bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

26
BAB 12 KAITAN SISTEM HIDROLOGI DENGAN MANUSIA ASMAWI BIN ABDULLAH SMK PURUN 28330 TRIANG PAHANG

Upload: asmawi-abdullah

Post on 30-Nov-2014

2.860 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia; a) Kepentingan sumber air b) Kemerosotan kualiti air c) Banjir kilat d) Hidrologi bandar

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

BAB 12KAITAN SISTEM HIDROLOGI

DENGAN MANUSIA

ASMAWI BIN ABDULLAHSMK PURUN

28330 TRIANGPAHANG

Page 2: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

KEPENTINGAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP SUMBER AIR DAN SISTEM HIDROLOGI: KAJIAN KES DI MALAYSIA

KEPENTINGANKegunaan domestik.• Kegunaan/keperluan harian penduduk dan isi

rumah.

Kegunaan pertanian.• Mebekalkan air dan mengawal input-output kepada

kawasan tanaman.

Membekalkan kuasa elektrik hidro (KEH).• Bekalan tenaga untuk industri dan penduduk.

Kegunaan industri.• Bahan pencuci untuk pelbagai jenis industri dan

penyejukan enjin.

Kegunaan pengangkutan.• Laluan untuk mengangkut barangan dan penduduk.

Menjadi lokasi ekopelancongan.• Kawasan perkelahan, sukan air dan pembinaan

chalet dan resort.

Page 3: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP KITARAN HIDOLOGRI

Pembalakan dan penyahhutanan

• Pemusnahan hutan secara besar-besaran.• Udara menjadi kering.• Mengurangkan proses pintasan tumbuhan.

Aktiviti pembandaran

• Aktiviti penurapan muka bumi.• Menjejaskan kadar susupan.• Meningkatkan kadar larian air permukaan.

Aktiviti perindustrian

• Pembebasan bahan pencemar.• Bahan pencemar (nukleus higroskopik) – proses pemeluwapan.• Kualiti air tidak bersih – hujan asid

Page 4: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP KITARAN HIDOLOGRI

Pembinaan empangan

• Mengurangkan kadar larian air permukaan.• Menambah kadar sejatan.

Aktiviti penghutanan semula dan penghijauan persekitaran.

• Penanaman semula pokok-pokok.• Meningkatkan kadar perpeluhan.• Proses pintasan untuk membantu proses susupan air.

Page 5: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

BANJIR KILAT

Definisi

• Peningkatan aras air permukaan yang berlaku dengan cepat disebabkan curahan hujan yang lebat dalam masa yang singkat dan air surut dengan cepat selepas hujan berhenti.

• Kadar larian air permukaan yang banyak kerana kadar susupan yang rendah disebabkan permukaan tanah bandar dilitupi oleh lapisan tar, aspalt dan simen.

Page 6: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Punca-punca berlakunya banjir kilat

Kekurangan permukaan telap air.

• Proses pembandaran menyebabkan permukaan bumi diturap.• Kadar susupan berkurangan, meningkatkan larian air permukaan.

Sistem saliran yang tidak cekap.

• Sistem longkang yang sempit dan cetek tidak menampung isi padu air yang tinggi.

• Air lebih cepat melimpah.

Kekurangan litupan tumbuhan.

• Kekurangan tumbuhan mengurangkan proses pintasan air hujan.• Air hujan terus jatuh ke permukaan bumi dan membentuk larian air

permukaan.

Page 7: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Punca-punca berlakunya banjir kilat

Penebusgunaan kawasan tanah lembap.

• Kawasan tanah lembap seperti paya yang bertindak sebagai kawasan tadahan dan simpanan air hujan.

• Apabila ia ditebus guna, air hujan terus mengalir masuk ke dalam longkang.

Faktor penduduk.

• Sikap negatif penduduk membuang sampah ke dalam longkang dan sungai tersumbat dan cetek.

• Sungai atau longkang mudah melimpah.

Page 8: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Langkah-langkah mengatasi masalah banjir kilat di kawasan bandar

Langkah perunda

ngan

• Wartakan tanah lembap sebagai hutan kekal.

• Tindakan undabg-undang terhadap penduduk yang membuang sampah ke dalam sungai.

Penyelengaraan

sistem saliran

•Membersih, melebar dan mendalam dan meluruskan sistem longkang dan sungai.•Pengurusan sungai kelang dan sungai gombak.

Page 9: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Langkah-langkah mengatasi masalah banjir kilat di kawasan bandar

Menambah

kawasan hijau

• Menanam rumput dan pokok-pokok peneduh yang boleh bertindak sebagai pintasan air.

• Mengurangkan permukaan berturap.

Kempen kesedar

an

• Memberi kesedaran kepada penduduk agar tidak membuang sampah ke dalam sungai.

• Menjelaskan kepentingan menjaga longkang dan sungai untuk mengelakkan berlakunya banjir kilat.

Page 10: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

KEMEROSOTAN KUALITI SUMBER AIR

DEFINISI KONSEP

• Pencemaran terhadap sumber-sumber air yang bersih sama ada dari sungai, laut,tasik, kolam atau takungan semula jadi, air bawah tanah dan juga air hujan yang tercemar dan kualitinya semakin rendah.

• Indek pencemaran air boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan BOD, kandungan e-Coli, NH2- N, kandungan pepejal terampai (SS), nilai keasidan (pH) di samping perubahan warna dan bau.

Page 11: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Faktor-faktor yang menyebabkan kualiti sumber air merosot.

Pembangunan tanah.

• Pembangunan tanah untuk aktiviti pertanian, petempatan dll.• Partikel tanih yang terhakis mencemarkan air.• Sumber air tercemar dengan pepejal terampai dan keruh.

Kegiatan pertanian.

• Penggunaan racun DDT dan baja kimia mencemar sumber air melalui larutresap dan larian air permukaan.• Dikesan melalui nilai pH.

Kegiatan penternakan.

• Pembuangan sisa ternakan tanpa dirawat mencemarkan sumber air.• Menyebabkan sumber air tercemar dengan e-Coli dan berbau busuk.

Page 12: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Faktor-faktor yang menyebabkan kualiti sumber air merosot.

Kegiatan perindustrian.

• Pembebasan sisa kilang memproses getah, memproses kelapa sawit, dan industri kimia akan mencemarkan sumber air.• Diukur berdasarkan BOD.• Pelepasan asap kilang akan menghasilkan hujan asid.

Kegiatan pelancongan.

• Pembebasan sisa kumbahan dari hotel, resort dll akan mencemarkan sumber air.• Meningkatkan kandungan e-Coli.

Perkembangan sektor pengangkutan.

• Pembuangan enap cemar dan pelanggaran kapal akan mencemarkan laut.• Berlaku tumpahan minyak/tar yang menutupi permukaan laut.

Page 13: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Faktor-faktor yang menyebabkan kualiti sumber air merosot.

Proses pembandaran.

• Pembandaran menyebabkan berlaku pertambahan penduduk.• Meningkatkan pembuangan sisa domestik dan sisa kumbahan.• Sebahagiannya dibuang ke sungai dan menyebabkan berlakunya pencemaran sumber air.

Pembangunan sumber tenaga.

• Peringkat awal pembinaan empangan akan menyebabkan sungai berkelodak dan bahan ampaian.• Pembersihan loji penjanaan elektrik yang menggunakan petroleum juga akan mencemarkan sumber air.

Perkembangan sektor perlombongan.

• Perlombongan bijih timah akan menyebabkan pertambahan kelodak dalam sungai.• Kerja cari gali petroleum akan menyebabkan pencemaran semasa proses pengerudian.

Page 14: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Langkah-langkah bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti sumber air.

Langkah perundangan.

• Penguatkuasaan undang-undang melalui pemantauan/pengawasan teliti.• Tindakan tegas melalui denda, penarikan balik lesen, penjara dll terhadap pihak yang terlibat

mencemarkan sumber air.• Contoh – Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Merawat sumber air yang telah tercemar.

• Sisa air buangan kilang dan sisa kumbahan dirawat sebelum dilepaskan ke sungai atau laut.• Pembinaan perangkap sampah untuk membersihkan sungai daripada sampah.• Mempertingkatkan R&D – penggunaan efektif mikroorganisma (ME) yang bertindak membunuh bekteria

berbahaya.

Page 15: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Langkah-langkah bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti sumber air.

Mengawal-selia aktiviti pembalakan.

• Mencegah aktiviti pembalakan di kawasan rizab sungai dan kawasan tadahan/hutan simpan.• Menjamin sumber air tidak tercemar.

Meningkatkan kerjasama serantau.

• Kerjasama antara negara ASEAN untuk mengawal pencemaran laut.• Melibatkan pemantauan bersama, perkongsian teknologi dan kos pemeliharaan/pemuliharaan.

Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar.

• Menyedarkan masyarakat dan pelajar tentang kepentingan sumber air bersih.• Dilaksanakan melalui pelbagai saluran.

Page 16: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Konsep hidrologi bandar

• Satu edaran hidrologi tempatan yang melibatkan medium penting iaitu atmosfera bandar, daratan bandar dan sumber air di bandar.

• Proses pembandaran yang pesat menyebabkan impak nagetif misalnya kejadian banjir kilat, kesan terhadap luahan (discas) sungai, kemerosotan kualiti air dan kesan terhadap sumber air tanih.

Pembandaran dan Kesan Terhadap Sistem Hidrologi

Page 17: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Kesan pembandaran terhadap kitaran hidrologiPenurapan muka bumi

Mengurangkan kadar susupan.

Meningkatkan larian air permukaan.

Menjejaskan sumber air tanih.

Banjir kilat

Pemusnahan / penghapusan tumbuhan.Mengurangkan proses

perpeluhan.

Menghapuskan fungsi cegatan silara.

Lariang air permukaan meningkat.

Banjir kilat

Page 18: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Kesan pembandaran terhadap kuantiti dan isi padu air sungai.Proses pembandaran akan meningkatkan

jumlah air sungai secara mendadak selepas hujan lebat.

Banjir kilat

Punca banjir kilatPertambahan kawasan tidak telap

air

Jarak saliran semakin pendek

Penebus gunaan tanah lembap

Sikap penduduk - membuang sampa.h

Page 19: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Kesan pembandaran terhadap luahan (discas) bahan enapan sungai

Pembandaran akan meningkatkan larian air permukaan.

Peningkatan larian air permukaan akan meningkatkan luahan (discas) air sungai

Kombinasi antara luahan (discas) air sungai dengan bahan enapan akan

menghasilkan luahan enapan.

Page 20: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Kesan pembandaran terhadap kualiti air

Berlaku pencemaran sumber air di bandar.

Punca pencemaran sumber air

Pembunagan sisa toksik

Pembuangan sisa domestik

Pembuangan sisa kumbahan.

Diukur berdasarkan nilai BOD. BOD rendah (Kualiti Baik).

Kemerosotan sumber air tanih melalui proses larut-resap.

Pembebasan bahan pencemar dari industri ke udara – hujan asid.

Page 21: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Kesan pembandaran terhadap sumber air tanih di bandar.

Penurapan permukaan bumi akan menutup liang pori tanih.

Menjejaskan proses susupan – simpanan sumber air tanih berkurangan.

Penerokaan kawasan tadahan di pinggir bandar akan menjejaskan sumber air.

Kesan – sungai akan kehilangan sumber air dan menggalakkan kejadian tanah

mendap.

Page 22: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

PENGURUSAN SUMBER AIR

Konsep pengurusan sumber air lestari (berterusan)

• Melibatkan perancangan, analisis, penilaian, penggunaan, impak dan ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistemetik, cekap dan optimum tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan.

• Boleh memenuhi dua kriteria;• Menjamin bekalan air sentiasa ada, bersih dan berterusan untuk memenuhi

keperluan masa kini dan akan datang.• Penggunaan air yang cekap dan optimum dengan usaha-usaha

pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.

Page 23: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Pendekatan Pengurusan Sumber Air Lestari (Berterusan)

Page 24: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Pendekatan Pengurusan Sumber Air Lestari (Berterusan)

Page 25: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Langkah-langkah pengurusan sumber air lestari.

Membuat penelitian dan pengkajian awal.

• Penelitian terhadap sumber air yang ada berdasarkan perbandingan antara taburan dan kapasiti sumber dengan permintaan pengguna, sifat sumber air dan kajian EIA.

• Bertujuan untuk memastikan keberterusan sumber air dalam jangka masa panjang.

Pelaksanaan undang-undang.

• Membendung masalah pencemaran dan penggunaan sumber air tanpa kebenaran.• Dapat mengekalkan kawasan tadahan dan mewujudkan zon-zon penampan bagi menjamin storan air bawah tanah.• Mengenakan tindakan tegas kepada pihak yang mencemarkan sumber air.

Langkah merawat sumber-sumber air.

• Air yang tercemar akan dirawat semula sebelum disalurkan semula ke sungai.• Mempertingkatkan R&D.

Page 26: Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia

Langkah-langkah pengurusan sumber air lestari.

Kos rawatan yang tinggi dikongsi bersama oleh kerajaan dan swasta.

• Kerjasama antara PBT dan JPS menyediakan perangkap sampah untuk mengurangkan risiko pencemaran bahan pepejal.

• Air yang digunakan oleh industri dan domestik dikitar semula.

Memajukan sumber air alternatif.• Sumber air yang berpotensi seperti air bawah tanah, air takungan

tasik, kolam semula jadi atau buatan manusia dan air hujan.• Air bawah tanah paling berpotensi kerana masih bersih dan

selamat digunakan dengan rawatan minimum.Memperbaiki sistem pangagihan dan pengurusan air.

• Mengantikan rangkaian paip-paip air lama, menambah tangki-tangki simpan, meningkatkan kapasiti loji rawatan dan kecekapan kakitangan agensi pengurusan bekalan air.

Pendidikan kepenggunaan air.

• Menyedarkan masyarakat dan pelajar tentang kepentingan sumber air bersih.

• Dilaksanakan melalui pelbagai saluran.