bab 3 - um students' repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_tesis_bab_3.pdf · dakwah...
TRANSCRIPT
56
BAB 3
57
BAB 3: PENGAJARAN BAHASA ARAB DAN METODOLOGI KAJIAN.
3.0 PENDAHULUAN.
Perkara berkaitan pengajaran BA di lokasi kajian dan metodologi kajian yang
digunakan oleh penulis disusun di dalam bab ini. Bab ini bermula dengan penerangan
berkaitan BA dan silibus pengajaran di institusi tersebut dimuatkan di dalam ruangan ini.
Seterusnya penulis menempatkan metod yang digunakan dalam kajian serta instrumen-
instrumen yang telah diaplikasikan bagi menyiapkan disertasi ini.
3.1 PENGAJARAN BAHASA ARAB.
3.1.1 Bahasa Arab Di Malaysia.
BA telah menjadi bahasa yang tidak asing di kalangan masyarakat melayu di
Malaysia. Ini adalah kerana majoriti dari kalangan masyarakat melayu di Malaysia
beragama Islam. Walaupun begitu terdapat bangsa lain yang bukan beragama Islam tidak
berasa asing dengan bahasa ini. BA adalah bahasa yang sinonim dengan Islam kerana
bahasa ini merupakan bahasa yang digunakan di dalam al-Quran yang mulia iaitu sebagai
sumber primer bagi masyarakat Islam mengetahui ilmu-ilmu Islam. Selain itu ia juga
merupakan bahasa pertuturan atau bahasa bagi utusan yang menyampaikan ajaran Islam
iaitu Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa bahasa ini
juga adalah bahasa ibadah dan juga bahasa kebudayaan Islam sepanjang zaman.
Bahasa ini mula mendapat tempat di Tanah Melayu apabila pedagang-pedagang
Arab datang berhijrah ke Tanah Melayu atas urusan perniagaan di samping menyampaikan
dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar
menganut agama lain seperti Hindu. Kejayaan pedagang- pedagang ini telah memberi kesan
58
yang besar terhadap sistem penulisan dalam kalangan masyarakat melayu sehingga lahirnya
satu bentuk tulisan yang dinamakan dengan tulisan jawi. Ini jelas menurut Hashim Haji
Musa 1999, tulisan atau skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke Kepulauan
Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam.
Keindahan Islam menarik perhatian sebahagian penduduk tempatan. Minat yang
tinggi terhadap pengetahuan agama Islam mendorong beberapa masyarakat muda
melanjutkan pengajian Islam di negara-negara Timur Tengah. Menurut Abdul Rahman Hj
Abdullah, 1990, hasil dari kemajuan perkapalan, semakin ramai penganut Islam dari Alam
Melayu pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebahagiannya pula telah bermastautin di
sana untuk mendalami ilmu agama. Ini menunjukkan pada tahap ini Islam telah tersebar
secara meluas di Alam Melayu sehingga penduduk tempatan mampu berperanan sebagai
pengembang dakwah Islam (Hashim Haji Musa 1999).
Sekembali penduduk tempatan ini dari rantau tempat mereka menimba ilmu maka
kebanyakan dari mereka mengasaskan beberapa institusi pendidikan Islam dan BA. Antara
sekolah atau institusi yang diperkenalkan di waktu itu adalah pengajian pondok iaitu pusat
pengajian yang dibina dalam satu kawasan dan para pelajar yang belajar di tempat tersebut
menginap di pondok-pondok. Di mana para pelajar dapat mempelajari ilmu Islam di sini
dan memahami kaedah-kaedah BA.
Pengajaran BA secara rasmi jelas dapat dilihat dalam masyarakat melayu khususnya
semasa kemunculan pusat-pusat pengajian Islam yang berbentuk pondok pada abad ke-18M
(Abdullah Jusuh, 1989).
59
Disini pembelajaran kaedah BA dititikberatkan kerana sebahagian besar dari bahan
bacaan atau kitab-kitab ilmu Islam menggunakan BA sebagai bahasa pengantar berbanding
kitab yang menggunakan Bahasa Melayu (Rosni Samah, 2009).
Kaedah-kaedah BA adalah matapelajaran yang penting disini, ia amat diperlukan
bagi para pelajar memahami dengan baik nas-nas Islam yang dipelajari. Pada peringkat
permulaannya mereka belajar al-Quran dan al-Hadith, sehingga mereka mampu membaca
kitab-kitab Tafsir dan Feqah di dalam BA.
Selaras dengan perkembangan semasa, sekolah yang kecil ini kemudiannya
berkembang menjadi semakin besar, dikenali dengan nama Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sekolah-sekolah ini terus berkembang sehingga pihak kerajaan mengambil alih sebahagian
daripadanya menjadikan sekolah-sekolah ini sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK) iaitu dibiayai oleh kerajaan di samping Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) sebagai sebuah institusi pendidikan agama Islam dan BA dibawah kelolaan
kerajaan pusat.
Tujuan pihak kerajaan adalah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
sentiasa dipertingkatkan, kerajaan telah melaksanakan langkah proaktif dengan
mendaftarkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau Sekolah Agama Negeri (SAN) di seluruh
negara sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). (Unit Komunikasi Korporat,
2012).
Maka lahirlah pelajar-pelajar yang keluar daripada sekolah ini menyambung
kesinambungan pelajar-pelajar terdahulu iaitu melanjutkan pelajaran mereka di negara-
negara Arab di timur tengah selain di negara jiran di nusantara dan pusat pengajian tinggi
tempatan.
60
BA merupakan salah satu bahasa yang penting di dunia. Bahasa yang menduduki
tempat keenam di dunia dengan anggaran 186 milion penutur ini telah dinobatkan sebagai
salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). BA juga berkembang
sebagai bahasa dunia dalam arus pendidikan global. Penubuhan unit dan institusi-institusi
pengajian di negara-negara selain negara Arab seperti di Amerika, Britain, termasuk
Malaysia membuktikan penerimaan bahasa ini di peringkat antarabangsa. Antara institusi
luar Tanah Arabyang menawarkanprogram BA ialah Universiti of London menerusi The
School of Oriental and African studies, Heriot-Watt University, Edinburgh, Universiti
Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (Wan Azura
Wan Ahmad et. al, 2006).
3.2 PENGAJARAN BA DI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN.
Kolej Islam Darul Ridzuan menawarkan subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah bagi
pelajar-pelajar yang mengambil kursus Usuluddin dan Syariah Islamiyyah. Subjek yang
ditawarkan merupakan subjek major yang perlu diambil oleh setiap pelajar bagi
membolehkan mereka melengkapkan subjek-subjek di dalam program tersebut. Subjek ini
juga adalah subjek yang telah diluluskan oleh ‘Malaysia Qualīfied Association’ sebagai
salah satu matapelajaran wajib bagi pelajar-pelajar ini untuk memperolehi sijil diploma
bagi kursus atau program masing-masing.
Bagi USL dan SYA, pelajar-pelajarnya ditawarkan 3 subjek berkaitan BA iaitu al-
Lughah al-‘Arabiyyah I (LA I) dalam semester 1, al-Lughah al-‘Arabiyyah II (LA II) dalam
semester 2 manakala al-Lughah al-‘Arabiyyah III (LA III) dalam semester 3. Di dalam
pelajaran ini pelajar-pelajar didedahkan dengan perkara-perkara berkaitan BA termasuk di
dalamnya ilmu nahu, ilmu ṣaraf dan balaghah.
61
Berdasarkan tajuk bagi tesis ini, penulis membuat kajian terhadap pelajar yang telah
lulus semua subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah sebagai responden kerana di dalam subjek ini
pelajar mempelajari tajuk yang berkaitan dengan tajuk tesis ini iaitu ‘maṣdar’.
Di Kolej Islam Darul Ridzuan pelajar diperkenalkan tajuk ini berdasarkan buku teks
yang dipilih oleh pensyarah mengikut silibus yang telah ditetapkan bagi matapelajaran ini.
Para pelajar diperkenalkan dengan definisi maṣdar itu sendiri iaitu ia merupakan kata
terbitan bagi sesuatu fi‘l yang tidak menunjukkan masa.
3.2.1 Pihak Berwajib Menawarkan Pengajaran BA Di Kolej Islam Darul Ridzuan.
Pengajaran BA di Kolej Islam Darul Ridzuan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1) Bahasa dan Kesusasteraan Arab (BKA).
2) Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (CELFOS).
3.2.1.0. Sejarah ringkas:
Bahasa dan Kesusasteraan Arab atau akronimnya adalah BKA. Merupakan salah
satu fakulti yang terawal ditawarkan bagi pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan. Fakulti ini
telah mula beroperasi semenjak di awal penubuhan institusi pengajian tersebut. Ia
diperkenalkan pada mula pembukaan kolej bersama dua fakulti lain iaitu fakulti Syariah
Islamiyah dan Usuluddin pada tahun 1999.
Namun begitu pada peringkat awal fakulti ini lebih dikenali dengan Kursus Bahasa
dan Kesusasteraan Arab. Pada peringkat ini Kursus ini menawarkan subjek-subjek
berkaitan pembelajaran BA kepada kursus-kursus yang lain. Setiap pelajar diwajibkan
62
mengambil subjek-subjek khas yang ditawarkan kepada kursus masing-masing iaitu sama
ada kursus diploma Syariah Islamiyyah dan Kursus diploma Usuluddin.
Pada tahun 2005 kursus ini dirombak dengan menjadi salah satu unit yang berada di
bawah Pusat Bahasa. Terdapat dua unit di bawah kawalan Pusat Bahasa iaitu Unit BA dan
Unit Pengajian Asasi. Pengajaran BA diletakkan dibawah unit BA manakala subjek lain
seperti Bahasa Inggeris, Pengajian Malaysia, Bahasa Kebangsaan dan lain-lain diletakkan
dibawah Unit Bahasa dan Pengajian Asasi.
Pada tahun 2008 sekali rombakan dilakukan untuk melicinkan struktur pentadbiran.
Pusat Bahasa ketika itu dipisahkan kepada Unit BA dengan mewujudkan organisasi yang
baru iaitu Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi. Pusat ini diwujudkan untuk menawarkan
pelajaran berkaitan bahasa kepada fakulti-fakulti yang lain. Manakala Unit BA pula
bertukar membentuk BKA.
Pada peringkat ini BKA hanya menawarkan subjek BA tertumpu kepada pelajar-
pelajar yang mengambil kursus tersebut. Ia tidak terlibat secara langsung dalam penawaran
subjek BA kepada fakulti lain. Walaupun begitu fakulti ini sedia menawarkan
perkhidmatan pensyarah bagi pengajaran BA di fakulti lain.
3.2.1.1. Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (CELFOS).
Pusat ini telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2008 setelah Unit BA
menjadi sebuah Fakulti yang menawarkan program Diploma Bahasa dan Kesusasteraan
Arab. Pusat ini bertanggungjawab untuk menawarkan subjek-subjek yang berkaitan BA
kepada semua pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan. Penawaran ini melibatkan beberapa
keperluan pengajaran termasuk tenaga pengajar serta penyediaan silibus pengajian.
63
Pusat ini diselia oleh dekan CELFOS yang juga merupakan tenaga pengajar bagi
pusat tersebut. Bermula dengan bantuan dua orang pensyarah, pusat berkenaan berkembang
kepada sebelas orang pensyarah. Pengajaran berkaitan BA seramai enam orang tenaga
pengajar mengajar subjek-subjek BA bagi kesemua pelajar kolej. Manakala tiga orang
bertanggungjawab mengajar subjek Bahasa Inggeris dan dua orang ditugaskan mengajar
subjek Pengajian Malaysia dan Bahasa Kebangsaan.
A) Pengajaran yang disediakan CELFOS berkaitan BA.
Sebagai pusat yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pengajaran
BA kepada pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan, pusat tersebut telah membahagikan
kepada dua bentuk disiplin pengajian mengikut bahasa pengantar bagi satu satu
program. Ini adalah kerana terdapat lima fakulti yang menjalankan pengajaran di
kolej tersebut. Fakulti-fakulti tersebut adalah:
i) Fakulti Syariah Islamiyyah.
ii) Fakulti Usuluddin.
iii) Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Arab.
iv) Fakulti Pengurusan.
v) Fakulti Teknologi Maklumat.
Walaupun terdapat sebelas program diploma yang ditawarkan kepada pelajar
namun hanya 3 program diploma sahaja yang menggunakan BA sebagai bahasa
pengantar iaitu Diploma Syariah Islamiyyah, Diploma Usuluddin dan Diploma
Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Selain dari tiga program diploma tersebut
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
64
Pembahagian disiplin tersebut bermaksud penyediaan silibus pembelajaran
BA bagi program-program diploma berbeza mengikut kesesuaian setiap program.
Oleh yang demikian pembahagian disiplin ilmu ini perlu bagi mengikut keperluan
dan tahap pelajar di dalam memperolehi diploma bagi setiap fakulti.
B) Pengajaran Bahasa Arab bagi Program Diploma.
Secara keseluruhan CELFOS menawarkan pengajian BA kepada sepuluh
program diploma. Sepuluh program tersebut adalah seperti yang telah dilampirkan
oleh penulis di atas melainkan program diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab.
Ini adalah kerana program itu dijalankan sendiri oleh fakulti tersebut dengan tenaga
pengajar yang telah disediakan khas bagi BKA.
Terdapat tiga program diploma iaitu diploma Syariah Islamiyyah, diploma
Usuluddin dan diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab yang menggunakan BA
sebagai bahasa pengantar yang bermaksud setiap bahan yang digunakan di dalam
pengajaran menggunakan BA.
Contoh bagi diploma Syariah Islamiyyah setiap pelajaran yang berkaitan
dengan disiplin ilmu Syariah menggunakan sumber primer dalam BA. Antara
subjek-subjek yang menggunakan BA adalah fiqh ibadat, usul fiqh dan sebagainya.
Penggunaan BA meliputi kitab, bahan bacaan dan juga bahasa pengantar yang
digunakan di dalam kelas.
Walaupun terdapat tiga program diploma yang menggunakan BA sebagai
bahasa pengantar namun penulis hanya menumpukan kepada pelajar yang
mengambil program diploma Syariah Islamiyyah dan diploma Usuluddin sahaja. Ini
65
adalah kerana CELFOS menawarkan subjek BA pada kedua diploma tersebut.
Penawaran bermaksud pusat bahasa bertanggungjawab menyediakan segala
keperluan bagi pembelajaran dan pengajaran BA.
C) Subjek-subjek yang ditawarkan.
Pelajar yang ingin mengambil program diploma Syariah Islamiyyah,
diploma Usuluddin dan Bahasa dan Kesusasteraan Arab perlu menduduki Ujian
Penempatan BA (APT) sebelum ditawarkan untuk mengambil program diploma
tersebut. Pihak CELFOS bertanggungjawab untuk menyediakan ujian ini. Ujian
tersebut dilakukan untuk melihat kemampuan pelajar di dalam penguasaan BA
sebelum menduduki mana-mana program diploma yang disebut.
Terdapat dua peringkat yang disediakan oleh pusat ini bagi pelajar dalam
mempelajari BA. Peringkat tersebut adalah:
i) Peringkat Asasi.
ii) Peringkat Diploma.
Peringkat ini ditentukan berdasarkan keputusan markah ujian penempatan
yang telah diduduki oleh pelajar di awal kemasukan ke kolej. Bagi peringkat asasi,
pusat ini telah menetapkan kepada dua tahap iaitu fondasi pertama dan fondasi
kedua. Oleh yang demikian pelajar yang mengambil ujian tersebut akan diletakkan
mengikut tahap yang sesuai dengan markah yang diperolehi. Pembahagian markah
adalah seperti berikut:
66
Jadual 3.2.1.1.1: Pembahagian markah
Bil Peringkat Markah
1 Kursus Fondasi BA 1 0-49
2 Kursus Fondasi BA 2 50-79
3 Diploma 80-100
i) Peringkat fondasi.
a. Kursus Fondasi BA 1.
Pada peringkat ini pusat bahasa menawarkan kepada pelajar yang
mendapat 0 hingga ke 49 markah bagi keputusan APT. Kursus ini
ditawarkan bagi pelajar yang dianggap lemah dalam penguasaan BA. Para
pelajar fondasi akan didedahkan dengan asas-asas BA.
Terdapat lima subjek yang ditawarkan kepada pelajar yang meliputi
asas kemahiran dan asas nahu BA. Subjek-subjek yang ditawarkan adalah
seperti jadual dibawah:
Jadual 3.2.1.1.2: Subjek-subjek yang fondasi I .
Bil Subjek Tempoh
1 Maharah al-Kalam I 1 semester
2 Maharah al-Kitabah I 1 semester
3 Maharah al-Qiraah I 1 semester
4 Maharah al-Istima’ I 1 semester
5 Qowaid al-Arabiyyah I 1 semester
Pelajar yang lulus di dalam peperiksaan akhir bagi salah satu subjek
ini dibenarkan melanjutkan pelajaran ke fondasi yang berikutnya mengikut
subjek yang lulus sahaja. Pelajar dikehendaki mengulang semula subjek
yang mereka gagal dalam tempoh satu semester. Sebagai contoh pelajar
67
yang lulus subjek Maharah al-Kalam I sahaja yang dibenarkan untuk
mendaftar subjek Maharah al-Kalam II untuk semester berikutnya manakala
bagi yang gagal pelajar tersebut perlu untuk mendaftar semula Maharah al-
Kalam 1 untuk satu semester.
b. Kursus Fondasi BA 2.
Pelajar yang berjaya mendapat markah sekitar 50 hingga ke 79 dalam
APT layak untuk menduduki kursus ini. Pelajar ini dianggap sederhana di
dalam penguasaan BA. Bagi tahap ini pelajar diberi pendedahan peringkat
pertengahan asas BA. Sepertimana kursus fondasi BA I, fondasi tahap ini
juga menawarkan lima subjek berkaitan BA. Subjek-subjek tersebut adalah
kesinambungan dari subjek-subjek kursus fondasi yang pertama. Tahap
pembelajaran yang lebih tinggi ini diterapkan di dalam subjek-subjek seperti
jadual dibawah:
Jadual 3.2.1.1.3: Subjek-subjek yang fondasi II
Bil Subjek Tempoh
1 Maharah al-Kalam II 1 semester
2 Maharah al-Kitabah II 1 semester
3 Maharah al-Qiraah II 1 semester
4 Maharah al-Istima’ II 1 semester
5 Qawaid al-Arabiyyah II 1 semester
Pada tahap ini pelajar yang berjaya lulus dalam semua subjek sahaja
yang dibenarkan untuk mengambil subjek yang berikutnya iaitu subjek yang
dipelajari di dalam pengajian diploma. Subjek pertama yang wajib didaftar
68
oleh pelajar setelah selesai menduduki fondasi pertama atau fondasi kedua
atau kedua-duanya sekali adalah subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I.
ii) Peringkat diploma.
Adalah pelajar yang mencapai markah sekitar tahap 80 hingga 100
dalam APT. Pelajar yang memperolehi markah di dalam lingkungan ini
dibenarkan untuk memasuki pengajian diploma secara terus tanpa
menduduki kelas pengajian Kursus Fondasi BA I dan Kursus Fondasi BA II.
Pada peringkat ini pelajar ditawarkan dengan subjek mengikut tiga
tahap iaitu seperti jadual dibawah:
Jadual 3.2.1.1.4: Subjek Bahasa Arab untuk diploma.
Bil Subjek Tahap Tempoh
1 Al-Lughah al-‘Arabiyyah I Permulaan 1 semester
2 Al-Lughah al-‘Arabiyyah II Pertengahan 1 semester
3 Al-Lughah al-‘Arabiyyah III Lanjutan 1 semester
Setiap pelajar diwajibkan untuk mendaftar semua subjek sebelum
memperolehi sijil diploma bagi setiap program diploma yang diduduki.
Pelajar yang gagal menyempurnakan semua subjek yang ditetapkan tidak
dibenarkan untuk memperolehi sijil diploma.
a) Tahap permulaan.
Pada tahap ini pelajar dikehendaki mendaftar subjek al-Lughah
al-‘Arabiyyah I bagi tempoh satu semester. Pelajar yang lulus dan
mencapai tahap yang ditetapkan oleh tenaga pengajar subjek tersebut
sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar kepada subjek yang berikutnya
iaitu al-Lughah al-‘Arabiyyah II.
69
Objektif subjek ini ditawarkan adalah untuk memastikan pelajar
memperolehi kemahiran komunikasi dan mampu menganalisis teks dari
segi kosa kata, kefahaman dan tatabahasa di dalam BA. Ini amat penting
kerana kemahiran tersebut menjadi alat untuk pelajar memahami teks-
teks dan kitab-kitab Arab di dalam pembelajaran di kelas dan luar kelas.
Silibus yang ditetapkan di dalam subjek ini membantu pelajar
untuk memahami dan mengaplikasi kaedah-kaedah nahu arab yang
berkaitan di dalam pembentukan kalam, jumlah ismīyah dan jumlah
fi‘līyah . Menguasai kemahiran mengenal isim, fi‘l dan ḥarf membantu
pelajar memberikan maksud yang lebih tepat dalam penterjemahan
bahan bacaan.
Tajuk-tajuk silibus yang telah ditetapkan memenuhi syarat
Malaysian Qualīfications Agency (MQA) adalah seperti jadual di bawah:
i) Pendahuluan
a. Kalām dan pembentukannya.
b. Mu‘rab dan Mabnī.
c. Nakirah dan Ma‘rifah.
ii) Jumlah Ismīyah:
a. Mubtada’ dan Khabar.
b. Kāna dan Akhawātnya – Huruf yang menyamai Laysa.
c. Inna dan Akhawātnya – Lā Nafiah li al-jins.
iii) Jumlah Fi‘līyah:
a. I‘rab fi‘l – Nawāsib – Jawāzim .
70
b. Law, Amma, Law Lā dan Law Mā.
c. Dua jenis Nūn Tawkīd.
d. Fi‘l Muta‘addi dan Lāzim.
e. Fā‘il – Nā’ib Fā‘il.
f. Tugas Maṣdar dan Isim Maṣdar.
g. Tugas Ism Fā‘il, Sighah Mubālaghah dan Isim Maf‘ūl.
h. Af‘al Muqārabah.
i. Ẓanna dan Akhawātnya – ‘Alama dan Arā.
j. Ishtighāl – Tanāzu‘.
iv) Perkara-Perkara Yang Berhubung Dengan Kedua-Dua Jumlah:
a. Maf‘ūl Muṭlaq - Maf‘ūl Lah – Maf‘ūl Fīh – Maf‘ūl Ma‘ah.
b. Istithnā’ – Hāl – Tamyīz.
c. Ḥarf al-Jar – Iḍāfah.
d. Na‘t – Tawkīd – ‘Ataf – Badal.
e. Mamnū‘ Min al- Ṣarf.
f. ‘Adad.
g. Ikhbār dengan Alladhi dan Alīf dan Lām.
h. Hikāyah.
i. Asmā’ al-Fi‘l dan Aswat .
b) Tahap Pertengahan
Subjek yang menjadi kesinambungan bagi subjek al-Lughah
al-‘Arabiyyah I adalah subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah II. Subjek al-
Lughah al-‘Arabiyyah I merupakan prasyarat bagi pelajar sebelum
mendaftar subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah II. Subjek ini secara
71
umumnya ditawarkan bagi pelajar yang memasuki semester kedua
dengan maksud pelajar tersebut telah lulus di dalam subjek al-
Lughah al-‘Arabiyyah I.
Pelajar yang mengambil subjek ini dianggap mempelajari BA
pada tahap pertengahan. Di mana kandungan silibus pembelajaran
BA lebih mendalam berbanding yang sebelumnya. Pada tahap ini
pelajar diterapkan untuk menguasai teori - teori dan aplikasi kaedah-
kaedah tatabahasa BA yang meliputi gaya bahasa atau uslub nahu,
pembelajaran tasrif yang melibatkan ilmu ṣarf, pembentukan maṣdar
dan beberapa isim musytaq, dan pemahaman terhadap nun tawkīd.
Pihak Pusat Bahasa menyasarkan agar pelajar yang lulus
subjek ini berupaya untuk menggunakan uslub-uslub nahu di dalam
penulisan dan percakapan. Pemahaman terhadap pola-pola fi‘l
mujarrad dan mazīd seterusnya menguasai pola-pola maṣdar, isim
fā‘il , isim maf‘ūl dan sifat mushābaḥah.
Sasaran kepada hasil ini adalah berdasarkan silibus yang telah
ditetapkan oleh pihak kolej sepertimana subjek yang lepas. Berikut
adalah jadual tajuk-tajuk tersebut:
i) Asālīb al-Nahw:
a. Uslūb al-Ta‘ajjub.
b. Uslūb al-Madh dan al-Dham.
c. Uslūb al-Tafḍīl.
d. Uslūb al-Nidā’
e. Uslūb al-Istighāthah.
f. Uslūb al-Nudbah.
72
g. Uslūb al-Tarkhīm.
h. Uslūb al-Ikhtiṣāṣ.
i. Uslūb al-Ighra’ dan al-Tahḍir.
j. Uslūb al-Sharṭ.
ii) al-Taṣrīf:
a. al-Taṣrīf.
b. Mujarrad dan Mazīd daripada Isim.
c. Mujarrad dan Mazīd daripada Fi‘l.
iii) Binaan Maṣdar:
a. Maṣdar Thulāthī dan Ghayr Thulāthī .
b. Maṣdar al-Marrah dan al-Hay’ah.
iv) Binaan Ism Fā‘il, Maf‘ūl Dan Ṣifah Musyābahah:
a. Bentuk Ism Fā‘il dan Ism Maf‘ūl.
b. Bentuk Ṣifah Musyābahah.
v) Dua Jenis Nūn Tawkīd:
a. Fi‘l-fi‘l yang boleh ditawkidkan.
b. Keadaan Fi‘l bersama Nūn al-Tawkīd.
c. Hukum-hukum khas bagi Nūn Tawkīd al-Khafīfah.
c) Tahap Lanjutan
Seperti yang telah diterangkan pada subjek yang lepas.
Pendaftaran subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah III ini hanya dibenarkan
kepada pelajar yang melepasi dua prasyarat iaitu lulus di dalam al-
73
Lughah al-‘Arabiyyah I dan al-Lughah al-‘Arabiyyah II. Ia
merupakan lanjutan dari kedua-dua subjek tersebut.
Pada tahap ini pelajar dianggap telah memahami sebahagian
dari pembelajaran BA peringkat diploma. Lanjutan dari itu
pembelajaran pada peringkat ini lebih meluas dan mendalam. Ini
kerana tajuk-tajuk yang dipilih untuk ditawarkan dalam subjek ini
lebih sukar dan mencabar. Ianya meliputi beberapa tajuk seperti
ta’nīth, mamdūd dan maqṣūr, taṣghīr, nasab, waqaf, imālah, ibdāl,
i‘lāl dan idghām.
Objektif subjek ini ditawarkan adalah supaya pelajar dapat
menguasai tajuk-tajuk yang dipelajari serta kaedah-kaedahnya
dengan tepat dan mampu untuk mengaplikasikan di dalam berbagai
segi ketika menggunakan BA.
Oleh yang demikian, di akhir pembelajaran subjek ini pelajar
berupaya memahami tanda-tanda yang terdapat berkaitan ta’nīth,
mamdūd dan maqsūr serta berkeupayaan menggunakan bentuk-
bentuk atau pola bagi tajuk-tajuk yang telah dipelajari dalam
penulisan dan pertuturan.
Tajuk-tajuk yang dipelajari mengikut silibus yang ditetapkan
adalah seperti jadual di bawah.
i) al-Ta’nīth:
74
a. al-Ta’nīth – perkara yang serupa pada Mudhakkar dan
Mu’annath.
b. Wazan-wazan Alīf al-Ta’nith al-Maqṣūrah dan al-
Mamdūdah.
ii) al-Maqṣūr dan al-Mamdūd:
a. Isim Maqṣūr al-Qiyāsī – Isim Mamdūd al-Qiyāsī – al-
Mamdūd dan al-Maqṣūr al-Samā‘ī.
b. Memendekkan al-Mamdūd dan memanjangkan al-Maqṣūr
– Tathniyah al-Maqṣūr dan al-Mamdūd.
c. Jam‘ al-Maqṣūr dan al-Mamdūd – Baris al-‘Ayn pada
Jam‘ al-Mu’annath al-Sālim.
iii) Jam‘ Takthīr:
a. Jam‘ al-Q’illah – Jam‘ al-Kathrah .
iv) al-Taṣghīr:
a. Kaedah Taṣghīr dan Wazan-wazannya – Hukum-hukum
khas bagi al- Taṣghīr.
v) al-Nasb:
a. Yā al-Nasb – Perkara yang dibuang daripada al-Mansūb
Ilayh – Huraian tentang al-Nasab – al-Nasab tanpa
menggunakan Yā al-Nasb.
vi) al-Waqf:.
a. al-Waqf ke atas isim yang bertanwīn, Hā al- Ḍamīr dan
al-Manqūṣ.
75
b. al-Waqf ke atas yang berbaris di akhir kalimah – al-Waqf
ke atas perkataan yang diakhiri dengan Tā’ al-Ta’nīth.
c. al-Waqf dengan Hā’ al-Sakt – Memberikan kepada al-
Waṣl dengan hukum al-Waqf.
vii) al-Imālah:
a. Imalah Alīf yang dihujung – Imālah Alīf – Imalah yang
dilarang.
b. Imalah bagi tujuan al-Tanāsub – Imālah al-Fathaḥ.
viii) al-Ibdāl, al-‘I‘lāl dan al-Idghām:
a. Huruf-huruf Ibdāl.
b. ‘I‘lāl dengan al-Qalb, dengan al-Taskīn, dengan al-
Naql, dan dengan al-Hadhf.
c. al-Idghām.
Secara keseluruhannya dalam pembelajaran BA di Kolej Islam Darul
Ridzuan meliputi pembelajaran kaedah-kaedah nahu dan ṣarf dalam BA.
Pembelajaran adalah berteraskan kepada keupayaan pelajar untuk menguasai empat
kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Pemilihan tajuk-
tajuk dalam pembelajaran adalah mengikut keperluan pelajar bagi memperolehi
diploma.
Kerangka atau jadual pembelajaran BA secara keseluruhan adalah seperti di
bawah:
76
CARTA ALIRAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
DIPLOMA USULUDDIN (USL), SYARIAH (SYA) DAN BAHASA &
KESUSASTERAAN ARAB (BKA)
Rajah 3.2.1.1.5 : Carta Aliran Pembelajaran Bahasa Arab
UJIAN
PENEMPATAN
BAHASA ARAB
MARKAH 0-49 KURSUS FONDASI BAHASA
ARAB 1 (SATU SEMESTER)
MARKAH 50-79 KURSUS FONDASI BAHASA
ARAB 2 (SATU SEMESTER)
MARKAH 80-100 DIPLOMA
(3 TAHUN/6 SEMESTER)
1. MAHARAH AL-KALAM I 2. MAHARAH AL-KITABAH I 3. MAHARAH AL-ISTIMA’ I
(SEMESTER 1) 4. MAHARAH AL-QIRAAH I 5. AL-QAWAID AL-ARABIYYAH I
\
1. MAHARAH AL-KALAM II 2. MAHARAH AL-KITABAH II 3. MAHARAH AL-ISTIMA’ II
(SEMESTER 1) 4. MAHARAH AL-QIRAAH II 5. AL-QAWAID AL-ARABIYYAH II
1.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH I (SEMESTER 1) 2.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH II (SEMESTER 2) 3.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH III (SEMESTER 3)
1. MAHARAH AL-KALAM II 2. MAHARAH AL-KITABAH II 3. MAHARAH AL-ISTIMA’ II
(SEMESTER 2) 4. MAHARAH AL-QIRAAH II 5. AL-QAWAID AL-ARABIYYAH II
1.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH I (SEMESTER 3) 2.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH II (SEMESTER 4)
3.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH III (SEMESTER 5)
1.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH I (SEMESTER 2) 2.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH II (SEMESTER 3) 3.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH III (SEMESTER 4)
KURSUS
FONDASI
BAHASA
ARAB 2
DIPLOMA
DIPLOMA
77
3.2.2 Pembelajaran Maṣdar Di Kolej Islam Darul Ridzuan.
Topik ini membicarakan sukatan pelajaran bagi pembelajaran topik maṣdar yang
telah ditetapkan oleh pihak Kolej Islam Darul Ridzuan. Topik dipelajari mengikut bahan
rujukan yang disediakan dan kitab-kitab atau nota yang dipilih sendiri oleh pensyarah yang
terlibat di dalam proses pengajaran tersebut. Walaupun pihak kolej telah menentukan kitab
yang akan menjadi bahan rujukan pelajar selaras dengan penyediaan silibus yang dihantar
kepada MQA.
Senarai bab-bab yang dipelajari oleh pelajar di dalam kelas berkaitan tajuk maṣdar
adalah seperti jadual dibawah:
Jadual 3.2.2.1: Topik berkaitan maṣdar mengikut silibus
Bil Subjek Topik berkaitan maṣdar Jam
Pertemuan
1 al-Lughah
al-‘Arabiyyah I
Tugas Maṣdar dan Isim Maṣdar 1 jam
2 al-Lughah
al-‘Arabiyyah II
Binaan Maṣdar:
a. Maṣdar Thulāthī dan Ghayr Thulāthī .
b. Maṣdar al-Marrah dan al-Hay’ah.
4 jam
3 al-Lughah
al-‘Arabiyyah III
Tiada tajuk berkaitan maṣdar. 0 jam
Berdasarkan jadual yang dilampirkan di atas menunjukkan pelajar mempelajari
tajuk maṣdar selama dua semester iaitu semester satu dan dua, manakala semester ketiga
tajuk maṣdar tidak termasuk dalam silibus yang telah ditetapkan.
78
Bagi pembelajaran topik maṣdar dalam semester pertama bagi subjek al-Lughah al-
‘Arabiyyah I, pelajar diperkenalkan secara umum berkaitan maṣdar. Iaitu ia berkaitan
definisi maṣdar sebagai kata terbitan serta tugasnya. Perbincangan berkaitan tajuk ini tidak
ditekankan secara mendalam oleh pensyarah dalam semester ini. Contoh-contoh maṣdar
yang diambil kebanyakannya diambil dari kalimah fi‘l thulāthī mujarrad. Dalam semester
ini juga pelajar tidak diperkenalkan berkaitan pembinaan maṣdar. Setiap maṣdar yang
diperolehi berpandukan kamus terutama maṣdar bagi fi‘l thulāthī mujarrad.
Bagi semester berikutnya iaitu semester kedua pelajar dihidangkan dengan
pembelajaran maṣdar yang lebih mendalam dan terperinci. Dalam semester ini pelajar
diperkenalkan dengan binaan maṣdar yang terdiri dari fi‘l thulāthī mujarrad dan thulāthī
mazīd serta beberapa wazan maṣdar yang lain. Di sini penulis nukilkan sukatan
pembelajaran maṣdar dalam subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah II yang dipelajari oleh pelajar
yang mengambil subjek ini.
3.2.2.1. Sukatan Pembelajaran.
Pembelajaran Maṣdar di lokasi kajian berdasarkan sukatan pengajaran yang telah
ditetapkan oleh pihak kolej. Di sini penulis memperincikan beberapa topik berkaitan
maṣdar yang dipelajari berdasarkan nota yang telah digunakan oleh pensyarah dalam kelas.
Topik-topik yang dipelajari di dalam kelas adalah seperti berikut:
Jadual 3.2.2.1.1 : Topik dipelajari di dalam kelas.
Bil. Topik Tempoh
1 Tugas Maṣdar dan Isim Maṣdar
Pengenalan
Difinisi Maṣdar
1 jam
79
Contoh-contoh Maṣdar
2 Binaan Maṣdar:
a. Maṣdar Thulāthī.
Bentuk-bentuk Maṣdar Thulāthī Mujarrad.
Himpunan wazan simā‘ī.
b. Ghayr Thulāthī.
Bentuk-bentuk Maṣdar Thulāthī Mazīd.
Maṣdar Thulāthī Mazīd satu huruf.
Maṣdar Thulāthī Mazīd dua huruf.
Maṣdar Thulāthī Mazīd tiga huruf.
Maṣdar dari sudut semantik.
Penggunaan Maṣdar.
c. Maṣdar al- Mīmī
Definisi Maṣdar al- Mīmī
Bentuk Maṣdar al- Mīmī
Maksud dan penggunaan.
d. Maṣdar al-Marrah
Definisi Maṣdar al-Marrah.
Bentuk Maṣdar al-Marrah.
Maksud dan penggunaan.
e. Maṣdar Hay’ah
Definisi Maṣdar Hay’ah.
Bentuk Maṣdar Hay’ah.
Maksud dan penggunaan.
f. Maṣdar Ṣinā‘ī
Definisi Maṣdar Ṣinā‘ī.
Bentuk Maṣdar Ṣinā‘ī.
Maksud dan penggunaan.
4 jam
Walaupun dalam silibus yang ditetapkan untuk pelajar tersebut mengurangkan
beberapa topik dalam maṣdar namun dalam nota pensyarah pelajar diperkenalkan beberapa
bentuk maṣdar yang lain seperti Maṣdar al- Mīmī, Maṣdar Ṣinā‘ī untuk memberikan
kefahaman yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada silibus sahaja.
80
3.2.2.2 Jam Pertemuan.
Berdasarkan Jadual 3.2.2.1. penulis dapat melihat bahawa jam pertemuan untuk
memberikan penerangan kepada pelajar berkaitan maṣdar mengikut silibus yang tetapkan
amat terhad. Pembelajaran maṣdar pada peringkat permulaan atau pengenalan kepada topik
ini disediakan dalam subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I. Tempoh yang diberikan mengikut
format sukatan pelajaran yang disediakan untuk MQA bagi pengajaran dan pembelajaran
topik ini selama satu jam bagi semester pertama.
Setelah pelajar lulus subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I, pelajar diwajibkan untuk
mendaftar subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah II. Dalam subjek ini pengajar diberikan tempoh
4 jam untuk menyelesaikan topik-topik berkaitan Maṣdar. Mengikut silibus yang
dilampirkan (Lampiran D) pelajar akan mempelajari Maṣdar Thulāthī dan Ghayru Thulāthī
selama 2 jam dan Maṣdar al-Marrah dan al-Hay’ah selama 2 jam. Waktu pengajaran secara
keseluruhan meliputi subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I dan II adalah selama 5 jam.
81
3.3 METODOLOGI KAJIAN.
3.3.1 Pengenalan.
Bahagian ini membincangkan berkaitan metodologi kajian yang dilakukan oleh
penulis untuk menyiapkan disertasi ini. Penulis menyenaraikan kaedah kajian yang telah
digunakan dalam mencari jawapan bagi soalan kajian secara terperinci dalam topik ini.
Metodologi adalah sejumlah peraturan, kegiatan dan prosedur yang digunakan
oleh pelaku suatu disiplin ilmu untuk menghasilkan dapatan kajian. Ia merupakan salah
satu cabang ilmu logika yang berkaitan dengan prinsip umum pembentukan pengetahuan.
Ia juga boleh disamaertikan dengan cara, teknik atau prosedur yang perlu dipatuhi bagi
memperolehi maklumat yang diperlukan. Penggunaan metodologi yang tersusun dan
terancang menjadikan sesuatu kajian itu dapat mencapai matlamat yang diharapkan sejajar
dengan objektif kajian.
Berdasarkan penyataan di atas, di dalam bab ini penulis menerangkan metodologi
yang digunakan bagi menjalankan disertasi ini. Beberapa aturcara dan strategi yang
digunakan oleh penulis sebagai metod untuk memperolehi data dan maklumat yang
berkaitan akan diterangkan di dalam bab ini.
Beberapa pendekatan dan kaedah yang dilakukan. Namun begitu terdapat beberapa
perkara penting yang akan dibincangkan secara terperinci adalah:
1. Kajian perpustakaan
2. Populasi dan persampelan.
3. Instrumen kajian.
82
4. Prosedur pengumpulan data.
5. Teknik penganalisis data.
Metodologi kajian dan strategi yang disusun untuk mendapatkan maklumat dan data
untuk mencapai objektif dan matlamat kajian seperti yang dijelaskan dalam rajah 3.1
berikut.
CARTA ALIR PROSES KAJIAN
Jadual 3.3.1.1: Carta alir proses kajian I
1 • Kajian Awal
2 • Kajian Pertengahan
3 • Kajian Data
4 • Akhir
83
Kajian Awal
Mengenal pasti permasalahan dan bidang kajian.
•Permasalahan adalah berkaitan pencapaian pelajar berkaitan topik maṣdar
•Penulis memilih untuk mengkaji penggunaan maṣdar di kalangan pelajar di lokasi kajian.
Mengenal pasti populasi dan pensampelan yang sesuai.
•Penulis memilih beberapa orang pelajar yang memenuhi syarat sebagai responden. syarat tersebut ditentukan oleh penulis sendiri berdasarkan populasi di lokasi kajian.
Kajian Pertengahan
Pemilihan dan Penyediaan Instrumen kajian
• Penulis memilih tiga kaedah sebagai instrumen dalam kajian ini.
• Penulis menyediakan borang soalan sebagai bahan yang akan dikemukan kepada responden.
Instrumen kajian
• Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang diberikan di dalam kertas ujian.
• Pelajar dikehendaki melengkapkan borang soal selidik yang diberikan.
• Temubual dijalankan terhadap tenaga pengajar yang mengajar topik tersebut.
84
Rajah 3.3.1.2: Carta alir proses kajian II
Kajian Data
Pengumpulan Data
• Data diperolehi dari tiga instrumen yang digunakan
• Data dicatat pada perisian Microsoft Office Excel
Analisis Data
• Hasil dapatan kajian dipamerkan dalam bentuk jadual.
• Penerangan disertakan bagi setiap jadual yang dilampirkan.
Akhir
Rumusan
• Penulis membuat kesimpulan berdasarkan hasil kajian yang diperolehi.
• Punca permasalahan disenaraikan dalam ruangan ini
• Rumusan yang dibuat sejajar dengan objektif dan soalan kajian
Cadangan
•Penulis mengutarakan buah fikiran dan idea bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kajian tersebut.
85
3.3.2 Kajian perpustakaan.
Pertamanya kajian ini merujuk kepada melihat kajian literatur terdahulu
merangkumi bidang, subjek kajian iaitu responden yang dipilih dari sesuatu institusi dan
bilangannya yang dipilih mengikut disiplin tertentu. Seterusnya melihat kepada instrumen
kajian yang telah digunakan untuk mendapatkan hasil dapatan dan memastikan
keberkesanan instrumen yang digunapakai bagi menentukan kesahan maklumat yang
diperolehi.
Kajian yang berikutnya adalah kajian terhadap sumber primer bagi sesuatu bidang
di mana di sini penulis telah membuat penelitian terhadap buku-buku dan penulisan yang
berkaitan dengan ilmu nahu BA. Pemerhatian khusus dilakukan terhadap salah satu tajuk
yang dikaji oleh penulis iaitu berkaitan maṣdar.
Penulis mempamerkan dalam disertasi ini maklumat berkaitan maṣdar di dalam
nahu BA. Ia merangkumi secara beberapa topik mengenai maṣdar yang bertepatan silibus
yang ditetapkan oleh institusi pendidikan berkenaan. Berdasarkan silibus yang digunakan,
penulis hanya membuat kajian berdasarkan silibus tersebut dan tidak melangkaui kepada
bahagian yang lebih mendalam dan panjang lebar dimana ia tidak dipelajari oleh responden
atau pelajar di dalam kelas.
3.3.3 Populasi dan persampelan.
Pengkaji telah melihat kepada populasi bagi tempat kajian iaitu di Kolej Islam Darul
Ridzuan. Sebilangan kumpulan pelajar yang mempunyai ciri yang hampir sama membentuk
kepada populasi. Menurut Rohana Yusof, (2004:105), populasi merujuk kepada
sekumpulan individu, objek atau benda kejadian yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang
86
ingin dikaji. Dalam disertasi ini populasi adalah merujuk kepada bilangan pelajar Kolej
Islam Darul Ridzuan yang mendaftar di dalam bidang Pengajian Islam. Termasuk dalam
bidang ini adalah program diploma Syariah Islamiyyah dan program diploma Usuluddin.
Persamaan dapat dilihat di dalam populasi ini adalah kesamaan bidang yang mana kedua-
dua diploma ini menggunakan BA sebagai bahasa pengantar dan diwajibkan mengambil
subjek BA yang sama. Ia diperkecilkan lagi kepada responden atau pelajar yang telah
menamatkan beberapa subjek pengajaran BA iaitu subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I, al-
Lughah al-‘Arabiyyah II dan al-Lughah al-‘Arabiyyah III.
Sebahagian dari populasi ini penulis telah memilih secara rawak mudah bagi
dijadikan responden dan membentuk persampelan. Persampelan merupakan pengambilan
sebahagian pecahan daripada suatu populasi sebagai mewakili populasi tersebut.
Setelah pemilihan dibuat penulis telah membuat kajian terhadap 42 orang pelajar
yang mempunyai persamaan dari sudut bidang yang telah dibincangkan di atas. Bilangan
ini terdiri dari semester pembelajaran yang berbeza namun sekaliannya telah menamatkan
pembelajaran nahu BA di institusi tersebut dalam tempoh kajian ini dijalankan. Seramai 11
orang pelajar lelaki dan 31 orang pelajar perempuan menjadi responden kajian ini. Terdapat
perbezaan yang ketara berkaitan jantina di antara responden ini adalah disebabkan
berdasarkan bilangan semasa kajian ini dijalankan. Walaupun subjek BA yang ditawarkan
kepada pelajar mengikut semester namun pihak kolej juga membenarkan pelajar untuk
mendaftar subjek BA tersebut secara terbuka mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Pendaftaran secara terbuka bermaksud pelajar dibenarkan mendaftar subjek ini pada mana-
mana semester dengan mematuhi syarat dan pra-syarat yang telah ditetapkan. Pelajar ini
juga wajib menamatkan ketiga-tiga subjek ini sebelum menamatkan pelajaran. Oleh yang
demikian bilangan pelajar yang telah menyelesaikan ketiga-tiga subjek ini berubah dari
87
semasa ke semasa. Walaupun terdapat perbezaan ini namun ia tidak mempengaruhi dapatan
kajian ini kerana penulis ingin mendapatkan hasil kajian berkaitan penguasaan pelajar
secara keseluruhan.
Memandangkan kepada situasi tersebut penulis hanya dapat mengumpul sebilangan
pelajar dari 106 orang pelajar yang telah menyelesaikan ketiga-tiga subjek BA yang
ditawarkan oleh CELFOS bagi peringkat diploma.
Di antara perbezaan yang ketara yang menjadi minat kepada penulis adalah
sebahagian dari pelajar tersebut adalah terdiri dari pelajar yang tidak mendapat sesi
pembelajaran BA di sekolah menengah dan rendah sebelum memasuki kolej tersebut.
Begitu juga sebaliknya iaitu terdapat sebilangan yang lain pernah mempelajari BA sebelum
mendaftar belajar di institusi berkenaan. Kedua jenis responden ini bertemu di dalam satu
kelas apabila sebilangan yang tidak menduduki kelas BA sebelum mendaftar di kolej
diwajibkan memasuki kelas fondasi BA atau dikenali sebagai kelas Maharah selama 2
semester bagi memberi pengenalan seterusnya mengajar kemahiran dan disiplin-disiplin
ilmu nahu BA. Setelah menduduki peperiksaan kedua-dua semester, pelajar tersebut akan
memasuki kelas bertaraf diploma dan mempelajari beberapa subjek berkaitan BA dan
bidang yang dipilih sama ada program diploma Syariah Islamiyyah atau program diploma
Usuluddin. Manakala pelajar yang pernah mempelajari BA sebelum kemasukan mereka ke
institusi berkenaan dikenakan ujian penempatan bagi menilai kebolehan dan kemampuan
pelajar tersebut untuk memasuki kelas diploma.
Secara keseluruhan bidang pengajian Islam yang berkaitan dengan program diploma
Usuluddin dan program diploma Syariah Islamiyyah menggunakan BA sebagai bahasa
pengantar meliputi bahan bacaan dan penerangan serta temubual yang dilakukan oleh
88
pensyarah. Jadi titik pertemuan diantara dua pihak ini mempelajari subjek-subjek yang
berkaitan nahu BA yang ditawarkan bagi memenuhi syarat untuk keberhasilan diploma di
akhir semester.
3.3.4 Instrumen kajian.
Setelah penulis memilih sempel secara rawak dari bilangan populasi yang
ditetapkan, penulis memilih beberapa instrumen sebagai teknik atau cara untuk
memperolehi dapatan kajian. Penulis telah memilih beberapa instrumen iaitu:
a) Soal selidik
b) Kertas Ujian
c) Temubual.
1) Soal selidik.
Soal selidik merupakan instrumen yang sering digunakan oleh para pengkaji
untuk memperolehi data yang berkaitan melalui pilihan jawapan yang disediakan atau
berbentuk subjektif. Dengan menggunakan instrumen ini pengkaji berupaya untuk
membuat berbagai bentuk pilihan jawapan seperti kekerapan, ya atau tidak dan
sebagainya mengikut kesesuaian bidang yang dikaji oleh pengkaji.
Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup.
Jenis soalan ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk
memberikan jawapan kerana dia hanya dikehendaki memilih satu dari beberapa
jawapan yang diberikan (Syed Arabi: 1998:135).
89
Penulis juga memilih instrument ini berdasarkan pengalaman pengkaji lain yang
membuat kajian yang berkaitan dengan disertasi ini iaitu:
1) Noorhayati Hashim. (2009). Keberkesanan Kaedah Noor Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Nahu Bahasa Arab.
2) Mohd Zaki bin Ahmad. (2009). Motivasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Di
Sekolah Menengah Agama.
3 Azlan bin Abd. Rahman. (2003). Penggunaan Masdar Di Kalangan Pelajar
Melayu: Satu Kajian Kes.
Di dalam disertasi ini penulis telah menyiapkan borang soal selidik yang perlu
dijawab oleh responden. Borang soal selidik tersebut terbentuk dari 3 bahagian iaitu
Bahagian A berkaitan latar belakang responden sebanyak 8 soalan, Bahagian B pula
adalah berkaitan responden dengan BA manakala Bahagian C soalan berkaitan
responden dan tajuk maṣdar. Terdapat juga soalan berkaitan cadangan di dalam
bahagian ini untuk melihat kehendak sebenar para responden bagi memudahkan para
pelajar mempelajari dan memahami tajuk ini.
Responden dikumpulkan dan diberikan borang soal selidik.Masa menjawab bagi
mengisi borang ini adalah 20 minit. Sebelum responden dibenarkan menjawab, sedikit
taklimat diberikan kepada responden bagi memastikan kefahaman soalan dan
kelancaran dalam menjawab.
2) Kertas Ujian.
Tamat masa bagi mengisi borang soalselidik yang dibekalkan kepada responden.
Penulis mengeluarkan kertas ujian bagi aktiviti seterusnya. Dalam kertas ini pelajar
90
disoal berkaitan kemahiran mereka di dalam membentuk maṣdar yang terdiri dari
maṣdar bagi fi‘l thulāthī mujarrad, fi‘l thulāthī mazīd, fi‘l rubai‘ī mujarrad dan fi‘l
rubai‘ī mazīd. Tujuh soalan besar disediakan dalam ujian tersebut. Setiap pelajar perlu
menyiapkan semua soalan.
Soalan ini dibina berdasarkan silibus yang telah diterangkan oleh penulis di
dalam silibus subjek LA I dan LA II. Soalan kertas ujian ini merangkumi aspek yang
telah dipelajari oleh responden. Penulis merujuk kepada soalan latihan dan peperiksaan
bagi membina soalan tersebut. Soalan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran subjek
ini tidak disertakan.
Soalan terbentuk dari dua jenis iaitu soalan berbentuk objektif dan soalan
subjektif. Soalan berbentuk objektif diberikan adalah untuk melihat kefahaman pelajar
terhadap derivasi kalimah fi‘l yang mempunyai tiga huruf atau lebih seterusnya
memilih maṣdar yang sesuai atau sepadan. Soalan ulangan dilakukan dengan
menukarkan dari bentuk maṣdar kepada bentuk fi‘l asal bagi maṣdar tersebut. Secara
terperinci bagi soalan yang berbentuk objektif menumpukan kepada perkara berikut
iaitu:
i) Perubahan fi‘l kepada maṣdar.
Di dalam soalan ini pelajar dikehendaki memilih maṣdar yang tepat
mengikut fi‘l yang diberikan. Bentuk-bentuk fi‘l yang disoal adalah
seperti berikut:
a) Fi‘l thulāthī mazīd dengan satu huruf
b) Fi‘l thulāthī mazīd dengan dua huruf
c) Fi‘l thulāthī mazīd dengan tiga huruf
91
ii) Perubahan dari maṣdar kepada fi‘l.
Soalan ini adalah ulangan kepada soalan yang pertama. Namun
begitu bagi soalan ini pelajar dikehendaki menukarkan semula dari
bentuk maṣdar kepada fi‘l yang juga terbina dari maṣdar thulāthī
mazīd satu, dua dan tiga huruf. Walaupun begitu penulis
menggunakan perkataan yang berbeza bagi memastikan pelajar
benar-benar memahami sebelum menjawab dan membuat pilihan
yang tepat. Di sini juga penulis dapat menilai sama ada pelajar
menjawab dengan kefahamannya sendiri atau hanya membuat tekaan
terhadap jawapan yang diberikan.
Soalan kedua yang berbentuk subjektif adalah bertujuan melihat daya
ingatan pelajar terhadap bentuk maṣdar bagi fi‘l thulāthī mujarrad yang terbentuk di
atas wazan simā‘ī dan adakala dijumpai di atas wazan qiyāsī. Di samping itu juga
penulis ingin melihat kefahaman pelajar terhadap garis panduan yang dilakukan
oleh ahli bahasa terdahulu dalam mengkategorikan maṣdar mengikut timbangan
wazan-wazan yang tertentu bagi fi‘l thulāthī berdasarkan maksud kalimah tersebut.
Soalan pertama bagi ujian subjektif ini adalah berkaitan penukaran fi‘l
thulāthī mujarrad kepada bentuk maṣdarnya yang tersendiri. Penulis memberikan
beberapa fi‘l yang biasa atau lāzim iaitu yang sering ditemui oleh pelajar di dalam
pembelajaran. Ini adalah bertujuan melihat sejauhmana kekerapan atau keluasan
pembacaan pelajar terhadap BA di samping peka terhadap perubahan fi‘l thulāthī
mujarrad kepada maṣdarnya yang tersendiri.
92
Soalan yang kedua pula pelajar diberikan bentuk-bentuk maṣdar yang sering
ditemui di dalam buku-buku BA. Para pelajar dikehendaki untuk menukar maṣdar
ini kepada bentuk fi‘lnya yang asal. Pelbagai bentuk maṣdar diberikan mencakupi
penggunaan huruf-huruf ṣahīh dan huruf mu‘tal.
Soalan subjektif yang berikutnya adalah pelajar perlu mengeluarkan wazan
bagi maṣdar yang diberikan. Bagi soalan ini penulis telah memilih maṣdar-maṣdar
yang terhasil dari binaan fi‘l ruba‘ī. Beberapa bentuk maṣdar fi‘l ruba‘ī diletakkan
dalam soalan tersebut bagi melihat tahap kemampuan pelajar mengeluarkan wazan-
wazan yang berkaitan bagi menunjukkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan
maṣdar bagi fi‘l ruba‘ī.
Bagi memperolehi data berkaitan kemahiran pelajar dalam menterjemah fi‘l-
fi‘l yang terdiri dari beberapa huruf imbuhan, satu soalan dilakarkan untuk dijawab
oleh pelajar. Beberapa potongan ayat yang terbina dari fi‘l thulāthī mazīd dan ayat
sambungannya. Pelajar dikehendaki hanya menterjemah fi‘l-fi‘l tersebut mengikut
konteks ayat. Soalan berbentuk penterjemahan menunjukkan tahap kefahaman
pelajar terhadap fungsi-fungsi huruf imbuhan yang terdapat di dalam fi‘l.
(Soalan 1.6) Soalan ini dikemukakan kepada pelajar adalah untuk melihat
kefahaman pelajar terhadap maksud perkataan yang diberikan. Kaedah terjemahan
merupakan kaedah yang diwarisi secara tradisi (Mohamad Marwan & Rosni bin
Samah, 2007). Langkah mudah bagi para guru untuk memahamkan pelajarnya
adalah dengan menterjemahkan teks Arab ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan ini
banyak membantu pelajar untuk memahami subjek yang dipelajarinya (Rosni
Samah, 2009).
93
Soalan terakhir berbentuk subjektif yang perlu di jawab oleh pelajar adalah
soalan berkaitan pembinaan maṣdar Mīmī. Walaupun tajuk ini tidak termasuk di
dalam silibus yang ditetapkan oleh pihak institusi pendidikan berkenaan tetapi
penulis ingin melihat sejauhmana kemampuan pelajar memahami kesemua aspek
dan topik di dalam tajuk maṣdar. Dalam bahagian ini pelajar diarahkan untuk
menukarkan maṣdar-maṣdar kepada maṣdar Mīmī mengikut kaedah perubahan
yang betul. Dengan demikian penulis berupaya mengetahui kemahiran dan
kebolehan pelajar di dalam menentukan maṣdar tersebut penulis juga dapat melihat
tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk maṣdar dan jenis-jenis maṣdar yang mudah
difahami dan diingati.
3) Temubual.
Setelah kajian dijalankan kepada pelajar yang merupakan responden kepada
populasi tersebut, penulis menjalankan sesi temubual terhadap para pengajar di
institusi berkenaan berkaitan beberapa perkara yang dianggap penting oleh penulis
untuk menyiapkan kajian disertasi tersebut.
Instrumen ini digunakan oleh penulis adalah untuk melihat bagaimana latar
belakang tenaga pengajar yang berkaitan dengan pengalaman dan kemahiran.
Penulis juga cuba mendapatkan melalui instrumen ini maklumat berkaitan alat-alat
yang digunakan bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih berkesan seterusnya
meminta cadangan dan saranan dari pengajar untuk membantu dalam melancarkan
sistem pengajian BA.
94
3.3.5. Prosedur Pengumpulan Data.
Sebelum penulis dapat mengumpul data beberapa prosedur perlu dibuat bagi
memastikan perjalanan membuat kajian berjalan dengan lancar. Antara prosedur yang perlu
dilakukan oleh penulis adalah mendapatkan maklumat pelajar yang merupakan responden
bagi kajian ini. Setiap responden perlu mematuhi beberapa prosedur yang ditetapkan oleh
penulis iaitu setiap responden adalah pelajar yang telah menamatkan tiga subjek BA yang
ditawarkan oleh fakulti masing-masing. Pelajar yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan
tidak layak untuk dipilih sebagai responden.
Penulis tidak perlu meminta kebenaran dari pusat pengurusan pentadbiran bagi
menjalankan kajian di institusi berkenaan disebabkan penulis merupakan salah seorang dari
tenaga pengajar di institusi berkenaan. Namun begitu bagi memperolehi data atau silibus
berkaitan pembelajaran BA penulis perlu merujuk kepada Dekan BKA. Ini adalah fakulti
yang bertanggung jawab menyediakan silibus pembelajaran BA dan menyediakan tenaga
pengajar bagi mengajar subjek tersebut. Manakala penulis mendapat maklumat dari Jabatan
Akademik dan Jabatan Teknologi Maklumat Kolej Islam Darul Ridzuan berkaitan bilangan
pelajar yang tamat dalam ketiga-tiga subjek BA yang disediakan oleh Pusat Bahasa kolej
tersebut. Maklumat yang diperolehi dapat membantu penulis memilih responden sebagai
persampelan dari bilangan populasi yang disebutkan sebentar tadi.
Setelah segala data dan maklumat diperolehi penulis memulakan dengan
mengumpul responden di dalam sebuah bilik bagi menjalankan kajian. Setiap responden
diberikan taklimat ringkas berkaitan matlamat borang soal selidik diedarkan dan kertas
ujian yang akan dijalankan. Disamping itu juga responden diberi penerangan berkaitan
soalan dan kehendak soalan berdasarkan arahan yang diberikan. Responden dibenarkan
95
mengutarakan soalan sekiranya terdapat soalan rencam atau kekeliruan yang timbul.
Tempoh mengisi borang soal selidik diberikan selama dua puluh minit.
Apabila selesai sesi pertama berkaitan borang soal selidik pelajar terus diberikan
soalan berkaitan ujian yang telah diterangkan di atas. Bagi menjawab kertas ujian ini
responden diberikan penerangan terlebih dahulu dan diberi tempoh 40 minit untuk
menjawab soalan tersebut. Kadar masa yang diambil bagi menjalankan kajian terhadap
pelajar ini secara keseluruhannya adalah selama enam puluh minit.
Seterusnya penulis mengadakan sesi temubual bersama pensyarah yang mengajar
berkaitan tajuk kajian di dalam kelas. Pensyarah-pensyarah tersebut terdiri dari 4 orang
yang bertanggungjawab mengajar subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I, al-Lughah al-
‘Arabiyyah II dan al-Lughah al-‘Arabiyyah III di dalam kelas.
Terdapat beberapa topik yang diutarakan oleh penulis kepada responden ini. Topik-
topik tersebut berkaitan maklumat yang ingin diperolehi oleh penulis dalam mengumpul
data yang diperlukan. Topik tersebut adalah meliputi beberapa perkara dibawah:
i) Latar belakang pensyarah berkaitan pengalaman pembelajaran dan
pengajaran BA.
ii) Teknik atau pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam pengajaran.
iii) Permasalahan yang timbul ketika sesi pengajaran di dalam kelas
iv) Faktor dan punca permasalahan yang berlaku di kalangan pelajar
v) Cadangan untuk memperbaiki kelemahan yang ada meliputi segala aspek.
96
3.3.6 Teknik Penganalisis Data.
Penulis mengumpul data yang diperolehi dari borang soal selidik dan kertas ujian
setelah sesi pertemuan bersama responden dijalankan.Segala maklumat yang diperolehi
dimasukkan kedalam sebuah program computer yang dikenali dengan Microsoft Excel.
Dengan menggunakan perisian ini penulis berupaya mencapai maklumat yang tepat dimana
segala data dimasukkan di dalam perisian ini dan dipamerkan dalam bentuk jadual. Penulis
mengisi data yang diperolehi dari borang soal selidik berkaitan latarbelakang pelajar
sehingga kefahaman pelajar terhadap BA.
Bagi soalan yang berbentuk subjektif penulis mengkategorikan setiap
kebarangkalian jawapan kepada beberapa bahagian contohnya soalan berkaitan pendapatan
bapa penulis membahagikan kepada empat bahagian iaitu bermula dengan tahap pendapat
yang rendah hingga ke tahap pendapatan yang tinggi. Kategori tersebut ditentukan
mengikut keperluan soalan yang diberikan.
Hasil dari pembahagian tersebut penulis berupaya memasukkan data tersebut
kedalam perisian Microsoft Excell untuk memperolehi data yang tepat dan melihat
hubungkait data tersebut dengan prestasi pelajar. Selepas penulis memperolehi segala data
yang diperlukan. Penulis membuat analisis dan pengiraan dengan menggunakan perisian
ini. Di samping menganalisis perisian ini juga berupaya membentuk graf dan rajah bagi
mempamerkan data dalam bentuk visual dan mudah difahami.
Setelah selesai mengisi data yang diperolehi dari borang soal selidik, sekali lagi
penulis menggunakan perisian yang sama untuk mengisi keputusan ujian yang diperolehi
dari kertas ujian yang diedarkan. Disebabkan perisian tersebut tidak menerima maklumat
yang diperolehi di dalam BA, penulis telah menukar jawapan-jawapan tersebut kepada
97
bentuk nombor yang boleh dimasukkan kedalam perisian tersebut. Nombor-nombor ini
menunjukkan responden yang berjaya menjawab dan tidak berjaya. Soalan-soalan tersebut
dikategorikan mengikut jenis sebagai contoh soalan berkaitan fi‘l mazīd dengan satu huruf
imbuhan dikumpulkan membentuk satu jenis. Begitu juga dilakukan bagi setiap soalan.
Kaedah demikian dilakukan bagi setiap soalan samaada soalan berbentuk objektif ataupun
subjektif.
Maklumat yang diperolehi hasil dari temubual yang dijalankan kepada pensyarah
dikumpul dan dikategorikan kepada beberapa bahagian. Setiap jawapan yang diterima dari
responden ini dikumpul di dalam satu topik yang berkenaan dan dirumus oleh penulis
merangkumi jawapan bagi kesemua responden. Setiap topik adalah seperti yang telah
diterangkan oleh penulis dalam sub topik yang lepas.