bab 2 - potret hubungan etnik (1).ppt

45

Upload: mohd-fauzi

Post on 18-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • HASIL PEMBELAJARAN Memahami sejarah pembentukan masyarakat plural di Malaysia. Mengenalpasti teori-teori hubungan etnik. Menjelaskan konsep-konsep hubungan etnik dan aplikasinya di Malaysia.

  • PENGENALANBab ini membincangkan:Sejarah pembentukan masyarakat berbilang etnik di Malaysia:Zaman Kesultanan Melayu Melaka.Zaman kolonial Inggeris. Teori dan konsep penting dalam memahami kepelbagaian etnik. Mengaplikasi konsep ras dan etnik dalam memahami kepelbagaian etnik di Malaysia.

  • HASIL PEMBELAJARAN 1 Rujuk ms 30-36

  • ZAMAN GEMILANG MELAYU MELAKAEmpayar Melaka dikenali sebagai Venice of the East.Masyarakat plural terbentuk secara semulajadi dengan interaksi orang tempatan dan pedagang-pedagang asing.

    Pelabuhan Melaka sewaktu zaman kegemilangannya.

  • Kemuncak pluraliti Empayar Melaka: Pelabuhan Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh dunia. Para pegawai istana bukan hanya terdiri daripada orang Melayu tempatan, tetapi juga orang India.Berlaku juga perkahwinan campur antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan pemerintah Cina. Zaman ini bukan zaman negara bangsa. Pedagang tidak perlu pasport atau visa.

  • Ringkasnya, zaman keagungan Melaka boleh dilihat dari aspek:PemerintahanPerdaganganKependudukanKebudayaan

  • ZAMAN KOLONIAL INGGERIS (1874 hingga 1957)Kedatangan British ke Alam Melayu berlandaskan serampang tiga mata:Keagamaan.Kekayaan.Kemegahan.Kolonialisme membawa kepada penaklukan:Ruang fizikal.Ruang pemikiran/epistemologi.

  • Perubahan komposisi penduduk Tanah Melayu:Sebelum tahun 1848 hampir kesemuanya orang Melayu.Kemasukan besar-besaran orang Cina pada pertengahan abad ke-19 berkerja di lombong bijih timah.Kemasukan besar-besaran orang India pada awal abad ke-20 bekerja di ladang-ladang getah.

  • Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi penduduk Melayu.Kewujudan penduduk pelbagai kaum.Mengekalkan budaya masing-masing.Pengasingan dari segi ruang fizikal dan ekonomi pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi masing-masing.Hasilnya masyarakat majmuk (plural society).

  • Masyarakat majmuk (plural society) J.Nagata. 2001. Plural Societies, in International Encyclopedia of the Social & Behavioral Sciences, pp.11513-11516. Elsevier Science Ltd. The idea of the plural society was first coined by a British colonial administrator, Furnivall, on the basis of practical experience in Southeast Asia, in his classic volume, Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma & Netherlands India (1939), more as a descriptive device than as theory.It reflected the condition, common in colonial and later, newly independent postcolonial states, of deeply divided societies, usually along ascriptive lines of ethnicity, or race, but also of culture, religion, or language.

  • Zaman Kolonial Inggeris -Permulaan era pembangunan negara dan pembentukan masyarakat majmuk.

  • Garis waktu

  • Teori Kelas

    Cox (1948) mendapati masalah hubungan ras dan etnik (di AS) berhubung rapat dengan kelas dan sistem kasta yang melibatkan golongan kapitalis berkulit putih terhadap orang bukan kulit-putih dan buruh. Rumusan Cox: keuntungan pihak kapitalis dalam memperoleh sumber menindas kaum buruh.Dalam hubungan yang tidak sama rata ini, wujud sistem yang mendukung ketidaksamarataan dalam struktur masyarakat yang memisahkan juga buruh kulit putih daripada kulit hitam.Kategori ras seterusnya wujud dalam kehidupan sosial masyarakat kapitalis yang menguntungkan kelas pemerintah dan pertembungan dengan kelas buruh.

  • Teori Masyarakat Majmuk

    Masyarakat yang terdiri daripada kumpulan status atau tuan tanah yang boleh dibezakan dalam susunan ekonomi, dan terikat dalam sektor politik pada tahap yang berbeza,akan dikenali sebagai masyarakat majmuk.Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas.Kategori ras dalam masyarakat majmuk ditentukan oleh sejarah; dan kategori berkenaan dibentuk oleh persaingan dan konflik antara kumpulan.

  • Teori Pilihan Rasional Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik: Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza. Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial. Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanya. Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan tertutup. Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat,individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih eratdengan individu lain yang terlibat. Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati,maka ia akan mengambil tindakan menggemblengkan kekuatan kolektif, dan dimensi yang dipilih akan menggambarkan konteks sejarah budaya masyarakat tersebut. Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan. Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka. Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup.

  • Sila tonton klip video yang disediakan.

  • Konsep EtnikBerasal dari perkataan ethnos

    Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

    Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

  • Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum

    Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.

    Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.

    Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.

  • Konsep EtnisitiEtnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya jelas di mana anggotanya berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

  • EtnosentrismeManakala etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

    Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif melihat kelompok etnik lain daripada lensa dan kacamata etnik sendiri.

  • Konsep Ras dan RasismeIstilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun membawa makna berbeza.

    Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampuraduk dan digunakan secara bertukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.

    Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak sepatutnya dikenali sebagai etnik tetapi juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

    Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan selainnya.

    Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

  • Manakala rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan perbedaan wajah fizikal-bilogikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui prilaku atau tindakan terbuka.

    Rasisme adalah gabungan prejudis dan kuasa diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit, mata dan ciri-ciri fizikal-biologikal selainnya.

  • Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi.

    Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada yang berstatus lebih rendah.

    Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.

    Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat di dalam struktur sosial.

  • Konsep Prejudis dan Stereotaip Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif yang tersemat di dalam hati seseorang atau satu kelompok etnik, yang sering tidak diluahkan secara terbuka, mengenai ahli atau kelompok etnik lain.

    Selalunya pandangan ini adalah tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan ianya menjadi stereotaip.

    Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandangn negatif terhadap etnik lain. Mengubah prejudis yang tinggi terhadap sesebuah etnik lain adalah sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.

    Prejudis yang wujud biasanya berasaskan sokongan yang aktif daripada masyarakat sekeliling. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada satu generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dari aspek politik, ekonomi sosial dan sebagainya.

  • Manakala stereotaip pula ialah kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik seperti semua orang Arab itu Islam, orang Belanda itu kedekut dan sebagainya.

    Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik lain. Ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.

    Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia.

    Ini kerana fahaman stereotaip akan menjadikan sesuatu etnik itu akan memandang rendah kepada etnik lain dan seterusnya membawa implikasi kepada terbatasnya interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

  • Konsep Diskriminasi Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi prilaku pihak yang berpandangan negatif. Ringkasnya, diskriminasi adalah perbuatan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

    Diskriminasi merupakan hasil terjemahan daripada prasangka yang ada pada sesuatu etnik.

    Ia semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada di peringkat individu ataupun kumpulan etnik.

  • Konsep Tahap Hubungan Etnik

  • Segregasi Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

    A + B + C

  • Akomodasi Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka

    A + B + C = A + B + C

  • AkulturasiIa merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

  • Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah dan dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpow, makanan, hiburan dan sebagainya

  • Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:i.Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.ii.Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya.A + B + C = Ai + Bi + Ci

  • AsimilasiIa merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, merupakan antara contoh berlakunya proses asimilasi

  • Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:

    i.Etnik yang berbeza budaya.ii.Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.iii.Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

  • Kejayaan asimilasi bergantung kepada:i.Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.ii.Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.iii.Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil.iv.Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.v.Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

  • Faktor penghalang asimilasi ialah:

    i.Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.ii.Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.iii.Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.A + B + C = A

  • AmalgamasiIa merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.

    Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.A + B + C = D

  • Tahap-tahap Hubungan EtnikSEGREGASIAKOMODASIAKULTURASIASIMILASIAMALGAMASIPemisahan antara etnik.Dasar apateidSedar perbezaan budaya.Hidup dengan harmoniMinoriti menerima budaya majoriti, tanpa ubah budaya asalMinoriti terima budaya dominanPercampuran membentuk kelompok baru.Kahwin campur

  • Proses IntegrasiRendahTinggi

  • Dasar Apartheid pengasingan orang kulit putih dan kulit hitam di Afrika Selatan 1948-1994 Segregasi. Makanan pelbagai kaum diterima ramai di Malaysia Akulturasi

  • Angpau Tahun Baru Cina dan angpau Hari Raya AidilFitri Akulturasi.Kaum Peranakan India (Chetty) dan Peranakan Cina (Baba & Nyonya) Amalgamasi.

  • PENUTUPPotret hubungan etnik di Malaysia pada masa kini terbentuk oleh sejarah lampau serta interaksi kompleks pelbagai faktor yang berlaku pada masa kini. Kefahaman tentang konsep-konsep dan teori-teori berkaitan hubungan etnik penting untuk memahami potret hubungan etnik di negara ini.