bab 2 darah 2.3
DESCRIPTION
sainsTRANSCRIPT
-
Air meliputi 95% daripada berat bersih suatu
tumbuhan
Air adalah medium yang mengangkut bahan dalam
tumbuhan
Air sangat penting untuk mengekalkan kesegahan
sel tumbuhan
AIR
-
Air yang memasuki sel tumbuhan akan mengenakan tekanan terhadap dinding sel.
Maka, sel itu menjadi segah dan membekalkan kekuatan untuk menyokong tumbuhan
-
Jika suatu tumbuhan kehilangan banyak air berbanding air yang diserap, maka sel tumbuhan tersebut akan hilang kesegahandan menjadi lembut
Sel yang lembut tidak mampu menyokong tumbuhan maka tumbuhan akan layu
-
Transpirasi adalah proses kehilangan air dalam bentuk wap air
melalui liang-liang stoma tumbuhan
Stoma ialah liang kecil pada permukaan tumbuhan
Lebih banyak stoma ditemui di bahagian permukaan bawah daun
daripada permukaan atas daun
Stoma terletak antara sepasang sel berbentuk ginjal yang dikenali
sebagai sel pengawal
Sel-sel pengawal mengawal saiz liang stoma atau pembukaan dan
penutupan stoma. Sel pengawal mempunyai kloroplas
Stoma
Sel
Pengawal
Sel
Epidermis
-
Fungsi-gungsi stoma:-i) membenarkan wap
air meresap semasa transpirasi
ii) membenarkan pertukaran gas semasa fotosintesis dan respirasi
Stoma
Sel
Pengawal
Sel
Epidermis
-
Pada waktu siang, stoma terbuka untuk membolehkan pertukaran antara karbon dioksida dengan oksigen berlaku
Ini membolehkan proses fotosintesis berlaku
Pembukaan stoma menyebabkan kehilangan air semasa proses transpirasi
Suatu tumbuhan boleh menutup stoma pada hari panas untuk mengurangkan kehilangan air melalui proses transpirasi
-
(1) Suhu cuaca panas meningkatkan transpirasi. Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar transpirasi
(2) Pergerakan udara kadar transpirasi lebih tinggi semasa hari berangin. Lebih laju pergerakan udara, lebih tinggi kadar transpirasi kerana angin membawa wap air jauh dari stoma ke sekeliling
(3) Kelembapan Apabila udara di sekeliling adalah kering dan kurang lembap, lebih wap air akan tersejat daripada daun. Lebih rendah kelembapan, lebih tinggi kadar transpirasi
(4) Keamatan cahaya cahaya merangsang stoma untuk terbuka dan lebih banyak wap air tersejat daripada daun. Oleh itu, ia meningkatkan kadar transpirasi
-
1. Membantu dalam penyerapan air dan garam
mineral daripada tanah
2. Membantu penyebaran air dan garam
mineral ke seluruh tumbuhan
3. Membantu menyingkirkan air berlebihan
daripada tumbuhan
4. Membantu menyejukkan tumbuhan pada
hari panas
-
Sistem pengangkutan dalam tumbuhan terdiri daripada tisu-tisu vaskular yang
terdapat pada akar ,batang dan daun
Komponen utama tisu vaskular ialah tisu xilem dan tisu floem
-
Mengangkut air dan garam mineral terlarut
dari akar ke batang dan seterusnya ke daun
Terbina daripada salur-salur xilem yang
terdiri daripada sel-sel mati tanpa nukleus
dan sitoplasma
Membentuk tisu berkayu yang menjadi
sokongan kepada tumbuhan
-
Mengangkut makanan (glukosa) yang
dihasilkan oleh daun semasa fotosintesis,
dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan
Terdiri daripada tisu lembut yang terbina
daripada sel-sel hidup disebut tiub tapis, sel
rakan dan sel parenkima
-
Menghasilkan sel-sel xilem dan floem yang baru.