bab 3 - pengauditan
TRANSCRIPT
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 1/18
Jabatan Audit Negara, Perak
BAB 3
PENGAUDITAN
3.1 Pengenalan
Audit melibatkan pemeriksaan rekod kewangan dan kajian
secara mendalam sistem kawalan dalaman oleh juruaudit.
Pemeriksaan dan kajian tersebut bertujuan untuk memperolehi bukti
audit yang akan dinilai dan digunakan sebagai asas untuk memberi
pendapat tentang penyata kewangan.
Jabatan Audit Perak mempunyai piawaian prosedur
operasinya yang mesti diikuti oleh semua pekerjanya termasuk
pelajar-pelajar latihan industri di Jabatan Audit Perak supaya audit
yang dilakukan selaras dan teratur bagi semua syarikat yang diaudit.
28
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 2/18
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 3/18
Jabatan Audit Negara, Perak
terhadap organisasi yang terlibat. Setelah selesai, dokumen terbabit
akan di kembalikan kepada pihak Audit Perak untuk kerja
selanjutnya
3.3 Objektif Utama Pengauditan
Objektif utama pengauditan ialah untuk membolehkan
juruaudit memberikan pendapat yang benar dan wajar tentang
kedudukan kewangan perniagaan dan hasil kendalian kepada klien
dan pihak ketiga yang mempunyai kepentingan terhadap perniagaan
tersebut.
3.4 Prinsip Pengauditan
Beberapa prinsip pengauditan perlu diikuti oleh setiap
juruaudit apabila melakukan pengauditan terhadap syarikat seperti :-
a) Ketelusan, Objektiviti Dan Kebebasan
Seseorang juruaudit mesti telus dan adil dalam melakukan
pengauditan kerana juruaudit bertanggungjawab memberikangambaran yang sebenar dan saksama berkaitan syarikat
yang diaudit.
b) Kerahsiaan
30
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 4/18
Jabatan Audit Negara, Perak
Merahsiakan semua maklumat syarikat yang diaudit daripada
pengetahuan umum kecuali diminta oleh undang-undang.
c) Kemahiran Dan Kemampuan
Pengauditan yang dilakukan perlu cermat dan berhati-hati
serta mempunyai latihan teknikal yang cukup berpengalaman
dan berkebolehan di dalam kerja pengauditan.
d) Dokumentasi
Juruaudit perlu mendokumenkan semua kerja bagi
membuktikan bahawa sesuatu kerja itu dilakukan mengikut
prinsip asas dan ‘audit program’ yang telah ditetapkan.
e) Perancangan
Seseorang juruaudit perlu merancang sebelum melakukan
kerja-kerja pengauditan supaya mengikut susunan masa
yang teratur. Perancangan yang baik adalah berdasarkan
pengetahuan juruaudit terhadap perniagaan pelangganseperti memahami sistem perakaunan, polisi dan tatacara
kawalan dalaman yang diamalkan oleh syarikat yang diaudit.
31
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 5/18
Jabatan Audit Negara, Perak
f) Bukti Audit
Bahan bukti yang secukupnya perlu diperoleh untuk dijadikan
asas yang wajar bagi pendapat juruaudit tentang hasil
kajiannya.
g) Sistem Rerakaunan dan Kawalan Dalaman
Juruaudit perlu memahami sistem perakaunan dan kawalan
dalaman untuk menilai operasi syarikat sebagai asas untuk
menentukan bentuk, tempoh dan liputan tatacara audit yang
akan dijalankan .
h) Rumusan Audit Dan Laporan
Menyemak dan menilai semula rumusan hasil yang diperolehi
bagi asas melahirkan pendapat ke atas penyata kewangan
yang di tulis ke dalam laporan. Pendapat bersih
menunjukkan juruaudit berpuas hati ke atas semua perkara
yang material dan sebaliknya.
3.5 Perlantikan Juruaudit
Perlantikan secara bertulis juruaudit sesebuah firma akauntan
sebagai juruaudit bebas mestilah diperolehi dari pihak tuan
pengarah syarikat. Apabila juruaudit telah menerima perlantikan
tersebut, maka firma juruaudit mestilah memberi jawapan secara
32
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 6/18
Jabatan Audit Negara, Perak
bertulis kepada klien yang menyatakan bahawa juruaudit telah
memenuhi kehendak peruntukan Undang-undang Syarikat,1965
iaitu seksyen 9 (6). Syarat-syarat perlantikan juruaudit perlu
diberitahu kepada pihak klien secara bertulis.
Syarat-syarat yang perlu adalah seperti berikut :-
a) Tanggungjawab pengarah syarikat untuk :-
i. Mengendalikan satu sistem kawalan dalaman yang
baik dan berkesan.
ii. Menyediakan penyata kewangan dan
mengendalikan system kawalan dalaman yang baik
dan berkesan.
b) Mengesahkan bahawa penyata kewangan yang
disediakan oleh pihak syarikat adalah benar.
c) Melaporkan kepada pemegang-pemegang syer samada
akaun-akaun yang disediakan adalah mengikut kehendak
Undang-undang Syarikat, 1965 dan memberi gambaran
yang benar dan saksama.
33
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 7/18
Jabatan Audit Negara, Perak
d) Memastikan samada laporan pengarah memberikan
gambaran yang betul dan saksama.
3.6 Kertas Kerja Audit
Kertas kerja audit merupakan satu domentrasi bukti-bukti
audit yang dijumpai semasa kerja-kerja audit dijalankan.
3.7 Kegunaan Kertas Kerja Audit (‘Audit Working Paper’)
Kertas kerja audit biasanya akan dijadikan panduan oleh
juruaudit semasa hendak memulakan suatu kerja audit. Juruaudit
akan merujuk kembali kertas kerja audit tahun yang sebelumnya
untuk memahami secara mendalam tentang sesuatu perniagaan
yang akan diaudit.
Pekerja-pekerja baru atau pelajar latihan industri boleh
menjadikan kertas kerja audit sebagai rujukan. Kertas kerja audit
akan menjadi rekod
kekal sekiranya rekod perniagaan telah hilang atau musnah di dalamsesuatu kejadian yang berlaku seperti kehilangan atau kecurian.
Boleh dijadikan sebagai bukti untuk menunjukkan bahawa
juruaudit telah menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan
dan untuk menunjukkan juruaudit telah menjalankan tugasnya
dengan adil dan saksama selaras dengan prinsip pengauditan.
34
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 8/18
Jabatan Audit Negara, Perak
Selain daripada itu, jika terdapat dakwaan atau kes mahkamah,
kertas kerja audit ini akan dapat dijadikan sebagai bahan bukti.
Ia dapat membantu dalam perancangan, pengawalan dan
perlaksanaan audit semasa. Juruaudit dapat memastikan sama ada
semua kerja audit telah dilakukan dan kerja-kerja audit boleh
disemak oleh penyelia, pengurus dan pekongsi syarikat.
i) Pemfailan
Dokumen-dokumen dan jadual-jadual yang
kebiasaannya disimpan dalam fail audit semasa adalah :
a) Borang-borang ‘audit program’ yang perlu dijawab
untuk memastikan kerja audit telah diselesaikan
dengan sempurna dan tiada prosedur kerja yang
tertinggal. Ia difailkan dalam jadual (Index) yang
menunjukkan susunan kertas kerja dalam fail audit
semasa.
b) Semua kertas kerja audit yang yang telah
disediakan beserta dengan bukti pengauditan
seperti penyata bank dan akaun-akaun syarikat.
c) Dokumen ‘statutory audit’ yang terbaru dalam tahun
kewangan.
d) Salinan surat pengesahan yang dihantar kepada
pihak yang sepatutnya.
35
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 9/18
Jabatan Audit Negara, Perak
e) Laporan penyata kewangan yang akan
dibentangkan kepada pelanggan.
ii. Fail surat-menyurat (Correspondence)
Fail ini kebiasaannya diletakkan bersama fail ‘PAF’. Fail
ini mengandungi segala jenis surat menyurat antara juruaudit
dan pelanggan sebagai bukti dan rujukan di masa akan
datang. Fail ini menggunakan fail berwarna perang dan
ditulis dengan pen dakwat hitam sahaja. Seperti di Rajah 1 :
Rajah 1
36
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 10/18
Jabatan Audit Negara, Perak
3.8 Contoh Kertas Kerja Pengauditan
37
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 11/18
Jabatan Audit Negara, Perak
3.9 Penyata Kewangan
Penyata kewangan yang asas ialah lembaran imbangan,
penyata pendapatan dan penyata aliran tunai.
3.10 Penyata Pendapatan (Income Statement)
Penyata pendapatan menunjukkan pencapaian operasi bagi
suatu tempoh masa. Ia melaporkan hasil, belanja dan untung atau
rugi syarikat bagi tempoh masa yang kebiasaannya dibuat 1 tahun
atau suku tahun.
Untung bersih atau pendapatan bersih ialah perbezaan di
antara jumlah hasil dan jumlah belanja bagi tempoh tersebut
manakala untung kasar pula ialah jualan tolak kos barang di jual.
3.11 Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement)
Penyata aliran tunai menunjukkan perubahan kedudukan
tunai sepanjang tempoh kewangan seperti yang diliputi oleh penyata
pendapatan. Penyata aliran tunai membahagikan sumber dan
kegunaan tunai mengikut komponen seperti berikut:-
38
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 12/18
Jabatan Audit Negara, Perak
Aliran tunai dari aktiviti operasi
Termasuk untung bersih campur dengan item-item belanja
bukan tunai seperti susutnilai dan perubahan dalam beberapa
akaun modal kerja. Pengurang (pertambahan) dalam akaun
asset (liabiliti) adalah aliran masuk tunai dan sebaliknya
Aliran tunai dari aktiviti pelaburan
Termasuk jualan atau belian aset jangka panjang, membeli
syarikat lain dan menjual subsidiary
Aliran tunai dari aktiviti pembiayaan
Termasuk daripada jualan atau belian balik saham biasa dan
saham terutama, penerbitan atau ‘retiring’ hutang jangka
panjang, penerbitan dan pembayaran nota jangka pendek
dan pembayaran dividen atas saham biasa dan terutama.
3.12 Laporan Tahunan Penyata Kewangan
Akta Syarikat 1965 mewajibkan syarikat-syarikat
mengemikakan laporan tahunan kepada pendaftar syarikat.
Maklumat yang disediakan dalam laporan tahunan adalah
berasaskan keperluan statutory, pemegang saham dam syarikay
untuk mempromosikan prestasi dan prospek syarikat.
39
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 13/18
Jabatan Audit Negara, Perak
Salah satu keperluan statutori dalam laporan tahunan ialah
laporan pengarah. Selain daripada butiran yang dimasukkan
mengikut keperluan akta, laporan tahunan biasanya mengandungi
perutusan pengerusi lembaga pengarah syarikat yang menjelaskan
pencapaian syarikat sepanjang tahun lalu dan penerangan tentang
perkembangan-perkembangan terbaru yang akan memberi kesan ke
atas operasi syarikat pada masa akan datang.
Selain itu, penyata kewangan juga perlu dimasukkan.
Penyata kewangan yang perlu dimasukkan dalam laporan
merangkumi beberapa penyata asas seperti penyata penyata
pendapatan, lembaran imbangan, penyata aliran tunai dan nota-nota
penjelasan mengenai akaun-akaun berkenaan.
Laporan tahunan merupakan salah satu wahan utama pihak
pengurusan syarikat menyampaikan maklumat secara ringkas,
padat dan semasa mengenai kewangan.
3.13 P enyediaan Laporan Tahunan Penyata Kewangan
Selepas kerja-kerja Pengauditan selesai dan pengurus auditselesai membuat semakan atau “review ” maka laporan tahunan
penyata kewangan akan disediakan. Sebanyak 7 set laporan
tahunan dikeluarkan. Satu set laporan tahunan penyata kewangan
ini akan disediakan untuk bahagian percukaian, dua set untuk
disimpan di pejabat Pendaftaran Syarikat, satu set untuk fail ‘PAF’
dan ‘CAF’ dan dua set lagi akan disimpan oleh pemegang saham.
40
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 14/18
Jabatan Audit Negara, Perak
Isi kandungan laporan penyata kewangan adalah :-
a) Laporan pengarah-pengarah “Director’s Report ”
b) Pengakuan oleh pengarah “Statement by Director’s”
c) Pengakuan berkanun “Statutory Declaration”
d) Laporan juruaudit kepada ahli-ahli “ Auditor’s Report ”
e) Lembaran imbangan “Balance Sheet ”
f) Penyata pendapatan “Income statement”
g) Penyata aliran tunai “ Cash Flow Statement ”
h) Nota-nota berkenaan dengan akaun “Notes to the
Account ”
Setiap isi kandungan penyata kewangan adalah sama jika
terdapat butir-butir yang berlainan juruaudit hanya perlu menambah
atau mengurangkan butir-butir yang berbeza. Jika firma yangmembuat audit adalah ejen percukaian bagi sesebuah pelanggan
maka juruaudit perlu sediakan satu ‘audit program’ bagi cukai untuk
memudahkan pergiraan cukai dijalankan.
41
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 15/18
Jabatan Audit Negara, Perak
Selepas menghabiskan kerja di bahagian ini, juruaudit
dikehendaki menghantar satu “Letter of Representation “ kepada
pelanggan atau pihak klien untuk memberitahubahawa kerja-kerja
pengauditan telah disiapkan dan surat-surat ini dikehendaki
tandatangani oleh pengarah syarikat.
3.14 Proses Penyediaan Laporan Tahunan Penyata Kewangan
Sejak memulakan latihan di Jabatan Audit Negara., Negeri
Perak saya telah ditempatkan untuk menjalani latihan industri saya
di pelbagai seksyen. Antaranya Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan,
Seksyen Badan Berkanun Negeri, Bendahari Negeri dan
Pentadbiran. Sepanjang enam bulan, saya telah memahami bahawa
audit adalah suatu pemeriksaan bebas ke atas rekod-rekod dan
akaun-akaun yang disediakan oleh akauntan ataupun kerani akaun
sesebuah syarikat dan penyata pendapatan tentang kewangan
tersebut juruaudit yang dilantik bersesuaian dengan kehendak Akta
Syrikat 1965.
Objektif Pengauditan adalah bagi membolehkan seseorang
juruaudit melahirkan pendapatan sama ada penyata kewangan
sesebuah organisasi itu memberi gambaran yang benar dansaksama mengenai kedudukan kewangan serta keuntungan atau
kerugian bagi tahun kewangan itu dan penyata kewangan itu telah
disediakan mengikut kehendak undang-undang.
Apabila saya diberikan rekod-rekod dan akaun-akaun
sesebuah syarikat untuk diaudit perkara penting dan asas yang
42
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 16/18
Jabatan Audit Negara, Perak
perlu juruaudit lakukan ialah untuk memastikan rekod-rekod dan
akaun-akaun direkod dan disimpan dengan betul dan teratur oleh
klien. Kemudiannya, kerja-kerja audit dimulakan dengan menyemak
baki awal dan baki akhir sama ada jumalnya yang dicatat dalam fail
audit semasa tahun lepas iaitu baki awal dan jumlahnya yang
dinyatakan dalam imbangan duga yang disediakan oleh pelanggan
iaitu baki akhir tahunan sama seperti yang direkodkan dalam lejar
am.
Selepas itu, juruaudit menyemak baucer pembayaran bagi
semua item yang disenaraikan dalam kunci kira-kira. Ini termasuk
sebarang penambahan dan pengurangan aset-aset serta liabiliti-
laibiliti di mana maklumat-maklumat tersebut dinyatakan dalam
jadual masing-masing. Langkah-langkah membaca ini diteruskan
bagi item-item di bawah kos barang-barang dijual dan item-item
yang akan mempengaruhi cukai pendapatan nanti.
Tanda-tanda tertentu hendak dibuat semasa kerja audit
dijalankan. Ini adalah merujuk kepada standard simbol yang
ditetapkan oleh firma audit tersebut untuk menyenangkan kerja audit
tadi. Sekiranya terdapat sebarang keraguan dalam menjalankan
kerja audit, juruaudit akan mencatatkannya dalam borang
pertanyaan untuk mendapatkan keterangan selanjutnya. Selepassiap menyediakan semua jadual yang diperlukan, kerja membaca
dilakukan mengikut audit program yang standard.
Sekiranya didapati rekod-rekod tadi adalah tidak lengkap,
satu memorandum perlu dihantar kepada setiausaha syarikat
pelanggan untuk mengingatkan supaya mengemaskinikan rekod-
43
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 17/18
Jabatan Audit Negara, Perak
rekod tersebut. Setelah semua kerja audit dilakukan, satu lakaran
kewangan bersama-sama laporan pengarah dan laporan juruaudit
pula perlu disediakan. Laporan akaun yang diaudit ini kemudiannya
disemak oleh pengarah.
Apabila rakan kongsi berpendapat bahawa kerja-kerja audit
yang dibuat itu telah menunjukkan gambaran yang benar dan
saksama, dan akhir sekali laporan akaun yang telah siap dibukukan
ini akan diberi kepada pelanggan untuk ditandatangani sebelum
tandatangan akauntan.
3.15 Komen dan Cadangan
Prosedur kerja bagi kerja-kerja audit yang teratur dan telah
diselaraskan dan difailkan untuk kegunaan di bahagian audit. Ini
membolehkan kakitangan baru dan pelajar latihan industri akan
dapat melihat secara jelas perjalanan kerja-kerja pengauditan di
WanJabtan Audit Perak. Walaubagaimanapun, sesetengah situasi
yang berlainan daripada yang biasa dilakukan membuatkan
kekeliruan berlaku samada prosedur yang dilakukan itu adalah betul
atau sebaliknya.
44
8/3/2019 BAB 3 - Pengauditan
http://slidepdf.com/reader/full/bab-3-pengauditan 18/18
Jabatan Audit Negara, Perak
3.16 Kesimpulan
Seseorang juruaudit perlu berhati-hati dalam menjalankan
tugas mereka. Mereka perlu memastikan kesilapan yang mereka
buat tidak menjejaskan nama firma dan menjatuhkan imej profesion
mereka. Pemeriksaan perlu dibuat dalam setiap kerja yang
dilakukan. Walaubagaimanapun, pelanggan juga perlu memberi
kerjasama dalam membekalkan rekod-rekod yang diperlukan untuk
kerja-kerja audit.
45