bab 2 get get logik elektronik digit bbv30403

31
ELEKTRONIK DIGIT BBV 30403 GET – GET LOGIK

Upload: muhamad-syaaban-sahidin

Post on 27-Sep-2015

259 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

ELEKTRONIK DIGIT BBV 30403

GET GET LOGIK

1

GET-GET LOGIK ASAS

Aras Logik bermaksud keadaan pembolehubah voltan. Julat voltan tersebut diungkapkan samada dengan logik 1 (Tinggi) atau logik 0 (Rendah).

Gelembung bermaksud bulatan kecil pada garis masukan atau keluaran pada simbol litar logik yang melambangkan penyongsangan isyarat tertentu. Jika gelombang itu hadir, masukan atau keluaran itu dikatakan menjadi aktif -rendah.

Aktif Tinggi bermaksud masukan atau keluarannya aktif apabila masukan atau keluarannya Tinggi ( logik 1 )

Aktif Rendah bermaksud masukan atau keluarannya aktif apabila masukan atau keluarannya Rendah ( logik 0 )

2

GET DAN ( AND GATE )

** Logik 0 menunjukkan masukannya RENDAH (Low Voltage).

** Logik 1 menunjukkan masukkannya TINGGI (High Voltage).

3

GET ATAU ( OR GATE )

Keluaran get ATAU akan TINGGI (logik 1 jika kedua-dua masukannya adalah TINGGI ataupun salah satu masukannya (A atau B) TINGGI.

4

GET TAK ( NOT GATE )

Get TAK dikenali juga sebagai INVERTER. Get TAK mempunyai hanya satu masukan dan satu keluaran. A digunakan untuk komplimen atau alikan isyarat digital. Jika masukan 0 keluaran akan dialikkan ke 1 dan sebaliknya. Simbol dan jadual kebenaran bagi get TAK ditunjukkan pada rajah di bawah

5

6

GET TAK DAN ( NAND GATE )

Get TAK DAN berfungsi sebagai get TAK dan get DAN atau dikenali sebagai get DAN diikuti oleh get TAK. Operasi get TAK DAN sama seperti get DAN kecuali keluarannya adalah terbalik. Simbol serta jadual kebenarannya adalah seperti pada rajah berikut.

7

8

GET TAK ATAU (NOR GATE)

Get TAK ATAU adalah gabungan get ATAU dan get TAK. Operasi bagi get TAK ATAU adalah sama dengan get ATAU kecuali keluarannya adalah terbalik. Simbol dan jadual kebenaran adalah seperti rajah di bawah.

9

10

GET EXCLUSIVE-OR (EX-OR)

Get EX-OR menghasilkan keluaran tinggi jika hanya salah satu masukannya tinggi. Simbol serta jadual kebenarannya adalah seperti yang di bawah. Cuba anda lihat perbezaan keluarannya dengan get ATAU (OR GATE).

11

12

GET EXCLUSIVE-NOR (EX-NOR)

Get EX-NOR menghasilkan keluaran tinggi jika kedua-dua masukan adalah tinggi atau rendah. Simbol serta jadual kebenarannya adalah seperti yang di bawah.

13

14

KOMBINASI GET-GET ASAS

Get-get logik adalah elemen asas untuk membentuk suatu litar sistem digital. Get logik mempunyai satu terminal keluaran dan satu atau lebih terminal masukan. Keluarannya ialah logik 1 atau logik 0 bergantung kepada keadaan masukan.

Bulatan kecil pada garis masukan atau keluaran pada simbol litar logik yang melambangkan penyongsangan isyarat tertentu. Jika gelombang itu hadir, masukan atau keluaran itu dikatakan menjadi aktif -rendah.

15

GET TAK ( NOT GATE )

Get TAK dikenali juga sebagai INVERTER. Get TAK mempunyai hanya satu masukan dan satu keluaran. A digunakan untuk komplimen atau alikan isyarat digital. Jika masukan 0 keluaran akan dialikkan ke 1 dan sebaliknya. Simbol dan jadual kebenaran bagi get TAK

AY0110

@

16

GET TAK DAN ( NAND GATE )

Get TAK DAN berfungsi sebagai get TAK dan get DAN atau dikenali sebagai get DAN diikuti oleh get TAK. Operasi get TAK DAN sama seperti get DAN kecuali keluarannya adalah terbalik.

A B Y 0 01 0 11 1 01 1 10

17

GET TAK ATAU (NOR GATE)

Get TAK ATAU adalah gabungan get ATAU dan get TAK. Operasi bagi get TAK ATAU adalah sama dengan get ATAU kecuali keluarannya adalah terbalik.

ABC001010100110

18

KOMBINASI GET-GET EKSKLUSIF

Gabungan get-get eksklusif bermaksud gabungan beberapa get-get logik seperti get DAN, TAK DAN, TAK dan get Eksklusif atau (OR), Eksklusif Takatau di dalam satu litar.

Secara umum kita boleh katakan litar logik gabungan ialah salah satu jenis atau cabang litar didalam sistem digital.

19

CONTOH 1:

GET DAN

GET EX ATAU

JADUAL KEBENARAN

20

CONTOH 2 :

A0B

A0B

Cin

Cin

AB

A0B.Cin

Cout = AB +(A0B)Cin

= A0B 0 Cin

JADUAL KEBENARAN

21

KOMBINASI GET-GET LOGIK

22

KOMBINASI GET-GET logik

Litar dalam elektronik berdigit boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu litar kombinasi get logik dan litar jujukan.

Litar kombinasi get logik ialah litar rangkaian get dengan keluaran yang bergantung kepada keadaan di masukan get pada keadaan semasa.

Ialah rangkaian beberapa get dengan keluaran yang bergantung kepada keadaan di masukan. Kombinasi get logic akan dibina berdasarkan ungkapan logic dan ungkapan logic terhasil berdasarkan kombinasi get logic.

Antara kegunaan litar kombinasi get logik ialah dalam pembinaan litar penambah atau penolak dan juga dalam melaksanakan sesuatu reka bentuk litar logik. Kebolehan menganalisis litar kombinasi get logik adalah diperlukan terutamanya dalam mereka bentuk litar logik.

23

Perkara asas persamaan logik iaitu :

a)Apabila ada tanda + di antara dua atau lebih pembolehubah, contohnya A + B + C, ini bermakna semua pemboleh ubah di ATAU kan.

b)Apabila ada tanda . di antara dua atau lebih pembolehubah, contohnya A . B . C, ini bermakna semua pembolehubah di DAN kan.

24

KOMBINASI get-get logik

25

CONTOH 1

Persamaan di atas mempunyai 2 sebutan iaitu dan A . B dan dua pembolehubah iaitu A dan B.

Sebutan pertama menggunakan fungsi logik DAN di antara A dan B di mana A adalah diterbalikkan bagi A. Ia diperolehi dengan menggunakan get TAK.

Sebutan kedua juga menggunakan fungsi logik DAN di antara A dan B. Kedua-dua sebutan di atas di ATAU kan untuk membentuk persamaan bagi Y.

26

CONTOH 2

Ungkapan ini mengandungi tiga sebutan iaitu : AC, BC dan ABC dengan semuanya di ATAU kan bersama.

Litar logik gabungan boleh dilukis dengan 2 cara :

a) Gunakan Get ATAU-3 masukan dengan masukan AC, BC dan ABC. Ini digambarkan dengan rajah di bawah.

b) Setiap masukan get ATAU merupakan sebutan hasildarab DAN, oleh itu get DAN dengan masukan yang sesuai boleh digunakan untuk menerbitkan setiap sebutan itu.

27

LITAR KOMBINASI get-get logik

28

GET-GET Logik litar bersepadu (IC)

Cip Litar Bersepadu (IC Chip) terbahagi kepada beberapa jenis, berdasarkan bilangan get-get di dalamnya :-

SSI (Smal Scale Integration), mengandungi kurang daripada 12 get-get asas per cip

MSI (Medium Scale Integration), mengandungi 12 - 99 get-get asas per cip

LSI (Large Scale Integration), mengandungi 100 - 999 get-get asas per cip

VLSI (Very Large Scale Integration) mengandungi 10,000 - 99,999 get-get asas per cip

ULSI (Ultra Large Scale Integration), mengandungi lebih 100,000 get-get asas per cip

29

GET-GET Logik litar bersepadu (IC)

Keluarga Litar Bersepadu (IC Chip) yang utama terbahagi kepada 2 iaitu :-

Bipolar Junction Transistor (BJT)

TTL

ECL

Metal Oxide Semiconductor (MOS) drp FET

PMOS

NMOS

CMOS

30

GET-GET Logik litar bersepadu (IC)

TTL (transistor-transistor logic) yang merujuk kepada penggunaan BJT dalam pembinaannya.

Ada beberapa jenis TTL iaitu; standard TTL, low-power TTL, Schottky TTL, low-power Schottky TTL, advanced low-power Schottky TTL, advanced Schottky TTL.

CMOS (complementary metal oxide semiconductor) merujuk kepada penggunaan PMOS dan NMOS dalam pembinaannya.

Sesuatu cip yang dibina dengan menggunakan TTL dan CMOS akan menjalankan fungsi dan operasi yang sama. Yang membezakannya hanyalah ciri prestasinya (performance characteristic).

31