bab 4

13
BAB 4:PEMBIAKAN PENGENALAN . 1. Pembiakan merupakan satu ciri am bagi semua benda hidup. 2. Pembiakan ialah proses penghasilan individu baru yang sifatnya menyerupai induk. 3. Ia merupakan proses menyambung zuriat agar sesuatu spesis tidak pupus. 4. terdapat 2 jenis pembiakan iaitu aseks dan seks. PEMBIAKAN ASEKS Ciri-ciri 1. melibatkan 1 induk 2. tiada penghasilan gamet dan proses persenyawaan 3. anak serupa induknya 4. berlaku pada organisma peringkat rendah 5. penghasilan individu baru yang banyak tanpa bantuan individu lain

Upload: mieyrah-wahab

Post on 19-Jun-2015

825 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4

BAB 4:PEMBIAKAN

PENGENALAN .

1. Pembiakan merupakan satu ciri am bagi semua benda hidup.2. Pembiakan ialah proses penghasilan individu baru yang sifatnya menyerupai induk.3. Ia merupakan proses menyambung zuriat agar sesuatu spesis tidak pupus.4. terdapat 2 jenis pembiakan iaitu aseks dan seks.

PEMBIAKAN ASEKS

Ciri-ciri1. melibatkan 1 induk2. tiada penghasilan gamet dan proses persenyawaan3. anak serupa induknya4. berlaku pada organisma peringkat rendah5. penghasilan individu baru yang banyak tanpa bantuan individu lain

Page 2: Bab 4

Jenis pembiakan Aseks

Belahan dedua

Belahan dedua pada ameoba

berlaku pada  Ameba,paramesium,dan bakteria.

induk yang matang membahagi dua membentuk organisma baru.

Pembentukan Spora

Kulat pada roti

berlaku pada tumbuhan  seperti kulat,lumut,dan paku pakis 

spora terbentuk melalui pembahagian sel secara berulang

spora berada dalam sporagium dan dibebaskan bila matang.

Pertunasan

Page 3: Bab 4

pertunasan pada yis

Yis dan hidra membiak secara ini.

pertunasan berlaku apabila induk mengeluarkan unjuran atau mata tunas yang akan berkembang dan tertanggal untuk menjadi organisma baru.

Pembiakan Vegetatif

Pokok setawar

Pembiakan ini dilakukan oleh ubi kentang,halia,dan pokok setawar.

Organisma baru akan terbentuk daripada bahagian vegetatif tertentu pada induknya.

Penjanaan Semula

Page 4: Bab 4

Cacing Pipih

organisma yang membiak dengan cara ini ialah cacing pipih

Organisma baru boleh berkembang daripada sebahagian keratan badan induknya.

PEMBIAKAN SEKS

ciri-ciri:

Melibatkan 2 induk iaitu jantan dan betina melalui proses percantuman gamet berlaku pada organisma peringkat tinggi seperti  manusia, burung,mamalia,ikan,reptilia,amfibia,serangga dan sesetengah tumbuhan berbunga. kelebihannya ialah menghasilkan individu baru daripada gabungan genetik yang berbeza.Ini menghasilkan variasi yang berbeza.

Sistem Pembiakan Lelaki

Sistem pembiakan lelaki berfungsi untuk menghasil,menyimpan,dan menyalurkan sperma keluar badan.Fungsi setiap bahagian:

Page 5: Bab 4

Struktur zakar

Testis (testicle)

imej testis

Setiap lelaki mempunyai sepasang testis Testis berfungsi untuk menghasilkan sperma dan hormon testosterone(hormon kelakian) testis berbentuk bujur dan mula menghasilkan sperma apabila lelaki baligh

Page 6: Bab 4

Lelaki mampu menghasilkan sperma jika diameter testis ialah 2cm.

Skrotum

skrotum

Merupakan satu kantung yang melindungi testis. Berfungsi untuk mengawal suhu testis kerana sperma memerlukan suhu yang lebih rendah daripada suhu badan manusia untuk dihasilkan. Skrotum akan menggeleber untuk menjauhkan testis dari badan jika cuaca panas dan apabila cuaca sejuk testis akan menggerutu untuk mendekatkan testis dari badan.

Zakar (penis)

Ilustrasi 3d Bahagian-bahagian pada  zakar

Zakar merupakan organ berotot yang berfungsi menghantar sperma ke dalam faraj.

Page 7: Bab 4

Zakar terdiri daripada batang(shaft),frenulum,takuk(sulcus),kepala(glans), lubang kencing(urinary meatus) dan kulup(foreskin)

Duktus Sperma (sperm duct/Vas deferens)

satu salur yang menghubungkan testis dan vesikel semen. berfungsi untuk menyalurkan sperma dari testis ke vesikel simen semasa hubungan seks berlangsung.

Vesikel semen (Seminal vesikel)

Ilustrasi kedudukan Vesikel semen

Page 8: Bab 4

berfungsi menghasilkan cecair semen atau air mazi.Cecair semen ialah cecair yang bersifat berlendir (mukus) dan kaya dengan glukosa. Sperma yang memasuki vesikel semen akan  bercampur dengan cecair semen. Sperma yang telah bercampur tadi akan disimpan sementara waktu di vesikel semen semasa hubungan seks berlangsung. Ketika lelaki mencapai kemuncak syahwatnya atau klimaks, otot di sekeliling vesikel semen akan mengecut secara beritma menyebabkan tekanan di dalam vesikel semen akan meningkat. Keadaan ini menyebabkan sperma ditolak keluar melalui ejaculatory duct dan seterusnya ke uretra.

Uretra(Urethra)

Sperma yang telah bercampur tadi atau air mani seterusnya akan melalui salur uretra untuk dipancutkan secara tembakan keluar melalui zakar. Sperma perlu dipancutkan sebegitu supaya dapat memasuki dan memenuhi bahagian serviks,uterus dan  tiub fallopio pada wanita. Proses pemancutan ini dipanggil ejakulasi (ejaculation). Ketika ejakulasi berlaku lelaki akan berasa nikmat yang tidak terhingga.

Pergerakan Sperma

Selain daripada memancutkan sperma uretra juga berfungsi untuk mengeluarkan air kencing daripada pundi kencing. secara ringkasnya proses yang berlaku seperti gambarajah di bawah;

Page 9: Bab 4

SISTEM PEMBIAKAN WANITA

Sistem pembiakan wanita berfungsi untuk menghasilkan ovum dan menyediakan tempat untuk perkembangan fetus.

Fungsi setiap bahagian:

Faraj (Vagina)

Struktur Faraj

Faraj merupakan bahagian rongga berotot . Berfungsi untuk menerima tusukan zakar lelaki. Faraj terbahagi kepada dua iaitu bahagian luar dan bahagian dalam.

Page 10: Bab 4

Serviks.

ilustrasi bahagian serviks

merupakan satu bukaan berbentuk cincin silinder ataupun kon yang berada di hujung uterus dan terjulur melintasi bahagian anterior atasan bagi dinding faraj. dikenali juga sebagai pangkal rahim. air mani yang mengandungi sperma akan memasuki lubang yang terdapat pada hujung serviks. Disebabkan itulah,lelaki perlu memancutkan sperma dengan cara tembakan kerana tekanan yang tinggi diperlukan oleh sperma untuk memasuki rongga serviks.

Ovari

Merupakan tempat penghasilan ovum. Biasanya wanita mempunya 2 biji ovari di sebelah kanan dan kiri badan. Wanita boleh menghasilkan ovum dengan hanya satu ovari.

Uterus

Fungsi utamanya ialah untuk menerima ovum tersenyawa yang akan melekat padanya. Ketika datang bulan, permukaan dinding uterus akan tertanggal sebagai darah haid.