bab 1 titas
DESCRIPTION
titas bab 1TRANSCRIPT
Bab 1 : pengenalan ilmu ketamadunan
Tamadun ialah kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Peradaban membawa maksud keadaan
dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesuatu bangsa dan
masyarakat. Seterusnya, civilization ialah peningkatan pencapaian hidup manusia daripada
kemunduran kepada kemajuan sama ada dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral
dan sebagainya. Civilization (civitas, civility) bererti city atau kota. Dalam istilah bahasa
arab, tamadun bermaksud umran,hadarah,madaniyah,thaqafah,bunyan dan tamadun.
Tamadun yang berasal dari perkataan arab maddan bererti; menduduki sesuatu tempat atau
datang menduduki Bandar, menjadikan atau mengubah seseorang dari kampung kepada
bandar. Dari segi istilah tamadun ialah perubahan atau perpindahan kehidupan manusia
daripada corak kehidupan liar kepada kehidupan yang lebih teratur dan meningkat. Antara
ciri-ciri asas tamadun ialah penempatan kekal, kewujudun struktur organisasi yang tersusun,
memiliki sistem pemerintahan dan ekonomi yang kukuh, sistem tulisan dan bahasa sebagai
medium komunikasi, mempunyai kepercayaan dan agama, kelahiran daya kreativiti, budaya
dan kesenian, peningkatan rekacipta dan kemajuan teknologi bagi kehidupan yang lebih
sempurna. Unsur-unsur yang membawa kearah pertumbuhan tamadun ialah; sumber
ekonomi,penyusunan pentadbiran, nilai,etika atau akhlak, sains dan kesenian. Faktor
kemunculan dan perkembangan tamadun tercetus apabila fitrah perkembangan manusia yang
mempunyai sifat semulajadi manusia inginkan kebaikan, sentiasa berfikir untuk mengubah
hidup yang lebih baik. Penerokaan wilayah baru contoh; selat melaka,perdagangan laluan
antarabangsa. Kedudukan yang strategik; penerokaan sumber semulajadi dan aktiviti
perdagangan. Ransangan agama dan kepercayaan; manusia menghayati kehidupan sebenar,
mengajar manusia kehidupan yang lebih sempurna, mencari kebenaran hidup. Lebih-lebih
lagi hubungan tamadun dengan Agama, Budaya dan Bangsa. Hubungan tamadun dengan
agama adalah; agama mampu mengangkat martabat kemuliaan manusia dan mengatur
kehidupan manusia yang lebih sempurna. Hubungan manusia dengan budaya jelaslah bahawa
kebudayaan sesuatu masyarakat adalah hasil tindakan masyarakat itu sendiri dan kebudayaan
merupakan cara hidup yang merangkumi adat resam,agama,bahasa, ekonomi,politik dan lain-
lain. Disamping itu, matlamat tamadun adalah membetuk kehidupan manusia yang sempurna,
hidup bekerjasama dalam ikatan prsaudaraan serta hidup suasana aman dan harmoni, serta
membentuk nilai-nilai kebaikan terutama dalam aspek interaksi sesama manusia serta
mencegah sifat-sifat buruk. Matlamat tamadun menurut islam pula; menjaga hubungan
manusia sesama manusia,menjaga hubungan manusia dengan alam dan menjaga hubungan
manusia dengan pencipta.
BAB 2: KONSEP TAMADUN ISLAM
Tamadun islam ialah kecemerlangan sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek yang
merangkumi unsur spiritual, pemikiran , dan material yang seimbang dan bersepadu hasil
daripada penghayatan islam. Kehidupan bertamadun ialah; menjalani kehidupan di bandar,
mempunyai sistem pemerintahan atau kerajaan, sistem tulisan, sistem perundangan, sistem
kepercayaan dan agama dan wujudnya pengkhususan dalam pekerjaan. Ciri-ciri tamadun
islam antaranya adalah seperti negara islam dan kerjaan, bandar-bandar islam, susun lapis
masyarakat, sains dan perkembangan ilmu pengetahuan,bangunan dan seni bina islam,seni
islam, terutama seni muzik dan nyanyian. Dalam asas tamadun islam mempunyai tiga
bahagian iaitu akidah, syariat dan akhlak. Yang pertama ialah akidah. Akidah adalah
keyakinan dalaman dan kepercayaan tentang kewujudan Tuhan dan ajaran yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w.. Selain itu, asas akidah ialah Dua kalimah syahadah dan bersifat
universal tidak terikat dengan bangsa,keturunan dan geografi ia dapat diterima oleh semua
bangsa diseluruh dunia. Yang kedua adalah syariat. Syariat ialah; jalan yang lurus atau
sumber air mengalir,jelaslah bahawa dari sudut istilah ialah undang-undang atau peraturan
dan ketetapan Allah terhadap manusia bagi mengatur hubungan manusia dengan manusia,
manusia dengan Allah, bagi menjamin kehidupan di akhirat. Akhir sekali, matlamat syariat
untuk memelihara agama,keturunan,akal,nyawa dan harta. Yang ketiga ialah akhlak. Akhlak
ialah sifat yang wujud dalam jiwa yang membentuk tingkah laku dengan tanpa memerlukan
pertimbangan akal. Selain itu, terdapat tiga aspek kehidupan manusia iaitu; kepercayaan, ilmu
dan amal.sejurus dengan itu, unsur yang menjelaskan peranan Roh, akal, dan jasad yang akan
melahirkan tamadun islam yang unggul. Terdapat dua sumber tamadun islam iaitu sumber
Wahyu atau sumber Naqli dan sumber sokongan atau sumber Aqli. Yang pertama adalah
sumber wahyu atau sumber Naqli; al-quran ialah kalimah Allah yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad melalui malaikat jibril dan sunnah ialah segala yang datang daripada Nabi
Muhammad sama ada dalam bentuk perkataan,perbuatan dan taqrir nabi. Yang kedua adalah
sumber sokongan atau sumber Aqli; sumber ini berasaskan akal manusia dan sumber
sekunder dalam tamadun islam seperti ijtihad yang menggunakan kekuatan minda manusia
dalam menetapkan hokum baru berpandukan al-quran dan sunnah. Dalam konsep tamadun
islam, terdapat matlamat tamadun iaitu menjaga hubungan manusia dengan Allah
(Hablumminallah). Manusia mengenal Tuhan melalui Rukun iman (6) dan manusia
berhubung dengan Tuhan melalui rukun islam (5). Menjaga hubungan sesama manusia
(Hablumminannas). Manusia memerlukan antara satu sama lain dan kesempurnaan
masyarakat hanya akan dicapai melalui konsep tolong menolong. Akhir sekali, hubungan
manusia dengan alam. Manusia di anugerahkan akal fikiran untuk menghayati, mengkaji
dan menghargai alam ciptaan Allah. akhir sekali yang terdapat di dalam konsep tamadun
islam ialah keistimewaan tamadun islam. Bersumberkan wahyu; tamadun islam bukan lahir
dari cetusan fikiran dan dorongan nafsu manusia semata-mata tapi berpandukan al-quran dan
sunnah. Tamadun berorientasikan manusia; ialah menumpukan pembangunan manusia
dari sudut rohani dan jasmani. Selain itu,tamadun islam yang seimbang dan bersepadu;
mengambil kira aspek kerohanian dan kebendaan. Menggabungkan unsur spiritual dan
material dalam membina tamadun. Seterusnya, mempunyai bentuk tetap dan tidak
dipengaruhi oleh hawa nafsu; berpandukan al-quran dan sunnah dan terpelihara daripada
pengaruh nafsu manusia. Lain daripada itu, tamadun bersifat universal; tamadun islam
tidak merujuk kepada mana-mana kaum atau bangsa. Ia adalah untuk semua manusia di muka
bumi. Akhir sekali, tamadun bersifat terbuka; bersedia menerima pengaruh tamadun lain
asalkan tidak bercanggah dengan ajaran agama islam.
BAB 3: PANDANGAN SEMESTA ISLAM.
PENGENALAN
Setiap tamadun mempunyai pandangan semestanya (world view) yang tersendiri. Pandangan semesta inilah yang berperanan besar dalam membentuk keseluruhan konsep, inti dalaman dan ciri-ciri fizikal sesuatu tamadun tersebut. Oleh itu pandangan semestalah yang berperanan mencorak warnakan atau membentuk sesuatu tamadun. Sekiranya pandangan semesta itu salah, seluruh persoalan yang dibicarakan juga turut menyimpang dari kebenaran. Pandangan semesta jugalah yang akan menentukan sama ada ianya nanti mempunyai ciri-ciri persamaan atau berbeza dari tamadun-tamadun lain.
Secara umumnya terdapat kepelbagaian world view tamadun. Ada yang berpaksi kepada agama dan aqidah kepercayaan seperti amalan dalam tamadun Islam dan tidak kurang pula terdapat tamadun yang berpegang pada kekuatan akal rasional seperti yang diamalkan oleh tamadun barat. Malah ada juga tamadun yang bergantung kepada pengaruh sesuatu bangsa seperti tamadun China dan India.
DEFINISI
Pandangan semesta atau world view secara sinonim disebut juga sebagai pandangan alam atau tassawur. Secara literal istilah ini bermaksud memberi rupa atau gambaran atau lukisan sesuatu perkara. Ia juga merupakan nama kepada hasil renungan dan tilikan akal. Pandangan semesta pula bergantung kepada epistimologi atau sumber ilmu untuk menyarankan rupa bentuk dan kedudukan sesuatu perkara.
Prof. SMN Al-Attas pula berpandangan bahawa pandangan semesta Islam merupakan pandangan Islam terhadap sesuatu perkara yang wujud sama ada kewujudannya secara nyata dan jelas atau kewujudan secara ghaib, iaitu sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh pacaindera manusia secara kebiasaannya. Jelasnya, kewujudan sesuatu yang boleh diselami pandangan semesta sebenarnya adalah wujud dalam konteks yang luas. Ada yang boleh di jangkau oleh akal pemikiran manusia dan ada juga yang diluar keupayaan akal untuk memikirkannya. Justeru memerlukan kepada bantuan sumber-sumber lain seperti wahyu misalnya dalam perkara-perkara yang bekaitan dengan persoalan metafizik seperti kewujudan alam ghaib, malaikat, syurga, neraka dan yang seumpama dengannya. Oleh itu pandangan semesta Islam sangat bergantung kepada wahyu sebagai sumber epistimologi pembentukannya.
BAB 4: INTERAKSI ANTARA TAMADUN