooks,

1993). Mereka akan berupaya membentuk konsep dan peraturan melalui refleksi

tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.

Sehubungan dengan itu wajarlah pengajaran sains berasaskan inkuiri

penemuan dan inkuiri terbimbing diketengahkan untuk meningkatkan pemahaman

sains pelajar. Di dalam proses pembelajaran secara pendekatan inkuiri ini guru perlu

menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran pelajar dan

mengelakkan pembelajaran secara hafalan semata-mata (Lai, 2007). Proses interaksi

ini berpusatkan kepada pelajar sekaligus meminimumkan pemusatan pelajar kepada

guru.

Terdapat pelbagai teori dan pendekatan serta kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai digunakan bagi merealisasikan pendekatan inkuiri di

antaranya ialah mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara laman web-WebQuest.

Menurut Dodgie (1995) WebQuest diasaskan dari idea inkuiri dan konstruktivisme

kerana ia memupuk aktiviti pembelajaran secara konstruktif dengan menggunakan

pelbagai sumber dari laman web dan tugas yang diberikan kepada pelajar adalah

tugasan yang direka oleh guru.

Dalam konteks ini pelajar adalah “autonomous” (bebas) dan mereka

bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran mereka.

Penyertaan aktif pelajar akan menggalakkan proses komunikasi dan bekerjasama

sesuai dengan konsep WebQuest yang menggabungkan pembelajaran secara

koperatif dan kolaboratif. WebQuest juga boleh membantu pelajar mencapai

piawaian yang memfokuskan kepada kemahiran berfikir secara kritikal dan juga

kemahiran menganalisa. Ini amat berguna untuk kajian sains. Pengaplikasian

WebQuest untuk subjek kimia dijangkakan boleh mengatasi kesukaran pelajar

memahami ilmu kimia secara menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

mudah difahami dan menyeronokkan melalui aktiviti berkumpulan yang direka oleh

guru.

Page 9: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

9

Idea utama WebQuest terbentuk daripada saling hubungkait antara disiplin,

teori dan konsep di mana perkara yang diketahui dan tidak diketahui akan bertambah

secara tetap. Pendidikan yang efektif dan menyeluruh memberi individu pandangan

tentang dunia yang bukan sahaja berbeza malahan saling berkaitan. Semua disiplin

mempunyai hubungan yang penting dalam menyediakan kerangka semulajadi dan

efektif untuk menyusun kurikulum sekolah. Kerangka ini penting untuk

menunjukkan perubahan kefahaman dan juga penyusunan disiplin serta aplikasinya

kepada dunia semulajadi dan juga yang direka oleh manusia.

Manakala kajian mengenai jantina terhadap pencapaian subjek sains khasnya

juga telah ada dijalankan dan mempunyai dapatan kajian yang berbeza-beza. Namun

pelajar perempuan didapati mempunyai ciri-ciri positif yang menyumbang kepada

pencapaian prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Terdapat

juga kajian-kajian diawal 1990-an yang menunjukkan pelajar lelaki mempunyai

kecekapan yang lebih baik terhadap penguasaan penggunaan komputer dan internet

terhadap matapelajaran sains dan matematik (Zalizan Mohd Jelas et al, 2005)

Selain itu kecekapan, kemahiran, persepsi, minat dan sikap terhadap

penggunaan komputer dan internet semasa pembelajaran juga boleh mempengaruhi

prestasi akademik pelajar. Penyelidikan oleh Ahmad Fauzi (2011) menunjukkan

terdapatnya perbezaan yang signifikan mengikut jantina iaitu sikap pelajar lelaki

terhadap komputer adalah lebih positif berbanding pelajar perempuan. Dalam

perkembangan berkaitan juga melalui kajian Morahan-Martin (1998) mendapati

penggunaan internet lebih didominasi oleh kaum lelaki sejak ia diperkenalkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kesemua hujah yang di huraikan dalam latar belakang kajian di

atas, dapat dikatakan bahawa kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran masih

Page 10: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

10

lagi didominasi oleh guru sahaja manakala pelajar hanya berperanan sebagai

penerima maklumat yang pasif. Ini bertepatan dengan rumusan yang dibuat oleh

Mohamad Fadzil (2008) apabila beliau mendapati amalan pendidikan sains masih

lagi dikuasai oleh kaedah pengajaran secara berhierarki, berbentuk objektif dan

menekankan maklumbalas, kaedah tradisional ini berorientasikan guru dan hanya

guru memainkan peranan penting untuk menyampaikan pengetahuan manakala

pelajar hanya menjadi penerima yang pasif. Penilaian yang dibina hanya untuk

mengukur kemajuan atau tahap masteri dan menguji pengetahuan yang telah

dipelajari oleh pelajar (Azman, 1989; Mohd Fadzil, 2003).

Pada masa yang sama, ramai golongan cerdik pandai menyatakan

ketidakyakinan mereka terhadap pengajaran berpusatkan guru sebagai kaedah yang

boleh menyokong pemikiran yang kompleks dan beraras tinggi dalam kalangan

pelajar, sedangkan untuk mempelajari dan menguasai subjek sains perlu didokong

oleh tahap pemikiran kritis, kreatif dan bersifat saintifik (Harlan, 1996).

Pendekatan pembelajaran seharusnya sesuai dan mengambil kira perbezaan

pencapaian dan cara belajar individu serta minat pelajar semasa merekabentuk bahan

pengajaran kerana setiap pelajar mempunyai aras kecerdasan yang berbeza dan

kesesuaian cara pembelajaran yang berbeza juga. Menurut Perez (2005), WebQuest

adalah suatu aktiviti pembelajaran yang menggunakan sepenuhnya sumber dari

laman web dan dipersembahkan oleh pelajar melalui tugasan yang perlu diselesaikan

dalam konteks yang betul dan teratur, penyertaan pelajar akan menggalakkan mereka

bekerja secara berautonomi dan berpasukan serta bekerjasama. Pendapat di atas telah

disokong oleh pengasas WebQuest itu sendiri iaitu Dodge (1995), yang menyatakan

penggunaan WebQuest ialah sebagai alternatif untuk menggalakkan pembelajaran

secara aktif secara bekerjasama dalam kumpulan dengan menggunakan maklumat

dari laman web.

Melalui WebQuest kumpulan pelajar akan dapat belajar melalui kaedah

pembelajaran berpusatkan pelajar. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk

Page 11: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

11

melihat adakah dengan belajar secara WebQuest ini boleh memberi hasil dan kesan

lebih baik dari segi pengetahuan pelajar berbanding pelajar yang belajar secara

tradisional di dalam kelas. Setiap pelajar akan belajar mengikut kemahiran mereka,

pengetahuan asal dan semasa mereka, minat serta sikap mereka semasa belajar.

Menurut Exline (2000) menyatakan bahawa suatu perbezaan itu bukanlah bererti

suatu penamat, tetapi perbezaan tersebut ialah suatu jalan untuk menuju penamat.

Pengetahuan asas akan sentiasa berkembang dan berubah sepanjang hayat.

Kebolehan dan kemahiran untuk terus belajar seharusnya menjadi hasil pembelajaran

yang diharapkan.

Jantina juga merupakan diantara perkara yang hendak dikaji, kerana terdapat

kajian lalu yang mengatakan jantina mempengaruhi cara pelajar belajar secara laman

web. Menurut satu kajian menyatakan pelajar lelaki lebih cenderung belajar melalui

penggunaan internet berbanding pelajar perempuan (Busch, 1995). Selain daripada

itu beberapa persepsi pelajar yang belajar secara WebQuest dinilai di antaranya ialah

persepsi pelajar terhadap persembahan keseluruhan laman web, persepsi pelajar

terhadap pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran laman web, persepsi

pelajar terhadap kemahiran berkomunikasi yang diperolehi semasa belajar secara

laman web dan persepsi pelajar terhadap isu masa yang ditetapkan untuk belajar

menggunakan laman web.

Oleh yang demikian itu, suatu bahan pengajaran yang sesuai berasaskan

pendekatan pembelajaran WebQuest dihasilkan dengan menggabungkan kaedah

pendekatan inkuiri dan konstruktivisme dan kaedah pembelajaran kooperatif serta

kolaboratif. Laman web ini menjadi medium pembelajaran ke atas sebahagian pelajar

aliran sains tingkatan empat bagi mata pelajaran kimia manakala guru bertindak

sebagai pembimbing dan pemudahcara.

Page 12: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

12

1.4 Objektif Kajian

Berikut merupakan objektif kajian ini:-

i. Menyediakan dan menguji bahan pengajaran bertajuk jirim berasaskan

kaedah pembelajaran secara WebQuest.

ii. Menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian

pelajar antara belajar menggunakan kaedah pembelajaran secara WebQuest

dengan kaedah pembelajaran secara tradisional bagi tajuk Jirim.

iii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina

dalam mempengaruhi pembelajaran secara WebQuest untuk mata pelajaran

kimia bertajuk Jirim.

iv. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran menggunakan

WebQuest bagi mata pelajaran kimia bertajuk Jirim.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini ialah seperti berikut:-

i. Adakah bahan pengajaran berasaskan WebQuest untuk subjek kimia

tingkatan empat berjaya dihasilkan?

Page 13: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

13

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pencapaian pelajar

menggunakan kaedah pembelajaran secara WebQuest dengan kaedah

pembelajaran secara tradisional bagi tajuk Jirim?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dalam

pembelajaran secara WebQuest untuk pembelajaran mata pelajaran kimia?

iv. Apakah persepsi pelajar terhadap persembahan keseluruhan WebQuest

semasa belajar menggunakan WebQuest bagi mata pelajaran kimia bertajuk

Jirim?

v. Apakah persepsi pelajar terhadap pendekatan pembelajaran menggunakan

WebQuest semasa belajar menggunakan bahan pembelajaran WebQuest bagi

mata pelajaran kimia bertajuk Jirim?

vi. Apakah persepsi pelajar terhadap kemahiran berkomunikasi yang

diaplikasikan semasa proses pembelajaran WebQuest bagi mata pelajaran

kimia bertajuk Jirim?

vii. Apakah persepsi pelajar terhadap peruntukan dan nilai masa yang ditetapkan

semasa proses pembelajaran WebQuest bagi mata pelajaran kimia bertajuk

Jirim?

Page 14: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

14

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini adalah seperti berikut:-

i. Ho1 - Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar

antara pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran secara WebQuest

dengan kaedah pembelajaran secara tradisional bagi tajuk Jirim.

ii. Ho2 - Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dalam

mempengaruhi pembelajaran secara WebQuest untuk pembelajaran mata

pelajaran kimia.

1.7 Kerangka Konsep Kajian WebQuest

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian

Pengujian

Keberkesanan WebQuest

Persembahan Laman Web

Pendekatan Pengajaran

Kemahiran Komunikasi

Isi Pembelajaran

Persepsi

Page 15: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

15

Berdasarkan kerangka konsep kajian yang ditunjukkan pada Rajah 1.1 di atas

menunjukkan empat perkara penting mengenai persepsi pelajar yang belajar

menggunakan pendekatan bahan pembelajaran WebQuest diukur menggunakan set

soalan kaji selidik yang mengandungi 20 item soalan. Penilaian persepsi hanya

dilakukan kepada pelajar yang belajar secara WebQuest sahaja.

Persepsi pelajar terhadap pembelajaran secara WebQuest akan diterjemahkan

melalui respon pelajar terhadap item-item soalan yang terdapat dalam borang kaji

selidik. Apabila pelajar memberikan respon yang baik dan positif mengikut skala

maka ia boleh memberikan petunjuk bahawa pelajar sebenarnya mampu dan bersedia

untuk belajar mengikut kaedah pendekatan berpusatkan pelajar seperti pembelajaran

berbentuk inkuiri terbimbing yang diaplikasikan dalam WebQuest.

Minat dan persepsi yang positif merupakan elemen penting dalam

penguasaan sesuatu bidang atau ilmu yang ingin diterokai. Tanpa minat dan persepsi

yang negatif akan membantutkan proses pembelajaran yang berkesan. Elemen

persepsi yang dinilai dibahagikan kepada empat iaitu persepsi pelajar terhadap

persembahan WebQuest, kaedah pendekatan pembelajaran menggunakan WebQuest,

kemahiran komunikasi pelajar dan peruntukan masa yang ditetapkan untuk pelajar

Elemen lain yang turut mempengaruhi keberkesanan bahan pembelajaran

WebQuest ialah tahap pengetahuan asal dan tahap pemahaman semasa terhadap

penyampaian ilmu yang disampaikan. Maklumat yang disampaikan mestilah

difahami dan boleh diterima dengan berkesan. Bahan pengujian seperti soalan pre

dan soalan post digunakan untuk menguji tahap pencapaian sebelum dan selepas

proses pembelajaran menggunakan WebQuest.

Dapat dilihat disini, proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan web

seharusnya bukan sahaja bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para

pendidik menguruskan bahan pengajaran, menghasilkan persekitaran pembelajaran

Page 16: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

16

yang efektif malah ia juga dapat melibatkan penyertaan aktif dalam kalangan pelajar

semasa proses P&P dijalankan (Norazah Nordin; Ngau Chai Hong, 2009). Menurut

kajian yang dijalankan oleh Chang (2001), adalah untuk melihat sama ada proses

pembelajaran secara web dapat membantu memberikan kefahaman kepada pelajar

semasa proses pembelajaran dijalankan dan mempertingkatkan kemajuan

pembelajaran dikalangan pelajar. Dapatan kajian beliau menunjukkan sebanyak

85.84% pelajar mengatakan pembelajaran web sangat sesuai dan ia memberikan

keseronokan semasa proses pembelajaran dijalankan.

1.8 Carta Alir Kajian WebQuest

Carta alir pada Rajah 1.2 di bawah menunjukkan keseluruhan aliran kajian.

Carta alir kajian ini bertepatan dengan aliran kerja berdasarkan rekabentuk model

pembelajaran ADDIE.

Mengikut carta alir kajian ini ia bermula dengan proses pemilihan pelajar.

Pada fasa ini segala permasalahan kajian yang hendak diselesaikan dikenalpasti

secara menyeluruh. Dalam kajian ini proses menganalisis pelajar sangat penting

kerana setiap pelajar mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan minat serta

sikap yang berbeza. Semasa menganalisis pengkaji perlu juga melihat aspek

persekitaran pembelajaran serta matlamat pengajaran kerana ia akan mempengaruhi

rekabentuk bahan pengajaran yang sesuai bagi menjelaskan keseluruhan keperluan

analisis pelajar yang telah dibuat.

Seterusnya bahan pengajaran yang telah dirancang mengikut keperluan

analisis pelajar akan dilaksanakan. Pang (1998) dalam kajiannya mengenai proses

mengoptimumkan penggunaan web bagi mempertingkatkan hasil pengajaran,

Page 17: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

17

pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran menggunakan web melibatkan

penemuan dan penerimaan sumber, komunikasi, melakukan aktiviti P&P dan

menghasilkan web.

Rajah1.2 : Carta Alir Kajian

Oleh kerana kajian ini menggunakan kaedah True-experimental iaitu

perbandingan satu jenis perlakuan sahaja atau disebut sebagai Pre-test dan Post-test

control group design. Kedua-dua kumpulan pelajar tersebut diberikan ujian awal atau

Pre-test untuk mengukur tahap pengetahuan awal (01) selanjutnya pada salah satu

kelompok pelajar tersebut diberikan perlakuan (X) iaitu proses pembelajaran secara

Tahap pencapaian pelajar

Persepsi pelajar terhadap laman web

WebQuest

Ujian post

Tahap pencapaian pelajar mengikut

jantina

Kaedah Pembelajaran secara WesQuest

Kaedah Pembelajaran secara Tradisional

Ujian post

Sampel Rawatan

Sesudah Rawatan

Soalan kaji

Pelajar Berbeza dari segi � Kemahiran � Pengetahuan � Minat � Sikap

Sampel Kawalan

Sebelum Rawatan Ujian pre

Page 18: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

18

WebQuest manakala satu kelompok pelajar lagi tidak diberikan apa-apa perlakuan

iaitu pembelajaran di kelas seperti biasa. Sesudah selesai perlakuan kedua kelompok

pelajar tersebut diberikan ujian yang sama sekali lagi dikenali sebagai post-test (02)

seperti Jadual 1.1 di bawah.

Jadual 1.1 : Kerangka Konsep Kajian Rekabentuk Quasi-Experimental

E = simbol bagi kelompok pelajar yang belajar secara WebQuest.

P = simbol bagi kelompok pelajar yang belajar secara tradisional.

1.9 Rasional Kajian

Rasionalnya kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan sama ada aplikasi

WebQuest ini berkesan untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar seterusnya juga

mampu untuk menjadi medium pembelajaran yang lebih baik berbanding

pembelajaran yang biasa dijalankan di kelas. WebQuest ialah bahan pembelajaran

yang menerapkan ciri-ciri inkuiri dan koperatif yang dikatakan berkesan untuk

menghasilkan pengetahuan berbanding kaedah pembelajaran menyoal dan mencari

jawapan semata-mata.

Ini bertepatan dengan pendekatan inkuiri yang merupakan suatu proses

pembelajaran yang dinamik. Pembinaan soalan-soalan inkuiri pula perlu dirancang

secara sistematik untuk menggalakkan murid berfikir secara induktif (Dewey, 1963).

Penguasaan kemahiran proses sains terhadap subjek sains merupakan asas bagi

membolehkan sains lebih mudah didekati dan difahami serta disukai oleh semua

E : 01 X 02

P : 01 02

Page 19: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

19

pelajar di mana kemahiran-kemahiran yang mereka kuasai dapat digunakan bukan

sahaja untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran sains tetapi juga dalam

menyelesaikan masalah kehidupan seharian.

Manakala semua aktiviti pembelajaran secara inkuiri dan interaksi yang telah

dirancang dan direka dengan baik seharusnya meningkatkan pemahaman yang

menyeluruh dalam diri pelajar kerana pelajar akan berkomunikasi dan bekerja di

dalam sebuah kumpulan. Ini akan meningkatkan kefahaman mereka serta

mengekalkan pengetahuan untuk jangkamasa yang lebih lama.

1.10 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk menggunakan bahan

pembelajaran secara WebQuest di mana pendekatan inkuiri sebagai proses

pembelajaran yang berkesan dan menyeluruh dan sebagai kaedah alternatif untuk

membantu pelajar memahami isi mata pelajaran kimia dengan lebih baik. Selain itu

kaedah koperatif yang ditekankan di dalam WebQuest boleh mendidik pelajar untuk

belajar bekerjasama dalam kumpulan untuk mendapatkan maklumat, berbincang dan

memberi makna terhadap maklumat yang diperolehi. Pelajar disusun mengikut tahap

pengetahuan yang hampir sama kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil

seramai tiga atau empat orang pelajar. Guru-guru hanya bertindak sebagai pemudah

cara dan pembimbing serta bekerja bersama-sama kumpulan pelajar untuk membantu

mereka menyudahkan hasil tugasan mereka sepanjang proses pembelajaran berlaku.

Page 20: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

20

1.11 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini terhad kepada pelajar tingkatan empat aliran sains

tulen yang mengambil mata pelajaran kimia dari Sekolah Menengah Kluster

Kecemerlangan di Daerah Pontian. Responden adalah terdiri daripada dua kumpulan

pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang hampir sama. Dapatan

kajian bergantung kepada keupayaan responden menjawab soalan pre-test dan post-

test serta soalan kaji selidik. Rekabentuk laman web kajian ini menggunakan aplikasi

model pembelajaran WebQuest berasaskan pendekatan secara inkuiri. Kajian ini

tidak boleh melibatkan kumpulan pelajar yang lebih besar disebabkan tempoh masa

kajian juga terhad.

1.12 Maksud Istilah

Terdapat pelbagai konsep, maksud dan istilah digunakan dalam kajian ini.

Oleh itu penerangan istilah yang diguna pakai dalam kajian ini adalah seperti yang

dihuraikan di bawah:-

1.12.1 Model Pembangunan WebQuest

Menurut Dodgie (1995), WebQuest adalah merupakan satu aktiviti

pembelajaran secara laman web yang berorientasikan penyiasatan di mana beberapa

atau kesemua maklumat yang berinteraksi dengan pelajar datangnya daripada

sumber-sumber di internet. Proses pembelajaran WebQuest mempunyai enam

Page 21: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

21

komponen utama iaitu bahagian pengenalan, bahagian tugasan, bahagian proses,

bahagian sumber, bahagian penilaian dan bahagian kesimpulan.

1.12.2 Pendekatan Inkuiri

Inkuiri didefinisikan sebagai kaedah mencari kebenaran, maklumat dan

pengetahuan secara menyoal. Dalam kajian ini pendekatan inkuiri merujuk kepada

satu proses pengajaran dan pembelajaran di atas talian apabila pelajar memainkan

peranan aktif untuk menyiasat konsep sains dan menemui jawapannya sendiri seperti

menurut Dodgie (1995), yang menyatakan peranan guru adalah sebagai fasilitator

dan pembimbing murid untuk memahami konsep sains.

1.12.3 Fahaman Konstruktivisme

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang

dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami

sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka

dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan

yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi

apa yang mereka lihat supaya sepadan dengan peraturan yang mereka telah bentuk

atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan

maklumat baru ini dengan lebih baik (Brooks & Brooks, 1993).

Page 22: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

22

1.12.4 Kaedah Pembelajaran Koperatif dan kolaboratif

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif ialah suatu kaedah yang menekankan

kerjasama antara rakan sepasukan untuk mencapai objektif yang ditentukan. Ahli

sepasukan saling membantu berbincang dan berhujjah bersama kumpulan ketika

menyelesaikan permasalahan sains. Rockwood (1995) kedua-dua kaedah

pembelajaran ini menggambarkan konsep atau pendekatan yang sama yang

menegaskan pada pendekatan pembelajaran melalui kerja sama berkumpulan.

Namun terdapat sedikit perbezaan berkenaan cara bekerja dalam kumpulan, bagi

pembelajaran koperatif.

Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang

ahli sahaja. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan

seorang sahaja namun semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk

menyelesaikan masalah tersebut. Manakala bagi pendekatan kolaboratif pula,

pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang

sesama mereka dan menyelesaikan masalah bersama-sama.

1.12.5 Penggunaan Teknologi dan Multimedia

Teknologi membawa maksud sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam

merekacipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. Daripada

perkataan latin “Teknos” bermaksud teknik atau cara atau kaedah. “Logos” pula

bermaksud kaji atau belajar. Oleh itu teknologi lebih bermaksud kaedah, cara atau

idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan. Manakala multimedia

pula ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara dan grafik yang dihasilkan

oleh teknologi berasaskan komputer dan ia lebih menarik berbanding televisyen,

audio dan video sahaja (Waterworth, 1992).

Page 23: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

23

1.12.6 Pembelajaran Aktif

Pembelajaran aktif ialah pendekatan di mana murid berinteraksi dengan

bahan pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali, memproses

and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima. Menurut Meyers dan Jones (1993),

embelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk

berinteraktif dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan mereka

memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan

secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi

fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.

1.12.7 Pemikiran Saintifik

Pemikiran saintifik adalah satu proses berfikir yang bermula daripada

pengalaman deria atau pancaindera untuk mendapat kebenaran dan pengetahuan.

Pemikiran saintifik juga berasaskan prinsip rasional dan logik kerana sesuatu yang

tidak rasional dan tidak logik dengan sendirinya juga dianggap tidak saintifik. Sebab

itulah bagi mereka yang terdahulu berpegang kepada ajaran logik semata-mata akan

menolak adanya wahyu dan mukjizat kerana dianggap tidak logik. Dalam pemikiran

saintifik tumpuannya adalah lebih kepada prinsip empirikal iaitu bukti saintifik.

Page 24: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Abdul Raub.… · gred rendah dalam mata pelajaran sains boleh dikurangkan jika cara guru mengajar dan ... Gabungan ciri-ciri inkuiri dan konstruktivisme

24

1.13 Rumusan

Kajian yang dijalankan ini diharap dapat membantu memudahkan dan

meningkatkan kefahaman pelajar mengatasi kesukaran pembelajaran kimia dan

membantu guru dalam penyediaan kaedah alternatif berbanding kaedah tradisional.

Kaedah pembelajaran WebQuest ini dijangka boleh menarik minat pelajar dan

menghilangkan rasa bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas. WebQuest

menggabungkan pendekatan inkuiri dan kaedah koperatif.

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menilai adakah terdapat

perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar menggunakan kaedah

tradisional berbanding kaedah laman web-WebQuest. Kajian ini juga bertujuan untuk

melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap

pembelajaran secara WebQuest. Selaian itu persepsi pelajar yang belajar

menggunakan kaedah pembelajaran WebQuest juga dapat ditentukan iaitu persepsi

dari segi persembahan WebQuest, isi pembelajaran dan pendekatan menggunakan

WebQuest, kemahiran komunikasi dalam WebQuest dan masa pembelajaran semasa

belajar secara WebQuest.