bab 2.instrumen.bm

Upload: ahmadsalim-hambiah

Post on 06-Jul-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    1/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    1

    Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

    Bab 2: Instrumen Pentaksiran Bahasa

    Bab 3: Pentaksiran Bahasa Melayu KSSR

    Bab 4: Dokumen Standard PrestasiBab 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar

    Bab 6: Pentaksiran Kemahiran Bertutur

    Bab 7: Pentaksiran Kemahiran Membaca

    Bab 8: Pentaksiran Kemahiran Menulis

    Bab 9: Mentaksir Aspek-Aspek Bahasa

    Tertentu

    Bab 10: Kaedah Pentaksiran Alternatif

    BAB 2: Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

    a) 

    Menerangkan tujuan pentaksiran bahasa Melayu

    b) 

    Membezakan antara jenis-jenis ujian bahasa

    c) 

    Menerangkan jenis-jenis ujian titik diskrit bahasa Melayu

    d)  Menerangkan jenis-jenis ujian integratif bahasa Melayu

    2.1 Mukadimah

    2.2 Tujuan Pentaksiran Bahasa

    2.3 Jenis-Jenis Ujian Bahasa

    2.4 Ujian Titik Diskrit & Ujian Integratif

    2.5 

    Ujian Titik Diskrit untuk Bahasa

    Melayu

    2.6 Ujian Integratif untuk Bahasa Melayu

    Ringkasan

    Rujukan

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    2/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    2

    Bab ini bertumpu kepada perbincangan tentang tujuan pentaksiran bahasa Melayau dan jenis-

     jenis ujian bahasa. Tumpuan ialah kepada jenis-jenis ujian titik diskrit dan ujian integratif

    serta contoh-contoh untuk setiap jenis ujian.

    Apabila guru ditanya, mengapa anda mentaksir murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu,

    ramai akan menjawab; “untuk mengetahui sejauh manakah murid dapat menguasai apa yang

    diajar atau band yang dapat dicapai oleh murid”. R aminah Sabran (1985) mencadangkan

     bahawa pada amnya, tujuan pentaksiran bahasa Melayau ialah untuk:

      Menentukan tahap kefasaihan  murid

    mendengar, bertutur, membaca dan

    menulis bahasa Melayu

      Mengenal pasti aspek-aspek bahasa

    yang menjadi masalah kepada murid

     

    Membantu guru menilai keberkesananstrategi pengajaran  yang digunakan

    dalam bilik darjah

      Menempatkan murid  kepada

    kumpulan, aliran dan peringkat sesuai dengan kebolehan dan keupayaan masing-

    masing

      Mengenal pasti murid yang memerlukan tindakan pemulihan  supaya tidak terus

    ketinggalan

      Memastikan band atau tahap penguasaan dapat dicapai sebaik-baiknya

      Mengenal pasti murid berkebolehan istimewa (lemah atau pintar) dan mengaturkan

    peluang untuk mereka terus berjaya

    Terdapat pelbagai jenis ujian bahasa tertakluk kepada tujuan pengujiannya. Rajah 2.1

    menunjukkan empat jenis ujian bahasa yang kerap digunakan oleh guru di sekolah rendah.

    Kepada  pelajar , pentaksiran dibuat untuk mendapatkan maklumat yang dapat membantu

    membuat keputusan berkaitan pemulihan, pengayaan, pemilihan, keistimewaan, kemajuan

    dan pensijilan. Bagi  pengajar , pentaksiran memberi maklumat tentang pencapaian objektif,

    keberkesanan kaedah pengajaran dan bahan pembelajaran

    2.1 Mukadimah

    2.2 Tujuan Pentaksiran Bahasa

    2.3 Jenis-Jenis Ujian Bahasa

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    3/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    3

    Rajah 2.1 Jenis-Jenis Ujian Bahasa

    UJIAN PENCAPAIAN ( Achievement Test)  Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid telah menguasai kemahiran-

    kemahiran atau isi pelajaran yang telah diajarkan kepada mereka. Soalan-soalan yang

    dikemukakan mestilah berkenaan dengan apa yang telah diajrkan sahaja. Adakah anda

     bersetuju dengan pendapat ini? Ujian ini dijalakan:

      Setelah tamat sesuatu unit pembelajaran

     

    Setelah tamat mempelajari sesuatu standard pembelajaran [contohnya evidens murid boleh Menulis perkataan yang mengandungi dua dan tiga suku kata]

    Jarak markah muird pada ujian awal dan akhir kursus itu menggambarkan tahap

     pencapaiannya, setelah sekian lama mengikuti kursu tersebut.

    UJIAN KEFASIHAN (Proficiency Test)Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang murid itu menguasai

    sesuatu bahasa secara keseluruhan. Contohnya, Ujian Kefasihan Bahasa Melayu digunakan

    untuk menentukan sejauh manakah seseorang pelajar asing telah menguasai bahasa

     berkenaan. Ujian ii berbeza dengan Ujian Pencapaian

    kerana ujian ini TIDAK berdasarkan kepada suatu

    kandungan atau isi pelajaran tertentu. Sebaliknya,

    ujian kefasihan menilai kebolehan umum seseorang

    terhadap bahasa yang dipelajarinya. Contohnya, untuk

    menentukan tahap kefasihan bahasa Inggeris,

    sesetengah institusi menggunakan IELTS yang

    menghasilkan band-band tertentu bagi menunjukkan

    tahap penguasaan bahasa tersebut.

    Ujian kefasihan juga digunakan sebagai ujian penempatan. Berdasarkan skor yang diperolehi, guru dapat menempatkan sesesorang dalam

    Jenis-Jenis

    Ujian Bahasa

    Ujian

    Diagnostik

    Ujian Pencapaian

    Ujian

    Kefasihan

    Ujian Penempatan

    IELTS (International English

    Language Testing System  ) ialah

    ujian kefasihan Bahasa Inggeris

    yang sungguh popular untuk

    kemasukan ke institusi pengajian

    tinggi. Setiap tahun seramai 12

     juta orang daripada seluruh

    dunia mengambil ujian tersebut.

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    4/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    4

    kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan keupayaannya. Contohnya, sama ada untuk

    menempatkan seseorang itu dalam kumpulan ‘peringkat awal’, ‘peringkat pertengahan’ atau

    ‘peringkat tinggi’. Ujian kefasihan bahasa juga digunakan oleh sesetengah syarikat untuk

    memilih pekerja atau dijadikan salah satu daripada keperluan untuk kenaikan gaji atau

    kenaikan pangkat.

    UJIAN DIAGNOSTIKUjian diagnostik digunakan terutamanya dalam mata pelajaran bahasa dan matematik. Ujian

    diagnostik dijalankan pada permulaan pengajaran atau selepas sesuatu atau topik telah

    selesai.

      Ujian diagnostik yang ditadbirkan pada sebelum   bermulanya pengajaran bertujuan

    untuk mentaksir kesediaan murid serta apa yang diketahui dan tidak diketahui.

    Contohnya, guru mungkin memberi ujian bacaan pada awal tahun untuk memastikan

    tahap penguasaan murid. Berdasarkan maklumat tersebut, dia dapat mengenal pasti

    murid-murid yang masih lemah dan mengaturkan intervensi awal untuk membawa

    murid-murid berkenaan kepada tahap yang diingini. Sebaliknya, sekiranya sesetengahmurid membaca pada tahap yang sangat tinggi, guru mungkin mengaturkan program

    pengayaan untuk mereka.

      Ujian diagnostik yang ditadbirkan selepas   pengajaran sesuatu topik atau unit

     bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan murid dalam aspek-aspek bahasa yang

    sukar dikuasai oleh murid (Raminah Sabran, 1985). Hasil ujian tersebut, guru dapat

    memperlihatkan setakat mana kemampuan murid dalam bahasa. Berdasarkan

    maklumat itu guru dapat merangka strategi tindakan susulan  untuk murid-murid

    yang tidak dapat menguasai apa yang diajar dan membawa mereka kepada tahap

     penguasaan murid-murid lain.

    Ujian diagnostik tidak memerlukan pemarkahan, skor atau gred. Yang pentingnya guru

    mestilah memeriksa kertas jawapan dengan teliti untuk mengesan aspek-aspek manakah

    murid menghadapi masalah atau lemah.

    UJIAN PENEMPATAN Ujian penempatan ialah sejenis ujian yang

     bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebolehan

    dan keupayaan murid. Berdasarkan maklumat

    yang diperolehi, guru menempatkan murid

    dalam kumpulan tertentu untuk membolehkantumpuan yang terperinci diberikan. Lihat

    Gambar disebelah. Sesetengah sekolah rendah

    memberi ujian bahasa kepada murid yang

     berdaftar untuk Tahun 1 untuk menentukan

    tahap kemahiran membaca dan menulis. Murid-

    murid yang lemah ditempatkan dalam kelas

    intensif khas.

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    5/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    5

    Satu isu penting dalam pengujian kemahiran bahasa ialah sama ada untuk menggunakan

    ‘ujian titik diskrit’ (discrete point test ) atau ‘ujian integratif’ (integrative tests). Perkataan

    ‘diskrit’  berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris discrete  yang bermakna berasingan.

    Ujian titik diskrit digunakan dengan andaian bahawa kemahiran bahasa (mendengar, bertutur,membaca & menulis) boleh dibahagikan kepada komponen-komponen linguistik kecil dan

    diuji secara berasingan. Contohnya, ujian aneka pilihan adalah salah satu ujian titik diskrit

    yang digunakan untuk menguji penguasaan tatabahasa. Setiap soalan menguji hanya satu unit

    kecil tata bahasa seperti penambanan “me”  atau “pe”. Lihat Rajah 2.2 yang menunjukkan

     beberapa contoh ‘ujian titik diskrit’ seperti aneka-pilihan, betu-salah, padanan, melengkapkan

     pernyataan, melabel, ejaan, mengisi tempat kosong dan sebagainya.

    Bagaimana pun, penggunaan ujian titik diskret dalam pentaksiran bahasa ditentang oleh

    sesetengah pihak kerana ia tidak mengambil kira konteks kemahiran bahasa itu digunakan.

    Ini telah mendorong Oller (1976) memperkenalkan ujian integratif . Menurutnya,

    kompetensi bahasa terdiri daripada pelbagai kemahiran yang tidak boleh dipisahkan daripadakonteksnya dan diuji secara berasingan. Adakah anda bersetuju dengan pandangan ini?

    Manakala ‘ujian titik diskrit’ menguji penguasaan komponen kecil bahasa pada satu masa

    tertentu, ‘ujian integratif’ cuba menilai keupayaan murid menggunakan beberapa komponen

    kecil bahasa serentak dalam situasi sebenar. Lihat Rajah 2.2 yang menunjukkan beberapa

    contoh, ‘ujian integratif’ seperti kloz, esei, imlak, terjemahan membaca, lisan, ucapan dan

    sebagainya.

    2.4 Ujian Titik Diskrit & Ujian Integratif Untuk Pentaksiran

    Bahasa

    a) 

    Nyatatakan tujuan pentaksiran Bahasa Melayu.

    b)  Apakah perbezaan antara ujian pencapaian dan ujian kefasihan?

    c)  Jelaskan perbezaan antara ujian penempatan dan ujian diagnostik.

    d)  Sejauh manakah anda menggunakan ujian diagnostik untuk

    menentukan jenis tindakan susulan yang perlu dilaksanakan?

    e) 

    Pada pendapat anda, adakah amalan penempatkan murid kepada

    kelas-kelas tertentu berdasarkan pencapaian akdemik mereka suatu

    amalan yang baik.

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    6/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    6

    Ujian Titik Diskrit

    Ujian Integratif

    Soalan Aneka-Pilihan

    Betul-salah

    Memadan

    Melengkapkan pernyataan

    Melabel

    Ejaan

    Kloz

    Esei / Menulis

    Imlak 

    Terjemahan

    Mengisi tempat kosong

    Temu Bual

    Membaca

    Ucapan / Penyampaian

    ProjekPortfolio

    Pemerhatian

    Kontrak Pembelajaran

    Rajah 2.2 Ujian Titik Diskrit dan Ujian Integratif

    Berikut ini dibincang beberapa ujian titik diskrit untuk bahasa Melayu. Kini dalam

    Pentaksiran Berasasan Sekolah istilah ‘instrumen’ digunakan bagi menguji evidens. 

    1) Item atau Soalan Aneka PilihanItem atau Soalan Aneka Pilihan atau  Multiple-Choice Questions (MCQ) digunakan dengan

    meluas di dalam berbagai keadaan sebab ia boleh mengukur hasil pembelajaran kognitif

    tahap rendah serta juga hasil pembelajaran kognitif yang kompleks. Lihat contoh soalan

    aneka pilihan di bawah ini.

    Pentaksiran

    Bahasa

    2.5 Ujian Titik Diskrit Untuk Pentaksiran Bahasa

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    7/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    7

    1.  Item  ialah keseluruhan soalan yang terdiri daripada dua bahagian iaitu stem atau

     pokok soalan dan pilihan.

    2. 

    Stem  ialah bahagian item yang membolehkan calon membuat pilihan dan berfungsisebagai pengenal, punca atau penggerak. Stem boleh terdiri daripada kata, frasa, ayat,

     perenggan, jadual, graf, gambar, rajah dan sebagainya. Dalam contoh di atas, stem

    ialah ayat “Itu kucing saya”.

    3.  Pilihan   ialah bahagian item yang terdiri daripada ‘jawapan’ dan ‘ pengganggu’.

    Biasanya, sesuatu item mempunyai empat atau lima pilihan yang disusun dalam

     bentuk senarai menegak. Penyusunan dalam bentuk senarai melintang hendaklah

    dielakkan.

    4.  Jawapan hendaklah tepat dan dipersetujui oleh pakar bidang.

    5.  Pengganggu  ialah kemungkinan jawapan. Calon yang tidak mengetahui atau kurang

    mengetahui masalah yang dikemukakan dalam stem mungkin memilih satu daripada

     pengganggu itu. Sesuatu yang bertentangan atau tidak berkaitan dengan tugasan

    dianggap pengganggu yang tidak berkesan atau tidak berfungsi langsung.

    Contoh:

    Saya membaca buku itu minggu lalu.

    Manakah berikut ialah ayat pasif bagi ayat di atas?

    (A) Buku itu saya baca minggu lalu.

    (B) Buku itu saya dibaca minggu lalu.

    (C) Buku itu dibaca saya minggu lalu.

    (D) Buku itu dibaca oleh saya minggu lalu. 

    2) Item atau Soalan Salah - Betul

    Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang

     perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru

    menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T)

     pada soalan. Seperti juga item beraneka pilihan, item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian,iaitu:

    Itu kucing saya. STEM atau Rangsangan

    Ayat ini ialah ayat …. 

    (A)  tunggal - Jawpanan

    (B)  terbitan ← Pengganggu 

    (C) majmuk ← Pengganggu 

    (D) bercampur ← Pengganggu

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    8/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    8

      stimulus (jika ada),

       pernyataan dan

       jawapan pilihan yang berbentuk “Betul” atau “Salah”. 

    Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yangmenghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang

    diberikan adalah betul atau salah/palsu. Berikut adalah beberapa

     prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk betul-salah:

      Secara umumnya kurangkan menggunakan ayat negatif.

      Gabungkan bahan lain seperti gambar, graf, rajah dan lain-lain

    untuk menguji keupayaan lebih tinggi

      Elakkan mencedok terus daripada bahan bacaan, nota atau

    bahan lain supaya pelajar tidak menjawwab sekadar hafalan.

     

    Elakkan perkataan yang memberi petanda jawapan yang betul

    seperti tiada, tidak pernah, sentiasa, semua, mustahil, selalunya, umumnya, kadang-

    kadang dan selalu

      Elakkan pernyataan yang mengelirukan atau kurang jelas

      Elakkan ayat negatif

      Gunakan ayat yang pendek dan struktur ayat yang mudah

    Contoh:

    Rujuk kepada gambar di atas dan jawab soalan-soalan berikut:

    a)  Budak-budak sedang bermain bola sepak. _____ BETUL _____ SALAH

     b)  Semua budak-budak itu adalah lelaki. _____ BETUL _____ SALAH

    3) Soalan atau Item PadananSoalan atau item padanan atau suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek, perkara

    atau pernyataan yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan

    memadankan objek, perkara atau pernyataan yang berkaitan di sebelah kiri (Jalur A) dengan

    objek, perkara atau pernyataan di sebelah kanan (Jalur B). Berikut ialah beberapa prinipmeneyediakan soalan padanan:

    Betul atau Salah!

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    9/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    9

      Arahan mestilah jelas. Contohnya, terangkan berapa kali sesuatu respon boleh

    digunakan.

      Seberapa boleh, pastikan semua maklumat dalam sesuatu jalur  adalah sejenis.

      Jawapan yang betul hendaklah tidak terlalu jelas kepada murid yang tidak tahu

     jawapannya.  Pastikan kandungan Jalur A dan kandungan Jalur B disenaraikan pada satu halaman.

    Terdapat pelbagai teknik menggubal soalan memadan dan berikut ini ialah dua contoh:

    Contoh # 1: Padankan setiap gambar dengan pernyataan yang sesuai.

    Jalur A Jalur B

    Murid-murid ini suka

    bermain lompat tali.

    Murid-murid ini bermain

    bola keranjang setiap

    petang.

    Murid ini bermain tenis

    setiap hari Ahad.

    Murid ini bermain video

    selepas menyeselesai

    kerja rumahnya.

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    10/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    10

    Contoh # 2: Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi:

    Jalur A  –  Kata Bilangan Jalur B - Contoh

    Kata Adjektif Sifatan A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini. Kata Adjektif Pancaindera B. Budak baik selalu dipuji.

    Kata Adjektif Bentuk C. Jalan bengkok  ke kampung itu telah ditutup.

    Kata Adjektif Perasaan D. Dia amat rindu akan emaknya. 

    4) Soalan Melengkapkan PenyataanSoalan atau item melengkapkan pernyataan digunakan dengan meluas dalam pentaksiran

    Bahasa Melayu. Terdapat pelbagai cara menggubal soalan melengkapkan pernyataan atau

    ayat. Berikut ini ditunjukkan dua teknik menggunakan soalan melengkapkan ayat atau

     pernyataan.

    Contoh # 1: Lihat buah-buah berikut dan ceritakan tentang setiap satu:

    a)  Ini buah ______________

    b)  Kulit buah ini berwarna __________________

    c)  Rasa buah ini _______________

    a) 

    Ini buah _____________

    b)  Isi buah ini berwarna _______________

    c)  Kulit buah ini ___________

    Contoh # 2: Baca petikan di bawah ini. Isikan jawapan yang betul dengan

    melengkapkan pernyataan berikut:

    Taman Permainan Bukit Kayu

    Para pengunjung yang dikasihi,

    Taman permainan ini merupakan kemudahan untuk kit abersama.

    Oleh itu, kita perlu menjaga taman ini agar bersih dan terjaga. Janglah

    membuang sampah merata-rata. Peralatan permainan pula janganlah

    dirosakkan. Jangan patahkan pokok-pokok bunga di taman

    permainan ini. Selain itu, jagalah keselamatan diri.Jangan bermain

    secara berbahaya. Jangan berebut-rebut semasa bermain.

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    11/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    11

    1)  Para pengunjung dilarang _________________ sampah merata-rata. 

    2)  Para pengunjung dilarang merosakkan ____________. 

    3)  Para pengunjung dilarang mematahkan ______________ . 

    4)  Para pengunjung diingatkan supaya menjaga ____________. 

    5) 

    Para pengunjung dilarang bermain secara ________________. 6)  Para pengunjung dinasihati agar tidak _________________ semasa bermain. 

    5) Soalan Melengkapkan Cerita

    Untuk menguji kebolehan murid membaca, memahami dan membuat ramalan daripada bahan

    yang dibaca, murid diberikan ujian melengkapkan cerita.

    Contoh: Baca cerita di bawah ini dan buat ramalan kesudahan cerita.

    Di sebuah kampung tinggal sepasang suami-isteri bersama anak merekea bernamaDamak. Mereka sungguh miskin. Pada suatu hari sebuah kapal berlabuh di kampung itu.

     Nakhoda kapal sungguh tertarik dengan Damak dan membawanya bekerja sebagai kelasi.

    Damak rajin bekerja. Dia disayangi oleh nakhoda. Apabila dewasa, Damak

    dikahwinkan dengan anak nakhoda itu. Kini, Damak sudah kaya. Dia menjadi sombong. Pada

    suatu hari emak Damak datang berjumpa Damak dan isterinya. Dia tidak mengaku

     perempuan tua itu emaknya kerana malu.

    Damak ______________________________________________________________

    6) Soalan Mengisikan Tempat Kosong

    Soalan mengisikan tempat kosong juga merupakan jenis ujian yang digunakan dengan meluas

    dalam pentaksiran Bahasa Melayu.

    Contoh: Tulis kata yang betul di tempat kosong:

    1)  Ayah ___________ pokok bunga di halaman rumah.

    2)  Abang _____________ sampah ke dalam tong sampah.

    3)  Kakak sedang ____________ bilik tidurnya.

    4)  Ibu sedang __________ pinggan di dapur.

    membuang menanam mengemas mencuci

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    12/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    12

    7) Soalan Respons Bebas

    Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menulis satu atau dua patah perkataan

    sahaja ( jawapan sendiri ) pada ruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung

    soalan atau dalam kotak yang disediakan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis

    item respons bebas.

    Contoh #1: Jawab soalan-soalan berikut:

    1)  Apakah lawan perkataan rajin?

    2)  Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam?

    Contoh #2: Tulis ayat berdsarkan gambar yang diberikan:

    1.   _______________________________________

     _______________________________________

    2.   _______________________________________ _______________________________________

    8) Soalan Memurnikan Hasil Tulisan

    Soalan juga boleh dikemukakan yang menguji kebolehan murid mengedit dan memurnikan

    hasil penulisan daripda aspek imbuhan, kata majmuk dan tanda bacaan.

    Contoh: Edit dan murnikan petikan di bawah ini daripada imbuhan, kata makmuk dan tanda

     baca.

    Bubu ialah lat untuk menangkap ikan. Alat ini boleh

    membuat daripada buluh atau rotan Ada juga orang yang

    menggunakan ranting kayu untuk membuat bubu

    Cara kita hendak pembuat bubu tidaklah terlalu rumit Petani

    akan mengambil buluh lalu diraut nipis-nipis menjadi bilah. Bilah-

    bilah itu diikat dengan talitangsi atau rotan dan dibentuk menjadi

    kon sebasar Bentuk kon kecil pula diletakkan di hadapan sebagai

    muka bubu

    Bubu akan melatakkan di anak-anak sungai. Buah kepala

    sawit dimasukkan ke dalam bubu sebagai umpanikan. Ikan yang

    masuk ke dalam bubu akhirnya akan memerengkap.

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    13/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    13

    Ujian integratif terdiri daripada teknik-teknik menguji bahasa dalam konteks dan keadaan

    yang autentik. Ujian integratif mencantumkan komponen-komponen bahasa dan

    menyampaikan keadaan yang lebih realistik dan autentik. Ia menguji keupayaan muridmenggunakan komponen-komponen kecil bahasa serentak. Berikut ini ialah beberapa ujian

    integratif.

    1) Teknik KlozTeknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh

    digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan

     prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak

    sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian

    kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/

     penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca

    keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu

    keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan

    yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks. [Kita akan membincang dengan

    mendalam dalam Bab-Bab seterusnya]

    2.6 Ujian Integratif Untuk Pentaksiran Bahasa

    a) 

    Apakah ujian poin diskrit yang digunakan dalam pentaksir Bahasa

    Melayu?

    b)  Nyatakan perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam penggubalan

    ujian aneka pilihan.

    c)  Mengapakah ujian aneka pilihan digunakan dengan meluas dalam

    pentaksiran Bahasa Melayu?

    d) 

    Bagaimana soalan memadan dapat digunakan dalam Bahasa Melayu?

    e)  Apakah ujian melengkapkan ayat atau pernyataan?

    f)  Jelaskan bagaimana anda menggunakan ujian respons bebas dalam

    pentaksiran Bahasa Melayu.

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    14/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    14

    Contoh Ujian Kloz: Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan

    perkataan-perkataan yang sesuai, berdasarkan senarai.

    JAWAPAN:

    2) Penilaian Melalui PorfolioPortfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti

     pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa

     jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod

    anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan

    Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan

    dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai

    kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan

    maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir. [Ki ta akan membincang dengan

    mendalam dalam Bab-Bab seterusnya]

    3) Penilaian Melalui PemerhatianPenilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang

    ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek

    yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang

    melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. [Kita akan membincang dengan

    mendalam dalam Bab-Bab seterusnya]

    4) Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran

    merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya(individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya

    Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan

    rumah _______ yatim di situ untuk menampung _______ mereka.

    Sumbangan yang sentiasa ______ masuk dari penderma-penderma atau

     _______ hartawan secara tidak langsung ______ membantu mereka dalam

    menjalankan ______ untuk memberi didikan serta ______ yang sempurna

    kepada kanak-kanak berkenan. 

    menguntukkan, kepada, para, menghadiahkan, kemunduran, percubaan,

    oleh, membuat, penjagaan, anak-anak, ahli-ahli, menubuhkan,

    ketiadaan, aktiviti, bertambah, budak-budak, telah, mengalir,

    kekurangan ganjaran.

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    15/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    15

    ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang

    telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria

    ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

    Kontrak Pembelajaran melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap

     proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya. Selain itu, pelajar

     juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, di samping

    memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat. Ini memerlukan pelajar

    tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sedar tentang hala tujunya dalam

     pembelajaran tersebut. [Kita akan membincang dengan mendalam dalam Bab-Bab

    seterusnya]

    5) EseiSoalan esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas

    dalam tulisan dengan perkataan sendiri. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yangmeluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta, menilai fakta, mengatur idea dan

    mengembling idea-idea secara logik hingga menghasilkan jawapan yang asli.

    Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluang kepada

    calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas yang diberikan itu

    adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit. Oleh itu, kebolehpercayaan

     pemarkahannya adalah rendah.

    Contoh:

      Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka membaca dalam kalangan pelajar

    hari ini.

      Bagaimanakah bahan sosiobudaya dapat membantu mewujudkan keharmonian

    kaum melalui pengajaran bahasa Melayu di Malaysia

    6) ProjekProjek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang

    tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang

     betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh

    dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka

    masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada

    tahap hasil disediakan. Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajarmengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar.

    (Wiggins, 1989). [K ita akan membincang dengan mendalam dalam Bab-Bab seterusnya]

    a)  Apakah ujian integratif?

    b)  Bagaimana ujian berbeza daripada ujian diskrit poin?

    c)  Nyatakan kelebihan menggunakan ujian kloz?

    d) 

    Apakah dapat diuji dengan menggunakan projek?e)  Mengapakah esei digunakan dalam pentaksiran Bahasa Melayu?

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    16/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    16

      Menentukan tahap kefasaihan murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis bahasa Melayu

      Terdapat pelbagai jenis ujian bahasa tertakluk kepada tujuan pengujiannya. 

      Ujian pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid telah

    menguasai kemahiran-kemahiran atau isi pelajaran yang telah diajarkan kepada

    mereka. 

      Ujian diagnostik yang ditadbirkan pada  sebelum  bermulanya pengajaran bertujuan

    untuk mentaksir kesediaan murid serta apa yang diketahui dan tidak diketahui. 

      Ujian penempatan ialah sejenis ujian yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap

    kebolehan dan keupayaan murid. 

      Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang murid itu

    menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. 

     

    Ujian titik diskrit digunakan dengan andaian bahawa kemahiran bahasa (mendengar,

     bertutur, membaca & menulis) boleh dibahagikan kepada komponen-komponen

    linguistik kecil dan diuji secara berasingan. 

      Ujian integratif terdiri daripada teknik-teknik menguji bahasa dalam konteks dankeadaan yang autentik.

      Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengajadikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan.

      Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang

    tertentu dan melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul.

      Soalan esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak

     balas dalam tulisan dengan perkataan sendiri.

  • 8/18/2019 Bab 2.Instrumen.bm

    17/17

     

    Bab 2: Instrumen-Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

    17

    Hughes, A (2003) Testing for Language Teachers. Cambridge: Cambridge University Press. 

    Oller, J. W., Jr. (1979). Language tests at school. London: Longman 

    Raminah Sabran (1985). Jenis-Jenis Penilaian dalam Pengujian Bahasa dalam Bilik Darjah.

    Kertas Kerja Ijazah Tinggi, Siri Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

    Bil. 4.

    Oller, J.W., Jr. (1973). Cloze tests of second language proficiency and what they

    measure.Language Learning, 23(1), 105-118.

    Oller, J. W., Jr. (1976). Cloze, discourse, and approximations to English In K. Burt & H.C.

    Dulay (Eds.). New directions in second language learning, teaching and bilingual education.

    TESOL: Washington, D.C.

    Oller, J.W., Jr. & Conrad, C. (1971). The cloze technique and ESL proficiency. Language

    Learning, 21, 183-196.