bab 3 perniagaan dalam negeri

33
PERNIAGAAN BORONG: Fungsi Pemborong dalam Saluran Agihan BAB 3 PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Upload: norsuzana-abd-rahman

Post on 23-Jun-2015

529 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 perniagaan dalam negeri

PERNIAGAAN BORONG:Fungsi Pemborong dalam

Saluran Agihan

BAB 3PERNIAGAAN DALAM

NEGERI

Page 2: Bab 3 perniagaan dalam negeri

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1.Mengetahui konsep Perniagaan Borong dan Fungsi-Fungsi Pemborong

2.Menilai kepentingan pemborong kepada Pengeluar, Peruncit dan Pengguna akhir

Page 3: Bab 3 perniagaan dalam negeri

PERNIAGAAN BORONG

“ Aktiviti membeli barang secara borong atau pukal daripada pengeluar untuk dijual semula sama ada kepada peruncit atau terus kepada pengguna akhir”

Page 4: Bab 3 perniagaan dalam negeri

FUNGSI PEMBORONG DALAM SALURAN AGIHAN

PENGELUAR

PEMBORONG

PERUNCIT

PENGGUNA

Barang di beli oleh

Mengagihkan kepada

Menjual kepada

Menghebahkan kepada

Menyampaikan maklumat kepada

Maklumat disampaikan kepada

Page 5: Bab 3 perniagaan dalam negeri

FUNGSI PEMBORONG KEPADA PENGELUAR

Membeli secara pukal dan memecah pukal

Mengurangkan kos pergudangan

Mengurangkan kos pengangkutan

Pengendalian pasaran

Memberi maklumat pasaran

1

2

3

4

5

Page 6: Bab 3 perniagaan dalam negeri

1. Membeli secara pukal dan pecah pukal

• Pemborong beli stok secara pukal dengan cara tunai

• Oleh itu, pengeluar boleh keluarkan barangnya secara besar-besaran kerana cepat mendapat semula modal

• Pengeluar dapat menjimatkan kos kerja pembungkusan dan upah pekerja kerana ditanggung oleh pemborong

Page 7: Bab 3 perniagaan dalam negeri

2. Mengurangkan Kos Pergudangan

• Barang pengeluar tidak disimpan lama kerana pemborong membeli secara pukal dan simpan di gudang sendiri

• Pemborong perlu menyediakan kemudahan pergudangan sendiri bagi menyimpan stok pukal dari pengeluar

Page 8: Bab 3 perniagaan dalam negeri

3. Mengurangkan Kos Pengangkutan

• Pengeluar tidak perlu sediakan kenderaan kerana pemborong ada kemudahan pengangkutan sendiri

Page 9: Bab 3 perniagaan dalam negeri

4. Pengendalian Pasaran

• Pengeluar dapat meluaskan pasaran produknya kerana pemborong mempunyai rangkaian peruncitnya sendiri

• Pemborong mempunyai hubungan yang baik dengan peruncit dan sebaliknya

Page 10: Bab 3 perniagaan dalam negeri

5. Memberi Maklumat Pasaran

• Pemborong menerima maklumat daripada pengeluar dan peruncit

• Pengeluar boleh mengetahui tentang produknya dan komen tentang pelanggannya

Page 11: Bab 3 perniagaan dalam negeri

FUNGSI PEMBORONG KEPADA PERUNCIT

1. Membekalkan beraneka jenis barang

2. Memberi kemudahan kredit

3. Menghantar barang kepada peruncit

4. Menyimpan stok yang mencukupi

5. Memberi maklumat dan nasihat

Page 12: Bab 3 perniagaan dalam negeri

1. Membekalkan Beraneka Jenis Barang

• Peruncit tidak perlu bersusah-payah mendapatkan bekalan stok daripada pelbagai pengeluar

• Peruncit hanya perlu setia dengan satu-satu pemborong sahaja dan ini menjimatkan masa dan tenaga mereka

Page 13: Bab 3 perniagaan dalam negeri

2. Memberi Kemudahan Kredit

• Peruncit boleh menangguhkan bayaran atau hutangnya sehingga barang itu habis di jual kepada pelanggan

• Peruncit dapat merancang modal pusingan dengan sempurna

• Contohnya, peruncit dapat membeli barang yang lain terlebih dahulu dengan duit tersebut

Page 14: Bab 3 perniagaan dalam negeri

3. Menghantar Barang kepada Peruncit

• Menjimatkan masa dan kos pengangkutan bagi peruncit kerana pemborong yang akan membuat penghantaran barang tersebut

Page 15: Bab 3 perniagaan dalam negeri

4. Menyimpan Stok yang Mencukupi

• Peruncit akan mendapat stok bekalan yang berterusan dan ini mengekalkan pelanggannya

• Pelanggan tidak akan beralih ke kedai runcit yang lain.

Page 16: Bab 3 perniagaan dalam negeri

5. Memberi Maklumat dan Nasihat

• Pemborong memberi maklumat dan nasihat berkenaan barang baru kepada peruncit

• Maklumat tersebut adalah daripada pelbagai pengeluar

Page 17: Bab 3 perniagaan dalam negeri

FUNGSI PEMBORONG KEPADA PENGGUNA

1

•Menstabilkan harga barang

2

•Menyediakan bekalan berterusan

3

•Menyampaikan maklumat

4

•Memecah pukal

5

•Mempelbagaikan pilihan

Page 18: Bab 3 perniagaan dalam negeri

1. Menstabilkan Harga Barang

• Pemborong sentiasa menyimpan stok yang mencukupi dalam gudangnya

• Bekalan stok yang yang berterusan mengelakkan harga barang naik

Page 19: Bab 3 perniagaan dalam negeri

2. Menyediakan Bekalan Berterusan

• Jika bekalan stok terputus, pengguna akan cenderung untuk membeli banyak

• Ini menyebabkan perbelanjaan pengguna meningkat kerana mereka risau tiada stok pada masa akan datang

• Contoh, isu gula

Page 20: Bab 3 perniagaan dalam negeri

3. Menyampaikan Maklumat

• Pemborong memberitahu peruncit maklumat terkini tentang produknya kemudian maklumat ini disalurkan kepada pengguna yang membeli produk tersebut

Page 21: Bab 3 perniagaan dalam negeri

4. Memecah Pukal

• Pemborong menimbang, membungkus, menyusun, melabel dan sebagainya

• Mempercepatkan proses pengagihan barang kepada pengguna akhir

Page 22: Bab 3 perniagaan dalam negeri

5. Mempelbagaikan Pilihan

• Pemborong menjual pelbagai jenis barang dan jenama barang kepada pengguna

• Pengguna akhir bebas membuat pilihan• Contoh, sabun pencuci pakaian seperti

Dynamo, Fab Total , Daia dll.

Page 23: Bab 3 perniagaan dalam negeri

Soalan Kuiz Berkumpul

an!!!

Page 24: Bab 3 perniagaan dalam negeri

SUBTOPIK 4 : FUNGSI PEMBORONG DALAM SALURAN AGIHAN

Pilih jawapan yang paling tepat bagi soalan-soalan yang berikut dan klik pada pilihan jawapan di bawah:

SOALAN 1:

Pernyataan yang berikut berkaitan dengan Perniagaan dalam Negeri. Apakah jenis perniagaan di bawah?:

Terlibat dalam pembelian stok secara pukal daripada pengeluar

A Perniagaan Runcit B Perniagaan Borong

JAWAPAN:

Page 25: Bab 3 perniagaan dalam negeri

Pilih jawapan yang paling tepat bagi soalan-soalan yang berikut dan klik pada pilihan jawapan di bawah:

SOALAN 2:

Pernyataan berikut merupakan fungsi pemborong kepada pengeluar, betul atau salah?:

Mengurangkan kos pergudangan dan pengangkutan

A Betul B Salah

JAWAPAN:

Page 26: Bab 3 perniagaan dalam negeri

Pilih jawapan yang paling tepat bagi soalan-soalan yang berikut dan klik pada pilihan jawapan di bawah:

SOALAN 3:

Pernyataan berikut merujuk kepada fungsi pemborong kepada peruncit berkaitan dengan:

Peruncit dapat menangguhkan bayaran atau hutangnya sehingga barang itu habis dijual

kepada pengguna

A Memberi maklumat dan nasihat

B Memberi kemudahan kredit

JAWAPAN:

Page 27: Bab 3 perniagaan dalam negeri

Pilih jawapan yang paling tepat bagi soalan-soalan yang berikut dan klik pada pilihan jawapan di bawah:

SOALAN 4:

Pernyataan berikut merujuk kepada fungsi pemborong kepada pengguna:

Pemborong akan menyimpan stok yang mencukupi dalam gudangnya supaya stok

tidak terputus

A Menyediakan bekalan yang berterusan B Memecah pukal

JAWAPAN:

Page 28: Bab 3 perniagaan dalam negeri

Pilih jawapan yang paling tepat bagi soalan-soalan yang berikut dan klik pada pilihan jawapan di bawah:

SOALAN 5:

Persamaan antara perniagaan borong dengan perniagaan runcit adalah :

Kedua-duanya bermotifkan keuntungan

A Ya B Tidak

JAWAPAN:

Page 29: Bab 3 perniagaan dalam negeri

Betul….pandai awak =) 1

2

5

4

3

Page 31: Bab 3 perniagaan dalam negeri

SEKIAN!!!

Page 32: Bab 3 perniagaan dalam negeri

Lirik Lagu “Perniagaan dalam Negeri”*Kita sudah masuk topik PERNIAGAAN DALAM NEGRIYang membawa maksud aktiviti jual dan beliOhooo… penduduk di dalam negeriDan dalam topik ini ada runcit ada borongPeruncit skala kecil Borong pula skala besarOhooo… keduanya tak serupa

**Jangan lupa… Perniagaan AntarabangsaImport, Eksport, Entreport terlibat samaMenjual beli… antara negaraContohnya negara Jepun dengan Malaysia

Banyak Fungsi Pemborong dalam SalurannyaTerhadap Pengeluar, Peruncit, PenggunaPecah pukal, Sedia barang pada pengeluarPada peruncit pula barang beraneka

Kepada Pengguna Menstabilkan HargaSediakan Maklumat kepada merekaBekalan berterusan tidak dilupaMempelbagaikan pilihan untuk pengguna

Ulang *

Ulang **

Ulang *Perniagaan Dalam Negri…

Lirik oleh : Cik SuzanaLagu Asal : Muka Buku (Najwa Latif)

Page 33: Bab 3 perniagaan dalam negeri

Lirik Lagu “Perniagaan dalam Negeri”*Kita sudah masuk topik __________________Yang membawa maksud aktiviti jual dan beliOhooo… penduduk di dalam negeriDan dalam topik ini ada runcit ada ________Peruncit skala _____ Borong pula skala besarOhooo… keduanya tak serupa

**Jangan lupa… Perniagaan AntarabangsaImport, ________, Entreport terlibat samaMenjual beli… antara negaraContohnya negara Jepun dengan Malaysia

Banyak Fungsi Pemborong dalam SalurannyaTerhadap Pengeluar, Peruncit, PenggunaPecah _____, Sedia barang pada pengeluarPada peruncit pula barang beraneka

Kepada Pengguna Menstabilkan HargaSediakan __________ kepada merekaBekalan berterusan tidak dilupaMempelbagaikan pilihan untuk pengguna

Ulang *

Ulang **

Ulang *Perniagaan Dalam Negri…

Lirik oleh : Cik SuzanaLagu Asal : Muka Buku (Najwa Latif)