bab 3 pelajar

17
BAB 3 LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK Hasil Pembelajaran: •Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia. •Menghuraikan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang berkaitan dengan persoalan pertumbuhan ekonomi dan agihan di Malaysia. •Menganalisis interaksi antara globalisasi dengan dasar berkaitan pertumbuhan dan agihan di Malaysia

Upload: lara-feeradyella

Post on 09-Jul-2016

237 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Hubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3 Pelajar

BAB 3LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK Hasil Pembelajaran:•Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.•Menghuraikan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang berkaitan dengan persoalan pertumbuhan ekonomi dan agihan di Malaysia.•Menganalisis interaksi antara globalisasi dengan dasar berkaitan pertumbuhan dan agihan di Malaysia

Page 2: BAB 3 Pelajar

RANGKA

• Isu sosioekonomi awal kemerdekaan• Ekonomi menjadi isu etnik• Dasar Ekonomi Baru• Kejayaan ekonomi Malaysia• Isu dan cabaran

Page 3: BAB 3 Pelajar

3.1 Pengenalan• Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi amat

berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara.

• Kekayaan negara perlu diagihkan dengan adil dan saksama agar semua etnik dapat menikmati faedah pembangunan.

• Contoh dasar ekonomi negara: Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Dasar Wawasan Nasional (2001-2020).

Page 4: BAB 3 Pelajar

3.2 Isu Sosioekonomi pada Awal Kemerdekaan

• Penerusan dasar ekonomi bebas penjajah telah mewujudkan isu ekonomi di kalangan masyarakat pelbagai etnik.

• Isu kemiskinan: Tahun1970, etnik Melayu (65.9%) dan India (40.2%) berbanding Cina (27.5%).

• Isu hak milik kekayaan: pada 1970,Cina (27.2%) , Melayu (2.4%) dan India (1.1%).

• Isu guna tenaga dan pekerjaan:pada 1970, hampir 2/3 guna tenaga dalam sektor pertama (pertanian dan perikanan) terdiri dari etnik Melayu.

Page 5: BAB 3 Pelajar

Jadual 3.1: Pemilikan Modal Saham oleh Syarikat Berhad di Semenanjung Malaysia (1960-1990).

(Lihat Halaman 67)Jadual 3.2: Malaysia-Peratus guna Tenaga

Mengikut Sektor dan Kumpulan Etnik (1970-1985)

(Lihat Halaman 68)

Page 6: BAB 3 Pelajar

3.3 Ekonomi menjadi Isu Etnik• Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut

boleh dan berpotensi bertukar kepada isu berbau etnik apabila ia gagal ditangani oleh kerjaan termasuk:

-isu perbezaan pendapatan isi rumah -isu jurang berbezaan golongan kaya dan miskin. -isu jurang pendapatan golongan bandar dan luar

bandar.• Kajian dan data menunjukkan tahap kemiskinan

dikalangan etnik Melayu lebih menonjol pada tahun 1957-1970.

Page 7: BAB 3 Pelajar

3.4 Dasar Ekonomi Baru (DEB)

• DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990.

• Ia merupakan sebuah usaha kerajaan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedi 13 Mei 1969 dan strategi ke arah pembentukan perpaduan nasional.

• DEB merangkumi dua objektif iaitu:a. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. b. Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi.

Page 8: BAB 3 Pelajar

• DEB mempunyai agenda “serampang dua mata” kerana ia menyatupadukan pelbagai etnik dan merupakan titik permulaan baharu kepada etnik Melayu untuk bergiat di dalam bidang perdagangan, perindustrian dan perniagaan.

• DEB berpegang kepada prinsip bahawa ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik dan seterusnya mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.

Page 9: BAB 3 Pelajar

• Sasaran dan objektif DEB -Kadar kemiskinan:

(Sumber: Malaysia (1991) -Semenajung Malaysia sahaja)

Kemiskinan 1970 (dalam %) Sasaran pada 1990

(dalam %)Keseluruhan 49.3 16.7

Luar bandar 58.7 23

Bandar 21.3 9.1

Page 10: BAB 3 Pelajar

- Pemilikan ekuiti korporat:

(Sumber: Malaysia (1991) -Semenajung Malaysia sahaja)

Pemilikan 1970 (dalam %)

Sasaran pada 1990(dalam %)

Bumiputera 2.4 30

Bukan Bumiputera 34.3 40

Pemodal asing 63.3 30

Page 11: BAB 3 Pelajar

• Bagi mencapai objektif di atas, beberapa institusi dan agensi baru telah diwujudkan seperti:

- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)- Majlis Amanah Rakyat (MARA)

- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

- Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)

- Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)- Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

• DEB diteruskan di dalam kerangkan Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Dasar Wawasan Nasional (2001-2010).

Page 12: BAB 3 Pelajar

3.5 Kejayaan Ekonomi Malaysia

• Bank Dunia mengiktiraf kejayaan ekonomi Malaysia sebagai salah sebuah negara “keajaiban ekonomi Asia Timur” (World Bank 1993).

• Selain itu, kejayaan ini dapat dikategorikan kepada tiga perspektif iaitu:a. pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi

yang pesatb. pembangunan manusia dan pengurangan

kadar kemiskinanc. kualiti hidup yang meningkat

Page 13: BAB 3 Pelajar

a. Pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat• Sejak merdeka, ekonomi Malaysia mencatatkan

kadar pertumbuhan KDNK yang membanggakan.• Sejak 1960-an hingga 2007, kadar pertumbuhan

sebanyak lima hingga 8.5%.• Malaysia juga berjaya mengharungi era

kemelesetan ekonomi pada tahun 1980-an dan hujung 1990-an.

• Pertumbuhan pesat ini juga telah membolehkan pendapatan per kapita meningkat dari RM721 pada 1960 kepada RM6099 pada 1990.

Page 14: BAB 3 Pelajar

b. Pembangunan manusia dan pengurangan kadar kemiskinan• Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dalam

tempoh empat dekad yang lalu telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan iaitu daripada 52.4% pada 1970 kepada 17.1% pada 1990, seterusnya kepada 5.7% pada 2004.

• Bilangan isi rumah miskin dikurangkan dari 1juta isi rumah pada 1970 kepada 311,300 isi rumah pada 2004.

• Kemiskinan tegar dikurangkan dari 3.9% pada 1990 kepada 1.2% pada 2004.

Page 15: BAB 3 Pelajar

c. Kualiti hidup yang meningkat• Pertumbuhan dan peningkatan pendapatan yang

tinggi semenjak empat dekad yang lalu telah meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

• Hal ini dilihat dari aspek kesihatan, pendidikan, pemilikan barang keperluan asas, penyediaan infrastruktur awam dan sebagainya.

• Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) iaitu ukuran kebajikan dan kesejahteraan kehidupan memperlihatkan trend yang meningkat dari pada ke tahun.

Page 16: BAB 3 Pelajar

3.6 Isu dan Cabaran

• Disebalik kejayaan ekonomi Malaysia yang telah diperbincangkan, terdapat juga beberapa isu dan cabaran yang harus ditangani.

• Isu dan cabaran tersebut merangkumi:

a. ketaksamarataan pendapatan yang semakin

melebar b. isu pertumbuhan atau agihan

Page 17: BAB 3 Pelajar

3.7 Kesimpulan• Kerajaan berperanan penting di dalam mencari titik

keseimbangan antara agenda pertumbuhan dengan agenda agihan yang adil.

• DEB adalah dasar negara yang dibentuk untuk mewujudkan perpaduan nasional.

• Sepanjang tempoh empat dekad yang lalu, ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi yang sangat membanggakan.

• Namun, kepesatan ekonomi ini perlu diurus dengan bijak agar jurang antara kaya dan miskin serta ketaksamarataan pendapatan dapat ditangani.